• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

5 soalan orang blur nak beli rumah

Dua hari lepas, saya ditanya satu siri soalan oleh sepupu saya.
Saya pasti soalan-soalan ini pasti ada pada mereka yang blur dan baru nak beli rumah untuk duduk sendiri.

Saya kongsikan soalan dan jawapannya di sini.

1)
Beliau ingin membeli rumah berharga 380K, tetapi kelayakan pinjaman perumahan kerajaan beliau hanyalah rm320K
Bolehkah?

Jawapannya, boleh.. tapi beliau kena keluarkan wang tunai untuk baki RM 60K yang tak cukup lagi tu lah..



2) 
Bagaimana pula jika kelayakannya 380K tapi nak beli rumah berharga RM 320K sahaja?
Jawapannya.. pun boleh..
Buat pinjaman untuk maksima RM 320K sahajalah..
kalau ada wang tunai dan nak kurangkan bayaran bulanan, boleh buat pinjaman kurang dari amaun RM 320K tu.
Mungkin buat pinjaman RM 300K sahaja, lagi RM 20K dia boleh bayar deposit dengan tunai.
Dengan ini, bebanan bayaran bulanan lebih rendah.

Ingat, rumah untuk kita duduk adalah liabiliti.
Kerana kita bayar dia setiap bulan sehingga mungkin 30 tahun.
Tapi ia tidak menjana wang secara terus kepada kita.

Jika awal-awal lagi kita sudah beli rumah yang bayaran bulannya di tahap hidung kita,
maka sangat sukarlah kita untuk bernafas.

Ingat lagi kata-kata yang pernah saya kongsi?
Berbelanja di bawah kemampuan.

Lantas, sepupu saya bertanya lagi.


3)
Rumah yang pemaju jual di sana sekarang harganya lebih kurang RM400K ke atas.
Bagaimana?

Jawapan saya: tak semestinya kita beli rumah baru.
Cuba jenguk rumah subsale.
Ada banyak rumah yang orang jual dengan harga lebih murah dari harga yang pemaju jual.

Lantas saya cuba menjenguk iklan di beberapa laman web pengiklanan rumah untuk dijual.
Memang ada banyak rumah teres setingkat dan dua tingkat yang dijual dengan harga RM 200,000 ke bawah.

Ada banyak laman web sebegini.
contoh: mudah.my, iproperty.com.my, thinkproperty.com, propwall.com dan lain-lain.

Ada rumah yang dijual ini melalui agen.
Ada yang dijual terus oleh pemiliknya.

Kalau ia diiklankan oleh agen, mereka ni sebenarnya adalah real estate negotiator (REN).
mereka bukan real estate agent (REA) pun..

REA adalah professional yang ada lesen untuk menjalankan urusan jual beli rumah dan penyewaan rumah.
Mereka berdaftar dengan Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia.
Setiap REA ada nombor pendaftaran masing-masing yang dipanggil sebagai E Number.

Manakala REN bekerja dengan REA.
Mereka ni pakai e number REA yang dia bekerja tu.
Kiranya macam salesman bagi pihak REA lah.


4)
Macamana nak tahu 'agent' yang jual rumah tu adalah REA atau REN yang berdaftar?

Nak kenalpasti on the spot, minta kad mereka.
Pastikan  mereka berikan kad agensi mereka dengan nama penuh dan siap dengan E number.
Kemudian bila kita buat bayaran booking, pastikan mereka keluarkan resit rasmi agensi mereka.
Resit tu memang tercetak nama agensi, E number dan alamat agensi.



5)
Bagaimana nak tahu harga yang dijual tu harga yang berpatutan?

Jawapannya: kena semak harga penilaian bank semasa.
Secara sekali imbas, cari iklan rumah yang saiznya sama di taman perumahan yang sama.
Berapa harga mereka jual.
adakah rumah yang kita nak beli ni harga lebih kurang sama?
Jika ya, mungkin harga tu harga pasaran.

Jika ada perbezaan harga dari satu iklan ke iklan lain, boleh ambil purata.

Tapi cara paling tepat adalah dengan mendapatkan nilaian dari jurunilai.
Boleh hubungi jurunilai dan minta mereka buat penilaian.
Ada bayaran atas perkhidmatan ini.

Tapi kalau nak free, boleh minta bantuan banker yang kita nak buat pinjaman nanti.
Beri alamat penuh, berapa bilik, berapa bilik air, sebarang renovation yang ada, keluasan dan status leasehold/freehold dan open lot/ bumi lot
hantar ke banker.
minta mereka bantu dapatkan valuation.


Share:

mereka berakhir di Lautan Hindi

Kita semua sedang bersedih dengan apa yang berlaku pada pesawat MH370
Hati kita masih meruntun sayu mendengar kata-kata Perdana Menteri semasa sidang media malam tadi.

Penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Jika kita yang mendengar dan mengikuti ini pun terasa sedih begini
Berganda-ganda lagi hati ahli keluarga dan mereka yang sangat dekat di hati krew dan penumpang.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.




Buat kapten Zaharie dan pembantu juruterbang
Saya percaya tuan telah lakukan yang terbaik untuk menyelamatkan pesawat ini.



Share:

Bermalam di Emanuel Homestay, Danau Toba

Beruntungnya jika kita tinggal di lokasi pelancongan kan..
Sebab dengan tanah yang sedia ada, kita hanya perlu tambah bilik dengan pintu berasingan
Dan kemudian sewakannya sebagai bilik penginapan.
Dah jadi satu sumber pendapatan tambahan kan..

Saya lihat di Langkawi, ramai orang kampung berhampiran Pantai Cenang buat begini.

Teringat semasa saya ke Danau Toba.
Saya gamble sahaja ke sana walaupun belum ada penginapan.
Kerana pada masa itu cuti umum Chineese New Year atau di sana ia dipanggil 'Imlek'.

Ketika di Medan sehari sebelumnya, saya cuba menghubungi semua hotel dan penginapan yang ada di internet.
Tetapi semuanya penuh.



Saya gamble juga bergerak ke sana.
Sedang saya jam 4.00 petang baru tiba di Tuk Tuk dan berseorangan.

Berjalan kaki dari simpang ke Tuk Tuk ke kawasan pelancongannya lebih kurang 3 km juga.
Apabila tiba di hotel-hotel di kiri kanan, semuanya penuh.
Hinggalah saya melewati sebuah kedai runcit yang ada papan notis dengan kotak bertulis "Di sini ada bilik penginapan".



Saya pun bertanya kepada pemilik kedai tersebut.
Ya, memang ada lagi bilik penginapan di tingkat atas.
Lega...



Bilik penginapan ini ringkas sahaja.
Ada katil queen dan cermin.
Ada satu bilik air di luar untuk dikongsi dengan satu lagi bilik penginapan.

Mereka baru je siapkan dua bilik penginapan dan bilik air ini di atas kedai runcit dan rumah mereka.
Harga semalam adalah IDR 150 ribu.

Pemiliknya adalah pasangan suami isteri muslim.
Nama isterinya Mek Leksa.
Majoriti di sini beragama kristian.

Bilik ini bersih. begitu juga dengan bilik air.
Cuma air ke tandas memerlukan penggunaan pam air.
Jadi, jika mahu menggunakan tandas dan air di besen tidak mencukupi, saya perlu turun ke kedai di bawah dan meminta pemiliknya menghidupkan pam.
Sebab takkan mereka nak pasang sahaja pam air setiap masa kan..

Ruang balkoni di luar bilik ini besar dan mengadap tasik.
Tapi saya lebih gemar turun terus ke tepi tasik untuk menikmati pemandangannya.
Tidak jauh dari situ juga ada kedai makan muslim.



Pagi esoknya, Mek Leksa menyediakan masakan lontong.
Mereka panggil lontong sayur.
Harga lontong sayur dan air kopi O adalah IDR 15,000.




Saya juga bertemu dengan dua orang anak-beranak dari Malaysia.
En Shanmugam dan bapanya.
Mereka datang ke Tuk Tuk ini satu keluarga.
9 orang semuanya.
Makan sambil berborak dengan En Shan, bapanya dan Mek Leksa memang pengalaman yang terbaik.

Sebelum saya pulang, Mek Leksa ini sempat berpesan kepada saya.
"tolong saya masukkan penginapan ini di internet ya!"



Jika ada yang berhajat ke Danau Toba, mungkin boleh pertimbangkan penginapan ini.

Bilik yang bersih, selesa dan murah dan pemiliknya yang ramah.

Emanuel Homestay
untuk tempahan, boleh hubungi +62002165522320

Share:

Biawak hidup yang disayangi

Malam tadi saya dah siapkan satu lagi siri pesanan bergambar saya.

Mesej tersebut adalah:


Ramai memilih membeli kereta yang sehabis maksima mampu dibayar secara bulanan.
Tapi terlupa pula mengambil kira bayaran road tax tahunan, insurans, tayar botak, kos parking, tol, minyak dan kos penyenggaraan.

Ramai memilih membeli kereta kerana katanya di situlah simbol kejayaan.
Dah bekerja di KL, pegang jawatan eksekutif kan.. ada kereta gempak barulah berjaya namanya.
Biarpun setiap bulan semput bayar hutang kereta.

Ramai mengeluh nak beli rumah mahal.
Sedangkan harga rumah yang lebih murah atau sama dengan harga kereta mereka pun banyak.
Itupun tak tentu dapat buat pinjaman ke tak.. komitmen dan penuh.

Sedar atau tidak... kereta adalah ibarat biawak hidup yang paling disayangi kebanyakan kita.



Insya Allah dalam Bengkel Wang dan Hartanah, saya akan kongsikan kesan pembelian kereta dan bagaimana ia boleh melenyapkan harapan anda untuk membeli rumah (atau rumah-rumah).

Saya juga akan kongsikan bagaimana untuk anda dapat menguruskan kewangan bagi membolehkan permohonan pinjaman perumahan datang menderu-deru.

Bengkel Wang dan Hartanah akan diadakan pada 30 Mac 2014 

Saya bersungguh mahu anjurkannya sebelum saya ke Beijing awal bulan April.

Yuran 
          RM 228 seorang untuk salah satu seminar
          RM  428 seorang untuk dua tiket

Ahli Kelab Alien Hartawan: RM 178 untuk satu tiket.

***********************
Cara mendaftar

**********************

2 perkara yang perlu anda lakukan untuk hadir ke seminar ini.

1) mohon tuan / puan membuat pembayaran ke
- akaun CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services; atau
- akaun maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor

Masukkan alamat email propertywaltz@gmail.com untuk notifikasi sistem perbankan online.

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di
http://bit.ly/wanghartanah314f

Sebarang pertanyaan boleh sms atau call +60 18-968 7803


Share:

Bengkel Wang dan Hartanah sesi Mac 2014

Ramai bertanya bila saya akan adakan seminar saya sendiri seterusnya?

Baiklah... atas permintaan, saya akan anjurkan sekali lagi Bengkel Wang dan Hartanah seterusnya.

Saya tukar namanya dari seminar ke bengkel kerana saya dapati ia lebih bersifat interaktif.
Lebih berbentuk bengkel berbanding seminar yang lebih pasif.



Bengkel Wang dan Hartanah sangat sesuai kepada mereka yang baru mahu belajar mengenai pelaburan hartanah.
Atau kepada mereka yang baru beli satu unit rumah tetapi masih kurang jelas mengenai tips dan trick penting.

Menghadiri bengkel ini, peserta akan didedahkan dan memahami:

- Pengurusan wang dan kewangan peribadi
- Menggali hartanah panas
- Prosedur beli rumah
- mengenalpasti kelayakan pinjaman
- Teknik mendapatkan pinjaman
- kenalpasti jodoh hartanah
- Pro dan Cons: Beli rumah under construction, subsale dan lelong.
- serta bonus: bagaimana menyelesaikan hutang PTPTN dalam masa 3 tahun.



Bengkel ini akan diadakan pada :
Tarikh: 30 Mac 2014 (Ahad)
Tempat: No 12-1 Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, Kajang.
             (pejabat dan bilik seminar Sifu Shafie Bustan)

Yuran

          RM 228 seorang untuk salah satu seminar
          RM  428 seorang untuk dua tiket

Manakala untuk ahli Kelab Alien Hartawan iaitu mereka yang pernah hadir seminar saya terdahulu atau yang beli ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa besar, ada harga yuran istimewa untuk anda.
Yuran: RM 178 seorang untuk salah satu seminar



2 perkara yang perlu anda lakukan untuk hadir ke seminar ini.

1) Bank in wang yuran  ke
- CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services.
atau
- Maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor Jahron
masukkan email rohaniahnoor@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran

***********************
Cara mendaftar

**********************

2 langkah untuk mendaftar:

1) mohon tuan / puan membuat pembayaran ke
- akaun CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services; atau
- akaun maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor

Masukkan alamat email propertywaltz@gmail.com untuk notifikasi sistem perbankan online.

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di
http://bit.ly/wanghartanah314f

Sebarang pertanyaan boleh sms atau call +60 18-968 7803
Maaf, tempat adalah terhad kepada maksima 25 orang sahaja.

Jumpa di sana ya!




Share:

3 tips beli perabot dan alat elektrik dengan DISKAUN BESAR

Hari ini saya ingin berkongsi tiga tips beli perabot dan peralatan elektrik baru dengan diskaun gempak-gempak.

Kredit foto: http://www.desaku.com.my/story/raffi_electrical_enterprise/13198068533367

1) Beli di kedai elektrik, bukan di kedai peralatan elektrik konsumer.

Barang elektrik seperti kipas syiling, lampu kalimantang dan water heater boleh dibeli dengan lebih murah di kedai elektrik.
Kedai menjual parts elektrik seperti mentol, wayar, casing dan lain-lain biasanya ada menjual kipas syiling, water heater dan set lampu kalimantang.
Ada juga yang menjual air-condition.
Beli di sini jauh lebih murah kerana harga ditawarkan adalah harga kepada kontraktor.

Berbanding beli di kedai peralatan elektrik yang menjual peti ais, mesin basuh, TV dan sebagainya, harganya adalah harga yang sudah di mark up.


2) Beli banyak barang sekaligus di satu kedai sahaja.

Jika anda mahu membeli beberapa perabot, beli semuanya di kedai yang sama sekaligus.
Begitu juga dengan peralatan elektrik.
Beli lima barang kan boleh dapat lebih diskaun berbanding beli satu barang sahaja.



3) Beli dari kedai yang sama setiap kali.

Apabila ingin membeli perabot dan peralatan elektrik, survey harga dahulu.
Cari kedai biasa atau kedai tak berjenama besar yang menjual dengan harga yang berpatutan.
Sambil membeli, beramah mesra dengan salesman atau tokeh kedai.

Kemudian, bila perlu beli barang lagi, pergi lagi ke kedai yang sama.
Berhenti test test beli barang di beberapa kedai.
beli sahaja di kedai yang kita dah pernah beli sebelum ini.

Biar sampai tokeh kedai tu hafal muka kita.
Biar sampai tokeh kedai tu terharu kita sokong perniagaan kita.

Insya Allah, untuk pembelian seterusnya kita akan dapat lebih banyak diskaun lagi.
Harga yang kita takkan dapat di kedai lain.


Bagi saya, ketiga-tiga teknik ini amat berguna dalam saya menyiapkan rumah sewa.
saya ada kedai tertentu yang saya pasti akan ke sana setiap kali ingin membeli.
Share:

Selamat datang PFR, sayonara BLR

Kadar BLR akan dimansuhkan di Malaysia?

Bank Negara telah mencadangkan untuk menggantikan kaedah BLR atau Base Lending Rate dengan kaedah baru iaitu Prime Financing Rate (PFR).

Sebelum ini, Bank menggunakan kadar BLR minus di dalam menetapkan kadar pinjaman produk mereka.
Kadar BLR pula ditentukan berdasarkan kadar Overnight Policy Rate (OPR) yang bank negara tetapkan.

Itu sebab biasa kita dengar, orang beli rumah dapat pinjaman dengan kadar BLR - xx.
Contoh: 
BLR - 2.0
BLR - 1.8
BLR -2.2
dan sebagainya


Katakan Faizal membuat pinjaman RM 200K dengan kadar BRL - 2.0
apabila BLR = 6.0, kadar pinjaman yang dikenakan ke atas beliau adalah 
kadar faedah = 6.0 - 2.0
                     = 4%

tetapi apabila Bank Negara menaikkan kadar OPR dan menyebabkan BLR naik ke 6.6, maka kadar faedah yang dikenakan ke atas Faizal menjadi
kadar faedah = 6.6 - 2.0
                     = 4.6%

kenaikan kadar faedah menyebabkan jumlah bayaran bulanan meningkat juga.

Namun begitu, baru-baru ini Bank Negara telah mencadangkan untuk menggantikan BLR kepada PFR.

Dr Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara


Kadar PFR akan ditentukan sendiri oleh setiap bank.
Ia akan menggambil kira kos dana (cost of funds) dan kadar keperluan rizab berkanun (statutory reserve requirements).
Kemudian dari kadar ini, bank akan tentukan berapakah margin keuntungan, kos operasi dan risiko operasi untuk ditambah (plus) kepada kadar PFR ini.

Dengan ini, nampaknya kadar pinjaman baru nanti akan jadi PFR + x.x%

Setakat ini, ia masih di peringkat kajian dan cadangan
Bank Negara sedang meneliti respon dan cadangan setiap bank.
Namun tiada tanda-tanda cadangan ini akan dibatal atau ditunda.

Di negara lain, kaedah ini bukan asing.
Mereka banyak merujuknya sebagai Prime Rate.
Ia digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada, antaranya.

Namun CIMB Research menjangkakan perkembangan pinjaman bank akan menjadi semakin rendah disebabkan faktor terbaru ini.



Share:

D' Aman Residence @ Puchong

Hari ini, Ahad ada pelancaran projek baru.

D'Aman Residence @ Puchong.
kondominium 23 tingkat dengan 419 unit rumah.
Ia merupakan fasa ketiga bagi pembangunan projek Calisa Residence.



Semua unit ada 3 bilik dan 2 bilik air
Tetapi ada 5 jenis layout dengan keluasan berbeza

Type A1: 943 sqft
Type A2: 1085 sqft
Type A3: 855 sqft
Type B: 1076 sqft
Type C: 1208 sqft

Setiap unit didatangkan dengan 2 lot parking percuma.
Harga dijangkakan dalam RM 4xxK

Pemaju projek ini adalah Masteron Sdn Bhd
Sebelum ini, perojek mereka adalah Koi Legian, Koi Tropika, Koi Kinrara dan Koi Boulevard.
Jadi, pemaju ini mempunyai reputasi yang bagus.

Projek ini dijangka siap pada tahun 2016 nanti.






Untuk tempahan, hanya RM 3K sahaja diperlukan.
Ada tawaran bayaran yuran guaman percuma juga, katanya.

Jika berminat, boleh hubungi Ken Chai dari GS Realty Sdn. Bhd.
+6017-3628918 / +6016-4229178 / +65-91210600
Share:

wanita: amankah anda?

saya amat terharu bila pada bulan lepas pihak Property Insight cadangkan saya tulis artikel bertajuk 'Women and Property'.
Tajuk yang sangat menarik.



Dari pemerhatian saya, perempuan masih lagi terkebelakang dalam  pelaburan hartanah.
Terutama perempuan melayu.
Ramai yang sekadar kongsi beli satu rumah dengan suami
Dan rumah tu untuk kediaman sendiri.

Saya amat kecewa dengan perkembangan ini.
Kerana rata-rata kita lihat, ramai wanita pandai-pandai.
Belajar sampai tamat pengajian sijil, diploma, ijazah pertama mahupun sarjana atau PhD.

Kalau kita lihat secara keseluruhan, majoriti graduan adalah wanita.
Kadar kemasukan ke universiti memang dah lama lebih ramai wanita.
Jadi, saya percaya ramai yang menjawat jawatan yang baik di luar sana.
Ramai yang menjadi usahawan yang hebat juga.

Tapi di mana silapnya hinggakan kebijakan dan semangat untuk berjaya itu tidak dipanjangkan ke bidang pelaburan hartanah juga?
Sekurang-kurangnya mengimbangi jumlah pelabur hartanah lelaki.

Takkan lah wang gaji wanita hanya untuk beli pakaian, handbag, kasut, kereta, pampers anak, taska anak dan kongsi bayar rumah yang diduduki sahaja?

Bagaimana dengan perancangan masa depan anda sendiri?

kadar perceraian tinggi..
Statistik tahun 2012 menunjukkan satu perceraian berlaku setiap 10 minit.

Kalau jodoh panjang pula, umur suami pula tak semestinya panjang.
Statistik tahun 2010 menunjukkan purata jangka hayat lelaki adalah 71.9 tahun
Sedangkan wanita 77 tahun.
Bermakna, puratanya suami akan meninggal dunia dulu.
Jadi, amankah wanita yang hanya mahu bergantung kewangan pada si suami?


Memang ada wanita yang buat pelaburan hartanah.
Saya tak nafikan..
Cuma bilangannya masih sedikit.
Masih banyak ruang untuk diperbaiki.

Lantas atas sebab inilah saya ingin menulis bagaimana sebaiknya wanita bersiap sedia merancang masa depannya melalui pelaburan hartanah.



Saya tulis mengenai joint loan, mengenai harta sepencarian, isu pembaikan rumah dan beberapa perkara lagi.
Saya harap dapat membuka mata wanita di luar sana yang masih ragu-ragu dan belum bertindak.

Menariknya juga, artikel ini diterbitkan Sempena kedatangan Hari Wanita tidak lama lagi.

Jemput dapatkan majalah Property Insight isu Mac 2014 dan baca artikel ini.

Buat kawan-kawan yang sudah membacanya, ada pandangan atau komen yang mahu dikongsikan bersama?
Boleh komen di bawah.


Share:

Mercelite ke maxilite?

Berhati-hati dengan jenama cat.

Kebiasaan bagi tuan rumah untuk mengecat semula rumah sewanya jika didapati cat dah luntur.
Atau bagi pemilik rumah yang baru dapat kunci dari penjual.
Rumah subsale ni kadang-kadang rumah lama..
Perlu dicat semula supaya nampak cantik dan macam baru.
Barulah boleh ambil kadar sewa semasa yang cun.

Bulan lepas, saya mengecat salah sebuah rumah sewa saya.
Untuk warna asas putih, saya suka pakai cat Maxilite.
Murah dan kualiti bagus.

Cat sebelum ini yang masih berbaki, saya pinjamkan ke kawan saya.
Dia guna untuk cat rumah di cyberjaya dan tertinggal pula cat tu di situ.

Kebetulan pada hujung minggu saya nak mengecat tu, dia balik kampung.
Dia cadang, ambil sahaja cat putih yang dia dah beli tapi tak jadi guna.
Sebab saya dah bagi guna cat saya je kan..
Cat dia tu ada di rumahnya, betul-betul depan rumah saya sahaja.

Saya ada kunci rumah dia.
Jadi, saya pun ambil dan bawa ke rumah sewa saya.

Saya tak syak apa-apa.
Cuma semasa membancuh cat, saya perasan yang ia tak pekat seperti biasa.

Kemudian bila kerja menggelek cat dilakukan, terasa lain.
Cat lebih cair, warna kurang melekat dan teksturnya berbeza dengan maxilite biasa.

Lalu saya belek baldi cat itu semula.

Mak ai,.. Rupanya bukan Maxilite.
Tapi Mercelite.


Nama hampir sama
Packaging pun hampir sama
Memang mengelirukan.

Saya telefon kawan saya, dia sendiri pun tak perasan yang dia beli ni bukan Maxilite yang kami biasa pakai.

Haihh... 
Kalau dari segi undang-undang harta intelek, ini boleh dikatakan passing off.
Kerana cuba meniru dan mengelirukan pengguna.

Hari itu saya ke kedai hardware, beli cat Maxilite yang sebenar.

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog