• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

samak peti ais

Tinggal di dalam negara yang berbilang bangsa memerlukan kita saling memahami adat, budaya dan pegangan agama masing-masing
Ada perkara yang menjadi pantang larang sesuatu bangsa, jangan kita sengaja langgar
Ada perkara yang menjadi larangan sesuatu agama, kita hormati.

Sengaja memberi angpow dalam sampul putih semasa perayaan Tahun Baru Cina, misalnya, adalah satu tindakan tidak ambil tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu yang sangat tidak menghormati adat orang cina.
Sengaja menghidangkan lauk daging lembu kepada orang India juga mencabar kesabaran mereka.
Begitu juga menerbitkan menu daging khinzir sebagai resepi di bulan puasa merupakan tindakan yang sangat tidak sensitif dan menghina.

Sebagai tuan rumah, kita ada kalanya sukar untuk menghadkan rumah yang kita sewa kepada sesuatu kaum atau agama sahaja
apatah lagi jika target penyewa kita merupakan expatriate atau pelajar antarabangsa

Apabila sudah menyewa, kita tidak dapat menghalang penyewa dari membawa masuk makanan, minuman atau melakukan sesuatu yang melanggar adat atau ajaran agama kita sebagai tuan rumah atau agama penyewa seterusnya.

Saya baru pulang ke rumah
Tadi saya ke rumah sewa, menyamak peti ais di rumah sewa saya
Penyewa terdahulu beragama kristian dan memang mengaku ada membawa masuk pork dan makan di dalam rumah
saya sendiri pernah kebetulan datang pada waktu mereka sedang makan apabila saya datang untuk kerja-kerja pembaikan
Itu terpulang kepada mereka.. saya tidak membantah

Tapi bila penyewa berikutnya adalah muslim, maka perlulah saya samak terlebih dahulu peti ais itu sebelum digunakan oleh penyewa muslim ini

Saya tahu ramai bukan islam di luar sana keliru
kenapa orang islam boleh selamba ke makan dan minum di tempat yang menghidangkan arak
tapi tidak boleh makan di kedai yang menghidangkan pork

Ini kerana, muslim hanya tidak boleh minum arak
arak atau alkohol diharamkan kerana ia boleh memabukkan

tetapi bagi anjing dan khinzir berbeza
bukan sahaja haram dimakan, kalau tersentuh mereka dalam keadaan salah satu dia atau kita basah, muslim perlu membersihkan kawasan yang terkena anjing atau khinzir itu dengan satu cara cucian istimewa
cucian inilah yang dinamakan 'samak'
menggunakan air tanah dan air biasa
satu jirusan air tanah, 6 jirusan air biasa

bukan sahaja tangan yang terkena anjing atau khinzir tapi juga pinggan yang kita nampak jelas menghidangkan daging pork tersebut, kuali yang jelas kita nampak memasak pork, langsir yang kita nampak terkena kencing anjing dan juga peti ais yang jelas kita tahu menyimpan daginf pork

hanya selepas samak, barulah tangan, pinggan, peti ais, langsir ini semua dikira bersih dan boleh digunakan semula oleh orang islam.

maka malam ini, peti ais dan dapur gas di rumah tu telah selamat disamak
legalah penyewa baru ni










Share:

apa cerita kak as?

tiba-tiba saya teringat saya dah lama tak sambung kisah kak as
pernah saya kongsikan dulu dalam satu siri khas
boleh baca di sini

Selepas apartment Damai, kami tengok banyak lagi apartment.
antaranya pangsapuri desa mentari,  dua unit Pangsapuri Rimba2, unit lain pangsapuri ilham, flat di seksyen 8 dan pangsapuri jaya..

Akhirnya kak As memilih untuk membeli dua unit sekaligus .

Pertama, flat di seksyen 8, shah alam.
ia dijual dengan harga rm70K, dan harga pasaran mencecah rm80K
jadi 12.5% di bawah harga pasaran.
600 sqft sahaja.
2 bilik, 1 bilik air.
tapi rumah ni bukan bawah projek kos rendah yang ada syarat-syarat tu.
jadi tak ada masalah nak membelinya.
sekarang disewa pada harga rm500 oleh sebuah syarikat untuk beberapa orang pekerja bujang mereka.
rental yield sebanyak 8.5%
keadaan rumah pun cantik.
cuma rumah ni leasehold. bawah PKNS.





kedua, kak as beli pangsapuri rimba2 di seksyen 16 shah alam.
harga dijual rm112k, harga pasaran rm125k
jadi, 10.4% lebih rendah dari harga pasaran.
apartment lebih kurang 750 sqft, 3 bilik 1 bilik mandi dan 1 tandas.
sekarang disewa pada kadar rm650, masih harga lama.
harga sewa semasa boleh mencecah sehingga rm800 kalau kosong.
maka rental yield boleh mencecah 8.5% juga
keadaan rumah lagi lah cantik sebab rumah ni masih baru.
rumah ni asalnya tak ada tile tapi dah dipasang tiles dan dipasang plaster syiling.
rumah ni freehold.






sebenarnya kalau ikut kelayakan pinjaman, kak as layak buat satu pinjaman sahaja dalam amaun lebih kurang rm100k
tapi nampaknya teknik memohon dua pinjaman serentak telah berjaya
dua-dua pinjaman lulus dan kak as mendapat pinjaman sebanyak 90%
kak as mark up s&p, jadi semuanya adalah 100% pinjaman malah dapat la lebihan beberapa ribu lagi.

jadi skang ni semua dokumen dengan peguam dah pun ditandatangani
tinggal prosedur sahaja untuk selesai pembayaran bank dan penyerahan kunci.

Selamat menjadi tuan rumah, kak As!
jangan lupa maklumkan kepada saya bila dah dapat kunci ya..
nak tumpang gembira :)

**nota: 2 orang mamat di atas tidak dipakejkan sekali di dalam jualan rumah ini. harap maklum.
Share:

rasanya mendung atau sinar?

2 minggu lepas dan minggu sebelumnya saya terlalu sibuk dengan peperiksaan
sampai tak sempat dan terlupa nak war-warkan artikel terbaru saya yang diterbitkan di majalahniaga.com

artikel ni "Pelaburan Hartanah 2012: Mendung atau sinar"
mungkin ramai dah membacanya
tapi tak per lah.. untuk yang belum membaca dan untuk rekod di blog ini, saya kongsikan juga

boleh baca di sini



Sebenarnya saya menjangkakan tahun 2012 pelaburan hartanah masih agak suram
sedikit mendung
Jualan projek baru akan sedikit menurun atau setidaknya akan kekal di tahap seperti di 2011
Kenapa?
Sebab LTV 70% nampaknya banyak menyekat pelaburan hartanah yang junior atau pelabur yang kurang mempunyai wang tunai
Terpaksa berharap pada pelabur hartanah yang dah memang berjuta-jutawan
atau ahli perniagaan besar yang ingin menggunakan hartanah sebagai tempat simpanan modal mereka atau sebagai pendapatan tambahan
Satu lagi, sektor ini terpaksa bergantung pada mereka yang belum pernah membeli rumah
Bahasa inggeris panggil 'property virgin'
Namun golongn ini biasanya kurang berminat membeli rumah lelong
Tak ramai juga yang membeli rumah subsale kerana biasanya fokus mereka adalah pada rumah baru
Tapi harga rumah baru sangat mahal
Walaupun ada PR1MA, tapi setakat satu projek setakat ini di Putrajaya, apalah sangat impaknya
kalau ada lagi beberapa projek PR1MA di tahun 2012, pasti boleh dibilang dengan jari

Skim Rumah Pertama pula menggalakkkan pembinaan rumah berharga hampir RM400K
ini pula bercanggah dengan prinsip peraturan bank negara yang mengetatkan syarat permohonan pinjaman
Heh, kalaulah suami isteri yang berpendapatan isirumah RM 5,500 contohnya membeli rumah pada harga RM 380,000, bayaran bulanan mereka di sini sahaja dan RM 1753.00
belum campur pinjaman kereta sedia ada yang biasanya paling sedikit dalam RM450 kalau kereta viva dan hutang kad kredit.

kalaulah pasangan ini tidak beringat dari awal, katalah mereka membeli MyVi yang bayaran bulanan RM550, mempunyai hutang kad kredit yang bayaran minimum sebulan RM200 dan hutang personal loan yang bayaran bulanan RM300, saya musykil mereka mampu buat pinjaman lagi untuk rumah 'selesa' idaman mereka di bawah skim pinjaman perumahan pertama ini.
Harus diingat, rakyat Malaysia mempunyai hutang yang palin tinggi berbanding rakyat negara lain
Saya pernah highlight di sini

Jadi, dengan ini saya tidak nampak kemungkinan jualan rumah akan melonjak naik di tahun 2012 ini
Tiada sebarang polisi hebat yang boleh menjana kerancakan sektor ini.

Jika 2 golongan ini menoleh ke rumah subsale, saya pasti banyak juga rumah yang bagus akan ada untuk dijual pertengahan tahun ni
ini memandangkan mungkin ramai pelabur hartanah akan menjual hartanah mereka memandangkan kenaikan harga yang bagus dan pemansuhan penalti untuk penyelesaian awal oleh Bank Negara

Share:

apabila pasukan mengecat berkumpul

Mula2 nak ucap Gong Xi Fa Chai kepada kawan2 property investor saya yang berbangsa cina
Tahun ini tahun naga
saya pasti ia sangat istimewa

ini lah perkara yang buat saya rasa sangat gembira apabila menjadi pelabur hartanah
saya dapat peluang bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai bangsa
tambahan lagi belajar dari kaum cina yang memang dah lama hebat dalam bidang pelaburan hartanah
terima kasih kerana kita dapat berkongsi ilmu dan sama-sama membina pengalaman.

di waktu orang lain pulang ke kampung bercuti, saya tidak ke mana-mana
sebab saya ada projek mengecat dan membersihkan rumah sewanya

Adik saya pulang ke malaysia dengan suami dan anak-anaknya minggu lepas
apa lagi.. memandangkan rumah sewanya perlu di cat semula, kami ambil kesempatan cuti panjang ni.


kami mula projek ni pada jumaat malam sabtu
sebenarnya petang jumaat tu baru beli cat
kemudian projek terus bermula

memang bersungguh buat kerja
malam sabtu kami gerak dari situ ulang ke rumah saya pukul 1 pagi
sabtu sepanjang hari mengecat sampai pukul 12.30 malam

anak saudara yang baru masuk 8 tahun pun turut sama
mak saya lagi hebat. tukang bancuh cat import dari pahang!


ahad pula mengecat dah siap tapi mengemas pula.. sempat juga pagi2 ahad ke ikea beli kerusi dan kusyen sofa baru serta order kabinet dapur baru dari kedai rakan saya di USJ
isnin pergi ambil kabinet dapur tu (sebab kami nak jimat kos penghantaran) dan pergi hantar ke rumah tu.
nak mengangkat kabinet lama tu buang ke tempat sampah di luar memang berpeluh-peluh juga
sebab tengahari dan kami bawak kabinet tu lari ikut pintu belakang.. melalui tempat parking berbumbung
sebabnya kalau lalu depan guard kat depan, pasti kena soal dan kena tahan
ye lah.. jumaat hari tu lupa nak isi borang security clearance siap2
isnin tu pejabat pengurusan masih bercuti
kalau tak ada borang tu , pak guard tak bagi kita bawak keluar barang
walaupun kita pemilik rumah dan nak buang barang sendiri yang dah buruk!
huhuhu... katanya atas sebab keselamatan

yang paling best adalah bila dah letih-letih mengecat, kami terjun kolam renang
berenang... wuhooo....
walaupun tak pandai berenang, tapi gaya tangan mcm renang gaya bebas tapi kaki kat bawah air berjalan adalah teknik renang yang paling kami mahir
paling best, mengecat dan berenang boleh turunkan berat badan saya 2 kilo..

phewww.... akhirnya selesai juga projek ni
esok tinggal kerja wiring
harapnya technician elektrik akan menepati janji datang esok pagi
ada aircond yang perlu diservis, lampu yang perlu dipasang dan dibaiki serta ada nak pasang air-cond baru

semasa mengemas, teringat kata2 haruki dalam blognya, kalaulah dia hanya melabur dalam hartanah komersial, dah tentu tak perlu mencuci tandas.

Sebelum





Selepas





Share:

projek mengecat


projek sejak jumaat malam sabtu... baru semalam siap.
laporan penuh akan datang
Share:

exam belum tamat

2 paper dah berjaya ditumbangkan...
lagi satu paper khamis ni...



chaiyokk!!!

senyuman orang yang sebelah kiri gambar di bawah ini adalah senyuman org yg dah berjaya menamatkan peperiksaan terakhir utk sem terakhir degree in law ini... 
(jeles mode! )



tujukan lagu ni buat 2 orang geng yg dah habis exam


Share:

episod 2 blurr nak buat perjanjian sewaan

sambungan dari artikel saya sebelum ni

bila perjanjian sewaan dah siap ditandatangani, seeloknya kenalah buat mati setem atau bahasa inggeris kita panggil stamping.

mati setem tu apa?
masa budak-budak dulu saya ingat mati setem tu adalah kita bakar setem pos yang 20 sen tu.. lol...
sebenarnya mati setem setakat yang saya faham la.. adalah kita bayar cukai kepada kerajaan melalui pembelian setem hasil yang dijual oleh LHDN.
setem itu kemudian dimatikan supaya tak bolehlah digunakan berulang kali.
ini kefahaman saya lah.. mungkin LHDN ada definisi sebenarnya

wajib ke mati setem? tak mati setem perjanjian tak sah ke?
kalau saya dah kata perjanjian verbal pun sah mengikat, apatah lagi perjanjian bertulis yang tak mati setem
cuma bezanya, kalau tak dimatikan setem, perjanjian tu tak boleh dibawa ke mahkamah sebagai bukti
bahasa undang-undangnya dipanggil, not admissible to court
bermakna kalau ada apa2 pertikaian berkaitan perjanjian sewaan atau sewaan ni..
contoh mcm penyewa tak bayar ke..
 penyewa menyewakan pulak pada orang lain dan ambil untung ke...
penyewa rosakkan barang-barang berharga dalam rumah dan tak nak bayar ke..
kalau nak bawa ke mahkamah, perjanjian sewaan yang penting ni tak boleh jadi bahan bukti.
tidakkah rugi?

satu lagi, untuk tujuan nak buktikan ke bank yang kita ada pendapatan tambahan
iaitu pendapatan sewa ni lah
ini kalau kita nak buat pinjaman lain atau pinjaman untuk beli hartanah seterusnya.

kalau kita mati setem, perjanjian ni hanya memerlukan bukti duit sewa masuk sekurang-kurangnya selama 3 bulan sahaja
tapi kalau tidak dimati setem, bank memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan bkti duit sewa masuk ke akaun bank kita

kat mana nak mati setem?
haaa.. ada 2 cara yang saya tahu dan biasa pakai



1) pegi pejabat LHDN.
sama ada beli setem fizikal bersamaan dengan caj cukai yang kita kena bayar atau pakai je setem cop dan cuma bayar tunai je kadar cukai tu.
tak semestinya kita kena pergi ke pejabat LHDN.
kita boleh wakilkan.



2) mati setem di pejabat peguam
cara ni pun boleh.. beli setem hasil rm10 tu dari pejabat pos, kemudian minta peguam kita matikn setem tu.
tapi rasanya tak semudah tu peguam nak matikan setem kita kalau dia tak kenal kita.
jadi, elok rujuk dan tanya peguam rasmi kita atau peguam yang uruskan pembelian rumah tu dulu sama ada dia boleh bantu.

mahal ke mati setem tu?
hm,. ada kadar tertentu berdasarkan kadar sewaan dan tempoh sewaan tersebut.
sesiapa yang ada pegi sharing session property n co tahun lepas, pasti dah ada senarai anggaran caj mati setem tu.
ada kami berikan dalam fail kit.

ala.. leceh lah.. nak kena tanggung kos mati setem berpuluh-puluh ringgit....
hm.. rilek rilek.. kenapa pulak kita tuan rumah yang kena tanggung?
kos mati setem ditanggung oleh penyewa.
tambahkan sekali dalam deposit yang patut mereka bayar tu.
kalau anggaran caj mati setem tu rm25, ambillah rm50 dari penyewa
bukan apa.. selebihnya tu untuk kos duit minyak dan masa kita pulak..

berapa salinan nak kena mati setem?
ini terpulang.. seeloknya dua salinan perjanjian asal.
satu salinan untuk tuan rumah
satu salinan untuk penyewa
jadi, dua-dua matikan setem
kalau caj mati setem katalah rm25, untuk salinan seterusnya hanya rm10 je..
maknanya cuma rm35 lah untuk 2 salinan
kalau 3 salinan? rm45

Share:

blurr nak buat perjanjian sewaan

maaf dah beberapa lama tak menulis di blog.
saya ada peperiksaan Rabu lepas.
subjek tu mmg sangat susah.
maka berhari-harilah saya dan kawan-kawan berkampung untuk belajar.
cuma sempat update pantun kabinet dapur je.. hehehehe

Bila exam rabu tu dah habis, saya pula sibuk uruskan rumah sewa saya dan rumah sewa adik.
balik rumah dah keletihan.

hari ni saya nak menulis berkaitan perjanjian sewaan.



apakah perkara penting yang perlu ada di dalam perjanjian sewaan.

hm.. mula2, wajib ada ke perjanjian tu?

nak kata wajib tu tidaklah..
sebab tanpa perjanjian bertulis, sewaan tetap sah.
perjanjian secara verbal tetap mengikat kedua belah pihak.

tapi kalau ada, kan lebih senang sebab semua hak2 ada tertulis di situ.
dah jelas kedua belah pihak dah berjanji untuk patuh pada terma-terma tersebut.
sebab kalau verbal ni, secara logik pasti tak semua benda disebut.
nanti akan timbul pertelingkahan.. takde pun tuan rumah cakap pasal ni?

berapa panjang pulak perjanjian sewaan tu, cik rohaniah?
mungkin ada pula yanag akan bertanya begitu..

jawapan saya, terpulang pada banyak mana terma yang anda nak letak..
asalkan terma-terma penting dan wajib ada tertulis di situ.

ok, apakah terma yg pada saya wajib ada pada sesebuah perjanjian sewaan?

bagi saya, ini adalah terma-terma yang wajib ada. anda boleh tambah sendiri jika mahu

1) tarikh perjanjian

2) Maklumat penyewa
- nama penuh
- no kp / no passport penyewa
- alamat tetap penyewa. kalau penyewa tu foregner, minta alamat dier di negara asal.


3) Maklumat tuan rumah
- nama penuh
- no kp / no passport penyewa
- alamat tetap

4) Butiran rumah sewa
- alamat
- tujuan sewaan: biasanya kediaman lah kan...
- butiran rumah: apartment 3 bilik ke.. rumah teres 4 bilik
- senarai semak perabot / inventori, kuantiti dan status kerosakan (jika ada kerosakan sedia ada)

5) maklumat sewaan
- tempoh sewaan (maksimum 3 tahun)
- tarikh mula
- tarikh tamat
- kadar sewa
- tarikh akhir bayaran sewa perlu dibuat
- berapa deposit dan deposit utility
- adakah penamatan awal dibenarkan? jika ya, tempoh notis penamatan awal perlu diberikan oleh kedua-dua pihak.
- pilihan memperbaharui kontrak: boleh atau tidak. setahun sekali?

6) tanggungjawab penyewa
- perlu bayar tepat pada masa
- perlu bayar sewa sehingga tamat sewaan.
- memulangkan kunci dan rumah dalam keadaan baik spt awal sewaan
- deposit akan dipulangkan apabila tamat sewaan dengan ditolak kos pembaikan yang disebabkan oleh kecuaian penyewa dan bil-bil utiliti yang belum dijelaskan
- bayaran utiliti spt air, elektrik, internet dan kumbahan perlu dijelaskan
- boleh / tidak boleh sublet
- kuantiti penghuni jika perlu
- larangan memaku / mengubah struktur rumah / mengubah rupa bentuk kekal pada luar dan dalaman rumah
- menanggung kos penyenggaraan kecil bawah rm100
- tidak memnbuat kerosakan pada inventori / perabot / alatan di dalam rumah. jika kerosakan dilakukan, penyewa perlu menanggung kos pembaikan
- tidak melakukan perbuatan jenayah di dalam rumah
- membenarkan tuan rumah atau wakil masuk ke dalam rumah untuk kerja-kerja pembaikan atau pemantauan selepas notis secukupnya diberikan
-menggunakan rumah tersebut untuk tujuan yang dinyatakan sahaja
- tidak boleh membuat sesuatu yang menggugat ketenteraman jiran

7) tanggungjawab tuan rumah
- membayar cukai pintu dan cukai tanah
- membayar caj penyenggaraan bangunan (jika ada. tapi ada juga kes, penyewa ditanggungjawabkan membayar caj ini)
- jika penyewa membayar sewa tepat pada masa dan mematuhi terma di dalam perjanjian, tuan rumah hendaklah membenarkan penyewa menikmati runah tersebut tanpa gangguan
- menanggung kos kerosakan akibat tear and wear
- menghantar notis secukupnya melalui telefon, sms, surat atau emel jika hendak datang dan masuk ke rumah tersebut utk tujuan pembaikan dan pemantauan
- memulangkan deposit selepas ditolak kos pembaikan yang disebabkan kecuaian penyewa serta ditolak bil utiliti yang belum dijelaskan

8) masa
- masukkan terma MASA ADALAH ASAS KEPADA PERJANJIAN INI
atau bahasa inggeris adalah TIME IS OF THE ESSENCE
kenapa kena ada? haaaaaa....  nanti saya cerita...

perjanjian mestilah ditandatangani oleh kedua belah pihak
seeloknya penyewa ada saksi, tuan rumah pun ada saksi.

gambar cuci mata:

suasana belajar berkumpulan. haaaa... ada berani?





Share:

pantun terma penting dalam perjanjian sewaan

burung merpati terbang berkawan
burung gagak di tepi paya
kabinet baru cantik menawan
kalau rosak, tolak deposit ya






Boleh ke letak pantun dalam tenancy agreement?
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog