• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Wajah paling comel dalam majalah

Hari ni hari last bulan September.
Esok dah masuk Oktober.
Sekejap je kan..

eh nanti-nanti.
Sebelum masuk bulan Oktober, saya nak tanya kawan-kawan.
Dah dapatkan majalah Prospek Hartanah edisi September 2014?
dah?
Belum?

Haih.. ada yang belum?

Kalau belum, boleh dapatkan Majalah ini di kedai-kedai MPH, Popular atau order je dengan BLOGGER RETIS ni

Ada apa yang best sangat dalam Majalah Prospek Hartanah edisi September ni?
Selain artikel yang hebat-hebat (termasuk artikel saya.. ehem..) ada lagi yang lebih boombastik.
Edisi ini sahaja.. edisi Oktober dah lain..

Kawan-kawan tengok la sendiri apa yang best tu,,,



Buka muka surat 50
hehehehe





Comel jugak bila muka dicetak dalam majalah macam ni eh..



Terima kasih kepada Puan Ameena, Tuan Zul dan tuan Syazlan Hadi yang sudi menemuramah saya.
Dan kepada seluruh tim Majalah Prospek Hartanah juga.

Share:

Orang Bangladesh Otai Property

Kelmarin saya kongsikan status ni di FB personal saya.


Nampaknya hot juga status ni
Ramai nak tahu cerita lanjut.
Ada juga yang teka betul.

Ya, dia buat sublet dan asrama.

Dia ni bukan Bangladesh kasta rendah.
Ada pendidikan..  ada kerja tetap di KL.
Manager sebuah syarikat construction dan renovation.



Jadi, dia sendiri ada kepakaran dalam membuat pengubahsuaian bangunan.
Tu yang lagi memudahkan dan menjimatkan beliau buat bisnes sublet dan asrama.

Ada rumah yang dia sewa, dia sewakan semula ikut bilik.
Rumah fully furnish.
Kalau perlu, dia tambah partition di ruang tamu.

Ada juga lot pejabat, dia buat partition cantik-cantik dan sewakan bilik-bilik tu.
Macam asrama yang ada penuh perabot.
Siap dengan kelengkapan memasak.

Bilik bercat cantik, setiap bilik ada kipas angin berdiri dan aircond. 
Untuk jimat aircond, 2 bilik berkongsi satu aircond.
Kira dinding antara dua bilik tu ada lubang sikit lah untuk letak aircond kat tengah-tengah.

Aircond hanya boleh dipasang pada waktu malam.
Siang tak boleh.
Beliau akan pantau dari masa ke semasa.
Trick nya, suis aircond kat luar bilik, di laluan tengah.
Jadi beliau boleh tengok sama ada suis aircond on ke tak.

Beliau juga akan pastikan bilik air bersih.
Kalau perlu, beliau sendiri akan cuci bilik air tu.

Office lot yang dah jadi asrama ni beliau sewa dari owner cuma RM 1100.
Tapi dia jadikan 10 bilik, ada yang katil single, ada yang katil queen pelbagai saiz
semua sekali income dia boleh dapat lebih rm 4K
sewa ni dah termasuk api air lah.

Cuma katanya shop office ni bil elektrik lebih sikit.
Sebab pakai commercial rate kan..

Semua sekali, beliau ada 10 unit rumah dan shop office yang dibuat sebegitu di area Cheras.
woww wowww...
walaupun sebagai orang luar dan tak boleh beli rumah, itu bukan halangan beliau ganda duit dia melalui hartanah.
Kreatif, rajin dan berani ambil calculated risk.

Jadi kalau kita rakyat Malaysia masih dok bagi alasan setebal 6 inci, buat malu je la...

Macamana saya boleh terjumpa dia ni?
Sebenarnya saya ada satu unit client nak sewakan di Bandar Sri Permaisuri.
owner nak sewa fully furnish.
Jadi kelmarin ada 2 buyer nak view rumah ni
Dia ni salah seorang yang berminat meskipun kadar sewa RM 1800.
Dia masih nampak peluang di situ.

Insya Allah petang ni saya akan close deal unit ni.
tapi owner pilih nak sewakan ke sorang lagi.. orang melayu yang dah berkahwin.
Biasalah kan. antara penyewa tempatan dan penyewa bangladesh yang mahu buat bisnes sublet, owner akan lebih suka penyewa tempatan yang hanya mahu duduk.

Saya sebagai real estate negotiator hanya membantu mendapatkan penyewa yang baik.
terpulang kepada owner untuk buat keputusan.
Kalau ada rumah nak jual atau nak sewa, call atau sms lah saya di 0123547636.
nombor ni whatsapp tak aktif buat masa ni.

Oh ya, sambung kisah Bangla tadi,
Perancangan beliau seterusnya adalah mahu buka hotel budget.
wohoooo
Share:

Bayar Sikit Untung Banyak

Ramai yang berniaga di luar sana.
Sepenuh masa atau separuh masa.
daftar enterprise.. ada juga yang langsung tak ada pendaftaran enterprise.

Income dari perniagaan ni boleh tahan juga.
Tapi bila nak buat pinjaman untuk beli rumah, tersangkut.
Sebabnya mereka tak dapat buktikan mereka ada pendapatan dari perniagaan.

Sekarang ni bank agak susah nak luluskan pinjaman.
Antara bukti pendapatan yang wajib dihantar adalah Borang B dan resit pembayaran cukai pendapatan ke LHDN.

Kalau tak ada dokumen LHDN ni, cakap la income bisnes berapa puluh ribu sebulan pun..
bank tak berapa nak percaya.

Takut nak declare ke LHDN dan bayar cukai?

Pernah dengar orang kata, lagi besar kita bayar cukai, lagi besar kita boleh berkembang.
Bila dah tak nak berkembang, declare ke LHDN yang kita rugi.

aha...
sebenarnya cukai adalah sat instrumen untuk kita mengembangkan perniagaan dan aset.
Tapi dalam pada nak bayar cukai tu, ada cara nak jimatkannya dengan cara yang sah.

Kita jimatkan cukai, supaya kita dapat nikmati lebih keuntungan.

Bagaimana?
Bagaimana?

Buat semua yang berniaga sama ada yang dah ada enterprise atau yang belum ada
atau yang meracang nak buka perniagaan
Jemput tambah ilmu yang sangat mahal ini

**************************
BUTIRAN SEMINAR

************************

Seminar ini akan diadakan dalam 3 sesi

19 Oktober 2014 - Ahad
22 November 2014 - Sabtu
21 Disember 2014 - Ahad

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Seminar, Kaseh Akademi
              1-21 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Ampang, KL.


******************************************
Seminar CUKAI ENTERPRISE: BAYAR SIKIT UNTUNG BANYAK

******************************************



Peserta yang hadir akan didedahkan dengan:

- Perbezaan cukai enterprise dan Sdn Bhd
- Prosedur berkaitan pembayaran cukai Enterprise
- Kelebihan peniaga enterprise yang bayar cukai
- bagaimana menjimatkan bayaran cukai secara sah
- Pro dan Kon jika upgrade ke Sdn Bhd.


Ilmu-ilmu hot ini akan disampaikan oleh Tuan Rezduan Bakar, seorang akauntan bertauliah sejak 2009.

Tuan Rezduan Bakar berpengalaman selama 7 tahun sebagai Juruaudit Luar
dan 2 tahun pengalaman sebagai juruaudit dalam dan Pengurus Audit & Cukai di Siti, Goh & Associates.
Beliau juga merupakan penulis buku Sekarang Sengkek Esok Kaya.




****************************
PERCUMA

*****************************

Semua yang mendaftar akan menerima buku Sekarang Sengkek Esok Kaya dengan PERCUMA.
Buku ini berharga RM 44.90 kalau beli di kedai-kedai buku.

Selain itu, peserta juga akan menerima keahlian Kelab Alien Hartawan yang bernilai RM 588.
Ini kumpulan khas untuk mereka yang hadir seminar yang saya anjurkan atau beli ebook saya sahaja.

Sebagai ahli Kelab Alien Hartawan, anda akan menerima akses kumpulan FB khas untuk bertanya soalan dan berkongsi pengalaman, serta menikmati diskaun istimewa untuk semua seminar dan ebook yang akan dilancarkan.



***************************
BAGAIMANA MENDAFTAR

**************************

Yuran seminar adalah 

- RM 199 seorang untuk satu tiket
- RM 195 seorang untuk dua tiket
- RM 179 seorang untuk 3 tiket

Harga istimewa untuk Ahli Kelab Alien sedia ada
- RM 189 untuk satu tiket
- kalau daftar untuk 3 tiket, guna harga RM 179 seperti di atas.

Untuk mendaftar :

1) bank in yuran  ke akaun Alliance Bank 140460010087422 atas nama Kaseh Akademi PLT
masukkan email propertywaltz@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di

Boleh juga beri maklumat pembayaran ke email saya rohaniahnoor@gmail.com

Daftar segera kerana tempat terhad kepada 20 orang satu sesi sahaja.

Jumpa di sana dan selamat datang ke Kelab Alien Hartawan buat semua yang mendaftar!



Share:

Utropolis: jalan kaki je pergi kelas.

Bagaimana kalau saya katakan, ada projek baru cun dengan harga kurang dari  RM 300K?
Projek tu pula dekat giler dengan kampus universiti baru yang akan dibuka pada tahun 2015.
Nak lagi best, area tu nak cari freehold susah.. banyak leasehold.
Tapi projek ni freehold...
Kemudian akan dibina retail lot pula di bawah tu... untuk shopping-shopping, cuci mata dan beli barang keperluan.

Kalau tengok lokasinya tu, sebelah Subang Jaya. Jadi ada potensi tempat ni boleh jadi sehebat Subang.

ahaaa... apa macam?

Masa saya dapat tahu ada projek ni, saya nampak potensi yang besar di sini.



Pertama kerana ada wow factor. ada IPT dan shopping mall.
saya selalu tekankan, cari wow factor bila beli rumah under construction.

Kedua, sebab freehold.
Jika kita ambil beberapa projek yang sedia ada yang freehold di kawasan ini, memang kenaikan harga sangat baik.
Dan kalau gerak ke kiri sedikit, semuanya dah leasehold.

Ketiga, ada matching atau pemadanan jenis hartanah dan infrastruktur di sini.

Jenis unit yang sedang dijual adalah lifestyle suites, ala-ala studio unit atau SOVO / SOFO.
ada kampus baru KDU University College akan dibuka pada tahun 2015 berhampiran projek ini.
Boleh jalan kaki je ni.

Biasanya kolej swasta akan mengambil pelajar dari luar negara, selain pelajar tempatan yang berasal dari keluarga yang boleh tahan kaya juga.
Jadi, unit studio seumpama ini memang diminati golongan sebegini.



Ok..
Projek yang saya maksudkan adalah Utropolis.
Lokasi di Glenmarie, Shah Alam.
Pemajunya Paramount Property.
Projek terdahulunya di sebelah utara Semenanjung Malaysia, di Kemuning Utama dan Cyberjaya.



Lifestyle suite Utropolis ni keluasannya 447 sqft.
setiap unit akan dapat satu tempat meletak kereta.
tanah berstatus komersial, maka perjanjian jual beli nya bukan standard ikut Housing Development Act.
Jadi, pastikan kita sebagai pembeli faham setiap terma dalam perjanjian jual beli tu nanti.

Harga jualan bermula dari RM 329,200 untuk Tower 1
dan RM 297,800 untuk Tower 2.
Mereka ada juga tawarkan unit 2 bilik tidur pada harga RM 600,000.

Ada diskaun bumiputra 7%.

Namun begitu suka saya sebut di sini, yuran penyenggaraan adalah sebanyak RM 0.45 per kaki persegi.
Jadi, untuk unit seluar 447 sqft ni, yuran penyenggaraan bulanannya adalah 447 x RM 0.45 = RM 201.15


Kemudahan yang disediakan adalah dewan serbaguna, gimnasium, kolam renang, surau dan landskap dengan water feature.



Berdasarkan kajian, didapati rumah-rumah di Glenmarie semuanya rumah bertanah berharga lebih kurang RM 1.6 juta.
Jadi, untuk memiliki satu kediaman di sini, ini pilihan paling murah lah.
sebab harga kurang dari RM 300,000 kan.

Untuk maklumat lanjut pasal Utropolis ni, boleh klik di sini
http://www.utropolis.my/

Tapi kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kampus baru KDU College University, boleh klik website KDU sendiri DI SINI.
Share:

penceramah comel berbaju kurung

Ada kawan-kawan yang mendaftar nama untuk hadir ke Kursus Pelaburan Islam di Instut Latihan Islam Malaysia, Bangi?

Ahaa... jika ada, esok kita jumpa ya.



Setakat yang saya dimaklumkan, seminar tu bermula hari ini.
Tapi sesi saya esok.

Seronok berkongsi ilmu pelaburan hartanah di ILIM
sebab
1 - pesertanya sporting belaka.
2 - urusetianya baik-baik belaka. Ustaz dan ustazah yang celik kewangan.
3 - makanan yang disediakan memang terbaik. Kadang-kadang laksa johor, mee kari, soto kemudian ada makan pagi dan makan tenghari yang lazat-lazat.

Akhir kata, ilmu dapat, kenyang perut,  senang hati....
lalalala....

Ini gambar semasa Kursus Pembanguan Hartanah di ILIM pada bulan  Ogos yang lepas di ILIM juga.

Kredit foto: Puan Nor Hafidzah Qasim

Bila lagi nak tengok Rohaniah Noor yang comel itu bagi talk berpakaian baju kurung kan... hehehehe

Share:

2 hari yang kecoh habis

Dua hari yang hebat.
20 dan 21 September 2014, Havoc Hartanah 2.0 di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay , KL.

Dapat jumpa mahaguru saya, tuan Azizi Ali
Dapat jumpa sifu-sifu pelaburan hartanah lain.. ada yang jadi speaker.. ada yang humble hadir sebagai peserta dan memberi sokongan kepada penganjur
dan dapat bertemu ramai kawan-kawan lain yang kepala alien, suka pelaburan hartanah.

Memang awesome, da bomb, kababommm

mahaguru saya, tuan Azizi Ali


Yang peserta seminar saya sebelum ni dapat refund 50% yuran.
Mereka happy, saya happy.

Sesi saya hari ahad 21 hb, forum dengan tuan MKNK, tuan Alwi Adam dan Tuan Ernest Bowle.
Harap ia sedikit sebanyak memberi sesuatu kepada kawan-kawan yang hadir.

Faizul sebagai moderator. Panel dari kiri - Adam Alwi, Tuan MKNK, Sir Ernest Bowle dan saya
Kredit foto: Tuan Raisul Fadhla

Kredit foto: Puan Hasifah Husin


Speaker lain usah cakap la..
memang berbaldi-baldi info dan tips yang mereka kongsi.
Baru saya tahu yang tuan Khairul Adis adalah taiko pelaburan hartanah yang diimport khas dari Singapura.
Hebat penganjur iaitu Faizul dan puan Rozalina.
Dapat bawa masuk otai dari luar untuk berkongsi ilmu.

Tuan Khairul Adis dan Puan Rozalina.
Kredit foto Puan Rozalina. pinjam gambar ya..

Ramai graduate interor design ahad tu.
Ini semua ajaran Sifu Adrian Wee.

Adrian Wee: pereka hiasan dalaman dan pelabur hartanah

tak kurang juga yang keras perut gelak bila Mr Siva Shanker berkongsi.
Memang kelakar habis.

Mr Siva Shanker: real estate agent

Tak boleh nafi berapa ramai yang melopong melihat keenseman Abang Ensem
dan kemudian mula dilema siapa lebih hensem bila Wan Infolelong muncul.

Abang Ensem in action

Wan Infolelong; pakar flipping rumah lelong dan sublet


Faizul Ridzuan ohsem seperti biasa.
Analisa kawasan dia sangat terperinci.
Rugi tak dengar...
Baru saya sedar yang ramai juga berpendapatan RM 20,000 selepas mendengar analisanya.
Patut lah rumah harga RM 500,000 pun ada orang sapu habis.

Faizul Ridzuan


Anak beranak pakar peta, tuan Ho Chin Soon dan Eshmael Ho juga ohsem.
Saya kagum dengan ketelitian mereka berdua.

Bila turn Abang Abu,  Mekanik Wang pula, memang gamat satu dewan.
Sibuk semua nak jadi kaya kan.. tapi beliau menyedarkan kita, betapa kayanya diri kita.
Wang RM 5 juta pun tak boleh ditukar ganti dengan dua biji mata kita.
Baru dua biji mata tu..

Abang Abu - Mekanik Wang


Speaker-speaker lain pun hebat-hebat juga.
Chris Tan misalnya sangat kelakar orangnya bila kenal dia in person.
Seronok dapat bertentang mata dan bersua muka dengan mereka semua.
Saya berazam mahu jadi sehebat mereka.

Event dua hari ini memang havoc habis lah!
betul dah tu namanya Havoc Hartanah 2.0
dengar akan muncul Havoc Hartanah 3.0 pula.. wowwww

Sempat posing-posing juga pada hari kejadian.

Dengan tuan Shaiful Effendy dan tuan Wah Harun. SE adalah proof reader dua ebook terdahulu saya manakala WH pula owner POD backpacker hostel.

Sifu Pie 2020, Tuan MKNK, Thoriq (subletter Mentari Court) dan Azlan (geng satu kepala dan crew event)



tuan Khairul Anuar, peguam dan penulis buku 40 Soalan Anda Patut Tanya Peguam

ini semua taiko-taiko property, antaranya Hazzim - REN, Wan Infolelong- speaker, tuan MKNK, Rahim Ibrahim - Internet Marketer dan Omar - Ho Chin Soon Research

Saya dan Hasifah, kawan lama sejak 1996

saya dan kak Bieeyah - kawan lama sejak 2005

saya dan Puan Rozalina. Beliau iron lady yang menganjurkan Havoc Hartanah ini bersama-sama sifu Faizul Rizuan

Saidah dan Hana yang sweet

alamak.. lupa nama dia... anak Puan Rozalina yang sungguh macho dan rajin bekerja.
Selfie dengan tuan Adam Alwi

tuan Raisul Fadhla
Tahniah dan Syabas kepada penganjur Havoc Hartanah 2,0
terima kasih kerana menjemput saya untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.
Share:

Tak sempat buat facial

Alamak...
macam tak sempat je saya nak buat facial ni.
muka sunburnt semasa di Turki.

Kalau muka sunburnt begini, nanti tak sama lah dengan kecomelan dalam poster ini.


Hmm.. kalau muka dah lebih gelap dar gambar ni, macamana ya?
kecewa lah peminat-peminat saya nanti.
Kantoilah muka saya yang gelap ni..

Tapi kalau tak kisah dengan kegelapan muka saya dan masih nak mendengar perkongsian speaker otai lain, jemput hadir ke Havoc Hartanah 2.0 esok dan lusa,
20 dan 21 September 2014.
20 hb sesi BI
21 hb sesi BM.

Yuran murah giler kababomm..
cuma RM60 untuk salah satu sesi dan RM 90 untuk kedua-dua sesi.

Untuk semua peserta seminar yang saya pernah anjurkan, ada diskaun 50% pula.
wow wowww...
kalau ada kawan-kawan peserta yang belum dapat email tawaran diskaun, beritahu saya ya.

mana nak dapat belajar dengan tuan Azizi Ali, Faizul Rizuan, Ho Chin Soon, Adam Alwi, SIva Shanker, Abang Ensem, Wan Infolelong, Mekanik Wang dan ramai lagi yang pakar dalam niche masing-masing dengan harga hilang akal begini.

pendaftaran ada buka lagi ni,
Klik DI SINI.



Memandangkan saya tak sempat buat facial dan betulkan semula tona kulit yang tak sekata ni, nampaknya saya agak kurang cun lah nanti.
huhuhu...
nasib baik saya punya, sesi Ahad pagi.

Mana timun?
nak beli timun...
katanya sapu timun kat kulit muka boleh membantu...
Share:

Doa musafir Allah makbul

Benarlah orang kata, doa musafir ini makbul.

Saya pernah menulis di Facebook saya mengenai sesuatu yang tak kena dengan dua rumah di Mentari Court saya.

Satu unit dah siap sejak bulan februari, bulan Jun dapat penyewa tapi duduk sebulan je.
Satu unit lagi siap selepas raya.
Sehingga tiga hari lepas, belum ada penyewa.






Rumah fully furnish.
Kadar sewa rasanya dah sampai turunkan rm100 dari harga asal yang standard.
Dah letak iklan di internet dan papan tanda di apartment.
Dah siap offer co-broke.
Dah siap minta member tolong cari penyewa dengan tawaran komisen macam agen.
Dah siap offer kat subletter.

Tapi memang mahal betul rezeki dua buah rumah ini.

Bayangkan, 5 jam sebelum saya meninggalkan Malaysia, ada satu keluarga last minute confirm nak pindah masuk.
Sebenarnya saya dah malas nak ke Mentari Court sebab saya belum siap packing dan research pun baru sikit.
Tapi sebab agen hartanah yang referkan mereka ni kata mereka betul-betul nak masuk rumah tu, saya pun dengan berat hati setuju.
Jumpa di sana jam 5.30 petang.

Kebetulan tak lama lepas tu ada orang lain call.
beriya nak tengok rumah tengahari tu juga.
Oleh kerana saya ada 2 rumah di sana, kiranya boleh lah dia tengok rumah yang lagi satu.

Saya minta mereka datang jam 4.30 petang memandangkan saya memang ada appointment jam 5.30 petang.

Petang itu saya terlewat sikit sebab bersiap untuk travel kan.
saya sms orang yang nak tengok jam 4.30 tu yang saya akan tiba jam 5 petang.
dia kata 'ok'.

Sampai di Mentari Court, saya call mereka, beritahu saya di lobi tangga blok rumah tu.
Dia kata "Ok, cominng".

Tapi sampai jam 5.25 pm , tak nampak batang hidung.
Aduh...

saya geram dan kecewa, pergi ke blok satu lagi di mana agen untuk penyewa yang katanya nak pindah masuk tu menunggu.
Yang tu appointment jam 5.30 petang.

Agennya tiba awal, tapi penyewanya hampir jam 6 petang baru sampai.
Saya nak cepat ni...



Mereka ni famili dari Pakistan.
Ibu dan dua anak.
Ibunya sakit dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Sunway.
Suaminya di negara asal.

Bila mereka sampai dengan teksi, mereka siap bawa beg dan bantal.
Memang nampak nak pindah terus la.

Saya bawa mereka naik ke rumah.

Sebenarnya dua orang anaknya tu dah tengok rumah ini tiga hari lepas.
Kalau dah nak masuk, maknanya mereka dah berkenan la kan...

Tetapi bila mereka masuk rumah tu dan angkut beg semua, lain pula ceritanya.
mereka minta nak sewa sebulan je.
adehh...
kalau sewa sebulan, harga lain lah. bukan harga sewa long term ni

Bila saya beri harga sewa sebulan, mereka tak setuju.
Mahal katanya.

Kemudian ibu dia komplen, tak ada aircond.
Haihh.. memang dari awal lagi, rumah ni tak ada aircond.
Nak sewa murah.. nak sewa pendek.. tapi nak ada aircond?

last-last, saya buang masa begitu sahaja.
Balik dengan kosong...
balik kelam kabut packing last minute.

Memang mahal betul rezeki di sini.

Misi mencari penyewa di Mentari Court terhenti.
Tapi saya sempat tinggalkan kunci dan handphone saya yang saya letak nombor di iklan kepada abang saya.
Saya minta dia tolong jawab phone dan bawa orang tengok rumah.
Kalau dapat close deal penyewa, saya beri komisen sebulan kepadanya.
sama macam hire agen lah.

Malam itu saya mulakan pengembaraan ke Turki, transit di Dubai.
Tapi flight bermula dari Singapura.



Dalam hati, saya berdoa agar ada berita baik semasa saya mengembara ini.

Tiga hari lepas, alhamdulillah.. dapat berita salah satu rumah ini dah dapat penyewa.
Semalam dia tandatangan perjanjian sewaan dan bayar deposit seperti yang dikehendaki.



Terima kasih tak terhingga kepada abang saya yang banyak membantu,
Ada bakat jadi agen rumah ni...

Saya ada lebih kurang 30 jam lagi untuk berdoa...
Amin..



Ada yang berminat menyewa rumah fully furnish di Mentari Court?
Sewa RM 1100 sahaja.

Boleh hubungi 0123547636.
buat masa ni, abang saya akan angkat phone.

Share:

Tua dah tak lama.

Biasa tak dengar, orang kata..
"Entahlah.. tak tahu aku buat apa dengan duit aku. Habis macamtu je.."

Biasanya kata-kata ini didengar apabila seseorang itu dah bekerja atau memasuki alam pekerjaan lebih 3 tahun..
atau bila usia dah menginjak 30 tahun
atau bila nak kahwin baru sedar duit tak ada sedangkan dah beberapa tahun kerja dengan gaji RM 2,000 ke atas.

Itulah kebiasaan kita kan..
Duit gaji dibelnajakan untuk benda yang tak nampak.
Beli makanan, tengok wayang, belanja awek, top up handphone, tukar rim kereta, tukar kereta terus, beli baju baru dan macam-macam lagi.

Barang yang lagi setahun pun, akan buruk.. nilai susut atau pakai habis begitu sahaja.

Sudahnya simpanan tak ada, aset tak ada, nilai bersih begitu juga atau makin teruk kerana hutang makin menimbun.

Orang kata masa itu emas.
Emas boleh digadai dan disimpan tetapi masa tak boleh.
Bermakna masa lebih berharga dari emas.
Masa yang dah berlalu takkan kembali.

Jadi gunakanlah masa muda sebaik mungkin.

Cadangan saya: duit gaji yang ada biarlah digunakan untuk manfaat hari tua.
iaitu
1) buat pelaburan hartanah. Hartawan yang disewakan memberi wang pencen dan peningkatan modal apabila sudah tua nanti.

2) pergilah travel. Kenangan dan pengalaman akan disimpan dan diingati hingga tua.
Malah pengembaraan itu akan banyak memberi pengaruh kepada siapa anda bila tua nanti.

Saya dalam perjalanan ke Istanbul. Backpacking.
Nasib baik saya masih muda.
Jumpa lagi nanti ya


Share:

Untukmu aku bertahan

Sebelum ni, ramai komplen.
Nak download ebook percuma Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah tak berjaya.
Ebook pertama saya ini saya beri percuma kepada yang langgan mailing list saya.

Sebenarnya kuota dengan getresponse.com dah penuh..
tu sebab kawan-kawan semua tak boleh masuk dalam list dah.
hehehe... sambutan panass katakan...

haa tapi semalam saya sudah tambah wang.
upgrade kasi besar lagi kuota tu.

Jadi, sebelum kuota penuh balik, apa kata daftar laju-laju.
Klik http://wangbesar.propertywaltz.com/
Masuk nama, email dan no hp.
Klik hantar.



Nanti akan dapat satu email yang ucap selamat datang bla bla bla dan dapat link untuk download ebook.

Daftar ramai-ramai ya supaya saya rasa terharu bayar lebih setiap tahun untuk servis ini.
Barulah tak rasa sakit hati sangat tengok amaun yang dicaj automatik setiap tahun tu.

Untukmu aku bertahan... bak kata Afgan


Share:

Hilang akal? Belajar dengan Tuan Azizi Ali dengan hanya RM 30?

Saya mula celik mata pada perancangan kewangan peribadi apabila membaca buku 'Cukup Wang Hati Tenang'.
Tetapi saya mula belajar banyak perkara mengenai pelaburan hartanah apabila membaca buku 'Tuan RUmah Jutawan' dan 'Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah' oleh Tuan Azizi Ali.

Masa tu tahun 2005.
Tuan Azizi Ali buat smeinar pelaburan hartanah pun dalam dua kali setahun sahaja agaknya.
saya masih ingat, yurannya RM 799.

Saya belum berkemampuan membayar yuran sebegitu pada waktu itu.
Tapi isi kandungan bukunya saya khatam, ulang baca dan khatam lagi.

Selepas bukunya, saya baca buku Renesial Leong pula.

2006, saya dapat beli rumah pertama.
2007, saya hadir mini talk tuan Azizi Ali.
Seminar 3 jam pada waktu malam, yuran RM 199, beli bertiga RM 150 seorang.
saya pergi bertiga.

Walaupun tiga jam, banyak tips yang saya peroleh ketika itu.
ada tips yang disebutnya yang saya masih ingat sampai sekarang.

Tuan Azizi Ali memang lagenda.
Memang mahaguru kepada hampir semua pelabur hartanah gen X dan gen Y di Malaysia.

Siapa sangka, satu hari nanti nama saya dapat berkongsi pentas dengan beliau.
berkongsi pentas dalam berkongsi mengenai pelaburan hartanah.

Meskipun pentas yang sama, tetapi tahap beliau jelas lebih tinggi.

Bagaimana kalau saya katakan, kawan-kawan berpeluang belajar mengenai pelaburan hartanah dari beliau dan beberapa speaker hebat lain dalam satu seminar satu hari penuh dengan yuran bermula dari RM 60?




Tuan Azizi Ali akan muncul dalam Havoc Hartanah 2.0 sesi bahasa inggeris pada 20 september, sabtu nanti.
saya pula akan muncul pada sesi bahasa melayu pada 21 september, ahad.

Ada ramai speaker lain yang sangat hebat juga.
Ada Faizul Rizuan, Ho Chin Soon, Chris Tan, Khalid Adis, Ishmael Ho, Miichael Yoh, Siva Shanker, Abang Ensem, Mekanik Wang, Adrian Wee, Tuan MKNK dan  dua orang lagi speaker misteri.



Yuran untuk satu sesi hanya rm60. kalau dua sesi rm90 sahaja.
Murah gilerrrr!

Tapi kan... untuk semua peserta seminar yang saya anjurkan sejak 2011, ada diskaun khas 50%.
nanti saya akan hantar email kepada semua bekas peserta saya, kalian daftar Havoc Hartanah ni macam biasa.
kemudian pada hari konvensyen, claim balik 50% diskaun dengan tunjukkan email yang kawan-kawan terima tu.

cool kan...
bermakna untuk semua peserta seminar anjuran Property N Co dan propertywaltz.com, yuran cuma RM 30 untuk satu hari dan rm45 untuk dua hari..

Woww wooww..

untuk mendaftar, KLIK DI SINI.

Saya nak shopping baju untuk kemunculan sesi pagi ni nanti. lalalala...
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog