• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Bapak pemusnah pelaburan anak?

Beberapa minggu lepas saya bawa seorang prospek buyer view dua buah rumah di Kajang.

Asalnya, dia PM saya di Facebook. Beritahu dia mahu membeli rumah untuk pelaburan. Katanya mencari di area berhampiran dengan Cheras.

Berdasarkan pendapatan bulanan dan komitmen dia, saya jangkakan dia boleh beli rumah berharga maksima RM350K.
Tapi dia mencari yang berharga kurang RM300K.



Saya ada dua apartment nak dijual dengan harga RM250K  dan RM230K di Kajang.
Satu di Sri Ria, satu di Plaza Indah. Taman Sepakat Indah.

Kedua-dua apartment itu berada di lokasi yang bagus untuk disewa.
Ramai keluarga, pekerja di Kajang, pekerja di Putrajaya dan student dari UKM, Uniten tinggal di sini.

Keadaan apartment juga bersih. Terjaga dengan baik. Pengurusan yang baik.
Penduduk pun tak ada la padat sangat sampai double park di sini sana.

Cuma rumah yang harga macamni, memang la bukan besar macam kondo.
Luas rumah dalam 816 sqft dan 950 sqft.






Tapi sewa boleh cecah  RM900 kalau kosong, RM1200 kalau ada perabot.

Kira sesuai sangat lah untuk pelaburan.
Lagipun ia freehold. Berbanding di Bandar Baru Bangi, banyak leasehold.

Jadi saya cadangkan dua rumah ini kepada prospek buyer tadi.
Dia pun berminat nak tengok.

Perempuan, muda lagi tapi nampak potensi pelaburan hartanah.
Bagi saya, ini cukup bagus.
Kalau dia beli, ini rumah pertama dia yang memang dia nak beli dengan objektif pelaburan.
Bukan beli rumah untuk duduk dulu.



Dia agak punctual orangnya.
Tiba masa sepatutnya, dia sampai.
Saya pun bawa dia melihat kedua-dua apartment ini.

Selepas view, saya tanya dia, macamana.
Berminat tak dengan dua rumah ni.
Dia jawab, dia nak tanya ayah dia dulu.

Ayah dia orang Kelantan, duduk di Kelantan.

Bila saya dengar je mak ayah tinggal di kampung dan keutusan mak ayah yang menentukan masa depan pelaburan anak, saya agak skeptikal.

Ada ramai kawan-kawan saya yang last-last tak beli rumah sebab mak ayah tak setuju dengan rumah yang dia nak beli.
Mereka mahu anak mereka beli rumah landed ada 3 bilik tidur, paling kurang.
Mereka tak ambil kira harga rumah sebegitu di luar kemampuan anaknya.

Dan mereka tak peduli rumah untuk sewa lain dengan kriteria rumah untuk duduk.

Tu sebab untuk kes kali ni, saya agak skeptikal.
Tapi saya cuba berfikir positif.

Beberapa hari kemudian, saya bertanya, jadi tak nak beli rumah ni.

Jawapan yang saya dapat, ayah dia tak setuju.
Harga rumah tu tak berpatutan dengan saiz rumah.

Aduh...
Untuk harga sebegini, memang tak banyak pilihan.
Kalau nak apartment yang 1000 sqft boleh... tapi harga lebih RM300K.
Nak landed pun boleh.. tapi landed di Kajang dan Cheras pun paling rendah RM450K ke atas.
Harga lebih tinggi la..di luar bajet dia.

Jadi macamana?
Boleh ke dapat rumah seluas dan semurah yang mak ayah anda mahu di Lembah Klang?
Boleh ke dapat rumah semurah di Pantai Timur?
Sampai bila biar ayah anda yang duduk di kampung, tak familiar dengan harga pasaran di Lembah Klang halang anda beli rumah di sini?

Lain lah kalau mak ayah kita biasa dengan pasaran hartanah di Lembah Klang, itu berbeza.
Boleh la kita belajar dari mereka.

hmmm..
Rumah ni masih available.
Jika ada yang berminat dengan rumah ini atau nak membeli di kawasan Kajang, Bangi dan Cyberjaya, boleh hubungi saya 0123547636

Share:

Vista Millenium Putra Perdana below market value

Harga runtuh, below market value, jalan kaki ke LRT.

Sebelum raya haritu stesen LRT Puchong Perdana pun mula beroperasi.

Semua tahu kan, beli rumah dekat dengan stesen LRT, pejam mata pun insya Allah boleh untung.
Harga akan terus naik, sewa pun akan terus naik.

Siapa tak suka duduk dekat LRT, tak payah harung jem bawak kereta ke KL weh.. Dah la caj parking naik.

Haaa.. ni apartment Vista Millenium nak jual. 10% below market value.
 


 

Market value RM 280K
Owner nak let go RM252K

Rumah ni ada 3 Bilik 2 Bilik air
850 sqft

Leasehold, bumi lot
Partly furnish
ada table top, ada katil di dua bilik, ada sofa, ada meja makan.
Siap langsir yang cantik.
 





 

Vista Millenium ni lokasi bagus di Puchong Perdana.
Dekat dengan masjid, dekat dengan stesen LRT. Siap ada swimming pool, kedai, landskap cantik dan kolam yang ada ikan koi.
 
Ada security yang bagus. 
Nak masuk kawasan apartment kena ada kad akses.
Nak naik lif pun ada kad akses
Tak ada kad akses, kena daftar nama di pak guard.

Harga pun mampu milik ni.
Cuma RM252K untuk potensi untung RM100K cincai selepas busuk-busuk 10 tahun.

Kalau ada minat, call saya 0123547636
Share:

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court.
Masa tu harga jual di sana dalam 180k.



Saya katakan, boleh beli Mentari Court ni. Mana tau lagi 5 tahun busuk-busuk market value 250k.

Selepas 3 tahun, memang masin mulut saya. Unit di Mentari court kalau ada renovate letak full tiles dan sedikit kabinet dapur, bank value mencecah 250k. Kalau ada parking lot, dah capai 260k.

Power tak?

Busuk-busuk apartment ni, kerana lokasinya... Harganya tetap naik wangi.

Ni saya ada tiga unit nak jual di sana.

Satu harga RM235K, satu lagi siap reno jadi
770 sqft, 3 bilik 2 bilik air, leasehold.

Basic unit tanpa renovation
Nak jual 235k.
Ada satu tu dah renovate jadi 5 bilik. Ada table top dan tiles penuh
Nak jual RM240K


Satu lagi unit basic tapi ada parking lot, unit non-bumi.
Nak jual RM250K

Market value di sana boleh cecah RM260K kalau ada parking lot.
Kalau tak ada parking lot RM250K.


Lokasi Mentari Court ni takkan mati.
Akan terus lokasi yang panas untuk sewaan.

Mana taknya...
Jalan kaki je ke stesen komuter. Siap ada BRT pulak.
BRT tu bas yang ada trek sendiri. Lalu jalan atas ala-ala LRT tapi di kawasan Sunway.
Boleh nampak depan Mentari Court, yang laluan macam laluan LRT tu.
Haaa tu lah BRT.



Ada minat meh call saya laju-laju. 0123547636

Eh jap.. Sewa sana kalau ada perabot penuh 1100-1200. Kalau kaki sewa ikut kepala fully furnish, dengarnya boleh cecah 1800 kutipan sewanya.


Mentari Court for sale, Mentari Court untuk dijual
Boleh call 0123547636.
Share:

Input raya sampai kembung


Rasanya belum terlewat lagi kan untuk ucapkan Selamat Hari Raya.
Raya di mana haritu? Balik kampung?

Tapi nampaknya sambutan Hari Raya masih hangat lagi.
Yelah.. puasa sebulan, raya pun sebulan la kan..

Hmm sambut raya sambil makan-makan sambil dapat tips pelaburan hartanah dari otai
Macam menarik juga kan.
Boleh tanya soalan, boleh jelaskan apa yang kabur dan boleh la ambik aura.

Amacam? 

23 Julai 2016 nanti, jam  10 pagi - 6 petang ada sambutan Aidilfitri di Damansara Damai.
Makan free hehehe

Yang lagi syok sebab ada Bicara Pelaburan Hartanah dari dua speaker tersohor di Malaya
Faizul Ridzuan dan Ahyat Ishak
wowww kombinasi terbaik.






Jadi, sambil imput lemang dan rendang di perut, kita input ilmu di kepala.
 Best.

Kalau berminat nak pergi dan untuk maklumat lanjut, boleh call 03-61571900

Oh ya, sekali dengan sambutan Aidilfitri ni, ada majlis pelancaran projek baru juga.
Projek baru dengan 1050 sqft dengan harga bermula dari RM450K
Developernya MKLand.

Maybe ini jamuan hari raya paling informatif yang kita hadir tahun ni kan..

Jangan lupa
23 Julai 2016, 10 pagi - 6 petang.
Input sampai kembung..
Share:

Cuci rumah bulan puasa

Projek bulan puasa.

Kawan saya duduk jauh. Nuun kat kerteh. Rumah dia di Shah Alam pula dah lama kosong. Jadi dia pos kunci ke saya untuk cucikan dan cari penyewa.

Pertama kali menjejaki rumah ni, kami hairan.. kata rumah kosong. Tapi kenapa kami tengok pintu terbukak sikit, ada seluar tergantung, ada kasut kat pintu macam ada orang duduk.

Rupanya member salah bagi nombor rumah. Dia cakap tingkat 4, rupanya tingkat 3.

Nasib baik kami belum panggil security, nak tanya awat ada orang masuk rumah dia duduk free.

La ni, saya bawak akak cleaner dari Kajang. Minta tolong cuci rumah yang macam titanic nak tenggelam ni. Normi dan mak dia pun ikut, sebab ada urusan lain di sini.

Ada perabot kepunyaan yang dah buruk, ada yang masih boleh pakai. Perabot buruk, kena buang lah.

Cuma cabaran terbesar adalah macamana nak keluarkan sofa yang lebarnya lebih besar dari lebar rumah.

Perghhh... kena cabut kaki dia dulu, kemudian berdirikan dia. Kemudian kena main angle.

Dengan tahap ketererran saya dan Normi, sofa gedabak dan buruk ni pun berjaya dikeluarkan. Sat lagi bersihkan rumah ni.






Eh, kawan-kawan kalau nak cari rumah sewa kat Shah Alam, boleh la sewa sini.
Kondo Mutiara Anggerik untuk disewa di Seksyen 15, Shah Alam. Security bagus. Rumah 4 bilik 2 bilik air. Siap ada kabinet dapur.
Kadar sewa RM1500 sebulan 







Mutiara Anggerik for rent
Contact saya 0123547636
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog