• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Tak kira! Nak juga beli rumah belum perfect

"Tak kira!
saya nak juga beli rumah tu walaupun tak boleh buat direct transfer."
- pembeli A

"Alamak.. saya suka rumah tu.. dah berkenan habislah! Tapi peguam kata kena tunggu lama pulak...Macamana ni.."
- Pembeli B



Saya nak sambung mengenai penjual yang melengahkan buat perfection.
Saya tulis sebelum ini DI SINI.

Macamana kalau kita pula di pihak pembeli?
Nak beli rumah tapi bila dah bayar booking baru tahu yang rumah tu belum buat perfection dan pemaju tak mahu buat direct transfer.

Peguam kita pula cakap, kena tunggu 9 bulan ke setahun setengah baru dapat kunci.
9 bulan tu macam agak miracle la sebenarnya..
sila letak dalam kepala, setahun setengah ya.

Jadi, apa perlu anda lakukan?

Sebagai pembeli, ada perkara positif juga jika ini berlaku.
Bayangkan anda dapat kunci lagi setahun setengah. Tapi beli dengan harga lama.
Jadi, bila dapat kunci je, harga rumah tu dah naik beberapa puluh ribu dah.
Heaven juga kan,. hanya perlu sabar je.

Tapi nak sabar menunggu sedangkan duit dah sangkut kat situ.. rugi juga.

saya cadangkan, apa kata cadang satu jalan tengah yang win-win situation.
kadang-kadang orang yang nak jual rumah ni, dia memang dah kosongkan dah rumah tu.
sebab lebih mudah jual rumah yang kosong berbanding rumah bersewa.

Jadi, apa kata berbincang dengan penjual.
Oleh kerana kita mungkin akan dapat kunci lagi setahun setengah dan aliran wang tak masuk, apa kata mohon dengan tuan rumah sewakan rumah tu kepada kita dengan harga murah.
sewa sementara proses jual beli selesai 

kalau harga sewa pasaran dalam rm1000, minta la sewakan kat kita dalam rm700 ke.
berbincang baik-baik dengannya, dari dia bayar ansuran bank saja-saja selama setahun setengah ni, baik jugalah dia dapat juga bayaran sewa walaupun lebih murah dari harga pasaran.

Dah dapat sewa tu, bolehlah anda duduk di rumah tu dulu atau sewakan semula.
tapi kalau nak sewakan semula tu, kena terus teranglah beritahu penjual ya.


Penjual dan pembeli masing-masing manusia biasa je.
Semua perkara boleh bincang.



Cuma untuk melindungi diri dari sebarang masalah, jangan buat sebarang ubahsuai besar dan kekal.
Jangan la memandai pasang kabinet dapur ke.. tukar pintu ke.. tukar tiles ke.. pecah dinding kasi besar ke..
sebab proses pertukaran hakmilik belum selesai.

Kalau ada apa-apa masalah dalam proses pertukaran hakmilik tu nanti, sekurang-kurangnya anda belu berhabis duit lagi untuk rumah tu.

Jadi, kalau nak juga beli rumah yang belum buat perfection dan  tak boleh direct transfer, anda tahu apa yang anda kena jangka
dan tahu bagaimana untuk ada situasi win-win dengan penjual ya.
Share:

Tak buat perfection, sekali tak boleh direct transfer

Nanti-nantilah...

Kita memang suka melengahkan hal kan...

Kena pulak kalau nak buat perkara tu, kena bayar.


Melengahkan pun ada ruginya juga tau.
Terutama jika title dah keluar dan anda buat derk je.

4 tahun lepas saya nak beli sebuah kedai di subang jaya.
Kedai tu terletak di ground floor sebuah apartment.
Strata title dah keluar tapi owner tak uruskan lagi.
Kita panggil perfection: uruskan agar strata title tu dah diletakkan nama pemilik dan pemilik dapat title untuk unit dia sendiri.

Kalau urusan tanah, lebih kurang macam tukar nama sendiri kat geran besar dan terus pecah geran lah.

Ramai pemilik rumah suka berlengah-lengah buat perfection sebab nak buat perfection ni kena guna perkhidmatan peguam.
Dalam kata lain, ada kos ribu-ribu lah.


Nanti.. Nanti... Sampai la tiba-tiba pemilik rumah tu nak jual rumah tu.
Atau memang sengaja nak jual sebab dah alang-alang kena keluar duit untuk completion, baik jual terus kan...

Iklan: The Heron ada 2 unit nak jual. Below 400k dan 450K (lebih besar)

Ok, itu memang agak bijak.
Tapi ada kalanya bijak tu makan diri sendiri juga.

Sebab tak semua pemaju boleh buat direct transfer, iaitu terus pindahkan nama di atas title kepada pembeli kedua.
Ada kes yang tak boleh buat direct transfer.
Ini bermakna title perlu dikeluarkan atas nama pembeli pertama atau penjual rumah subsale ini dahulu.
Title tu dah siap, barulah dipindahkan ke pembeli kedua iaitu orang yang nak beli subsale sekarang ni.

Kesannya:

- Prosedur leceh. kena uruskan title atas nama vendor dulu, baru tukar ke buyer subsale.

- Proses vacant posession ambil masa lama. Kalau semua berjalan sanat lancar, ia ambil masa 9 bulan. Biasanya setahun setengah. Boleh pergi ke 2 tahun.

- Bayangkan pembeli dah sign spa, dah bayar 10% dari harga jualan tapi tak boleh nak masuk rumah dan tak dapat kunci lagi sampai setahun setengah. Duit modal stuck di situ.

- Bayangkan juga penjual rumah tu, jual rumah sebab nak duit. Tapi cuma dapat 10% je dulu. Baki kena tunggu lama lagi baru dapat. Tak tercapai la hajat nak duit cepat.

- Rumah lagi susah nak jual, sebab tak ramai pembeli sanggup tunggu lama untuk dapat kunci.

Gambar hiasan je


Dalam kes kedai yang saya nak beli tadi, memang tak boleh direct transfer.
Kalau saya nak beli juga, saya kena bersedia tunggu setahun setengah baru boleh mula kutip sewa.
Kalau anda di tempat saya, anda sanggup?

Jadi, seeloknya kepada semua pemilik hartanah, kalau title dah keluar, buat la cepat-cepat perfection tu. Jangan tangguh.
Supaya senang nak jual semula nanti.

Sambungan artikel ini di http://www.propertywaltz.com/2015/03/tak-kira-nak-juga-beli-rumah-belum.html
Share:

Jimat bayar cukai, baru untung lebih banyak.

Ramai fokus pada cashflow apabila menjalankan perniagaan.
Berapa duit masuk.. berapa duit keluar.
Tapi jangan lupa tambah aset.
Aset ni seperti backup. Bila perniagaan ada masalah, sekurang-kurangnya ada aset untuk dicairkan.

Nak beli aset, kemudahan pinjaman diperlukan.
Akhir-akhir ini, bank agak cerewet. Nak pinjam bank, perlu declare cukai pendapatan. Tak kisahlah enterprise atau sdn bhd.

Tapi, macamana nak declare?
Berapa banyak kena bayar? Banyak ke? Aduhh.. letih lah macamni...
Boleh tak jimat bayaran cukai ni dengan cara sah?

Ahaa.. boleh.. kalau kena ilmu dan gayanya, banyak kita boleh jimat dari pembayaran cukai ni,

****************
SEMINAR CUKAI ENTERPRISE: BAYAR SIKIT UNTUNG BANYAK
***************
Seminar Cukai Enterprise untuk tahun 2015 akan kembali.

Tahun lepas seramai lebih kurang 50 orang usahawan dan pemilik perniagaan enterprise telah mengikuti seminar ini.
Jadi, tahun ini kami bawakan semula untuk tuan/puan para usahawan.





Tarikh: 22 Mac 2015, 11 April 2015 dan 9 Mei 2015.
Tempat: Dataran Pandan Prima, Ampang, Kuala Lumpur.

Pilih salah satu tarikh yang tuan / puan kelapangan.

Yuran:
- RM 200 seorang untuk satu tiket
- RM 195 seorang untuk dua tiket
- RM 180 seorang untuk 3 tiket

Ahli Kelab Alien
- RM 190 seorang

Penceramah: Tuan Rezduan Bakar, akauntan dan juruaudit luar yang bertauliah.



Percuma: Keahlian Kelab Alien Hartawan yang sangat saya tapis ahli-ahlinya. Tapi kini telah mempunyai lebih 800 ahli terdiri dari pelabur hartanah berpengalaman, usahawan hebat hinggalah ke mereka yang baru bermula.



Untuk mendaftar;
1) Bank in / transfer wang yuran ke no akaun Alliance Bank 140460010087422 atas nama Kaseh Akademi PLT
2) Daftar butiran peserta DI BORANG PENDAFTARAN INI

Sebarang pertanyaan, boleh sms atau call  018-9687803. Jangan Whatsapp ya..

Jom daftar sekarang.



Share:

Beli bundle memang murah

Ramai orang yang nak beli rumah
Ramai orang nak untung
Untung puluh ribu, ratus ribu dengan beli rumah.



Tapi beli rumah ni tak semestinya untung.
Ada orang beli, dapat untung
Ada orang beli, rugi pulak.
Ada yang beli sampai rumah kena lelong dan jatuh bankrap.

Apa puncanya?

*************************
LABUR PADA DIRI DULU, BARU LABUR PADA HARTANAH
****************************

Puncanya satu je.. sebab ilmu.
Kalau tak ada ilmu, kita boleh tersalah buat keputusan.
Rumah bukan macam coklat Tora.
Beli murah je.. kalau tak suka mainan yang kita dapat dalam kotak tu, boleh buang je.
Tak berapa sakit hati sebab murah.

Tapi rumah ni mahal.
Beratus ribu harganya.
Ada yang hampir setengah juta
Ada yang lebih sejuta.
Paling murah pun dekat 100K, bukan 10 ringgit.

Jadi, penting untuk tidak buat silap bila beli rumah.

Jadi untuk kawan-kawan yang mahukan ilmu pelaburan hartanah, saya ada tulis 4 ebook sebelum ini.

Ebook pertama tu memang percuma je.
Download di http://wangbesar.propertywaltz.com

Tiga lagi ebook saya jual. Ada lebih 50 mukasurat setiap satu.

Ada 3 ebook:

1- 5 Langkah Jana Wang Sewa Besar: ebook mengenai bagaimana menyewakan rumah dengan betul langkah demi langkah

2- Kerjasama: Alien Beli Rumah NON-STOP: ebook mengenai teknik beli rumah secara joint venture

3- 15 Artikel Beli Rumah Kababoom! : ebook menghimpun ilmu wajib tahu supaya tak tersalah buat keputusan sebelum membeli rumah.

Harga setiap satu ebook ini RM 35.
Kalau beli 3, harganya sudah RM105.

Tapi hari ini saya jual bundle tiga terus.
Beli 3, harga RM 70 sahaja.
Jimat RM35

Ahaa.. bukan baju bundle je murah
Ebook bundle pun...





**************
Untuk membuat bayaran,
*************


1) bank in ke akaun CIMB 8600304257 atas nama Kaseh Trading and Services.
masukkan email propertywaltz@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran.

2) emailkan nama, email dan no hp beserta butiran bayaran ke propertywaltz@gmail.com


Share:

Jejak Kasih Cik Tangga

Malam semalam, penyewa rumah kakak saya di Domain 3 berpindah keluar.
Dia pindah setelah tamat kontrak sewaan setahun.

Bagus betul mereka suami isteri ini.
Mereka ni pelajar Limkokwing. 
Suaminya dah habis belajar dan akan sambung peringkat Sarjana.
Isterinya masih lagi dalam pengajian ijazah pertama.

Bagus mereka ni. 
Pindah dan tinggalkan rumah yang bersih.
Boleh terus masuk penyewa barulah.

Bila penyewa nak pindah keluar, kita kena check balik keadaan rumah.
Bersih ke...
ada kerosakan ke..
cat dinding masih baik ke..

Kalau ada yang rosak yang mereka buat, kita boleh tolak dari wang deposit mereka sebelum dipulangkan.

Begitu juga jika ada bil utiliti yang belum dijelaskan.

Keseluruhannya rumah ni memang bersih dan baik.




Cuma tombol bilik tidur tak ada kunci.
Mereka pun tak pasti di mana letaknya sebab mereka tak pernah kunci bilik tidur tu.
Jadi, saya tolak RM35 dari wang deposit untuk saya ganti tombol pintu yang baru.
Lebih kurang begitulah harga tombol pintu yang bagus kualitinya.
yang bukan ketuk sekali je pun dah patah.

Selain tu, sebenarnya sebelum penyewa pertama masuk rumah ni 2 tahun lepas, saya tertinggal tangga saya di sini.
Tak sempat ambil.

Bila saya nak guna tangga, terpaksa lah saya beli tangga baru.

Jadi bila penyewa dah keluar ni, bolehlah saya bawa balik semula tangga saya.
Dapatlah saya menjejak kasih dengan tangga yang telah banyak berjasa kepada saya ni.
Dah lebih kurang 7 tahun dia dengan saya.

I miss you, cik tangga!



Nota: Domain 3 partly furnish sedia untuk disewa. RM1400 sebulan (boleh nego).
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog