• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Garden Plaza berjamaah

Khamis dan Jumaat lepas saya telah berkongsi satu projek baru dengan deposit sangat rendah
Projek berkenaan adalah Garden Plaza oleh Mah Sing.
Ia merupakan sebahagian dari township Garden Residence.

Hanya bayar RM 1,000 untuk booking, kemudian tunggu rumah siap dijangka pada awal 2015.
ada DIBS bermakna tak pelru bayar progress payment, jika buat pinjaman melalui panel bank.

Rumah berperabot penuh kecuali tv dan langsir.
Harga yang ada pada masa tu bermula dari 320K++ untuk 450 sqft sebelum tolak diskaun
Kalau yang 700 sqft, harga bermula dari 390K
Ada diskaun bumi 7% dan rebet 10%.


Kredit gambar: Puan Mazni Mohd Said

Kredit gambar: Puan Mazni Mohd Said

Kredit gambar: Puan Mazni Mohd Said

Jika anda rakan FB atau klik LIKE pada FB page saya di sebelah ni, atau langgan email saya, pasti anda menerima maklumat ini dari saya.

Alhamdulillah.. ramai juga rakan-rakan yang datang melihat show gallery
Ramai yang booking tapi ada juga yang cuci mata.
Mereka tak dapat beli disebabkan LTV 70%

Yang paling best, dapat jumpa ramai kawan baru
Kawan pembaca blog yang selama ini, mereka  cuma mendengar nama saya sahaja di email dan FB

Kepada kawan-kawan yang buat booking, masa untuk sediakan dokumen untuk mohon pinjaman.
Saya harap semuanya akan diluluskan pinjaman 90%.

amin...

Selamat berjiranlah ya, rakan-rakan...

saya dan puan mazni

saya dan en Mazran, isteri dan keluarganya

Aksi mereka yang buat tempahan










Pembangunan Garden Plaza setakat ini




Jika ada yang berminat lagi, saya pun tak pasti ada unit lagi ke tak.
Mungkin ada beberapa unit tingkat atas-atas sahaja
Boleh call / sms / whatsapp philips 0122244561 untuk pertanyaan
Share:

Bayar booking kepada owner: Langkah mudah untuk jatuh gaung

Beli rumah bukan seperti beli tepung atau gula
Ia tak semudah sekadar bayar wang dan dapat barang.
Ia melibatkan prosedur, keselamatan transaksi dan perlindungan pihak-pihak berkenaan.

Ramai orang yang tak faham mengenai prosedur beli rumah
Tapi mereka nak beli rumah
Akhirnya mereka teraba-raba, main langgar tembok dan bila terkena, terjatuh dalam gaung

Ramai juga yang sangat kedekut untuk belajar
wang dua tiga angka untuk membaca buku atau hadir ke seminar mengenai prosedur beli rumah sangatlah berkira
Tapi kalau berisiko tinggi hangus wang empat lima angka mereka tak kisah
Wow... itu bukan pelaburan hartanah namanya
tapi perjudian hartanah

Isnin lepas saya terima 2 soalan yang hampir sama dari 2 orang yang berbeza
soalan mengenai prosedur beli rumah subsale secara terus dari penjual.
Boleh ke bayar 10% terus kepada penjual?

saya kira ini perkara yang sangat penting
sebab kalau main langgar tembok macam saya cakap tadi, bahaya...

Jadi, untuk perkongsian bersama, saya hasilkan video ini
Saya harap semua kawan-kawan pembaca blog saya akan menontonnya ya
tengah-tengah malam saya rakam video ni.
hohohooo!


Share:

Seminar hartanah paling panjang di Malaya

Dia seorang yang sangat hebat.
lebih muda dari saya tapi bilangan rumah pelaburannya jauh lebih banyak dari saya

Saya suka cara beliau menilai sesebuah hartanah
terperinci dan penuh dengan data

Beliau tak lain tak bukan adalah Faizul Rizuan
dulu sangat popular di forum
kini sangat popular seantero Malaysia

23 hartanah pada usia 30 tahun...
terkini dah mencecah 25 buah hartanah.
wowwww!!

Faizul dengan kerjasama Saufi Karim akan menganjurkan seminar pelaburan hartanah paling panjang di Malaysia
7 hari tuuu.....
Program ini dinamakan Seminar 7 Hari Sarjana Hartanah WTF.



Pengisian program 7 hari ini adalah seperti berikut:


1. HARI PERTAMA: Asas Pelaburan Hartanah Yang Kukuh. Lokasi di Putrajaya pada 22 Jun 2013

Lebih kepada pengenalan dan istilah-istilah yang WAJIB anda tahu dalam Pelaburan Hartanah. Kalau tak tahu, memang anda akan terus blur dan tak akan faham Pelaburan Hartanah ni.


2. HARI KEDUA: Kuasai Mencari Maklumat & Peluang Pelaburan.
Sesi ini dilakukan secara online pada  23 Jun 2013

Ia akan memfokuskan mengenai teknik-teknik mencari di mana ada peluang Pelaburan Hartanah
terbaik di Malaysia. Turut dibongkarkan beberapa rahsia Pelaburan Hartanah yang selama ini tidak didedahkan oleh mana-mana Pelabur Hartanah sekali pun!


3. HARI KETIGA: Pembiayaan Hartanah Anda
Sesi ini dilakukan secara online pada 24 Jun 2013

Akan mendedahkan cara-cara untuk anda dapatkan modal 'orang lain' untuk beli hartanah anda. Lebih kepada penerangan tentang urusan bersama pihak bank anda kelak.

4. HARI KEEMPAT: Undang-Undang
Sesi ini dilakukan secara online pada 25 Jun 2013

Fokus kepada isu-isu perudngan yang terlibat dalam Pelaburan Hartanah ini. Penting untuk anda ikuti peraturan untuk menjamin kepentingan dan hak anda.


5. HARI KELIMA: Kuasai Ilmu Sewaan & Penyewaan Gaya Faizul Ridzuan.
Sesi ini dilakukan secara online pada  26 Jun 2013

Pelbagai tips dan panduan akan didedahkan berkaitan menjadi Tuan Rumah Jutawan.

6. HARI KEENAM: APE - Senjata Sulit Faizul Ridzuan Dalam Pelaburan Hartanah
Sesi ini dilakukan secara online pada  27 Jun 2013

Ia akan membongkar teknik khas Faizul yang dapat mengurangkan risiko pelaburan hartanah anda.


7. HARI KETUJUH: Rumusan - Analisa Hartanah Berpotensi dan Temuramah Bersama Pelabur OTAI!
Lokasi: Putrajaya, 30 Jun 2013

Ini merupakan hari terakhir dan semua ilmu yang telah dikongsikan akan dirangkumkan dan disimpulkan semula untuk kefahaman yang lebih tinggi.

Sesi ini juga akan turut akan mengundang speaker-speaker jemputan yang akan turut berkongsi pengalaman pelaburan hartanah masing-masing.
Dengarnya, speaker-speker jemputan ini akan membuatkan mulut anda terlopong WOWW!

Bukan anda sahaja, saya sendiri pun tak sabar nak berjumpa dengan speaker-speaker ini sebab mereka memang terbaik.
Ada pelabur berbangsa cina, ada melayu.. ada lelaki dan ada pelabur wanita.
semuanya terhebat di Malaya
malah mereka jauh lebih hebat dari saya sendiri

Berminat mengetahui lebih lanjut?
Anda boleh KLIK DI SINI



Share:

Ada tanah nak bina rumah. Modal?

Hari ini saya nak kongsikan soalan yang saya terima di email dari seorang rakan pembaca blog di Wangsa Maju.
Saya copy paste soalannya di bawah ini ya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya ada beberapa soalan based on situation below:-

"Sedara saya ada sebidang tanah yang sudah lama dimiliki. Dia nak bina sebuah rumah di atas tanah tersebut. Kalau guna personal loan, interest dia mesti lagi tinggi dari housing loan.
cumanya, ada ke housing loan bank nak terima utk case macam ni sedara ni."

1. ada ke bank nak finance untuk case di atas? tanah dah ada tp nak buat rumah shj

2. boleh ke dpt full financing ke kalau rumah pertama?

3. kerajaan ada sediakan skim rumah pertamaku. adekah skim tu cover casa spt diatas? setahu saya cuma utk sub-sale atau dr developer shj yg disediakan.

4. mahal tak interest dia? kalau buat Personal Loan, confirm lg mahal.

5. satu lg, adekan contractor yg nak buat rumah tu pon mesti registered? kalau nak amik indon biase, which is more cheaper, adakah bank particular about this? do we need to submit any drawings whtsover? kalau buat rumah kt kampung takkan nak ada details mcm buat kt bandar?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jawapan saya:

1. ada. tapi tak semua bank yang boleh tawarkan pinjaman. 

2. ya, skim rumah pertama yang kerajaan sediakan tu utk beli rumah baru atau subsale. 
bukan untuk bina rumah atas tanah sedia ada sebegini. 
untuk skim bina rumah atas tanah sendiri sebegini ada disediakan oleh SPNB.
namanya skim mesra rakyat. 
boleh baca artikel saya berkaitan di sini http://www.propertywaltz.com/2012/02/semesra-mana-rumah-mesra-rakyat.html

boleh juga artikel ini di surat khabar 
jadi, elok hubungi spnb untuk maklumat lanjut

3. setahu saya, kadar faedah personal loan dalam 4% kalau pemohon bekerja kerajaan atau GLC tertentu. 
tapi kalau kerja swasta mmg mahal. boleh pergi 8 - 12% setahun. saya tak rekemen kalau semahal ini.

4. kalau nak bina rumah di kawasan perbandaran, mmg kena dapatkan approval majlis bandaran. 
Memang perlu sediakan pelan bangunan. 
kalau nak apply loan bank pun bank akan minta pelan juga. 
tapi pasal kontraktor tu saya rasa asalkan sykt berdaftar tak ada masalah.
tapi utk rumah mesra rakyat SPNB, mereka ada kontraktor sendiri. 
pinjaman pun terus dengan mereka.


Harap jawapan ini membantu.
Kawan-kawan ada jawapan lain untuk tambah?
Share:

Graduasi diploma lanjutan syariah dan amalan

Alhamdulillah..

Ahad lepas saya telah berkonvokesyen sebagai graduan Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan










Graduasi ini mengharmoni ilmu undang-undang sivil yang saya pelajari sebelum ini.

hm..

saya tidak dapat menipu diri untuk hanya memikirkan dan menulis mengenai wang, pelaburan, untung rugi dan kekayaan sahaja

Saya perlu juga berkongsi dan menulis mengenai isu perundangan, sosial, politik, sistem kehakiman dan undang-undang syariah.

Alhamdulillah.. apa yang saya pelajari ini membantu memberi saya kefahaman yang lebih jelas berbanding sebelum saya belajar undang-undang
Dengan ini, dapat saya buat analisa yang lebih ilmiah.. bukan pandangan semborono

Jika ia tidak sama dengan minat dan pandangan anda, abaikan sahaja... jika tidak mahu berfikir mengenainya juga.

Hormati perbezaan.

rakan pro BN diapit oleh rakan pro pakatan. kata kawan kami, muslimat pas- wanita umno - PKR bila merujuk kepada warna tudung.
cool...


Share:

R.I.P


Share:

Gaya orang Eropah: Lebuhraya Mesra Rakyat

Malam ini ramai yang memulakan perjalanan pulang ke kampung untuk mengundi
Pesanan saya, berhati-hati dalam perjalanan.

Jalan raya dengarnya sangat jem.
Di pondok tol lagilah akan jem sebab kereta terpaksa berhenti membayar tol
kalau pakai Smart Tag pun kena perlahankan kenderaan juga
Jadi jem tetap berlaku walaupun melalui lebuhraya besar mana pun.

Teringat pula di Eropah
Dari jerman kami ke Brussels dan Holland dengan kereta sewa
kemudian pulang semula ke Jerman.
Selang sehari kami ke France dan Switzerland pula.

Begitu jauh perjalanan, tiada satu pondok tol pun kami temui.

Di switzerland pula, negaranya bergunung-ganang dan berbukit.
jadi kami melalui banyak terowong sepanjang menggunakan lebuhrayanya.
kerana mereka tidak memotong bukit.
Bukit adalah penting untuk kita.
Al-Quran kata, bukit dan gunung adalah pasak bumi.
lalu mereka buat terowong sahaja.

kredit foto: http://sofiaecho.com

Lebuhraya mereka pula sangat selesa.
Tiada langsung kami terasa jalan berombak atau berlubang.
memang  jalan sangat rata.

Dari segi had kelajuan, lebuh raya di sana ada pelbagai had kelajuan.
Ada setengah kawasan tertentu, hadnya 80km/j
kebanyakannya 120km/j
tapi ada sesetengah kawasan tertentu juga yang tiada had.
Suka hatilah nak bawa laju mana.
Di kawasan inilah siapa yang pakai Lamborghini tu memecut hingga 200km/j
tapi bila masuk kawasan 120km/j, mereka akan perlahankan kereta semula.

Di sana speedtrap pun ada di lokasi-lokasi tertentu.

Tong kitar semula sebegini banyak ditemui di RnR lebuhraya di sana


lebuhraya di sana pun ada RnR juga.
tandasnya pakai mesin automatik untuk terima bayaran.



nak masuk tandas kena bayar pada mesin ini. Tak perlu pekerja

1 orang dewasa kena bayar70sen.

kemudian pula, setiap bayaran ke tandas, pengguna akan menerima voucher kopi bernilai 50 sen
jadi, bolehlah gunakannya untuk air kopi yang dijual di cafe.
biasanya kalau guna voucher ni untuk beli kopi melalui vebding machine, satu voucher untuk satu kopi

tapi hari tu, sebab kami beli kopi di kaunter melalui cashier, satu kopi boleh guna banyak voucher.

voucher beli kopi yang dikeluarkan oleh mesin

jadi haritu kami ada 4 orang . dah boleh tuntut 2 euro

harga satu kopi 2.70 euro
jadi hanya tambah lagi 70sen sahaja

kopi yang kami beli dengan 4 voucher

Lihatlah betapa bersihnya tandas di RnR di sana
hinggakan siap cucikan pelapik duduk secara automatik.





Di Eropah juga, kalau ada kemalangan, salah kalau kita berhenti dan ambil gambar
Ini untuk mengelak  kesesakan jalan raya pula


Tapi kita di Malaysia
Bayar tol pun jalan masih sesak
Bayar tol pun, jalan masih berombak-ombak.
Harga tol pula mahal.

Laluan motorsikal pula berbahaya.

Bila ada kemalangan, ramai pakat berhenti.
Yang menolongnya tak berapa ramai
Ramai yang sekadar nak melihat-lihat sahaja

Kebersihan tandas pun di tahap yang memalukan
Baik syarikat atau badan yang menyenggara tandas, mahupun pengguna tandas sendiri

Apa pun, semoga selamat perjalanan kita semua
Selamat mengundi juga.

Mari laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia
Dan ini juga penting sebagai orang yang bertanggungjawab pada masa depan negara dan keluarga
1 undi kita amat penting.


Share:

Boleh ke batalkan pembelian unit developer?

Saya menerima satu soalan melalui email.
Saya kira ramai orang pasti pernah tertanya soalan yang sama.

Saya copy paste soalannya di bawah ini ya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

salam.

kak, saya mohon pendapat
saya nak tanya tentang proses jual beli rumah..

letsay, dah ada booking 1 rumah dengan developer, ada letak booking fees rm1k, rumah pertama, loan 90% + 5%.
surat offer letter dari banker dah dapat, offer letter dar developer pun dah dapat, and sekarang ni both parties proceed stamping dgn legal, siapkan SNP untuk sign..

isu nye sekarang ni jika saya nak cancel kan pembelian rumah ini, possible tak? berbaloi ke sebab unit yg saya pilih ini hanya studio unit. mugkin harga nya akan menngkat, mungkin akan menurun dari tahun demi tahun.

harap dapat advise untuk soalan saya ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk menjwab soalan di atas, saya telah membuat satu projek berani mati
atau lebih tepatnya, projek berani kena kutuk.

Saya memutuskan untuk menjawabnya dalam bentuk video
Tapi tiba-tiba pula malam tadi lampu study saya rosak. 
Jadi saya tak dapat tambah pencahayaan dari depan.
Lagipun saya guna webcam sahaja.
Saya tak ada handycam atau digital camera.

Saya harap Tuan Fahmie dan rakan-rakan berpuas hati dengan jawapan saya walaupun kualiti video tak ada HD atau 3D

saya pasti, video saya ni tak adalah menyebabkan Najwa Latiff tak boleh cari makan di youtube punya..
:)


Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog