• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Jom Cari Rumah Hari Ini Sampai Ahad

Ke mana sabtu dan ahad ini?
Mahu ilmu pelaburan hartanah secara percuma?

Kalau mahu berjaya dalam pelaburan hartanah, proses menimba ilmu sepatutnya diletakkan sebagai satu prioriti.
Kalau perkongsian ilmu tu pula percuma, apa lagi alasan kita?

Teringat satu ketika dulu saya memang sangat rajin ke Property Talk semasa expo iPropert
Speaker best, ilmu yang dikongsi tu power
kemudian percuma pula tu.
Saya ingat lagi, orang melayu yang hadir tak sampai 10% dalam sesi talk tu.
Nampak orang Melayu ramai kat dalam mall, kat kedai shopping atau window shopping.

Tak mustahil orang melayu masih ketinggalan lagi.





Kali ini satu lagi perkongsian ilmu pelaburan hartanah secara percuma dalam majlis terbuka akan diadakan.
Acara Jom Cari Rumah akan diadakan di SACC Mall dari hari ini , 28 Nov hingga Ahad 30 Nov 2014.
Akan ada pameran hartanah dan sesi talk.
Sesi talk akan diadakan pada hari esok, Sabtu dan Ahad bermula jam 1.00 tengah hari hingga jam 4 petang.

Ada 5 orang speaker yang akan berkongsi ilmu.
- Faizul Ridzuan : Analisa Kawasan
- Kee Tien Wei: Kewangan Peribadi: Apa Anda Perlu Tahu
- Mohd Shahrulnizam: Deco dan Pengubahsuaian
- Safuan Abdul Rahman @ Wan Infolelong:  Panduan Lelong dan Sublet
- Rohaniah Noor (saya la tu..): Jalan Lurus Poket Bahagia



Demi talk ini , semalam saya sanggup beli masker dan pakai masker aloe vera tu selama 20 minit.
Ini gara-gara muka saya masih sunburnt lagi.
Belum baik lagi sejak balik dari Turki.

Hoh.. nasib baik bagi talk pasal property.
Indon dan Bangla yang bina rumah kan gelap-gelap orangnya.
Kiranya saya masuk dalam karakter la ni...
Share:

Beli Rumah Tanpa Modal Satu Mitos?

Biasa terngiang-ngiang atau anda terbaca mengenai beli rumah tanpa modal kan..

Wah.. orang cakap boleh beli rumah tanpa modal.
Maknanya tak payah keluar duit langsung lah ya?



Kalau yang belajar properly dan baca artikel berkaitan dengan cermat, akan dapat tahu teknik yang sebenarnya.
Yang main dengar-dengar ni.. mula la menimbulkan mitos seperti berikut:

1) Tengok je iklan, terus tanya agen atau penjual. "Saya nak markup s&p boleh? "
Padahal tak check market value pun..

2) Tengok je iklan tu murah sikit dari iklan orang lain, terus anggap rumah ni below market. Tak check market value betul-betul pun.

3) Bila rasa tu rumah tu 10% below market value, terus anggap tak payah bayar deposit langsung. markup s&p, loan 90%, rumah 10% below market value.. so tak payah bayar deposit la kan sebab 10% deposit tu loan boleh cover.

4) Belum apa-apa, baru tengok iklan dan mengendeng minta diskaun ke tahap 10% below market. Rumah pun belum tengok.

5) Lupa ada yuran guaman dan duti setem nak kena bayar.

6) Paling best, nego minta turun harga tapi nak markup tapi tak nak bayar deposit langsung. Semua nak masuk dalam loan. Oh ya, yuran guaman tu pun bayar nanti lepas dapat duit dari bank.

Deyyyy!

Kalau ada la dalam kepala korang setting begini, letih la...

Kita nak buat duit dari pelaburan hartanah kan.. Kita kena hormat tenaga orang, budi baik orang..
Cuba letakkan diri anda sebagai penjual.
Nak ke jual rumah, turunkan harga sampai 10% atau lebih... jah lebih murah dari harga pasaran yang korang boleh jual sebenarnya, kurangkan keuntungan, tapi langsung tak dapat apa-apa deposit masa buyer booking dan sign s&p.
Kena tunggu lagi 6 - 9 bulan baru dapat duit.
Korang nak ke buat macam ni?

Sanggup ke berkoban keuntungan dan pendapatan dari jualan rumah sampai ke tahap begitu?

Beli rumah tak pakai modal lagsung ni, bukan nak kata mitos. tapi sangat susah berlaku.

Lain lah kalau
1) pembeli tu adik, kakak, abang, anak, suami, isteri atau boifren/ girlfren korang. Boleh la kira cincai.
2) Korang dah letak iklan 3, 4 bulan tak ada orang tanya pun. Korang terdesak dah ni.. rumah kena jual cepat sebab dah nak kena declare bankrap. Dah bankrap lagi tak dapat jual dah.

Kalau kes macam kat atas ni je barulah korang sebagai penjual sanggup berkorban jiwa raga turunkan harga kaw-kaw, tak ambil deposit langsung dan tunggu je duit last bila bank dah buat full disbursement nanti.

Kalau tak, jangan nak mimpi!



Mari saya betulkan fahaman korang ni.

1) Kalau nampak iklan tu agak murah berbanding iklan lain, tak semestinya itu below market lagi. Mungkin harga tu adalah ikut market value, iklan lain yang above market value. Korang kena cek market value sendiri.

2) Kalau agent tu kata below market, sebaiknya korang verify sekali lagi. Betul ke below market. Ingat! ini pelaburan korang. Jangan malas.

3) Bila dah betul harga tu below market, tak semestinya owner setuju nak markup s&p. Terutama jika rumah tu dibeli kurang lagi 5 tahun sebab kalau markup, owner kena bayar RPGT lebih. Win-win situation, offer untuk bayar lebihan RPGT tu guna duit korang.

3) Kalau owner setuju markup, ower biasanya tetap nak 10% deposit dia. Banyak cantik! dah la jual murah, kasi markup, deposit 10% pun tak ada? Owner jual sebab nak duit. Kalau dia tak setuju, dia jual pada orang lain yang boleh bayar 10% deposit. Dah melepas.
Kecualilah korang beli dari 2 jenis penjual seperti di atas.

4) Kalau rumah tu harga cun, betul below market tapi owner tak nak markup, beli je la. tak semestinya dunia berakhir kalau tak markup. Ingat, korang tetap untung sebab beli harga murah. Jadi installment lebih rendah, untung sewa lebih.

5) Peguam pun tak mahu bayar lagi? Agak-agak la.. Peguam adalah orang yang paling penting yang uruskan proses jual beli dan pemindahan haklimik rumah ni. Setiap hari dia datang kerja, ada kos. Pejabat dia beroperasi pun ada kos. Korang nak untung, dia nak hidup. Jadi, hormat mereka.
At least bayar dua kali. Sekali bayaran setakat penyediaan s&p, dan sekali lagi lepas full disbursement. Kecualilah kalau peguam tu mak ayah korang atau peminat fanatik korang.


Klunya, kita nak untung.
So, sentiasa hormat orang lain.
Jangan tekan orang melampau-lampau.
Biar win-win situation kepada semua orang.

Jadi, beli rumah tanpa modal bukanlah bermakna tak keluar modal walau sesen langsung.
Korang kena jual keluar modal dulu, kemudian modal tu boleh dapat balik.
Kalau kena gaya, dapat duit tambahan pula lepas tu.

Untuk teknik beli rumah tanpa modal yang betul, boleh baca artikel terdahulu saya DI SINI.
Share:

Havocers di JB

Saya baru malam tadi lepas maghrib sampai di rumah.
Ahad full day ada Havoc Hartanah @ Iskandar Malaysia di Johor Bahru.

Havoc betul event ni.
Tiket sampai sold out beberapa hari sebelum majlis.
Kerusi dan melimpah-limpah dah..
Itu pun masih ada yang call bertanyakan tiket pada last minute.
Organiser dengan berat hati terpaksa tolak.

Demi event ni, saya tidur jam 8 malam.
Bangun semula jam 1 pagi.. 
iron baju, packing beg dan bersiap.
Jam 2.45 pagi gerak dari rumah di Kajang.

Mengantuk, isi minyak dan solat subuh.. 3 kali berhenti di R&R.
Akhirnya alhamdulillah.. berjaya sampai di lokasi jam 7.30 pagi.

Orang JB memang happening.
Penuh Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) dengan peserta.
Ada banyak booth projek baru developer yang dijual dengan harga 250k-500k di situ.

Kiranya sambil menimba ilmu, boleh terus shopping atau update diri dengan projek terkini.
Penting untuk tahu harga projek baru di sesebuah kawasan.
Sebab harga pasaran subsale hartanah di sekitar akan follow di belakang.
Zassss!

Ok, layan gambar-gambar kejadian.









  





Terima kasih kepada RE Consult, terutama CEO nya Puan Rozalina, yang menjemput saya berkongsi ilmu dan pengalaman dalam Havoc Hartanah ini.
Juga terima kasih kepada co-organiser iaitu IRDA dan SPNB.

Jumpa lagi dalam event seterusnya.

Share:

Kondo dekat MRT bayar RM 5K sahaja

Biasanya projek perumahan berhampiran dengan LRT/MRT/komuter akan mengalami kenaikan harga yang sangat baik.
Kerajaan umum sahaja akan ada stesen LRT / MRT / Komuter di situ, harga terus naik.
Kerja pembinaan MRT mula, harga naik lagi.
Siap sahaja MRT, harga naik lagi dan lagi.
Hari-hari kemudiannya biasanya menyaksikan hartanah berhampiran stesen train ini akan menjadi panas dan harganya takkan turun.

Nak lagi bonus kalau hartanah tu freehold.
Kalau beli dan duduk sendiri pun boleh buat duit.
Kalau beli untuk medium atau long term investment pun insya Allah boleh buat duit.

Saya nak berkongsi satu projek baru.



Oasis 1, Mutiara Heights, Kajang.
Kondominium terbaru dari pemaju TLS Group, pemaju yang sama dengan Sepakat Indah dan Sepakat Indah 2 di Kajang.
Kiranya kat Kajang, pemaju ni punya track rekod memang baik.
Projek perumahannya memang harga naik dengan cantik dan township yang dibina memang berpotensi.

Lokasi lebih kurang 3 km dari stesen MRT. Berhampiran dengan TESCO dan Giant.



Harga  RM 502,920 selepas diskaun.
Deposit rendah. Cuma 1% sahaja.
Maknanya,kalau kawan-kawan dapat loan 90%, kawan-kawan cuma perlu bayar deposit lebih kurang RM 5K sahaja.
Tak perlu bayar lain dah.

Sebab ada diskaun 9% dari harga jualan, tak kira bumi atau non-bumi.
Untuk booking, bayar Rm 1000 sahaja dulu.
Nanti bila sign S&P, baru kawan-kawan bayar lagi baki deposit untuk cukupkan 1% tu.



Percuma yuran guaman untuk s&p, yuran guaman untuk perjanjian pinjaman.
Percuma 2 lot parking berbumbung.
Percuma 4 aircond, kitchen cabinet dan hood dan hob.
Percuma 3 bulan maintenance fee dan sinking fund
Percuma deposit air dan elektrik
Percuma cukai tanah setahun.
Percuma insurans kebakaran setahun.


Saya dah follow projek TLS di Mutiara Heights ni sejak beberapa tahun lepas.
Dari Ivory ke Ameera dan terkini Oasis 1, memang nampak kenaikan harga modal yang cantik.



Berminat boleh whatsapp saya di 0123547636.
Beli awal supaya dapat unit yang lebih murah.
Sebab setiap setingkat lebih tinggi, harga naik RM 1K.
Kalau projek dah start dibina, harga naik lagi.
Ini keyword buat untung dari rumah under construction.
Share:

5 kerusi panassss

Hari ini saya akan buat persiapan penyediaan handout untuk Seminar Cukai Enterprise: Bayar Sikit Untung Banyak.

Seminar ni saya rancang dan cari speaker yang berkelayakan kerana saya dapati sebagai usahawan, ramai yang tak ada idea macamana nak declare cukai perniagaan.
Ramai yang nak elak.
Ramai yang takut kena bayar banyak.
Ramai yang susah nak beli rumah dengan pendapatan perniagaan sebab tak declare cukai.



Ehem.. perhatikan istilah 'declare' di sini.
Declare tak semestinya kena bayar
Declare tak semestinya kena bayar banyak sampai rugi.
Kita declare dulu dan kita decide, nak nampak untung ke nak nampak rugi.
Nak beli rumah banyak, kita declare untung.
Tak mahu tambah aset, kita declare rugi.

Biarpun tax accountant boleh buat ini semua, tapi kita sebagai pemilik perniagaan harus ada ilmu ini.
Baru kita boleh rancang betul-betul.


Untuk sesi Sabtu ini, ada 5 tempat lagi.
Untuk sesi 21 Disember ada 10 tempat lagi.
Seminar sehari belajar sampai lebam dari jam 9 pagi - 5.30 petang.
Sarapan croissant special dari @lynnhashim_privatekitchen.

Berminat nak grab seat terhad dan panas untuk seminar ini?
boleh sms cukai <nama> ke 018-9687803
Share:

Biar betul orang JB ni...

Hari Ahad ini sangat bertuah nampaknya

Suatu masa dahulu saya pernah merancang untuk berkongsi mengenai pelaburan hartanah di Johor Bahru
Masa tu tahun lepas.
Tapi sedihnya saya ni tak popular, jadi hanya ada seorang sahaja yang daftar untuk hadir
Sehinggakan saya terpaksa batalkan sahaja kelas tu dan pulangkan duit.
Ye lah.. kos ke JB pun dah berapa kan..

Itu kisah tahun lepas.
Tahun ni, alhamdulillah ada speaker femes dan oraniser hebat jemput saya beri talk di JB
maka dapatlah saya berkongsi ilmu pelaburan hartanah di sana.

Havoc Hartanah temph hari di KL memang havoc habis.
Gegaran terasa sampai ke Johor Bahru
Itu sebab kali ni Havoc Hartanah akan turun ke JB pula



Ada 5 speaker yang akan turun ke selatan demi bertemu pelabur dan bakal pelabur hartanah di sana.

Faizul Rizuan: anak muda yang beli 25 buah hartanah pada umur 30 tahun

Safuan Rahman : pensyarah yang banyak terlibat dalam subsale dan flipping rumah lelong

Abang Abu: Mekanik Wang: pakar motivasi perancangan kewangan peribadi

Ernest Towle: Mortgage broker yang luas pengalaman dan kabel dalam pinjaman bank

dan akhir sekali

Rohaniah Noor: saya le tu.. blogger hartanah, real estate negotiator dan office manager Liya Sani & Associates. paling pendek dan paling comel.

hehehe...

Tajuk yang akan kami kongsi adalah seperti berikut:



5 orang speaker datang dari KL dan Selangor khas untuk orang JB ni... tak terharukah?

Sure mahal harga tiket?
wohoo.... salah .. salah..
Untuk perkongsian ilmu sehari suntuk sampai lebam ni, harga tiket masuk cuma RM 30 sahaja..

Biar betul ni!
Tak percaya?

Ok kalau tak percaya, boleh KLIK DI SINI

Ahaa....
Jom orang Johor.
Kita jumpa dan kasi gegarrrr

Share:

Panggilan maut buat peminjam PTPTN


Minggu lepas, agak kecoh semula kes hutang peminjam PTPTN bakal disenarai ke dalam laporan kredit Bank Negara atau dipanggil sebagai CCRIS.

Mereka yang terbabit adalah mereka yang tidak pernah membayar hutang selama  lebih 3 tahun yang lepas melibatkan hutang berjumlah 1.23 billion ringgit.

Saya rasa ini satu panggilan maut buat mereka yang terlibat.
Tolong jangan buat derk sahaja.

Apa kesan dari penyenaraian hutang PTPTN di CCRIS?

Ada 2 kesan sebenarnya.

1) Kebolehpercayaan peminjam

Apabila seseorang memohon sebarang pinjaman, bank akan merujuk kepada laporan CCRIS setiap pemohon dahulu. 
Laporan ini menyimpan semua pinjaman bank yang ada, amaun pinjaman dan rekod bayarannya. Adakah semua bayaran ansuran dibayar mengikut sepatutnya?
atau adakah terdapat tunggakan di mana-mana bulan dalam 12 bulan kebelakangan ini?
Sekeping kertas (atau mungkin beberapa keping kertas jika peminjam ada banyak pinjaman) akan menjelaskan segalanya.

CCRIS yang bagus akan kelihatan sebegini


0 bermakna tiada langsung tunggakan bayaran untuk bulan itu.
laporan ccris di atas menunjukkan sejak April tahun lepas hingga March tahun ini, bayaran setiap bulan adalah cantik, tiada tunggakan.

Kalau ada 1 bulan tunggakan, akan tercatat angka 1.
Kalau 2 bulan tunggakan, akan tercatat angka 2.

Maka bank akan nampak bahawa peminjam ini seorang pembayar hutang yang baik.
Bank nampak kebolehpercayaan peminjam di situ.

Bayangkan apa jadi kalau pinjaman PTPTN yang tertunggak 3 tahun ini disenarai dalam CCRIS.
Mungkinkah jadi begini?


37 bermakna ada 37 bulan tunggakan untuk bulan Mac.

Agak-agak senang tak peminjam ni nak dapat pinjaman beli rumah kalau laporan CCRIS nya bukan sahaja ada angka 1 atau 2 tapi 37 terus!


2) Pengiraan Debt Service Ratio

Bank menilai kelayakan peminjam untuk meminjam berdasarkan Debt Service Ratio iaitu nisbah hutang berbanding pendapatannya.

formulanya:

DSR = jumlah ansuran bulanan / jumlah pendapatan

Pada masa kini, boleh dikatakan purata bank memberi pinjaman yang bayaran ansuran pinjamannya sehungga 75% dari pendapatan.
Macamana bank tahu berapa banyak bayaran ansuran pinjaman semasanya?

Dari laporan CCRIS inilah.
Dari setiap hutang yang tersenarai, bank boleh buat anggaran bayaran bulanannya.
Dicampurkan semua bayaran bulanannya , termasuk anggaran bayaran bulanan pinjaman yang dia pohon, adakah lenih atau kurang dari 75%?

Kalau masih kurang atau sama dengan 75%, rekod pembayaran pun cantik, kosong je seperti saya kongsi di atas,  kemungkinan untuk lulus adalah tinggi.

Tapi kalau jumlah ansuran bulanan sedia ada campur dengan anggaran bayaran ansuran pinjaman yang dipohon tu dah melebihi 75%,  kemungkinan untuk pinjaman yang dipohon itu tidak diluluskan adalah besar.

Setakat ini, mereka yag ada hutang PTPTN dan tidak membuat bayaran secara potongan gaji, hutang ini tidak kelihatan di CCRIS.
Bank tak tahu
Mana bank tak masukkan jumlah ansuran PTPTN tu dalam pengiraan DSR.

Tapi lepas ni bila hutang PTPTN dah disenarai dalam CCRIS, nampaknya besar kemungkinan bank akan masukkan amaun bayaran ansuran PTPTN dalam pengiraan DSR.

Maka graduan terlibat akan ada satu lagi pinjaman yang dikira, iaitu hutang PTPTN selain hutang kereta, kad kredit, rumah sedia ada, personal loan, hutang pinjaman ASB dan apa juga hutang bank lain.
Ini menjadikan kemampuan pinjaman graduan semakin mengecil, jika mereka tidak bijak menambah dan mencari punca pendapatan tambahan atau pendapatan pasif dari rumah sewa.

Kesimpulan:

Untuk mereka yang meminjam dan tidak pernah buat bayaran, anda tak ada pilihan lain.
Hadapinya. bayar secara konsisten setiap bulan supaya rekod CCRIS anda tidak sehodoh ini.

Jangan rugikan masa depan anda untuk membuat pelaburan hartanah atau at least untuk membeli rumah kediaman disebabkan keengganan membayar hutang PTPTN.

Dah tak boleh kata apa dah..

Tapi belajarlah dari keadaan.
Anda mungkin terpaksa meminjam PTPTN dulu kerana ibu bapa tidak mampu.
Tapi pastikan anak-anak anda tidak lagi menghantar borang PTPTN.
Berkorban sedikit, berjimat, hidup di bawah kemampuan.
Beli satu rumah pelaburan untuk setiap orang anak anda sebagai tabung pendidikan mereka.

Boleh baca artikel terdahulu saya DI SINI.
Share:

Bajet 2015: apa ada untuk pelaburan hartanah?

Kali ni saya terlambat betul berkongsi mengenai Bajet 2015 dari perspektif pelaburan hartanah.
Padat sangatlah konon jadualnya
dengan perkongsian ilmu pelaburan hartanah dan juga komitmen sebagai perunding hartanah

Namun begitu memandangkan saya setiap tahun berkongsi mengenai Bajet 2015 untuk pelaburan hartanah di blog ini, saya perlu tulis juga.
Untuk melengkapkan kandungan blog
untuk bahan kajian saya sendiri satu hari nanti.

Baik, sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, berikut adalah perkara yang akan berkaitan dengan pelaburan hartanah dalam Bajet 2015.



1) PR1MA

Sebanyak 80,000 unit rumah PR1MA lagi akan dibina dengan peruntukan 1.3 billion.


2) Program Perumahan Rakyat

Jabatan Perumahan Negara akan membina 26,000 program perumahan rakyat dengan peruntukan RM664 juta manakala sebanyak 12,000 rumah mesra rakyat dan 5,000 unit rumah idaman rakyat akan dibina melalui SPNB.


3) Skim Rumah Pertama

Jika sebelum ini, rumah pertama yang layak menerima pinjaman di bawah Skim Rumah PErtama adalah sehingga RM400,000 sahaja. Tapi mulai 2015, ia akan dinaikkan ke RM 500k sehingga Disember 2016.


4) Skim Perumahan Belia

Ini program baru. Tak pernah dengar lagi sebelum ini.
Perdana Menteri Malaysia mengumumkan rumah di bawah Skim Perumahan Belia terhad 20,000 unit sahaja. Penawaran berdasarkan dasar Siapa cepat dia dapat. Layak untuk mereka yang berumur 25 – 40 tahun dan pendapatan isi rumah RM 10,000 ke bawah .
Harga rumah yang akan ditawarkan berharga kurang dari RM 500k.
Program ini akan dijalankan secara secara perkongsian pintar di antara Kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas.
Kerajaan akan membayar rm200 sebulan untuk kurangkan bayaran ansuran bulanan peminjam. Kerajaan juga akan sediakan jaminan pinjaman 10% supaya belia yang terpilih ini akan mendapat pinjaman 100% termasuk insurans.
Mereka juga boleh keluarkan akaun 2 KWSP untuk pembayaran ansuran dan lain-lain kos.


5) Diskaun setem duti

Diskaun 50% setem duti atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman dilanjutkan sehingga Dis 2016 untuk rumah pertama berharga rm500k ke bawah.
Kalau sebelum ini, hanya rumah pertama yang berharga RM 400K ke bawah sahaja layak mendapat diskaun 50% setem duti ini.
Jadi kepada pembeli rumah pertama bagi rumah yang berharga RM 500K, jangan lupa beritahu peguam anda yang anda mahu clain 50% diskaun ini ya,


Pendapat saya: tak ada faktor woww atau faktor mengejut dalam Bajet kali ini.
biasa-biasa sahaja.
cuma saya harap lebih banyak info mengenai Skim Perumahan Belia akan dihebahkan selepas ini dan semoga pemilihan belia yang layak adalah telus.

Share:

Bajet 2015: sesi penerangan percuma

Bajet 2015 dah dibentangkan di Parlimen tempoh hari.
Wahhh.. nampaknya ada pelbagai reaksi yang diterima.
Yang suka.. yang kurang gembira.. yang rasa, ini je ke?

Saya setiap tahun memang menunggu-nunggu pengumuman Bajet ni sebab jika ada perubahan polisi, ia memberi kesan secara langsung pada pelaburan haranah kita di tahun berikutnya.
Contoh macam dulu, nak jual rumah kena cukai atas keuntungan.
Kemudian tak ada cukai.
Kemudian ada balik pada kadar rendah
Kemudian kadar naik..

dan pelbagai lagi polisi yang mungkin membuatkan pelaburan hartanah dan jual beli hartanah semakin panas atau semakin sejuk.

Ada yang terlepas mengikuti pengumuman Bajet 2015 ke atas pelaburan hartanah?
Ok tak kalau saya katakan, ada sesi percuma perkongsian mengenai Bajet 2015 oleh Faizul Rizuan?
Berminat tak?

Bagus sangat kan...



Baik,  Maklumat majlis ini adalah:

Tarikh: 9 Nov 2014
Masa: 1-3 pm
Tempat : Nadayu 63 Tmn Melawati sales office
Speaker: Faizul Ridzuan




Sebenarnya Nadayu 63 ni satu projek pembangunan bercampur di Taman Melawati.
Sekarang ni, mereka launch projek kediaman berkeluasan 562 kaki persegi ke atas dengan harga bermula dari RM 420K.
Ada juga 42 unit retail lot yang akan dibina.

Tanah leasehold.
Pemajunya Twin Ridge Sdn Bhd iaitu syarikat milik Nadayu Properties Bhd.


Taman Melawati ni kawasan dah matang. Memang dah ramai peminat di sini. 
Senang nak akses ke MRR2, AKLEH, DUKE dan akan datang lebuhraya baru SUKE.

Kiranya untuk mereka yang bekerja di pusat bandar KL, Taman Melawati memang lokasi yang sangat cun.
Kena pula kalau mak ayah atau mak ayah mertua memang orang Taman Melawati kan..


Jadi, sambil dengar penerangan mengenai Bajet 2015 ni, boleh la intai-intai sekali projek Nadayu 63 ni.


Oh ya, kalau berminat nak hadir talk ni, kena RVSP dulu sebab ia terhad kepada 30 orang sahaja.
Call  012 238 2855,  012 477 0166 atau   012 790 6682 untuk sahkan kehadiran.
Share:

Kongsi Ilmu Wajib Beli Rumah

Hari Sabtu lepas telah berjalan dengan lancar Seminar Ilmu Wajib Jual Beli Hartanah
Seminar sehari anjuran So Rich Consultancy
Tempat seminar di Ampang.

Peserta memang sporting habis.
Boleh dikatakan hampir semuanya usahawan.




Modul seminar ini juga agak berbeza dengan seminar lain yang saya pernah anjurkan atau pernah saya berkongsi.
Antara kandungannya adalah
- bagaimana graduan perlu bermula
- prosedur beli rumah yang betul
- bagaimana mendapatkan pinjaman
- mengenalpasti lokasi lombong emas
- mengenalpasti Wowww effect
- Bajet 2015 dan PR1MA
- GST dan kesan pada pelaburan hartanah



Target saya: balik dari seminar ni, insya Allah ilmu yang wajib ada sebelum membeli rumah dah ada dalam diri setiap peserta. Supaya tak ada yang kena tipu atau tersalah prosedur.

Terima kasih kepada Tuan Zul dari So Rich Consultancy yang sudi menjemput saya sebagai speaker seminar ini.
Semoga semua peserta mendapat manfaat dan insya Allah akan mulakan pelaburan hartanah masing-masing dengan penuh bergaya.
Ada rezeki, kita jumpa dalam kelas yang lebih advance.



Antara orang kuat So Rich Consultancy




Insya Allah.

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog