Langkau ke kandungan utama

Catatan

Highlight

Saya seorang Business Development Manager sebuah legal firm.

Saya Dah Sertai Firma Guaman Ramai yang mungkin tak tahu. Sebenarnya saya ada dua ijazah dan satu diploma lanjutan. Ijazah pertama saya dalam Teknologi Maklumat. Sarjana Muda Teknologi (UTP, 2002). Lepas tu saya sambung belajar undang-undang. Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (UiTM, 2012). Kemudian saya ambil pula Diploma Lanjutan Amalan dan Syariah (UiTM, 2013). Walaupun ada kelulusan undang-undang, saya bukan peguam bertauliah. Saya belum lengkapkan syarat untuk jadi peguam beramal. Tapi minat dalam bidang undang-undang masih kuat. Dan sekarang... saya terlibat semula dalam industri undang-undang. Bukan sebagai peguam, tapi sebagai Business Development Manager di firma guaman. Saya kini secara rasmi bersama Murni & Co Advocates & Solicitors . Peranan saya lebih kepada bantu dari sudut pemasaran. Saya cari prospek. Dan sambungkan orang dengan servis legal yang sesuai. Apa yang Murni & Co tawarkan? • Urusan hartanah dan conveyancing. • Jual beli ru...
Catatan terbaharu

7 tips penting untuk solo traveller

Minggu lepas ada kawan di Facebook minta saya tuliskan tips untuk solo traveller. Bagus juga idea tu. Jadi saya tuliskan ya. Ini 7 poin penting untuk solo traveller, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya selama ni. --- 1. Cuaca Tak Semestinya Sama Setiap Tahun Bila orang cakap "bulan paling sesuai untuk travel ke sesuatu tempat", sebenarnya tu general info je. Tapi realitinya, cuaca boleh berubah. Contoh, kadang kita baca bulan September sesuai pergi Nepal, atau bulan Mac sesuai pergi Korea. Tapi bila kita tengok forecast yang actual untuk tahun tu, eh… masih hujan lebat, atau masih salji tebal. Kadang musim sejuk boleh berpanjangan sampai ke bulan tiga, empat. Kadang musim hujan lambat habis. Jadi jangan semata-mata percaya “best time to visit” yang banyak dalam blog atau YouTube. Buat double check dekat weather forecast, bukan untuk hari ni je, tapi tengok pattern seminggu atau dua minggu yang dekat dengan tarikh nak pergi. Ada banyak app atau website — Ac...

Negara dengan Syarat Pelik Untuk Masuk

Kelmarin saya terbaca satu artikel. Tentang negara yang syarat nak masuk tu pelik-pelik. Lain dari kebiasaan negara lain. Nak Tau apa yang pelik, dan negara apa tu? Meh saya ceritakan semula apa negara-negara yang syarat kemasukannya agak pelik tu  --- 1. Turkmenistan – Wajib swab test Covid on arrival Walaupun majoriti negara dah tinggalkan PCR test & swab hidung, Turkmenistan masih lagi setia dengan prosedur ni. Masuk je negara tu, kawan-kawan kena sedia hidung untuk dicucuk. Macam outdated kan... --- 2.  Palau – Wajib sign ikrar alam sekitar Sebelum dibenarkan masuk, semua pelancong antarabangsa wajib sign pledge janji untuk "tread lightly" dan jaga kesan karbon mereka sepanjang berada di Palau. Ikrar tu nanti siap dicop masuk dalam passport. Ia akan jadi kenangan terindah, sama macam visa negara lain. --- 3.  Jepun – (mCadangan untuk wajibkan ada insurans perubatan & tiada rekod hutang hospital Media Jepun lapor negara itu sedang pertimbang untuk w...

Kenapa Tak Elok Guna Cat Minyak Untuk Dinding Dalam Rumah yang Dibuat dari Batu

Tadi ada satu owner rumah, mesej saya. Dia tanya cukup ke 1 liter cat untuk satu keping dinding rumah dia tu. Berdasarkan pengalaman, saya percaya satu liter tak cukup. Sebab nak tutup warna yang terang kat dinding tu, rasanya kena cat at least dua lapis. Kalau nak cat putih, silap-silap kena cat tiga lapis. Jadi, saya rasa cat 2 liter baru cukup. Then owner cakap, kalau guna cat minyak,satu liter cukup. Saya terus reply... Cat minyak tak sesuai. Ini dinding batu. Bukan dinding kayu atau bukan besi. Ok sekarang kita cuba tengok, kenapa cat minyak tak sesuai digunakan untuk cat dinding batu. --- Kenapa Tak Elok Guna Cat Minyak Untuk Dinding Dalam Rumah yang Dibuat dari Batu 1. Rumah akan bau kuat & menyengat. Cat minyak ada bau kuat dan ambil masa lama nak hilang. Kalau penyewa dah duduk, memang tak selesa. Kalau rumah tak berangin, lagilah seksa. 2. Udara dalaman jadi tak sihat (VOC tinggi). Cat minyak ada Volatile Organic Compounds (VOC) yang boleh beri kesan pada kesi...

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha.  Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu.  Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Insurans Konvensional vs Takaful – Apa Sebenarnya Beza Mereka?

Ramai orang tahu takaful itu patuh syariah. Insurans konvensional pula tidak. Tapi hari ni kita tak borak soal hukum. Kita tengok dari segi pengurusan duit. Cara dana diurus. Siapa tanggung risiko. Dan ke mana duit itu pergi. Kita mula dengan insurans konvensional. Model ini dah lama wujud di Malaysia. Ramai orang dah ambil sejak dulu lagi. Strukturnya lebih kepada kontrak antara kita dan syarikat. Bila kita bayar premium, duit itu terus jadi milik syarikat. Syarikat akan guna duit itu untuk bayar pampasan bila ada tuntutan. Kalau tiada tuntutan langsung, mereka simpan semua untung. Pelaburan pula bebas. Syarikat boleh labur dalam mana-mana sektor yang sah di sisi undang-undang. Tiada sekatan dari segi jenis industri. Selagi memberi pulangan, ia boleh dipertimbangkan. Dan ya, syarikat juga tanggung semua risiko kewangan. Kalau terlalu banyak tuntutan, syarikat boleh alami kerugian. Sekarang kita tengok pula model takaful. Takaful dibina atas konsep ...