• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Orang Johor, Jom Cari Rumah

Esok saya akan gerak ke Johor Bahru.
Wahh.. saya suka ke sana.

Tapi saya ke JB bukan untuk jalan-jalan, tapi sebab ada event.
Jom Cari Rumah.

Dah beberapa kali Jom Cari Rumah diadakan di Johor Bahru.
Dalam event ni, ada ekspo hartanah.
Ada ramai developer yang bangunkan hartanah di JB akan turut mempamerkan projek mereka.
Syok juga bila dapat lawat dan window shopping di booth-booth mereka.
Yelah. dapat pengetahuan projek terkini selain pakej yang mereka tawarkan.
Mana tau kot ada peluang bagus, boleh grab kan...

Tapi yang paling best di Jom Cari Rumah nanti adalah ada free talk hartanah.
Yup yup.. free je.

Ada ramai speaker power-power datang dari KL
Ada yang datang dari Ipoh juga
Termasuk lah saya sendiri yang akan datang dari Kajang.
ehehehe... Kajang ke JB sebenarnya dekat sikit lah dari kawan speaker yang datang dari KL dan Ipoh kan..
tapi jauh la juga.



Speaker yang sanggup datang ke JB untuk free talk ini adalah
- Chris Tan
-  Khalil Adis
- Dr Daniele Gambero
- Sazali Samsudin
- Dr Azizul Azli
- Tunku Dato Adj Sr Dr Fauzi Malek
- Ryan Khoo
dan saya, Rohaniah Noor

Pergh.. tengok senarai nama speaker tu buat saya kecut juga.
Rasa rendah diri pun ada la.. 

Ini pula jadual acara majlis dua hari ni.
Insya Allah sesi talk saya pada hari Sabtu, jam 4 petang.



Bukan senang nak kumpulkan speaker ni semua di JB
Bagi free talk pulak tu.
Kalau bukan sebab event ni, kawan-kawan kena bayar yuran beratus ringgit untuk dengar perkongsian mereka tau...

Eh.. kalau perasan, kat jadual acara ada tulis Pertandingan Mewarna kan.
Haaa... jadi untuk kawan-kawan yang ada anak, boleh lah bawa sekali ke sana untuk pertandingan mewarna ya.

Dan untuk kawan-kawan yang belum dapatkan buku-buku yang kami tulis, boleh juga bawak duit sikit dan dapatkan buku kami ya.
Insya Allah akan ada jualan buku-buku kami di sana.

Baik, jumpa Sabtu nanti di JB ya...


Share:

Wanita ini buat siri video makeover rumah sewa. Ini episod pertama.

Saya ada satu rumah sewa yang saya nak sewakan semula.
Rumah tu sekarang ni biasalah... cat buruk.. sinki buruk.
kemudian rumah tu kosong.

Normi NAS kata, jom kita videokan proses make over rumah tu.
Boleh lah jadi perkongsian pengalaman kepada kawan-kawan lain.

Saya fikir, ok juga kan...
Kita buat satu siri rancangan online.
Sendiri shoot, sendiri edit, sendiri publish kat internet.
ehehehe....

Jadi, jemput kawan-kawan tengok episod pertama ni ya.
Klik je Play dan kalau suka,  kongsikan ke kawan-kawan lain.
Baru saya ada semangat nak buat episod 2 kalau dapat feedback bagus.

ehehehe....

 
Share:

Kalau boleh beli medium cost, jangan beli rumah low cost

"saya nak beli rumah murah je. Rumah kos rendah jadilah..."
Ini ayat yang saya biasa dengar di kalangan bakal pembeli rumah baru.

Sebabnya, mereka kata harga rumah tu murah. Jadi nak bermula dengan yang murah dahulu.

Kalau tanya pendapat saya, kalau boleh jangan.


Kalau gaji lebih dari RM3K seorang jika bujang, atau jika gaji suami campur gaji isteri dah lebih 5K, dah tak layak dah nak beli rumah low cost ni.

Jadi, paling murah pun rumah medium cost lah.

Bagi saya, dari beli rumah kos rendah lebih baik beli rumah medium kos.

Sebab?

1. tak ada restriction gaji. Korang gaji berapa pun tak kisah. Boleh beli. Rumah low cost jika di KL dan Selangor ni, hanya untuk yang income tak lebih rm3k kalau bujang atau kalau dah kahwin, total gaji suami isteri tak lebih 5k. Ada sesetengah rumah low cost di KL lagilah.. hanya yang dah berkahwin layak beli.

2.  nanti kalau nak jual balik pun payah. Sebab kena cari buyer yang gajinya pun layak beli juga.

3.  disebabkan market terhad, harga rumah low cost tak melambung tinggi sangat berbanding medium cost.

Tapi kalau kawan-kawan cuma bergaji bawah 3K dan layak beli rumah low cost, apa salahnya beli.
Sementara dah layak kan.
Boleh buat sewa atau duduk sendiri.

Kalau sewa, ada banyak lokasi rumah low cost yang sewanya boleh tahan hot.
Kalau duduk sendiri pun ok, sebab installment rendah.
Jadi, nanti kalau gaji dan naik, boleh la lepas beli rumah kedua untuk buat sewa.

Kalau ikut prosedur, mereka yang gaji lebih tinggi dari kelayakan, tak lepas nak beli rumah low cost dari pasaran subsale.
Tapi kalau beli dari lelongan, boleh.
Memang itu sahaja cara mereka yang tak layak ni untuk beli rumah low cost.

Tapi kan...
Rumah low cost biar lah mereka yang berpendapatan rendah je beli.
Jangan ambik hak mereka.
Kita yang ada rezeki gaji lebih sikit ni, belilah yang medium cost ke atas ya..

Harga rumah low cost dalam rm110k- 130k. Tapi kalau lokasi hot sangat, ada yang harga cecah RM180K.
Biasanya saiz 650 sqft ke bawah, tapi bukan lah SOHO atau studio unit kondo yang lawa tu. Itu 450sqft je tapi bukan rumah low cost.

Harga rumah medium cost pula ada yang berharga bawah RM200K, ada yang bawah RM250K.
Luas rumah bergantung. Tapi biasanya tak ada lah lebih 1100 sqft.

Yang penting, masa jumpa iklan rumah apartment untuk dijual, tanya agen dulu. Ini rumah low cost atau medium cost ya. Ada restriction buyer ke tak.



Nak lebih banyak tips dan panduan beli rumah low cost, boleh dapatkan buku Rahsia  Beli Rumah Kos Rendah, tulisan Meor Hafis atau nama penanya Melastik Bintang. Kalau dalam poster kat atas tu, buku no 10.
Harga buku tu rm30 sahaja.
Invest rm30 tapi boleh untung berpuluh ribu dengan ilmu dalam buku tu.

Nak dapatkan semua buku-buku tu, boleh whatsapp saya 0123547636 ya.

Ok?
Share:

Dah sign S&P, pinjaman belum lulus: Episod 2 lebih mendebarkan

Sambungan episod 1 semalam, KLIK DI SINI.


Pembeli dah bayar deposit 5%, sign s&p, markup s&p dan mahu sewa cepat rumah tu sementara tunggu proses tukar hakmilik selesai.
Pembeli dah pindah masuk.
Tandatangan s&p dalam hujung April.


Hujung Julai 


Peguam penjual tiba-tiba whatsapp saya beritahu yang pembeli belum dapat pinjaman.
Alamak.. dah lama dia sign s&p ni.
Kata peguam, buyer ni nampak bermasalah. Pinjaman belum lulus (atau mungkin takkan lulus).
Kata peguamnya, sangkut pada insurans.

Saya pun tak faham macamana tak lepas buat insurans, boleh kesan pada pinjaman.
Tapi kesimpulannya, pinjaman tak lulus lah.

Deposit pun baru bayar 5% kan...
Yang baki 5% nak keluar duit kwsp tu entah mana.. tak nampak bau duit kwsp pun.


26 Julai 2017

saya dimaklumkan oleh penjual yang sewa bulan Julai belum dibayar.

Maintenance fee dah beberapa bulan tak dibayar, walaupun persetujuan asalnya pembeli akan bayar maintenance fee bila dia dah start menyewa.
Pihak JMB dah nak tutup bekalan air.

Saya dan penjual pun berpakat, pergi ke rumah tu.
Tapi sebelum tu saya dah ajar penjual untuk whatsapp wakil pembeli yang jadi orang tengah, bagitau untuk suruh pembeli keluar dari rumah atau bayar sewa selewatnya pada 30 Julai.

Oh ya.. lupa saya nak cerita.
Sebenarnya masa nak beli rumah ni, pembeli tak datang view,.
Yang datang view hanyalah kawan pembeli yang dakwa dia sebagai agen pembeli.
Pembeli adalah kawannya.
Jadi dia minta referral fee dari saya.

Jadi semua urusan jualbeli dan komunikasi hendaklah melalui orang tengah ni.
Saya, penjual dan lawyer penjual tak ada no telefon pembeli yang sebenar.
Saya hanya ada no telefon orang tengah ni sahaja.

Ok, balik pada isu tadi.
Penjual dan whatsapp orang tengah tadi, bayar sewa segera atau keluar dari rumah sewa selewatnya 31 Julai.

Kemudian saya dan penjual lawat rumah ni pada 29 Julai.
Penjual tinggalkan notis bertulis dengan mesej yang sama. Bayar atau keluar pada 31 julai.

Masa tu tak ada sesiapa di rumah.
Kami ketuk-ketuk pun tak ada orang bukak.
Rumah macam sunyi.

Jadi, kami tinggalkan mesej itu sahaja di depan pintu dan di dalam peti pos rumah.


30 Julai 

saya ke sana sorang
masa tu dah lepas maghrib
sajer nak tengok penyewa dah ada di rumah ke belum
Kata penjual, orang tengah baca whatsapp tapi tak reply apa pun.
sewa pun tak ada terima.

Bila saya sampai, saya nampak ada beberapa kasut depan rumah yang tak ada masa saya dan penjual ke sana haritu
Kemudian lampu rumah menyala
Nampak juga dari bawah pintu, bayang kipas berpusing.
Sah, ada orang kat dalam ni.

Saya bagi salam
Tak ada orang jawab

Bagi lagi salam
Tak ada lagi orang jawab.

Dulu ustaz kata kaau datang rumah orang dan bagi salam sampai 3 kali tak ada jawapan, blah je.
 Arghh.. ustaz tu bukan tau ini kes lain..

Jadi beberapa kali saya bagi salam... tapi dalam rumah tetap senyap.
Saya ketuk pula gril pintu beberapa kali.
Diam juga.

Haih.. geram pula.
Terus saya report ke penjual hal ni dan balik rumah.
Saya siap bagi gambar kasut depan rumah lagi sebagai bukti.
Haaaa... jangan sengaja permainkan aku ya...





31 Julai

Penjual maklumkan kepada saya yang pembeli dah bayar sewa bulan Julai.
Kata penjual, pasal maintenance fee tertunggak tu dia dah pesan kat management tutup bekalan air dan elektrik


23 Ogos

Dateline untuk bayar baki 95% harga jualan rumah dah tiba
Bermaknya dengan tak adanya bayaran 95% tu, pembeli telah langgar perjanjian dan s&p terbatal.
Rupanya orang tengah tu yang duduk dalam rumah tu selama ini
Dan dia pun dah keluar dari rumah tu.

Deposit 5% yang pembeli dah bayar burn sebab pembeli yang langgar perjanjian.

Nasib baik condition rumah baik bila orang tengah ni keluar dari rumah tu.
Kalau tak, lagi naya.

Apa pun, saya kesian dengan penjual.
Dia tu baik, jual pada harga bawah harga pasaran, siap setuju deposit 5% je dan beri pembeli masuk awa dengan sewa yang murah
Tapi jadi macam ni pula.

Kemudian kami pun marketkan semula rumah ni pada harga yang sama.
kali ni strict. No more deposit 5% untuk jaga kepentingan penjual.
Deposit wajib 10% masa sign s&p walaupun nak markup s&p pun..

Setakat artikel ni ditulis, ada sorang buyer serius nak beli
Insya Allah kalau berjalan lancar dalam lusa atau dua tiga hari lagi dia akan bayar booking.
Harap deal ini berjalan lancar.

Share:

Dah sign s&P, pinjaman belum lulus

Sebagai real estate negotiator, kita selalu rasa lega  bila kedua-dua pihak penjual dan pembeli dah sign S&P
Yelah... kira on la dah urusniaga jualbeli tu.
Tinggal peguam uruskan urusan pemindahan hakmilik dan pembayaran baki harga dari bank ke penjual je.
Usaha kita marketkan rumah tu beberapa bulan lamanya, bawa beberapa orang view...
akhirnya berbaloi sebab dah berjaya carikan buyer.

Kami sebagai REN pun akhirnya dapat claim komisen kami selepas dua-dua pihak dah sign S&P dan peguam dah matikan setem S&P tu.
Lega...

Tapi tak semestinya proses berjalan baik.

Dalam kes yang satu ni, tak selancar sepatutnya.




Semasa buyer berkenan dengan rumah ni, buyer minta nego beberapa syarat

1) Deposit 5% sahaja dulu semasa sign s&p. Masa booking bayar 3.18%, kemudian masa sign s&p bayar baki lagi 1.82% lagi untuk cukupkan 5%

2) Baki lagi 5% deposit akan dibayar dengan duit kwsp. Buyer nak keluarkan duit kwsp jadi biasanya ambik masa beberapa bulan semasa dalam proses pertukaran hakmilik untuk duit kwsp keluar

3) Pembeli nak masuk awal dan start menyewa rumah tu selepas bayar duit booking. Kadar sewa  rm650 tak termasuk maintenance fee. Pembeli yakin pinjaman akan lulus sebab dia sendiri bekerja di bank. Tapi jika ada sebarang masalah, pembeli akan keluar dari rumah dan penyewaan terbatal.

4) Pembeli nak markup pinjaman ke harga pasaran supaya dapat buat pinjaman 100%. Harga jual sekarang 13% di bawah harga pasaran.

5) Pembeli minta tempoh 30 hari bekerja dari tarikh Offer to Purchase atau tarikh booking form untuk menandatangani perjanjian jual beli. Sebab katanya pembeli ada masalah kesihatan dan perlu buat operation.


Saya bincang dengan penjual dan penjual setuju dengan 5 syarat ini.
Saya juga rekeman penjual ada peguam sendiri kerana pembeli lantik peguam sendiri yang saya tak kenal. Lagipun ada 5 syarat di atas tadi kan. Buat deal ini agak komplikated.


Saya tekankan yang empat-empat terma pertama ni mesti ada dalam S&P.

Nak jadi cerita, dah nak tamat tempoh 30 hari bekerja, pembeli masih belum sign S&P.
Puncanya sebab pembeli belum dapat pinjaman.
Hadoi... sebelum ni dia 100% yakin pinjaman akan lulus.

Kalau ikut deal yang tertulis di offer to purchase, kalau tak sign S&P dalam tempoh 30 hari bekerja ni, duit deposit burn dan deal cancel.
Jadi saya beritahu penjual, dia berhak cancelkan deal ni.

Tapi pembeli dan lawyernya minta beri tempoh lagi seminggu. Mereka nak sign juga dan bayar baki 1.82% deposit tu.

Penjual setuju.

Jadi, kedua-duanya sign.

Penyewa pun start sewa.

Mula-mula sewa ok..
Naik bulan kedua, sewa lambat bayar.
Peguam penjual kata, dia dimaklumkan oleh peguam pembeli yang pembeli masih belum dapat loan.

Haih...
Macamana ni? Sewa tak berbayar.. pinjaman pun tak lulus... Tapi dah masuk rumah....

Hadoi... penjual cuak juga,


Saya sambung next post ya...

http://www.propertywaltz.com/2017/10/dah-sign-s-pinjaman-belum-lulus-episod.html






Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog