• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Hari pertama property & co

hari pertama property & co alhamdulillah berjalan dengan lancar.
rohaniah noor tu walaupun neves still boleh bercakap sampai kering tekak
nicole tu pulak walapun blank nak buat exercise tapi main aci kelat jemput rohaniah noor ke depan.
pagi2 sabtu yang hujan.. peserta pun sesat2 nak jumpa tempat
tapi tetap program dapat berjalan..
makanan pun boleh tahan sedap.
kari ayam dia best.. sayur pun banyak sedap2.. woohoooo.. sesuai utk orang diet.. hehehe

malam tadi pulak larian pun berjaya
5 km larian dapat di selesaikan dalam masa 37 minit.
alhamdulillah.. larian terakhir sebelum ramadhan..

sekarang ni hari ke2 sharing session property & co masih berjalan.
siti farazila dengan rumah lelongnya.. heeee....
petang ni abang ensem akan datang memperagakan kehensemannya..
lepas tu malam ni dier akan lead majlis tengok anak bulan ye...
hm... tak sia2 jemput abang ensem,,, hehehehe
Share:

esok yang mencabar

esok memang sangat mencabar
sebab pagi2 lagi sharing session property & co bermula.
ehem ehem... nak kena bercakap 4 jam.. aduh....
kena buat senaman tekak la macamni...



petang pulak lepas abis session dalam pukul 6, saya kena cepat2 gerak ke putrajaya
sebab ada The Shape Night Run
wowweee...
yang tak bestnya masa nak daftar, pendaftaran kategori 12 km dah penuh. dh ditutup.
jadi terpaksalah daftar kategori fun run je.. 5 km...
:(
larian start 8.40 mlm.. ye lah.. fun run je kan.. pelepasan paling lewat lah..



kemudian pagi2 ahad sambung balik session property & co.. fuhhh....

kalau abangensem minum revive isotonik, saya minum gatorade kaler ungu je.. hehehe

ok, kepada kawan2 property & co, kita jumpa pagi esok.
kepada kawan2 running, kita jumpa petang esok.

Share:

pilih-pilih lagu untuk 2 hari lagi

Sharing Session Property & Co lagi dua hari lah...wahhh
sabtu pagi2 pukul 9 ia akan bermula..

so sejak semalam saya mendengar, memilih dan menyusun lagu2 untuk digunakan semasa sesi itu nanti.
hehehe... rasanya saya paling layak untuk tugas ini sebab saya paling gemarkan muzik antara kawan2 lain..
sebenarnya untuk sesi sebelum ni dah ada dah lagu2 gempak yang saya pilih khas.
fail2 lagu tu saya simpan dalam pen drive saya dan notebook saya
sekali notebook saya slow giler... mcm nak mati.
so saya clearkan folder lagu tu dengan alasan, ada backup dalam pen drive
sekali pen drive hilang pulak daaaa.....
puas cari tak jumpa...
so, nampaknya terpaksa lah saya kumpul semula dan tambah pula dengan lagu2 lain supaya lebih meriahhh

untuk peserta, jangan bimbang..
jika anda peminat pop, ada lagu pop untuk anda
jika anda peminat r&b, fuyooo.. banyak giler lagu r&b sebab saya peminat r&b jugak
jika anda peminat hip hop, hehehe... mana saya boleh tinggal...
jika anda peminat lagu berentak latin dan jazz pun ada tau..
jika anda peminat lagu etnik seperti saya.. ada jugakk....
lagu waltz pun ada saya selitkan.. sempena muzik rasmi propertywaltz..

hm... so far dlm senarai saya yang tak ada lagu cha cha, blues, world music, lagu hindi... k-pop pun takde... hehehehe

jadi bersedia lah untuk mendengar seleksi lagu2 yang saya pilih khas nanti..

eh eh.. jgn silap.. session ni memang berkaitan hartanah.. bukan konsert..

alang2 mood muzik, saya nak kongsikan lagu ini dan liriknya untuk anda

saya tujukan kepada semua kawan2 yang mendaftar sesi sabtu ni serta untuk nicole, fara dan abengensem.. mari kita dengar yea.....
(tak minat pun dengar je la.. kasi heppi dan kasi up semangat nak gi sabtu ni... heeeeeee...)


FIVE - Keep on movin'




I woke up today with this feeling
That better things are coming my way (way)
And if the sunshine has a meaning
Telling me not to let things get in my way

When the rainy days are dying
Gotta keep on, keep on trying
All the bees and birds are flying (ahh ahh ahh)
Never let go, gotta hold on in
Non-stop 'til the break of dawnin'
Keep on movin' don't stop rockin' (ahh ahh ahh)

Get on up when you're down
Baby, take a good look around
I know it's not much, but it's okay
Keep on moving anyway

Feels like I should be screaming
Trying to get it through to my friends
Sometimes it feels that life has no meaning
But I know things will be alright in the end

When the rainy days are dying
Gotta keep on, keep on trying
All the bees and birds are flying (ahh ahh ahh)
Never let go, gotta hold on in
Non-stop 'til the break of dawnin'
Keep on movin' don't stop rockin' (ahh ahh ahh)

Get on up when you're down
Baby, take a good look around
I know it's not much, but it's okay
Keep on moving anyway

When the rainy days are dying
Gotta keep on, keep on trying
All the bees and birds are flying (ahh ahh ahh)
Never let go, gotta hold on in
Non-stop 'til the break of dawnin'
Keep on movin' don't stop rockin' (ahh ahh ahh)

Get on up when you're down
Baby, take a good look around
I know it's not much, but it's okay
Keep on moving anyway

Get on up when you're down
Baby, take a good look around
I know it's not much, but it's okay
Keep on moving anyway
Share:

property investment convention 2011


6 dan 7 Ogos ini saya akan menghadiri Property Investment Convention 2011 di Gardens Hotel, Kuala Lumpur.
Sebenarnya saya peminat Milan Doshi.
buku2 beliau memang saya baca.
Last sekali bertemu beliau adalah pada hujung tahun lepas dalam satu sesi minum petang istimewa bersama beliau, Dr Peter Yee, Gerard Kho dan beberapa lagi orang2 yang berpengalaman salam pelaburan hartanah.

Itu sebab bila saya dapat tahu pasal konvensyen ni, saya terus tertarik untuk hadir.
tengok heading dia.. ok gak

Will the property bubble burst this year?
Where is the property market heading to?
Is the Property Market going up, down or sideways?

Kena pulak ada promosi buy 1 get 1 free tiket.
apa lagi... hehehehe...
saya pakat dengan auction queen kita lah, ctfarazila.

kalau ada yang berminat nak attend, pendaftaran masih dibuka.

Boleh baca lebih lanjut berkaitan konvensyen tu di laman web mereka

atau di laman FB mereka

Kenapa kena attend?
sebab sebagai pelabur hartanah, jangan ingat apa yg kita tahu tu dah cukup.
kita kena sentiasa update diri kita dan belajar dengan menyertai seminar2, persidangan, baca buku dan apa juga yg sentiasa memberi ilmu kepada kita.
Jangan terlalu kedekut untuk melabur pada diri sendiri kerana hasil pelaburan itu jauh berpuluh2 lipat kali ganda dari modal pelaburan diri sendiri itu.

bukan program ni je, seminar2 oleh Property & Co, abangensem, tuanbri, azizi ali, milan doshi, renesial leong dan yang lain2 memang sangat bermanfaat.


kawan2, promosi buy 1 get 1 tu masih lagi terbuka sehingga esok, 27 julai 2011.

seorang kawan saya berminat nak hadir konvensyen ni dan sedang mencari partner untuk kongsi duit tiket.
yelah.. dah beli 1 dpt 2 tiket kan.. so elok lah 2 orang pakat kongsi beli 1 tiket.
so kalau ada yang berminat, boleh emel kawan saya cepat2 sementara peluang masih ada.
contact dia di alamat emel izruddinshah@gmail.co​m atau kambingselam@yahoo.com

so, kepada sesiapa yang akan pergi konvensyen ni, selamat bertemu di sana yaaaaa
Share:

Innertalk workshop dan saya

Hadiah hari lahir tahun 2009, saya menerima satu hadiah yang sangat bermakna.
Kawan saya menghadiah saya sekeping cd audio subliminal programme yang dipanggil InnerTalk.
Ia merupakan satu rangkaian program subliminal yang dicipta dan dipatenkan oleh Dr Eldon Taylor dari Amerika.
Dr Eldon telah mencipta satu rangkaian produk yang dapat mendidik dan mengubah minda separa sedar kita kepada sesuatu target yang tertentu melalui audio seperti muzik instrumental dan sound effect mcm bunyi ombak, burung dan bisikan suara.




Setiap audio berbeza2 berdasarkan apakah yang hendak kita didik subconscious mind kita.
contohnya bagi cd yang bertajuk Self Discipline and Determined banyak mengubah minda separa sedar pendengar cd tu supaya secara automatik menjadi seorang yang berdisiplin dan rajin berusaha di dalam pelajaran atau pekerjaan mereka.
Ada satu lagi contoh, cd yang bertajuk Freedom From Stress mengajar minda separa sedar kita utk relaks dan tidak stress.
Satu lagi contoh cd yang bagus adalah Forgiving and Letting Go. Ia menyebabkan kita secara automatik rasa hilang marah, dendam, sedih dan kecewa terhadap orang yang melukakan hati kita dan kita berjaya melepaskan sesuatu hal yang menyedihkan tu.
Selain tu ada juga tajuk seperti Loss of a Loved One, utk mereka yang sedang bersedih dan rasa hilang semangat kerana kehilangan orang yang tersayang.

Cd yang kawan saya beri tu saya dengar setiap malam berturut selama 3 bulan.
sebenarnya saya bukan dengar beriya2 pun.
saya cuma pasang sebelum tidur dan biarkan ia terpasang sehingga lah saya bangun tidur esok pagi.
Tajuk apa cd tu, biarlah menjadi rahsia...
tapi jujur saya katakan, lepas 2 minggu, saya terasa kesannya.
lepas 3 bulan, memang boleh dikatakan ia 90% berjaya mengubah diri saya dan minda saya.
Terasa sangat berbeza dan yang istimewanya perbezaan itu datang secara semulajadi.. bukan kita rasa dipaksa atau terpaksa..




so, minggu lepas ada workshop InnerTalk ni di pejabat mereka di Damansara Perdana.
saya pun tak melepaskan peluang untuk hadir kerana saya mmg dah target nak beli beberapa lagi tajuk untuk diri saya sdr, adik saya dan kawan saya.
Sebab bukan apa.. produk InnerTalk ni takde dijual di kedai2 muzik atau kedai buku.
Dulu je ada di Popular Bookstore tapi utk tajuk yang terhad.
Kalau tak, kena order direct dari company pengedar ni.
Tu yang bila ada sesi workshop mcmni, saya pergi.
Sebab boleh beli cd tu sambil mendengar penerangan dari pihak InnerTalk sendiri.

ada promosi, beli 5 percuma 1.
apa lagi.. saya pun borong la..hehehe

contoh testimonial dari pendengar program InnerTalk, selain diri saya sendiri ;)

Mrs. Lam, Subang, July 2011

I bought “Using Both Halves of the Brain”, “Accelerated Learning & Study” and “I Can: Building a Child’s Esteem” for my two sons age 7 and 13 years old. As advised I play the CD’s systematically throughout the day and night even while they are sleeping.

One week later to my amazement my eldest son asked me to buy books for him to read and he is actually reading the books every day. Previously he has no interest in reading books at all. One day while driving home with my sons as usual we would talk and laugh throughout the journey, I was saying that there are so many humps we had to go over and my youngest son suddenly mentioned to me that we are passing through hump number 16 now. As I recounted back, he was right and what surprised me is that he wasn’t even paying attention to the humps –he is using his right brain!

Looks like the InnerTalk program is bringing positive changes to my sons.

Mrs Lam, Subang
July 2011

satu lagi testimonial

Cecelia, June 2011

For the past 11 years my husband smokes 1 packet of cigarettes every two days and has been trying to quit without much success. In March 2011, I was introduce to InnerTalk and bought a title named Stop Smoking.

My husband plays the CD throughout the day and night. Within 2 months he has smoked very much less. Now he smokes only when the urge is very strong and that also he takes 1 or 2 puffs before dousing the cigarette.

I believe very soon he will totally stop smoking.


Cecelia

June 2011

Testimonial ini saya ambil dari laman web InnerTalk tu sendiri.
untuk makluman lanjut, kawan2 boleh la lawat laman web InnerTalk: http://www.innertalk.com.my/

atau boleh juga cari mereka di FB


enjoy the video on the products.

Share:

Dr Lo' Lo': serikandi yang pergi

Isnin malam selasa saya tertidur awal.
sangat awal.
Pukul 1.00 pagi terbangun.
Bila buka facebook, saya terkejut bila mendengar berita pemergian Allahyarhamah Dr Lo' Lo', MP Titiwangsa.
Memang sejak minggu lepas saya dengar berita beliau sakit dan sedang menjalani rawatan akibat barah.
tak sangka.. belum tamat satu penggal perkhidmatan arwah sebagai ahli parlimen, arwah telah pun meninggalkan seluruh ahli keluarganya, penduduk di bawah kawasan parlimen Titiwangsa dan kita semua.

Selasa pagi2 tu saya berusaha meluangkan sedikit masa melawat pengkebumian jenazahnya.
Subhanallah... jalan Datuk Keramat sampai jam.
masa saya sampai, orang dah nak sembahyangkan jenazah dah.
memang ramai yang datang dan menyembahyangkannya, baik lelaki dan perempuan.
saya jangka mesti lebih seribu orang ni
rupanya lebih kurang dua ribu orang..
masya allah.. ini lah tanda2 orang yang disayangi Allah..

memang saya tak pernah bersua muka dengan arwah
apatah lagi berbual dengannya.. memang tidak kenal dia secara personally pun.
tapi saya mengikuti perkembangan beliau melalui media.
entah kenapa saya mengagumi arwah.. dari segi kebijaksanaannya, ketabahannya, keperihatinannya sebagai ahli parlimen dan sikap arwah yang berani memperjuangkan hak dan ajaran islam yang sebenar tetapi tawaduk kepada Yang Maha Pencipta.
Saya antara beribu orang di luar sana yang bersorak gembira tatkala mendengar keputusan kemenangan arwah semasa pilihanraya umum tempoh hari...

Walaupun tidak pernah bersua, namun semangat beliau saya tetap kenang.
Syukur saya diberi peluang juga melawat jenazah arwah, membacakan surah Yasin dan mengiringi arwah ke kubur bersama 2 ribu orang lain.




orang ramai berpusu2 mengiringi ke kubur

Suasana di tanah perkuburuan


kubur Allahyarhamah Dr Lo' Lo'


Alfatihah buat arwah Dr Lo' Lo' binti Mohd Ghazali.

(Lo' Lo' atau sebutan yang tepatnya lukluk adalah dari perkataan bahasa arab yang bermaksud permata)
Share:

Fitnah: CTOS diperintah bayar RM200,000

Rakan group FB Propety & Co, encik Ishak berkongsi pautan berita ini.
Dari Utusan Malaysia, 16 Julai 2011 berkenaan seorang eksekutif kanan Pertonas telah memenangi satu kes saman ke atas CTOS kerana mengemukakan maklumat yang tidak tepay kepada bank hingga menyebabkan beliau gagal mendapat pinjaman.

Respon spontan saya ketika membaca artikel ini adalah, " Padan Muka CTOS. Pandai simpan data, pandai lah update ye.."

boleh baca berita penuh di bawah ini


KUALA LUMPUR 15 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan syarikat rujukan kredit, Credit Tip Off Sdn. Bhd. (CTOS) membayar ganti rugi RM200,000 kepada seorang bekas eksekutif kanan Petronas kerana memfitnahnya dengan menyalurkan maklumat kredit yang tidak tepat, kira-kira enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid turut memerintahkan jumlah ganti rugi itu dibayar dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga penyelesaian penuh kes tersebut.

Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim menyatakan pemberian maklumat yang tidak tepat telah memberikan gambaran yang negatif ke atas seseorang individu sebagaimana berlaku ke atas plaintif, Shafie Abd. Rahman, 55.

''Pada pendapat mahkamah, defendan telah cuai. Mana-mana individu yang menjalankan perniagaan membabitkan individu lain dalam urusannya, lebih-lebih lagi tanpa kebenaran individu terbabit, sudah tentu mempunyai kewajipan untuk melaksanakan standard pengawasan serta kemahiran dalam urusannya agar tidak menjejaskan hak asasi orang lain,'' katanya.

Oleh yang demikian, selepas meneliti keterangan dan berdasarkan rumusan imbangan kebarangkalian, Hakim Siti Khadijah mendapati terdapat bukti mencukupi berlakunya fitnah dalam bentuk siaran terhadap plaintif.

Shafie memulakan tindakan saman fitnah itu pada 2006 dengan mendakwa CTOS menjejaskan keperibadian, reputasi dan pekerjaannya dalam kalangan pihak ketiga, masyarakat, majikan atau orang awam.

Plaintif mendefinisikan ciri pekerjaan defendan yang ditubuhkan pada 12 Disember 1990 adalah memberi perkhidmatan data maklumat pinjaman mengenai individu-individu dan syarikat-syarikat antara lain, para pelanggannya terdiri daripada institusi kewangan atau bank.

Beliau mendakwa, di antara Mac dan Mei 2005, defendan telah berterusan menerbitkan dalam datanya atau laporan dalam komputer mengenai dirinya kepada Bank Affin Bhd. dan Bank Bumiputra Commerce Bhd. berkaitan status dirinya dalam bentuk fitnah.

Atas tindakan defendan itu, Shafie mendakwa permohonannya untuk mendapatkan pinjaman bagi membiayai pembelian satu unit servis apartmen yang dikenali Lot No. 19-13, Parkview Servis Apartmen telah ditolak oleh kedua-dua bank berkenaan.

Plaintif turut menegaskan bahawa terdapat perkataan memfitnahnya menyebut bahawa beliau sejak 1 Julai 2002 hingga Mei 2005 masih mempunyai notis kebankrapan atas namanya, dan dia tidak dapat serta tidak mampu membayar hutang.

Beliau juga mendakwa dimalukan sehingga mengalami tekanan mental akibat mengetahui defendan masih menyenaraikan namanya dalam notis kebankrapan biarpun plaintif sebenarnya tidak lagi berhutang dengan RHB Bank Bhd. pada 2005.

CTOS dalam pernyataan pembelaannya pula menyatakan, maklumat yang dibekalkan oleh syarikat itu kepada pelanggannya hanya sebagai bahan rujukan dan mereka dinasihatkan menyemak maklumat itu dengan pihak berkuasa yang berkaitan.


alamat url asal: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_05.htm

Hm.. bila dah ada kes yg menang macamni, maka jika ada orang lain yang fakta kesnya hampir sama dan nak saman CTOS juga, berkemungkinan besar akan turut menang.
ini berdasarkan doctrine of judicial precedence.
kecuali lah fakta kes itu berbeza dari fakta kes ini...
Share:

venue baru seminar property & co

nak maklumkan, seminar property & co ditangguhkan ke 30 dan 31 julay 2011
Venue bukan lagi International Youth Center tapi di First Business Inn, Kuala Lumpur.
Boleh semak di sini untuk lokasi


maaf kami terpaksa ubah tempat sebab di venue lama, bilik seminar dah penuh pada tarikh berkenaan.
nampaknya kita akan bertemu betul2 sehari sebelum ramadhan..
semoga mendapat keberkatan...

(lama betul tak update blog. sejak apa yg berlaku minggu lepas, saya rasa down melihat apa yg berlaku.
so kena bertongkat kayu untuk bangkit semula update blog.
nasib baik ada entri yg mudah tapi penting ini.. setakat memanaskan badan.. hehehehe)

just nak kongsikan antara video yang buat saya sangat sedih sejak minggu lepas
:(

mengingatkan diri saya yang ini merupakan blog berkaitan pelaburan hartanah, maka saya tidak mahu menulis lebih2 di sini.. cukup lah saya kongsikan di dalam facebook saya..
hanya pesanan saya, lihatlah video ini dengan mata hati..
dengan peri kemanusiaan

Share:

esok BERSIH 2.0?

hm.. besok adalah tarikh perhimpunan BERSIH 2.0

ada dengar khabar pengangkutan awam akan ditutup.
LRT, monorel, komuter ada yg akan ditutup.
malah perhentian, puduraya dan pekeliling pun mungkin ditutup dan operasinya dipindahkan ke hentian bas jalan duta atau terminal bs selatan.
permit bas tambahan juga dah dibekukan.

hm.. bunyi macam dah nak darurat.
nampaknya keputusan kami menunda seminar property & co satu keputusan bijak memandangkan kesukaran pengangkutan ke tempat seminar nanti.
memang ada 6 orang peserta tak mahu ia ditunda.
selebihnya nak kami menundanya ke tarikh lain atau lebih elok kami menundanya.
maaf kepada 6 orang ini.
kami kena mendengar suara majoriti.
pada masa kami set tarikh seminar ni, tarikh bersih belum diwar-warkan lagi
kemudian bila dah dengar pasal tarikh bersih ni pulak, kami tak sangka keadaan akan jadi seteruk yang saya tulis di atas tu.

hm.. masing2 dgn pendapat sendiri berkaitan bersih membersih ni.
tapi jika anda tidak terlibat, seeloknya duduk di rumah sahaja lah ye esok.
bersihkan rumah je la..
cuma pesanan saya, jangan membuat penilaian sesuka hati tanpa kita mengkaji fakta yg sebenarnya dahulu.

enjoy this video

Share:

Property & Co sharing will be postponed

For the safety of all participants,FROM ZERO TO HERO.. HOW WE MAKE MONEY FROM PROPERTY INVESTMENT by Property & Co will be postponed to another date to be advised later. sorry for any inconvenience.

For any enquiries, please contact sara at email ppchong09@gmail.com or call 0123775966.
Share:

Kak As tengok Apartment Damai

Saya di Ipoh, ada hal kerja di sini.
Sementara menunggu tamat waktu rehat tengahari, saya update blog sekejap.
Sambung kisah Kak AS.
Kisah lama baca di sini

Sebenarnya kisah Kak As yang saya tulis di sini dah berlaku beberapa minggu dahulu.
Terlambat bercerita sebab kekangan masa,
Jadi, kalau kawan2 minta kami buat itu ini, memang tak boleh ubah la dah sebab benda ni dah berlaku.

Ok, sambung... lepas tengok Mandarina Court, Kak As dan saya pergi ke Apartment Damai di Bandar Sunway.
Bertentangan dengan Sunway Pyramid, tak jauh dari Mentari Court.
Harga jual yg ditawarkan adalah rm75K tapi agent tu kata boleh kurangkan harga jadi 70K
sewa kat situ dlm rm500.
rental yield yg bagus.
berdasarkan sewa 500 pada harga 75k, rental yield adalah 8%.





Penyewa tu dah lama duduk situ.
Masa kami jumpa, penyewa tu cakap macam2 tentang keburukan apartment tu.
sampah banyak tak terjaga.. management problem.. lif selalu rosak..
sampai kami syak, penyewa ni tak mau kami beli ke apa?
memang masa mula2 kami dtg tu dia terkejut bila tau kami nak beli.
sibuk tanya2 berapa harga nak jual.
dia kata dulu dia pernah rasa nak beli tp tak jadi sebab nak simpan duit beli mentari court.
lebih besar lebih selesa.
tapi sebab rumah mak dia kat situ juga, so dia masih menyewa di situ lah.

hm.. ye lah tu.. saja nak provoke kami tak bagi kami beli.. hehehehe

Tapi kak as memang kurang berpuas hati dengan apartment ni.
memang nampak kurang bersih la..
saya tak kisah, boleh survey apartment lain dulu.



Kak as bgtau agent, nnt dia bgtau balik jadi beli ke tak.
then kami gerak ke appointment seterusnya pula...
jalan-jalan cari rumah... :)

(kenapa kami tak gi survey mentari court? pada masa cerita ini berlaku, kak as tak jumpa iklan mentari court for sale dengan harga yang baik.. )
Share:

Larian dan mesej saya

Pagi ni saya baru menamatkan satu lagi larian.
Kali ni 7 km sahaja.. ntv7 feel good run.
bertempat di Damansara Utama, dekat dengan Sri Pentas.

alhamdulillah.. larian berjaya ditamatkan dalam masa 56 minit 32 saat.


yang menariknya larian kali ni kami diberikan bib kosong. takde nombor.
yang ada hanya column untuk kami tulis apa2 sahaja mesej kami untuk disampaikan di dalam larian ini.

Apa lagi, saya pun tulislah mesej saya yang memang saya sangat sokong selama ini.
"SAVE THE TURTLES NOW"
Hm... kalau ada yang pernah ingat, saya pernah menulis tentang kempen mengutip tandatangan untuk petition SAVE THE TURTLES NOW dulu
petition ni dianjurkan oleh WWF.



rupanya saya tidak berseorangan di dalam menyampaikan mesej cintakan haiwan terancam.
seorang rakan baru yang saya kenali hari ini menyampaikan mesej yang sama tema.
"STOP THE ILLEGAL PANGOLIN TRADE"


Betul mesej yang dia sampaikan ni.
Akhir-akhir ni banyak kes penyeludupan tenggiling berlaku.
mereka tangkap tenggiling dan jual secara haram untuk dijadikan makanan eksotik.
Sedangkan tenggiling adalah haiwan terpelihara dan terancam.
Tidak cukupkan ayam, lembu, itik dan kambing untuk dijadikan lauk?
Manusia yang tamak...

sedang berlari, tiba2 terfikir satu lagi perkara
ada banyak larian besar2an yg disertai oleh beratus2 ribu orang
contohnya seperti kl marathon, bareno run, feel good run, adidas king of the road, penang marathon dan lain-lain lagi
Semua acara ini bertujuan untuk menyokong sukan dan ke arah gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.
Tiada masalah di dalam penganjurannya.
Sedangkan larian pun menyebabkan kesesakan lalulintas dan ia selalu diadakan di kawasan komersial dan pusat bandar.. di kawasan kedai2.
polis boleh bantu jaga lalulintas, boleh tutup sementara beberapa jalan yg nak digunakan dan boleh ada ambulans utk kecemasan.



Tapi kenapa perhimpunan BERSIH untuk menyatakan suara rakyat ke arah pilihanraya yg lebih baik diharamkan dan dipropaganda habis2an?
Kenapa polis tidak mahu menjaga lalulintas ?
sebaliknya polis mengganggu lalulintas dengan membuat road block di mana2 wpun di luar pusat bandar, di luar KL hatta di JB sekalipun?
bila ada road block, 3 lorong sengaja ditutup menjadi satu lorong..
2 minggu lepas saya ke JB, jalan di Skudai pun dah dibuat road block 24 jam..
semata2 sebab BERSIH.
hm...
heran juga ye sebab kalau nak mencari orang jahat, takde pulak polis bersungguh2 begini.

Perhimpunan jalanan di Malaysia telah bermula sejak orang Melayu menentang Malayan Union lagi.
Ia tidak bercanggah dengan Hak Asasi Manusia.
Ia juga tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Maka sepatutnya pihak polis membantu sebagaimana mereka membantu larian-larian ini.

hm.. ini pendapat saya.
anda mungkin ada pendapat dan mesej anda sendiri.
apa pun yang anda usahakan dan perjuangkan, masalah dan cabaran tetap ada.
Hanya bagaimana anda menanganinya yang memberikan kesan kepada diri anda dan masyarakat.

Trouble is a friend :)


Share:

Domain saya penuh

hehehe.. jangan keliru dengan tajuk di atas
Bukan Domain propertywaltz.com ni yang penuh
Sebaliknya rumah saya di Domain Neocyber yang dah penuh.

Bulan 4 haritu tenant middle room saya keluar.
Kalau ada yang masih ingat saya pernah bercerita tentang tenant saya yang cantik dari Phillipines
:)

Dia keluar sebab nak duduk satu rumah dengan boifren dia.. hehehe.. melepas lah hazree... wink wink

Tapi sebenarnya masih belum cukup setahun sewaan
Dia janji nak carikan pengganti
Malangnya dah 2 pengganti dia carikan tapi tak jadi masuk
Janji nak masuk hujung minggu sekali cancel.
Sedangkan saya dah reject la saper yg call saya nak tengok rumah.
Saya pun kononnya this time tak nak la strict sangat sebab kawan2 tenant saya kan.. so bila dah kata nak masuk tu, saya tunggu lah
kena pulak deposit tenant tu masih ada pada saya lagi.
2 bulan deposit.
Tapi 2 kali asyik cancel last minute.

Bakal penyewa ke 3, masih di singapore. nak datang hujung Mei dan start menyewa 1 Jun.
saya tanya dia, confirm ke ni?
kalau confirm, bayar dulu 1 bulan deposit, then sampai Malaysia nanti bayar baki deposit.
Dia kata confirm dan esoknya terus bayar booking 1 bulan.

Sekali tak jadi juga.. aiseyman...

Bulan 6 pulak agak sunyi..
Ada sorang lelaki phillipines merayu2 nak masuk rumah tu awal Julai.
Dia masih di Phillipines lagi sedang menunggu visa.
Tapi sampai sekarang belum bayar booking.
Ada masalah kewangan katanya.
hm...


Alhamdulillah sejak Jumaat minggu lepas dapat satu call dari orang tempatan.
Dia berminat nak sewa.
Minta saya emel gambar.
Saya pula tak sihat.. demam dan sakit kepala sampai ke Isnin.
(saya berlari 10 km dalam demam tau.. tp jangan bgtau penganjur ye.. hehehe)

Tunggu saya emel, tak emel2, last-last terus tengok rumah.
Selasa tengok rumah, dia berkenan. Terus book.
Bayar 2 bulan deposit.
Semalam bayar baki duit sewa dan ambil kunci.
Alhamdulillah... rumah tu dah penuh.

Tak sangka orang tempatan berminat dan mampu menyewa sorang di bilik itu.
Hebat juga.
Nampak dia macam seorang yang baik. Harap dia jaga barang2 dan bilik dengan baik.

Sebagai penghargaan, saya gantikan mattress protector dengan yang baru.
Yang lama tu nampak dah lusuh la..
Takper la asal tenant puas hati dan bayar sewa dengan baik. hihihihi



Brand Akemi tu..




Mahal juga kan... RM139. nasib baik ada diskaun 50%.
Hehehe.. saya suka Billion dekat rumah saya tu..
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog