• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

aikk, kena bayar jugak?

bajet 2012 dah kata, RPGT atau nama dalam bahasa melayunya CKHT dikenakan kepada pelupusan hartanah yang diperoleh kurang dari 5 tahun
maknanya kalau kita jual rumah tu yg kita beli kurang dari 5 tahun lepas, kita kena bayar cukai RPGT / CKHT atas jumlah keuntungan yang kita terima

kalau jual dalam masa kurang 2 tahun, kadar adalah 10% dari keuntungan
kalau jual dalam masa 2 - 5 tahun, kadar adalah 5% dari keuntungan

boleh baca artikel saya pasal pengumuman RPGT  ni dalam bajet 2012 di sini dan di sini

Bunyi macam penjual je kan yang kena bayar..
pembeli macam tak terlibat

tapi tidak sebenarnya
kedua-dua penjual dan pembeli tetap kena bayar juga sedikit
sebab?
peruntukan ini mewajibkan kedua-dua pihak penjual dan pembeli untuk isythiharkan penjualan dan pembelian hartanah mereka

kena isi borang CKHT 2A
peguam uruskan orang ni dan hantar ke LHDN


kena RPGT atau tidak itu lain cerita
isi borang ni je dah tetap kena bayar caj lawyer yang uruskannya
dalam kes saya, kena bayar rm300

berbeza dengan situasi semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu
masa tu Tun isytiharkan RPGT dikecualikan untuk sebarang jual beli hartanah
jadi, memang tak perlu bayar apa-apa... tak perlu isytihar apa-apa ke LHDN dan tak perlu isi borang apa-apa pun

Sekarang zaman Dato' Seri Najib
RPGT dinaikkan
borang tetap kena isi

jadi jangan ingat penjual je kena bayar RPGT
jangan ingat kalau jual hartanah yang melebihi 5 tahun tak perlu bayar apa-apa
jangan ingat kalau anda pembeli lagi lah tak perlu bayar apa-apa

tak kena bayar pun tetap kena bayar jugak...
Share:

Semesra mana Rumah Mesra Rakyat?



Heboh di sana sini orang memperkatakan tentang Rumah Mesra Rakyat

Berdasarkan bajet 2012, Rumah Mesra Rakyat ni adalah satu inisiatif baru yang membolehkan rakyat Malaysia yang berpendapatan isirumah kurang dari RM1500 untuk memiliki rumah.

Diperkenalkan pada tahun 2002, projek ini membantu golongan yang jenis pendapatan yang sukar mendapatkan pinjaman bank seperti petani dan nelayan.
Projek ini diuruskan oleh SPNB.
Ada 8 rekabentuk rumah semuanya yang boleh dipilih.

Rumah 3 bilik, 2 bilik air berkeluasan 1000 sqft. rumah bertanah.
hm.. besar dan selesa juga.
teknologi pembuatannya dikatakan menggunakan teknologi IBS atau industrialised building system.
saya tak tahu dari segi teknikalnya tapi teknologi ni memang boleh buat rumah dibina dengan cepat.
bahasa orang biasa kita panggil, rumah pasang siap.
pembeli tidak perlu membayar faedah semasa rumah sedang dibina.

Harga ditawarkan adalah RM 65,00 sahaja yang mana pihak kerajaan akan memberi subsidi rm20,000 dari kos rumah tersebut.

tempoh pinjaman selama 25 tahun, jadi sebulan bayarannya hanya lebih kurang rm150.
150 x 12 bulan x 25 tahun = rm 45,000.
bermakna pinjaman tanpa faedah ni.

Terkini had pendapatan isirumah ini telah dinaikkan ke RM 3,000
dan projek ini pun sedang dpertimbangkan untuk dijenamakan semula kepada Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia
hm.. nak jugak nama 1 Malaysia kat belakang tu kan...

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR 

-Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
- Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
- Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
- Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
- Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.

Secara keseluruhanyya projek ni memangs angat baik.
peluang untuk mereka yang berpendapatan rendah dan tak tetap memiliki rumah di atas tanah mereka sendiri.

Tapi ada dua perkara yang saya ingin sentuh untuk penambahbaikan.

Pertama: syarat mesti dah berkahwin atau ibu / bapa tunggal.
hm...nampaknya tak ada peluang lah golongan bujang sebegini nak mepunyai rumah sebelum berumahtangga kalau tengok syarat ni
pada pendapat saya, apa salahnya dibuka kepada golongan bujang yang mempunyai pendapatan, terutama kepada lelaki
Biarlah mereka bersedia dan dah ada ruamh sebelum berkahwin
lagipun hutang membeli rumah jauh lebih baik dari membeli kereta yang di luar kemampuan mereka
Golongan muda ini lah yang kita perlu didik mereka dari segi perancangan kewangan

Kedua, tanah
ikut syarat, mesti tanah bersesuaian yanag tidak ada cagaran di atasnya.
secara asasnya, tanah milik sendiri yang dah tak ada hutang, sebab kalau tanah orang, tuan punya tu kena bagi surat akuan pulak.
Jadi orang yang tak bertanah memang susah la nak mohon
sedangkan ramai di antara mereka yang berpendapatan rendah ni tanah pun tak ada
bernasib baik lah kepada mereka yang ibu bapa ada tinggalkan tanah kepada mereka
tapi yang tak ada?
hm.. cadangan saya, mungkin langkah seterusnya kerajaan kena bantu juga mereka dengan perumahan kos rendah atau apa juga nama
untuk golongan sebegini

maklumat  lanjut pasal RMR ni boleh baca di sini

http://www.spnb.com.my/bm/corporate/product_rmr.htm
http://mynewshub.my/2011/12/11/spnb-perkenal-binaan-rumah-yang-lebih-selesa/
http://mynewshub.my/2012/02/26/projek-rumah-mesra-rakyat-fokus-utama-spnb-tahun-ini/


Mengikut SPNB, setakat ni dah 1007 unit rumah di bawah skim ini berjaya disiapkan
Target mereka tahun ni nak siapkan baki lagi 10,000 unit seperti yag diunjurkan di dalam bajet 2012.

Mendengar nama SPNB saya teringat Alam Prima.
Apa cerita dengarnya belum dapat CF walaupn bangunan dah siap lama
macamana nak dapat CF, jalan nak masuk ke alam prima tu tunggu jalan ke Alam Idaman siap dulu.
SPNB tak buat jalan ke alam prima walaupun bangunan tu dah siap
sedangkan Alam Idaman masih dalam pembinaan
jalan masuk tu pun sedang dibina

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8105-pembeli-apartmen-alam-prima-kecewa-sikap-spnb
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_ProjekAlamPrimabukanterbengkalai/Article/index_html
Share:

symphony park site visit

yesterday i managed to visit the construction site of symphony park

for those who do not have any idea about this project, better let it be
for those who interested, these are pics taken yesterday

construction site - can view cyberia smarthomes from here

construction site

show house abandoned

drainage already done
actually there are about 3 lorries and 1 tractor on the left side of the construction site but i dont dare to go deeper there

i really hope this project will resume as it bring hopes to local students and local putrajaya workers who really need affordable place to stay

to the developer, LUXSTAR, please do anything you can to make this project a success

for more photos, click LIKE at my FB page and you can view it there.
Share:

sambung alkisah seorang kontraktor

sajer nak bagitau status terkini rumah yang saya kena sambung kerja membaiki sendiri aritu

kerja mengecat dinding dah siap khamis malam jumaat tu juga
pasang kipas dan lampu baru dah siap jumaat
sabtu pula pasang rel langsir dan ganti tombol






yang belum buat adalah order pintu baru dan cat semua pintu
dan yg paling penting, sampah buangan pemasangan tiles masih ada di balkoni


saya dah panggil satu syarikat yang uruskan pelupusan sampah sebegini
hampeh,. rupanya rm160 je bayarannya
dia letak dulu tong sampah besi tu, esok baru dia ambil
konraktor hampeh tu kelentong saya sebelum ni, katanya tong sampah besi tu rm250 kalau dier datang dan nak blah time2 tu jugak
maknanya tong sampai, angkut sampah dan terus dia bawak
tapi kalau yang tinggal semalaman, harganya rm300

hampeh.. penipu betul.
nasib baik projek dgn dia ni tergendala dan saya baru bayar setakat pasang jubin je

sekarang ni saya dah 2 kali dpt panggilan telefon dari pekerja dia yang pasang jubin tu
katanya en hakim tak bayar satu sen pun kat dier
en hakim bagi nombor handphone saya, suruh dia mintak dari saya

ntah ye tak, saya tak tahu
tapi kalau betul, maknanya en hakim dah makan duit atas angin senang2... wuhooooo

lagu ini untuk saya tujukan untuk kita semua
Itu Ini Begitu Begini oleh Mirwana dan Altimet
semoga liriknya memberi iktibar kepada kita

 
Share:

saya memang tak glemer tapi...



Saya nak bagitau saya dah ada public page FB sendiri
ada kat tepi ni, yang boleh klik LIKE tu
jemput la pembaca blog semua klik LIKE

bukan apa.. saya menerima add friend dari org yg saya tak kenal setiap hari
maksud saya tak kenal ni adalah mmg tak pernah bercakap, tak pernah jumpa, sama ada di dunia nyata atau dunia FB / emel

jadi saya berhati-hati nak accept friend orang yang saya tak biasa
sebab FB tu mmg FB peribadi saya

saya kongsikan pendapat saya pasal politik
saya kongsikan status saya tengah makan apa
saya share gambar atau artikel orang lain

oh, sangat tak berkaitan dengan property tau FB peribadi saya tu...
lawak saya dengan adik beradik dan kawan2 peribadi saya sangat drama
lagi poyo saya share lagu hindustan!

sedangkan kawan2 semua add saya sebab nak tahu pasal property kan

ha... jadi kalau betul ikhlas nak berhubung dengan saya melalui FB, apa kata klik LIKE kat page2 sebelah tu
dan juga jom join group Property N Co kami di FB..
lagi syok sebab ada ramai kawan2 otai property kat sana
boleh kita berkomunikasi dan bercerita

Saya mmg tak glemer mcm Azizi Ali, Milan Doshi, Abangensem atau mana2 artis..
memang tak layak pun nak buat Public Profile
Tapi harap kawan2 faham..

kepada kawan2 yang dah klik LIKE yang 58 orang tu, terima kasih banyak2
terharu pulak...
:)

Share:

lima ribu tahun atau lima saat?

Satu dua tiga dan empat
Cuba berkali masih tak dapat
Lupakan sakit segan dan penat
Nanti di puncak pasti terubat 

Empat tiga dua dan satu
Puncaknya betul aku di situ
Ada dah dekat, ramai yang berbatu
Cuba lagi dik ku tunggu


alhamdulillah...

isnin 20 feb dan hari ni 22 feb merupakan hari yang sangat menggembirakan saya
hari yang penuh tuah

dua hari ini menunjukkan kepada saya kalau kita punya impian dan angan-angan, kita perlu sebut, bayangkan dengan kuat dan usahakannya
tak berjaya, usaha lagi
tak berjaya, usaha lagi
tak berjaya, usaha lagi
cepat atau lambat jika angan-angan dan impian itu kuat dan usaha kita tak putus, kita akan tetap dapat capainya

alhamdulillah....

kejayaan yang saya capai dlm 2 hari ini adalah juga dengan bantuan rakan-rakan
kalau saya seorang, mungkin lebih sukar atau masih belum dapat mencapainya lagi

kejayaan 20hb

2006: dapat merasa mee udang terlazat seumur hidup.
mee udang di sungai dua, pulau pinang
en yob bawa saya dan ayat ke sana
nak mencari tempat tu malam2 sampai tersesat-sesat dari pulau ke tanah besar dan ke pulau semula, kembali ke tanah besar
akhirnya dapat makan mee udang terlazat tu.. ayat belanja. alhamdulillah....

lepas tu saya sentiasa teringat nak makan lagi mee udang tu
setiap kali ke penang, saya teringat
tapi bila ke sana atas hal kerja, selalunya naik flight terus ke pulau
pergi penang marathon 2010 dan kenduri kahwin member 2011 pun tak dapat ke sana
lagipun saya pun tak tahu macamana nak ke sana sebab haritu kami pergi malam dan bukan saya yang drive

alhamdulillah setelah 6 tahun saya menyebut2, saya dapat menikmati sekali lagi mee udang sungai dua ni
terima kasih pada kawan2 study yang setuju singgah dan cari kedai mee udang ni
impian 6 tahun terlaksana...


kejayaan kedua 20 hb: 

alhamdulillah..

akhirnya impian untuk memulakan pelaburan hartanah komersial berjaya.
dah dapat loan
dan letter offer pun dah keluar
cuma oleh kerana bank tu jauh, maka baru sorang partner saya, Mr Y yang dah sign semalam
letter offer akan dihantar ke sini untuk saya dan mr F pulak sign
syukur sebab angan-angan ni tercapai walaupun terlewat sedikit dari sasaran 2011

betapa susah nak dapatkan pinjaman..
memohon ke sini sana
banker slow, banker takde respon, bank tolak
tahun lepas pun pernah mencuba nak beli satu kedai tapi terkena pulak vendor nak bankrap

letih, payah, geram, tarik nafas... akhirnya angan-angan ini tercapai



kejayaan 22hb

ini kejayaan terbesar saya tahun ni
5 tahun balik lewat malam
rakan serumah dah tidur enak atas katil, saya baru pulang
motor EX5 rakan penyokong saya yang setia
orang lain dah enjoy duit gaji, beli rumah selesa, beli kereta besar
saya simpan duit, rancang dan usaha 
pernah hilang wallet, pernah motor pancit malam-malam
pernah belajar dalam gelap sebab rumah belum pasang lampu
pernah belajar berkumpulan, makan tidur menumpang di rumah orang berhari-hari utk beberapa minggu

tidur lewat, bangun awal tiada astro
drama korea hanya semasa cuti semester
tak tgk wayang berbulan-bulan lamanya

tapi hari ni alhamdulillah..

12.20 pagi tadi saya dapat keputusan peperiksaan
semuanya lulus
bermakna ini saya dah boleh grad
alhamdulillah.... Bachelor of Legal Studies (hons) akan berada di dalam genggaman

tapi saya belum boleh jadi peguam
belum boleh masuk mahkamah sebab masih ada requirement yang belum saya tamatkan
kena buat LLB (hons) dulu dan buat chambering
tapi oleh kerana LLB hons tu memerlukan saya bercuti tanpa gaji, saya tangguhkan dulu sebentar
sementara tu saya nak buat Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan secara part time dulu
dah isi borang, cuma tunggu keputusan...

alhamdulillah....


Terima kasih tak terhingga kepada semua kawan-kawan dan partner yang sama-sama berusaha dan membantu saya di dalam impian ini
terima kasih..

Jika angan-angan kita kuat
jika usaha kita tak putus
jika setiap kali terduduk kita bangun semula
kita akan dapat capai juga impian kita itu..
cepat atau lambat.. insya Allah

teringat lagi lirik lagu Malique ini

Lima ribu tahun atau lima saat
Kalau kita mahu kita dapat
Share:

kedai buruk tak mengapa..

bila bercakap mengenai pemilihan rumah untuk pelaburan, orang mengatakan kata kunci adalah LOKASI, LOKASI, LOKASI
Ho Chin Soon kata LOCATION, TIMING, BRANDING
saya katakan LOKASI, LOKASI, HARGA

Tapi bagi hartanah komersial, penilaiannya berbeza
dua kata kunci: VISIBILITY, ACCESSIBILITY
Visibility ni adalah sejauh mana lot komersial tu trafik boleh nampak
Accessibility pula adalah sesenang mana lot komersial tu boleh diakses oleh aliran trafik atau senang ke orang nak gi kedai / pejabat tu?


kedai buruk takper.. yang penting dua kata kunci tadi
contohnya kedai di atas ni
berada di tengah-tengah simpang empat yang mempunyai aliran trafik yang tinggi di tengah bandar pulau pinang
dan mudah pulak orang nak akses
jadi, walaupun buruk, jangan sangka ia tak bernilai

sewa kedai sahaja dah beribu
kemudian tuan punya nya pulak tawarkan sewaan ruang papan billboard elektronik
fuhh.. pendapatan berganda!

nak tahu lebih terperinci tentang pelaburan hartanah komersial boleh hubungi dr peter yee.
beliau ada buat seminar terakhir pada 14 april nanti.
patut saya katakan di sini, dr peter yee adalah guru favourite saya :)
Share:
ring ring

RN: hello
JJ: Hello RN yang comel
RN: yo yo.. apa cer?
JJ: ko sihat..bizi tak? bla bla bla
RN: bla bla bla
JJ: sebenarnya aku ada nak tanya satu soalan ni.. aku berkenan dengan satu rumah ni kat kawasan ni la.. dekat dengan bandar. Teres dua tingkat. Orang tu nak jual 325K. aku dah tengok dah.. memang aku berkenan la..
RN: ok, so?
JJ: nak tanya pendapat ko la.. ok tak?
RN: dah check valuation?
JJ: belum.. nak check macamana?
RN: ko dapatkan alamat penuh siap dengan poskod, berapa keluasan tanah, berapa keluasan built-up rumah tu, berapa bilik, berapa bilik air, apa renovation yang ada mcm kitchen cabinet ke.. build in wardrobe ke.. then bawa maklumat tu ke bank, tanya banker kat situ berapa value dia boleh bagi. Jangan cakap dia nak jual 325K. ko cakap la dia nak jual 360K. tembak tinggi tengok bank boleh bagi tak harga tu.
JJ: Kalau bank kata boleh 360K, macamana?
RN: ko mark up la s&p nanti jd 360K. jadi pinjaman ko nanti dapat la 90% dari 360K tu
Share:

mau tipu cari orang lain laa


bro, orang lain lu boleh kencing
wa lu jangan cuba
lu nampak wa perempuan, tapi lu tak boleh kencing gua

ini ayat dalam hati saya

kawan2 pembaca blog wanita
biasa tak kawan2 rasa kurang yakin nak pergi bengkel kereta
takut mekanik tu kelentong?

biasa tak rasa kekok dan tak tahu nak beli barang macamana
masa ke kedai hardware bila cari part nak baiki paip?

saya rasa majoriti wanita ada perasaan ini
kita rasa kurang yakin
kemudian kita rasa dan kita dapati peniaga / mekanik lelaki tu cuma ambil kesempatan
jual harga lebih mahal
jual barang yeng rendah kualiti
atau baiki cincai buncai

yup, saya ada rasa yang sama masa nak cari kontraktor pasang jubin
saya tak ada pengalaman pasang jubin

saya rancang nak beli barang sendiri
cuma panggil orang pasang jubin
pasang lampu dan kipas, saya dah ada technician yang biasa pakai
cat nak buat sendiri je

jadi saya nak cari kontraktor yang bagus dan harga berpatutan
cuba tanya di FB, takde siapa bagi respon..
mungkin ramai rakan FB saya rakan yang tak berminat dengan hartanah
cuba tanya sorang pekerja indon yang biasa baiki paip di rumah saya
beliau kata, upah yg dia dan kawan-kawan biasa ambil adalah rm2 untuk setiap kaki persegi
cuma masalah dia adalah pengangkutan sebab mereka pekerja indonesia yang tak ada pengangkutan
saya pulak bekerja, macamana saya nak hantar ambil mereka dari kawasan rumah ke kerinchi hari-hari

saya mula tanya rakan-rakan, kalau-kalau mereka ada kenal sesiapa yang bagus
seorang rakan saya memberitahu yang kakak indonesia yang kami pernah pergi berurut tu, suaminya kerja pasan jubin ni semua
saya pun cuba lah hubungi kakak tu
saya panggil kak yati
tinggal di taman desa
kak yati kata memang suami dia boleh buat dan sekarang ni lapang

saya pun set nak jumpa kak yati dan suami dia malam tu juga
masa tu hari jumaat malam
sebab saya nak kerja ni siap cepat
sebab kalau lagi lama rumah ni kosong, lagi rugi kepada kita tuan rumah.. duit sewa tak masuk kan

semasa berbincang, suami kak yati, en hakim tawarkan nak siapkan semua kerja yang diperlukan di rumah tu
pasang jubin, pasang lampu, pasang rel langsir, tukar pintu, tukar tombol.. dan mengecat!
saya jelaskan, saya nak mengecat sendiri sebab saya nak jimat kos dan saya boleh mengecat sendiri
lagipun cat projek baru2 ni masih berbaki.. saya nak habiskan yang tu je

beriya-iya dia nak kerja mengecat dan semua tu sekali
dia tawarkan satu harga yang mula2 saya rasa agak mahal
tapi kemudian dia tawarkan tambahan rm50 untuk siap mengecat
dan janji akan siapkan rumah tu semua sekali dalam masa kurang seminggu

jadi saya pun rasa boleh la... win-win
saya bayar lebih sikit dari bajet asal, tapi rumah siap cepat dan saya tak perlu ulang alik uruskan wiring dan mengecat sendiri, apa salahnya
lagipun pekerja indon kan biasa mengecat, mungkin hasilnya jauh lebih baik

jadi, saya setuju lah dengan dia
isnin yang korang semua rileks cuti 4 hari maulidur rasul tu, saya dah ke kedai jubin dengan en hakim
balik kampung rumah mak  2 hari je,, sabtu ahad je.. huhuhu

order jubin isnin, janji sebelum sabtu ahad akan siap
tapi jubin tu jumaat baru sampai!
pintu tak sampai2
memang la pintu tu saiz tak standard, tapi biasa ke order pintu seminggu belum sampai?

sabtu lepas saya ke sana, jubin baru separuh di pasang
cat pun belum
wiring belum
pintu, tombol?  tak ada perkembangan
penyewa pulak dah terdesak nak masuk cepat
terpaksa saya benarkan mereka masuk walaupun rumah belum siap

janji selasa 14hb siap semua
isnin malam tu saya ke sana la.. tengok keadaan rumah tu

lemah lutut saya rasa tengok hasil mereka cat
sebodoh2 saya dan adik2 masa mula2 kami mengecat di puchong dulu pun tak macam ni
cat mereka ni cat orang malas dan buta
bercapuk-capuk, tak kena pada semua permukaan dan tepi2 tu langsung tak dicat




deyy, ini macam ka ambil upah mengecat?

dah tu, bila saya check jubin tu, ada dua tempat takde simen kat tepi antara 2 keping jubin
dan ada lebih kurang 10 keping jubin yang lompang di bawahnya

ya, saya memang tak pandai pasang jubin
tapi saya tahu bagaimana bunyi jubin yang lompang
saya belum buta dan pekak

saya pun komplen la pada en hakim
saya tgk dia buat muka bengang
buat muka bodoh-bodoh macam dengar tak dengar

setakat ni saya dah bayar separuh dari jumlah yang dia minta
mula-mula saya bagi duit untuk tanda jadi
kemudian saya tambah lagi duit untuk beli barang
dan katanya pekerjanya takde duit tambang
jadi dia pernah minta saya bayar lagi
saya hulur lagi sedikit
jadi semuanya lebih kurang separuh la dari harga kesemuanya

tapi saya memang bengang malam tu sebab walaupun cat buruk dan pasang jubin macamtu, ada ke dia minta lagi duit?
mati hidup saya tak mau bayar
saya suruh siapkan kerja esok spt yg dijanjikan
buat kerja dengan baik dan cermat
dan saya akan bayar penuh

sekali esoknya penyewa saya sms
en hakim tak nak datang siapkan rumah selagi saya tak tambah duit
what the....!!!

nampaknya dia salah menduga wanita
saya kira2 jumlah tu cukup lah untuk harga jubin dan simen yg dia beli
dan upah pasang jubin yang tak berapa betul tu
jadi, dia tak mahu datang?
fine..  cukup setakat itu
tak mahu datang, jangan datang!
saya boleh siapkan sendiri

jadi malam tadi saya pun pergi ke sana baiki cat
bawa mak dan seorang rakan pekerja dari vietnam untuk bantu
lepas ni akan panggil orang pasang lampu dan kipas
pintu tu pun saya akan order sendiri dan membr saya tu mahu bantu pasang




tapi ye la.. nak baiki cat yang memang dah tak sekata
hasilnya dah tak tak secantik kalau kita buat betul2 dari awal
sebab cat putih lapisan pertama pun dah tak rata kan...

kepada en hakim
kalau encik ingat saya akan merayu-rayu
"tolong lah siapkan rumah saya.. saya akan bayar dulu duit.."
en hakim silap
carilah mangsa lain nak tipu

kawan2 ada pengalaman lebih kurang sama?
Share:

orang malaysia balik jerman

kat klia ni...

hari ni saya menghantar adik dan keluarganya pulang semula ke Germany
mereka balik malaysia sebulan
jadi hari ni pulang semula ke sana la...

semoga selamat perjalanan ke sana
lagi 2 tahun setengah jumpa lagi bila diorang balik malaysia terus

hm... rasa nak gi kerja kat jerman boleh tak?
gaji kat sana boleh tahan.. kos hidup pun murah... hm...


sedang menikmati bekalan cekodok labu dan air barli sementara nak check in
Share:

Tunas Manja bukan supermarket semata-mata

3 minggu lepas saya ke kuantan
berkunjung ke rumah adik dan berkelah di cherating
sebelum pulang ke kajang, kami sempat ke Kuantan Parade

ternampak beberapa booth jualan hartanah
hm.. apa lagi, memang minat saya kan..
apa lagi, mengutip flyers lah.

Jadi saya berniat nak kongsikan di sini flyersnya
ok ke tak lokasi ni, saya pun tak pasti sebab saya memang tak mahir dengan kuantan
ye, walaupun asal pahang, tapi pahang tu besar
lagipun dulu masa kecik paling hebat gi temerloh je
minum ABC dan nasi ayam di benteng dah habis syok lah tu
habis moden dah tu..

tapi tak syok kalau kena keluar asrama pakai baju asrama
aduhhh.. hilang glemer rasanya
baju asrama tu dah la tak cukup cantik pada mata saya
mudah kedut, leceh nak seterika
kemudian orang2 kedai tu suka pandang serong kat kami dan perhati kami
puncanya sebab dulu2 ada budak sekolah kami kena tangkap curi barang
isk... ingat semua orang sama ke?

ok berbalik pada hartanah di kuantan yang saya tak mahir sangat selok beloknya

Dua buah hartanah komersial oleh pemaju Tunas Manja Development & Construction Sdn Bhd
tunas manja ni memang terkenal weh kat pahang, terutama kawasan kuantan
sebab mereka banyak buka cawangan pasaraya kat sana


Pertamanya, hartanah komersial di Tanjung Lumpur
Kedai pejabat dua tingkat
asalnya harga bermula dari RM 610,800 tapi masa kami ke sana dah tinggal yang RM 698,800 je
Freehold
Nanti akan ada pasaraya tunas manja di sini




Projek kedua, Pusat Komersil Bandar Indera Mahkota
Harga asal di flyer adalah RM 588,800 tapi kini dah jadi RM 708,800
Akan ada di sini nanti adalah Tunas Manja Indera Mahkota dan Hotel Seri Manja

maaflah flyers ni dah berlipat-lipat sebenarnya
lama sangat simpan dalam beg
tu yang ada seni tambahan kat situ.. seni garis-garis menegak... hehehehe

kalau ada di kalangan kawan-kawan yang ada info tentang dua kawasan ni, mungkin boleh kongsi di sini

Mungkin jika anda berminat, boleh hubungi developer 09-5172088 (pejabat)
atau melissa 012-9523160
miss lim 0169405218
Share:

6 perkara kanak-kanak 8 tahun ajar saya





 Baru pulang dari KLIA
saya turut menghantar adik an-nur, bapanya, ibunya dan penterjemahnya berangkat ke Beijing, China
Dari Beijing akan bergerak ke bandar Erkang untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk adik an-nur

pangalaman ini paling berharga bagi saya di tahun 2012
akhirnya saya dapat menatap sendiri wajah adik an-nur dan mencium pipinya
hm.. entah kenapa hati saya sangat terkesan dengan perjuangan puan raja rohaisham dan en mohd affandi ini

kata ibunya tadi,"memang an-nur takkan pulih seperti insan normal, cuma kita mahu usahakan kehidupan yang lebih selesa buatnya"

Apa yang saya belajar tentang kisah mereka?



1) Jangan takut untuk berimpian. 
Pasangan ini berimpian besar.. mahu anak-anak mereka menjalani rawatan di China, kemudian menjalani terapi di UK dan beberapa negara lain yang difikirkan perlu untuk memberi kehidupan yang lebih baik pada arwah annisa dan an-nur.
Memang tiada jaminan 100% impian kita akan tercapai tapi dengan impian itulah tindakan akan bermula
Impian itulah yang menjadi punca langkah pertama diorak
Tanpa impian, tanpa perancangan, dah tentu tiada langkah pertama
Statik lah kita di situ

2) Impian biar tinggi
Pasangan ini bercita-cita untuk mengutip rm500K untuk pembiayaan.
Mereka berusaha untuk capai 500K itu.
namun hingga mereka bertolak, mereka masih belum jauh dari sasaran
mereka hanya dapat kutip sebanyak rm120 - 130K sahaja.
ok tak 130k?
sangat ok!
impian 500k, dapat 130K
bagaimana kalau mereka hanya punya impian 100K?
mungkin cuma dapat rm30K
jadi, jangan takut untuk punya impian yang tinggi
biar langit sahaja menjadi batasannya
biar kerak bumi yang dalam menjadi asasnya
kerana jika tak dapat capai setinggi langit pun, kalau dapat capai setinggi gunung kinabalu, ia jauh lebih bagus dan berjaya dari statik di permukaan bumi


3) Jangan putus asa.
Bila mereka mula berimpian besar, tapi melihat pada kedudukan kewangan yang kecil, mereka tidak berhenti begitu saja.
Bila kutipan pada awalnya sangat perlahan, kemudian adik annisa meninggalkan mereka buat selama-lamanya, mereka tak putus asa
semangat mereka makin kuat
Begitulah kita..
bila sumber kita terhad, jangan terus mengalah
bila dugaan datang menimpa, jangan berhenti
teruskan perjuangan
teruskan usaha
kerana hanya dengan hati yang tabah, jiwa yang kental dan usaha yang tak putus akan membuahkan hasil
sepertimana adik an-nur tadi.. akhirnya akan dapat juga menjejakkan kaki di bumi China
kini mungkin sedang lena di dalam perut kapal terbang..



4) kreatif menggunakan sumber
Jika orang lain nak mengutip derma, mereka hanya menunggu kutipan wang rumah ke rumah atau kutipan ke akaun bank mereka
tapi pasangan ini dan pasukan sukarelwannya kreatif
mereka dapatkan kerjasama Seni Suri Jawi untuk anjurkan konsert amal
Mereka melamar Safee Sali sebagai duta
mereka usahakan kerjasama dengan Islamic Aid Malaysia untuk buat jualan amal
mereka kreatif
penyokong mereka kreatif
begitu juga kita
nak beli rumah.. nak mulakan pelaburan hartanah tapi duit simpanan tak cukup
kita juga perlu kreatif dapatkan modal
pinjam dari keluarga atau rakan baik?
keluarkan duit kwsp?
refinance rumah sedia ada?
jual kereta yang melebihi kemampuan?
jadilah kreatif asalkan dapat teruskan usaha




5) sokongan kumpulan
Pasangan ini mendapat sokongan yang kuat dari team Hope 2 Walk
kemudian mendapat kerjasama dan sokongan dari Islamic Aid Malaysia, Safee Sali dan Seni Suri Jawi
Mereka juga dapatkan kerjasama dan bantuan seorang rakan berbangsa cina sebagai perterjemah
pasukan yang kuat ini menyokong mereka
sampaikan bila beg mereka lebihan berat tadi pun, pasukan ini yang membantu mendapatkan kotak dari kedai2 di KLIA
membantu menyusun semula barang2 mereka
Sikap setiakawan yang sangat bagus
Kita sebagai pelabur hartanah juga perlukan sistem sokongan yang kuat
rakan pelabur untuk sama2 berkongsi pendapat atau samsa2 berkongsi peluang
peguam yang melicinkan urusan
juruteknik elektrik yang membantu membaiki peralatan elektrik atau wiring yang rosak
tokeh kedai perabot untuk dapatkan perabot yang bagus dengan harga berpatutan
semua ni sistem sokongan yang kita perlu ada





6) Buat, jangan teragak2. Berani
Pasangan ini memang berani untuk merantau ke negara orang
mereka teruskan juga perjuangan
kita pun.. kenapa teragak2 untuk memulakan pelaburan pertama
mengapa terlalu banyak alasan?
mengapa terlalu lama berfikir walaupun peluang besar di depan mata
gunakan pengiraan risiko, gunakan pengiraan untung rugi, rental yield, ROI
jika peluang bagus datang, jangan teragak-agak
beranikan diri dan bertindak
keluar dari zon selesa anda
mulakan langkah pertama dan timba pengalaman seterusnya
insya Allah, kita boleh berjaya

Dah hampir 2 jam adik an-nur di dalam penerbangan
Lagi 4 jam dia akan menjejakkan stroller di bumi Beijing
Kemudian terus ke Hospital Erkang untuk rawatan.

Semoga selamat di sana
Anda semua insipirasi kami



Baca kisah adik an-nur dan arwah adik annisa dalam artikel terdahulu saya
http://www.propertywaltz.com/2011/12/perkongsian-lewat-2011.html
http://www.propertywaltz.com/2012/02/semoga-selamat-pergi-dan-selamat-di.html

Share:

semoga selamat pergi dan selamat di sana

Pernah saya kongsikan tentang adik an-nur dan arwah adik annisa yang sedang mengumpul dana untuk rawatan di China
boleh baca di sini http://www.propertywaltz.com/2011/12/perkongsian-lewat-2011.html

alhamdulillah...  syukur dan jutaan terima kasih kepada Tuhan yang Maha Berkuasa...
hasil kutipan dari sumbangan orang ramai, jualan amal, konsert amal, akhirnya adik an-nur akan terbang
terbang ke China bersama dua ibu bapanya yang tercinta

Adik an-nur akan terbang pada awal pagi 14 februari 2012.
tinggal lusa je tinggal
Maklumat penerbangan ialah penerbangan MAS jam 12.50am 14hb Februari.
Masa untuk check in jam 9.30 malam 13 Februari.

Insya Allah esok pagi MHI akan menyiarkan rakaman temubual yang diadakan di rumah mereka

semoga selamat pergi
semoga segala urusan dipermudahkan
semoga rezeki kalian dimurahkan di sana
semoga adik an-nur akan pulang ke Malaysia dengan berjalan seperti kanak2 biasa

terima kasih kepada rakan2 pembaca blog yang turut menyumbang
walaupun ibubapa an-nur tidak mengenali kita semua, saya pasti mereka sangat hargai bantuan kecil kita ini
kalau tidak, masakan si ibu, puan raja rohaisham meninggalkan komen yang menyentuh hati di dalam posting saya sebelum ini.

katanya,

jutaan terima kasih empunya blog atas perkongsian ini.. allah jua membalas kebaikan anda.. mama annisa & an-nur

Kawan2 juga boleh baca luahan rasa ayah an-nur, kartunis Ronasina di sini http://kulupsakah.blogspot.com/

dan ini cerita permulaan program Hope2Walk bermula
http://ummuasiah2001.blogspot.com/2012/02/pengembaraan-hope2walk-bersama-impian.html



Gambar semasa majlis kenduri arwah dan kesyukuran sempena pengembaraan mereka ke China, pada beberapa hari lepas.



Fara Fauzana turut menyumbang jaket untuk jualan amal Hope2Walk
Share:

jangan guna aircond ni

saya belajar dari kesilapan
memang banyak cuba dan silap (trial and error) yang berlaku dalam hidup saya

masa kecik dulu selalu cuba dan silap buat biskut raya
yang paling tak lupa, tersilap masa mula2 buat biskut batik jawa
ada ke saya, kakak dan adik boleh blur macamana nak buat lepas kami campurkan bahan dlm kuali
resepi tu tak bgtau yang kami kena masukkan dalam bekas dan tekan mcm nasi himpit (kami panggil nasi kapit)

blur punya pasal, kami pergi tumbuk dlm lesung batu bahan2 yang dah digaul tu dan cetak guna pencetak kuih
dah biskut batik jawa jadi mcm cookies biasa.. adehhh

ok, saya dah melencong

apa yang saya nak kongsi hari ni adalah cuba dan silap saya dalam memilih jenama dan model air-cond
biasalah kita kan nak jimatkan kos
kita akan pilih alat elektrik yang ok tapi dengan kos yang paling murah

masa nak pasang aircond untuk rumah sewa saya, saya bertanya kepada kontraktor air-cond
nak yang murah tapi ok
mereka cadangkan beberapa jenama iaitu haier atau daikin
saya pun pilih haier
sebab siap pasang baru dalam rm800 - 850 bergantung pada jarak split unit dan compressor
semua sekali ada dalam 4 unit air-cond yang baru yang saya pasang

rupanya air-cond ni tak berapa sejuk la
patut la penyewa saya suka komplen air-cond tak sejuk
saya ingat sebab gas dah kurang atau sebab kotor
saya pun hantar la technician air-cond untuk servis

rupanya memang dia tak cukup sejuk!
sejuk setakat ala-ala ada je
walaupun remote dah tunjuk 16 darjah celcius
walaupun baru lepas servis pun, dia sejuk tahap mcmtu je...

jadi kesimpulan saya nak kongsi di sini
JANGAN BELI AIR-COND INI---> JENAMA HAIER
huhuhuhu...



Share:

perhatian: rumah ini ditutup sementara untuk kerja menaiktaraf

Saya biasa mengecat
tapi tak pernah dan tak tahu selok belok memasang jubin

jadi, nampaknya saya dlm proses pembelajaran baru ni

rumah ni penyewanya baru keluar
masa saya beli dulu penyewa tu memang dah 2 tahun duduk di situ
kemudian selepas saya beli, 3 tahun pula dia tinggal
jadi semuanya 5 tahun

selama dia duduk, dia suka membaiki sendiri kalau ada rosak
dia juga jarang komplen
tapi bila keluar dan saya tengok keadaan rumah.. alamak...
bukan nak salahkan dia, cuma ye lah.. faktor tear and wear pun betul juga
lagipun saya beli subsale, jadi memang keadaan dia tak secantik rumah baru la..



rumah berlantai parkir ini perlu diganti dengan jubin dan disiapkan secepat mungkin
oleh kerana lokasi sangat panas, penyewa dah ada walaupun kerja-kerja ubahsuai dan pembaikan belum siap
mereka dah bayar duit booking dah

kontraktor bawa ke jalan ipoh untuk beli jubin
pilih jubin murah je.. dan bukan jenis yang permukaannya licin berkilat
sebab pengalaman sendiri dulu, jubin licin ni susah nak menyapu sampah
bila disapu sampah akan lari ke kiri dan ke kanan
jadi, cari jubin yang bertekstur sedikit permukaannya
tapi kedai jubin ni slow lah... janji nak hantar barang, tapi dah berapa hari barang belum sampai.. huhuhu...

untuk jimat kos, saya akan gunakan baki cat rumah adik baru-baru ni
cuma perlu beli satu tong cat je lagi untuk tambahan
beli yang 18 liter

ada 2 pintu yang dah rosak teruk
kena tukar baru
oleh kerana saiz yang pintu bilik tu bukan saiz standard, kena lah tempah pintu custom made punya..


lampu di ruang tamu pun dah uzur
nak ganti baru
beli di kedai amethyst di saujana prima, bagi saya murah harganya




hm.. tak sabar nak tengok rumah ni pula siap dinaiktaraf
Share:

suami isteri gaduh, penyewa bagaimana?

perkahwinan pasti membahagiakan?
oh oh.. ia biasa di dengar di dalam cerita cinderella.. snow white..  rapunzel...
penghujung cerita pasti ada ayat "and they live hapily ever after.... "
tapi adakah ia hakikat yang sebenar?
adakah ia terpakai untuk semua perkahwinan?

wohooo... soalan panas tu...
pasti ramai dah jawab dlm hati, "tak semua perkahwinan macam tu... ada yang bahagia, ada yang tidak.."



saya bukan pakar masalah rumahtangga.. jelas tidak!
tapi saya nak kongsikan kesan rumahtangga yang bermasalah pada bidang pelaburan hartanah kita.
cerita yang dikongsi di sini adalah berasaskan kisah benar


kisah 1


En F dan Puan A adalah suami isteri.
Puan A mengeluarkan wang deposit untuk membeli sebuah rumah yang mereka harapkan menjadi rumahku syurgaku mereka.
En F pula akan membayar bayaran bulanan.
Tetapi mereka kemudiannya tidak tinggal sama sebab En F dapat kerja di negeri lain.
Puan A pula dapat kemudahan rumah pekerja.
Rumah idaman tadi disewakan.
Pengurusan rumah dilakukan oleh En F, sewa pun dibayar terus ke En F.
Jodoh terlebih panjang, En F berkahwin lain di negeri tempat dia bekerja.
maka rumahtangga en F dan puan A berantakan hingga membawa ke perceraian.
maka episod berebut rumah berlaku.
tiba2 puan F berjumpa dengan penyewa, meminta penyewa membayar sewa kepada dia.
puan A siap naikkan kadar sewa lagi.
penyewa pun nak mengesahkan maklumat, dia menghubungi en F
en F bertegas nak sewa dimasukkan ke akaun dia dan kadar sewa kekal.
dari masa ke semasa puan A membuat lawatan tapak ke rumah ini.
kes perceraian dan tuntutan harta sepencarian di bawa ke mahkamah
En F terdesak nak selesaikan kes cepat, maka dia tawarkan rumah tersebut untuk dijual kepada penyewa dengan harga yang munasabah. 10% di bawah harga pasaran.
Lokasi sangat cantik dan memang susah nak jumpa orang nak jual rumah di situ,
maka akhirnya ia menjadi rezeki penyewa
Puan A gigit jari kerana beliau inginkan rumah tersebut, bukan keuntungan modal rumah tersebut yang dibahagi dua.






Kisah 2:


sekumpulan pelajar wanita mencari rumah sewa
akhirnya terjumpa satu iklan apartment untuk disewa dengan harga yang berpatutan
Mereka menghubungi si pengiklan yang mendakwa tuan rumah. saya panggil Puan Z
Deposit sebulan dan wang sewa dibayar
kemudian mereka pun berpindah masuk
Seminggu lepas tu, seorang lelaki datang ke rumah, kita panggil En J
En J kata mereka penyewa tidak sah sebab dia sebenarnya tuan rumah
Puan Z adalah bekas isterinya. Rumah dibeli semasa mereka berkahwin dahulu
tapi S&P atas nama En J.
EN J berkeras tak mahu menyewakan rumah tersebut dan mahu pelajar perempuan ini berpindah keluar
Puan Z gagal dihubungi
EN J ugut, kalau tak keluar dalam masa beberapa hari lagi, dia akan pecahkan pintu dan campak barang keluar
Terpaksalah pelajar-pelajar ini mencari rumah sewa lain dan bayaran sewa serta desposit hangus.


Moral of the story: berhati-hatilah.
kadang-kadang rumah tangga yang berantakan begini menguntungkan penyewa
kadang-kadang sebaliknya
langit tidak selalunya cerah




Share:

pelabur hartanah dan 4 sifat-sifat nabi

semalam merupakan ulang tahun kelahiran nabi Muhammad S.A.W

alhamdulillah... setiap tahun Malaysia menyambut kelahiran beliau
walaupun sambutan ini dikatakan sebagai bid'ah, namun elok kita melihatnya dari sudut positif.
jika ia tidak dijadikan cuti umum dan disambut di peringkat nasional, saya pasti ramai yang akan melupakan hari lahir baginda ini

sempena maulidur rasul ini, mari kita hayati dan contohi sifat-sifat rasulullah s.a.w
apa kata kita cuba lihat ia dari sudut kita sebagai pelabur / bakal pelabur hartanah

4 sifat mulia baginda adalah

1) siddiq atau benar
Rasulullah s.a.w seorang yang bersifat benar. kata-katanya, perbuatannya, tindakannya dan seluruh dirinya adalah berasaskan kebenaran. tidak sekali2 ada unsur-unsur pembohongan.
melihat kepada kita sebagai pelabur hartanah, kita juga perlu berkata yang benar apabila menyewakan rumah kita atau menjualnya kepada pembeli baru.
Jangan pula cat setahun lepas kita katakan cat baru.
Jangan pula dah janji nak jualkan pada pembeli A pada harga sekian-sekian, sekali kita tukar fikiran dan membatalkannya.
Jangan pula kita bagi kenyataan yang kurang tepat kepada rakan kita yang bertanya berkenaan pelaburan hartanah semata-mata sebab kita ada dendam pada dia.

2) Amanah
Amanah berkait dengan sikap boleh dipercayai.
JIka seseorang meletakkan kepercayaan terhadapnya untuk melakukan sesuatu, seseorang yang amanah akan melaksanakan tugasnya dengan sebaik-baiknya.
Sebagai pelabur hartanah, sifat ini sangat penting.
Ada satu amanah besar di atas bahu kita iaitu pinjaman. Perlulah kita membayar ansuran bulanan yang telah kita janji untuk membayarnya di dalam dokumen perjanjian antara kita dan pihak bank.
Jika ada di antara kita yang membeli rumah secara perkongsian, siapa yang menguruskan rumah itu perlulah amanah.
Jangan sekali-kali kita makan wang bahagian rakan kongsi kita.
Rakan kongsi juga sama, perlu juga amanah dan sedia memnghulurkan bantuan kepada pengurus rumah tersebut.

3) Tabligh iaitu menyampaikan
Rasulullah menyampaikan ajaran Islam dan nasihat-nasiahat yang baik kepada kita.
Alhamdulillah di zaman ini, sungguh mudah untuk kita turut menyampaikan ilmu dan mesej yang baik kepada rakan-rakan.
kita ada blog, ada Facebook, ada twitter, ada Google+
apa kata, pada mereka yang suka menulis, boleh lah buka satu blog dan kongsikan pengalaman pahit dan manis di dalam pelaburan hartanah
yang kurang berminat menulis, mungkin boleh kongsi di Facebook atau twitter.
kalau rakan2 peribadi rasa perkara tu macam poyo atau menunjuk-nunjuk (yang sebenarnya kita tak maksudkan begitu) mungkin anda boleh kongsikan di dalam kumpulan yang sesuai
contohnya di dalam page Group FB Property N Co
atau cara paling mudah adalah apabila anda membaca artikel yang bagus di blog atau status FB orang lain, anda gunakan ciri-ciri kongsi di FB, twitter atau Google+ untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda pula
mana tahu, perkara kecil yang anda lakukan ini dapat memberi manfaat kepada rakan anda yang ingin membeli rumah mereka juga
ilmu yang bermanfaat adalah salah satu amalan kita yang akan dibawa ke alam sana nanti.. insya Allah..

4) Fathonah atau bijaksana
Rasulullah sememangnya seorang yang bijaksana di dalam tindak tanduk beliau.
Lihat saja strategi beliau di dalam Perjanjian Hudaibiyah.
Banyak terma yang jika diperhalusi, memberi manfaat yang besar kepada orang islam tetapi pada masa yang sama keadilan kepada bukan islam.
sebagai pelabur dan bakal pelabur hartanah, kita juga perlu melabur dengan bijaksana
tidak boleh bertindak semborono.. tidak boleh sekadar hanya mengikut rakan-rakan
di dalam mengambil tindakan jika penyewa lewat membayar sewa, bertindaklah secara bijaksana
di dalam memilih hartanah untuk dibeli, lagi lah perlu bijaksana
ingat bahawa pelaburan hartanah ini merupakan satu perniagaan
perniagaan perlu dilakukan secara bijaksana
ini juga merupakan satu jihad ekonomi kepada kita, orang-orang islam
takkan nak biarkan orang yahudi saja kaya kan..
kerana bila kita ada kuasa ekonomi, banyak perkara baik dapat kita lakukan

maafkan saya jika artikel ini terlalu banyak kelemahan kerana sememangnya saya bukan pakar dalam bidang agama
tapi harap anda ambil yang baik dari apa yang saya tulis.
mari kita lakukan yang terbaik sebagai seorang muslim
mari kita tunjukkan sifat pengasih kita, cukup2lah orang islam dikatakan pengganas

Salam Maulidur Rasul

mari kita tonton video muzik ini yang memaparkan sikap sebenar Nabi Muhammad S.A.W
bukan seperti yang dilukis di dalam karikatur orang Denmark
bukan seperti yang difitnah oleh para murtad
tapi inilah sifat beliau yang perlu kita contohi
dan perlu kita beritahu kepada mereka yang tersalah sangka


Share:

doktor + tuan rumah = makcik kayooo

Saya ada seorang kawan
kawan sekampung yang memang kamceng masa sekolah rendah
Kami satu geng
satu kelas
sama-sama pengawas
sama-sama duduk kat Blok B
sama-sama pernah main longkang
sama-sama pernah mengharungi lecah jalan tak bertar ke sekolah

biar saya panggil dia Jee.



kami memang geng
tapi bila masuk sekolah menengah, kami bawa haluan berbeza
namun hubungan baik tetap dijaga

Sekarang Jee seorang doktor
cita-cita dia dari sekolah rendah
Memang hebat dia ni
Tapi yang paling hebat adalah baru-baru ni dia dah berjaya jadi tuan rumah
wah....

dia memang dah lama membeli rumah
tapi untuk duduk je.. bukan untuk pelaburan
namun sejak pertengahan tahun 2008 lagi dia dah mula hubungi saya melalui telefon
bertanyakan panduan membeli rumah untuk pelaburan dan kalau-kalau saya ada tahu rumah yang bagus untuk dijual
ada la dia tengok rumah rakan pejabat saya nak dijual di mentari court
tapi kemudian tak jadi beli

kemudian dia ada juga survey rumah di shah alam.. tapi belum membeli lagi

sejak tu, kadang2 kami berborak mengenai pelaburan hartanah di telefon
dia pun teruskan survey sambil belajar
satu demi satu tips saya kongsikan kepada dia

kawan saya ni memang seorang  yang bijak
jadi, walaupun saya bagi panduan melalui telefon, dia cepat tangkap

tahun 2010, menggunakan tips yang saya kongsikan pasal Golden Triangle, akhirnya dia berjaya mencari dan  membeli satu unit rumah yang sangat-sangat di bawah harga pasaran
apartment di seksyen 15 bandar baru bangi
harga pasaran masa tu 95K tapi beliau dapat beli dalam 72K je
25% di bawah harga pasaran.. wuhooooo!!

tapi sebab tak mau bayaran bulanan tinggi, dia buat pinjaman atas 85K je..
ok jugak.. masih dapat cash..

ingat tak saya cerita dia pernah beli rumah sebelum ni.
jadi apartment ni adalah rumah ke2
sepatutnya pembelian seterusnya adalah rumah ketiga.
jadi dia sepatutnya layak dapat loan 70% je untuk yang berikutnya

tapi dia gunakan teknik mohon 2 pinjaman serentak yang saya kongsikan kepada dia
lepas je booking rumah ni, dia book satu lagi apartment lain
terus mohon pinjaman
wuhooo.. dua-dua loan dapat 90% pinjaman...
waaaaa.....

ini bermakna, walaupun sepatutnya rumah ketiga dia dapat 70% loan, peraturan tu dapat dimanipulasi oleh dia
dia masih dapat 90% untuk rumah ketiga.
cuma projek ni ada sangkut sikit.. jadi loan belum disburse

lagi best, sebab dia terlalu gembira dengan seksyen 15, beberapa bulan lepas tu dia beli satu lagi
kali ni dapat harga 70K je..
harga pasaran 95K
jadi dia dapat 26.3% di bawah harga pasaran
gila.. melopong mulut saya mendengarnya....

nak jadi cerita rezeki dia, yang ni dia dapat pinjaman 80% walaupun pinjaman rumah ke4
hm.. mungkin sebab pinjaman ketiga dia tu tergantung dan tak keluar di dalam rekod pinjaman ccris dia
memang terbaekkk

nanti dulu....ada lagi berita hangat!
baru-baru ni beliau dah dapat kunci rumah seksyen 15 beliau yang pertama tu

dan dah sewakan
letak je iklan sewa rm600, berderu-deru panggilan telefon diterima
jadi, kejap je dah dapat penyewa
jadi, rental yield yang dia dapat adalah 9.86%
wowwww


wohohooo...
rakan didik saya yang dah sedia bijak ni memang sangat hebat!

Jee = doktor + tuan rumah
Jee = makcik kayoooo!!!






Gambar 1: hakcipta Jee
gambar 2: hakcipta iproperty

pesanan buat jee: bila mau ajak aku datang rumah? mau makan spaghetti home-made.. ehehehe
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog