• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

jejaka kacak muka 39

muka surat 39

nak tahu siapa jejaka kacak pujaan saya?
cuba buka muka surat 39

dah la kacak, pelabur hartanah pula..
aish... ada kat muka surat 39

pakai cermin mata pun kacak
tak pakai cermin mata pun kacak
memang sesuai diletakkan di muka surat 39

selain kacak, berani pula
dan memang tegap badannya
ada kat muka surat 39

kalau lah dia tiba-tiba telefon saya nak menyewa rumah saya
itu baru betul bulan jatuh ke riba
semua perabot saya sanggup tukar
hai.. si kacak muka surat 39

jemput kawan-kawan
jemput download MAJALAH INI dan buka muka surat 39



tuah muka surat 39
gambar saya dan gambar dia dah dekat-dekat dah ni..
adakah bermakna hati juga akan semakin dekat?

tapi kan...
sayangnya dia lebih muda pula...
aishh....
Share:

sang putera alam idamanku


saat paling menyeronokkan bagi pelabur hartanah atau pembeli rumah adalah bila dapat kunci.
kata orang putih, vacant possession atau vp
perasaannya gembira tak terkata

ibarat sang nila utama bertemu puspa wangi
lama menunggu
lama mengembara
tapi bila puspa wangi menyiapkan hidangan menggunakan bekalan yang dibawa, sang nila utama bersorak gembira dalam hati

begitulah ibaratnya..
semalam saya pula ibarat bawang merah yang bertemu dengan putera kacak
semuanya sebab vp

putera yang menjadi milik saya itu namanya putera alam idaman
(saudara jauh dengan alam shah bana)
kuning cerah orangnya
tegap pula badannya



lama juga saya tunggu tuan putera ini
sejak jun 2010
sudah lebih 2 tahun 6 purnama lamanya

saya kongsikan gambar-gambar sang putera alam idaman ini ya

tuan putera alam idaman
berbadan tegap

melayan tetamu
merenung masa depan

berehat

orang dapur
pelaburan

usha si kacak

usha si kacak episod 2

shopping dengan si dia
  
dengan anak-anak

kalau lah boleh diletak buaian kat pondok tu
boleh lah bernyanyi sambil diintai sang putera:

"Pohon beringin... dahannya rendang
lalalalala... lalalalala..."


Share:

surat cinta?


surat cinta yang dinanti.
VP seorang rakan yang saya coach secara informal untuk membeli hartanah.


Share:

sumpahan dan tragedi di tanah bumi

Bumi lot satu keistimewaan atau sumpahan?

ramai yang cakap ia satu keistimewaan.
Boleh dapat diskaun bumi bila beli rumah dari pemaju.
Diskaun 5 - 7% bergantung pada projek.
Jadi dapat beli lagi murah.

ramai yang cakap ia satu keistimewaan
sebab bila beli dalam medan lelongan, non-bumi tak boleh lawan sama
jadi saingan lebih kecil

ramai yang cakap ia satu keistimewaan
sebab katanya nak lindungi hak pemilikan tanah oleh bumiputra
kalau tak, nanti bumi tak ada tanah

tapi bagi saya ia sumpahan
adat sumpahan, ada pantang larang
selagi tak langgar pantang, sumpahan tak terkena
badi tak terkena

sekali langgar sumpahan, akibatnya buruk.



sumpahannya, jangan beli untuk flip.
pasarannya kecil.
non-bumi beli unit yang sama boleh jual 360k
anda punya cuma boleh jual 300k
tu pun kalau boleh jual
kalau tak, melangutla tunggu setahun dua cari pembeli

sumpahannya, jangan beli secara JV dengan bukan ahli keluarga
sebab resam JV, ia hanya untuk jangka masa pendek
lepas 3 atau 5 tahun mungkin nak jual
masa tu anda akan hadapi situasi yang sama
jual lebih murah atau perap


sumpahan ni macam lembaga
boleh menunggu pada satu lot sampai bila-bila
boleh juga muncul tiba-tiba

sumpahan ni juga bukan kita yang baca
bukan kita yang jaga
ada penjaganya iaitu pejabat tanah
mereka boleh hantar lembaga di mana-mana lot mereka suka

nak kongsi cerita
ada seorang rakan
beli sebuah apartment dari seorang non-bumi
dia beli subsale

beli dari non-bumi, dah tentu open lot
member ni memang gembira lah
sebab beli open lot di lokasi yang hot

tapi masa tu strata belum keluar
malaysia ni sangat efisien
rumah dah dapat kunci 20 tahun dah pun, strata ada yang masih belum keluar

jadi selepas lebih kurang 3 tahun dia beli, strata keluar
tiba-tiba dia dapati unit dia dah jadi bumi lot
padahal dia beli dari non-bumi.
confirm sebelum tu bukan bumi lot

jeng jeng jeng

kesian dia sebab dia beli atas harga open lot
last-last jadi bumi lot
naya naya

itu sebab saya katakan
bumi lot ni satu sumpahan
menjelma sebagai lembaga dan muncul tiba-tiba

nak tahu apa orang lain pula kata?

Tuan Haji MD Esa kata DI SINI
Tuan Zaidi pula kata bumi lot ni satu kecelakaan
selagi belum accident, okla.
bila dah accident?

moral of the story:
selagi belum keluar strata, tak pasti lagi unit kita bumi lot atau tidak

Share:

Penipuan terbongkar! pasang 5 bayar 4

Artikel ini sesuai untuk mereka yang tidak arif dengan pemasangan aircond.
Hanya tahu guna sahaja (seperti saya lah... huhu)
Mereka yang dah arif, mungkin merasakan artikel ini terlalu asas.

Ok
Ini gambar outdoor unit aircond atau penghawa dingin.
outdoor unit ni adalah kotak 4 segi aircond yang diletakkan di luar rumah.



Apa yang tak kena pada gambar di atas ini?


Cuba bandingkan pula dengan gambar ini?



Nampak tak perbezaannya?

Sebenarnya bezanya pada material yang digunakan untuk penyambungan pada outdoor unit tu.
Saya tak tahu istilah sebenar, tapi ada dua paip yang dipasang pada outdoor unit ini.
Kedua-duanya mestilah paip copper atau tembaga.
Sila rujuk gambar kedua di atas ini.

Copper ni mahal, kawan-kawan.
Biasa kalau pasang aircond, kontraktor sudah mengambil kira pemasangan copper sepanjang 10 kaki dalam harga pemasangan tu.
Kalau lebih dari 10 kaki, setiap kaki tu akan dikira harga berasingan.

Ok, balik kepada gambar pertama.
Sebenarnya aircond tu dibekalkan bersama-sama dengan rumah yang dibeli.
Kiranya, beli rumah dah siap ada aircond la.
ada banyak juga unit yang dijual sebegitu.
Bermakna, pembekal yang sama yang bekalkan dan pasang aircond yang sama ke beberapa buah rumah.

Aircond ni berjenama Samsung 1 horse power (1hp).
Diletakkan di ruang tamu.

Selama ini penyewa selalu mengadu dan komplen, aircond tak sejuk.
Walaupun kami baru servis dan cuci, penyewa komplen juga ia tak sejuk.

Saya sendiri pernah merasa.. memang tak sejuk.
Asalnya saya fikirkan mungkin sebab ruang tamu yang bersambung dengan dapur itu luas.
Maka aircond 1hp tak cukup.

Ya, ia memang satu faktor.

Jadi, saya cadangkan kepada tuan empunya rumah untuk tukar aircond ini ke aircond berkapasiti 2 hp.

Nak jimat kos, kami cari aircond 2nd hand.
Setelah sebulan mencari dan menunggu, akhirnya dapat lah satu aircond second hand tu.
Jenama national, pembekal tu siap pasang lagi.

Mereka perlu cabut dulu aircond lama, dan pasang aircond baru.
Sekali, mereka bagitau saya copper lama tak boleh digunakan.
Hairan juga saya kenapa?

Rupa-rupanya.. jeng jeng jeng...
Rahsia terbongkar!
mereka tak gunakan copper sepenuhnya.


Hanya paip yang lebih kecil sahaja yang dari material copper.
Paip kedua yang lebih besar adalah plastik sahaja, bukan copper.

Kata Mr Lim, tokey kedai aircond ni, paip plastik ni tak berkualiti.
ia boleh menyebabkan gas keluar.
tu sebab aircond boleh jadi tak sejuk.

Dan katanya lagi, harga paip plastik ini lebih kurang 20% lebih murah dari copper.
Jadi, kalau pasang 5 aircond dengan paip plastik ni, kosnya seolah-oleh 4 aircond yang dipasang dengan copper sepenuhnya.
Satu pemasangan percuma!

Jimat kan..

Harap lepas ni kita berhati-hati lah.
Ramai di luar sana yang nak untung dan kerja asal siap sahaja.


hm... selain dari tu, saya saja nak bercerita satu berita baik kepada diri saya.

Ahad lepas saya telah menamatkan peperiksaan terakhir untuk pengajian Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan.

Kalau semua kertas tu lulus, saya akan menjadi orang bebas!
bebas dari uitm
bebas menggunakan hari Sabtu saya semula
bebas dari stress assignment dan peperiksaan.
wuha!

Share:

Mampu milik atau mimpi molek?

Akan menjadi kenyataan kah rumah mampu milik di Cyberjaya?

Dalam Bajet 2010 yang diumumkan pada September 2009, memang PM ada umumkan rumah mampu milik di Cyberjaya.
Boleh rujuk DI SINI muka surat 35 dan 36.

Manakala di Cyberjaya, antara projek yang akan dilaksanakan adalah pembinaan rumah mampu milik, hypermarket, kompleks perniagaan, kemudahan parkir, pusat rekreasi dan riadah serta sekolah.

Selepas tu muncul lah PROJEK BERHANTU INI.
rumah mampu milik dah jadi rumah mimpi molek.



Dalam bajet 2012 yang diumumkan pada tahun 2011, PM berjanji lagi akan dibina rumah mampu milik di Cyberjaya.
Boleh rujuk DI SINI muka surat 42.


Bagi tahun 2012 pula, 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja. Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah  berbanding dengan harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju. 


2012 dah berlalu...

Sekarang, EMKAY pula katanya nak bina 3,680 unit rumah mampu milik di Cyberjaya.

Sebagai pelanggan EMKAY, rasa bangga juga jika EMKAY berjaya melaksanakan tanggungjawab sosial ini.
Mari kita tunggu, lihat dan booking, jika ada dan layak.


kredit gambar: http://www.c-arch.com.my/index/wisma-mustapha-kamal-cyberjaya


Saya kongsikan berita yang tersiar di Sinar Harian pada 14 Januari 2013.
Berita asal mengenai rumah mampu milik oleh EMKAY ini boleh lah dibaca DI SINI.



Emkay akan lancar 3,680 unit rumah mampu milik di Cyberjaya
14 Januari 2013
CYBERJAYA - Kumpulan Emkay akan melancarkan pembangunan projek rumah mampu milik dengan nilai pembangunan kasar RM500 juta dalam tempoh terdekat, kata pengerusinya Tan Sri Mustapha Kamal.
 
Beliau berkata menerusi projek itu sebanyak 3,680 unit rumah akan dibangunkan untuk memberi peluang kepada semua lapisan rakyat tinggal di Cyberjaya.
 
"Dalam dua tiga minggu lagi kita akan lancar dan rumah jenis pangsapuri itu akan dijual dengan harga bermula RM120,000, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti pusat dialisis, masjid serta tanah perkuburan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Terdahulu beliau menyampaikan taklimat mengenai perkembangan pembangunan Cyberjaya kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Mustapha berkata melalui projek tersebut konsep rakyat didahulukan dapat dipraktikan sekali gus memastikan sasaran peningkatan penduduk kepada 100,000 orang menjelang 2016 mampu dicapai.
"Projek berkenaan diunjurkan akan dimulakan secara fizikal pada pertengahan tahun ini," katanya.
 
Selain projek perumahan itu, syarikatnya turut mempunyai 40.5 hektar lagi tanah untuk dimajukan dengan pembinaan kawasan pejabat dan industri berimpak tinggi.
 
"Jika satu hektar dapat dimajukan sebagai kawasan berimpak tinggi diandaikan berupaya menjana 4,000 hingga 5,000 peluang pekerjaan dan secara tidak langsung membantu negara merealisasikan hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi.
 
"Dulu orang tak nak datang ke Cyberjaya tetapi menjelang 2016 nanti semua kemudahan ada di kawasan itu, pelbagai perancangan telah dan sedang giat dilaksanakan untuk tujuan tersebut," katanya.
 
Mustapha berkata ia termasuklah perbincangan dengan pihak universiti serta pemegang saham untuk mewujudkan latihan kemahiran dan ilmu baharu kepada anak bangsa bagi memastikan mereka dapat memenuhi kehendak pasaran kerja di Cyberjaya.
 
Menjelang 2016 Cyberjaya dijangka menarik pelaburan terkumpul sehingga RM32 billion, katanya. - Bernama

Moral of the story:
sementara tunggu rumah ni dibuka untuk jualan, apa kata belajar bagaimana menggandakan wang anda dahulu melalui SEMINAR INI.
Share:

Pelajar Kazakhstan neraka dunia?

Dalam artikel TERDAHULU, ada yang bertanya
Kenapa saya blacklist penyewa kazakhstan di Cyberjaya?

Sebab 2 tahun lepas saya pernah mempunyai penyewa perempuan pelajar LimKokWIng dari Kazakhstan
Mereka diam-diam sewakan bilik kecil kepada pelajar lelaki kazakh tanpa pengetahuan saya
Sedangkan dalam rumah tu ada penyewa perempuan lain.
Kemudian mereka tak bayar sewa dan saya minta mereka keluar.

Kemudian bulan lepas, rumah adik saya pula jadi mangsa
Penyewa Kazakh tu tiba-tiba bagi notis nak keluar dalam masa seminggu.
Kemudian mereka kata mereka akan pindah keluar pada 20hb Disember.
Rupanya pada 20hb tu bila saya dapat call mereka, mereka dah keluar dari rumah itu dan tinggalkan kunci pada kawan mereka je.

Nak dapatkan kunci dari kawan mereka tu pun susah juga.
Bila dah dapat kunci, didapati mereka meninggalkan neraka wail kepada tuan rumah.

sekeping gambar menceritakan seribu perkataan.
Saya kongsikan 14 keping gambar.
















Selain itu, mereka juga meninggalkan bil elektrik yang tertunggak sehingga RM 2000++
Sebulan penggunaan elektrik mereka adalah lebih kurang  RM700.
pada 18 haribulan Disember rupanya bekalan elektrik sudah ditamatkan.
Patutlah mereka keluar awal dari tarikh dijanjikan.

Rumahku syurgaku dan jadi rumahku nerakaku.

Nama ketua penyewa: Diana Mustafina

Moral of the story:
-Sila semak bil elektrik dan air penyewa anda setiap bulan.
- Ambil deposit 2 bulan. Wajib. Jangan sekali-kali ambil deposit sebulan.
- Pertimbangkan untuk ambil deposit utiliti sebulan. Bukan setengah bulan. Terutama jika anda menyewakannya kepada pelajar.

Share:

Rasa kena dump dengan boyfriend!

Minggu lepas saya dikejutkan oleh satu SMS.

SMS dari kawan saya,
Frust. Aku rasa macam kena dump dengan boyfriend!

Apakah?

Kisahnya begini..

kawan saya sangat berhajat membeli rumah untuk tinggal sendiri.
Beberapa bulan lepas, saya ada menemaninya melihat beberapa rumah.
Antaranya PROJEK INI.

Terakhir saya menemaninya melihat ke sebuah kondominium di Putrajaya.
Penjual mahu jual pada harga RM 330K.
Kata agent, itu harga yang dinilai oleh Maybank.




Rumah ini rumah baru.
Selepas dapat kunci, penjual perap sahaja hinggalah dekat-dekat hujung tahun baru nak jual.
Jadi, belum ada gril, belum pasang lampu, malah defect dari developer pun belum diperiksa.

Dari pemeriksaan sekali imbas saya, saya dapati
- ada tiles yang lompang di dapur
- ada dinding yang lembab.


Melihat kepada defect dan kos pemasangan gril ini, kami minta diskaun lagi.
Kami tawarkan RM 300K.
Kata agent, dia tak pasti penjual setuju atau tidak.
Sebab ada seorang lagi minta harga yang sama, pun pembeli tak bagi keputusan.
Pesanan saya padanya, minta diskaun tapi jangan tunjukkan yang kita nak sangat dengan rumah tersebut

Tapi kawan saya berkenan sungguh dengan kondominium itu.
Jadi saya menolongnya untuk mendapatkan penilaian dari Public Bank.

Public Bank beritahu maksima RM 320K sahaja.
Rakan saya minta diskaun dari agent, tapi senyap.

Tiba-tiba hari Isnin dua minggu lepas, iaitu minggu pertama peperiksaan saya, kawan saya SMS saya
Agent cakap, penjual setuju nak jual pada harga 310K

Aku rasa macam nak ambil.

SMS kawan saya dengan keputusan sebulat suara dia.

Sebenarnya saya sendiri kurang berkenan dengan kondo tu.
sebab swimming pool dia kecil dan kondo tu tak ada pagar.. Style Putrajaya lah!
Bagi saya, buat apa duduk kondo dan ada pengawal keselamatan kalau budak-budak boleh menyelinap dari segenap penjuru untuk mandi kolam renang percuma?



Tapi kawan saya tak peduli pun pasal kolam renang dan pagar tu.
Dia memang dah jatuh cinta!

Jadi saya pun beritahu lah macamana prosedurnya membeli rumah dari agent.
Saya pesan, minta penjual tu buat laporan defect dari developer.

Panjang lebar lah sms antara saya dan dia dalam pada saya sedang dalam mesyuarat yang membosankan di pejabat.
Di rumah, dia call dan kami berbual pasal ini.

Hari itu juga kawan saya jumpa agent tu.
Agent tu ambil dokumen dia, nak semak boleh lulus pinjaman ke tak.

Kemudian kalau layak buat pinjaman, hari Jumaat nanti, agen tu akan jumpa dia lagi
ambil cek untuk booking 3%
dan agent akan bawa dia ke rumah itu untuk periksa defect.

Kemudian beri list defect pada agent dan agent akan pas kepada penjual.
Dan penjual akan buat aduan kepada pemaju.
Dan walla!!!
Kawan saya dapat rumah yang terbaik.

Tiba-tiba esok petangnya saya dapat SMS lagi.

Frustnya aku.. Agent kata ada agent lain jumpa buyer yang dah bayar booking fee hari ini untuk rumah tu! Agent tu dah check kemampuan loan aku. Boleh lepas!
La.... Terkedu juga saya.
Ruginya...

Frust. Rasa macam kena dump dengan boyfriend. Aku dah imagine masa depan aku dengan rumah itu.

Simpati, tapi tak mahu menambahkan kesedihannya.
Saya hanya boleh jawab kepadanya

Kalau rumah pun boleh lari, apatah lagi boyfriend :)

Moral of the story:
1- bila harga rumah dijual pada harga yang menarik, jangan berlengah untuk letak booking.
2- boyfriend lari adalah perkara biasa. erkkkk

Share:

7 orang bawah tanah?

7 orang pakar dalam satu seminar?
Biar betul!

pakar pelaburan hartanah.. siapa tak kenal Tuanbri
pakar menipulasi kewangan... Tuan Zaidi Ismail yang hebat
pakar perancangan kewangan islam.. Pakdi
pakar pelaburan emas ... Ikram Adi
pakar internet marketing... Faisal Abdullah
pakar pelaburan perak dan CPO.. master wafi
dan yang paling hebat adalah pemuda bergaya dengan 25 buah rumah.. Faizul Rizuan.

Mereka adalah pelabur-pelabur underground yang rasanya dan berada up the ground.



Hebat nama-nama mereka ni
Hebat juga portfolio mereka
Nak jadi berjaya macam mereka?
Kena la berguru.. ambil ilmu terus dari mereka

Seminar ni akan diadakan pada 2 dan 3 Februari 2013 di Dewan PGRM, Cheras.

Dengarnya, harga nya naik ikut masa.
Lagi lambat daftar, lagi mahal harga tiketnya.

Dari main langgar tembok je tak pakai helmet dan rugi beribu-ribu ringgit
baiklah belajar dulu dari pakar dan laburkan sedikit wang dulu.

Nak jadi jutawan up the ground juga, boleh KLIK DI SINI.

Nanti boleh la tangkap gambar dengan Faizul dan upload ke instagram ya
Dia guru saya di forum lowyat.

:D

Share:

Kacak adalah satu bonus

Rumah saya di Domain 3 Cyberjaya disiapkan dalam pertengahan bulan Disember 2012.
Saya buat partly furnish sahaja.





Saya cuba iklankan sendiri, tapi saya dapati permintaan pada waktu itu sangat perlahan.
Memang di Cyberjaya ni, ada masa hangat, ada masa dingin.

Bila pelajar sedang bercuti semester atau lagi seminggu dua hendak bercuti semester, masa itulah yang paling dingin.
Penyewa pulang ke negara masing-masing.
Ada yang masih ada kontrak penyewaan dengan tuan rumah, mereka terus batalkan.
Ada yang memang sudah berbincang dan bersetuju dengan tuan rumah, penyewaan kurang setahun.
Sebab biasanya mereka masuk semester pada bulan awal bulan Mac dan bercuti pada bulan Disember.


Kebetulan pada waktu itulah rumah saya di Domain 3 disiapkan.
Orang kata, langkah kiri.

Tapi saya tetap berdoa agar saya tetap akan mendapat penyewa.
Dengarnya ada pelajar baru mengambil kursus Bahasa Inggeris dalam bulan Januari ini.
Ada juga sebilangan pelajar yang tidak pulang ke negara dan mereka mengambil peluang cuti semester untuk berpindah ke rumah baru.


Disebabkan saya sangat sibuk dengan peperiksaan maka saya serah kepada agen.
Sebenarnya ini kali pertama saya menggunakan perkhidmatan agen untuk mendapatkan penyewa.
Biasanya saya buat sendiri.

Kali ini saya tak mahu terlepas peluang mendapatkan penyewa secepat mungkin semata-mata disebabkan saya sedang berada di dalam dewan peperiksaan atau sedang berhempas pulas belajar di jam-jam terakhir.
Biarlah saya kalut dan tertekan dengan peperiksaan sahaja.


Alhamdulillah...
Saya sangat gembira kerana semalam saya sudah pun menandatangani booking form penyewaan.
Agen Phillips telah membantu saya mendapatkan seorang penyewa lelaki dari Iran.
Beliau telah membayar sewa dua bulan sekaligus.

Pengalaman saya dengan pelajar Iran setakat ini memuaskan.
Mereka membayar sewa dan bil-bil itiliti dengan baik.
Cuma seorang penyewa perempuan tu terlalu teliti dan cerewet.
Dan seorang lagi lelaki iran handsome dan rileks.


Diharapkan penyewa kali ini juga penyewa yang baik orangnya...
(jika dia kacak, ia  adalah satu bonus hehe.. )

Selepas ini saya akan blacklist 2 jenis penyewa di Cyberjaya.
Satu: warga afrika atau mana-mana negara benua afrika, muslim atau non-muslim
Kedua: Kazakhstan.
Share:

Bank Negara Sang Pembawa Sinar di Tahun Baru?

Saya harap saya masih tidak terlewat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua.

Apa azam rakan-rakan tahun ini?
apa pula prestasi kawan-kawan di tahun 2012?

2013 mungkin menjadi tahun yang lebih mencabar kepada semua rakan-rakan pelabur hartanah.
kadar RPGT dinaikkan, penilaian untuk kelulusan pinjaman perumahan diperketatkan.
Harga hartanah baru pula semakin meningkat menyebabkan banyak unit kecil sama ada studio atau satu bilik menjadi panas.



Nampaknya mulai 1 Januari 2013, Bank Negara akan menguatkuasakan satu arahan baru.
Semua dokumen pinjaman perumahan, iaitu melibatkan dokumen perjanjian antara pembeli dan bank mestilah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Bank Negara.
Ini berkuatkuasa untuk pinjaman berjumlah RM 500,000 ke bawah sahaja.

Jika nilai pinjaman melebihi RM 500,000, terpulang kepada bank untuk menggunakan standard ini atau template mereka sendiri.

Tujuan penyeragaman dokumen pinjaman perumahan ini adalah supaya semua dokumen ini dipersembahkan dalam satu format yang sama.
Ini akan memudahkan peminjam memahami terma tersebut.
Ye lah, jika formatnya sama, peminjam akan menjadi terbiasa dengan format tu dan lebih mudahlah untuk memahami kadar, tempoh, terma yang dipaparkan.
Tak perlulah tercari-cari di muka surat mana.

Lagipun, bila format sama dan peminjam mudah memahami dokumen tersebut, lebih mudah jugalah bagi peminjam untuk membuat keputusan berkenaan pakej mana yang terbaik untuknya.
Senang nak buat perbandingan.

Berita ini tersiar dalam akhbar The Star pada 29 Disember 2012 yang lalu.
Boleh baca DISINI tapi saya copy paste kan juga di bawah untuk kawan-kawan baca.
Boleh juga lawati laman web INI untuk maklumat lebih lanjut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bank Negara to standardise housing documents for better understanding



PETALING JAYA: From Jan 1, all commercial banks will be required to adopt standardised documents for housing loans and home financing agreements involving a principal sum of RM500,000 and below.

Bank Negara said the move was to enhance borrowers' understanding of the key terms and conditions of the loan agreements, including comparing such agreements.

It said banking institutions were required to present the key terms and conditions by following a template developed by the Association of Banks in Malaysia in consultation with Bank Negara Malaysia.

“The template describes these key terms and conditions using simplified language.

“This will assist consumers when making comparisons between banks and reduce the risk of borrowers who don't fully understand the contractual terms of their agreements.”

Bank Negara said the initiative was a collaboration between the central bank, Pemudah and the financial industry.

The public can access the template and FAQs at at www.abm.org.my.


Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog