• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Ivory Residence Kajang - beli rumah dengan hanya kurang RM4,000

Minggu lepas saya ke tapak pembinaan dan pejabat jualan Ivory Residence.

Ia satu projek kondominium pertama di Saujana Prima, Kajang.
Merupakan satu lagi projek pembangunan oleh TLS dan reka bentuk kondonya memang menyerupai projek Pearl Avenue di Taman Sepakat Indah, Kajang.

Model Ivory Residence

TLS sememangnya pemaju yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Kajang.
Projek terdahulu mereka seperti Sri Ria, Sri Lavender, Sri Ixora di Taman Sepakat Indah 2 memang mencatat kenaikan harga yang baik dan kadar sewaan yang bagus semenjak pelajar-pelajar arab di UKM, UNITEN dan sekitar memilih kawasan itu untuk tinggal.
Terkini, Pearl Avenue di Taman Sepakat Indah sedang rancak dibina dan tak lama lagi akan siap.

Projek ini dibina di atas tanah freehold.
Ada 3 blok semuanya.
Keluasan setiap unit sama sahaja iaitu 1288 sqft.

Harga jualan bermula dari RM 353,520
Ini bermakna harga bagi setiap kaki persegi adalah bermula dari RM 275 per sqft sahaja.

Harga ni dikira harga yang murah berbanding kondominium baru yang lain.

Untuk keseluruhan projek ni, ada 730 unit semuanya.

Tiada DIBS, bermakna akan ada progress payment semasa di dalam pembinaan.

Ruang tamu dan ruang makan selepas dicantikkan. Anda dapat kosong je nanti.


Sebenarnya kondominium ini termasuk di dalam pembangunan Taman Mutiara Heights.
Taman Mutiara Heights mengandungi rumah teres 3 tingkat, unit kedai pejabat, rumah kelab dan kondominium ini.

Kelebihan lokasi ini adalah ia begitu hampir dengan Giant Saujana Prima.
Ia juga mudah diakses melalui Lebuhraya Silk, Lebuhraya Cheras - Kajang dan Lebuhraya LEKAS.

Dalam lebih kurang 4 kilometer dari tapak projek ini, ada TESCO dan juga stesen MRT yang akan dibina.
Tak boleh lah nak berjalan kaki ke stesyen MRT tapi sekurang-kurangnya memudahkan perjalanan anda.
Selain itu, ia juga berhampiran juga dengan projek TTDI Grove, Kajang dan Penjara Kajang.

Untuk membuat tempahan, pembeli hanya diperlukan membayar RM 1,000 sahaja.
Kemudian pemaju menawarkan diskaun 9% dari harga jualan.
Jadi, apabila menandatangi s&p, pembeli hanya perlu menambah RM 2K++ sahaja untuk mencukupkan bayaran deposit sebanyak 1% sahaja.

Jadi, dengan hanya lebih kurang RM 3500 ke 3900, anda boleh memiliki satu unit kondominium ini.
Siapa kata nak beli rumah mesti keluar duit berpuluh ribu kan?



Selain itu, pemaju juga menawarkan
- percuma 4 biji aircond
- percuma kabinet dapur, hood dan hob
- percuma 3 bulan yuran penyenggaraan
- percuma yuran guaman s&p dan yuran guaman pinjaman
- percuma duti setem
- percuma deposit bil elektrik dan air
- percuma cukai tanah untuk setahun


Kabinet dapur ini yang anda akan dapat nanti. Percuma


Yuran penyenggaraan adalah 13 sen per sqft.
Ia dijangka siap pada tahun 2015.

terkini, blok B dan C dah pun habis terjual.
Hanya tinggal blok A sahaja dalam lebih kurang 40 unit.

Jelas, nampak macam projek hangat di sini.

Bilik master


Persoalan yang perlu kawan-kawan jawab di sini adalah, apa tujuan kawan-kawan membelinya?

Ingin saya memberi pandangan saya?
Ini hanya pandangan peribadi, saya tidak bertanggungjawab jika pandangan saya silap dan memberi kerugian kepada kawan-kawan.

Pada pendapat saya, jika untuk tinggal sendiri, saya merasakan lokasi ini bagus juga sebab senang akses ke Kuala Lumpur, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang dan Cheras.
Apatah lagi nanti apabila stesyen MRT sudah  siap dibina.

Balkoni. ini tiles nya


Jika untuk flipping, mungkin bagus juga bergantung kepada berapa amaun keuntungan yang kawan-kawan target.
Jika hanya target keuntungan dalam 80K - 100K, mungkin boleh.
Jika harapkan lebih dari itu, mungkin kena tunggu sedikit.

Jika kawan-kawan membeli untuk disewa, yang ni saya pun musykil.
Adakah kadar sewa di sana akan melambung dan cukup untuk sekurang-kurangnya membayar pinjaman rakan-rakan?

saya berpendapat, jika kawan-kawan buat pinjaman bank sebanyak 90%, mungkin boleh cukup-cukup makan.
Tapi jika kawan-kawan buat pinjaman kerajaan 100%, ada risiko aliran wang negatif.
Sebab bayaran balik pinjaman 100% dari harga jualan agak tinggi juga.

Jika berminat untuk membeli, boleh hubungi Puan Siti di talian 0192948477.
bagitahu lah dapat dari blog saya, rohaniah noor / anie.
boleh saya minta puan sitie belanja saya minum nanti.

atau kawan-kawan boleh email saya no telefon anda, nanti saya forwardkan ke Puan Siti.
Email saya propertywaltz@gmail.com
Share:

1 sing dollar bersamaan?

Siapa pandai ramalkan kadar pertukaran mata wang?

bilakah 1 sing dollar akan bersamaan dengan 20 sen duit Malaysia?
sempat tak sebelum 8 Disember?
huhuhuhu



(belum sempat update blog lagi dengan kandungan yang skema seperti biasa... huhuhu)

Share:

Teaser: membawa diri

Projek besar tahun depan..




boleh bertemu dia selepas berkawan di alam persuratan selama 16 tahun



Share:

Kita dah ada SATU dewan. yeayy

Saya sangat terharu dan gembira apabila semalam menerima satu panggilan telefon dari coach pelaburan hartanah terhebat dan tertinggi di Malaysia iaitu Tuanbri.


Beliau sedia menaja Dewan Satu Solution untuk dijadikan tempat seminar Lend a Helping Hand nanti.
alhamdulillah... syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Tuanbri atas tajaan ini.

Setakat ini sudah ada 15 orang peserta yang membuat pendaftaran. 14 lelaki dan seorang perempuan.
alamak.. mana perempuan yang lain ni?

Saya dah pun menghantar email kepada mereka yang mendaftar dan memberi butiran pembayaran yuran.
Jadi, kawan-kawan semak email masing-masing ya!

Pendaftaran masih dibuka kerana mengikut penerangan Tuanbri, dewannya boleh memuatkan sehingga 40 orang peserta dalam satu masa.
Manalah tau kan.. sempena aidil adha ni memang ramai orang berminat untuk berkorban sedikit wang untuk kebajikan.

Untuk mendaftar, isi sahaja borang pendaftaran di bawah ini




Sementara itu, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog ini.
Semoga Aidil Adha ini memberi seribu rahmat buat semua.

Semoga ibadah korban yang kita lakukan akan diterima Allah dan diberkati seterusnya kehidupan kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah serta dimurahkan rezeki berganda-ganda lagi.

Amin...
Share:

Pinjamkan tangan anda untuk tahun ini.

Program Lend A Helping Hand 2012 sudah tak berapa lama lagi.

Mungkin ada yang baru tahu, kami di propertywaltz.com dan Property N Co akan menganjurkan satu seminar pelaburan hartanah untuk kebajikan pada 9 Disember ini.
Nama program itu adalah "Lend A Helping Hand"
Saya ada umumkan program ini sebelum ini DI SINI.

Kami mulakan program ini buat pertama kalinya pada tahun 2011
alhamdulillah.. jika Allah permudahkan semuanya, tahun 2012 ini akan menjadi tahun kedua penganjurannya

Peserta seminar tahun lepas

Sama seperti tahun lepas, seminar tahun ini juga bertujuan mengutip dana untuk pesakit yang memerlukan wang untuk perbelanjaan perubatan atau pembedahan
Setakat ini saya belum boleh umumkan penerimanya
Tapi insya Allah akan saya umumkan sedikit masa lagi.

Tuan Hasbul 'Ariff dari Majalah Niaga juga turut sudi hadir.

Jika pada tahun lepas, ia diadakan selama setengah hari sahaja
tapi tahun ini insya Allah akan diadakan penuh satu hari.
Ini supaya lebih banyak ilmu dapat dikongsikan kepada semua peserta yang perihatin dan sudi meluangkan masa.


Ok, di dalam sesi kali ini, akan ada 4 orang penceramah yang akan memberi tajuk yang berbeza.


Tuan Saufi Karim, blogger dan penulis ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal akan bercakap mengenai "Pelabur Hartanah: Transform Minda, Untung Juta-juta".



Tuan Effendy Zulkifli, bekas pegawai di bahagian pemprosesan permohonan pinjaman di sebuah institusi kewangan terkemuka akan berkongsi  "Rahsia Memukau Pelulus Pinjaman Terbongkar".

Puan Nicole Ong, blogger hartanah dan pelabur hartanah kediaman dan komersial akan menerangkan tajuk "VP: Hak Kami Lebih dari Kunci!"

Manakala saya sendiri akan berkongsi dengan kawan-kawan satu tajuk berbunyi "Strategi Pelaburan Hartanah Kalis Gentar".

Selain itu, akan ada kemunculan istimewa Puan Siti Farazila, pakar dan blogger hartanah lelong wanita tersohor di Malaysia sebagai emcee dan koordinator.

Menarik kan?

Melihat kepada tajuk-tajuknya ini, berapa agaknya nilai yang ilmu ini boleh beri kepada anda?

bagi saya, tiada had.

Ilmu ini anda boleh gunakan sepanjang hidup anda untuk membina kekayaan dan keluar dari kekangan kewangan yang membelenggu anda melalui pelaburan hartanah.

Jika anda berminat untuk belajar tajuk-tajuk ini, jom isi borang pendaftaran di bawah.





Alhamdulillah...

Untuk seminar kali ini, Abangensem sekali lagi bermurah hati untuk mendermakan sebahagian dari wang pembelian ebook beliau untuk kutipan dana program ini.

Begitu juga blogger dzirhans dari http://nurynsophea.blogspot.com berbesar hati menaja air mineral untuk menghilang dahaga rakan-rakan peserta yang hadir nanti.

Terima kasih banyak-banyak di atas kesudian tuan berdua.
:)

adegan yang buat AE tidur berbantalkan buku cek selama seminggu


Mahal sungguh ilmunya, mahal juga sumbangan rakan-rakan blogger sekalian.
Tapi berapa mahal pula yurannya?

Harus diingat, ini merupakan seminar untuk kebajikan.
Wang kutipan yuran hanya akan ditolak kos penganjuran dan operasi seminar ini sahaja.
Selebihnya akan terus didermakan kepada penerima yang telah kami kenalpasti nanti.

Untuk seminar seharian dari jam 9 pagi hingga 6 petang ini, yuran yang kami tetapkan hanyalah RM 150 sahaja.

Ya, RM 150 sahaja untuk satu hari seminar dari 4 orang penceramah.

Memandangkan wang yuran ini untuk membiayai pembedahan seorang pesakit, saya amat berharap rakan-rakan tampil untuk sama-sama hadir, belajar dan menyumbang.

Sekali lagi, saya jemput rakan-rakan untuk mengisi borang pendaftaran ini.




Pihak kami akan menghubungi kawan-kawan yang telah mengisi borang ini nanti untuk maklumat pembayaran.

Terima kasih semua dan harap boleh bertemu anda nanti :)



Update:

Seminar ini akan diadakan di Dewan Satu Solution, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. 
Tuanbri telah berbesar hati menaja dewan seminar untuk program ini nanti 
:)
Share:

Domain 3: pelabur hartanah berjemaah

Alhamdulillah...

setelah menunggu selama 2 tahun 3 bulan, akhirnya penyerahan kunci Domain 3 berjalan dengan lancar semalam.

Unit studio 550 sqft ini saya beli dengan deposit hanya RM 4,000.
Harganya RM 201,000 berada di tingkat 16.

Domain 3


Semalam saya mengambil kunci dari Kenny, salesperson EMKAY yang baik dan sporting.
Kawan saya, Huda menemani saya.

Huda pun ada beli satu unit di sini.
Asalnya beliau memang tak ada rumah lagi dan tak ada pun pergi belajar pelaburan hartanah ni.
Tapi sebab dia kawan saya dan geng study saya, maka terpaksalah mendengar saya dok membebel ajak beli rumah.

Kebetulan Domain 3 masa tu baru dilancarkan dan wang pendahuluannya rendah.
Apa lagi.. saya pun ajak lah dia dan beberapa rakan membeli.


tangan Huda. boleh jadi model jam tak?

Ada 2 rakan tak jadi beli disebabkan faktor luaran.
Tapi Huda tetap beli satu unit.
Seorang kawan baik dan jiran saya, Kak Jue pun beli satu unit juga.

Tapi Huda dan kak jue akan ambil kunci minggu depan, selepas hari raya aidiladha.
Nanti saya teman mereka pula :)

Pembeli paling blur adalah kakak saya. ehehehe
Dia pesan pada saya, tolong carikan property yang bagus untuk dia buat pelaburan.
Maka saya lah yang uruskan A - Z pembelian Domain 3 ni untuk dia.
Dia stand by duit RM 4K sahaja.
Nanti cari penyewa dan uruskan penyewa pun atas saya juga
:o

Katanya, kalau saya tak bawak dia tengok rumah tu, pasti dia akan kata pada anak-anaknya,

"Rasanya mak ada satu rumah kat cyberjaya... tapi entah kat mana entah rumah tu...."

Teringat dulu semasa Domain dijual, adik saya dan beberapa rakan pun turut membeli.
Alhamdulillah.. mereka gembira membuat pelaburan ini.
Dan kini masa untuk sentimental value yang sama bagi Domain 3 pula.

Ya, itu sebabnya bagi saya, unit Domain dan Domain 3 ini sangat istimewa kerana perasaan seronok membeli beramai-ramai dengan keluarga dan kawan kan..

kunci

Ok, semalam semasa mengambil kunci di pejabat pemaju, mereka siap minta pembeli bergambar di satu backdrop yang telah mereka sediakan.
Kemudian terus mereka cetak gambar itu dan masukkan ke dalam frame, kemudian serahkan kepada pembeli
Bagi saya, ia sangat sweet dan menyentuh hati.

Bayangkan jika pembeli rumah pertama diberi sekeping gambar berframe yang ditangkap pada hari penyerahan kuncinya.


Kenny membawa saya dan Huda masuk ke dalam apartment ni.
Ada dalam 5 ke 6 orang pelajar arab Lim Kok Wing dah tunggu di pintu pagar.
Mereka minta nak sewakan kepada mereka.

Saya tanya, when you want to move in?
Katanya, "Can we move in today?"

Hah!! terkejut kami.. Maaf lah.. kunci pun baru je dapat.. sekurang-kurangnya lagi 2 minggu sebab biasanya gril ambil masa 2 minggu untuk siap.
Itu yang saya terangkan kepada mereka.
Tapi apa pun, saya ambil no telefon mereka.

studio unit

Masuk ke dalam unit saya, perasaan gembira tak boleh nak diceritakan.
Menikmati pemandangan seketika, kemudian saya mulakan pemeriksaan jika ada kekurangan atau kecacatan pembinaan.

Ada beberapa kecacatan yang saya dapat kesan.
Tapi insya Allah hari ini akan sambung periksa lagi dan tanda kecacatan tu.

Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana dan apa perkara yang perlu diperiksa sebaik mendapat kunci, jemputlah datang ke Charity Talk kami pada 9 disember nanti.
Akan ada satu tajuk khas pasal ni.

Kalau berminat nak hadir dan turut menyumbang, boleh isi borang DI SINI.


Pintu masuk
Unit studio pandangan dari tingkap. 

Dapur

Lift lobby tingkat 6

Pintu masuk ke lot parking

Parking


Malam tadi juga saya beli langsir. Cantik tak?
Nak upah mak tolong jahitkan. heeee


Langsir


Share:

Kupasan Halal dan Haram dalam Pengurusan Harta

Saya ingin menyambung kupasan tajuk pembentangan dari Seminar Pengurusan Harta dalam Islam.
Sebelum ini saya sudah mengupas pembentangan pertama DI SINI.

Tajuk kedua bertajuk "Halal dan Haram dalam Pengurusan Harta".
ia disampaikan oleh Tuan Mohd Nasir bin Ismail, dari Syariah Services Department, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia.

Antara perkara penting yang beliau sampaikan adalah:

1. Islam dan komponennya
- Islam terbahagi kepasa 3 komponen utama iaitu aqidah, Syariah dan Akhlak.
- Di dalam syariah, terdapat hubungan manusia dengan manusia yang meliputi muamalat. Ekonomi berada di bawah muamalat.


2. Di dalam Islam, diwujudkan hukum-hukum iaitu halal, haram, harus, sunat dan makruh. Tujuan pensyariatan hukum-hukum ini adalah untuk menjaga kemaslahatan atau kesejahteraan manusia dan mengelakkan manusia dari sebarang kemudaratan di dunia dan di Akhirat.




3. Di dalam Islam, setiap perkara pada asalnya atau default hukum nya adalah harus. Hinggalah ada ayat al-quran atau hadis yang mengharamkannya. Pengharaman sesuatu perkara adalah kerana ia membawa keburukan atau bahaya kepada manusia.


4. Halal atau haram sesuatu perkara adalah hak mutlak Allah SWT. Manusia mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram adalah seperti melakukan syirik kepada Allah SWT.


5. Niat tidak menghalalkan cara. Niat yang baik tetap tidak akan menghalalkan yang haram.




6. Di dalam Islam, semua harta di dunia ini adalah milik Allah SWT.  ini seperti dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah an- Najm ayat 31 yang bermaksud

Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

7. Harta merupakan ujian dari Allah kepada manusia, sebagaimana dinyatakan di dalam ayat Al-Quran surah al-Anfal ayat 28 yang bermaksud

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.

8. Di dalam pengurusan harta, wujud tanggungjawab
- tanggungjawab terhadap diri
- tanggungjawab terhadap keluarga
- tanggungjawab terhadap masyarakat secara wajib
- tanggungjawabterhadap masyarakat secara sukarela
- tanggungjawab memakmurkan ekonomi
- tanggungjawab sebagai khalifah


9. Di dalam kontrak muamalat, Islam mewajibkan elemen berikut:

- dilarang mengeluar dan menjual najis (kecuali jika ia bernilai seperti syarat seterusnya)
- mengeluar dan menjual barang yang tidak memberi manfaat atau tidak bernilai
- tiada unsur riba'
- tiada unsur gharar / samar-samar
- tiada unsur perjudian
- kontrak mestilah lengkap dari segi rukunnya dan sempurna syaratnya


10. Riba terbahagi kepada 2 iaitu:

a) Riba' Buyu' iaitu riba dalam perdagangan. Ia pula terbahagi dua  iaitu

- Riba' Fadhl : dalam kes pertukaran barangan ribawi namun melalui unit bilangan dan timbangan yang berbeza dan tidak seragam.
Contoh semasa sistem barter dahulu, A menukarkan dua genggam garam yang lebih rendah kualiti dengan satu genggam garam kepunyaan B.

- Riba' Nasi'ah iaitu seseorang menjual sesuatu barang secara bayaran ansuran dalam satu tempoh tertentu. Jika bayaran tidak diselesaikan selepas tempoh itu, bayaran lebih tinggi dikenakan kepada pembeli tersebut.

Ada juga Riba' Yad iaitu apabila barang yang dijual beli tidak diserahkan atau ditukar pada masa jual beli berlaku.
Contoh A bersetuju menjual satu guni beras kepada B dengan harga RM 30. Kemudian,  kedua-duanya berpisah dan tidak menukarkan barang jualan tersebut pada masa itu.


b) Riba' Duyun iaitu riba di dalam pinjaman.

Ia pula terbahagi kepada 2 cara:

a) riba' Qard iaitu perjanjian yang menetapkan keuntungan bayaran kepada pemberi hutang.
Contohnya, A memberi hutang RM 100 kepada B dan B perlu membayar balik pinjaman kepada A sebanyak RM 120.

b) Riba Jahiliyyah iaitu pada awal pinjaman, tiada unsur riba.
A memberi pinjam RM 100 kepada B dan B hendaklah memulangkan RM 100 juga kepadanya.
Namun disebabkan B gagal memulangkannya pada satu tarikh yang ditetapkan, kini A menetapkan bayaran balik menjadi RM 120.



11. Barang Ribawi

Di dalam islam, riba boleh berlaku apabila berlaku pertukaran barang ribawi iaitu
- emas, perak, mata wang sebagai media pertukaran
- bijiran, daging, sayur-sayuran, buah-buhan dan perisa sebagai bahan asas makanan.

Jika ada pertukaran antara barang yang bukan terdiri dari barang-barang di atas, riba tidak berlaku.


12.  Gharar adalah perkara yang samar-samar yang wujud di dalam kontrak jual-beli. Ia
wujud dalam 2 situasi:

a) Gharar berat atau Gharar Fahish berlaku apabila syarat jual beli tidak lengkap hingga boleh membatalkan kontrak. begitu juga jika kesamaran itu besar impaknya.

Contoh: apabila A menandatangi surat tawaran pinjaman rumah konvensional untuk pinjaman selama 30 tahun pada kadar BLR - 2.00, adakah dia tahu berapa jumlah bayaran rumah itu yang akan dibayarkan selama 30 tahun akan datang ini?

b) Gharar ringan atau Gharar yasir, berlaku jika perkara yang samar-samar itu ringan sahaja dan boleh dimaafkan.
Contoh: A seorang lelaki membayar 20 sen untuk menggunakan tandasbagi membuang air besar.
B seorang wanita membayar 20 sen juga untuk menggunakan tandas semata-mata untuk membaiki tudung atau lipstik.

Di sini, kegunaan air adalah tidak sama.
Dan kita tidak pasti adakah setiap orang yang membayar 20 sen utu menggunakan air yang sama?
Oleh kerana kesamaran ini kecil sahaja, maka ia boleh dimaafkan dan tidak menjadi haram hukumnya


13. Baitulmal bertanggungjawab di dalam pengurusan harta yang syubhah. ini dipersetujui oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa.


Image courtesy of  FreeDigitalPhotos.net

Share:

Teaser: Dipinang masuk rumah




Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kunci antara nampak
Esok jangan tunggu-tungguan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati rancangan diolah
Perabot dipasang penyewa dicari

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan pula
Tak banyak cash, bukan perosak
4ribu je deposit, itu caranya 

Share:

Kupasan Prinsip Asas dalam Sistem Kewangan dan Perbankan Islam

Hari Rabu lepas saya menghadiri Seminar Pengurusan Harta dalam Islam.
Seminar ni anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.
Diadakan di Bangunan B1 Jabatan Perdana Menteri.

Ada 3 tajuk pembentangan pada hari itu yang ketiga-tiga speakernya memang sangat hebat.

Pembentangan pertama: Prinsip Asas dalam Sistem Kewangan dan Perbankan Islam.

Tajuk ini dibentangkan oleh Prof Madya Dr, Mohamad Akram Laldin, Pengarah Eksekutif ISRA



Antara perkara penting yang dikongsikan oleh Prof Madya ini adalah:

1) Perbankan islam bermula di Malaysia apabila Tabung Haji ditubuhkan pada tahun 1962. Kemudian pada tahun 1963, sebuah bank islam kecil yang bermodelkan bank simpanan Jerman dibuka namun kemudiannya ditutup pada tahun 1967.

Namun bank islam moden yang pertama di dunia ditubuhkan di Jeddah iaitu Dubai Islamic Bank, dicetuskan dari idea Tunku Abdul Rahman dna dipersetujui oleh negara-negara islam yang lain.

Bank islam moden yang pertama di Malaysia adalah Bank Islam pada tahun 1983.


2) Prinsip asas kewangan islam adalah kebebasan untuk berkontrak (freedom to enter into contract) dan kepatuhan syariah (syariah compliant).


3) Teori asas kontrak dalam islam:

Harta hanya boleh berpindah dari satu pihak ke pihak lain melalui satu kontrak atau aqad yang sempurna dan sahih. Ia mesti bersumberkan hukum dari al-Quran dan Sunnah serta mestilah kedua-dua pihak redha dan setuju dengan terma kontrak itu.


3) Kontrak kewangan Islam mestilah:

- diredhai dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan bebas dari unsur penipuan, paksaan, kesilapan, penyelewangan dan gharar (yang samar-samar atau ketidakpastian).
- mestilah bebas dari perkara yang diharamkan iaitu riba, gharar, maisir (unsur perjudian) dan lain-lain.
-objektif kontrak adalah mengikut syarie.


4) Beza perbankan islam dan perbankan konvensional

Perbankan konvensional berasaskan satu pihak mendepositkan wang dengan pulangan faedah, dan satu pihak lagi memberi pinjaman dengan caj faedah.
pendeposit mendepositkan wang ke bank, bank pinjamkan kepada pelanggan dan caj interest 5 - 10% sebagai contoh, dan pulangkan 1 - 3% interest tu kepada pendeposit semula.  baki interest adalah kepunyaan bank.

Tapi bagi perbankan islam pula, dana diperoleh dari 2 sumber.
- deposit berasaskan mudharabah iaitu berkongsi untung atau rugi dengan bank atas satu kadar pemodal dan pengusaha
- deposit berasaskan wadiah (simpanan) yang berkemungkinan mendapat hibah jika bank mendapat keuntungan.

Wang itu diniagakan melalui kontrak-kontrak seperti kontrak niaga, kontrak pelaburan, kontrak sokongan dan kontrak tabarru'.
asas di sini adalah kontrak jual beli. maka keuntungan adalah dari harga jualan, bukan dari kadar faedah.


5) Perbankan islam di malaysia asalnya adalah berdasarkan konsep Bai' Inah iaitu konsep jual dan beli semula.

contoh: A ingin membeli rumah dari developer B dengan harga RM100K. A memohon pembiayaan dari bank C.
Maka Bank C membeli rumah itu dari Bank B dengan harga RM100K dan menjualnya semula kepada A dengan harga RM 250K setelah mengambil kira bayaran balik selama 25 tahun.

di sini muncul masalah apabila A gagal membuat bayaran, A perlu membayar amaun RM 250K iaitu harga yang bank B jual kepadanya.

ini menimbulkan kontroversi dah pernah dibawa ke mahkamah. Pelanggan menang.

Lantaran itu, kini perbankan islam kini telah meninggalkan amalan ini dan bertukar ke konsep Bai' Bithaman Ajil.

konsep inilah yang banyak wujud sekarang iaitu kadar margin keuntungan yang dpersetujui bersama dan ia dihadkan pada kadar maksima (caps rate) namun bayaran bulanannya bergantung pada kadar BFR.
Caps rate ini merupakan satu point menarik kepada peminjam kerana ia menghadkan satu kadar maksima BFR.

contoh: caps rate kebanyakan bank sekarang adalah 9.99%.
maka, jika kadar BFR melonjak ke 12% seperti pada tahun 1997/ 1998 dahulu pun, bank tetap akan mengambil kira kadar 9.99% sahaja.

Di Timur Tengah, perbankan islam di sana menggunakan konsep tawarruq iaitu jual beli melibatkan 3 pihak, bukan 2 pihak.
Mutawarriq atau A membeli satu barangan dari penjual B secara bayaran bertangguh dan kemudiannya A menjual semula barang itu kepada C dengan harga yang lebih rendah untuk mendapatkan wang tunai.

Pening? ok mari kita rujuk gambarajah di bawah dan contoh ini.



Katakan dalam pembiayaan pinjaman rumah, pelanggan A ingin membeli kondominium berharga rm200K dari pemaju B.
kemudian A akan memohon pembiayaan dari bank C.

Apa yang bank C akan lakukan adalah, bank C akan menghubungi penjual barang, katakan barangan elektrik D untuk membeli barangan elektrik darinya bernilai RM 200k.
kemudian bank C akan menjualkan barang elektrik itu kepada A dengan harga RM 350K secara bayaran bertangguh.

A kini mempunyai barang elektrik, akan terus menjualnya semula kepada D dengan harga RM200K tunai.
A kini mempunyai tunai dan tunai itu akan digunakan untuk membayar harga kondominium secara tunai ke pemaju B.
dan A kini juga mempunyai kontrak membayar harga barangan elektrik dari bank C secara bertangguh dan perlu membayarnya setiap bulan.

Pengalaman saya membuat pinjaman dengan Al-Rajhi, kali pertama saya perlu membeli susu manis dalam tin dari bank sebanyak RM 180K. kemudian saya terus menjualnya kepada seorang peniaga.
kali kedua saya perlu membeli milo dalam tin bernilai RM 204K dan juga menjualnya semula.
semuanya dilakukan di dalam telefon sahaja.


6) Salah faham orang awam terhadap perbankan islam adalah, dikatakan perbankan islam turut cuba mendapatkan keuntungan yang tinggi sama seperti riba di dalam bank konvensional.
Sebenarnya, pembiayaan islam adalah dari konsep jual beli dengan pelanggan atas satu harga dan margin keuntungan yang telah dipersetujui bersama.

Di dalam bank konvesional, kita tak nampak kan pada akhir bayaran nanti, berapa sebenarnya amaun yang kita akan bayar untuk satu-satu rumah.
kita hanya nampak kadar bayaran akan naik turun mengikut BLR, tapi soalnya, akhirnya kita bayar berapa?
bank pun tidak dapat memberi jawapan yang tepat kerana ia akan mengikut keadaan ekonomi semasa.

Tapi di dalam pembiayaan islam, oleh kerana dah ada caps rate tadi, kita dah tahu berapa harga jualan rumah tusebenarnya.
Cuma disebabkan kadar BFR semasa, bank akan memberi rebet kepada kita setiap hari atau setiap bulan.
Jadi, pada akhirnya, kita akan membayar harga yang kurang dari harga jualan tadi.

Harus diingat, islam tidak meletakkan had pada kadar keutungan dari aktiviti jual-beli.
Keuntungan yang diperoleh ini, bank akan kongsikan pula dengan pemegang deposit tadi.

Cukup di sini dulu untuk kali ini.
saya akan sambung dengan tajuk pembentangan seterusnya pula.

Share:

halal atau haram?

pagi ini saya sedang meghadiri seminar Pengurusan Harta Dalam Islam.
bertempat di jabatan perdana menteri.

akan ada 3 pembentangan.
- prinsip asas dalam sistem kewangan dan perbankan islam
- halal dan haram dalam pengurusan harta
- sistem kewangan islam: kewajipan atau pilihan?

saya harap dewan tidak sangat sejuk sebab saya tak bawak shawl.

ok, mahu tumpukan perhatian.
laporan seterusnya akan menyusul kemudian ya.


Share:

Projek dalam pembinaan: Bila wang poket mula keluar?

Semalam saya menerima satu soalan dari rakan yang baru berminat belajar mengenai pelaburan hartanah
Dia berminat dengan Domain 5 yang saya kongsikan DI SINI
Ye lah... cuma bayar RM 3,000 kan.. jadi, ia menarik minat rakan-rakan yang baru memulakan kerjaya mereka ni.

Soalannya,
Kalau dah beli rumah dalam pembinaan ini, bilakah pembayaran ke bank akan bermula?

Ok, bagi hartanah di dalam pembinaan, ada beberapa pakej yang ditawarkan oleh pemaju


1) Pakej 10/90

Pakej ini popular pada tahun 2009 - 2010, terutama oleh pemaju Sime Darby, diikuti oleh pemaju lain.
Saya ingat lagi kondominium 1 Petaling dan 1120 Park Avenue antara yang turut menawarkan pakej ini.

Melalui pakej ini, pembeli hanya perlu membayar 10% dari harga jualan semasa menandatangani perjanjian jual beli.
Baki 90% hanya perlu dibayar apabila dah mendapat kunci.
Kalau kondominium, kunci akan dapat dalam masa 3 tahun.

Ini bermakna, hanya selepas mendapat kunci, bank akan membuat bayaran kepada pemaju dan pembeli akan mula membayar ke bank.


Namun saya pernah bertanya pegawai bank berkenaan hal ini.
Bagaimana sekiranya projek mengambil masa lebih dari 3 tahun untuk siap, iaitu bagi kes projek bermasalah atau tergendala?

Mengikut kata pegawai tersebut, mereka letakkan had maksima 5 tahun.
Selepas 5 tahun jika masih belum mendapat kunci, mungkin pembeli terpaksa buat bayaran faedah seperti bayaran progress payment biasa.


2) Pakej 5/95

Ini merupakan pesaing kepada pakej 10/90.
Pembeli perlu membayar 5% sahaja dari harga jualan. Baki 95% dibayar selepas mendapat kunci.
Ini bermakna, bayaran ke bank juga bermula selepas mendapat kunci.

Pakej ini turut popular pada tahun 2009 dan 2010.
Mah Sing dan SP Setia banyak menawarkan pakej ini pada masa itu.





3) Developer Interest Bearing Scheme (DIBS)

Ini merupakan pakej yang menyerupai 2 pakej di atas namun lebih fleksibel.
Di dalam pakej ini, pemaju akan menyerap masuk bayaran faedah semasa di dalam pembinaan.
Oleh yang demikian, pembeli hanya perlu membayar wang deposit yang ditetapkan oleh pemaju, selebihnya bayaran bulanan ke bank hanya perlu dibuat selepas mendapat kunci.



Bezanya pakej ini berbanding pakej di atas adalah, pemaju tidak menetapkan amaun yang tetap untuk dibayar sebagai deposit.
Ia lebih fleksibel.
Ada pemaju yang menetapkan 10%, tapi diberikan pula rebet 5%, maka pembeli hanya perlu membayar 5% sahaja sebagai deposit.

Ada yang membeli rebet 2% ditambah dengan diskaun early bird 5% menjadikan 7% pengurangan.
Jadi pembeli hanya perlu membayar baki 3% sahaja sebagai deposit.

Tapi ada juga yang tak memberi apa-apa rebet atau diskaun.
perlu membayar 10% utk unit kediaman atau 20% - 30% untuk unit komersial, selebihnya tunggu sahaja unit siap dibina baru mula buat bayaran ke bank.




Untuk Domain 5 yang kawan saya berkenan ini, EMKAY menawarkan pakej DIBS.


4) Tiada pakej apa-apa. Bayar progress payment

Ini adalah cara tradisional.
Apabila membuat pinjaman bank untuk membeli unit di dalam pembinaan, bank akan membuat bayaran kepada pemaju secara berfasa.
Maka pembeli pun perlu membuat bayaran faedah atas pinjaman itu secara berfasa juga.

Harus diingat, bayaran yang dibuat hanya untuk bayaran faedah sahaja, bukan prinsipal.

Sebagai contoh, katalah bank dah buat bayaran 10% pertama kepada pemaju, maka bank akan terus minta peminjam tadi membayar faedah di atas 10% ini.

Kemudian, apabila progres pembangunan semakin siap, bayaran yang bank buat kepada pemaju juga semakin tinggi
dan bayaran faedah yang perlu dibayar oleh peminjam juga semakin naik.

perkiraan jumlah faedah yang perlu dibayar ni ada formulanya yang dah ditentukan di dalam surat tawaran pinjaman anda.

Manakala jadual pembayaran berfasa yang bank lakukan ke pemaju mengikut kemajuan pembinaan (progress payment) ini pula telah pun ditetapkan oleh kerajaan melalui Jadual G dan H di dalam Housing Development Act
Jadual G dan H ini kemudiannya dijadikan perjanjian jual beli standard untuk semua pembelian unit dalam pembinaan.

Jadual pembayaran kemajuan pembinaan bagi hartanah berstrata adalah seperti di dalam gambar di bawah



Kita ambil contoh, katalah harga rumah tu rm200K
mula-mula mungkin bayar dalam rm30 sahaja sebab baru kerja-kerja piling dilakukan.
Selepas 5 bulan bayaran faedah mungkin naik ke RM 150 sebab struktur asas dah mula dibina.
4 bulan seterusnya mungkin naik RM 300 sebab dinding dah siap.
setahun setengah kemudian, bayaran naik rm600 sebab mungkin dah siap pula kerja-kerja wiring.


dan begitulah seterusnya sehinggalah pembinaan 100% siap.




Jadi jika anda melihat sebarang promosi projek hartanah di dalam pembinaan yang TIDAK menyatakan pakej 10/90 , pakej 5/95 atau DIBS, ini bermakna akan adalah progress payment nanti.

kredit foto: horlic.com,  maxwellpropertysdnbhd.blogspot.com
Share:

Seminar Jutawan Industri

Semalam saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman
Seminar diadakan di Dewan MCA, Jalan Ampang.
Tapi kali ni saya kena duduk di atas sebab datang lewat.

Datang lewat sebab bila nak keluar rumah, Simon sibuk lari-lari keluar sama.
Kemudian dia menyorok bawah sofa rumah jiran yang diletakkannya di depan rumah.
aishhh....

Ok, Seminar Jutawan Industri ini masih lagi menekankan elemen perkara-perkara yang M.E.S.T.I ada jika anda ingin berjaya.
M adalah Mentor
E adalah Elmu
S adalah Strategi
T adalah Tindakan
I adalah Inspirasi yang kuat dan Intention yang betul



Selain itu, Dr Azizan berkongsi 6 langkah bagaimana untuk membina jenama sebagai pakar di dalam industri atau bidang masing-masing

Mengikut Dr Azizan, semakin bergerak seseorang itu di dalam langkah tersebut, semakin besar pendapatan yang akan dan boleh diterimanya
dan semakin kukuh jenamanya.


Apa langkah tersebut?
haaa.... yang ni, mari kita sama-sama ambil dari Dr Azizan sendiri.

Semalam, tambah menarik kerana Prof Dr Muhaya dijemput naik ke pentas dan menjadi kajian kes Dr Azizan.

Dr Azizan menunjukkan kepada semua peserta bagaimana secara tidak langsung Prof Dr Muhaya telah mengaplikasi beberapa lengkah terawal ini dan berjaya membina jenamanya yang kukuh.

hm... nampaknya saya perlu serius di dalam langkah pertama.
Setakat ni baru ada EBOOK PERCUMA ini sahaja.
Itu pun baru 436 orang sahaja yang berminat membacanya... huhuhu

Ok, jika ada yang berminat untuk hadir, boleh daftar di http://jutawanindustri.com/
Masih ada beberapa sesi di lokasi lain.



Nota: Ada yang berminat nak membeli rumah pada harga RM 330K, tapi market value RM 370K?
Lokasi di Bukit Jalil.
boleh email saya, pm saya di Facebook atau sms saya ya.

Update: Sambungan artikel ini  DI SINI.
Share:

Teaser: Keharuman bau S&P


Perasaan teruja menandatangani S&P tetap membara...
walaupun untuk kali yang ke berapa...
Siapa setuju kenyataan ini
Dialah pelabur hartanah yang sejati...
Share:

Tak kira! saya nak beli rumah kat kampung juga.

Sambungan dari artikel semalam.
JANGAN BELI RUMAH DI KAMPUNG

Aihhh... rugi ke kalau beli rumah kat kampung?
Tak boleh ke?

Ha.... bukan 100% tak boleh... kan saya tulis ada pengecualian situasi kat bawah sekali artikel tu...

Dimudahkan, beginilah
Jika situasi anda jatuh pada salah satu keadaan di bawah, anda boleh beli rumah di kampung.

1) Saya orang kampung ni dan kerja kat sini je. Sampai bila saya nak menyewa. Lebih baik beli satu rumah dan duduk sendiri. Lagipun harga rumah tu murah dan bayaran bulanannya murah je.. lebih kurang 30% dari gaji saya je.

2) Saya dari kawasan lain tapi ditugaskan bertugas di kampung ni. Saya suka kawasan ni dan mungkin nak terus bermastautin di sini. Saya ada kuarters tapi bila dah pencen kena pindah juga. Tiba-tiba ada orang jual rumah dengan harga yang berpatutan dan saya mampu.

Balik kampung?


3) Saya orang kampung sini dan bekerja di sini je. Dah berkahwin, jadi sampai bila nak duduk rumah ibu bapa / ibu bapa mertua (errk...)

4) Saya kerja di Lembah Klang tapi kat kampung saya ada IPT / banyak kilang lah. Kadar sewa kat sana memang boleh dapat pulangan 8%. Lagipun ada adik beradik boleh tolong jaga rumah dan kutip sewa.

5) Saya kerja Lembah Klang tapi saya tengok kawasan kampung saya tengah membangun sekarang. Ada IPT baru / lebuh raya baru / kawasan industri baru sedang dibangunkan dekat sangat dengan kawasan projek perumahan baru kat kampung saya. Tanah sana tu freehold pula. Harga pasti naik selepas beberapa tahun lagi.

6) Saya orang kampung, kerja di kampung. Tapi saya bukan orang kampung biasa. Saya banyak belajar pelaburan hartanah jadi saya boleh hidu rumah mana dijual atau dilelong dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran dan boleh beri pulangan sewa yang baik pada saya. Kalau jual selepas beberapa tahun pun saya untung berganda, sebab beli pun dah murah kann....

7) Saya kerja kat luar Lembah Klang. Mak ayah saya pun duduk kat bandar.. dekat kawasan pusat bandar / ibu kota negeri tu. Cuma istilah kita, balik kampung lah kan.. tapi bukan kampung pun.. Jadi, kalau beli dekat dengan rumah mak ayah saya pun tak apa.. sana harga rumah memang akan naik cepat.

8) Saya kerja di luar kampung saya. Saya nak juga beli rumah kat kampung untuk masa tua saya sebab saya tak pedulik. Gaji saya besar dowhh.. Bayaran bulanan rumah tu cuma dalam lebih kurang 10% je dari gaji saya. Tak menjejaskan kehidupan saya pun...

9) Saya duduk kat kampung dan kerja dekat Kampung. Tapi tanah kat kampung saya mahal.. sebab nama kampung saya tu Kampung Baru, Kuala Lumpur :)


Saya duduk kat kampung. Tapi kadang-kadang  saya duduk di bandar.

Kawan-kawan ada situasi lain yang rasa patut beli rumah di kampung?
Share:

Jangan beli rumah kat kampung!

Ramai rakan-rakan saya yang bukan berminda pelabur hartanah dan tidak melabur pada dirinya sendiri mengejar dan tersangkut akibat membeli rumah di kampung.
Jangan!

ok, biar saya terangkan semula.

ramai yang bekerja di KL, Selangor dan Putrajaya sebenarnya berasal dari luar negeri ini
Ada yang datang dari Jerlun, Gurun, Bota, Teluk Intan, Raub, Kuala Krai, Kangar, Kluang, Bachok, Besut dan lain-lain kawasan luar bandar.

Mereka datang ke KL atau selangor untuk mencari wang, mencari kehidupan lebih baik dan mencari kekayaan
Bila pendapatan dah baik, mereka pun teringat pada persaraan nanti.
Tak sanggup rasanya nak terus duduk di KL sampai meninggal dunia


Lagipun melihat harga rumah di Lembah Klang, woww...  mahalnya
Harga 100k cuma boleh dapat apartment kos sederhana atau apartment kos rendah sahaja.
Macam duduk di rumah merpati, katanya.

Kalau layak buat pinjaman 150K pun, cuma dapat apartment kos sederhana dalam 750 - 850 sqft je.
Sempit. Lagipun rumah lama.
Rumah baru dari developer dah tak ada jual dengan harga begini.

Jadi, lebih baik beli rumah di kampung.
Harga 100k dah boleh dapat rumah teres.
Harga 150K dah boleh dapat rumah semiD.

Nak lagi best kalau gaji mencecah 4k - 5k, boleh lah beli banglo satu di kampung
Harga baru RM 260K - 280k

Untung.
Nanti dah tua, dah bersara, atau dah senang, boleh duduk di sana.
bawa anak-anak balik kampung sama.

Maka ramailah warga KL, Selangor dan Putrajaya musafir ini membeli rumah di kampung masing-masing.

Gaji dalam 3500, beli rumah di kampung berharga RM 150,000
katalah sebulan bayar hampir rm700
kemudian rumah tu dibiarkan kosong sebab sayang
atau beri saudara mara duduk percuma
atau sewakan pada kadar semasa di sana dalam rm 400.
jadi ada aliran positif negatif rm300 sebulan

di KL pula terpaksa sewa rumah. bayar RM 550 untuk satu apartment kos rendah atau sederhana rendah.

rugi!
ini belum campur dengan hutang kereta pula, lagi rugi.
lagipun kos hidup di Lembah Klang kan sangat mahal.

sangkut.. memang boleh sangkut.




kalau yang beli rumah RM 260K tadi, bayaran bulanan dah lebih kurang 1200.
sewa tak tinggi mana.
akhirnya dia stuck. tersangkut.
komitmen tinggi. nak beli rumah lain di KL untuk pelaburan dah tak boleh.
sebab kadar Debt Service Ratio (DSR) nya dah tinggi.
nisbah hutangnya berbanding pendapatannya dah tinggi.

kan bagus kalau dengan RM 150,000 tu beli satu apartment di Lembah Klang
beli yang kadar sewanya RM 850 - 900 untuk unt kosong.
memanglah rumah merpati... memang lah rumah lama..
tapi rumah ini boleh beri anda sekurang-kurangnya rm 150 - 200 aliran positif wang setiap bulan

nak buktikan pada bank anda akan pendapatan tambahan dari sewa rumah pun boleh
kemudian boleh beli lagi ... dan lagi...
ulang langkah yang sama.



Nanti dah banyak rumah atau banyak aset, atau net worth dah tinggi mencecah juta-juta
barulah beli satu rumah yang bagus dan selesa di kampung.
Masa tu anda dah mampu untuk tanggung aliran negatif itu, jika ada.
Atau masa tu anda pun dah bersara awal. Jadi boleh berehat-rehat di kampung.

Jadi, pesanan saya, Jangan beli rumah di kampung.
Jangan beli lagi!

Beli hanya bila anda sudah mencapai kekayaan dan nilai aset yang secukupnya.

Namun sekiranya kampung anda tu di Georgetown, JB, di pusat bandar atau di kawasan berdekatan IPTA / IPTS yang kadar sewanya memang tinggi dan panas, nasihat di atas mungkin tidak terpakai.
Sebab beli rumah di kampung anda pun masih dapat rental yield dan kenaikan harga modal yang sangat baik.

:)
Share:

Domain 5 dan Domain 4 Neocyber: bayar 3 ribu sahaja

Hari ini saya ingin kongsikan status terkini mengenai Domain 5 @ Necyber

Semasa saya menulis megenainya di dalam artikel terdahulu, pada masa itu dikatakan unit studio di Domain 5 dah pun habis terjual.

Hanya tinggal unit lain yang lebih besar

Tapi baru-baru ini saya dihubungi oleh rakan saya yang juga kakitangan EMKAY bahawa masih ada beberapa unit studio lagi
Memang unit-unit ini dah pun terjual tapi oleh kerana pinjaman tidak diluluskan, maka ia dibuka untuk jualan semula.

Unit studio berkeluasan 419 sqft dijual pada harga bermula dari RM 245,000 ke atas.

Selain itu juga, ada unit 2 bilik tidur berkeluasan 831 sqft dijual pada harga RM 474,100 ke atas.

Juga, ada unit studio lebih besar iaitu 579 sqft  dijual pada harga RM 335,600 ke atas.

Untuk jenis ini, ia merupakan fully furnish yang diubahsuai menjadi 2 bilik tidur bujang.
Di dalam setiap bilik, akan mengandungi satu katil bujang ala-ala IKEA iaitu meja study di bawah dan katil di atas.
Ada juga wardrobe di setiap bilik.


Di dapur, ada kabinet dapur yang lengkap dan set meja makan.
Manakala di bilik air pula ada pemanas air (water heater).








Istimewanya bagi Domain 5 adalah: pembeli hanya perlu membayar RM 3k sahaja untuk memiliki satu unit di sini.
Yang lain akan dimasukkan di dalam diskaun dan rebet.

Siapa kata dengan wang bonus tahunan tak boleh beli rumah kan?




Ia juga menawarkan DIBS (Developer Interest Bearing Scheme).
Jadi, pembeli tidak perlu bayar interest semasa pembangunan sedang dijalankan.
Yuran guaman juga percuma untuk perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman melalui bank panel mereka.

Kawan-kawan boleh baca review saya sebelum ini mengenai projek ini di sini
http://www.propertywaltz.com/2012/03/domain-5-neocyber.html

Jika ada yang berminat untuk booking, boleh hubungi Ifah 019-6115054 atau kenny 012-6694319

Oh ya, selain Domain 5, jika ada yang berminat dengan Domain 4, masih ada unit terhad yang belum dijual.
Setakat maklumat yang saya terima, tinggal 2 unit sahaja.
559 sqft pada harga 305,550
dan 559 sqft pada harga 303700.



yang lain dah habis terjual.

Hm...
Ramai yang pesimis tentang pembangunan di Cyberjaya
Ramai juga yang optimis.

Mulai tahun hadapan, kompleks membeli-belah yang pertama di Cyberjaya akan mula dibuka.
Namanya D Pulze.
Boleh baca di sini.
http://zpperspective.com/2012/04/11/cyberjayas-first-mall-to-open-next-year/

Selepas D Pulze, komples membeli belah akan muncul di Pan'gea dan Vita Cyberjaya.
 Cyberjaya akan berubah selepas ini.
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog