• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Wanita ini genap 10 tahun menulis blog property di tahun 2018. Apa lagi menarik 2018 ni?

Selamat Tahun Baru 2018!

Wowwowww... Saya mahu mulakan tahun baru kali ini dengan menulis di blog ini.
2018 bermakna ini tahun 10 saya menulis blog mengenai hartanah



Sempena tahun baru ini, saya kongsikan apa yang kita boleh dapat manfaat dari Bajet 2018, sepertimana dibentangkan oleh Perdana Menteri kita.

Walaupun pembentangannya 27 Oktober lepas, tapi boleh lah jadi rujukan kita untuk tahun ini dan awal tahun depan semasa mengisi e-filing ya.

Saya ringkaskan yang berkaitan dengan hartanah dan kewangan.


Perumahan untuk rakyat

17,300 unit rumah akan dibangunkan di bawah Projek Perumahan Rakyat.
3,000 unit rumah program Rumah Mesra Rakyat di bawah SPNB
210,000 unit rumah akan dibina di bawah program PR1MA. Harga rumahnya RM250K ke bawah
25,000 unit rumah akan disiapkan di bawah Projek Perumahan Awam 1 Malaysia (PPA1M), dan 128,000 unit lagi di bawah pelbagai peringkat pelaksanaan
600 unit rumah akan dibina di bawah program My Beautiful New Homes atau MyBNHomes untuk isi rumah B40 antaranya di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan kawasan orang asli
200 juta ringgit untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah, termasuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia.

dan akhir sekali

2,000 unit rumah akan dapat diperoleh di bawah program MyDeposit untuk membantu pembayaran deposit, dan program MyHomes untuk pemaju menyediakan lebih banyak rumah mampu milik.

Untuk maklumat lanjut pasal MyDeposit, boleh BACA DI SINI ya

Hmm.. melihat figure besar rumah-rumah yang dikatakan mampu milik ni dibina, timbul persoalan.
Adakah figure beratus ribu yang dijanjikan dalam bajet terdahulu dicapai?
Jika ya, adakah ia betul-betul mampu milik?
Berapa ramai pula yang dapat rumah mampu milik tapi tak mampu dapat pinjaman perumahan?

hmmm...


LPPSA

1)
Pinjaman LPPSA akan masukkan bayaran peguam untuk loan agreement.
Jadi tak perlu keluar duit cash untuk bayar loan agreement.

2)
pinjaman LPPSA boleh dibuat untuk hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf.

3)
Suami, isteri dan anak boleh buat joint loan dengan LPPSA
dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

4)
Suami, isteri dan anak boleh buat joint loan dengan LPPSA kalau hanya sorang kakitangan awam
dengan syarat sorang lagi yang kakitangan swasta boleh buat pinjaman bank atau skim pinjaman perumahan majikan, di mana bank atau majikan setuju pinjaman tu sebagai gadaian kedua.

Jadi, persoalan di sini, adakah bank setuju mereka jadi gadaian kedua?
Sebab kalau dua pembeli rumah ni tak bayar ansuran dan rumah terpaksa dilelong, duit jualan lelongan tu akan digunakan untuk menjelaskan pinjaman LPPSA dulu.
Bakinya baru jelaskan pinjaman bank.
Bukan half-half.

So bank berminat kah?


Pengecualian cukai pendapatan sewa rumah kediaman 

Untuk tahun ni, bila kita declare pendapatan sewa dalam efiling, kita boleh dapat diskaun 50% dalam mengira amaun sewa rumah tu.
Tapi ada had.
diskaun tu maksima RM2,000 sebulan sahaja.



Akta Sewaan Rumah Kediaman 

Tahun ini kerajaan akan digubal AKta Sewaan Rumah.
Ahaa... akta ini dah ada di beberapa negara maju untuk menjaga kebajikan tuan rumah dan penyewa.
siap ada tribunal lagi.
Jadi, saya sendiri malah saya percaya ramai lagi tuan rumah sangat menunggu-nunggu akta ni.


Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 2 mata peratus.

hanya untuk yang pendapatan bercukai mereka antara 20 ribu hingga 70 ribu ringgit.
Jadualnya seperti berikut:

1. Banjaran Pendapatan Bercukai RM20,001 ringgit - RM35,000  ->  kadar cukai  sekarang 3%. Dulu 5%

2. Banjaran Pendapatan Bercukai RM35,001 - RM50,000  ->  kadar cukai  sekarang 8%. Dulu 10%

3. Banjaran Pendapatan Bercukai RM50,001 - RM70,000 -> kadar cukai  sekarang 14%. Dulu 16%



Pengecualian Pendapatan Individu untuk wanita yang kembali bekerja 

Aha... ni unik sikit.
Ramai wanita berhenti kerja untuk menjaga anak atau fokus pada rumahtangga kan.
Jadi, kalau mereka mula bekerja semula selepas at least tak bekerja untuk 2 tahun,  kerajaan mencadangkan mereka  dapat pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan berturut-turut.
Pengecualian ini layak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga 2020.


Pelepasan cukai untuk simpanan SSPN

Siapa yang ada simpanan SSPN, tempoh pelepasan cukai pendapatan individu dilanjutkan  selama tiga tahun mulai tahun taksiran 2018. 
Tapi pelepasan ni terhad kepada RM6K sahaja ya.


Cuti bersalin kakitangan swasta 

Mulai 2018, cuti bersalin ni dah wajib 90 hari.
Berita baik untuk ibu.
Kepada majikan, ramai yang mengeluh nampaknya.
Mungkin syarikat kecil kena hadkan pengambilan pekerja wanita muda dan yang baru berkahwin. ehehehe

Pengecualian stamp duty untuk rumah terbengkalai

Kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai boleh menerima  pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindahmilik
berkuatkuasa 1 Januari 2018 - 31 Disember 2020.


Pengecualian GST untuk pengurusan bangunan 

Sebelum ni, kita sebagai pemilik rumah strata tak perlu bayar GST untuk perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan yang dilakukan oleh Badan Pengurusan Bersama dan perbadanan pengurusan
Tapi mulai 1 Januari 2018, kalau pengurusan dan penyenggaraan dilakukan oleh pemaju perumahan pun, kita tak prlu bayar GST.
Yeayyy


Bayaran khas kakitangan awam
Perghhhh.. ini paling ditunggu-tunggu oleh semua kakitangan awam.
Mereka akan menerima bayaran khas berjumlah RM1500 tahun ni.
Rm1000 awal Januari.
Rm500 menjelang raya.

Untuk kakitangan awam, sila simpan duit tu ya.



Salam Tahun Baru 2018
Semoga di tahun 2018, lebih banyak aset dapat dikumpul
lebih banyak pendapatan dapat dijana
lebih banyak cukai dapat dijimatkan secara sah
dan kita lebih gembira.

Yeaaahhh
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog