• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Teh Tarik untuk wanita sahaja

Sabtu malam ahad yang lepas saya telah mengadakan sesi perjumpaan Teh Tarik khas untuk perempuan sahaja.

Cuak juga kerana ini kali pertama saya mengadakan sesi sebegini.

Biasanya sesi TT dianjurkan oleh guru pelaburan hartanah lelaki.
Saya pun nampak yang banyak hadir ni lelaki.
Mungkin sebab kebanyakan yang celik dan buat pelaburan hartanah ni lelaki.

Jadi, bila ada guru sebegini jemput program TT mereka, saya agak keberatan nak pergi
sebab dah la sesi TT ni malam.. kemudian ramai lelaki pula
saya yang comel dan pemalu ni rasa tak elok pula malam-malam menebeng di kedai makan bersama-sama dengan ramai lelaki

Begitu juga ada pertanyaan bila saya nak buat TT
pun saya agak keberatan memikirkan takut ramai lelaki je yang datang
iskk...  kata orang tua, tak manis
:)

Selepas seminar Sarjana Hartanah anjuran Faizul Rizuan dan Saufi Karim tempoh hari, ada peserta perempuan yang minta saya buat sesi TT
terfikir pula saya, apa salahnya buat TT khas untuk perempuan sahaja

Jadi, tak timbul soal tak manis dipandang
perempuan yang nak datang pun tak segan sebab sesama geng

Tu lah yang saya anjurkan juga sesi TT khas untuk wanita ini.
boleh borak-borak pasal pelaburan hartanah dan undang-undang syariah.

Set pukul 8.30 malam.
Sya umumkan sesi akan diadakan di Nu-In Cafe, Bandar Baru Bangi
Belakang HSBC dan Al-Ikhsan.
Dekat dengan Hospital Az-Zahra



Jam 8.40 malam, saya masih seorang
ada 2 orang yang confirm nak datang
seorang hantar whatsapp kata tak dapat datang. tiba-tiba ada emergency
seorang lagi belum terima berita pula

Saya fikir, tak mengapalah..
jika tak ada orang datang, saya lepak minum air sambil baca buku sahaja.
Memang biasa buat macamni dan memang seronok baca buku seorang di tempat awam

Tapi alhamdulillah.. menjelang jam 8.45 malam, ada sorang muncul
kemudian seorang lagi..
kemudian 2 orang..
Hinggalah akhirnya ada 9 orang yang datang..

Antara topik yang hangat pada malam itu antaranya
- pelaburan hartanah
- perlu ke tak ambil insurans nyawa
- perancangan kewangan peribadi
- harta sepencarian
- lafaz taklik dan perjanjian semasa perkahwinan
- teknik lulus pinjaman
- migrate ke Negara Arab
- perjanjian tppa
-kesan ptptn disenarai di ccris
dan kekeliruan bila al-ikhsan yang ada 2 cawangan di bandar baru bangi.

terima kasih kepada semua yang datang
semoga sesi borak-borak topik serius tapi santai ini memberi manfaat kepada yang datang


Walaupun sesi ini dinamakan sesi Teh Tarik, saya tak pasti ada tak yang order teh tarik malam tu?
Saya order air kasturi asam boi dan teh O kurang manis.
:)
Share:

Siapa yang bertuah?

Saya telah berjanji yang saya akan adakan cabutan bertuah
Cabutan ini untuk semua pembeli ebook saya yang buat pembelian dari mula-mula pra-jualan hinggalah ke tamatnya promosi Ramadhan.

Hadiah yang dijanjikan adalah Qari CD dan set cadar dan comforter single.

Tapi saya ada buat penambahan hadiah iaitu Garam Aura.
Ia merupakan garam dari pergunungan Himalaya yang boleh memberi aura positif dan caj positif pada badan kita bila kita amalkan mandi dengan air garam tu
ada bau aromaterapi, jadi badan pun rasa lebih relaks dan bertenaga.

Siapakah yang bertuah itu?
Bagaimanakah undian dijalankan?

boleh saksikan video cabutan bertuah ini.
Saya rakam sesi cabutan bertuah ini dijalankan supaya dapat menjanjikan ketelusan kepada semua.




Keputusan cabutan bertuah dari rakaman video ini adalah :

Qari CD
- adli abdullah
- fadzilah mustafa
- hamka islami
- nur elisa
- robiah kamal

Garam Aura
- muhammad hazrin othman
- norleeza
- rauf zulkefli

Set cadar dan comforter
- muhammad hafidz fazli

Tahniah kepada semua pemenang!
Kepada yang tak menang, jangan kecewa.
insya Allah nanti saya usahakan cabutan bertuah seterusnya.

Saya akan hubungi semua pemenang melalui email atau sms atau tuan / puan yang menang pun boleh hubungi saya.
whatsapp 0192648628



Belum dapatkan lagi ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa Besar?
isk.. baik dapatkan cepat.

Harga jualan ebook ini adalah RM 35 tapi bonusnya meletop-letop.

*****
Percuma (Pakej bernilai RM 588)
*****

1) 3 Set perjanjian sewaan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Muat turun dan terus guna.

2) Jadual Kadar Caj Stamping untuk perjanjian sewaan.
Muat turun dan rujuk untuk tentukan berapa caj stamping yang anda mahu ambil dari penyewa

3) Keahlian percuma Kelab Alien Hartawan
Ahli Kumpulan ini adalah ahli elite yang akan menerima maklumat terawal dan sistem sokongan istimewa dalam perjalanan mereka menjadi tuan rumah jutawan.
Anda juga akan dapat akses satu kumpulan FB tertutup yang mempunyai prioriti yang tinggi dari saya.


Untuk membuat pembelian, tuan / puan  boleh bank in RM 35 ke akaun
CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services.
atau
Maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor Jahron

masukkan email saya rohaniahnoor@gmail.com sebagai
notifikasi pembayaran

Kemudian, maklumkan kepada saya pembayaran melalui email rohaniahnoor@gmail.com
atau sms / whatsapp 0192648628.

Nyatakan email, no tel, tarikh dan masa bayaran dan bank mana
bayaran dibuat ya.

Terima kasih sekali lagi

Share:

Amanah Saham Bumiputra (ASB) haram atau halal?

Semalam saya menulis mengenai hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputra atau ASB di Facebook.
Saya memutuskan mahu mengongsinya di sini pula.


Kenapa ada banyak majlis fatwa di Malaysia?

Terlebih dahulu, suka saya memaklumkan bahawa berdasarkan Perlembagaan Malaysia, hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Maka itulah setiap negeri termasuk wilayah persekutuan ada kuasa pentadbiran agama islam sendiri.
Setiap negeri ada Majlis Fatwa sendiri.

Di peringkat kebangsaan pula, ada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Setiap majlis fatwa mempunyai ulamak mereka sendiri yang layak mengijtihad hukum.
iaitu mengeluarkan hukum pada perkara yang tidak wujud semasa zaman Rasulullah SAW.

Mereka mahir dalam bidang agama.
Jika di dalam ijtihad ini, mereka memerlukan pandangan dan penerangan pakar dalam bidang yang terlibat, pakar itu akan dipanggil.
Dalam kes ASB, wakil dari PNB dipanggil.

Setiap majlis fatwa mengeluarkan fatwanya sendiri.



Perbezaan Fatwa ke atas Pelaburan di ASB

Semasa membuat Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan, saya dan rakan kumpulan dipertanggungjawabkan menyiapkan tugasan mengenai perbezaaan fatwa ke atas pelaburan ASB.

Maka kami kumpulkan semua fatwa berkenaan dan persembahkan dalam gambarajah di bawah.




Ada 4 fatwa mengatakan ia harus atau tidak haram. 
Iaitu fatwa dari Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Majlis Kebangsaan.

Manakala, ada 3 fatwa menghukumkan ia haram iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Surat dari Suruhanjaya Sekuriti mengenai ASB pula mengatakan ia tidak patuh syariah.




Terdapat perbezaan fatwa dan pandangan di sini terhadap hukum pelaburan ASB.

Kenapa perbezaan ini boleh timbul?

Perbezaan pandangan ulamak ini dipanggil Khilaf ulamak.

Khilaf boleh berlaku disebabkan :
1) Kemampuan menguasai ilmuan tidak sama dari segi akal fikiran dan kefahaman. Sebahagian fuqaha’ mempunyai kemampuan yang tinggi dari segi hafazan dan kefahaman.

2) Perbezaan tentang syarat-syarat yang wajib dipenuhi pada hadith shahih yang boleh dijadikan hujah

3) Perbezaan tentang beberapa qawaid Ushuliyyah

4) Khilaf tentang Qiraat dalam al-Quran al-Karim

5) Khilaf disebarkan percanggahan dalili-dalil


Pada tahun 2012, saya menghadiri Seminar Pengurusan Harta dalam Islam.
Jika berminat membaca perkongsian saya ketika menghadiri seminar tersebut DI SINI dan DI SINI.

Di dalam seminar ini, saya dimaklumkan oleh Prof Madya Dr, Mohamad Akram Laldin bahawa keseluruhan dana ASB tidak cukup jika diletakkan di Bank Islam sahaja. 
Ini kerana dana ASB besar. 
Oleh yang demikian, mereka terpaksa meletakkannya di Maybank. 
Sedangkan di Maybank, ada percampuran perbankan islam dan konvensional. 

Maka di situlah punca ada ulamak kata percampuran ini tidak boleh dielakkan dalam keadaan masa kini dan memfatwakan ASB sebagai harus atau tidak haram. Tapi ada ulamak tidak menerimanya.

Fatwa yang mengharuskan atau tidak mengharamkannya memandang dari sudut maslahat, umum balwa dan percampuran unsur tidak patuh syariah yang kecil.
mereka melihat dari sudut makro.

Fatwa yang mengahramkannya pula melihat dari sudut mikro.

Saya difahamkan, wang ASB TIDAK dilaburkan dalam kegiatan perjudian, arak atau aktiviti tidak patuh syariah. Hanya isu di mana dana disimpan yang menjadi punca percanggahan.


Apa yang patut kita lakukan apabila khilaf ini berlaku?

Sebagai orang islam, wajib kita mematuhi adab kepada khilaf, iaitu:

1. Setiap orang mesti membersihkan dirinya daripada sebarang sentiment ta’asub mazahab secara buta tuli kerana mazhab bukanlah sebagai faktor memecah-belahkan Islam.

2. Kita menghormati dan beradab dengan mereka serta kita percaya bahawa mereka akan diberi pahala sama ada betul atau pun salah, seterusnya kita berdoa untuk kebaikan mereka.

3. Kita tidak harus memaksa orang lain untuk menerima pandangan kita dalam masalah khilafiyyah.

3. Kita mesti beradab dengan ulama yang berbeza pandangan dengan kita.

4. Jangan menuduh orang yang mengamalkan amalam yang kita tidak sependapat dengannya sebagai sesat, pembuat bid’ah, khurafat dan sebagainya kerana masing-masing ada hujah dan alasan yang perlu kita hormati.

5. Kita jangan terpengaruh dengan pendekatan sebahagian anak muda yang berlagak alim besar menghentam ulama-ulama silam yang tidak selairan dengannya sambil menyeru masyarakat menentang amalan-amalan yang sudah mantap dalam masyarakat sedangkan amalan itu adalah merupakan khilaf yang lama.



Pilihan dan Hormat

Saya hanya mengongsi dapatan dari kajian saya dan rakan-rakan saya.
Saya tidak bermaksud menggalakkan atau menegah anda dari membuat pelaburan di ASB.

Terpulang kepada anda untuk berpegang pada fatwa yang mana.
Kerana semua fatwa bukan dibuat dengan sambil lewa. 
Ulamak telah menggunakan pendekatan paling terperinci di dalam mengijtihad hukum ini.

Yang paling penting, pulang kepada adab terhadap khilaf ini.
Hormat pandangan ulamak tersebut, hormat pengikut pandangan ulamak tersebut dan jangan memaksa orang lain menerima pandangan kita pada perkara yang ada khilaf ini.

terima kasih kepada Leeya, Atie dan Herni yang merupakan ahli kumpulan saya bagi tugasan ini. Kredit kepada mereka juga.

Wallahu a'lam

Share:

Bagaimana mendapatkan wang hantaran RM 50,000




Kecoh satu Malaysia
Ramai orang membujang lantaran hantaran mahal?
Betul ke?

Berapa mahal baru dikatakan mahal?
adakah RM 10,000 sudah mahal?
adakah RM 5,000 pun dikatakan mahal.
atau bawah RM 1,000 baru tidak mahal?

Rata-rata yang saya dengar di tahun 2012 dan 2013, kadar hantaran untuk pengantin perempuan dari keluarga biasa adalah dari RM 8,000 - RM 10,000.
Mahal?

Setuju dengan pandangan anak muda INI.
Tak biasa pula dengar hantaran kawan-kawan saya yang kebanyakannya ada ijazah  mencecah RM50,000.
Mungkin wartawan ni berkahwin dengan anak sultan agaknya.

Dah tahu tak mampu sebanyak itu, carilah yang sekufu.
itu sahaja kata kuncinya.


Untuk kadar hantaran standard ni, susah ke nak dapatkan wang RM 10,000 ni?

Jawapan saya tak susah.

Berapa ramai yang bercinta dahulu sebelum kahwin?
Berapa ramai pula yang bercinta bertahun-tahun dulu sebelum kahwin?

Aha... saya tahu ada ramai yang bercinta semasa sedang belajar lagi.
Keluar makan bersama.. nak habiskan satu gelas air sirap pun berjam-jam lamanya.
Sebab ghalit tengok muka aweks atau balak dan seronok luangkan masa berdua.
Kalau baca buku, dah berapa bab habis dibaca.

Hm.. sementara bercinta tu, apa kata simpan sedikit wang setiap bulan.
Tak kisahlah sama ada duit fama beri ke.. atau duit PTPTN ke.. atau ada pekerjaan sambilan
tapi seeloknya ada simpanan RM 3K - RM 4K bila bergraduasi.

Kemudian, sebaik 3 bulan bekerja, belilah satu rumah dengan modal rendah.
Kalau rajin dan ada ilmu, boleh cari rumah yang dijual di bawah harga pasaran.
Kemudian markup s&p.
Tapi kalau blur-blur, beli je satu rumah under construction yang hanya perlu bayar modal RM 1K ke RM 3K.
Ada banyak di pasaran. Saya pun pernah berkongsi beberapa projek di sini.
Cari sahaja.

Selepas rumah siap, dalam 2 atau 3 tahun kemudian, insya Allah jika tiada kejatuhan ekonomi yang teruk, harga rumah akan naik dalam 25 - 30% sekurangnya-kurangnya.

Katalah anda beli satu studio apartment berharga RM 200,000.
Selepas 2 ke 3 tahun bila dah dapat kunci, harga akan naik ke RM 260,000.

Masa tu jual atau refinance lah!

Senario 1: jual selepas dapat kunci. Kenaikan harga rumah adalah 30% dari harga beli

260K (harga jual) - 200K (harga beli) = untung 60K
bayar cukai RPGT 10% x 60K = 6K
komisen agen katakan maksima 3% x 260K = RM 7800
kos peguam, stamp duty dan lain-lain katalah RM 2,000

jumlah pinjaman lama 90% x RM 200,000 = RM 180K

Dengan menjual rumah ini, anda bakal peroleh tunai sebanyak RM 260K - RM 180K (tutup pinjaman bank)
= RM 80,000

Untung bersih pula adalah:
80K (tunai diperoleh) - (6K rpgt+ 7800 komisen agen + 2K caj peguam dan lain-lain)
= RM 64,200.

Nah.. hantaran RM 10K je
ada baki RM 54,200 lagi.
Boleh la buat beli rumah seterusnya pula...


Senario 2: Pembiayaan semula (refinance). Kenaikan harga rumah adalah 30% dari harga beli

Kalau sayang rumah pertama tu, tak perlu jual. Tapi refinance sahaja.

Jumlah pinjaman baru (refinance) 90%  x 260K = RM 234,000
Jumlajh pinjaman lama 90% x RM 200K = RM 180K
caj peguam untuk refinance katalah dalam RM 4K

Wang tunai yang diperoleh selepas refinance adalah
= 234,000 - (180,000 + 4K)
= RM 50,000


Aha.... susah ke nak kumpul wang hantaran?
Kalau RM 50,000 pun anda mampu beri kan...
apatah lagi setakat RM 10,000

kredit foto: http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=1499


Pendapat saya, cabaran bukan pada mengumpul wang hantaran.
Tapi lebih kepada mencari pasangan yang menyayangi sepenuh hati, menghargai kita, menganggap kita sebagai peneman, bukan sebagai orang gaji dan kawan berborak ketika sedih atau apabila sudah tua.
Itu yang lebih sukar.
Share:

Cabutan bertuah sempena Ramadhan

Hari ini jalan raya dah lengang.
Saya kira, ramai sudah pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya Fitrah.

Saya masih di Lembah Klang.
Akan mula bercuti pada hari Rabu nanti.

Jualan ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa Besar sempena Ramadhan masih lagi berjalan.
Harga RM 29 sahaja.
Harga asal RM 35.

Kelmarin saya telah membuat keputusan.
saya akan membuat cabutan bertuah kepada semua pembeli ebook ini
Senarai pembeli adalah sejak dari pra-jualan kepada ahli Kelab Alien Hartawan ketika berharga RM15
hingga tamatnya promosi Ramadhan ini yang brharga RM 29.

Ada 5 orang pemenang yang akan dipilih
seorang akan menerima set comforter dan cadar katil single yang berharga RM 469 satu
4 orang lagi akan menerima 1 unit Qari CD. satu cd digital al-quran yang bernilai RM 69 satu.

Hadiah cabutan bertuah, Kucing putih itu tak termasuk dalam hadiah ya. Dia tu model je.. :P

Saya akan umumkan pemenang seminggu selepas raya iaitu selepas saya tamat bercuti raya dan pulang semula ke sini.

Untuk mereka yang belum mendapatkannnya, anda ada peluang lagi nak menang cabutan bertuah ni.

Untuk membuat pembelian, anda boleh bank in RM 29 ke akaun
CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services.
atau
Maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor Jahron
masukkan email saya rohaniahnoor@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran

Kemudian, maklumkan kepada saya pembayaran kepada saya melalui email  rohaniahnoor@gmail.com atau sms / whatsapp 0192648628.
Nyatakan email, no tel, tarikh dan masa bayaran dan bank mana bayaran dibuat.


BONUS LAGI

Sebagai pembeli ebook promosi Ramadhan, anda akan menerima freebies berikut yang brnilai RM 588 iaitu:

1) 3 Set perjanjian sewaan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Muat turun dan terus guna.

2) Jadual Kadar Caj Stamping untuk perjanjian sewaan.
Muat turun dan rujuk untuk tentukan berapa caj stamping yang anda mahu ambil dari penyewa

3) Keahlian percuma Kelab Alien Hartawan
Ahli Kumpulan ini adalah ahli elite yang akan menerima maklumat terawal dan sistem sokongan istimewa dalam perjalanan mereka menjadi tuan rumah jutawan.
Anda juga akan dapat akses satu kumpulan FB tertutup yang mempunyai prioriti yang tinggi dari saya.

haa.. yang ni tak perlu cabutan bertuah :)

Maklumat lanjut mengenai ebook ini, boleh juga baca DI SINI.

Akhir kata, Salam Hari Raya buat semua pembaca blog saya yang beragama Islam.
Saya mohon maaf atas semua kata-kata dan penulisan yang mengguris perasaan anda.

Hati-hati memandu bila pulang ke kampung atau bila beraya nanti ya!


Share:

Cinta berputik semula di Cyberjaya

Akhirnya rakan saya seorang ini telah berjaya membeli rumah untuk tinggal sendiri.
Saya pernah kongsikan ceritanya DI SINI.

Kalau anda ada baca artikel saya INI, saya ada kongsikan yang penilaian mencari rumah untuk tinggal sendiri berbeza dengan rumah untuk pelaburan.

rumah untuk tinggal sendiri mestilah rumah yang selesa
Selesa di sini bukan bermakna luas mesti 1500 sqft ke atas, rumah bertanah, ada perabot diimport dari luar negara atau ada kolam renang atas syiling.
Tapi selesa di sini adalah dekat dan mudah ke tempat kerja
yang kos berulang-aliknya masih menjimatkan
kalau ada anak, dekat dengan sekolah anak
dan harga pula adalah harga yang selesa dengan kemampuan kita.

Itulah sebabnya rakan saya ini mahu membeli rumah di Cyberjaya atau Putrajaya
kerana dia bekerja di Cyberjaya.
senang dan dekat ke tempat kerja.

Sebelum ini beliau kecewa rumah yang dia suka di Putrajaya dikebas orang
"Rasa macam kena dump dengan boyfriend", katanya

Tapi frust menonggeng itu tidak mematikan semangatnya mencari cinta baru
dia tetap berazam mahu mencari dan terus mencari rumah kediamannya ini

Sukar sedikit pula kerana rumah di Cyberjaya masih terhad.
Beliau tidak mahu rumah under construction sebab dia nak cepat-cepat duduk.
Dia mencari rumah subsale yang ada sekurang-kurangnya 2 bilik ke atas, suasana yang tenang dan privasi serta harga yang menepati bajetnya.
Memang agak terhad pilihannya.

Ada juga rumah yang harganya bagus, tapi disewa dan kontrak sewaan lagi setahun dua.
Siap ada penyewa yang merayu dia tak nak keluar dari rumah yang disewanya itu lagi.
haihhh...


Tapi dia bersungguh juga melihat beberapa rumah di Cyberjaya
kemudian menelefon saya bertanyakan pendapat
dengan saya sekali tolong tengok-tengokkan iklan rumah untuknya

Kiranya macam dapat free coaching dah dia ni
Tapi sebab kami dah kenal sejak 1998 dan dia kawan running saya, free coaching ni memang eksklusiflah!

Dan akhirnyaaa.....
Dia dah jumpa satu rumah 2 bilik di Domain 3 yang penjualnya mahu jual dengan harga pasaran
Rumah tu kosong. Tak ada penyewa. Rumah masih dara.
Yeayy.. maka boleh lah dia pindah masuk cepat..



Dia booking rumah tu dengan bayar 3%.
Tapi di booking form ada tertera syarat.
'Semua wang deposit akan dipulangkan jika dia tak berjaya mendapatkan pinjaman 90%.'
terma yang selamat buat pembeli rumah subsale.

Semalam dia whatsapp saya..
dia cakap dia dah dapat pinjaman 90% dengan Bank Islam dengan kadar BLR - 2.3%
dan dah pun tandatangan S&P
alhamdulillah...

Dia pun tak punya banyak cash, jadi dia akan keluarkan wang KWSP nya untuk menampung bayaran deposit 10% tu.

Apa pun tahniah kepada kawan saya ini.
kalau sebelum ni rasa kena dump dengan boyfriend, sekarang mesti rasa cinta baru berputik semula kan...

kredit foto: http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=2280


Share:

Seminar Dr Azizan Osman: Personal Coaching yang Hilang ep 1

Panas di Facebook saya mengenai pendedahan yang saya buat berkaitan seminar Dr Azizan Osman yang dipuja ramai


Ceritanya begini..

Pada 14 Oktober 2012 saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman
Seminar percuma untuk 4 jam.
Boleh baca perkongsiannya DI SINI.

Seminar itu memang bagus.
Walaupun cuma 4 jam, beliau meyakinkan kita yang kita boleh menjadi pakar rujuk dalam industri masing-masing dalam masa 3 tahun sahaja.
Beliau akan tunjukkan caranya dalam seminar yang lebih advanced.
Namanya Intensif Jutawan Indusri (IJI).

Jadi, beliau telah menawarkan 3 pakej pada masa itu.
tiket VIP pada harga RM 999
tiket Diamond pada harga RM 2999
dan tiket Supreme Diamond pada harga RM 4999

tiket VIP tu cuma untuk seminar IJI 3 hari dan tempat duduk VIP.

Tiket Diamond untuk
-seminar IJI 3 hari,
-1 hari seminar dengan Bill Walsh,
- 1 makan malam dengan Bill Walsh dan Dr Azizan (ada sesi perkongsian dengan Bill Walsh sekali),
- cd Marketing & You
- tempat duduk kedua paling hadapan
- khidmat sokongan dari Richworks seumur hidup.

Tiket Supreme Diamond akan dapat semua yang Diamond dapat dan
- tempat duduk paling depan
- 1 sesi group mentoring
- personal coaching selama 12 bulan
- sesi bergambar dengan Dr Azizan Osman
- review buku oleh Dr Azizan Osman apabila buku telah siap
- peluang penerbitan buku dengan syarikat penerbitan Dr Azizan Osman


Tertarik dengan janji manis dan teknik pemasaran beliau, saya ambil pakej Diamond.
Sebab saya fikir, bagus ada khidmat sokongan dan peluang seminar dengan Bill Walsh tu

seminar Intensif Jutawan Industri diadakan pada 23 - 25 November 2012.
26 hb pula sesi khas dengan Bill Walsh

Beberapa minggu sebelum itu, sms datang bertalu-talu
Staff Richworks tawarkan tiket general seating kepada mereka yang belum daftar IJI lagi.
Harga general seating ini adalah RM 499 sahaja tapi hanya untuk seminar 3 hari IJI ini sahajalah.
dan tempat duduk pun di belakang sekali.

tiket paling murah ini tak ditawarkan pada hari seminar percuma jutawan industri tu
jadi, saya rasa pasti siapa yang ambil pakej VIP terasa menyesal juga.
Baik ambil pakej general seating sahaja kan...
hm...

Maka, pada 23 hb november 2012 tu, saya pun hadir sebagai peserta pakej Diamond
saya ada kongsikan DI SINI

Tapi pada sesi pagi hari pertama itu, banyak kali Dr Azizan beritahu dan promosi mengenai untungnya peserta Supreme Diamond
Mereka akan menerima 12 bulan online personal coaching dari beliau sendiri
katanya sebulan sekali akan skype.
Dr akan follow up perkembangan peserta coaching ni nanti dan dia akan beri panduan

Promosi ini buat saya tertarik.
12 bulan online personal coaching dengan Dr Azizan.. peluang skype dengan dia sebulan sekali..
boleh tanya pasal nak buat seminar.. pasal macamana nak kembangkan blog..
pasal macamana nak keluarkan produk informasi seperti dvd dan ebook..
dan lain-lain yang ada dalam ajaran jutawan industri ni.
mesti syok kan..

Jadi, selepas berfikir selama beberapa jam, saya pun naiktaraf diri saya dari Diamond ke Supreme Diamod semasa rehat tengah hari
Swipe kad kredit untuk top up bayaran yuran.

Tamat sesi seminar 4 hari

Bulan Januri 2013 saya dihubungi untuk pilih tarikh untuk sesi group mentoring
saya dan kawan saya, Syahman pakat pilih 28 Januari 2013.

Dalam group mentoring tu, dia bahagikan kami kepada 3 kumpulan mengikut tahap pendapatan kami
Kemudian setiap seorang dberi peluang bertanya soalan, Dr Azizan jawab
Orang lain dengar jawapan tu.
itu sahaja.

Kemudian saya menunggu online personal coaching yang dijanjikan..
12 bulan online personal coaching ni.. mesti best.
saya bayar mahal ni.. tak apa.. pelaburan pada diri sendiri.

Tunggu punya tunggu tak ada khabar berita dari Richworks atau DAO sendiri
Senyap
Yang saya nampak di FBnya, ada banyak seminar Berani Berniaga, Berani 2013, Berani Hidup Luar Biasa, Advanced Marketing Power, IMKK dan lain-lain aktiviti
ada banyak juga percutian luar negara yang beliau dah pergi
sempat juga pergi umrah
Tapi online personal coaching masih tiada

Saya tanya Syahman.. ada tak dia dihubungi untuk sesi personal coaching ni.
takut lah saya seorang sahaja yang tertinggal nama
Kata Syahman, tak ada pun..

tunggu punya tunggu...
dari bulan November 2012 hingga Julai 2013 masih diam.
Akhirnya pada 19 julai saya hantar email kepadanya.



Diam... tak ada jawapan

Kemudian pada 22 Julai 2013, saya copy paste soalan yang sama di FB Alumni nya.
barulah dapat jawapan


'dr azizan telah bersetuju merubahnya menjadi group coaching session secara live menggantikan sesi 12 bulan tersebut'

Aik... Dr azizan je bersetuju? ada tanya tak persetujuan kami yang dah bayar ni?

Berapa kali group coaching session tu belum diketahui. adakah sebulan sekali juga? atau hanya sekali sahaja?

Kemudian saya mula menulis di FB saya mengenai hal ini.
sebab saya sangat frust.
saya upgrade dan sanggup bayar sebanyak itu kerana kononnya ada personal coaching yang beliau beriya promosi semasa seminar tu
tapi selepas 8 bulan bertanya, itu jawapannya.

Selepas status itu, saya menerima satu pm di FB
rupanya ada peserta Advanced Marketing Power yang dijanjikan personal coaching pun menerima nasib yang sama..


Sesuatu yang sangat tak kena berlaku.

Semalam pula, saya nampak di FB DAO, beliau nak buat smeinar Jutawan Industri 2013 pula.
Haihhh... personal coaching pada peserta jutawan industri 2012 pun belum terlaksana, nak jual minyak angin lagi?

Maka itulah semalam saya naikkan amaran ini.



Lewat petangnya, tuan Zaidi Ismail ada update status tentang rakyat Malaysia yang poyo.
Tiba-tiba DAO muncul memberi komen, 'Ini poyo'
Terus pada masa tu tuan Zaidi tag beliau dan saya dan terus bertanyakan mengenai dakwaan saya.

Tak sangka. woww.. DAO jawab komen tu...
boleh baca di screenshot di bawah




Persoalan:

1) Bukankah dia sendiri yang tentukan dan buat keputusan untuk buat personal coaching atau tidak. Apa yang missinform?
2) Saya seorang sahaja yang dikatakan memberi maklumbalas. Peserta yang lain diam sahaja. Tapi kalau peserta yang lain diam pun, adakah itu bermakna beliau boleh terlupa pada pakej yang perniagaan beliau tawarkan?
3) Ramai orang sanggup bayar lebih kerana personal coaching ini. Tapi sekarang ini, beliau telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan benda lain. Bukankah dalam islam, jual beli adalah atas dasar persetujuan dan saling redha meredhai dengan apa yang dijual dan dibeli. Jika peserta tak setuju dengan penggantian personal coaching ini, bagaimana? Adakah beliau boleh refund balik sebahagian wang yuran seminar ini?

Saya hanya menyampaikan maklumat ini atas fakta dan pengalaman saya sendiri
saya tidak mahu lebih ramai orang lain terpedaya dengan pakej dan promosi kaw-kaw sebegini.

Kalau nak hadir juga seminar Dr Azizan Osman, cukuplah jika hadir seminar free beliau atau beli tiket general seating sahaja/

Saya akan update perkembangan seterusnya selepas saya mendapat berita apa dia 'sesuatu' yang nak diganti tu dari team Dr Azizan.

********************
TERKINI!!
********************

Kes ini telah selesai.
Perkembangan dan kesudahan kisah ini boleh dibaca DI SINI.
Jemput semua membacanya.

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog