• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

kisah aiskerim dan kitkat

Bulan Januari 2014 saya katakan adalah bulan perpisahan.

Antaranya pada bulan ini sahaja, 3 orang penyewa menamatkan penyewaan di rumah sewa saya.
Dan saya berjaya pula menghalau penyewa yang saya ceritakan DI SINI terdahulu.

2 penyewa yang keluar ini untuk rumah di cyberjaya.
Mereka memang penyewa yang baik.
Kedua-duanya pelajar di Limkokwing Universiti.
Kedua-duanya berasal dari Iran.

Salah seorang dari 2 orang ini, seorang pelajar lelaki.
Kontrak penyewaan setahun dah tamat.
Beliau mahu menyewa master bedroom di cyber heights pula di rumah kawannya.

Beliau terlalu sibuk katanya.
Hinggakan memerlukan lebih masa untuk mengemas barang dan keluar dari rumah tersebut.
Tapi memandangkan cyberjaya memang tengah musim sejuk sekarang ni, saya benarkan dan berlebih-kurang sahaja.



Itu pun, dia tak sempat bersihkan sampah-sampah dalam rumah.
Dasyat juga.
Tapi hanya sampah.
Rumah dan perabot tak rosak.
Saya tolak sedikit amaun dari depositnya untuk upah cleaner buang sampah dan bersihkan rumah.



Ada satu perkara yang saya rasakan sweet berlaku.
beliau rasa saya tuan rumah yang baik
dan beliau rasa bersalah tinggalkan rumah dengan penuh sampah
Jadi, beliau telah belikan saya ais kerim cornetto dan coklat kitkat. 


dia dah beli dan letak dalam peti ais dan beri pada saya.
Dan siap bukakan pembalut ais kerim lagi tu...
Dan coklat kitkat memang kegemaran saya.

Ini pertama kali penyewa belanja aiskerim dan coklat pada hari keluar dan serah kunci.
^________^


Didoakan yang terbaik dalam pengajiannya di sini.
Dan semoga saya akan bertemu penyewa yang baik dan sweet seperti ini lagi.


Share:

Jana 30k setahun melalui rumah lelong?

Tahun 2014 nampaknya semakin mencabar kan untuk pelabur hartanah.
Bila tengok harga hartanah baru, wow wowww.. Pasti tak lulus pinjaman ni.
Mana taknya...
Harga rumah kondominium 3 bilik 2 bilik air pun dah mencecah RM 500k ke atas.
Kalau yang berharga kurang RM 300k, hanyalah unit studio seluas 450 sqft sahaja..
Haihh...
Macamana nak duduk dengan anak-anak?

Ahaa... Jangan terasa masa depan gelap.
Masih ada caranya untuk anda membeli rumah 3 bilik 2 bilik air dengan harga di bawah RM 200k.
Peluang masih ada melalui pembelian hartanah lelong dan subsale.
Malah, tahukah anda ada ramai orang yang berjaya menjana keuntungan sekurang-kurangnya RM 20k- 30k dalam masa setahun.

*******************************************
Seminar Taiko Rumah Lelong sesi Feb 204

*******************************************
Propertywaltz.com akan membawakan dua orang taiko rumah lelong.



Siti Farazila, pakar rumah lelong wanita yang fokus kepada strategi keep.
Beli rumah lelong untuk jana wang sewa power-power setiap bulan.



Sifu Shafie Bustan, pakar rumah lelong yang telah berjaya menjana untung besar melalui strategi flip.
Beli dan jual semula.

Saya pula akan bertindak sebagai emcee dan penyelaras program.

Seminar ini akan diadakan pada

Tarikh: 16 Februari 2014, Ahad
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: International Youth Center, Bandar Tun Razak, KL.

Yuran
          RM 228 seorang untuk salah satu seminar
          RM  428 seorang untuk kedua-dua dua seminar

ISTIMEWA untuk ahli Kelab Alien Hartawan SAHAJA.
Yuran: RM 178 seorang untuk satu tiket

***********************
Cara mendaftar

**********************

2 langkah untuk mendaftar:

1) mohon tuan / puan membuat pembayaran ke
- akaun CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services; atau
- akaun maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor

Masukkan alamat email propertywaltz@gmail.com untuk notifikasi sistem perbankan online.

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di
http://bit.ly/borang-taikolelong0214

Sebarang pertanyaan boleh sms atau call +60 18-968 7803
Maaf, tempat adalah terhad kepada maksima 30 orang sahaja.

Jumpa di sana ya!

Antara gambar seminar Taiko Rumah Lelong sesi Oktober 2013.





Share:

penyewaan tamat bila penjual jual rumah

Semalam saya mengecat rumah.

Sebenarnya saya beli rumah ni melalui subsale.
Dapat harga jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Saya dapat 2 unit, satu pada harga RM 135K, satu lagi pada harga RM 137K.
Harga pasaran pada masa tu adalah RM 170K.

saya pun apa lagi... markup snp lah untuk dapatkan wang tunai.
Ahaa.. inilah namanya beli rumah, dapat wang.

Hujung bulan Oktober, salah satu rumah ni dah pun selesai prosedurnya.
Bank saya dah bayar habis kepada vendor (penjual).

Sebenarnya beberapa bulan sebelumnya lagi saya dah maklumkan kepada agen yang menjual dan peguam bahawa saya mahu rumah itu kosong.
Saya tidak mahu menyambung sewaan yang masih ada.
Kononnya agen dan peguam ambil maklum.

Saya tidak diberi no telefon vendor, jadi sukar untuk saya menghubungi vendor secara terus.

Sebaik loan saya disburse duit, saya bertanyakan peguam.
Penyewa dah keluar ke?
Peguam kata, penyewa ada lagi.
Beliau hanya pindahkan 2 bulan deposit dan setengah bulan deposit kepada saya.
Dia sebaliknya menyuruh saya bincang dengan penyewa kalau-kalau penyewa mahu kadar sewa baru dari saya.
Saya tegaskan, saya memang mahu rumah itu kosong dan saya mahu sewakan semula.

Haihh.. saya memang tak puas hati.
Esoknya saya melawat rumah tu.



Rupanya yang duduk di sana adalah beberapa pekerja lelaki yang saya syak berasal dari Myanmar.
Pekerja tu terpinga-pinga bila saya beritahu saya pemilik baru rumah tu dan  mahu mereka keluar.
Mereka terus menghubungi boss mereka yang bernama en H.

en H rupanya menyewa rumah itu dari satu syarikat beberapa bulan lepas.
dia tak tahu pun yang rumah tu telah dijual dan dalam proses pindahmilik.
Katanya orang myanmar tu pekerjanya.

Hm... nampaknya ini kes sublet ni.. kes sewa atas sewa.
En H kata, dia akan semak dulu hal ini dengan syarikat tersebut.

Esoknya seorang staff dari syarikat tersebut menghubungi saya.
Dia terkejut rumah tu telah dijual sebab katanya, vendor tak beritahu dia apa-apa.
Sewa bulan Nov memang belum dibayar sebab biasanya mereka akan bayar pada 14 hb setiap bulan.
Dia minta saya masa untuk hubungi vendor.

Seminggu kemudian, syarikat tersebut memaklumkan kepada saya yang owner dia berhubung tidak angkat telefon.
Saya minta mereka jelaskan sewa bulan itu sebab saya owner sekarang.
Dia minta tempoh lagi.
Dan mereka tak mahu berpindah keluar. mereka minta tempoh untuk tinggal sementara mereka pastikan isu jualan rumah.

Seminggu kemudian, dia beritahu mereka tak dapat lagi menghubungi owner lama.
Namun mereka berjanji akan mmbayar sewa bulan November dan Disember sekaligus lagi 3 hari sebaik dia masuk dari bercuti.
Bila saya minta dia keluar sahaja dari rumah tu, dia tetap tak mahu.

Lagi 3 hari saya call dia semula.
Syarikat tu maklumkan mereka tak mahu bayar sewa kepada saya.
Sebab setahu mereka, mereka deal dengan owner lama.
Jadi mereka hanya mahu bayar sewa pada owner lama yang sekarang ni dah tak dapat dihubungi.
PAda masa yang sama, mereka tak mahu berpindah.
Katanya, susah nak dapatkan rumah lain di kawasan tu.

Haihh...
saya dari cakap lembut dah berubah tune jadi naga.

Saya terangkan pada dia, yang sewaan tidak berpindah kepada pemilik baru bila rumah dijual.
perjanjian sewa dia dan pemilik lama dah terbatal dan tak wujud lagi sebab pemilik laa dah bukan pemilik.
Kalau dia nak duduk juga, dia kena sewa dari saya.
Dia pula pusing cerita, kalau penyewaan dah tak ada, kenapa saya minta dia bayar sewa kepada dia?

Haihh... memang dari naga gangsa, saya bertukar menjadi naga emas.
SAya tegas katakan, by 31 Disember kalau mereka tak keluar, saya akan buat cara kasar.

Saya juga call en H minta dia keluar cepat sebab syarikat yang dia bayar sewa tu tak nak bayar sewa pada saya.
En H buat suara innocence.. katanya dia bayar sewa pada syarikat tu.
Kalau nak dia pindah, boleh.. tapi syarikat tu kena sediakan rumah ganti buat saya dulu.



haihhh...
inilah risiko kalau tuan / puan beli rumah yang disubletkan.
sebab yang duduk di dalam rumah bukan orang yang menandatangani sewaan hartanah tersebut.
Dah banyak sangat pas-pas.. macam karenah birokrasi.

akhirnya rumah itu dikosongkan juga pada 11 Januari 2014, iaitu setelah sebulan 11 hari dari tarikh saya sepatutnya mendapat vacant posession.
itu pun penyewa gagal memberi saya kunci
menyebabkan saya terpaksa pecah sendiri kunci padlock rumah tersebut.
padlock pula berkualiti baik.. haih.. jenuh juga pakcik security yang menolong saya membuka rumah tu.



moral yang nak saya sampaikan di sini:

- bila rumah disewakan dan dijual, penyewaan TIDAK berpindah ke pemilik baru. Kecuali pembeli mahu teruskan penyewaan lama.

- berbeza dengan pajakan iaitu bagi tempoh lebih dari 3 tahun.  yang itu, pajakan berpindah ke pemilik baru dan pemilik baru tak ada hak untuk pemajak keluar dari hartanah tersebut melainkan persetujuan pemajak.

- peranan paguam sangat penting dalam memastikan pembeli dapat VP. dalam kes ini, ini kali pertama saya menggunakan perkhidmatan peguam ini. Dia sangat slow.

- nak buat bisnes sublet boleh.. tapi pastikan rumah itu bukan sedang dalam proses jual beli.
Share:

corner lot di melaka bawah harga pasaran

Rumah teres corner lot di Melaka dengan harga di bawah RM 200K, woww.. woww...

Sepupu kawan saya nak jual rumahnya di Melaka.
Di Taman Desa Molek, Air Molek, Melaka.

Rumah teres setingkat corner lot ni tanahnya besar. 2400 kaki persegi.
Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Rumah dah pun diubahsuai dan dibesarkan berbanding rumah asal.





Beranda rumah luas.
Kat garaj tu senang-senang boleh parking 2 kereta.
Manakala di tepi dan depan rumah pula, boleh parking lagi 4 - 5 buah kereta.
Maknanya kalau nak buat kenduri kendara atau kalau keluarga yang besar, memang tak ada isu nak parking kereta.


pemandangan belakang rumah. 


Rumah ni freehold.
Malay customary land, jadi hanya boleh dibeli oleh orang melayu je.
Jadi, kawasan ni memang kawasan orang melayu lah.

Dekat sangat dengan sekolah. Dalam 100 meter ke Sekolah Kebangsaaan Ayer Molek.
Kat depan simpang masuk rumah ni ada deretan kedai dan petronas.
Kat petronas tu juga ada pasar malam setiap hari Khamis.





Nak ke Ayer Keroh lebih kurang 13 km sahaja.
Kalau nak ke Bandar Hilir pun lebih kurang 11km sahaja.

Saya dapati bertentangan dengan rumah ini, ada satu homestay dibuka.

Harga pasaran RM200k
Owner nak jual RM 190K, tapi masih boleh nego lagi kalau betul-betul serius.

Saya berpandangan, rumah ni sangat sesuai untuk kediaman sendiri memandangkan ia dekat dengan sekolah, kedai dan pusat bandar.
Dengan harga yang murah tetapi kawasan yang luas, memang selesa lah untuk seisi keluarga menginap di situ.

Jika berminat, boleh hubungi owner terus En Zahid 0127705121.
Share:

Gelombang Salamiah Hassan

Off topic dari pelaburan hartanah dan kewangan sebentar.

Malam tadi saya mendapat peluang menghadiri preview konsert Gelombang Salamiah Hassan di Istana Budaya.
Menikmati vokal yang hebat dari beliau, persembahan yang berjiwa, susunan muzik yang terbaik dari Aubrey Suwito.. Memang satu konsert yang hebat.


Saya menunggu-nunggu lagu Menghitung Hari. Sangat gembira dapat melihatnya menyanyi live di depan mata.

Ada segmen beliau mengimbau kenangan dengan ibu dan bapanya.
Katanya, Dato SM Salim memberitahunya yang suara arwah ibunya sangat sedap menyanyikan lagu Patah Hati.
Beliau juga menjemput abangnya yang juga seorang komposer lagu ke atas pentas untuk membuat persembahan bersama.

Salamiah Hassan dan gambar arwah ibunya


Lagu penutup, Gelombang pula adalah lagunya yang paling popular dan paling beremosi.
Dinyanyikan dengan sangat baik olehnya.
Membuatkan penutup konsert di mood sedih tapi terasa zaman kegemilangannya.



Jika ada peminat Salamiah Hassan atau lagu-lagunya, atau sedang stress mahu tenangkan hati dengan muzik dan persembahan yang bagus, boleh hadir ke konsert ini di IB pada malam 10 -12 januari iaitu jumaat - ahad ini.
Tiket masih dijual di www.ticket2u.biz

Petikan lirik lagu gelombang yang sangat menyentuh hati.

*************

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi.

Oh tuhanku
Kepadamu ku mohon ampun
Doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumimu ini

Share:

saya si halimunan

Kadang kala bila melihat pencapaian orang lain dalam pelaburan hartanah, saya rasa diri saya agak perlahan.
Kadang kala bila melihat pencapaian blogger pelaburan hartanah lain, saya rasa diri jauh tak setanding.

Tanpa blog ini, pasti memang tiada orang yang nampak saya.
Rohaniah Noor akan terus halimunan
atau kekal di ingatan orang lain sebagai seorang yang kurang digemari.

Mengenali saya secara peribadi bukanlah sesuatu yang hebat.
Jauh bezanya dengan orang yang dapat bertemu atau mengenali arwah Yasmin Ahmad.
Jauh ibarat langit dan bumi.
Itulah sebabnya saya lebih suka anda LIKE FB public saya yang ada di sebelah kanan blog ini sahaja berbanding add friend di FB peribadi saya.

Saya punya banyak kelemahan
Saya punya banyak alasan jika mahu justifikasikan kelemahan saya.

Kadang kala saya berfikir-fikir.
Mungkinkah perkongsian saya di blog ini dapat mengimbangi kelemahan saya?

Apa pun kelemahan kita, saya kira kita perlu fokus pada kelebihan kita
dan lakukan apa yang terbaik yang dapat kita lakukan.



Saya mahu berkongsi beberapa prinsip dari buku Simple Principles to Enjoy Life and be Happy.

Prinsip-prinsip yang sangat refleks pada diri saya
Dan mungkin pada anda juga.





Share:

Jatuh bangun Serena Guest House 2013

Baru semalam saya menulis DI SINI mengenai homestay Serena Guest House saya yang disewa sebulan terus.

Rupanya petang semalam saya menerima khabar dari kakak cleaner yang jaga homestay tu.
Penyewa sebelum ini mahu menyewakan lagi sekali untuk kawannya yang akan tiba ke Malaysia esok.
Beliau mahu sewa sebulan juga.
Alhamdulillah....

Kalau boleh saya kongsikan sedikit pengalaman saya menjalankan homestay ini sejak beberapa bulan ini.

Saya dapat sewa rumah ini mulai Jun 2013. Rumah kosong.
Saya partner dengan kawan lama saya yag juga peserta Seminar Wang dan Hartanah yang saya anjurkan.




Kami pasang kabinet dapur, beli perabot, cat semula, pasang langsir, siapkan rumah...
bulan Julai 2013 homestay mula diiklankan untuk disewa.
Saya letak iklan di Mudah, promosikan di blog dan melalui agen marketing iaitu blog http://www.anastasyea.com/
dan blog adik saya di http://catatandarideutschland.blogspot.com
serta mendaftar di inapdesa.com

Pendapatan bulan julai lepas-lepas sahaja untuk bayar sewa dan bil utiliti.

pendapatan bulan Ogos 2013 bagus pula. ada positive cashflow dalam RM500
untuk bulan September, baki tunai turun ke RM300.

Bulan Oktober 2013, dapatlah baki tunai dalam RM 300 juga.
Pada masa ini, saya sudah mendaftar homestay ini di agoda.com
Tapi nampaknya sales sama juga.
Dari agoda, langsung tiada tempahan.

Saya mula termenung..
Pengalaman pertama memulakan homestay bukan di kawasan pelancongan.. begini dugaannya.
Saya mula rasa, menyewakan seperti biasa lebih mudah dan menguntungkan.
Homestay lebih remeh.. pendapatan tak tetap.
Tapi memandangkan saya berangan mahu buka hostel backpacking satu hari nanti, saya teruskan lagi.
Ini semua pengalaman.


Bulan November, masih ada tetamu. kebanyakannya dari Mudah.
Pada bulan ini juga, saya dan kawan dah dapatkan seorang yang dipercayai untuk menjaga homestay ini.
beliau seorang cleaner di situ.

Sebelum ini, memandangkan sales tak berapa bagus, saya dan kawan bergiliir-gilir cuci dan kemas rumah sendiri.
Nak jimat kos operasi katakan.
Kami jadi letih dan kalut sebab masing-masing ada kerjaya lain.
Tu yang kami cuba mencari siapa yang jujur yang boleh menjaga homestay ini.
mencucinya, menjaga kunci dan mengambil baki wang sewaan bagi pihak kami bila tetamu check in.

Cabaran bertambah... aircond second hand yang saya beli di ruang tamu rosak.
Compressornya rosak. Kalau baiki pun katanya lebih RM300.
Kami terpaksa beli aircond baru.

Kali ni beli yang 1.5 hp suapaya memberi lebih keselesaan.
Sudahnya, untuk bulan November 2013, aliran wang negatif.
Wang simpanan Kaseh Trading terpaksa digunakan untuk membayar sewa homestay ini.



Bulan Disember, tiba-tiba cleaner beritahu seorang lelaki Libya yang menginap di apartment yang sama mencari rumah untuk disewa untuk sebulan sahaja.
kakak cleaner ni seminggu sekali membersihkan rumahnya.
Beliau mahu mencarikan tempat tinggal untuk kawannya yang mahu belajar bahasa di UKM.

Alhamdulillah.. bagai orang mengantuk disorong bantal, saya setuju menyewakan homestay saya.
Untuk sebulan ini, lebih relaks dan dijamin aliran wang positif yang agak banyak juga.
jadi untuk bulan Disember, baki wang tunai naik ke RM 700++.

Saya kira itu penutup 2013 yang bagus bagi Serena Guest House.

Dan bila bulan ni pun ada tetamu menyewa semalam dan dapat lagi sewa sebulan dari orang yang sama, saya sangat sangat bersyukur.
Insya Allah, untuk sales bulan ini, akan dapat baki tunai positif lagi...



Inilah cabaran orang yang pertama kali menjalankan homestay.
Saya juga akan perbaiki lagi dari segi marketing homestay ini.
Marketing dan networking sangat penting di sini.

Jika ada yang berminat menginap di homestay di Bandar Baru Bangi, dekat dengan komuter UKM, boleh call atau whatsapp 0192648628
jangan sms sebab sms ni problem sikit.
Homestay available untuk tempahan bulan Februari dari 7 hb ke atas.

Share:

Homestay disewa sebulan

Homestay Serena Guest House baru sahaja tamat penyewa selama sebulan terus pada hari Khamis baru-baru ni.
Penyewa ni student dari Libya
Mahu datang ke Malaysia untuk buat kursus pendek Bahasa Melayu

Selepas tu, tak tahu lagi mereka akan sambung belajar di mana.

Jadi, kawan mereka yang memang pelajar Sarjana di UKM bantu carikan penginapan untuk sebulan.



Alhamdulillah..  walaupun kalau banding sewa sebulan dengan sewa ikut malam, jauh sewa sebulan lebih murah
tapi rasa rileks sikit lah untuk tempoh sebulan tu.

Penyewa pun baik.
Cleaner yang jaga rumah tu seminggu sekali diupah pula oleh penyewa untuk cuci rumah.

Alhamdulillah.. khamis penyewa sebulan ni keluar, Sabtu ada tetamu lain masuk.
Seorang ibu yang carikan penginapan untuk anaknya dan kawan-kawan anaknya yang ada perlawanan ragbi di GMI.
Homestay saya ni memang dekat sangat dengan GMI juga.





Bertuah anak ini dapat ibu sebegini.
Tolong carikan homestay, bayarkan sewa, siap extendkan lagi sampai ke malam supaya anaknya selesa dan tak berkejar untuk rushing.

 Buat ibu dan bapa di luar sana, kenalpasti minat anak.
Dan berilah sokongan kepadanya.

Saya dulu memang tak nafikan mak ayah saya sokong minat saya dalam pertandingan syarahan.
Tapi masa tu saya juga minat menulis.
Yang ni tiada siapa beri galakan untuk saya terus menulis.
Mungkin sebagai orang kampung, menulis bukan satu kerjaya.
Menulis tak boleh cari makan.

Walaupun dah sangat tertarik melihat iklan intake ASWARA, tapi saya pun tak berani ambil tindakan apa-apa.

Ok,berbalik pada homestay ini,
Serena Guest House ni dekat sangat dengan UKM dan GMI.
boleh jalan kaki ke komuter UKM sahaja.
Kalau yang ada urusan di KL tapi tak ada kereta pun boleh menginap di sini.
Sebab senang ulang alik dengan komuter.

Homestay ini ada 3 aircond.
Penuh perabot dan siap dengan kelengkapan memasak.
Kalau berminat menyewa boleh call atau whatsapp 0192648628
jangan sms sebab sms ni problem sikit.



Share:

Tenants from Hell.. Hell.. Hell..

Siapakah penyewa?
Adakah semua yang indah-indah sahaja akan berlaku kepada tuan rumah?
bagaimana jika anda bertemu dengan penyewa dari neraka?
Bagaimana mahu menghalau mereka jika mereka tidak mahu keluar dari rumah anda?

Aha... saya mendapat ilham untuk istilah penyewa dari neraka ini semasa menulis artikel INI.
penyewa dari neraka boleh muncul di depan sesiapa sahaja.
mereka boleh muncul dalam pelbagai wajah.
mungkin secantik Julia Roberts, sekacak Tom Cruise atau stereotype seperti Awang Hitam.



Alhamdulillah.. artikel yang saya tulis dalam Bahasa Inggeris mengenai penyewa dari neraka telah pun diterbitkan di dalam Majalah Property Insights yang terbaru.
Terima kasih banyak-banyak kepada Editor dan pihak Property Insights keseluruhannya kerana memberi peluang kepada artikel saya ini.



Yang paling best adalah, dalam isu ini, sudah ada gambar profile saya yang comel ini..
heee.....
Berbaloi buat photo shoot dengan kak Tilo Tama tempoh hari..

Kepada kawan-kawan, dapatkan majalah ini dari kedai majalah anda.
Ada banyak artikel yang hebat-hebat di dalamnya.
Nak lagi mudah, langgan terus supaya ia dihantar terus kepada anda setiap bulan.

Saya boleh katakan, majalah ini adalah majalah wajib untuk anda baca jika anda serius mahu menjadi pelabur hartanah yang berjaya.

Jom baca artikel Tenants from Hell... Hell.. Hell... Hellllll.. (bunyi gema...)
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog