• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Taman Peramu Sejahtera, Pekan dengan downpayment RM500 sahaja

Di KL, kalau ada bajet nak beli rumah dalam RM300,000, jangan berangan nak dapat rumah atas tanah.
Mereka hanya dapat rumah atas awan je.
Rumah apartment.

Tapi orang Pekan atau Kuantan bertuah.
dengan harga RM239,000++ pun boleh dapat satu rumah teres unit tengah.



 Ni ada satu projek baru ni.
Taman Peramu Sejahtera.

Lokasi bagus, 2 km je dengan Universiti Automotif DRB- Hicom.
Betul-betul sebelah Deftech.
6 km ke bandar Pekan.
19km ke Universiti Malaysia Pahang.



Ada 2 type
Type A: saiz tanah 25 x 62
Type B: saiz tanah 26 x 62

Ada 4 bilik dan 2 bilik air
Kemudian ada ruangan khas untuk menjemur pakaian dan ruang tambahan.
Unit pun tak banyak. Cuma 30 unit sahaja.
Kawasan ni pula kawasan kejiranan Melayu.
Ia tanah leasehold rezab melayu.





Booking hanya RM500 sahaja
Rebet 10% jadi tak perlu bayar downpayment dah, kecuali duit booking tu sahaja.

Free legal fee SPA
Free legal fee loan.


Berminat dengan projek ni?
Boleh call saya Rohaniah 0123547636

***


Jadi projek ini sangat sesuai kepada:

- mereka yang mahu memiliki rumah yang cantik tapi tak ada cash yang banyak sebagai downpayment. Hanya RM500 boleh beli rumah. Modal yang lebih murah dari harga handphone anda.

- Anak Pahang yang mahu membeli rumah untuk pelaburan. Kerana lokasi berhampiran dengan Universiti Automotif DRB-Hicom dan kawasan industri berhampiran, jadi potensi sewa kepada staff dan pelajar di situ sangat besar.

- Kakitangan dari Universiti dan syarikat yang berhampiran. Senang berulang-alik pergi kerja setiap hari.

- Orang Melayu yang suka tinggal di kawasan kejiranan Melayu

Berminat dengan projek ni?
Boleh call saya Rohaniah 0123547636

atau whatsapp saya
http://www.wassap.my/60123547636




Share:

Kenapa perlu jual rumah?

Haaa... ramai orang kongsi macamana nak beli rumah kan.

Hari ni saya nak tulis macamana nak jual rumah.

Ok, mula-mula kita nak tau, kenapa nak jual rumah tu?

Ada beberapa sebab kenapa pemilik hartanah menjual rumahnya.




1) Malas nak layan perangai penyewa. 

Ni alasan glemer. Bukan semua orang sanggup layan karenah penyewa yang asyik komplen tapi sewa bayar lambat.
Ada juga sakit hati tengok rumah rosak lepas penyewa keluar. Terus patah hati rasa nak jual je rumah tu.
Bila kes begini, kalau rumah ni lambat terjual, owner kena sanggup bayar ansuran bulanan.
Sebab rumah kosong kan.
Nak jual mungkin makan masa beberapa bulan.
Dah dapat jual, kena tunggu 6-9 bulan pula untuk proses selesai.
Jadi, ok tak kalau bayar installment sepanjang beberapa bulan atau hampir setahun ni?


2) Rumah jauh dari lokasi sekarang

Ha... ni pesen masa beli dulu duduk KL. Lepas tu dah dapat pindah ke kampung kat Kedah.
Dah tak nak balik KL dah. Malas nak sewa, jual je la.

Kes begini, sementara nak jual, rumah boleh terus disewakan.
Namun dengan syarat, penyewa mestilah mahu bekerjasama tolong bukak pintu dan pagar rumah bila ada prospek buyer nak tengok rumah ni.


3) Beli rumah untuk anak tapi anak tak nak 

Haa.. bunyi macam eh, kenapa tak nak? Biar betul...
Tapi memang betul. Saya pernah jumpa kes sebegini.
Owner ada rumah teres kat Rawang. Kemudian ada rumah lain di Nilai dan sekarang dah settle down di Nilai.
Tak ada sorang anak pun nak duduk rumah kat Rawang tu. Malas nak sewakan.
Jadi, jual je la. Lagipun owner dah tua. Bila lagi nak rasa duit hasil rumah tu kan.


4) Beli rumah tu memang untuk jual balik

Ha.. ni memang pelabur hartanah lah.
Masa beli tu dah pasang niat, sahaja aku beli rumah ni untuk jualkan semula bila harga dah dapat value RMxxx ribu, kerana Allah Taala.
Tu yang bila harga dah naik ikut sasaran dia, rumah tu pun dijual.
Kalau ada baca ebook saya bertajuk Kerjasama: Alien Beli Rumah Non-Stop, saya ada cadangkan kalau beli rumah secara JV dengan orang lain, sasarkan pembelian ni untuk jangka pendek atau jangka sederhana.
Maknanya pegang 5 - 10 tahun sahaja. Lepas tu jual dan bahagikan keuntungan.
Sebab beli pakai JV atau beli atas nama orang lain ni, kalau simpan lama nanti boleh berisiko salah sorang meninggal dunia.
Leceh pula.



5) Nak jual sebab sewa tak untung atau harga tak naik sangat.

Yang ni, biasa juga berlaku. Ingatkan beli rumah ni untung.
Sekali rupanya tak untung.
Jadi dari sakit hati setiap bulan kena topup duit sendiri bayar installment, baik jual je la.
Just cover harga jual dan baki pinjaman dengan sedikit lebihan duit, dah cukup.
Kasi let go je. Tak perlu berkira untung tak cecah RM100K dah sebab yang penting, rumah terjual dan kita lepas dari bebanan top up sewa tadi.
Satu lagi kalau harga tak berapa naik pun, ada kalanya sakit hati juga.
Baik beli rumah kat lokasi lain yang lebih hot.
Tapi nak beli lagi, loan tak lepas pulak. Atau loan 70% kan.. tak cukup deposit.
Jadi, apa kata jual je rumah yang paling kurang menguntungkan tu untuk ganti dengan rumah lain.


6) Nak jual sebab installment dah tertunggak. Takut terlelong

Kes macamni, owner memang dah sesak dah bayar bank.
Mungkin bisnes bermasalah, mungkin kena buang kerja atau mungkin beli dengan joint loan tapi kemudian bercerai-berai.
Nak biarkan terlelong, nanti nama kena blacklist pula.
Owner ada cita-cita nak beli rumah baru.
Jadi, dari dibiarkan terlelong, baik cepat jualkan rumah tu.


7) Nak pakai duit

Harga rumah dah naik lama. Ada pula keperluan nak pakai duit banyak.
Mungkin nak kahwinkan anak.. atau nak kahwin lagi... atau nak bayar hutang personal loan... atau apa-apa perkara lain yang memerlukan duit.
Jadi, jual lah rumah ni. Dapat duit untung, pakai la untuk tampung keperluan tadi.
Kalau keperluan nak pakai duit tu tak mendesak, boleh jual rileks-rileks.
Tapi kalau keperluan mendesak dan nak duit cepat, dalam keadaan pasaran hartanah yang mendung begini, saya cadang jual lebih murah dari harga pasaran.
Kemudian untuk cepatkan lagi jual, bagi kebenaran buyer beli dengan deposit lebih rendah dari standard 10%.

8) Owner nak migrate ke luar negara

Yang ni, owner memang sayang rumah tu.
Tapi disebabkan mereka nak migrate ke luar negara, mereka terpaksa jual je lebihan rumah yang ada.
ya.. lebihan rumah.

Maknanya kalau setakat ada satu rumah, mungkin owner tak jualkan rumah mereka.
Tapi bila ada lebih dari satu, rumah kedua dan ke atas tu yang mereka nak jual.
Yelah... nak migrate ni pakai duit juga.
Nanti dah di negara lain, masih terikat dengan beberapa pinjaman rumah di Malaysia.
Jadi, baik letgo lebihan rumah dan simpan at least satu.
Boleh la tidur situ kalau balik Malaysia nanti.


***

Ha ni antara sebab kenapa pemilik rumah nak jual rumah mereka.

Alasan pertama dan kelima, pemilik rumah biasanya tak desperate nak jual. Jadi, pemilik rumah boleh tunggu untuk dapat pembeli yang mahu beli pada harga yang diharapkan.

Tapi kalau alasan ke6, ke7 dan ke8, biasanya owner kena jual cepat.
Nak jual cepat, kena la jual lebih rendah dari harga pasaran.
kalau tak, mungkin ambik masa 6 bulan ke setahun baru dapat jual.
Bergantung kepada berapa hot rumah anda.

Jadi, adakah anda ada dalam salah satu situasi di atas?



Share:

Panas: 1,058 pembeli rumah terawal saman PR1MA

Semalam kecoh berita 1.058 pembeli rumah PR1MA saman pemaju kerana menyebabkan kerugian pada mereka.



Ceritanya begini.

Pembeli rumah berkenaan adalah pembeli dari 24 projek PR1MA antaranya PR1MA Kuala Ketil Kedah, PR1MA Marudu Sabah, PR1MA Melaka Tengah, PR1MA Jubilee Kuala Lumpur, PR1MA Tebrau Johor, PR1MA Padang Siding Perlis, PR1MA Gambang Pahang dan PR1MA Bintawa Sarawak.

Pada awalnya mereka membeli rumah ni pada harga lebih kurang RM350,000. Saya percaya ada yang berharga dalam RM300,000 atau hampir RM300,00 sebab inilah range rumah PR1MA.

Biasanya kalau kita beli rumah under con, siapa beli awal akan dapat diskaun banyak kan.
Harga pun lebih murah.

Kemudian siapa beli lewat, harga dah naik ataupun diskaun dah kurang.
Kiranya siapa beli cepat, dia untung.
Tu logik lah.

Tapi kali ni terbalik.
Siapa beli awal, mereka beli harga asal.
Tanpa diskaun.
Tapi siapa beli lewat pula yang dapat diskaun banyak.

Apa cerita ni?

Macam ni lah.. biasanya rumah yang dibina dalam projek rumah mampu milik ni, harga biasanya dah tak ada diskaun tepi macam projek under con yang tak ada kawalan atau subsidi kerajaan.

Tu yang harga jual rumah pr1ma tu dulu memang tu lah.
Tak ada diskaun tepi atau diskaun selepas harga SPA dah.

Sekali bila kerajaan buat kempen House Ownership Campaign (HOC) atau bahasa melayunya Kempen Pemilikan Rumah, semua rumah PR1MA diberi diskaun 10%.
Ini kerana nak boost jualan rumah, sebab banyak rumah belum laku dijual, termasuklah rumah PR1MA.

Ada pembeli terawal PR1MA Jubilee terkilan, contohnya seperti surat pembaca ni.



Boleh baca suratnya di The Star Online DI SINI


 Tapi situasi makin teruk apabila pemaju atau PR1MA sendiri menawarkan diskaun tambahan sampai 20%.
Ini membuatkan harga rumah turun sampai RM100,000.

Tu yang pembeli terawal tak berpuas hati dan menyaman pemaju atas kerugian yang mereka tanggung.
Yelah.. rugi la kan.. Dulu beli harga lebih mahal.
Kena bayar progress payment lagi.

Sekali harga turun sampai dekat RM100K.
Pembeli baru dapat harga lebih murah dan progress payment kurang sebab beli lewat.

Tu yang pembeli awal rasa rugi.

Nak baca berita asal, boleh baca DI SINI.

***

Saya membuat beberapa tinjauan ke laman web jualan PR1MA ini.

Saya dapati
-  PR1MA Kuala Ketil Kedah : teres dua tingkat, 323 unit, sekarang dijual pada harga RM215K
- PR1MA Marudu Sabah: apartment 323 unit, sekarang dijual pada harga RM196K
- PR1MA Melaka Tengah: apartment 600 unit, sekarang dijual pada harga RM226K
- PR1MA Jubilee Kuala Lumpur: apartment 583 unit, sekarang harga di aman web RM385K
- PR1MA Tebrau Johor: service apartment 1284 unit, sekarang dijual pada harga RM169K
- PR1MA Padang Siding Perlis: teres setingkat 231 unit,  pada harga RM190K
- PR1MA Gambang Pahang : Ada beberapa fasa. Teres setingkat dijual pada harga RM183,888 dan ada teres dua tingkat pada harga RM188K
- PR1MA Bintawa Sarawak: apartment 1,320 unit, dijual pada harga RM256K


Patut ke pemaju turunkan harga selepas dah banyak unit terjual?

Sebenarnya pemaju menurunkan harga sepanjang jualan berlangsung, bukan kali pertama berlaku.
Dah pernah ada beberapa pemaju menurunkan harga apabila didapati jualan merudum atau sangat perlahan sedangkan rumah dah nak siap atau dah siap pun.

Jadi, teori mengatakan rumah under con makin naik harga jika lambat bayar booking adalah tidak benar.
Ia sebenarnya bergantung pada berapa hot jualan projek tu sendiri.
Cuma setakat ni saya belum jumpa projek RUMAWIP yang harga makin turun.
Projek RUMAWIP harganya kekal tanpa diskaun pada kadar harga maksima RM300K.
Mungkin sebab projek RUMAWIP ni, lokasinya bagus di Kuala Lumpur.
Sedangkan projek PR1MA ni, jika lokasi di luar Kuala Lumpur, banyak yang harganya lebih mahal pula dari projek pemaju yang lain atau lebih mahal dari harga subsale.


OK, dalam isu saman ni, adakah ia akan berjaya?

Yang ni yang saya berminat nak ikut perkembangan kes mahkamah ni.
Kalau ikut dari segi undang-undang kontrak, pembeli nampaknya agak lemah untuk menang.
Sebab harga jualan dah pun tercatat di dalam perjanjian jual beli (SPA).
Lain orang, sign lain SPA kan.
Jadi, harga pada SPA boleh berbeza.

Asalkan pembeli dah sign SPA tu, maknanya itulah harga jual yang mereka dah setuju untuk beli.
Dan itulah terma yang mengikat pembeli dan penjual.

Setakat ni pula, belum ada undang-undang yang melarang atau menghadkan pemaju untuk menaikkan atau menurunkan harga jualan rumah.
Ia memang terpulang kepada kuasa penawaran dan permintaan.

Harga jual yang diberi diskaun pula tak melebihi harga dibenarkan untuk projek rumah mampu milik.
Kerajaan hanya menetapkan harga maksima projek PR1MA, tapi tak ada pulak menetapkan harga minima.
Jadi, nampak pemaju tak buat sebarang kesalahan di sini.

Cuma, dari segi moral, memang tak adil la kan.
Kalau tau harga boleh turun, baik semua pembeli ni jangan booking lagi.
Tunggu je lagi setahun dua, bila rumah tak terjual dan pemaju turunkan harga. heheheh
Tapi manalah tau pemaju nak turunkan harga kan...

Apa pun, berhati-hati dengan projek PR1MA di luar ibukota Kuala Lumpur dan Selangor.
Semak betul harganya, adakah berpatutan dengan harga pasaran subsale atau projek lain di kawasan itu.

Baru-baru ni, kecoh juga sebab projek PR1MA di Bandar Ekar, Rantau tak siap seperti dijanjikan.
Rumah teres dua tingkat dan teres setingkat setengah.
Sepatutnya pada hujung Januari tahun ni dah siap, tapi sehingga April, rumah masih belum siap lagi.


Hmm... kesian pembeli kan...


Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog