• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Sini senang dapat penyewa ke?

Saya mendapat satu emel dari seorang peserta sharing session Property & Co.
Beliau mendapat satu offer untuk membeli rumah 83% below market value. subsale.
Kemusykilan beliau, senang tak nak dapat tenant di apartment tu?

Jujur saya jawab, saya tak familiar dgn apartment tu dan kawasan tu.
setakat jalan ke sana saya tahu tapi saya tak mahir dan tak pernah buat research property market di situ.

Tapi saya beri dia tips bagaimana nak tahu apartment tu senang dapat tenant ke tak.
Saya share kan di sini untuk rujukan kawan-kawan semua.
Mungkin kawan2 yg dah otai, dah sedia tahu tips ni kan..
tapi bagi kawan2 yg belum tahu, mungkin boleh praktikkan.

Caranya 2:

1- tgk occupancy rate tempat tu. at least 80% ke 90% occupied baru lah confident sikit.
tgk siang dan malam.
kalau malam, boleh tgk berapa byk lampu menyala dlm area pukul 8.30 - 9.30 mlm.
kalau siang boleh tgk kawasan tu bz atau sunyi.
kalau nak survey bangunan pejabat/ komersial, kena pergi siang lah. tengok bilangan aircond compressor yg ada.

2 - cuba letak iklan kat mudah. konon2 rumah utk disewa. letak lah harga market sewa kat situ.
kalau laju je org call, maknanya ok la byk permintaan.
kalau lambat je org call, faham2 lah

so, simple kan...

bawah ni gambar rumah kawan saya yg juga jiran saya. Namanya Kak Ina.
Dia mengecat rumah ni.. errr.. sebenarnya suami dia.
saya dan kawan saya, Aishah membantu mengecat dan meminjamkan peralatan.





Cantik kan warna ni.. :)
Saya ada bantu dia iklankan rumah ni untuk disewa dalam blog ni

All the best, Kak Ina!

(Sedihnya hari ni hari terakhir Jun.. Selamat jalan bulan Jun.. Jun is greattt!)
Share:

Pelari berbaju merah yang suka hijau

Ahad lepas saya menyertai satu lagi larian 10 km.
Kali ni acara tahunan yang sungguh terkenal, Standard Chartered KL Marathon 2011.

Wow.. ada 2 perkara best kali ini.
Pertama, vest yang dibekalkan kali ni berwarna hijau.
Berbanding tahun lepas warna putih.
Saya suka hijau. Hijau warna kegemaran saya.
Maka saya sangat gembira bila melihat pelari-pelari berbaju hijau memenuhi jalanraya track larian kami.
Bagi saya. saya nampak ia sebagai simbol ke arah menghijaukan bumi.. wahh...


Kedua, walaupun saya suka vest hijau tu tapi saya tak pakai vest saya sendiri.
Sebab?
hehehehe.....
Sebab kali ni saya nak rasmikan running shirt baru warna merah hadiah hari lahir dari adik saya.
wahhh....
sebenarnya dah lama saya nak beli running shirt lengan panjang.
Jauh better dari pakai vest ala2 singlet yg penganjur beri.
sebab kalau pakai vest tu, saya kena pakai inner kan.
saya kan wanita melayu sopan.. wanita melayu terakhir.. ehem ehem...
Jadi kalau ada running shirt lengan panjang, saya boleh pakai running shirt tu je.
Tapi di Malaysia mahal lah harganya dan susah nak jumpa.
Saya pernah jumpa di Suria KLCC.. harganya cukup untuk membeliakkan biji mata saya yg sepet ni.
Powerbar ada jual juga di booth mereka semasa race kit collection day tapi warna yg ada hitam sahaja..
ala.. bosan la pulak kan hitam.. hm..mungkin saya bukan peminat warna hitam.
Jadi bila adik saya beri hadiah running shirt baru warna merah dari Germany, sangat lah saya gembira,
Alhamdulillah.. syukur.. boleh pakai running shirt ni bila masuk larian :)


running shirt merah :)


satu lagi hadiah birthday yg sangat istimewa.. it is in green!


Seperti yang saya pernah tulis satu masa dulu, larian ini ibarat perjalanan kita dalam membina kebebasan kewangan dan dalam pelaburan hartanah kita.
Walaupun saya berlari dalam ramai-ramai orang tu, sebenarnya saya tak berlumba dengan mereka.
Ini bukan awak no1, saya no2... bukan!

ini soal adakah saya berjaya sampai ke garisan penamat?
Berapa pula catatatan masa saya kali ni? adakah cepat atau lambat?
adakah ada peningkatan, mendatar atau prestasi menurun kerana kurang bersedia?
Kita berlari ikut kemampuan diri.. yang refleks dari sejauh mana kita membuat persiapan dan tahap stamina kita.
Jika persediaan dan stamina bagus, larian kita akan bertambah baik.
kita akan dapat tamatkan larian dengan baik.
Jika tidak membuat persediaan yang sepatutnya, mungkin larian kita tersangkut-sangkut.. dan sangat perlahan.

Jangan lupa, ramai juga yang langsung tak berani mengambil cabaran ini dan hanya menjadi penonton..
sama ada penonton di tepi garis permulaan dan penamat
atau penonton yang membaca berita di suratkhabar di rumah sahaja.

Itulah perumpamaannya.

Apa pun, saya sangat gembira ada running shirt baru
saya sangat gembira dpt menamatkan larian ini dengan berjaya
Begitu juga kawan lari saya, chan... tahniah!



My lucky no 6. Saya suka no 6 ;)
Share:

Kak As episod 1

Mari sambung lagi kisah Kak As.

Cerita lama baca sini
http://www.propertywaltz.com/search/label/kak%20as%20beli%20rumah

saya terlupa nak bgtau 3 step asas yg perlu kita tetapkan sebelum pergi survey rumah

pertama: tentukan matlamat anda. nak beli utk tinggal sendiri atau untuk pelaburan.
dlm kes ni, mula2 dulu kak as nak beli utk duduk sdr tp memandangkan beliau tak urgent nak beli utk duduk saya cadangkan beli utk invest dahulu.
kenapa?
sebab kalau dia beli utk duduk, komitmen dia akan full utk rumah yg dia nak duduk. bila nak beli utk invest, dah terjejas.
kalau dia beli utk invest dulu, dia boleh dpt pendapatan sewa.
dgn pendapatan sewa tu, dia boleh buktikan ke bank yg dia ada income tambahan.
dan ini bukan sahaja tidak menjejaskan komitmen bulanan dia malah akan meningkatkan jumlah pendapatan bulanan dia.
jadi, kalau dia nak beli lagi utk invest atau untuk duduk, insya allah takde masalah
dengan syarat pendapatan sewa tu lebih tinggi dari bayaran bulanan bank dia utk rumah itu lah.. positive cashflow.

kedua: tentukan lokasi.
lokasi mestilah di kawasana yg dia familiar dan kawasan yang dia rasa selesa untuk maintain dan berulang alik bila nak uruskan rumah tu.
kak as pilih sepanjang federal hway dari kl ke klang sebab tempat kerjanya di kl tapi rumahnya di klang.
lokasi yang dipilih mestilah hot location yang memenuhi criteria tertentu yg boleh menjamin rumah tu hot.
semua criteria tu nanti saya akan share dlm sesi property & co julai nanti ye.

ketiga: tentukan bajet.
bajet berdasarkan 2 kriteria utama
sebanyak mana kelayakan kak as boleh buat loan
dan banyak mana deposit yg kak as boleh sediakan.
kalau layak buat loan 200K pun tp kalau deposit yang kita cuma ada 12k, bermakna tak boleh la beli property harga 200k. setakat 100k je la..
so dlm kes ni kak as nak fokus pada property 150K ke bawah je..


Tutti frutti kegemaran Kak As

hm.. berdasarkan kriteria ni, nampak macam mandarina court jauh tersasar kan..
tp kenapa pergi juga view rumah tu?

ada 3 sebab
1- nak bg pendedahan kat kak as macamana view property dr developer
2 - saya nak tgk property tu.. so tarik kak as sekali lah
3 - kak as takde appointment dlm kul 3. so utk isi masa lapang.. apa salahnya melencong.. hehehehe

tak boleh tulis panjang ni.. sakit kepala la..
outstation ke JB last week .. terdedah pada aircond yg ekstreme sejuk sampai saya demam dan sakit kepala.

rasa nak share satu lagu lah..
lagu berkenaan memilih yang terbaik dalam hidup kita.. sama macam memilih property yg kita nak beli juga lah kan...
kena hati2 jgn salah pilih.. jgn terlalu ikutkan perasaan.. kena ada rasional dan calculation :)


Share:

Kak As tengok Mandarina Court

hm.. dah lama tak sambung kisah perjalanan bakal pelabur hartanah baru, kak as.

A quick recap.
Kak As dah tgk 2 rumah. satu di USJ16 apartment sri tanjung.
satu lagi di pangsapuri Ilham, U1, Shah Alam.
Dah malam, kami dinner dan balik tidur.

Beberapa hari selepas itu, saya ajar lagi kak as untuk cari rumah nak tgk.
saya minta dia cari iklan rumah utk dijual dan bg beberapa tips utk tahu macamana nak shortlistkan rumah yg bagus dan yang mana tidak.
Jika rumah tu bagus dan berpotensi, baru lah kak ana kena call tuan rumah / agent yg iklankan tu utk buat appointment.

Nampak Kak As cepat belajar.
Ada dalam 7-8 list unit apartment yang bagus rental yieldnya dalam senarai.
yes, saya minta beliau senaraikan maklumat terperinci semua apartment yang dia set appointment tu siap dgn nama agent/owner dan tarikh appointment.
Set semuanya pada hari ahad supaya kami boleh buat property marathon. hohoho.....

Ahad yang indah, saya bergegas pulang ke KL dari pahang.
hm.. minggu tu saya pulang ke rumah mak di pahang.
tapi demi kak as, pukul 12 tghari ahad dah sampai kl.
lunch.. dan kami mulakan pencarian.




Appointment pertama: Mandarina Court.
hm.. dah namanya belajar dari saya kan.. tak sah kalau takde belajar unit dr developer.

Kami call Alex, salesperson projek ni untuk appointment dan view rumah contoh.
Masa kami pergi, unit memang dah tak banyak.
Ada unit yang tinggal yang mengadap matahari jatuh. memang panas la nanti
Tapi ada satu unit tu cantik... mengadap blok belakang tp mmg sejuk. Mengadap taman permainan juga di tengah2.
harga.. hm.. dah tak berapa ingat dah tp rasanya dlm 198K utk unit yang cantik tu.
no unit pun cantik.. no 7 tingkat 8.


dari pandangan tengah




ruang tamu



dapur


tandas

Alex kata sewa untuk tingkat bawah akan jadi rm1k untuk unit kosong.
RM1100 utk unit tengah dan 1200 untuk unit tinggi.
Mereka akan kawal harga ni sebab mereka akan bantu sewakan unit-unit ni nanti.
hm.. macam kes di Unipark dulu la.. ada 2 agent dari agensi yg sama yang conquer cari penyewa tapi mereka setkan harga terendah RM1600 untuk fully furnish.

Untuk mandarina court ni, deposit 10%.
tiada sebarang diskaun dah.. huhuhu


Alex tengah kelentong kak as

Bagi saya apartment ni nampak menarik sebab masih lagi walking distance ke UCSI.
cuma mungkin student UCSI akan cari Puncak Banyan dahulu lah sebab ia betul2 depan UCSI.
Tapi Taman Connought ni ramai penduduk. Jadi tak perlu bimbang. Market sewa memang ada dan hot.

Kami janji kami akan fikirkan dahulu. kalau jadi, kami call Alex tu balik.

Share:

Today is the last day

my dear friends
if you really want to know the secrets, tips and technique my friends and I the property investor do in our property investment, please join our sharing session on 9 and 10 july 2010.

we got ctfarazila in the house
we got nicole ong in the house
we got rohaniah noor in the house
we got special session with abangensem too
they are very good property bloggers who are not kedekut in sharing their experience in their respective blogs all this while
and now they want to share it live to you

what you need to do is just to spend 2 days with us and what we gonna share you can use it for the rest of your life

oh, we got early bird promotion that will expire TODAY.
do grab the promotion while it lasts because we cannot assure you this kind of session will be reorganised after this.
afraid we need to restructure it.

so, act now.

call 012 3775966 or email ppchong09@gmail.com (Sara) to register

or go to http://www.propertyandco.blogspot.com/ for more info and registration

lastly, i wanna share my favourite song from a movie 'Brave New Girl'.
I just love the lyrics and it will motivate me when i feel tired.
Enjoy friends


Share:

esok last day early bird

my dear friends
if you really want to know the secrets, tips and technique my friends and I the property investor do in our property investment, please join our sharing session on 9 and 10 july 2010.

we got ctfarazila in the house
we got nicole ong in the house
we got me in the house
we got special session with abangensem too
they are very good property bloggers who are not kedekut in sharing their experience in their respective blogs all this while
and now they want to share it live to you

what you need to do is just to spend 2 days with us and what we gonna share you can use it for the rest of your life

oh, we got early bird promotion that will expire TOMORROW.
do grab the promotion while it lasts because we cannot assure you this kind of session will be reorganised after this.
afraid we need to restructure it.

so, act now.
go to http://www.propertyandco.blogspot.com/ for more info and registration

See ya!

Share:

Alhamdulillah..

Syukur alhamdulillah atas kurniaan bulan Jun yang bertuah ini.
di bulan ini saya menyambut hari lahir saya 2 minggu lepas
Hari lahir yang sungguh menenangkan dan membahagiakan

Tengah malam tadi pula result peperiksaan saya dihantar ke emel saya
Alhamdulillah.. syukur kepada Allah atas rezeki, hidayah, kekuatan dan ketabahan yang diberikan-Nya kepada saya
Saya lulus semua paper dengan baik.
Alhamdulillah...
malah subjek paling susah pun saya lulus...



Terima kasih kepada ibu, keluarga saya terutama sitie dan itah, kawan2 study saya, iaitu anim, mayah, mazni, huda, che mak, shahril dan noreane
kawan2 lain juga yang wish good luck kat saya haritu
juga kepada Kak Fran dan Kak Bibs yang memberi kata2 semangat kepada saya (ini pun satu keajaiban)
Terima kasih semua...


Apa lagi yang boleh saya katakan?

Alhamdulillah...







Untuk sharing session Property & Co yang akan datang nnt, saya akan berusaha dengan yang terbaik supaya ia menjadi satu program yg sangat bermanfaat kepada kawan2 semua.
Insya Allah...
Share:

Residences 8 @ Kuala Lumpur


This is a new project by Ong Chong Realty Sdn. Bhd.
It is a 25 storey condominium located at Old Klang Road / Jln Puchong. an established area in Kuala Lumpur. The two blocks comprising 308 units have a unique concept where you get two entrances leading separately to a studio and a condo. In short, you get '2' units for the price of one! On top of that, every room offers panoramic views.




Project details:
Project Name : Residence 8 @ Kuala Lumpur
Developer : Ong Chong Realty Sdn Bhd
Type : Condominium
Total Land Area : 2.26ac
Tenure : Freehold
Layout : 1,361 sq.ft. – 1,486 sq.ft.
No. of Block : 2 Blocks
No. Unit : 308 units
No. of Car Park : 616 units
Completion Date : Estimate 2014
Maintenance Fee : Rm0.20 per sq.ft
Selling Price : RM 536,900 – RM 584,900

Special Feature:-

* Dual Entrance - studio & a 3 rooms condo
* Gated & Guarded with Leisure Facilities
* 4 Rooms 4 Baths
* Build up from 1,223 - 1,451 sf.
* Low density - 7 units in a floor sharing with three lifts
* Separate wet & dry kitchen


For the newly Released Garden Units:-
* Unit comes with private garden deck (garden size from 216 sf. - 657 sf.)
* Ceiling height of 12 ft'
* Private staircase to the swimming pool
* Garden deck with pergola

Promotion:-

5% Rebate

FREE Legal Fees on Sales & Purchase Agreement

2 Car Parks

You can download the brochure here

For me, it is pricey... too pricey
but freehold and i like the concept of studio and condo in one unit but with 2 different door access.
Kind of unique and we can rent it out separately. just lock the door which connect the 2 areas.


Interested, please call Nick at 012-2191622 or emel nicktan2003@gmail.com

Other discussion on this project in forum:
Share:

countdown...4 days more



A reminder for all readers.
If you want to learn about property investment, from A to Z what and how to buy, how to rent out, how to sell and how to invest in auction property, instead of reading few books, we have one solution for you.
Come and join us at Proeprty & Co sharing session

“FROM ZERO TO HERO.. HOW WE MAKE MONEY FROM PROPERTY INVESTMENT”


It is packed with info and technical know how.
It is not only games and games
It does not show concepts only
It does not contain any 1 hour or 30 minutes product marketing lecture
It is full of info and tips

We will give you teach you how to read Proclamation of Sale
We will teach you how to read and what terms to take care of in the Loan letter offer
We will teach you how to read S&P and terms to take care of
We will give you sample of tenancy agreement
We will teach you what terms in the tenancy agreement that you need to take care of if you want to customise it
We will teach you how to provide your own Offer to Purchase form
........... AND A LOT MORE..............

In this 2 days, you will feel regret if you want to excuse yourself to the washroom except during the break
because you know you gonna miss a lot of info
can't believe?
read this

This is a review by our previous participant.
Hey, we are not paying her for this review...
in fact we really thanked her for this
:)
hm.. i guess we should invite her for makan.. hehehehe

OK friends,

come visit the minisite

We also got one more surprise...
As in previous session, Abangensem really support us and would like to join us as participant.
But hey, he is not supposed to sit in the participant chair.



So as an appreciation to him, we invite him specially for this session, to appear for a sweet 2 hour evening with him.
He will give a talk and also to appear in a panel session for Q & A.
Does that sound great?

Hm.. not only you all, i also get nervous because this is going to be my first time 'bertentang mata' with him...
all these while just email and thru FB only.. hehehehehe


OK, early bird discount will expire in 4 more days.
pay before or on 19 june (this sunday) and you will enjoy a great discount.
only RM388 for one person or RM358 for group booking of 2 and above


come visit the minisite


To register or any enquiries, you can contact sara :

012 3775966 atau emel ppchong09@gmail.com (Sara)


Hope can meet you there..

Share:

Kitar semula, belajar dari Germany

Ada kawan2 kata saya skema
atau ada yang mengutuk saya terlalu komplikated
antara sebabnya adalah saya tak suka buang sampah merata2
kalau pergi pasar malam, saya lebih rela bawak balik bekas air tebu yg saya beli tu ke rumah sebab tak jumpa tong sampah
walaupun ramai yang campak je ke depan, ke belakang atau ke tepi.

saya juga sangat menyokong kitar semula dan usaha2 menghijaukan bumi
ingat tak saya pernah tulis tentang kempen mengutip tandatangan untuk mengharamkan penjualan telur penyu dan kempen menyelamatkan penyu dari pupus.
(hm.. mungkin ramai yg tak ingat sbb entri tu mungkin tak menarik bg sebilangan besar orang.)

selain itu, saya juga menyokong kempen WWF untuk memelihara harimau belang.
saya seboleh2nya elak dr meminta atau menggunakan bag plastik ketika membeli
saya juga suka kumpul dan hantar barang2 yg boleh dikitar semula ke pusat kitar semula dkt rumah saya.
maka itulah ada kawan2 kata saya komplikated sebab ada sebahagian otak saya memikirkan dan ambil berat ini semua.
biarlah...
mungkin pemikiran mereka ringkas saja...
buang je sampah di mana2 mereka berada
campak je puntung rokok di mana2
kitar semula pula melecehkan.
itu hak mereka.. saya tak nak komen mereka.. tp mereka tetap komen saya juga.

selain saya, adik saya yg bongsu juga mempunyai minat yg mendalam tentang kempen menghijaukan bumi.

sorang lagi adik saya sekarang si Germany.
saya ada membaca artikel berkenaan betapa bagusnya Germany di dalam perlaksanaan dan pengurusan kitar semula mereka.
maka saya ingin belajar dan tahu lebih lagi
jadi saya minta bantuan adik saya yang ada di sana untuk berkongsi pengalaman beliau sendiri
bagaimana Germany melaksanakan kitar semula.

Alhamdulillah adik saya telah pun menunaikan hajat saya.
Beliau telah menulis di blognya berkenaan hal ini.
Jika kawan2 berminat nak tahu dan berani dikatakan berfikiran komplikated seperti saya, marilah kita sama2 baca artikel ini.



Harap satu hari nanti Malaysia akan belajar dari mereka dan seterusnya meningkatkan kecekapan cara kita mengitar semula bahan2 buangan kita
supaya bumi lebih selamat di masa depan
supaya penduduk bumi termasuklah haiwan yg tak berdosa boleh hidup dgn aman

Ingat, kita bukan mewariskan bumi ini kepada anak cucu kita
tapi kita meminjamnya dari mereka

Boleh baca artikel tersebut di sini


Terima kasih sitie atas tulisan yg hebat ini. siap dgn gambar lagi .
lain kali tulis lah lagi ye artikel2 yg menarik... hehehehe
:)

Share:

Ilham Apartment: destinasi kedua



Kisah Kak As bersambung lagi...

Selepas kak as terkejut yang rumah di Apartment Sri Tanjung dah dijual, kami pun bergerak keluarlah dari situ.
Solat Asar kejap di surau berhampiran. Kemudian makan dan gerak ke TTDI Shah Alam.
Solat maghrib pula di Petronas TTDI.
hm.. surau petronas tu salah satu port saya berhenti solat dan beli milo kotak dan roti ikan bilis gardenia.
sebab ex-officemate saya ada satu rumah di sini.
beliau pernah minta saya bersihkan rumah, baiki apa yg patut supaya rumah tu jadi kemas dan cantik semula untuk cari penyewa baru.
Selepas penyewa sebelumnya keluar, memang kena bersihkan dan touch up sikit.

so sekarang ni dia nak jual rumah dia.
tu yang saya nak bawak kak as tengok rumah ni,
Bagi saya, ilham apartment adalah good investment kalau kena dgn harganya.
apartment ni sangat hampir dengan PTPL, MSU kampus baru, Giant seksyen 13, Glenmarie dan Politeknik.
so target tenant mmg student dan pekerja di Glemnarie dan sekitar Sekeyen 13, U1 dan Subang Hi-Com.

Kawan saya nak jual rm130K. not a very good price.
tapi kalau kak as berminat nak beli, mungkin boleh nego.
memandangkan kak as pun takde appointment rumah lain dan dia tak pernah tgk ilham apartment ni, saya bawa dia view rumah ni.

Rumah masih lagi penyewa yang sama dgn yang saya carikan dulu cuma ketua rumah dah berubah.
penyewa lelaki kan.. aduhh.. tgk keadaan rumah kotor.
jauh berbeza berbanding yang saya bersihkan dulu.
terutama tandas. macam tak pernah berus je lantai dan tepi mangkuk tandas tu..
aduh.. so kalau kawan2 menyewakan rumah pada org bujang lelaki, memang kena jangka lah keadaan rumah jadi macamni.
:(
hm.. kebanyakan lelaki ni sinionim sgt dgn kotor ke eh? .. ok.. berbau genderisme... :)

sewa sini thn lepas dlm rm650 - 700.
tahun ni dah naik dlm 750 - 800 untuk unit kosong.

so, katalah kalau kak as dpt beli dgn harga rm125k
Rental yield = (800 x 12 x 100 ) / 125,000 = 7.68%
quite good.
sebab bila MSU tu betul2 siap dan ramai student nanti, sewa di sini mesti akan naik lagi.

rumah ni freehold. kebanyakan unit di sini dah ada individual strata title.

keluasan 700++ sqft. 3 bilik tidur 2 bilik air.
tapi design layout rumah ni memanjang ke tepi dan takde balkoni menyebabkan ia nampak sempit.
kak as pun komplen.. kecik la rumah ni...
hehehe... sebearnya besar juga.. cuma tu lah.. layout dia.
ruang tamu dia nampak sempit dan bilik pula tersorok ke tepi.


Tapi saya tgk kak as blur lah dgn potensi rumah ni.
dia view dan blurr
mungkin sebab dia belum sedar potensi kawasan ni kan sebab ni 1st time dia masuk TTDI shah alam ni.


lepas view dah pukul 9.30 malam.
kak as belanja saya makan sebelum balik. dah tak ingat apa ntah menu aritu.. hehehe
terima kasih kak as kerana belanja makan.
:)
Share:

Inflasi: mampukah kita menghadapinya?

Akhir-akhir ni inflasi makin meningkat.
harga petrol naik.
harga gula naik.
harga gas memasak naik.
Tarif elektrik naik.
Yang terbaru yuran astro pun nak naik.

Bila kos bahan asas naik, dah tentu kos pengeluaran meningkat.
bila kos meningkat, si peniaga atau pengeluar barangan dah tentu terpaksa menaikkan harga bagi mengimbangi semula keuntungan jualan.
ini normal.
Peninaga dan pengeluar kan nak hidup. mereka terpaksa menaikkan harga.
kalau kerajaan pun tak nak buat kebajikan dan mengenakan kenaikan harga, takkan peniaga dan pengeluar yang pendapatan mereka terhad pulak nak buat kebajikan.
harus diingat, mereka juga pengguna.
mereka pun terasa sakit kenaikan harga barang oleh peniaga dan pengeluar lain.
maka mereka tidak ada pilihan, terpaksa lah naikkan harga barang yg mereka jual atau yg mereka keluarkan.
simple. semuanya nak hidup dalam keadaan eokonomi negara begini.

Saya tidak terkecuali terkena tempias.


Teh Boh Sri Songket kegemaran saya. Tahun 2007 harga satu tin ini cuma RM11.90 di carrefour. Tahun 2011 dah jadi RM15.40
kenaikan sebanyak 29% dalam 4 tahun atau purata 7.25% setahun.




Majalah iProperty yang saya beli setiap bulan.
Keluaran Januari 2011 masih lagi RM5.00
keluaran April tiba-tiba naik menjadi RM 8.00
tebal muka surat sama.
kenaikan sebanyak RM3.00 atau 60%.




Ini pula kebab yang saya selalu beli di pasar malam.
Minggu lepas satu unit kebab pita berharga RM 2.80
minggu ni harga dah naik jadi Rm3.00
kenaikan sebanyak 7%.

Soalnya, dengan gaji kita yang tidak berubah, mampukah kita menyerap kenaikan inflasi 7% - 60% seperti yang saya tunjukkan ini?

Yang saya herannya, mengapa kerajaan kita sibuk mencanangkan yang mereka menanggung kenaikan BEBAN subsidi petrol.
Bukankah BEBAN yang mereka tanggung tu duit kita sendiri
dan kerajaan memang patut memulangkannya kepada kita semula dengan cara yang adil dan menyeluruh?
bagaimana pula dengan berjuta-juta wang kerajaan tiba-tiba dicanangkan untuk projek tertentu di kawasan-kawasan yang ada pilihanraya kecil sebelum ni?
ada mereka kira berapa BEBAN kos projek yang mereka luluskan on the spot semasa berceramah bagi memastikan mereka menang pilihanraya?

Tuhan ciptakan kita akal untuk berfikir...

Ini bukan artikel politik tapi cuma luahan hati seorang rakyat biasa.

Pesanan penaja: bagi mereka yang nak memulakan perjalanan pelaburan hartanah anda sendiri atau mmg dah memulakannya tapi percaya pada lifelong learning, dijemput menghadiri sharing session oleh Property & Co pada 9 dan 10 Julai ini. Layari di sini utk maklumat lanjut.



Share:

pencarian bermula.. pangsapuri sri tanjung



sambung cerita realiti kak as.

sebelum saya tamat exam, beberapa kali saya ditanya oleh kak As setiap kali berjumpa.
"Bila kita nak tengok rumah?"
Saya hanya sengeh dan jawab, "Hm.. tu lah... Nanti bagi saya lepas exam dulu ye kak As"

Exam semester ke8 saya berakhir 5 mei yg lepas. (fuhhh belajar lama giler macam nak buat medic je..)
kemudian saya start ajar kak as tengok-tengok iklan rumah for sale di beberapa kawasan yang dia target.
Dia baru bermula dari zero kan... so ada lah kawan dia beritahu ada member2 mereka nak jual rumah di pangsapuri sri tanjung, seksyen 16 subang jaya.
saya pun ada juga kawan nak jual apartment di shah alam.
jadi kami set satu masa tgk rumah dalam satu masa yang sama.

Butiran pangsapuri sri tanjung
- tingkat 10
- 3 bilik tidur, 1 bilik air (sebenrnya 2 bilik air tp mereka renovate jd 1 bilik air yg lebih luas)
- ruang tamu dah renovate
- nak jual dgn 4 aircond
- tingkap pun renovate
-keluasan 650 sqft
-Freehold

Harga jual 80K
tapi kalau tak mahu aircond, mereka boleh kurangkan 75K
kadar sewa di kawasan tu lebih kurang rm550 - 600
kalau kira rental yield = (550 x 12 x 100 ) / 80000 = 8.25%
hm.. boleh tahan.

Rumah ni dulunya owner duduk, tak disewakan.

bank valuation belum cek lagi. tp kalau google, org mmg jual dlm lingkungan harga 75k - 85K untuk basic unit.
so, saya rasa mungkin unit ni ok juga utk kami tgk.

kami ke sana petang. waalupun dah set appointment tapi owner tak dtg. rumah tu memang dah kosong.





Positif point:
- rental yield yg bagus.
- occupancy rate lebih 80%
- dekat dgn LDP ( kat tepi LDP je) . lokasi bagus.
- rumah dah renovate. mmg cantik.
- market penyewa adalah golongan bekerja sama ada keluarga atau bujang. USJ kan.. kawasan penuh manusia tu.

Negatif point

- tingkat atas sekali
-didapati keadaan apartment mmg kurang memuaskan. lif kat level tu panel dia dah tercabut. so kalau nak turun ke bawah, tak boleh tahan lif. kena turun ke tingkat bawah sebab kat situ ok.
- banyak kes pecah rumah
- rumah dah renovate. so harga jual tinggi sikit lah... heheh.. saya selalu prefer rumah tanpa renovation kalau kita beli utk disewakan. sebab boleh beli dgn harga lebih murah. lagipun sesetengah tenant tak peduli sgt renovation tu. habis rosak je nanti.
- 2 bilik air jd 1 bilik air? alamak... ni mmg tak best. sesuai utk duduk sdr tp utk valuation rumah?



Hm.. sedang saya menilai, kak as call la tuan rumah tu bgtau yg kami dah set appointment nak tgk rumah. ye lah.. kalau boleh nak masuk dalam rumah pulak.
sekali owner bgtau yg rumah tu dah dijual semalam.
anak owner yg merupakan kawan kak as tu mungkin terlupa nak bgtau kami supaya kami tak perlu datang dah..

hm.. takper.. at least kami melawat apartment yg belum pernah dilawati.
kak as pun perlukan pengalaman view rumah.

kisah akan bersambung lagi.

Iklan sebentar: bagi mereka yang nak memulakan perjalanan pelaburan hartanah anda sendiri atau mmg dah memulakannya tapi percaya pada lifelong learning, dijemput menghadiri sharing session oleh Property & Co pada 9 dan 10 Julai ini. Layari di sini utk maklumat lanjut.


Untuk kak as, jgn putus asa. ni baru rumah pertama. saya tujukan lagu ni utk kak as dan diri saya sendiri ye


Share:

Final message from a CEO


i am now reading the book of Get Rich Faster by Azizi Ali.

it is a great book for those who want to get involved in info marketing.
what is info marketing? hehehe.. better get this book.

Actually i already bought this book on november 2009 at Azizi Ali's office itself during his office open day.
so, i got a good discount plus azizi ali's signature and a great 1 hour talk session with him.
but due to my busy schedule and the line up of unread books on my book shelf, only now is this book's turn. hehehe..
sorry mr book. you need to wait 1 and half years... thank you for your patience.

ok, what i wanna share here is just a simple final message by Sunny Tan's former company's CEO, shared in this book.
By the way, Sunny Tan is an online marketer who has successfully received 6 figures gross income.
He is interviewed by Azizi Ali and featured in this book.
Before Sunny Tan left the company where he worked before, Sunny asked his former CEO what is the secret of success that brought him to where he is now. Mr CEO said that:

1. You must have goal
2. You must believe in yourself
3. You must work hard to achieve your goal.

now i am gonna keep this secret in my mind and stick to it.
:)
Share:

Rohaniah Noor kembali Julai ini



Seperti yang pernah saya war2kan sebelum ini, 9 & 10 Julai ini, sharing session Property & Co kembali lagi.

3 orang blogger, Rohaniah Noor, Nicole Ong dan Siti Farazila akan berkongsi tips dan teknik dalam pelaburan hartanah.
3 orang speaker perempuan.. wowwww... siapa kata perempuan tak boleh jd pelabur hartanah kan...
tapi kali ni kami ada penampilan istimewa oleh Abengensem.
Dijemput khas untuk memberi anda semua lebih lagi maklumat, pengalaman dan semangat utk belajar dan memajukan lagi pelaburan hartanah anda.
hm.. nampaknya abangensem akan diimpit oleh 3 orang penceramah wanita ni.. tu belum kira peserta2 perempuan lagi kan...

Seminar ni dlm dwi bahasa. kami campur2..
jadi insya Allah boleh faham..

seminar full day 2 hari.
kalau anda terlepas peluang menghadirinya pada bulan mac dahulu, apa kata jgn lepaskan peluang ini utk hadir bulan julai ini pulak.
boleh layari laman web sharing session ini di sini


harga yg sangat berpatutan utk seminar 2 hari.
tapi sila daftar segera untuk menikmati diskaun 'early bird'.

jumpa di sana ya...



Share:

Sharing session Property & Co Julai 2011



Seperti yang pernah saya war2kan sebelum ini, 9 & 10 Julai ini, sharing session Property & Co kembali lagi.

3 orang blogger, Rohaniah Noor, Nicole Ong dan Siti Farazila akan berkongsi tips dan teknik dalam pelaburan hartanah.
3 orang speaker perempuan.. wowwww... siapa kata perempuan tak boleh jd pelabur hartanah kan...
tapi kali ni kami ada penampilan istimewa oleh Abangensem.
Dijemput khas untuk memberi anda semua lebih lagi maklumat, pengalaman dan semangat utk belajar dan memajukan lagi pelaburan hartanah anda.
hm.. nampaknya abangensem akan diimpit oleh 3 orang penceramah wanita ni.. tu belum kira peserta2 perempuan lagi kan...

Seminar ni dlm dwi bahasa. kami campur2..
jadi insya Allah boleh faham..

seminar full day 2 hari.
kalau anda terlepas peluang menghadirinya pada bulan mac dahulu, apa kata jgn lepaskan peluang ini utk hadir bulan julai ini pulak.
boleh layari laman web sharing session ini di sini


harga yg sangat berpatutan utk seminar 2 hari.
tapi sila daftar segera untuk menikmati diskaun 'early bird'.

jumpa di sana ya...



Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog