• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

7 Nota Menyambut 2014

Hari terakhir 2013.


Sedikit nota untuk persediaan menghadapi 2014.


1) Kadar BLR dijangka akan naik. Ini bermakna bayaran ansuran bulanan bank pun akan naik, kecuali anda buat pinjaman islam yang kadar tetap pada tahun 2005 / 2006 dahulu.

2) Jika mahu beli hartanah subsale, beli hartanah yang rental yieldnya sekurang-kurangnya 7.5% ke atas sahaja. Jangan beli yang cukup-cukup makan atau yang aliran positif cuma RM 100 atau kurang. Takut bila BLR naik, anda akan menghadapi aliran wang negatif.

3) Jika mahu membeli rumah under construction, pastikan sekurang-kurangnya kadar sewa jangkaan bila dah siap nanti cukup untuk membayar ansuran bulanan. Namun projek di sekitarnya yang sedia ada mestilah boleh memberi rental yield sekurang-kurangnya 7.5% ke atas berbanding harga jualan pemaju dahulu. Ini sebagai benchmark.

4) Jika mahu membeli rumah lelong, jangan sekali-kali beli pada harga yang sama atau kurang 10% dari harga pasaran. Tak berbaloi. Baik beli subsale.

5) Untuk suami isteri, jangan sekali-kali joint-loan. Lupakan hasrat membeli rumah itu jika gaji salah seorang dari suami atau isteri tak layak.  Beli lah rumah yang lebih murah. Ingat berbelanja DI BAWAH kemampuan.
Baca artikel INI.



6) Harga kereta tak turun. Harga minyak naik. jadi tak perlulah membeli kereta yang bayaran bulanannya melebihi 10% dari gaji anda. Kereta harga 30K dengan kereta harga 80K sama je tersangkut dalam jem. Hutang jahat yang tinggi akan menjejaskan kemampuan anda membeli rumah di masa hadapan.

7) Berhati-hati membeli rumah. Jangan over leverage. Jika anda dah mempunyai banyak rumah dan ada rumah yang harganya telah meningkat naik, boleh pertimbangkan menjual rumah itu dalam keadaan anda tidak terdesak. Wang tunai adalah kuasa untuk menghadapi pusingan hartanah seterusnya.

Selamat Tahun Baru semua.
Terima kasih atas sokongan anda selama ini kepada saya dan blog ini.




Share:

Anda tak perlu beli insurans?

Semalam saya kongsikan status ini di Facebook.



Saya copy paste semula buat yang tak dapat baca dari print screen di atas:

Apa juga yang agen insurans anda gebang:

1) tak semua orang perlukan insurans nyawa. Ia hanya untuk mereka yang ada orang lain bergantung kepadanya dari segi kewangan. Contoh bapa yang ada anak dan isteri. Jangan belikan insurans nyawa untuk anak anda. Sebab anda tak bergantung dari segi kewangan kepada anak anda. Dia yang bergantung pada anda.

2) Setiap orang wajib ada kad insurans perubatan. Termasuklah anak-anak anda, perlu dilindungi dengan kad insurans perubatan. Jangan harapkan perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan sahaja, walaupun anda kakitangan kerajaan. Anda tahu berapa lama anda perlu menunggu untuk mendapatkan rawatan atau berapa kali kena ulang-alik untuk menjalani ujian demi ujian oleh doktor pakar. Pada masa anda disahkan ada penyakit kronik, mungkin sudah terlalu lewat.

3) tak perlu ambil insurans pendidikan untuk anak-anak anda. Cukuplah simpan duit sedikit dan gunakan ia untuk deposit beli rumah pelaburan. Satu anak satu rumah pelaburan. Tak mampu beli rumah RM 200,000, belikan yang berharga RM 50,000 pun sudah lebih baik.

4) Dapatkan pakej insurans dari agen yang bersungguh, baik hati dan caring.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bila saya tulis perkataan insurans di sini, ia meliputi takaful juga.

Tips ini tidak terpakai kepada orang yang dah ada banyak sangat duit dan tak kisah ambil pakej insurans berlebihan..
asalkan mereka dapat pengecualian cukai.

Tapi tips ini sesuai buat mereka yang tak berapa cukup duit atau duit lepas-lepas sahaja
atau mahu mendapatkan perlindungan insurans secara cost-effective.

Buat yang kurang faham mengenai point no 3, boleh baca artikel saya DI SINI dahulu.


Simpan vs Perlindungan

Ada juga yang terkeliru... 
tak perlu ambil insurans pendidikan bermakna saya tak cadangkan menyimpan duit ke?

Ok, fahami konsep asas dahulu.
Simpanan adalah asas kepada perancangan kewangan.
Nak buat apa pun, memang kena menyimpan.
Jadi, simpanan itu wajib.


Dah tu, awat tak bagi simpan duit kat insurans pendidikan?
aha.. anda tak dapat bezakan simpanan dan perlindungan.

Insurans atau takaful ini adalah pakej perlindungan.
Bukan simpanan.
Mereka fokus kepada perlindungan.. bukan kepada menjana bonus atau dividen yang tinggi untuk simpanan anda.

Jadi, bezakan.
Simpan wang atau laburkan wang anda di tempat yang boleh menjana keuntungan yang jauh lebih tinggi,
Itu sebab saya cadangkan beli property.
Dah baca artikel yang saya beri link tadi?
Baca dulu dan fahamkan...


Tak semua orang perlukan insurans nyawa

Anak-anak kita pula tak perlukan insurans nyawa sebab kalau dia meninggal dunia, tak ada siapa pun yang bergantung kewangan kepada dia.
Kita tetap ada gaji.
kita tetap ada pendapatan.

Sebaliknya, bapa yang paling penting perlu ada insurans nyawa.
Sebab kalau bapa meninggal dunia atau ditimpa kemalangan, sumber kewangan seluruh keluarga turut terjejas.

Buat mereka yang masih bujang tetapi telah ada kerjaya yang baik, perlu tak insurans nyawa?
Jawab soalan yang sama.. ada tak orang yang menderita dari segi kewangan jika anda meninggal?
Jika tidak, anda tahu jawapannya.

Tapi katakan jika anda mempunyai seorang ibu yang memang andalah yang menanggungnya atau tinggal bersama anda, mungkin anda perlukan insurans nyawa jika anda tidak tinggalkan harta lain kepadanya.
Tapi jika anda pun dah ada beberapa rumah sewa dan rumah itu pun akan jatuh kepadanya bila anda meninggal, maka mungkin insurans nyawa tidak diperlukan pun.


Kenapa Kad Perubatan?

Untuk perbelanjaan ketika masuk hospital dan ditimpa penyakit pula, di sini pentingnya kad perubatan.
Kad perubatan akan sangat membantu anda.

Baru-baru ini kawan baik saya telah didiagnos menghidap SLE.
Nasib baik lah bila seluruh sendinya sakit sangat, masa itu dah cukup tempoh 4 bulan selepas dia mula mengambil kad perubatan.
maka dia layak ke hospital pakar swasta untuk membuat pemeriksaan.

Dalam masa sehari sahaja, 3 ujian dilakukan
dan doktor sahkan dia mengidap SLE.

Sebenarnya, beberapa tahun lepas, beberapa sindrom sama telah ada.
Dia telah berulang-alik ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan.
Tapi fahamlah, hospital kerajaan ni perlu melayan ramai orang.
Untuk satu ujian, dia kena datang sekali..
kemudian tunggu keputusan.
Kemudian set temujanji lagi beberapa bulan untuk ujian kedua..
kemudian tunggu keputusan lagi..
dan begitulah berulang-ulang tapi doktor tidak dapat mengesan SLE.
Mungkin pada masa itu petandanya masih kurang ketara..

Sebenarnya ini kawan kedua saya yang menghidap SLE.
Sebelum ini telah ada seorang kawan baik saya turut mempunyai penyakit yang sama.
Bercerita mengenai mereka, saya amat berterima kasih jika kawan-kawan dapat doakan kesihatan yang baik buat kawan saya ini.


Agen Insurans

Penting memilih agen insurans yang bersungguh, baik hati dan caring.
ia merupakan individu paling penting yang akan turut sama ke hospital menguruskan segala dokumen.
Jadi, jangan ambil pakej insurans dari agen yang baru nak cuba-cuba atau sekadar cari wang tambahan geli-geli.

Ambil lah dari agen insurans yang serius dan memang buat kerja ini sepenuh masa.
Sebab dia tahu, inilah kerjayanya.
dan dia perlu servis kita walaupun dah tamat tempoh 5 tahun sebab mungkin kita boleh beri referral kepada kawan-kawan atau ahli keluarga kita pula selepas itu.
agen insurans yang memang caring sebab itu memang sikapnya.

Untuk artikel dan maklumat lanjut mengenai insurans dan takaful, mungkin boleh baca BLOG AGEN SAYA INI 
Share:

Lesen untuk Menyelam

Sabtu hingga isnin baru-baru ini saya ke Koh Lipe
bercuti semata-mata untuk menyelam ke dasar lautan Andaman di situ.
saya pergi dengan 2 orang kawan saya yang juga mempunyai lesen Open Water Dive.

Alhamdulillah.. tahun ini saya berjaya pergi menyelam di dua lokasi.
Perhentian dan Koh Lipe.
saya ada kongsikan projek diving di Perhentian DI SINI.



Bercakap mengenai menyelam atau diving, ramai orang teringin nak turut sama melakukan aktiviti sukan ini.
Tapi tertanya-tanya bagaimana caranya?
kena ambil lesen dulu ke?
tak ada lesen tak boleh menyelam ke?
kalau tak tahu berenang, macamana?

Ok, untuk turun menyelam, memang perlu ambil lesen.
sama macam nak memandu kereta, perlu ambil kelas, ujian dan lulus untuk dapatkan lesen memandu.

Ada sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengeluarkan lesen,  garis panduan dan menetapkan standard.
Namanya PADI, berpengkalan di Australia.



Discovery Scuba

Tapi kalau sekadar mahu mencuba-cuba, dive center ada tawarkan pakej Discovery Scuba.
Yang ni mereka akan pegang anda dan bawa anda turun ke bawah laut, biasanya pada kedalaman 5 meter.
Jadi, kalau baru nak dapatkan feel, boleh lah cuba Discovery Scuba ni.


Open Water Dive.

Bila anda pasti anda memang suka aktiviti ini dan mahu betul-betul turun menyelam, boleh lah daftar dan ambil lesen Open Water Dive.

Untuk lulus lesen ini, anda perlu
- menjalani 5 sesi confined water. berlatih buka mask, tukar regulator udara, berlatih buoyancy dan lain-lain.
- berjaya melakukan 4 dive pada kedalaman lebih 12 meter. Kata instructor saya, sekurang-kurangnya 20 minit pada kedalaman 12 meter - 18 meter.
- lulus 5 ujian bertulis untuk 5 bab.
- lulus peperiksaan bertulis. soalan objektif
- menonton DVD panduan menyelam yang ada 5 bab kesemuanya.
- lulus ujian terapung dengan muka di atas selama 10 minit.
- lulus ujian snorkelling atau berenang pada jarak 200 meter.

Sebagai pemegang lesen Open Water Dive, anda boleh menyelam pada kedalaman maksima 18 meter di bawah laut.


Tak tahu berenang?

Perasan tak perkataan 'atau' pada ujian terakhir yang saya tulis di atas?

bermakna kita ada pilihan.
Kalau tak tahu berenang, masih boleh ambil lesen Open Water Dive ini asalkan anda tahu dan biasa snorkelling.
Haihh.. takkan la snorkelling pun tak pernah buat atau tak mahu buat kan...

Lagipun, kita tidak berenang di bawah air.
kita berenang jika di permukaan air sahaja.
pergerakan di bawah air adalah berbeza.
bukan berenang.. tapi bergantung pada buoyancy iaitu pengapungan badan bergantung pada tarik atau hembus nafas dan juga pada jaket keselamatan yang anda pakai.
jaket itu dipanggil sebagai BCD
ia boleh diisi angin atau dikeluarkan angin bergantung pada siatuasi.

Cuma bagi yang tahu berenang atau yang dah biasa dengan aktiviti air, tahap water confident mereka lebih tinggi.
ini mengurangkan panik bila terpaksa bernafas di dalam air nanti.


PADI Scuba Dive

Bagaimana sekiranya anda gagal ujian yang diperlukan dalam lesen Open Water Dive?

pengalaman saya, saya pernah kena selsema semasa turun dive di Mabul pada tahun 2011.
Sepatutnya saya langsung tak boleh turun dive.
Ya, anda tak boleh turun menyelam jika tidak sihat.

Tapi sebab dah datang dari jauh kan.. saya cuba juga.
Boleh baca DI SINI.

Disebabkan selsema, saya gagal buat equalize iaitu menyamakan tekanan udara dalam telinga, hidung dan tekak dengan tekanan udara semasa di dalam laut.
Jika tak boleh equalize, saya tak boleh turun ke bawah lagi.
Sudahnya, saya hanya mampu lakukan 2 diving seperti yang dikehendaki oleh instructor saya sahaja.

Memandangkan saya sudah gagal syarat bilangan 4 dive, instructor beri saya pilihan untuk dapatkan lesen PADI Scuba Dive sahaja.

Untuk PADI Scuba Diver, syaratnya:
- menjalani 3 sesi confined water
- menjalani 2 sesi diving pada kedalaman 12 meter - 18 meter.
- lulus 3 ujian bertulis untuk 3 bab.
- lulus peperiksaan bertulis untuk 3 bab
- menonton DVD untuk 3 bab.
- lulus ujian snorkelling atau berenang untuk jarak 200 meter.
- lulus ujian terapung dengan muka di atas untuk 10 minit.

Sebagai pemegang lesen PADI Scuba Dive, anda boleh menyelam pada kedalaman maksima 12 meter sahaja dan mesti ditemani seorang dive master atau instruktor.



Advanced Open Water Dive

Selepas ada Open Water Dive, kalau anda mahu turun lebih dalam, boleh lah dapatkan lesen Advanced Open Water Dive pula.
dengan lesen ini, anda boleh turun hingga ke kedalaman 30 meter di bawah laut
dan boleh pilih kepakaran tertentu sama ada diving malam, diving di lokasi kapal karam dan lain-lain.
Share:

D'sara Sentral: Akses mudah ke MRT

Kawan-kawan ke mana ahad ini?

Kalau belum ada perancangan, mungkin boleh melawat satu lagi show unit projek baru dan mendengar  Property Talk percuma.

Nama projek ini adalah D'Sara Sentral.
Pemajunya adalah Mah Sing.



Mereka akan adakan satu sesi Peroperty Talk percuma oleh Ahat Ishak dan Faizul Rizuan pada hari Ahad ini 22 Disember 2013 jam 1 - 3 petang.

Sedikit review projek D'Sara Sentral:

1. Ia merupakan pembangunan bercampur yang terdiri dari unit retail, 1 blok SOVO dan 4 blok apartment berservis.

2. Lokasinya di Sungai Buloh. Betul-betul bertentangan dengan stesen MRT yang baru. Jadi pemaju bercadang akan membina jejantas berbumbung ke stesen MRT tersebut.



3. Lokasi yang sedang meningkat naik. Jadi, untuk mereka yang berminat mendapatkan keuntungan modal dalam tempoh jangka sederhana atau panjang, ia amat sesuai. Ini kerana dijangkakan harganya akan naik selepas MRT siap nanti.

4. Reputasi pemaju yang sangat baik. Tak perlu risau dengan projek terbengkalai.

5. Berhampiran dengan tanah kepunyaan RRIM. Tanah seluas 3300 ekar ini akan dibangunkan oleh RRIM dan Dijaya. Boleh rujuk LINK INI.

Dengarnya harga dijual bermula dari RM 300 persqft.

Cadangan saya, periksa kelayakan pinjaman anda dahulu sebelum meletakkan deposit.
Sebab akhir-akhir ini bank agak strict dalam meluluskan pinjaman.

Untuk 100 orang pertama yang hadir sesi talk percuma ini nanti, pihak pemaju ada sediakan hadiah percuma. Apa hadiah tu.. jeng jeng jeng..
kena datang baru tahu.

Maklumat lanjut mengenai projek ini , boleh layari http://www.dsara-sentral.com.my

dan boleh juga baca perbincangan lanjut di forum Lowyat DI SINI.

Share:

Seniwati Azean Irdawaty: Perginya si primadona

Semalam kita semua dikejutkan dengan berita pemergian Seniwati Azean Irdawaty

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya jam 7.29 malam 17 Disember 2013.

Saya salah seorang peminat setia lakonan beliau.
Filem Layar Lara.. merupakan filem yang paling saya minati.
Lakonan arwah dan Ida Nerina adalah yang terbaik.
Terbayang lagi tangisan arwah suatu masa dulu , ketika filem itu ditolak pencalonannya di sebuah Festival Filem Antarabangsa terkemuka
Hanya kerana filem yang dihantar ke festival itu tidak dilengkapkan dengan sarikata bahasa inggeris.
Arwah sangat terkilan.
Kerana katanya, selepas ini entah beliau akan dapat watak dan skrip sehebat ini lagi atau tidak.



Tak kurang juga lakonan arwah dalam Talentime.
Walaupun watak itu hanya baring, tapi dia berjaya menyentuh hati kita semua.
Dari pembacaan saya, memang watak itu dicipta begitu oleh arwah Yasmin Ahmad.
kerana pada waktu itu, arwah Kak Yan sedang sakit selepas menjalani kimo akibat barah payudara
Kerana mahu membantu arwah Kak Yan, arwah Yasmin mencipta watak sebegitu kepadanya.



Saya tidak pernah bertemu muka dengannya
Jadi, bila mendapat tahu berita pemergiannya, saya sangat sedih

Lantas saya memutuskan, ada satu sahaja peluang terakhir untuk saya bertemu beliau dan memberi penghormatan kepadanya.
Iaitu pada hari pengkebumiannya.

Atas maklumat yang diberi di twitter oleh Tuan Faisal Mustaffa, saya mendapat tahu lokasi di mana arwah akan dimandi dan disolatkan.
iaitu di Masjid Kayu Ara.



Alhamdulillah...
saya telah berjaya tiba di sana ketika jenazah masih belum dimandikan.
Dapat mengajikan Yasin untuknya dan dapat solat jenazah untuknya
itulah penghargaan saya terhadapnya yang dapat saya sampaikan.

Ada ramai rakan artis kelihatan.
Shasha Saidin solat jenazah betul-betul di sebelah kanan saya.
Elly suariati turut datang awal..
Nurzizi Zulkifli, bapanya Zulkifli Zain dan ibunya Puan Normala Omar
Norlia Ghani, Dato Aziz Sattar, Kathy Azean turut kelihatan.


kelihatan dato aziz sattar dan Zulkefli Zain

Nurzizi Zulkefli dan ibunya, puan Normala Omar


Teringat adegan kematian Aunty Zai yang dilakonkannya dalam filem Layar Lara yang saya tonton berulang kali
Adegan keranda Aunty Zai dibawa ke tanah perkuburan
ditemani rakan pelakon..

Siapa sangka hari ini betul-betul adegan itu berlaku
dan saya menyaksikannya...

Kereta yang membawa jenazah ke tanah perkuburan



Jenazah meninggalkan perkarangan masjid

Selepas semua kereta sudah keluar ke perkuburan, saya sempat berbual dengan seorang rakan arwah yang sama-sama berniaga Amway.
Beliau datang dari Bangi.

katanya arwah seorang yang sangat tabah dan kuat
dengan penyakit kanser dan tumornya
dengan dugaan anak-anaknya
arwah sangat tabah.
Walaupun tegas, tetapi beliau sangat baik hati dan melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas.

Jenazah Azean Irdawaty dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Alfatihah buat arwah Azean Irdawaty
Share:

Berbelanja di bawah kemampuan

Sabtu lepas saya telah dijemput menjadi salah seorang ahli panel untuk sesi forum Sarjana Hartanah 2.0
Seminar ini diadakan di ILSAS, berhampiran UNITEN Bangi.
Saya ke ILSAS setelah puas memburu serigala opss.. membeli buku di Big Bad Wolf awal pagi itu.

ahli panel sesi forum seminar Sarjana Hartanah 2.0
kredit gambar: Mr Benny Kuok

Ahli panel yang lain kali ni memang power.
Encik Adrian Wee, Mrs Amanda Chong, Sifu Shafie Bustan, Mr Vincent sebagai wakil pemaju, Puan Ina yang berpengalaman luas dalam syarikat pemaju dan juga En Ahyat Ishak yang sangat popular.
Moderatornya adalah sifu Faizul Rizuan sendiri.
Hm.. rasanya saya yang paling tak power antara mereka semua ini.


Ada banyak ilmu dikongsikan oleh setiap ahli panel.
dari soalan ubahsuai rumah yang berkos rendah tapi memberi implikasi yang besar
hinggalah ke perbincangan mendalam mengenai potensi NusaJaya.




saya menjawab soalan mengenai strategi pelaburan hartanah.
Apa strategi saya hinggakan dari seorang penoreh getah saya boleh sampai ke tahap hari ini.

Jawapan saya : kata kuncinya adalah berbelanja di bawah kemampuan.
bukan berbelanja mengikut kemampuan.
amalkan gaya hidup yang murah.

Jika kita berbelanja mengikut kemampuan, bermakna kita akan menggunakan kelayakan pinjaman kita untuk gaya hidup sahaja.
Contoh: katakan pendapatan bulanan Encik Kamal adalah RM 4000
beliau tinggal di rumah teres yang dibelinya dengan bayaran ansuran sebanyak RM 1400 sebulan pada 3 tahun lalu.
Kemudian beliau mempunyai sebuah kereta yang bayaran ansuran bulanannya sebanyak RM 700.
Beliau juga mempunyai sedikit hutang kad kredit.

Dengan gaji bulanannya, tiada masalah untuk Encik Kamal membayar ansuran kereta, rumah dan kad kredit.
beliau memang berbelanja mengikut kemampuan.
Tapi,  bila kuota kelayakan pinjaman dah habis atau hampir habis digunakan untuk gaya hidupnya, bagaimana beliau boleh mendapat pinjaman untuk rumah pelaburannya?



Bila bank tengok komitmen bulanannya dah mencecah atau lebih 50% dari pendapatan, amat sukar untuk bank memberi pinjaman untuk beliau membeli sebuah apartment berharga RM 180K untuk disewa.

Tetapi jika En Kamal hanya memiliki kereta yang bayaran bulanannya RM 300,
dan beliau hanya tinggal di rumah flat yang bayaran bulanannya pun baru RM 300,
bermakna beliau hidup dan berbelanja di bawah kemampuannya.

Komitmen bulanannya baru RM 600 sedangkan gajinya adalah RM 4000.
Debt Service Rationya baru 15%
maka, jika beliau ingin membeli rumah kedua untuk pelaburan yang berharga RM 180K tu, berkemungkinan pinjamannya akan diluluskan.

Bila rumah itu disewakan, buktikan pula pendapatan sewa itu kepada pihak bank melalui perjanjian sewaan yang dimati setem dan penyata bank yang menunjukkan wang sewa masuk setiap bulan.
Ini membantu meningkatkan pendapatannya di mata bank.
Walaupun dia ada hutang dari rumah 180K tu, tapi dia ada pendapatan pula dari rumah itu.

Insya Allah beliau dapat  berkembang dengan cara ini
kerana gaya hidup murah dan berbelanja di bawah kemampuan ini memberinya margin yang lebih untuk membuat pinjaman lagi.

Jadi ingat kata kunci ini.
Berbelanja DI BAWAH kemampuan.

dan jangan lupa klik LIKE di FB saya INI .
Share:

memburu serigala di awal pagi

Dah beberapa hari tak sempat update blog.
Kehidupan agak kacau bilau.

Sabtu lepas saya memburu serigala dengan kawan-kawan di MIECC, Mines.
Big Bad Wolf 2013

Kami pergi dalam jam 6.15 pagi ke sana.
Memang tak ramai orang masa tu.
Dengarnya siapa yang pergi jam 3 pagi masih ramai.








Big Bad Wolf menawarkan buku-buku pada harga yang sangat murah.
Buku yang biasanya dalam harga RM 30 - RM 40 dijual dengan harga RM 8 ke RM 12 sahaja.
Ada juga buku dijual serendah RM 3
dan ada buku yang berkulit tebal, memang tebal dan penuh berwarna dijual pada harga RM 20 sahaja.
saya pasti jika di luar, harganya melebih RM 50 atau boleh mencecah melebihi RM 100.

Kebanyakan buku adalah berbahasa inggeris
Tetapi pada tahun ini ada kenaikan bilangan buku berbahasa Melayu.

Big Bad Wolf akan berlangsung hingga 15 Disember ini.
Dibuka 24 jam. Tak ada tutup langsung sepanjang tempoh jualan ini.

Surau dan tempat makan ada disediakan.
Jadi boleh berkampung berjam-jam di sana.. makan tidur cari buku.

Jika anda macam saya, tak suka ke tempat yang ramai orang dan bersesak-sesak,
seeloknya datang di luar waktu puncak.
Iaitu pada awal pagi..
Tengah malam pun rasanya masih ramai orang
sebab ramai suka tidur lewat berbanding bangun dan keluar awal.

Bawa beg baju bertroli atau saya panggil beg pramugari
atau kalau ada troli barang untuk ke pasar tu, boleh juga bawa
sebab nanti bila dah rambang mata angkut banyak buku, bahu dan tangan anda tak sakit mengangkutnya.




Pembayaran dengan kad kredit ada disediakan.
Mereka sediakan satu ruangan khas untuk kita menyaring buku yang benar-benar untuk dibeli.
buku yang tak jadi beli tu, boleh pulangkan semula di meja mana anda ambil
atau letakkan di kotak-kotak yang telah disediakan untuk petugas BBW menyusunnya semula di tempat asal
Jangan la tinggalkan buku-buku yang tak dikehendaki tu sesuka hati di mana-mana
sebab nanti orang lain mencarinya tak jumpa pula bila buku yang berharga tu dah diletakkan di seksyen yang salah

Kepada mereka yang belum melawat lagi, selamat membeli belah.
kepada yang dah melawat, saya harap anda jumpa buku-buku yang sangat berbaloi di sana.





Share:

Kursus Pelaburan Islam: satu hari terus!

Semalam telah berlangsung sesi seterusnya Kursus Pelaburan Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.



Mula-mula dijemput dulu, saya diberi slot 2 jam sahaja.
Dapatkan kongi ilmu asas sahaja
Sebab 2 jam je kan..
Tak dapat nak kongsi banyak.

Minggu lepas pula, saya diberi sesi 4 jam.
Ha... Boleh kongsi lebih sikit.
Dapat la masuk tajuk pinjaman dan bagaimana nak lulus pinjaman.

Tapi semalam paling best.
Saya diberi slot satu hari penuh.
6 jam tak termasuk rehat.
Dari jam 8.30 pagi sampai jam 4.30 petang.

Wahh..

Macam-macam saya cerita
Dari ilmu asas mencari permata hartanah, lokasi, tanya kalkulator, tips lulus pinjaman, kesan bajet 2014 dan macam-macam lagi.
Paling berkesan di hati tajuk biawak hidup lah.
Sampai ada yang tengah nak menambah biawak hidup besar nak batalkan hasrat terus lepas ni.
Saya suka!


Lunch break sepatutnya jam 1 petang dah tertolak ke jam 1.30 petang dek kerana syok dengar suara lunak tapi serak-serak batuk saya ni.
Terbaekk..

Peserta sedang seronok bercerita objektif pelaburan masing-masing.







Kepada peserta yang hadir semalam, syabas dan tahniah.
Dah belajar macam-macam tu, selepas ni masa untuk ambil tindakan.
Jangan hanya tengok je iklan-iklan kat mudah dan di internet tu ya.
Turun tengok rumah, tengok kawasan.
Kalau kalkulator jawab ok, kena beli lah.
Jangan tanya hati
:)

Kepada pihak ILIM, terima kasih kerana memberi kepercayaan  kepada saya.
Insya allah.. Boleh lah jemput lagi...hehehe
Share:

Selesai sudah Kaya dengan Hartanah: Pasca Bajet 2014

Hari Sabtu lepas, berlangsunglah sudah seminar Kaya dengan Hartanah: Pasca Bajet 2014.
Seminar ini dianjurkan secara bersama dengan RGL Academy sebagai event management.

Satu hari penuh belajar sampai lebam mengenai pelaburan hartanah, dari ilmu tahap asas hinggalah ke pertengahan.
Dan fokus diberikan kepada perubahan-perubahan strategi kesan dari Bajet 2014.



Terima kasih kepada semua peserta yang dapat menghadirkan diri ke seminar ini.
ada muka baru, ada kawan yang memang saya dah kenal.
terima kasih banyak-banyak.









antara maklumbalas peserta yang saya terima.



Insya Allah esok, rabu 4 Disember saya akan berkongsi mengenai pelaburan hartanah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi pula.
Batch kedua untuk mereka yang tak dapat slot masuk sesi minggu lepas yang saya kongsikan DI SINI.

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog