• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Vista Angkasa akan bertukar penyewa

Malam tadi saya ke rumah sewa di Vista Angkasa.
Penyewa yang merupakan pelajar makab perguruan berhampiran dan juga 2 orang budak perempuan yang dah bekerja.

pemandangan dari balkoni rumah saya

Saya sewakan rumah ini kosong.
cuma ada peti ais sahaja.
Sepatutnya mereka nak sewa setahun sahaja hingga Februari 2013
tapi memandangkan mereka ada praktikum pula, jadi mereka panjangkan penyewaan hingga hujung bulan Mei ini.

Memandangkan mereka penyewa yang bagus, saya tak ada masalah.
Kalau tak nak keluar puntak mengapa.

Malam tadi saya ke sana
Saya nak ambil semua resit pembaikan yang penyewa bantu saya uruskan dan bayarkan.
ini untuk tujuan cukai pendapatan lah

Kemudian, saya bertemu dengan 2 orang budak perempuan yang dah bekerja tu
mereka nak sambung menyewa di situ
tapi mereka akan cari kawan-kawan untuk tinggal bersama lah

sebenarnya saya ingat bila penyewa pelatih maktab ni keluar, saya nak partly furnish atau fully furnishkan rumah ni
boleh lah sewa tinggi sedikit
tapi bila ada yang nak terus tinggal, muka pula innocent... memang boleh buat tuan rumah lemah semangat cair

last-last saya tawarkan kepada mereka untuk naikkan sewa rm100 sahaja
Dari sewa rm1400 sebulan ke rm1500 sebulan
kontrak setahun atau 2 tahun.

Setelah berfikir, mereka pun bersetuju.
sewaan baru akan bermula pada Jun nanti.

Kepada tuan rumah, jangan lupa naikkan sewa anda mengikut harga pasaran ya
kalau penyewa yang sama, memang biasanya kita tak sampai hati naikkan sewa tu banyak
tapi kalau bertukar terus penyewa, lebih mudah.

Dalam kes saya ini, kenaikan sewa tak tinggi
tapi saya dapat zero vacant period
sebab penyewa yang baik terus bersambung.
Maka wang sewa berterusan masuk ke akaun bank.

Alhamdulillah..
Share:

Panggilan untuk mereka di Zon Selatan. Mahu jana wang besar?

Ada pembaca blog dari Johor dan Melaka?
Ada juga dari Singapura?


Saya merancang untuk mengadakan seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah di Johor Bahru
Tarikhnya insya Allah pada 1 Jun 2013 (Sabtu).
Masa dari jam 9 pagi - 6 petang.

Dewan seminar masih belum ditentukan.
saya akan umumkan kemudian.


Insya Allah program sehari ini akan diadakan dengan kerjasama Tuan Fahmi, pakar lelong di Johor.
Beliau juga pakar pelaburan emas.


Antara kandungan seminar ini adalah:

Sesi saya:

- asas perancangan kewangan, cashflow, mengenali kekayaan, hutang, konsep air paip, kebebasan kewangan dan mengenalpasti nilai bersih.
- Asas pelaburan hartanah, Bagaimana buat duit melalui hartanah, Mengenalpasti matlamat pelaburan
- Tanya kalkulator anda
- Lombong dan emas: bagaimana menggali hartanah hebat berkilau-kilau
- Strategi beli hartanah: apa jodoh hartanah anda?
- Kenal dan tangkap: mengenalpasti potensi pembelian hartanah dalam pembinaan, subsale dan lelong
- Bagaimana membeli rumah tanpa modal?
- Kaya melalui wang orang: bagaimana mendapatkan pinjaman
- LTV 70%: teknik pelabur tersepit


manakala sesi Tuan Fahmi pula adalah:
- bagaimana menjana wang besar melalui rumah lelong
- Apa potensi rumah lelong di Zon Selatan?

Kenapa saya nak buat seminar di JB?
Kerana saya ada menerima pertanyaan bila saya akan adakan di sebelah selatan?
Jadi saya terfikir, kenapa tidak?

Kebetulan saya memang suka ke JB. hahahaha
Saya suka mee rebus di sana. Mee Rebus ZZ sangat sedap.
Jadi boleh lah buat alasan nak makan mee rebus nanti.


Yuran penyertaan seminar adalah  RM328 seorang atau RM 638 untuk 2 orang
Tapi jika tuan / puan / cikpuan  buat bayaran sebelum atau pada 19 Mei 2013, yuran hanyalah RM 288  atau RM 558 untuk dua orang.
Jadi, lebih baik daftar dan buat bayaran segera ya.


Untuk menghadiri seminar ini, mudah sahaja.
1. Buat bayaran yuran ke akan CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Services.
2. Isi borang di bawah untuk maklumkan pembayaran atau email saya propertywaltz@gmail.com
3. Datang pada hari seminar.





Tempat terhad kepada 30 orang sahaja.
Setiap peserta layak mendapat keahlian seumur hidup PERCUMA Kelab Alien Hartawan dan akses ke FB Group khas yang bernilai RM 588.
Sebagai ahli kumpulan ini, mereka akan mendapat pelbagai keistimewaan seperti
- menjadi kumpulan pertama mendapat info panas dari saya
- diskaun dan harga istimewa untuk program-program anjuran saya di masa akan datang

Jumpa di sana ya..

hm... sebenarnya risau juga takut orang di Zon Selatan tak mahu datang seminar saya.
kalau betul tak ada.. saya datang JB makan mee rebus sahajalah..
;)

Share:

Saya terharu..

Terima kasih..

Membaca antaranya mesej ini buat saya rasa terharu.



Saya ingin menjadi inspirasi kepada semua, terutama wanita berkerjaya di luar sana yang berpendapatan bagus tapi masih tidak celik pada kewangan peribadi dan pelaburan.
Jika ada kelemahan diri saya, mohon abaikan sahaja.
Kita belajar yang baik-baik sahaja dari setiap orang.


Saya mahu bantu ramai orang untuk naiktaraf kewangan dan ada kewangan yang kukuh bila bersara.
Maka saya anjurkan seminar demi seminar sejak 2011 hingga sekarang.
Alhamdulillah.. saya terharu membaca komen ini.



Pageview blog ini pun sidah naik ke purata 1100 sehari bila ada kemaskini.

Terima kasih kepada semua pembaca
Terima kasih kawan-kawan

Share:

Pelaburan hartanah: sesuai ke untuk kakitangan kerajaan?

Hari selasa, 23 April 2013, saya telah dijemput menjadi salah seorang penceramah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi
Mereka anjurkan satu seminar 3 hari bertajuk Seminar Pelaburan Islam.
Sangat menarik.
Ada perkongsian mengenai saham amanah, skim pencen, pelaburan saham dan pelaburan hartanah.
Ada juga slot mengenai zakat pelaburan, fatwa-fatwa berkaitan, undang-undang berkaitan pelaburan dan lain-lain lagi.

Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.
kredit foto: http://sceneontoday.blogspot.com


Saya diminta berkongsi mengenai pelaburan hartanah.
diberi slot 2 jam dari 2.30 petang ke 4.30 petang.
Wowww.. waktu mengantuk tu!

Tak pernah ke ILIM sebelum ini, tapi saya tengok di google map, ia berdekatan dengan Institut Pendidikan Islam, Bangi.
Alhamdulillah.. dari pusat bandar Bandar Baru Bangi pun dah ada banyak papan tanda ke ILIM.
Jadi, tak lah sesat.

Sampai di sana baru masuk Zohor
Sempatlah saya solat di surau ILIM yang besarnya seperti masjid.
Selepas solat, baru saya hubungi urusetianya, puan Syiqin.
Sempat pula bertemu dengan penceramah sesi sebelum rehat tengahari.

Mesra dipanggil Kak Mun, beliau aktif sebagai agen jualan unit trust Public Mutual.
Ramah orangnya.. nampak masih muda, rupanya seorang pesara.

5 minit sebelum jam 2.30 petang, saya sudah masuk ke dalam dewan seminar.

Menunggu peserta masuk ke dewan seminar selepas rehat tengahari


Ramai juga peserta.
katanya dalam 49 orang semuanya.
woww... kagum saya
ini menunjukkan kakitangan kerajaan sudah ramai berminat dalam pelaburan dan perancangan kewangan peribadi.

Saya cuba berkongsi sebanyak mungkin dalam 2 jam yang diberi.
Berusaha supaya peserta tidak mengantuk di waktu begitu.
Entah lawak ke tak, saya tak kira.
hahahaha...

Pembentangan saya hari itu bertajuk 'Pelaburan Hartanah: Sesuaikah untuk kakitangan kerajaan?'

Saya bentangkan mengenai potensi pelaburan hartanah, konsep menggali, formula-formula penting dan bagaimana membeli rumah tanpa modal atau dengan modal yang rendah.
Saya juga kongsikan beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh kakitangan kerajaan dalam melakukan pelaburan hartanah.


Jangan guna pinjaman kerajaan!

Sepertimana yang telah saya bentangkan dalam Seminar Wang Besar sabtu lalu, sekali lagi saya tekankan kepada peserta seminar di ILIM ini.
Jika mahu pergi jauh dalam pelaburan hartanah, jangan sibuk-sibuk nak guna pinjaman kerajaan awal-awal.
Bertenang...  buat pinjaman bank dahulu.
Kemudian bank lagi.
Kemudian barulah jika nak buat pinjaman kerajaan.


Kenapa tak boleh sibuk-sibuk?

Dengan cara yang saya nyatakan ini, kita boleh menikmati pinjaman 90%, 90% dan 100%.
Kalau bijak dan belajar mengenai strategi pelaburan hartanah, anda senang-senang boleh dapat 100% pinjaman untuk 3 buah rumah.

Gunakan pinjaman kerajaan hanya bila kita sudah tersangkut nak buat pinjaman atau bila sudah sampai tahap LTV 70% sahaja.

Kalau terbalik, buat pinjaman kerajaan dulu, bayaran bulanan akan keluar dalam potongan di slip gaji.
Ini akan memberi 2 kesan.

1) Ia menunjukkan komitmen kita. Ini merendahkan kemampuan kita untuk buat pinjaman seterusnya.

2) Ia menunjukkan kita dah ada 1 pinjaman perumahan. Bila buat pinjaman bank pertama, masih boleh dapat 90% pinjaman.
Tapi bila pinjaman bank kedua, akan cuma dapat 70% pinjaman sahaja.
Jadi, kita dapatlah 100%, 90%, 70%

Mana lagi untung?
Dah tentu strategi pertama lebih menguntungkan.

hm...
Saya harap, 2 jam yang diberi dapat saya gunakan untuk menambah nilai kepada semua peserta.
Terima kasih Puan Shiqin selaku urusetia dan pihak pengurusan ILIM di atas peluang berkongsi ini.

Share:

Apa trend pelaburan 2013: Edisi Kuala Lumpur

Saya bantu orang jana pendapatan pasif masuk ke poket.
Oleh itu, saya gembira berkongsi peluang-peluang ilmu untuk kawan-kawan pembaca blog ini.



Sabtu lepas rakan-rakan di Zon Pulau Pinang berpeluang hadir ke Seminar Pelaburan Hartanah anjuran FREEMEN.

Pada sabtu ini, mereka akan adakan di Kuala Lumpur pula.

Kali ini speakernya adalah Michael Tan dan Terrence.

Michael Tan

Michael Tan memang seorang property guru yang terkenal di Malaysia.


Terrence pula seorang Investment Manager.
Mereka akan berkongsi mengenai strategi pelaburan hartanah dan pasaran saham yang sesuai digunakan di tahun 2013.

Seminar 1 hari ini akan diadakan pada:
Tarikh: 27 April 2013 
Hari : Sabtu
Masa: 9.30 pagi - 6.00 petang
Tempat : Freemen Center, Aras 5, Wisma Atlas, Kuala Lumpur.

Seminar akan dikendalikan dalam bahasa inggeris sepenuhnya.

Antara kandungan seminar satu hari ini adalah meliputi tajuk-tajuk berikut:

Pelaburan Saham
- How to win on up to 96% of your trades NOW
- How to generate 2% - 5% returns EVERY WEEK on your investments. Safe returns.
- The only program that offers WEEKLY returns with LOW RISK and NO monitoring required
- No fundamentals, No Charting, No software
- Simple to Understand
- Suitable for beginners with ZERO Knowledge


Pelaburan Hartanah
- Macroeconomic overview of the global and local economy
- Location hotspots: Iskandar, Northern Corridor, and Klang Valley
- Know where the Property Market is TRENDING in 2013
- FUNDAMENTALS of property investment to invest in ANY Market Condition
- In the current market, do you BUY TO KEEP or BUY TO FLIP

Yuran sangat berpatutan, cuma RM 48 seorang dan RM 70 untuk 2 orang.



Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh pergi ke ALAMAT URL INI.

Zasss!



Share:

Laporan bergambar Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah sesi April 2013

Sabtu lepas, pada 20 April 2013, Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah sekali lagi telah berjaya dijalankan.
Kali ini pesertanya tak kurang hebat seperti sesi Mac.
Ada seorang yang datang dari Melaka dan seorang lagi yang datang dari Taiping.
Ada rakan sama-sama tersangkut tak boleh fly belajar ke luar negara.
Ada juga bekas rakan sepejabat dan bekas rakan sejawatan
Lebih cool juga kerana ada bekas penyewa datang belajar.
Wow..

Terima kasih kepada anda semua  kerana hadir dan beri kepercayaan kepada saya untuk berkongsi.

Kali ni ada beberapa orang yang pernah membeli hartanah bertanyakan soalan sedikit advance.
memang korek habis lah!

Tapi saya tetap cuba kembali ke modul yang saya rancang supaya newbies tak rasa lost.

Jom kita layan gambar-gambar kejadian.
Yang mana tinggalkan suami atau isteri untuk hadir ke seminar ni, boleh lah tunjuk bukti ni pada mereka ya!
:P


Kalau rasa gembira tepuk tangan. Yeay Yeay!

"Hari ini kita ada undang-undang. Siapa marah kena jual", kata MC

tanya sama hati, apa mahu jadi?

Hafiz: Woww... banyaknya simpanan aku.. kasi tulis...
Ammar: Kak, 3 x 2 berapa ya? err.. err...

Jangan susah hati, nanti saya bagi skema jawapan ya..

Lee:   your handphone bill also need to write down ah?

Haa.., betul dah jawapannya ni, en Faizul, Macam ni boleh jadi best student ni

EN Wahab: Haa..  buat macam ni lah baru betul...
Angguk angguk..

Ammar: Alamak.. saya terlupa nak bawa kalkulator lah.. boleh pinjam?

Rasanya krim muka kau kurang bagus la.. Nampak ada jerawat tu..

Bahawasanya saya.. rakyat Malaysia...

Let me read your character from the handwriting.. hm... you are.. 

Hensem tak saya dengan kameja kelabu ni? Kameja Harley ni wehh..

Nak iklankan homestay tak susah.. letak je kat laman web Mudah.. mudah lah  ia.
Angguk angguk..

1.. 2.. 3... Skema!

1... 2... 3.... cheese!!!!

Kepada semua peserta, jumpa di Kelab Alien Hartawan yaaa
Zassss!!!
Share:

Gaya orang Jerman: Harga kereta murah wooo

Menyambung kisah pengembaraan saya ke Eropah DI SINI dan DI SINI.
Hari ini saya ingin kongsikan kisah kereta pula.

Malaysia 

Di Malaysia,  29,338 kes iaitu 25% daripada 116,379 kes rakyat Malaysia benkrap adalah kerana hutang kereta.
Ini statistik sejak 2005 hingga April 2012, dilaporkan di Dewan Rakyat.

Puncanya?
Harga kereta di Malaysia sangat mahal, sedangkan pengangkutan awam sangat mendukacitakan.
Sudahlah begitu, rakyat Malaysia tidak menganggap kereta sebagai alat membawa Point A ke Point B sahaja
Sebaliknya bagi mereka, kereta itu teman lelaki / teman wanita mereka.
Kereta itu simbol 'kejayaan' dan 'kekayaan' mereka.
Maka walaupun kereta berharga hampir 50K, lebih 50K atau lebih 100K pun bagi mereka ia patut dibeli.
Beli rumah kemudian tak mengapa.

Disebabkan inilah. lebih 70% rakyat Malaysia menghabiskan separuh dari pendapatan mereka untuk membayar hutang kereta.

Sudahnya, bila perbelanjaan tak mencukupi atau ada masalah dengan punca pendapatan, hutang tak berbayar.
Simpanan memang dah sedikit.
Itu yang ramai bankrap.

Untuk perbandingan, gaji fresh graduate di Malaysia adalah lebih kurang RM 1500 - RM 2200 sebulan, bermakna dalam 18,000 - 26,400 setahun.

Jika membeli MyVi pun sebulan dah bayar lebih kurang RM 500++ untuk 7 tahun pinjaman.
Kalau Myvi terpakai pun

Jerman

Bagaimana keadaannya pula di Jerman?

Di jerman, gaji fresh graduate lebih kurang €30,000 setahun bersamaan  €2500 sebulan.
Kalau tukar ke RM, wowww
RM 10,000++ sebulan.

Di Jerman, kereta buatan negara sendiri dan negara Eropah sangat popular.
Dari pemerhatian saya di sana, boleh dikatakan 95% adalah kereta Eropah.
WolksWagen, Renault, Citroen, Alfa Romeo antara kereta yang popular di sini.
Hanya satu dua buah kereta sahaja yang saya lihat berjenama Jepun dan Korea iaitu Toyota, Daihatsu dan Hyundai.


Cuba kita lihat berapa harga kereta di sana?

Saya ada ke kedai kereta terpakai di Duisburg, Jerman dan ini yang dapat saya kongsikan/

Toyota Yaris 1.0 ini dijual dengan harga €2,999 sahaja

 


Toyota Yaris 1.4 ini pula dijual dengan harga €3,449





Mercedes Benz C 200 ini hanya dijual dengan harga €3,450 sahaja



Peugeot ini masih nampak seperti baru. Masih sangat cantik. Cuma €5450 sahaja



Audi A3 1.6 ni pun cuma €2,950 sahaja. Besar dan nampak masih baru.




Kalau nak nampak sporty sikit,belilah yang ni. Mitsubishi Eclipse 2 pintu dengan bumbung yang boleh dibuka. 
Harga €9,950.




Tapi kalau fresh grad yang cuma nak kereta untuk bergerak dan bersiar-siar, boleh lah beli kereta ni. 
Peugeot 206 baru €1,750



Sebenarnya ada banyak lagi kereta terpakai pada harga kurang dari €2,000 tapi saya cuma ambil satu contoh  sahaja di sini.

Walaupun ini harga kereta terpakai, tapi harga kereta baru pun tak mahal sangat cuma saya tak dapat ke galeri kereta baru sahaja.

Mari kita banding semula harga kereta dengan purata gaji fresh graduate mereka.
Ini jelas menunjukkan bahawa orang Eropah boleh beli kereta dengan cash.

Kalau Peugeot dan kereta lain yang kurang dari €2000 tu, maknanya tak sampai sebulan gaji dah boleh beli kereta.
Kalau nak yang nampak baru sikit atau kereta baru, mungkin wang gaji 2 bulan atau simpan beberapa bulan sahaja.
Tak perlu buat hutang banyak-banyak sampai bayaran ansurannya separuh dari gaji untuk 7 atau 9 tahun

Ingat lagi tak perkongsian saya INI.
saya katakan, orang di sana tak mengejar wang sangat.
Mereka pandai menjana pendapatan pasif
Dan satu rumah cuma ada satu kereta. itu pun kereta terpakai atau kereta lama.
Sebab biasanya mereka gunakan kereta untuk bersiar-siar atau melancong sahaja.

Bila hutang kurang atau tak ada, barang-barang keperluan pula murah.. memang la hidup tak stress sangat.
Berniaga pun boleh tutup kedai pada hari Ahad dan cuti umum. Sabtu setengah hari.

Jika ini berlaku di Malaysia, mungkin kadar rakyat Malaysia yang bankrap kerana pinjaman kereta akan berkurangan.
Tak sampai 25%.

Kalau harga kereta murah, nanti lebih banyak kereta atas jalan?
Nanti lagi jem?

Yang saya nampak di Jerman tak begitu.
Kereta murah pun, satu rumah cuma satu kereta.
Kereta tak banyak pun. Orang tak berlumba beli kereta.

Kenapa?
Pertama, sebab pengetahuan kewangan peribadi mereka bagus.
Kedua? haa.. yang ni saya akan ceritakan dalam artikel berikutnya.

eh jap.. nak sambung sikit lagi.
Di Jerman, banyak kereta sedan dan kompak. 
Tapi di Rome, boleh dikatakan 90% adalah kereta kompak.

Zassss!
Share:

Apa trend pelaburan 2013: Edisi Zon Utara?

Ada rakan-rakan orang Pulau Pinang atau sebelah-sebelah utara di sini?
Nak tahu tak bagaimana agaknya trend dan senario pelaburan hartanah pada tahun 2013?

Jika ya,saya nak kongsikan satu seminar pelaburan hartanah di Pulau Pinang ni.
Seminar ni dianjurkan oleh FREEMEN.
Manakala speakernya pula adalah oleh seorang Property Guru, Michael Tan dan seorang pakar pemasaran internet, Charles Gregory.

Michael Tan

Seminar sehari ini akan diadakan pada:
Tarikh: 20 April 2013
Masa : 9 pagi - 5 petang
Tempat: Vistana Hotel, Pulau Pinang.

Charles Gregory


Seminar ini akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris.
Antara kandungannya adalah:

  • Know where the PROPERTY MARKET is TRENDING in 2013
  • FUNDAMENTALS of property investment to invest in ANY market condition
  • DESIGN your PROPERTY PORTFOLIO size (unique to each individual)
  • Discover the FUNDAMENTALS of PROPERTY INVESTMENT
  • In the current market, do you BUY TO KEEP or BUY TO FLIP
Jadi, untuk kawan-kawan di kawasan Utara Semenanjung yang berminat nak buat pelaburan hartanah dan tak dapat hadir seminar wang besar saya di Kajang, boleh lah datang ke seminar ini.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh klik DI SINI

Tapi khas untuk memnghargai pembaca-pembaca blog saya ini
Saya ada 10 tiket PERCUMA untuk hadir ke seminar ini.

Apa yang perlu tuan / puan / cikpuan lakukan hanyalah hantar email kepada rohaniahnoor@gmail.com
Nyatakan nama, no hp dan email.

Hanya untuk mereka yang betul-betul boleh hadir sahaja
dan hanya 10 terawal yang menghantar email kepada saya sahaja yang akan menerima tiket PERCUMA ini.

Zasss!
Share:

Pengumuman Seminar Wang Besar Sabtu dan peta


Seminar Wang Besar pada sabtu ini, 20 April insya Allah akan berlangsung.

Saya telah menghantar email kepada semua peserta mengenai butiran terperinci seminar ini
Begitu juga dengan peta lokasi.

Jika ada yang tak dapat emial, beritahu saya ya.

Masih ada lagi 2 tempat kosong, jika ada yang berminat nak hadir.

Saya nyatakan di sini pula butiran seminar nanti:

Tarikh: 16 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat:No 12-1 , Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, Kajang, Selangor.

Pendaftaran akan bermula pada jam 8.30 - 9.00 pagi.

Pakaian
-Pakaian Kasual

Apa yang perlu dibawa?
1) Pen dan buku nota
2) Kalkulator. Penggunaan kalkulator di telefon bimbit boleh cuma kurang digalakkan kerana kurang selesa untuk mengira angka yang besar.
3) Snek seperti coklat, untuk diambil jika terasa lapar sementara menunggu waktu rehat tengahari
4) Business Card atau brochures untuk networking.
5) Hati yang ceria dan bersemangat untuk belajar :)

Makanan /Minuman
- Minuman pagi ringan disediakan iaitu pada jam 8.30 pagi sebelum sesi bermula.
- Mohon maaf, oleh kerana yuran seminar ini sangat berpatutan, jadi makanan tengahari dan minum petang tidak dapat disediakan. namun jangan bimbang, terdapat banyak kedai di sekitar tempat seminar.
- Air mineral ada disediakan.

Peta

- Untuk ke lokasi, tuan / puan boleh merujuk peta lokasi seperti di bawah.


Landmark 

saya sertakan gambar-gambar lokasi supaya tuan / puan familiar dan mudah mencari.

Jika pada hari seminar, tuan / puan memerlukan bantuan untuk sampai ke lokasi, mohon hubungi 01129443437 (en Noor).

Pejabat Sifu Shafie / Pie2020


Pejabat MAA- corner lot sebaris dengan Pejabat Sifu Pie

Restoran Haji Tapah - corner lot satu lagi

Taman Putra Kajang - sayap kiri

Taman Putra Kajang - sayap kanan

Bertentangan dengan pejabat Sifu Pie

Tangguh

Untuk makluman juga, seminar Wang Besar untuk Zon Timur ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ini supaya rakan-rakan di Zon Timur boleh tumpukan untuk hadir ke seminar anjuran Abang Ensem yang akan diadakan pada 11 Mei nanti.

Sebenarnya saya dah set tarikh untuk Zon Timur ni dah lama.. sejak hujung Februari atau awal bulan Mac.
Saya dah war-warkan di email dah pun.
Cuma belum umumkan di blog.

Tapi lepas balik dari bercuti di Jerman, apabila saya umumkan tarikh tersebut barulah saya tahu AE ada buat 2 minggu lebih awal.

Menyedari yang pasti semua orang Zon Timur akan hadir ke sesi AE, rasanya tak perlu la dah kot saya buat pada tarikh yang saya rancang tu.

Kepada peserta seminar sabtu ini, jumpa nanti ya!

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog