• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Bajet 2013: Sudut Pandang Pelabur Hartanah

Semalam merupakan pembentangan Bajet 2013.

Memang hangat masing-masing memperkatakan tentang Bajet ini.

Saya juga mengambil masa membaca teks penuh Bajet 2013 ini malam tadi.

Tidak dapat menulis penuh keseluruhan Bajet ini, biarlah saya fokus kepada pelaburan hartanah sahaja.



1) Kadar Cukai Hartanah (CKHT) atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil Real Property Gain Tax (RPGT) dinaikkan ke kadar baru.


Bajet 2011
< 5 tahun perolehan - 5%

Bajet 2012
0 - < 2 tahun perolehan - 10%
2 - < 5 tahun perolehan - 5%
5 tahun ke atas - 0%

Bajet 2013 yang baru dibentangkan semalam

0 - < 2 tahun perolehan - 15%
2 - < 5 tahun perolehan - 10%
5 tahun ke atas - 0%


Ini bermakna terdapat kenaikan 5% setahun bagi hartanah yang dilupuskan kurang dari 5 tahun.
Harus diingat bahawa:
- pengiraan cukai ini adalah berdasarkan keuntungan harga jualan berbanding harga perolehannya
- Pengecualian RPGT sekali seumur hidup masih tersedia.

Kenaikan kadar RPGT ini dikatakan bagi membendung kenaikan harga hartanah.
Berkesankah?


2) Pengecualian duti setem atau stamp duty ke atas rumah pertama yang bernilai 400k

Semasa saya membeli rumah pada tahun 2008 dahulu, diskaun duti setem adalah sebanyak 50% bagi sekali permohonan pengecualian, tertakluk kepada maksima harga RM 250k.
Ini bermakna, tak kiralah rumah tersebut rumah pertama, kedua atau ketiga sekalipun, ia tetap layak mendapat diskaun 50% asalkan rumah itu berharga RM 250k ke bawah dan ia merupakan kali pertama anda memohon diskaun tersebut.

Kemudian, di dalam Bajet 2009, pengecualian duti setem 50% diberikan tetapi hanya untuk rumah pertama dibeli sahaja dan rumah tersebut mestilah berharga RM 350K ke bawah.
Jadi, siapa yang dah beli rumah pada tahun 2008 dan terlewat menyambar peluang diskaun 50% ini akan gigit jari lah.sebab rumah yang dibeli pada masa depan dah bukan lagi rumah pertama.

Terkini, Bajet 2013 mengekalkan diskaun 50% setem duti kepada rumah pertama tetapi harga rumah dinaikkan ke RM 400K. Ia akan berkuatkuasa mulai Januari 2013 sehingga 31 Disember 2014.

Ini merupakan langkah yang baik berbanding Bajet 2009 memandangkan kelayakan harga rumah adalah lebih tinggi.
Namun, ada juga pembeli rumah pertama yang tidak tahu mengenai peluang ini dan mereka tidak mendapat nasihat dari peguam yang mungkin tidak tahu ini rumah pertama mereka.
Sudahnya, peluang ini terbiar begitu sahaja dan pembeli tetap membayar penuh duti setem ini.

Lagipun, pengecualian 50%  duti setem bukanlah faktor utama dan faktor berpengaruh untuk rakyat membeli rumah. Jarang dengar orang nak membeli sebab dapat diskaun duti setem kann.
Biasanya orang beli rumah atas sebab lain seperti harga yang mampu milik, lokasi yang panas, kemudahan pengangkutan yang baik atau keinginan tinggal di rumah sendiri.


3. Rumah Mampu Milik


Kerajaan memperuntukkan 1.9 bilion ringgit bagi membina 123 ribu unit rumah dengan harga berpatutan di kawasan-kawasan strategik.
Projek ini akan dilaksanakan oleh 3 agensi iaitu PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan Jabatan Perumahan Negara.

a) PR1MA


Dikatakan sebanyak 50 ribu unit rumah PR1MA akan dibangunkan di bandar-bandar utama di seluruh negara, antaranya Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Seremban dan Kuantan.
Rumah- rumah ini akan dijual dengan harga RM 100k - RM 400K. Antara bandar-bandar utama tersebut adalah Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Seremban dan Kuantan.
Untuk projek ini, PR1MA akan membelanjakan RM 500 juta.

Selain itu, PR1MA menawarkan satu lagi mekanisme rumah mampu milik melalui Dana Pemudah Cara Perumahan. Dana ini berjumlah 500 juta ringgit adalah bertujuan untuk membina 30 ribu unit rumah secara usaha sama kerajaan dengan pemaju perumahan swasta. Rumah ini kemudiannya akan dijual kepada rakyat dengan harga 20% lebih rendah dari harga pasaran.
Di sini, sistem balloting akan diguakan.


b) SPNB
Kerajaan melalui SPNB akan membina 22,855 unit kediaman termasuk apartmen kos rendah dan sederhana, rumah mesra rakyat serta rumah mampu milik. Peruntukan untuk projek ini adalah sebanyak RM 320 juta.

Dari jumlah ini, 1,855 unit apartmen kos sederhana akan dibina dengan segera di Shah Alam dan Sungai Buloh. Ia akan mempunyai keluasan 850 kaki persegi dan akan dijual pada harga RM 120k - RM 220k seunit.

Selain itu, di bawah projek Rumah Mesra Rakyat, SPNB akan membangunkan sebanyak 21,000 unit rumah yang akan dijual pada harga RM 65K.


c)  Jabatan Perumahan Negara

Jabatan ini akan membina  20,454 unit rumah menggunakan kaedah Industrialised Building System. RUmah ini akan dijual pada harga RM 30K - 40K seunit sahaja berbanding harga pasarannya dijangka berjumlah RM 120K.
Dari jumlah unit ini, 20% unit akan diperuntukkan kepada kakitangan kerajaan dan sebahagian kuota untuk OKU.

Ulasan: 

Mengenai PR1MA ni, saya harap betullah projek-projek tu akan dibina.
Sebab kalau ikut Bajet 2012, sepatutnya PR1MA akan mula dibangunkan di Putrajaya dan Bandar Tun Razak. Kemudian, sebanyak 7,700 unit rumah lagi akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja.

Tapi setakat saya berulang alik Putrajaya, Cyberjaya ni, tak ada nampak pula projek ini dah dibina.
Malahan, pembinaan rumah mampu milik di Cyberjaya dan dicanang-canang sejak Bajet 2010 lagi, tapi habuknya pun tak jumpa lagi.



4) Skim Rumah Pertamaku 

Had kelayakan pinjaman bagi skim ini telah dinaikkan.

Bajet 2012 - had pendapatan maksimum = RM 3,000

Bajet 2013 - had pendapatan maksimum = RM 5,000 (individu) atau RM 10,000 (dengan pasangan).

Tiada lagi syarat mesti bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan dan deposit 3 bulan gaji.

Skim ni, entah apa sumpahannya, dari awal diperkenalkan lagi, ia mendapat sambutan yang hidup segan mati tak mahu.

mana taknya.. pada masa tu kelayakan pinjaman tak sepadan dengan harga rumah.
Lebih kepada tak logik dan menggalakkan orang menanggung hutang yang tinggi untuk rumah pertama pula.

dan ini merupakan kali ketiga skim ini ditambahbaik.
boleh baca ulasan saya terdahulu di sini
http://www.propertywaltz.com/2011/10/bajet-2011-dan-sektor-hartanah.html


5) Pinjaman kakitangan kerajaan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan digantikan dengan bank




Atas alasan untuk konsolidasi fiskal dan mengurangkan beban tanggungan kewangan Kerajaan, Fungsi pengurusan pinjaman perumahan yang selama ini dilakukan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan akan digantikan dengan bank komersial.

Kerajaan menjanjikan kadar 4% yang dinikmati kakitangan kerajaan sekarang ini akan kekal, walaupun diuruskan oleh bank komersial.

Pada masa ini,, kakitangan kerajaan yang ingin membuat pinjaman kerajaan akan membuat permohonan ke Bahagian Pinjaman Perumahan di bawah Kementerian Kewangan.
Rekod pinjaman ini hanya akan dapat dilihat di dalam slip gaji, memandangkan bayaran balik pinjaman hanyalah melalui potongan gaji.
Oleh itu, BPP hanya mengambil kira gaji asas dan jumlah potongan gaji semasa untuk mengira kelayakan pinjaman seseorang kakitangan yang memohon.
Rekod CCRIS tidak dirujuk pun.

Tapi selepas fungsi BPP diganti dengan bank komersial, adakah bank akan merujuk kepada CCRIS sebagaimana prosedur biasa mereka?




6) Wang Proses Pinjaman Perumahan

Di dalam Bajet 2013, wang proses untuk setiap permohonan pinjaman perumahan kerajaan telah ditetapkan pada kadar 100 ringgit rata, tanpa mengira berapa amaun pinjaman tersebut.

Kadar ini lebih baik dari kaedah sedia ada iaitu RM 1 bagi setiap RM 1,000 pinjaman.


7) Projek perumahan generasi kedua Felda

Felda akan membangunkan 20,000 unit rumah untuk generasi kedua Peneroka Felda di atas tanah kosong kepunyaan Felda. Namun begitu, dijangkakan rumah-rumah ini akan siap dalam masa 5 tahun lagi.
Aiyooo.. lamanya lagi!


8) Projek Rumah Terbengkalai




Kerajaan memperutukkan RM 100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan unruk memulihkan projek-projekrumah terbengkalai.

Selain itu, bagi pihak swasta yang membantu memulihkan projek terbengkalai ini, insentif khas akan diberikan iaitu:
- bank menerima pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah dari kontraktor penyelamat
- kontraktor penyelamat menikmati potongan cukai 2 kali ke atas faedah dan lain-lain kos untuk mendapatkan pinjaman
- pengecualian duti setem kepada kontraktor penyelamat untuk semua urusan pindah milik tanah dan rumah yang berkaitan



9) Tun Razak Exchange (TRX)



Kalau Tun Dr Mahathir, ada MSC.
Jadi Najib nak juga hasilkan Tun Razak Exchange.

Bagi syarikat berstatus TRX, kerajaan akan memberikan pengecualian cukai pendapatan selama 10 tahun, pengecualian duti setem dan elaun bangunan industri.
Bagi syarikat berstatus TRX Marquee, mereka akan dapat menikmati elaun modal yang dipercepatkan.
Manakala bagi pemaju hartanah yang terlibat, mereka akan diberikan pengecualian cukai.

Wowwwowww... kelebihan jelas kepada pemaju dan syarikat, berbanding kepada pelabur hartanah kecil-kecilan.

Tapi kalau kita perhatikan, pengecualian cukai kepada pemaju TRX ni turut diperuntukkan dalam Bajet 2012.
Masa tu, TRX dipanggil dengan nama lamanya: KLIFD atau Kuala Lumpur International Financial District.


Relax dulu...


Setakat ini dulu review saya mengenai Bajet 2013 dari perspektif pelaburan hartanah.

Akan menyusul, review Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 dari perspektif yang sama yang telah dilancarkan 2 hari sebelum Bajet 2013 ini.


Kredit foto: Utusan, LHDN
Share:

Magiknya Harry Potter!

Siapa di sini yang meminati siri novel Harry Potter?
Siapa di sini yang mengkuti semua filem Harry Potter?



Jujurnya saya tak membaca novel Harry Potter.
mungkin sebab saya tak suka sangat baca novel.

Tapi filemnya? wowww.... sangat suka!

Saya selalu kecewa kerana saya mengharapkan Harry dan Hermione akan bercinta.
Saya merasakan kedua-duanya amat secocok. Harry si hero yang berani dan Hermione si cerdik dan bijak sentiasa membantunya.
Dari mereka kecil, saya lihat Hermione mengambil berat pada Harry.
Jadi saya memasang angan-angan. Angan-angan pada percintaan orang lain dalam filem.. hehehe

Tapi kemudian rupanya tidak.. :(
Hermione bercinta dengan Ron? Whattt?

kata kawan-kawan, kalau membaca novelnya pasti tahu yang Hermione memang suka pada Ron.
huh.

OK, sebenarnya saya nak bagitau yang mereka bertiga yang cute ni bukan sahaja ada ilmu magik di dalam filem, tetapi juga di luar filem.

Emma Watson yang membawa watak Hermione sangat bijak orangnya.
Dia mendapat semua A di dalam A-Level, kemudian melanjutkan pelajaran di University Oxford.

Rupert Grint yang membawa watak Ron adalah seorang pelakon teater kanak-kanak sebelum terlibat dengan filem Harry Potter.

Manakala Danielle yang cute yang membawa watak Harry Potter pula sekarang merupakan jutawan termuda di United Kingdom.

Tapi bukan itu sahaja.
Mereka bertiga ni juga rupanya sangat bijak menguruskan kewangan peribadi mereka.
Wang yang diperoleh sedari kecil dari lakonan filem ini tidak dihabiskan begitu sahaja.
Mereka bertiga sememangnya bukan budak yang suka berpoya-poya dengan kekayaan.

Lantas, apa yang mereka lakukan dengan wang mereka?
haaa.. jika anda masih belum membaca artikel terbaru saya di Majalah Niaga mengenai mereka bertiga, jemputlah baca.

Saya mengambil masa dua hari menyiapkan artikel ini.
Satu hari untuk mengumpul bahan-bahan..
satu hari penuh untuk saya double check semua bahan tu dan pastikan fakta itu benar.Kemudian menulisnya semula.

Asal tajuk artikel ini adalah "Pelaburan Hartanah si Ahli Sihir"
tapi sebab saya terlalu lemah mencipta tajuk yang boombastik dan menarik perhatian, editor Majalah Niaga telah menukar tajuk ini kepada "Strategi Magik Pelaburan Hartanah Cara Harry Potter"

Terima kasih kepada tuan Aqif Azizan dan seluruh tim Majalah Niaga yang sedia membantu saya.

Semoga rakan-rakan mendapat inspirasi dari artikel saya ini.
:)
Share:

mesyuarat Joint Management Body (JMB) Neocyber

Sabtu lepas, 22 September 2012 telah berlangsung Mesyuarat Agung Badan Pengurusan Bersama Neocyber untuk kali ke3.
(Annual General Meeting for Neocyber Joint Management Body)

Badan Pengurusan Bersama atau dalam bahasa inggerisnya Joint Management Body ni merupakan satu badan yang dianggotai oleh pihak pemaju dan semua pemilik unit di dalam sesebuah bangunan.
Ia diperuntukkan di dalam Akta 663, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pegurusan) 2007
Jadi, semua urusan penubuhan dan pengendalian JMB mestilah mengikut peruntukan di dalam undang-undang ni


Sebenarnya JMB ni bersifat sementara.. sementara sesebuah bangunan tu belum mendapat strata title individu lagi
Bila strata title individu dah keluar, akta ni dah tak terpakai.
Kita akan tertakluk pada Akta 318 iaitu Hakmilik Strata pula
Tiada lagi JMB, hanya tinggal Management Corporation yang dianggotai oleh semua pemilik, tiada lagi wakil pemaju.

Saya boleh menulis dengan lebih terperinci mengenai JMB memandangkan akta ini merupakan kajian projek tahun akhir saya.

Tapi hari ini saya cuma nak berkongsi kisah mesyuarat JMB Neocyber Sabtu lalu.


Seawal 9.45 pagi, saya sudah tiba.
hmm.. mungkin saya antara pemilik unit terawal yang tiba hari itu.
kaunter pendaftaran masih belum bersedia sepenuhnya
saya kena menunggu untuk mendaftarkan nama saya.


Semasa menunggu di depan kaunter, saya ditegur Tan Sri, pengerusi JMB
"Adik ni owner ke?"
saya menoleh pada dia, senyum dan menjawab, "haah"
walaupun panggilan adik kepada saya sangat membanggakan hati, tapi saya kontrol macho juga :)

"oo.. baguslah.. muda-muda dah beli rumah", kata Tan Sri.
saya senyum je lah... bangga seh..
terima kasih kepada tshirt sempoi, jeans murah dan beg galas yang saya bawa yang menonjolkan imej 'adik' kepada yang melihat ini.
:)

saya jenguk dalam dewan, kerusi dah pun disusun.
tapi, sikitnya kerusi??

Sarapan dah disediakan, saya pun lepak di tepi meja makanan. minum teh o
perlahan lahan, pemilik lain sampai.


jam 10 pagi, quorum belum cukup.
jam 10.45 akhirnya mesyuarat dimulakan.
tak lah ramai sangat yag hadir, tapi kerusi yang disediakan tu tak cukup.
pihak pengurusan ambil masa untuk sediakan kerusi kepada semua ahli mesyuarat.

Mesyuarat ni memang panassss
Isu bil air, sangat menghairankan bila bil air melambung apabila unit kedai itu kosong
sedangkan semasa ada penyewa, bil hanya dalam RM 30 sahaja.

pihak syarikat pengurusan, Burgass Rawson cuba mengelak dari menjawab.
tapi kami semua desak dia jawab juga.
Jawapan bla bla bla... sangat tak memuaskan hati.
Tan Sri pula emosional, dia salahkan pemilik yang mengadu pula.

Bila kami suruh BR siasat, Tan Sri suruh kami pula tubuhkan pasukan dan cek meter air dan buat pengiraan sendiri
buat kerja site sendiri supaya boleh counter check BR
aikkk... takkan lah pemilik kena turun padang buat kerja syarikat pengurusan yang kami bayar?
Kami bantah, Tan Sri membebel.




Pembentangan Laporan Kewangan yang telah diaudit juga mendapat tentangan
nombor-nombor yang dibentangkan nampak tak masuk akal
perbelanjaan terlalu tinggi untuk perkhidmatan keselamatan yang kurang bagus.

Nasib baik ada beberapa pemilik yang mahir dengan perakaunan dan audit
ramai juga yang peka menilai nombor-nombor tu
jadi memang banyak betul soalan dan pertikaian


Selain itu, format laporan kewangan agak mengelirukan
Nombor muka surat pun berulang-ulang.
Ada 4 muka surat yang bernombor sama
Ada juga muka surat yang tak ada nombor
Sungguh susah nak rujuk!


Seorang pemilik bangun menunjukkan gambar yang ditangkapnya menunjukkan pegawai keselamatan tidur ketika bertugas
Seorang lagi komplen gate masuk parking selalu rosak
Tapi Tan Sri akan cuba cari kesalahan pengadu tu balik..
Ada aja yang dia cuba pertikaikan semula
"are you staying there?"
"do you come last meeting?"

Jam 12.30 tengahari, masih ding dong ding dong lagi
Ramai ahli mesyuarat terpaksa balik dulu walaupun resolution no 5 mengenai cadangan kenaikan yuran penyenggaraan belum sampai gilirannya lagi

Bila tiba resolution no 5 ni, hahahaha.. tiada siapa menyokong!
memang yang datang ni pun sebab nak menentang cadangan ni lah..

Pihak BR kata, sebab perbelanjaan bulanan lebih tinggi dari amaun yang sepatutnya dikutip dari setiap unit
cajnya mahal-mahal...
untuk yuran perkhidmatan BR sahaja, cajnya 13k sebulan, caj gaji pekerja BR 22k++ dan ada lain2 caj lagi yang BR ambil
untuk syarikat keselamatan yang agak mengecewakan tu, kami bayar rm44k sebulan.
belum lagi pembersihan, landskap, penyenggaran lif dan lain-lain...
wowww.. bajet memang burst meletop letop!

Bagi kami pemilik yang hadir mesyuarat hari tu mudah je
jika kita ada wang rm20, belanja lah atas bajet rm20 tu
kenapa dah tahu ada rm20 tapi nak berbelanja sampai rm30.
memang lah tak cukup bajet.
sampai bila nak naikkan kadar penyenggaraan kalau comittee dan BR tak jaga bajet?

punyalah tak cukup duit sampai penutup tandas awam sebelah kolam renang ni dah  berbulan-bulan tak berganti baru
kami setuju, ahli comittee baru akan tengok balik perkara ini dan kaji balik, perlu sangat ke naikkan yuran penyenggaraan

resolution ke3: ahli committee yang gagal hadir mesyuarat bulanan 3 bulan berturut-turut tanpa alasan bertulis akan dikira sebagai meletak jawatan telah diluluskan.
bila dah dikira letak jawatan, ahli commitee sedia ada akan lantik orang lain sebagai pengganti sementara menunggu mesyuarat tahunan seterusnya

resolution ke6: elaun perjalanan rm100 untuk setiap ahli committee yang hadir mesyuarat sebulan sekali juga diluluskan

akhir sekali lantikan ahli commitee baru.
semua ahli commitee lama digantikan dengan muka-muka baru.
boleh dikatakan semua ahli baru ni adalah muka-muka yang banyak bangun dan bersuara dalam mesyuarat ini
tapi sedih juga sebab ada beberapa pemilik yang bagus dan bangun bersuara tidak dapat dilantik sebagai committee sebab mereka tidak sanggup
mungkin sebab lokasi kerja dan tempat tinggal
mungkin juga ada yang terlalu sibuk dengan kerja masing-masing
hm.. pemilik wanita yang merupakan akauntan tu pun tak berani menjadi comittee..
kalau tak, mesti best sebab ada akauntan kan..

bab nak lantik sebagai committee pun jadi pertikaian
BR menolak kami mencalonkan seorang pemilik yang dah bayar semua yuran penyenggaraan tapi ada pertikaian bayaran bil air
bagi saya, dalam akta jelas. pemilik mestilah tidak mempunyai outstanding dalam yuran penyenggaraan
bil air adalah utiliti, bukan yuran penyenggaraan
jadi sepatutnya pemilik tersebut layak mengundi dan layak dicalonkan sebagai commitee

Tan Sri juga kata commitee mestilah 5 - 14 orang
saya bangun pertikaikan. mengikut akta, commitee mestilah 5 - 12 orang sahaja.

oh ya, awal-awal pagi sebelum mesyuarat tadi pun saya dah membantah BR tidak membenarkan pemilik tunggal melantik proxy
dia kata ada dalam akta.
saya membantah.
tiada peruntukan dalam akta 663 menghalang pemilik tunggal melantik proxy.
hohoho...  nampaknya bagus juga saya pilih tajuk akta 663 ni sebagai kajian projek tahun akhir saya..

Akhirnya 8 orang dilantik sebagai commitee baru
saya dilantik sebagai commitee juga. sebagai setiausaha.

besar sungguh amanah ini..
Semoga Allah membantu saya dan rakan-rakan comitte baru untuk menguruskan Domain, Domain 2 dan Biz Avenue @ Neocyber dengan lebih baik lagi...
itu harapan saya..

Senarai penuh Joint Management Committee Neocyber 2012 - 2013


1.      Chairman : Kong Ai Yian
2.      Secretary : Rohaniah Noor
3.      Treasurer: Shasi

4.      Committee Members
         a.      Kharini Supinah
         b.      Abdul Rahman
         c.      Simon Peter
         d.      Chuah Yoke Mooi
         e.      Ismail Thamby Ibrahim
         f.       Anniz Bajunid


Share:

bagaimana melabur hartanah tanpa modal?

Ramai orang merungut..
nak beli rumah tapi tak cukup duit untuk bayar deposit
maka ramailah yang melangut begitu sahaja..

harga rumah makin naik, tapi mereka tak juga turut sama-sama naik bas
tak turut sama-sama membeli dan melabur lah maksud saya

mereka menyelahkan takdir, menyalahkan pemaju jual harga mahal, menyalahkan spekulator
tapi mereka kat situ juga.. menunggu dan terus menunggu

tapi sebenarnya kita boleh buat pelaburan hartanah tanpa modal pun..
tak semestinya kena ada puluh puluh ribu..
macamana caranya?

rakan pelabur saya, Saufi Karim ada kongsikan dalam ebook terbaru beliau, Pelaburan Hartanah Tanpa Modal'



saya telah membaca ebook ini. memang banyak info yang dikongsikannya

kalau ebook lain biasanya ada dalam lebih kurang atau kurang dari 50 muka surat
tapi penulis ini bermurah hati menulis hingga 107 muka surat

Ada 6 bab di dalamnya dan juga 7 artikel bonus.

Keseluruhannya, antara kandungan ebook ini adalah:

- Apa itu Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
- 5 Cara Bagaimana membuat Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
- 8 pengalaman case study bagaimana pelaburan hartanah tanpa modal berjaya dilakukan
- Pengiraan Duti Setem dan Yuran Guaman
- Perbandingan MRTA dan MLTA
- jenis-jenis perbankan islam
- Tips mengenalpasti lokasi yang bagus
- Teknik untuk mudah lulus pinjaman
- 10 lokasi paling hot di Lembah Klang

Bagi pendapat saya, ebook ni memang wajib anda miliki jika ingin tahu bagaimana pelabur hartanah yang berjaya begitu rancak melakukannya walaupun modal mereka tak besar mana pun.
terutama kepada mereka yang baru nak belajar dalam pelaburan hartanah kan..

Saufi Karim banyak berkongsi pengalaman beliau sendiri dan pengalaman kawan-kawannya dalam bentuk penceritaan
namun di dalam penceritaan itu, ada teknik-teknik dan ilmu-wajib-tahu yang dia selitkan
jadi, tak ada lah nampak macam menulis buku teks kan

Bagi saya, pelabur hartanah perlu buat untung semasa membeli rumah, bukan semasa menjualnya.

Jadi kalau berminat nak membacanya, boleh pergi ke website ebook ini dan dapatkannya.



Share:

melawat gardenview residence, cyberjaya

sabtu 2 mingu lepas saya dan rakan melawat GardenView Residence di Cyberjaya
ia merupakan projek kondominium atas konsep bina dan jual.



Jadi, bangunannya memang dah siap, cuma menunggu tarikh penyerahan kunci dalam tahun ini juga

Semua sekali ada 3 blok
Blok A yang pernah terbengkalai satu masa dulu
tapi Setia Haruman ambilalih projek ini dan sambung semula pembangunannya sampai siap.

Sebenarnya rakan saya yang berminat untuk melihat-lihat sebab dia sedang mencari rumah untuk dibeli berhampiran Cyberjaya
Dia nak duduk sendiri.



Memang projek ni sesuai untuk tinggal sendiri
sebab keluasannya semuanya melebihi 1000 kaki persegi
dan ia juga berkepadatan rendah, cuma 210 unit untuk 3 blok bangunan.
biasanya 210 unit untuk satu blok je kan...



harga sebelum diskaun bermula dari rm400++ persqft
tapi ada diskaun 10% dan tambahan 7% lagi untuk bumiputra
ini menyebabkan harga selepas diskaunnya dalam hampir rm350 sahaja untuk setiap kaki persegi

memang murah jika dibandingkan dengan harga pasaran di cyberjaya yang mencecah rm550 bagi setiap kaki persegi
dan melihat pula ini unit bina dan jual, jadi, memang harga ini murah.

cuma bila darab dengan keluasan, besar jugalah amaunnya :)

pada masa kami ke sana, unit paling kecil yang ada hanyalah 1400++  kaki persegi.
unit lebih kecil dari itu dah habis dibeli.



antara kemudahan yang ada adalah:

- 5 taman bertema lanskap yang istimewa
- kolam renang
- cafetaria
- taman permainan kanak-kanak
- gymnasium
- trek jogging dan gazebo
- gelanggan tennis
- kawalan keselamatan 3 lapis dengan sistem kad dan intercom
- kedai runcit mini

- dewan serbaguna
- taska
- ruang BBQ
- surau





Bagi pendapat saya, kondominium ini sesuai untuk kediaman sendiri sebab kepadatan rendahnya dan kemudahannya
terutama bagi yang bekerja di cyberjaya, putrajaya, serdang dan kawasan sekitar.
ia juga sangat dekat dengan MMU, CBD perdana, dpulze dan StreetMall

ia juga freehold.

cuma isunya di sini adalah bajetlah.
jika harga ini di bawah bajet anda, boleh lah pertimbangkan untuk membelinya.
Share:

Neocyber JMB 3rd Annual General Meeting: 2 hot resolutions

Today I received notice of 3rd Annual General Meeting for Joint Management Body of Neocyber.

the meeting will be held on September 22, 2012 at 10 am
venue is at Multi Purpose Hall , Domain @ Neocyber.

when i read the agenda of the meeting, i fee that there are a number of dissatisfaction things
why?



First:
Resolution to increase the maintenance fee from 23 cent per sqft to 37 per sqft for Domain and from 25 cent persqft for Domain 2 to 37 cent per sqft too.



Hey, dont you think this is too much?

actually 23 cent is a new rate passed by JMB.
previously, before JMB establishment, developer charge 18 cent per sqft only.
JMB in their meeting, increase it to 23 cent.
now they want to increase again?

and one thing, before Domain 2 got vacant possession, we can manage Domain's facilities and common area with the old rate of 23 cent.
so now we have to share it with residents of Domain 2 in one or 2 months, we will also share it with Domain 3
so, supposedly the cost of maintenance per unit will be cheaper since it is now funded by more unit.
but, why it is in the opposite?

besides, the facilities there is just swimming pool, gym, hall, surau, public washroom.
no sauna, no Jacuzzi, no tennis court, no badminton court or whatever luxury.
just a basic facilities for a serviced apartment or condominium.
so why need so much money?

actually the maintenance not really superb but boleh lah...
i notice twice that the washroom for ladies next to swimming pool a bit dirty and not maintained properly. 
there are few times i want to pay maintenance fee but the system down
then for my sister's unit, according to the system, one water bill in 2010 still outstanding
funny because the management office have the payment receipt but they cannot ensure their HQ to update the payment.
hmmmm....




Second:
Travelling Allowance to the commitee members



JMB meeting want to pass resolution that provides travelling allowance to all committee member who attend the monthly meeting.
woww.. monthly claim?
 hm.. this resolution makes me wonder, is the proposed increment of maintenance fee is partly to cater this fund?

Based on these issues, i do hope all my friends and readers who own a unit in Neocyber can spend their precious and limited time to come to the meeting.
let us make sufficient inquiry before they simply pass these resolutions.

but if you are agree with these things, its ok not to come. hahahahaha

ok, let me give yoy the details of the meeting again.

the meeting will be held on September 22, 2012 at 10 am
venue is at Multi Purpose Hall , Domain @ Neocyber.



See u there :)

Share:

Apa yang patut dibeli untuk kaya?

Setiap pelabur ada profil unik mereka sendiri
ada yang bergaji kurang RM 2,000 sebulan
ada yang bergaji RM 10,000 sebulan

ada yang komitmennya dah sedia tinggi
ada yang masih bujang dan kurang komitmen

ada yang suka melayan karenah penyewa dan ada banyak masa
ada yang sangat sibuk dan punya masa yang sangat terhad

jadi, setiap orang profilnya unik tapi mereka sangat berminat untuk membina pendapatan pasif melalui pelaburan hartanah

untuk berjaya dan kaya melalui pelaburan hartanah, pelabur perlu tahu profilnya, kekurangannya, kelemahannya dan sesuaikan dengan jenis hartanah yang ada di pasaran.
Jenis hartanah ini kemudiannya dimasukkan dan disusun di dalam strategi pelaburan anda.

Mungkin artikel  yang saya tulis di Majalah Niaga ini dan sambungannya di sini boleh membantu kawan-kawan.

Masih ada masa kot, selamat hari raya!!!

(kalau profil macam yang sedang tidur ni, hartanah apa yang sesuai untuk dia agaknya ya? )


Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog