• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

hari terakhir bayar zakat 2015

Ini post pertama saya selepas kemalangan pada motorsikal yang berlaku pada 28 November lepas.

Alhamdulillah... kesihatan saya semakin baik berbanding sebelumnya.

Tapi saya masih tak boleh tengok skrin notebook lama.
Jadi, nantilah saya tulis detail di sini ya.

Untuk update blog ini, saya copy paste apa yang saya sempat update di FB.

......

Hari terakhir 2015, last minute bayar zakat secara online...
selepas saya dan sahabat saya, Normi yang merupakan admin  fb page Saya Backpacker makan malam spesel sambut tahun baru tadi.

Zakat salah satu rukun islam. Maknanya agama suruh kita cari harta dan bina kekayaan untuk bayar zakat.

Beli dan punyai banyak rumah sewa mungkin dapat bayar zakat lebih dari yang cuma dapat beli sebuah rumah je dan tak ada pendapatan tambahan.

Begitu juga negara Islam yang lebih kaya kan lebih berkuasa dari negara Islam yang miskin.

Selamat tinggal 2015.


Salam Tahun Baru 2016.
Saya makin kurang muda.. tapi masih muda lagi kan..


Share:

Jangan beli rumah sekarang?

Jangan beli rumah sekarang.
Beli rumah tahun depan.

Itu kata-kata seorang Professor di sebuah IPT baru-baru ini.
Tapi betul ke?

Aha...
29 November ni insya Allah saya akan kupas mengenai hal ini.
Bukan itu sahaja, saya akan kongsikan juga bagaimana nak beli hartanah yang mampu anda miliki, prosedur pembelian dan strategi rumah dari pemaju supaya pembeli dapat memaksimakan keuntungan.

Jom..
Sesi ini percuma sahaja kepada semua yang mahu belajar.


Sambil belajar, sambil kita riki-riki ada projek best kat Shah Alam 2.
Danau Perintis namanya.

Apartment 3 bilik dan 2 bilik air dengan keluasan 889 sqft.
Harga bermula dari RM347K sahaja.

Wowww... kalau tengok projek-projek baru, banyak developer bangunkan unit studio atau unit satu bilik sahaja dengan harga RM300K++ ni.
Tapi IJM Land bina rumah 889 sqft, sesuai untuk keluarga.
Memang terbaik dan sesuai dengan keperluan.

Lagi kababoom bila pemaju tawarkan beli rumah ini dengan 0%  downpayment. Khas untuk pembeli rumah pertama sahaja.

woww woww..
Ok,
Kali ini saya sangat teruja

Melihat pembangunan Seremban 2 oleh IJM Land, buat saya rasa sangat bangga menjadi sebahagian dari sejarah pembangunan Shah Alam 2.

Untuk ulasan terdahulu saya mengenai Shah Alam 2, boleh baca DI SINI.



Jadi, kawan-kawan.
Jom kosongkan jadual pada 29 November nanti
Meh datang ke Shah Alam 2 untuk talk ini dan tinjau-tinjau projek baru ni/

Macam saya katakan tadi, talk ni PERCUMA.
Tapi ia dibuka untuk 50 orang sahaja.
Kalau nak hadir, kena RSVP dulu.

register online di

Atau call Fibi di talian 012-3593611 atau Jacyn di talian 016-4879919.

Zassss!
Share:

Potong mangga sebelum VP

Rumah ni dah dijual.
Tapi sementara menunggu proses tukar hakmilik selesai, owner nak sewakan je la.
Lagipun buyer pun beli untuk sewakan juga.

Sekali agent yang pegang kunci hilangkan satu bundle kunci rumah termasuklah kunci rumah ni. Ding dong ding dong, dah 2nd disbursement.
Vacant posession atau penyerahan kosong rumah dah nak berlaku.
Kunci rumah harus diserahkan kepada peguam untuk diserah kepada buyer.

Apa lagi.. Terpaksa lagi pagi ni pergi potong mangga.
Pergi kedai hardware berhampiran, caj rm53 termasuk GST.
Resit simpan, nak claim balik dari agent yang hilangkan kunci.

#potongmangga #kisahperundinghartanah



Share:

Terpaksa jadi separuh jutawan dengan satu rumah.

Dua minggu lepas, saya melawat rumah rakan bekas sepejabat saya.

Dia nak sewakan rumahnya, nak minta saya tolong carikan penyewa.

Rumahnya ni sebuah unit kondominium di Casa Idaman, Tropicana, Petaling Jaya.
Ada 3+1 bilik dan 3 bilik air.
Fully furnish, memang cantik gila perabot dia.
Banyak build in furniture sebab dulu dia ingat nak duduk situ.

Nak ceritanya, dia beli rumah ni pada tahun 2005.
Harga masa tu lebih kurang RM280k.

Uihhh masa tu rasa mahal betul hartanah ni.
Kondo pun sampai dekat 300K?
Mahal giler!

Tapi walaupun mahal, kawan saya beli juga.
Sebab konon nak duduk kan..
Pejam mata, bulatkan hati, jadi berani.. Letak booking, terus beli!

Lepas rumah siap, dia fikir jauh pula nak ulang-alik ke tempat kerja di Putrajaya.
Jadi, dia sewakan je la.

Pejam celik, tarik nafas, hembus nafas.
Sekarang ni harga pasaran rumah ni dah lebih RM700K.

Tak caya gi search kat iproperty. Casa tropicana for sale.

Nak bagitaunya, dulu masa nak beli, dia rasa mahal harga rumah ni.
Tapi tengok.. Lepas sepuluh tahun, dia dah untung lebih RM420k.

Kalau kira betul baki hutang rumah ni dengan harga pasaran semasa, memang dah untung setengah juta dah ni.
Ni baru satu rumah di lokasi yang power dalam tempoh 10 tahun.
Kalau ada dua, tiga atau lima rumah yang kita beli dan simpan macam ni?
Tak ke senang-senang lepas 10 tahun jadi jutawan?

Setiap kali ketika nak beli rumah, memang kita rasa harga masa tu mahal.
Tapi tengoklah esok-esok.
Lagi mahal ke lagi murah?

Beli rumah dan tunggu.
Jangan tunggu untuk beli rumah.
Merungut tanpa tindakan takkan bawa kita ke mana-mana.

By the way, dia nak sewakan pada kadar rm2500 sebulan.
Sesuai untuk keluarga yabg mahu rumah selesa.
Bawak baju je.

Boleh nego kalau serius.

Casa Tropicana for rent. Hubungi 0123547636
#belirumah






Share:

Yang layak, jangan tengok sajer..

Semalam jumpa seorang jurutera dari sebuah agensi kakitangan awam.
Muda lagi orangnya tapi memberanikan diri beli rumah. Tu pun lepas kena desak dengan kawannya.

Dia dah beberapa tahun duduk kl dan kawannya beritahu ada rumah mampu milik Sky Awani di Sentul. Kawannya beri no hp saya.

Dari mesej whatsapp hinggalah borang permohonan dan semua dokumen dan cek booking bertukar tangan semalam.



Sky awani tinggal dalam 50 unit je untuk bumi. Tak grab cepat, orang lain grab. Harga cuma rm300k untuk apartment fasiliti ala kondo kat sentul. Keluasan 800 sqft, 3 bilik tidur 2 bilik air.

Oleh kerana ni projek rumah mampu milik, ia hanya untuk yang berpendapatan isirumah bawah 10k sahaja dan tinggal atau kerja di KL lebih 3 tahun.



Yang gaji lebih tu, kasi can orang yang lower income. Yang layak pula, jangan tengok saje.

Penting juga: belum ada rumah di wilayah persekutuan lagi. Nak mohon kena isi borang,  sertakan dokumen sokongan dan cek atau bank draft rm15k.

Ada minat boleh whatsapp 0123547636


Share:

Shah Alam 2 mengulang kejayaan Seremban 2?

Teruja saya mendengar yang IJM akan membangunkan Shah Alam 2
Wow.. wow... teringat kejayaan Seremban 2.

Shah Alam 2 sebenarnya kat Puncak Alam.
Dasyat juga tempat ni nanti.
Kalau tengok allocation tanah, 51% untuk rumah kediaman.
3% untuk lot komersial
46% untuk institut pendidikan dan insfrastruktur.



Hoho..
bayangkan ada 3 IPT di kawasan tu yang sedang dirancang dan dah sedia ada.
satu kampus Universiti Industri Selangor, satu kampus universiti teknikal Malaysia - Jepun dan satu lagi kampus UiTM yang dah siap ni.

Perghh...



Dari segi accessibility pulak, nampak Shah Alam 2 ada akses yang mudah ke jaringan beberapa highway.
Antara highwaynya:
(1) Persiaran Mokhtar Dahari
(2) North Klang Valley Expressway (NKVE)
(3) ELITE Expressway
(4) KESAS Expressway
(5) Federal Highway
(6) Guthrie Corridor Expressway
(7) LATAR Expressway
(8) Proposed Damansara - Shah Alam Highway (DASH)

Lagi satu, kat sana ada Tesco dan McDonalds.
Kalau dulu, orang kata lokasi lokasi lokasi kan.
Sekarang ni, kalau nak beli untuk capital appreciation, boleh follow McDonalds.
Biasanya kalau dia ada buka cawangan, kawasan tu mesti akan naik dengan gempak gempita.

Kalau betul macamtu, nampak potensi Shah Alam 2 ni memang besar.

Dengarnya ada projek apartment baru nak dilancarkan tak lama lagi di sana.
Danau Perintis namanya.
Harga bermula dar RM347K untuk keluasan 889 sqft.
3 bilik dan 2 bilik air.




Wahhh..
Nampak macam good buy.
Untuk apartment berkeluasan 889sqft, harga ni memang cun dan mampu milik.
Yelah.. biasanya harga macam ni untuk studio unit dalam 450 sqft je..
ni dapat 889 sqft siap 3 bilik dan 3 bilik air lagi.

Woww.. woww.. nampaknya peminat Puncak Alam atau siapa yang nak membeli rumah di sekitar sini, boleh follow rapat perkembangan projek ni.
Harga yang mampu milik, pemaju reputasi tinggi, lokasi yang berpotensi besar.






Mampukah Shah Alam 2 menulang kejayaan Seremban 2?
Atau lebih hebat lagi?

Boleh call 03-33933103 untuk maklumat lanjut ya.

Mari kita lihat dan invest!
Share:

orang melayu penakut?

Kawan saya nak letgo rumahnya di Villa Tropika, Sungai Tangkas, Bangi.

Rumah ni corner unit. Saiz 1109 sqft
Asalnya cuma 3 bilik tapi dah reno jadi 4 blk tidur 2 blk air.
Sebab rumah ni disewakan pada satu geng sublet. Mereka tambah bilik nicely dengan partition, jadi 4 bilik.

Rumah ni dekat sangat dengan komuter ukm. Jalan kaki je. Nak ke UKM pun dalam 1-2  km lebih je ni. Dekat.

Freehold pulak tu. Tak banyak freehold di Bangi. Lain semua leasehold.



Rumah ni boleh muat 10 orang penyewa kalau letak perabot dan katil double decker. Satu kepala sewa rm230 siap utiliti.
10x230 = RM 2300 sebulan.

Owner nak letgo rm340k, market value 350k.
Maknanya bayaran ansuran sebulan rm1600-1700. Tapi kalau sewakan ikut kepala tadi, dah berapa untung sebulan kan..






Ada buyer dah tengok. Kata serius nak beli, tapi bila dah deal, tak jadi pulak. Takut. Takut tak dapat penyewa.

Lokasi ni dekat dengan universiti, dekat dengan tren, lokasi hot orang nak sewa. Nak takut kenapa?

Lokasi dekat universiti ni biasanya harga makin naik adalah.

Deposit 10% ada cuma masalah orang melayu...Penakut. Masa view rumah ni, bawak lawyer sekali. Saya ingat profesional dah. Rupanya sama je dengan melayu lain.

Bila nak berubah ni orang melayu?

Ada yang tak penakut kat sini dan mahu invest untuk rumah ni? Whatsapp 0123547636
Share:

alamak.. slide belum siap

Pagi ni saya bangun awal. 
Hari ni kena siapkan slide untuk talk Sabtu ni.
Ada Havoc Hartanah di Johor Bahru,

Beginilah persediaan kami, speaker.
Kalut dengan kerja tapi masih tetap perlu sediakan modul, bahan dan slide untuk talk kami.

Di Havoc Hartanah, tajuk semuanya tajuk yang fresh. 
Yang belum pernah dibentangkan dalam Havoc Hartanah sebelum ini.
Jadi, jika anda datang ke Havoc terdahulu, anda takkan dengar perkongsian yang sama dengan Havoc akan datang.

Ini sebabnya kami mahu anda datang ke setiap Havoc.
Barulah dapat ilmu baru, dapat aura lebih dan dapat cabutan bertuah banyak.
Ahaaa!



Baik, untuk orang JB.
Kami speaker dari KL dan Singapura datang ke JB khas untuk kongsi ilmu setakat yang kami ada ni dengan korang.
Jom kasi meriah Havoc Hartanah JB ni.

Tarikh: 24 dan 25 Oktober, sabtu dan ahad ini
Masa: 8.30 pagi - 6.00 petang
Tempat: Galeri Glulam, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru.

Antara tajuk yang akan dikongsi
- Rumahku Lubuk Duit oleh Tuanbri
- Tanya Hati Mati, Tanya Kalkulator Selamat oleh saya sendiri
- Why Manufacturing is Driving a BOOM for Industrial Property in Iskandar Malaysia oleh Ryan Khoo
- Bagaimana Mula Melabur oleh Mohd Ali Majis

dan banyak lagi tajuk yang gempak-gempak untuk anda semua.



Tiket masih ada jual lagi.
Cara beli, meh whatsapp 0123547636 segera.
Nanti saya akan guide caranya.

Ok, saya nak sambung siapkan bahan dan slide ya..
slide belum siap lagi ni. alamak...
Share:

ada ke budak U nak belajar pasal hartanah?

Wowww..
teruja saya semalam bila mendapat info terbaru dari Ahyat ni.
Dia dan tuan Aziz Rescom telah dijemput memberi talk di UiTM Puncak Alam.

Wahh.. satu perkembangan yang bagus bila talk berkaitan property dah mula masuk ke kampus universiti.
Sebab mudahlah pelajar universiti terdedah dengan ilmu seperti ni.
Bila dah grad nanti, ilmu dah penuh di dada.
Dapat gaji pertama pun dah tau apa nak buat.
Tinggal masuk gear satu dan rempit je.


Menutur ahyat, walaupun event ni kat UiTM Puncak Alam, tapi ia bukan untuk student je.
Ia terbuka untuk semua.
Jadi, kawan-kawan semua boleh datang. Tak ada masalah.

Tajuk talk ni catchy habis.
Miliki Rumah Pertama dalam 10 Bulan
Langsai Hutang Rumah dalam 10 Tahun.

Tarikh pada 28 Oktober 2015, jam 2 - 5 petang
Tempat di Dewan DK500, UiTM Puncak Alam.



Orang Shah Alam, Puncak Alam, orang KL, Sungai Buloh dan sewaktu dengannya, jom kasi gegar UiTM.
Student Uitm sendiri.. jangan kasi dewan korang penuh dengan orang luar.

RSVP Kehadiran korang sebelum 24 Oktober ni dengan hubungi 03-5510 2525 atau 019-6680171.
Share:

Beli rumah Fasa 1 sengeh lebar

Bandar Baru Salak Tinggi nampaknya akan ada projek perumahan baru.
Greenwoods Salak Perdana namanya.

Fasa pertama projek ini akan menawarkan rumah teres berkeluasan 20x70.
Pemajunya Paramount Property.
Tanah freehold.




Hmm.. sebut pasal rumah dalam pembinaan, salah satu tips buat duit melalui rumah dalam pembinaan adalah beli dari fasa awal projek.
Kalau projek tu besar dan ada beberapa fasa, tangkap satu, atau dua unit semasa baru pelancaran fasa 1.
Sebab masa fasa 1, harga lebih murah.
Pemaju pun baru mulakan projek kan. Jadi harga ala-ala promosi lah.

Bila sambutan dah bagus, fasa 1 dah nak sold out atau dah sold out, pemaju akan buka fasa 2.
Masa tu keyakinan pemaju pun dah tinggi.
Jadi, jangan harap lah fasa 2 akan dijual dengan harga yang sama dengan fasa 1 dulu.

Yang dah beli fasa 1, sengeh lebar lah masa tu..

Buat untung masa beli rumah.
Kan...

Balik kepada projek Greenwoods ni, 10 haribulan Oktober tempoh hari, encik Ahyat Ishak dan encik Aziz Ahmad atau nama glemernya en Aziz Rescom ada buat sesi perkongsian ilmu pelaburan hartanah di galeri jualan projek ni.



Boleh tahan juga happening majlis ni.
Ahyat berkongsi mengenai Buying Property in Times of Uncertainty manakala encik Aziz berkongsi mengenai Paying Off your Housing Loan Within 10 years.

Sesi percuma sahaja buat mereka yang bersemangat untuk datang menimba ilmu dan mengambil aura.

Ok, buat mereka yang nak melabur hartanah untuk kenaikan harga, mungkin boleh riki-riki projek ni.

Semua yang terbaik!

Share:

Bila sumpahan PTPTN menghantui

Dulu saya pernah kongsikan perancangan PTPTN nak masukkan rekod peminjam culas dalam laporan CCRIS.
Saya pernah tulis DI SINI.

Jadi sekarang ni ia dah pun dilaksanakan.
Siapa yang langsung tak pernah bayar PTPTN tu, hati-hati..

Beberapa minggu lepas, seorang client saya nak beli rumah.
Komitmen ok, gaji ok.
Kiranya kalau tengok pada kelayakan pinjaman, memang lepas lah.

Tapi kalau dia submit permohonan pinjaman, sure permohonan kena tolak.
Sebab dalam CCRIS dia ada rekod macamni.


Bukan 1 atau 2 lagi.. tapi sampai 83 bulan yang keluar kat bayaran tertunggak.

Bila bank tengok, jawapan bank satu je.
"Selesaikan pinjaman PTPTN ni. Bagi clear dalam CCRIS".

Nasib baik pinjaman PTPTN dia ni belas-belas ribu je.
Jadi dia pun pergi ke PTPTN, bayar habis.
Kemudian barulah boleh bayar booking rumah yang dia nak beli.

Kalau tak, sampai bila-bila dia sangkut tak boleh beli aset.

Terbaru, ada seorang lagi prospek buyer berminat nak beli apartment yang saya jualkan di Damansara Perdana.
Nak guna nama wife dia.
Saya minta orang mortgage call dia dulu untuk periksa kelayakan pinjaman dia.
Kalau boleh lepas loan, boleh lah beli.

Sekali orang mortgage beritahu saya, wife dia ni pun tak pernah bayar PTPTN.
Hm... tahu kan macamana nak selesaikan masalah ni?


Apa pun, saya cadang kepada kawan-kawan semua.
1 anak 1 rumah pelaburan.
Biar anak kita nanti belajar guna wang refinance atau wang jualan rumah pelaburan kita tu nanti.
Tak perlu bergantung pada PTPTN.
Kesian kat anak kita. Baru habis belajar dan ada hutang yang boleh menjerat mereka dari membeli aset.

Gambar: Banjaria Court untuk dijual. harga 368K, market value 420K.
919 sqft.
Call / whatsapp 0123547636



Share:

October 04, 2015 at 09:10AM

Teknik jimat legal fee bila jual rumah. Guna lawyer yang sama dengan pembeli. Gambar: rumah landed untuk dijual. RM 275k, market value 300k. Below market. Lokasi Rinching, Semenyih.

Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1PcoEYz
Share:

Bila Ahyat Ishak kongsi strategi pelaburan

Dalam beberapa kerat speaker melayu, saya akui memang syok kalau belajar dan dengar sesi perkongsian Ahyat Ishak.
Dia punya skill public speaking memang terbaik.
Kompom tak ada yang tersengguk-sengguk atau rasa nak balik sebelum talk habis.
Memang pasti syok dan khusyuk je dengar.

Kalau tak percaya, cuba tanya mereka yang datang belajar strategi pelaburan hartanah dari Ahyat baru-baru ni.


Ahaa.. sabtu lepas,  19 september 2015 Ahyat Ishak ada buat sesi perkongsian percuma, ilmu strategi pelaburan hartanah.
bertempat di KDU University College, Glenmarie

.

Ramai juga balak, tak kalah aweks dan golongan wanita kental yang hadir.

Crowd katanya memang ohsem. 
Banyak rahsia strategi yang Ahyat dah bocorkan haritu.



Sebenarnya, kalau belum tahu, sekarang dah ada kampus baru KDU di Glenmarie.
haa.. bukan kat Damansara Utama je lah.
Dekat kampus baru ni lah, site projek Utropolis.
Saya pernah kongsikan mengenai projek ini DI SINI.




Kalau ada yang berminat nak tahu apa dia strategi yang Ahyat kongsikan ni, kita follow rapat FB dia untuk tahu bila sesi seterusnya ya.

Zasss
Share:

Sembang buku suara serak

Batuk pun banyak bercakap juga.

Haah.. ikutkan saya batuk hari ni.
Suara pun dah serak dan tak berapa nak keluar.
Tapi dah janji kan nak buat sesi sembang santai buku hari ni.
Jadi, takde hal punya.



Alhamdulillah sesi Gelanggang Oakheart #8 mengenai buku Beli Rumah Kababoom! tadi dah pun berjalan dengan baik.
Sesi berlangsung di Kafe Buku Oakheart (KABO) di seksyen 15 Bandar Baru Bangi.

Sebenarnya meskipun ini sesi sembang buku Kababoom ni, soalan yang ditanya dan dibincangkan tidak terhad kepada apa yang ada dalam buku je.
Ada yang bertanya soalan advanced tadi, seperti berkaitan dengan kaveat, kelayakan pinjaman buat orang yang bekerja sendiri, pewarisan dan motivasi pelabur.

Bagi saya, saya cuba jawab sebaik mungkin setakat pengetahuan saya.

Kalau kawan-kawan nak tahu, Legasi Oakheart la yang buat kerja-kerja editing, prufreading dan design layout buku ini.
Sampai merah-merah mata Hafiz dan Farahin bersengkang mata untuk buku ni.
Ada beberapa ketika, saya join sama tahan mata dengan anak mancis kat KABO ni juga.
Demi menyiapkan buku ni.

Taoi kerja-kerja editorial ni adalah job sampingan mereka.
Legasi Oakheart ni sebenarnya penerbit buku dan juga membantu menganjurkan acara/ latihan dan merupakan pengedar buku.
Habis serata ceruk mereka masuk untuk buat jualan buku,
Banyak juga penulisan kreatif yang mereka terbitkan.
Untuk buku Beli Rumah Kababoom! ni, Legasi Oakheart adalah salah satu pengedarnya.



Power power!

Bila saya umumkan mencari penaja venue untuk sesi Sembang Buku atau roadshow buku ni, laju habis Hafiz tawarkan KABO sebagai tempat.
Saya apa lagi, bagai orang mengantuk dihulur bantal lah.
hehehe

Kalau kawan-kawan nak dapatkan perkhidmatan editorial buku, nak menulis karya fiksyen dan non-fiksyen atau apa juga yang Legasi Oakheart tawarkan, hubungi Hafiz Latiff untuk harga terbaik dan maklumat lanjut.
Bagitau dia, korang pembaca buku Beli Rumah Kababoom! dan Rohaniah Noor yang rekemen.
hehehe...

Apa pun, sesi hari ni berjalan lancar meskipun suara saya kurang merdu.
Terima kasih juga kepada Legasi Oakheart yang menganjurkan dan menaja venue dan sediakan kopi percuma.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir tadi.

Sebenarnya ini sesi kedua dalam siri roadshow buku ni.
Sesi pertama semasa sesi Bedah Buku di Pusat Sumber Bahagian Sukan, MOE.
Nanti saya kongsikan dalam entri seterusnya ya.

Insya Allah... saya harap akan ada lebih banyak lagi sesi seumpama ini di masa depan.
Ada rezeki, kita jumpa lagi.
Harapnya masa tu saya dah tak batuk dan suara kembali merdu.
Ehem...


Share:

Banjaria Court below market value for sale. Apa hal tak ada balkoni pun

Dulu masa saya jumpa iklan banjaria court yang sedang dalam pembinaan, saya terpengaruh dengan sesetengah komen forumers jumud di Lowyat.

"Huh, harga lebih 200K tapi tak ada balkoni."

Banjaria Court ni projek PKNS. Lokasi di Gombak. Kalau nak ke Pahang tu, atau dari sentul ke gombak, atau dari gombak ke batu caves, boleh nampak projek ni dari tepi jalan.
Dia sebenarnya kat taman samudera, gombak.



Dulu harga developer tak sampai 300K. Dalam RM200K++ sahaja.
Lokasinya dekat dengan KL, tapi Gombak masa tu kan masih murah harga propertynya. Sentul pun masih kampung.

Tapi tengok harganya sekarang.
Market value boleh cecah 420K dah.

Sebab?
- lokasi bagus.
- setapak dah moden dan naik jota-jota. Sentul dah transform. Gombak next. Nampak tak aliran pembangunan kawasan tu.
- stesen komuter dah ada sampai ke batu caves. Dulu setakat Sentul je.

Yang penting, bila lokasi bagus, developer reputasi baik dan aliran pembangunan memang menghala ke situ, tak ada balkoni bukan satu faktor utama.
Harga tetap naik.
Demand tetap tinggi.

Boleh faham?

haa...
Ni saya nak kongsi  dua unit property below market di Banjaria.
Siap boleh markup SPA.
dulukan duit modal, kemudian markup dan dapat balik duit modal tu dan dapat cash pulak.



Kedua-dua unit ni ada 3 bilik tidur, 2 bilik air.
Ada parking bertutup.
Luas 991 sqft.
Leasehold.







Satu nak jual dengan harga RM368k sahaja. Tingkat bawah sikit .
Satu lagi RM420K, tingkat atas tapi boleh nego lagi.
NON BUMI LOT

Haa.. ingat, kita buat duit masa beli rumah, bukan masa jual rumah.
Kalau beli property below market value maknanya masa beli je dah untung puluh-puluh ribu.
Tu belum harganya naik lagi 5 tahun, 10 tahun atau lagi 25 tahun.

Haaa.. apa lagi.
Meh whatsapp atau call 0123547636 untuk view rumah dan booking.
Share:

Mengejar impian Kababoom!

Tahun lepas saya rasa malu dengan diri sendiri.
Sebab sejak tahun sebelumnya, iatu tahun tahun lepas, saya merancang nak mempunyai sebuh buku fizikal sendiri.
Tapi hajat tu asyik terpendam, terendam dan terkempam sahaja.
Dah masuk 2014 bukunya masih belum ada.
Saya sekadar gembira dengan ebook sahaja.

Lama-lama rasa tak boleh jadi ni.
Saya kena buat sesuatu yang drastik untuk keluarkan buku saya.
Kekangan masa buat impian saya tertolak lama sangat.

Tu yang last-last saya nekad ambil cuti tanpa gaji, dan akhirnya meletak jawatan sebagai kakitangan awam.
Haa.. padan muka.
Biar ada masa untuk fokus pada buku.

Dah cuti tanpa gaji pun buku masih belum keluar.
Haihhh..
tak boleh jadi.

Saya nak bukukan blog saya ni menjadi buku fizikal.
Angan-angan saya, bulan Jun buku saya dah keluar.
Tapi bahan blog ni banyak. Perlu ditapis.
Jadi, lambat juga. Tak sempat keluar dalam bulan Jun.

Last-last bila dah masuk bulan Julai, saya decide nak bukukan ebook keempat saya, 15 Artikel Beli Rumah Kababoom!

Ha.. memandangkan ebook tu padat dengan tips, teknik, undang-undang dan strategi beli rumah, saya nampak ia sangat sesuai untuk dibukukan.

Asalnya saya merancang untuk terbitkan sendiri buku ni.
Tapi selepas berbincang dengan Legacy Publishing, kami setuju untuk terbit bersama dengan kos dikongsi dan hak edaran berasingan.

Masa saya decide nak terbitkan sendiri tu dah pertengahan bulan 7 dah.
Dan saya tetapkan, buku ini mesti diterbitkan sebelum Havoc Hartanah KL pada 5 dan 6 September nanti.

Woww.. saya ada masa lebih kurang satu bulan setengah sahaja untuk siapkan buku ni.

Maka segala jentera editorial dikerah.
Saya lah tu,..
saya bertindak sebagai editor pengurusan iaitu kuli yang menguruskan kerja-kerja editorial buku ni sampai siap.

Alhamdulillah saya dapat harga terbaik dari Hafiz Latiff, boss Legacy Oakheart untuk kerja-kerja editing, prufreading dan design layout.
Legacy Publishing pula bantu mereka kaver buku.



Untuk memberi sesuatu extravaganza pada versi buku fizikal ini, maka saya pun menambah lagi 5 bab yang tak ada dalam versi ebook.

Untuk buku saya, saya mahukan ia ringan dan bersaiz handy.
Sebab saya sendiri suka sentiasa bawa sebuah buku dalam beg atau bawa ketika travel.
Jadi, buku yang ringan dan bersaiz handy ni sangat sesuai.
Saya takkan bawa buku yang berat, besar.

Saya dapati kertas simili iaitu kertas putih yang biasa digunakan dalam buku di Malaysia tu berat.
Kertas bulky yang biasa digunakan oleh buku-buku keluaran pula kurang sesuai dengan cetakan gambar atau berwarna.
Nanti gambar jadi kembang.

Satu hari saya nampak buku The Naked Traveller oleh Trinity.
Buku travelog tu menggunakan kertas seakan bulky tetapi cetakan gambar berwarna penuhnya cantik.
Jadi, saya mula mencari kertas seumpama ini untuk digunakan.

Berbincang dengan syarikat percetakan, saya dibawa ke pejabat sebuat pemborong kertas.
Di situlah saya berjumpa dengan jenis kertas yang menepati apa yang saya mahukan.
Kertas yang ringan tetapi sesuai untuk cetakan berwarna penuh.



Nak ditambah kababoomnya, Puan Rozalina, CEO REConsult PLT, organiser Havoc Hartanah pula berbesar hati menawarkan peluang melancarkan buku semasa majlis tu nanti.
Wowwww..
Takkan dilepaskan peluang ni.
Buku wajib siap cetak sebelum 5 September, sebelum hari pertama Havoc Hartanah.

Maka saya dan team editorial buku ni pun pulun mengejar dateline.
Stresnya tak boleh nak cakap.
Berpetak-petak kepala saya.
Bersengkang mata sampai jam 2 pagi di pejabat Legasi Oakheart bukan perkara pelik.


Hinggalah akhirnya pada hari khamis petang, 3 Sept saya telefon syarikat penerbitan dan wallahhhh!
Buku saya dah siap dicetak.
Alhamdulillah.. syukur...

Malam itu juga saya dan kawan penulis bersama Saya Backpacker, Normi pergi ke kilang untuk mengambil stok buku.
Dalam hujan renyai kami redah.
Saya punya excited masa tengok buku tu kat kilang... tuhan sahaja yang tahu.




Alhamdulillah.. hilang semua penat dan stress selama ni bila tengok hasilnya.

Malam itu juga saya dan Normi pergi makan western food kat Serdang.
Celebrate.


Ahad 6 September 2015, buku Beli Rumah Kababoom! berjaya dilancarkan di Havoc Hartanah KL di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, KL.

Satu impian terlaksana.




Saya percaya buku ni akan membantu pembacanya dalam memahami tips, teknik, lompang, jalan maut, jalan mati dan jalan potong dalam membeli rumah mereka.
Tak kiralah beli rumah untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan.
Semuanya perlu beli dengan ilmu kan...

emak dan buku saya

Ada 20 bab yang saya pilih kandungannya betul-betul wajib semua pembeli rumah tahu.
Kiranya, dari dummy jadi hero lah lepas baca buku ni. Insya Allah..

Berminat nak dapatkan buku ni?
Haa.. meh meh.. harga cuma RM29. Kos pos RM6 untuk Semenanjung dan RM10 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Caranya mudah sahaja

1) bank in harga buku dan kos pos ke akaun bank CIMB atas nama Kaseh Trading and Services 8600304257. Email notification adalah propertywaltz@gmail.com

2) Emailkan bukti bayaran, nama, email, nombor hp dan alamat surat-menyurat ke propertywaltz@gmail.com untuk pengeposan buku.

Pihak saya akan mengepos buku itu terus ke rumah anda.

Yeahhhh


Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog