• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

sekali lagi saya rasa rendah diri

Dah mula hangat  ni..
Hangat sebab tarikh dah tak lama

Pertama kali saya ditegur dalam FB oleh Dato' Dr Wan Shah Razali, saya rasa sangat teruja.
Wowww... nama yang sebegitu besar, orang yang sebegitu hebat menegur saya.
Saya rasa sangat rendah diri dan rasa terharu.

Rupanya DSR mahu ajak saya terlibat dalam Mega Property Talk.
ada 6 orang dijemput untuk berkongsi ilmu dalam satu pentas.
Beliau sendiri, Abang Ensem, Shafie Bustan (Pie2020), Ahyat Ishak, Amin Harith dan saya sendiri.





Memang nama-nama besar mereka ini.
Mereka dah capai keselesaan kewangan dari pelaburan hartanah.
Dah berjaya gandakan wang mereka dan dah berjaya bayar zakat berganda-ganda juga.
Terlalu banyak ilmu mereka, malah saya sendiri banyak belajar dari mereka.

Jadi saya pun dengan sangat berbesar hati menerima pelawaan ini.

Alhamdulillah.. semuanya ada kelapangan pada 8 November 2014, Sabtu.
Jadi kami tetapkan tarikh ini.

Insya Allah peserta akan dikongsikan dengan ilmu ini
- Pembelian subsale (belian rumah dari individu)
- Pembelian rumah lelong
- Kajian peta
- Pengurusan penyewa
- Mindset Pelabur Kelas Pertama



Saya akan cerita pasal pengurusan penyewa.
Tapi sebagai menghargai peserta, saya takkan kongsikan 100% yang sama dengan apa yang saya telah kongsikan di Konvensyen Pejuang Hartanah.
Saya akan bercerita sudut berbeza pula.

Saya akan berkongsi mengenai pemilihan perabot 2nd hand, DIY,dan bagaimana menyiapkan rumah dengan kos minima.

Cuma asas penyewaan tu memang kena masukkan la supaya peserta yang tak datang masa Konvensyen Pejuang Hartanah tu nanti tak blur.

Melihat perkembangan terbaru, saya risau kalau lepas ini AE akan jarang muncul dalam sesi sebegini.
Saya harap ini bukan kali terakhir beliau.
Mana tahu, kalau ramai peserta datang memberi sokongan kepadanya, hatinya yang rajuk akan terubat semula.

#sayatetapsokongae

Saya dengar harga untuk 3 orang daftar sekaligus jauh lebih murah.
Elok kawan-kawan cari geng dan daftar bersama.
Yang mana ada dalam kelab alien hartawan, mungkin boleh post di group FB Kelab tu untuk cari lagi 2 orang geng.
Tapi kalau tak dapat bertiga, berdua pun jimat juga kan..

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, mohon KLIK DI SINI ya.

Jumpa nanti.
Share:

sesuatu yang menggegarkan

8 november ni nampaknya sesuatu yang menggegarkan akan berlaku.

gamat
kecoh
penuh
julung-julung



saya sendiri pun tak percaya ia akan berlaku
kedip-kedip mata pun masih tak berapa percaya
tak tentu berlaku lagi

apakah?
apakah?


Share:

belajar cukai sambil makan croissant

Sementara saya di Kota Kinabalu, telah berlangsung Seminar Cukai Enterprise anjuran Kaseh Akademi.
Pertama kali kami di Kaseh Akademi menganjurkan seminar percukaian khas untuk syarikat enterprise.
Speaker adalah Tuan Rezduan Bakar, akaun bertauliah dan juruaudit dalam yang berpengalaman luas dalam ilmu percukaian.

Alhamdulillah... seramai 17 orang peserta yang merupakan usahawan telah hadir.
Saya ada sedikit kerugian sebab tak dapat hadir dan belajar kali ni.
Terpaksa la saya sertai sesi November nanti.

Memandangkan saya berada di Kota Kinabalu, partner saya di Kaseh Akademi, tuan Solahudin Noor yang terpaksa bersusah payah memastikan seminar berjalan dengan lancar.
Terima kasih tak terhingga.

Dengarnya selepas ini peserta-peserta ni dah terer macamana nak ambil peluang yang ada untuk jimatkan bayar cukai perniagaan mereka.
Ada yang sampai nak belanja kawan-kawan makan.. punya hepi dapat tips ni.
hehehe



Oh ya.
sarapan yang kami sediakan buat semua peserta tempoh hari memang istimewa.
Ditempah khas dari dapur Lynn Hashim_PrivateKitchen.
Croissant yang istimewa, saya pernah cuba croissant ni masa open house raya baru-baru ni
dan saya puas hati.
Tu yang nak beri kawan-kawan peserta Cukai Enterprise try pula tu.





Boleh follow instagram @lynnhashim_privatekitchen untuk lihat apa lagi menu istimewa yang Lynn boleh sediakan.





Buat yang tak dapat hadir tempoh hari atau tak sempat mendaftar, boleh buat bayaran dan hadir sesi akan datang.
Sesi seterusnya adaah pada 22 November dan 21 Disember.

Setiap peserta akan menerima buku Sekarang Sengkek Esok Kaya tulisan tuan Rezduan Bakar sendiri dengan PERCUMA.





***************************
BAGAIMANA MENDAFTAR

**************************

Yuran seminar adalah

- RM 199 seorang untuk satu tiket
- RM 195 seorang untuk dua tiket
- RM 179 seorang untuk 3 tiket

Harga istimewa untuk Ahli Kelab Alien sedia ada
- RM 189 untuk satu tiket
- kalau daftar untuk 3 tiket, guna harga RM 179 seperti di atas.

Untuk mendaftar :

1) bank in yuran  ke akaun Alliance Bank 140460010087422 atas nama Kaseh Akademi PLT
masukkan email propertywaltz@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di
http://bit.ly/cukaientf

Boleh juga beri maklumat pembayaran ke email saya rohaniahnoor@gmail.com

Daftar segera kerana tempat terhad kepada 20 orang satu sesi sahaja.


Share:

Sama Sama Cari Duit di Tawau dan Kota Kinabalu

Sabtu 18hb telah berjalan dengan lancar Seminar Sama Sama Cari Duit di Tawau.
Memang terbaiklah orang Tawau.
Auditorium di perpusatakaan awam di sana penuh dengan usahawan yang mahu belajar dan menambah motivasi.

Speaker hebat-hebat membuat saya yang paling rendah ini rasa rendah diri.
Ada Coach Sam Adnan, usahawan gym dan latihan
Ada coach Rik dengan strategi perniagaannya
Ada Dynaz dan Bambang Soteto iaitu selebriti yang juga usahawan
Ada Coach Fazli Little Trees dengan perkongsian brandingnya
dan saya dengan perkongsian mengenai pelaburan hartanah.




Peminat AE dia ni..  :)



Tapi yang paling grand dan ditunggu adalah Dato' Dr Fazdilah Kamsah.
Sesi motivasi keusahawanannya dia memang buat peserta terhibur dan mendapat ilmu dalam masa yang sama.

Otai speaker punya style memang berbeza.

Seminar dari pagi sampai petang.
kaw-kaw punya... sampai panas punggung mendengar.

Sebaik seminar habis, saya, krew dan semua speaker lain bergegas ke airport untuk ke Kota Kinabalu
kecuali Dato Dr Fadzilah Kamsah dan Bambang yang terpaksa pulang ke KL kerana ada komitmen lain

Pertama kali saya naik fokker MAS Wing.
Ada dua kerusi je di sebelah kiri dan dua kerusi di sebelah kanan.
Kecil sahaja.

Mungkin disebabkan tak biasa naik fokker, ditambah pula dengan perjalanan dari Semenanjung semalam, malam tu dan pagi esoknya saya flat habis.
Tidur dengan baju yang saya pakai sejak pagi.
Tak larat nak mandi dan tukar baju pun.

Ahad tu 19 hb seminar Sama Sama Cari Duit di Kota Kinabalu pula
Bertempat di UiTM, KK.
Untuk sesi kali ni, ada Coach Rozi Saari di hujung sekali.
Beliau merupakan motivator kuasa minda dan tindakan untuk berjaya.






Selesai seminar, saya dan rakan penganjur terus ke airport.
Tunggu flight jam 9.40 malam, sementara tu kami lepak makan dan berborak-borak.

Jam 12.05 tengah malam tadi baru mendarat di KLIA 2.

2 hari setengah 2 malam yang hebat di Tawau dan Kota Kinabalu.

Terima kasih orang Tawau dan Kota Kinabalu yang memberi layanan yang baik kepada kami
Terima kasih Coach Sam Adnan atas peluang yang diberikan.

Buah tangan dari orang Tawau. Terima kasih

Harap kita semua dapat berjumpa lagi
dan saya harap perkongsian satu jam saya memberi manfaat kepada semua peserta yang datang.

dan terima kasih juga kepada Faizul Ridzuan yang cadangkan nama saya kepada Coach Sam apabila beliau tidak dapat memenuhi jemputan Coach Sam pada awalnya disebabkan komitmen lain.

Cenderahati untuk Simon dari KK




Share:

Sama Sama Cari Duit di Sabah

Ada orang Sabah di sini?

Kalau ada, bolehlah hadir ke Seminar Sama Sama Cari Duit ni nanti
Seminar mengenai perniagaan dan pelaburan

Boleh lah kita berjumpa pula di sabah kan..

Ada dua sesi

18 Oktober di Tawau
19 Oktober di Kota Kinabalu


Seminar Free je ni..
berminat nak hadir, sms atau call no telefon yang tertera kat poster tu
Boleh juga follow instagram CoachSamAdnan untuk ikuti aktiviti yang beliau anjurkan.

Ok kita jumpa nanti!
Share:

Jalan Lurus Poket Gembira

Kelmarin saya dapat panggilan telefon dari iProperty.
Mereka jemput saya untuk sekali lagi beri talk dalam iProperty Bumi Expo di Paradigm Mall pada 10 - 12 Oktober nanti.

Terharu betul saya dapat jemputan ni.
Alhamdulillah.. dapat peluang berkongsi lagi sekali dengan pembeli rumah dan pelabur hartanah yang hadir ke expo ini.

Kalau nak tonton video rakaman talk saya dalam event ini kali yang lepas, boleh KLIK DI SINI.
Kawan saya, Ruby dan Ifah yang baik hati telah buat rakaman secara amatur.

Sebelum ni, saya kongsi tajuk "Apa Jodoh Hartanah Anda?"
Kali ini, cukup la dah bercakap pasal jodoh, saya nak bercakap mengenai "Beli Rumah: Jalan Lurus Poket Gembira."
diinspirasikan dari ayat al-Quran, 'ihdinas siratal mustaqim'..



Aha... apa isi kandungannya tu?
kena datang nanti lah.
Saya dimaklumkan sesi saya pada hari Sabtu 11 Oktober 2014 jam 4 petang.
Paradigm Mall.. 
wohooooo

Untuk maklumat lanjut pasal event ni boleh KLIK DI SINI
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog