• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

orang menulis dari pengalaman. anda?

wartawan menulis berita yang dia sendiri pergi ke tempat itu dan mencari liputan

blog
blogger biasanya akan menulis pengalaman dia sendiri di dalam sesuatu perkara
contoh: blog pasal kek
blogger tu biasanya kongsikan tips, resepi atau pengalam dia semasa membuat kek itu sendiri
blog hartanah
blogger itu biasanya menceritakan pengalaman dia semasa membeli rumah dan memulakan pelaburan hartanah beliau
blog pemasaran internet
biasanya memang blogger tu sedang melakukan pemasaran internet melalui blognya

cuma bayangkan bagaimana jika ada satu blog yang banyak info dikongsi di dalamnya, tapi rupanya blogger tu tak terlibat langsung dalam hal itu?
blogger kek, pung pang pung pang tulis pasal macamana nak buat kek yang sedap tapi dia tak pernah buat kek langsung dalam hidup dia
blogger hartanah, menulis macam mahir.. pelbagai tips diberi
tapi satu hartanah pun belum dibelinya atau belum pernah menemani atau menolong rakannya membeli hartanah

adakah anda akan percaya info yang mereka berikan?
mungkin... bergantung sehebat mana info yang mereka copy paste itu

tapi mana satukah info yang lebih dipercayai?
blogger yang menulis dari copy paste sedangkan dia tak sendiri tak melakukannya
atau
blogger yang menulis pengalaman beliau sendiri dan tips-tip yang diperoleh dari pengalaman beliau sendiri?

pasti jawapannya blogger yang mengalami sendiri itulah yang lebih layak dan lebih dipercayai penulisannya

tapi mengapa sejak sabtu lepas, begitu ramai orang yang tidak menyaksikan sendiri hatta sebagai pemerhati pun muncul sebagai pengulas copy-paste?
siap memberi kesimpulan seolah-olah mereka mengalaminya dan menyaksikannya sendiri.

sesungguhnya BERDIAM itu lebih baik dari berkata-kata sesuatu yang dusta
sesungguhnya BERDIAM dan HORMAT itu lebih baik dari menimbulkan pergeseran hati dengan rakan yang tidak mencari pasal pun dengan anda


Share:

duduk bantah

Semoga hari ini hari yang tenang dan aman
Semoga Allah merahmati hari ini dan memudahkan segalanya


Share:

dia rosak lagi

aduhh.. buat kali ketiga, handphone sony ericsson saya rosak lagi.
handphone tak pintar ni memang dah dua kali rosak ribbon di dalamnya sebab jenis slide
tak salah dia.. handphone ni memang dah ke titisan power terakhir dah
sampai siap letak sellotape lagi bila speaker dia tercabut
hehehe



saya pula di alor gajah ni, ada mesyuarat sampai esok
alamak... lambatnya lagi boleh ke kedai handphone untuk baiki ribon tu
perlu juga baiki sebab sekarang ni nak on pun tak dapat sebab klik kat control keypad dia takde perasaan
dalam handphone tu ada banyak nombor telefon yang saya perlu retrieve


nak tanya kawan-kawan
ada cadangan tak telefon baru yang kurang rm 700 tapi boleh berfungsi sebagai mp3 player, radio, call, sms, mms, skrin warna, sound best dan gempak dan juga lasak?
android adalah satu bonus tapi tak wajib
lagi murah lagi bagus.
hehehe


Share:

energizer night race 2012: peluang kedua

Setiap orang berhak diberikan peluang kedua

Apabila Energizer mengumumkan pendaftaran untuk Energizer Night Race 2012 dibuka, ramai yang memberi komen negatif
"aku serik. aku tak mau join dah"
"Seriklah. All the best kepada yang mendaftar"

Ya, memang Energizer Night Run 2011 adalah mimpi ngeri.
Target Energizer untuk mencipta rekod 10,000 penyertaan berakhir dengan penganjuran yang kelam-kabut, tidak cukup petugas, terowong maut, kehabisan head lamp dan pelbagai lagi.
Boleh dikatakan ia penganjuran acara larian terburuk dalam sejarah ramai orang termasuklah saya sendiri

Anda boleh baca antara ulasannya di sini
http://www.placesandfoods.com/2011/04/energizer-night-race-2011-worst-race-ever.html

atau

http://www.tianchad.com/2011/04/worst-energizer-night-race-2011-ever-no.html

keburukan penganjuran ini berakhir dengan komen-komen buruk dari peserta, wartawan dan pemerhati
ini memaksa Energizer untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka
Energizer juga memulangkan semula bayaran pendaftaran, menghantar sijil dan goodie bag kepada semua peserta melalui pos
kiranya kerosakan cuba diperbaiki oleh pihak energizer lah

jadi tahun ini ramai yang serik bila pendaftaran energizer night run 2012 dibuka semula
tak mahu dah mendaftar

saya tidak, saya tetap mendaftar
sebab saya percaya, selepas energizer terpaksa buat permohonan maaf terbuka begitu, nama baik mereka memang terpalit
dah pasti mereka akan buat perubahan drastik
lagipun energizer dah mensasarkan pendaftaran hanya 5000 orang peserta je kali ni.
separuh dari tahun lepas

tanggapan saya benar
semua kelemahan yang ada pada penganjuran lepas dibaiki
seolah-olah energizer meneliti setiap komen peserta satu persatu dan memperbetulkannya


mari kita lihat perbezaanya

1) pengambilan running kit


kalau 2011, running kit kaunter dibuka lewat dari sepatutnya, perlu ambil di Litar F1 sepang dan pada waktu kami ambil, hanya satu booth sahaja dibuka. booth penaja pun tak dimaklumkan dengan jelas kepada penaja sampai ada penaja yang dah samapi awal, tidur je kat lori sebab tak tau nak buka booth di khemah mana.

tapi 2012, running kit diedarkan di Menara OCM, jalan hang jebat. tempat ni memang biasa menjadi tempat mengambil running kit acara larian lain, jadi tidak menjadi masalah kepada pelari. kaunter pun banyak jadi tak perlulah beratur panjang.

2) pengambilan head lamp

2011, perlu ambil head lamp dari dua orang petugas yang hanya buka kotak di depan tangga selepas terowong maut. tiada kaunter khas. siapa datang lewat iaitu selepas jam 7 malam, saya dengar head lamp sudah kehabisan. memang habis atau ada pelari ambil dua, kita pun tak boleh pastikan sebab pelari berkerumun je kat situ memandangkan lokasi tersebut yang kurang sesuai dan ketiadaan kaunter.

2012, masuk je ke pintu gerbang litar F1 tu, ada ramai petugas yanag menyambut dengan senyum dan menunjukkan kepada pelari untuk mengambil head lamp di khemah di depan. khemah head lamp lebih teratur dengan ramai petugas. bis ditanda apabila head lamp diambil supaya tiada pelari ambil lebih dari satu.

3)surau untuk solat

surau disitu sangat kecil. sedangkan pelari ada 10,000 orang ramainya. jadi surau memang tidak dapat menampung keperluan yanag sebegitu ramai menyebabkan saya dan rakan terpaksa solat di ruang parking sahaja.

2012, surau masih kecil, namun sekurang-kurangnya bilangan pelari yang kurang memberi kelebihan. lagipun larian untuk 15.5km bermula jam 8.20 mlm, larian acara fun run dalam pukul 8.40 maka sangat cukup masa untuk kami solat maghrib.

4) route yang bosan

bagi saya, route litar F1 ini mungkin menarik bagi pelumba kereta. tapi bukan kepada pelari malam. berpusing di litar itu, kiri kanan hanya kelam sangat membosankan. cuaca juga sangat panas pada malam itu menambahkan lagi kebosanan.
dengar cerita, route pelari marathon tidak dilengkapi dengan penunjuk arah yang mencukupi.

2012, acara 15.5km diwujudkan. pelari akan berlari satu pusingan di dalam litar kemudian keluar litar dan berlari dua pusingan. Bagi pelari marathon, mereka juga akan berlari satu pusingan di dalam litar kemudian ke luar litar sehiangga 5 pusingan dan masuk semula ke dalam litar untuk satu pusingan. Tapi pusingan untuk acara marathon adalah di dalam lingkaran yang lebih luar dari route 15.5km.

Saya sebagai pelari 15.5km melalui bukit-bukit tinggi dan tepi estet, bukan hanya litar yang bosan itu. Ada pintu gerbang yang memancutkan air dari atas, ada pasukan petugas yanag bersorak memberi semangat setiap 1.5 km rasanya, malah ada yang bermain gendang tradisional melayu, cina dan india dari murid-murid sekolah. Jadi ada lah rasa terhibur juga.

5) Stesyen air

2011, nak jumpa stesyen air punay susah. banyangkan ada satu je stesyen air utk org yang berlari 11km seperti saya. nasib baik juga saya ada bawa botol air kecil di pinggang. Tapi untuk pelari yanag tiada bekalan air seperti saya? azab wehhh...

2012, boleh dikatakan setiap hampir 2km kami jumpa stesyen air. setiap 4 km ada stesyen air beserta span basah. wah.. saya sangat gembira sampaikan saya yakin saya tak perlu refil botol air saya. selalunya saya akan refile air dalam botol bila berjumpa stesyen air sebab takut lambat lagi nak jumpa air seterusnya. tapi kali ini sangat berbeza. Span basah adalah paling best. seingat saya, ada 4 kali dalam larian itu saya jumpa span basah. terasa segar bila kepala, muka dan tangan terkena air.

6) lari curi

2011, litar F1 tu kan banyak belok. jadi ramai yang mencuri-curi potong jalan dengan berlari melintasi belok tu. tak betul-betul ikut selekoh tersebut. tiada marsyal menjaga, tiada halangan di tepi selekoh. pelari pulak dah semput tak jumpa air, bosan dan panas, aoa lagi.. ramai la yang mencilok-cilok. termasuklah saya sendiri.. hehehehe

2012, setiap tepi selekoh dipagar dan ditutup supaya cilok dan potong selekoh tidak berlaku. ada 2 orang marsyal menjaga setiap selekoh tajam untuk mengawal. jadi, larian kali ini lebih bersih.

7) terowong maut


2011, bayangkan 10,000 pelari melalui terowong yang sempit. berasak-asak di dalamnya yang rasanya kami dah hidu karbon dioksida je dah. masa baru nak masuk ke litar untuk pelepasan, keadaan teruk tapi masih boleh tahan lagi, tapi bila waktu pulang, semua pelari fun run dan 11km boleh dikatakan pulang pada masa serentak, maka berpusu-pusulah di dalam terowong itu. Dah lah kekurangan oksigen, suhu panas di dalam terowong dotambah dengan bau peluh setiap pelari.. aduhh.. memang layak kami panggil terowong maut. terowong maut inilah yang menjadi trauma ramai pelari tahun lepas.

2012, pelari dibenarkan memasuki terowong secara berperingkat. mula-mula ia dibuka untuk pelari full marathon dulu. kemudian barulah pelari 15.5km. bila acara 15.5km dah berlepas, barulah pelari fun run dibenarkan masuk. ada 3 kipas angin besar di dalam siap dengan petugas menjaga di dalam nya.
Jadi kami tidak bersesak-sesak di dalam terowong itu.
Bila waktu balik, pelari fun run dah lama balik bila pelari 15.5km balik. pelari full marathon pula masih lagi berlari. jadi, trafik di dalam terowong juga terkawal. lagipun kali ni hanya 5,000 pelari sahaja kan.. dah tak sesak sangat lah.

8) kutipan medal dan goodies


2011, pelari terpaksa beratur panjang untuk dapatkan medal, kemudian bila barisan dah terlalu panjang dan keadaan menjadi kelam kabut, kaunter medal ditutup. tiada lagi medal diberi.
di kaunter goodies, hanya beberapa orang menjaga kaunter goodies. orang berasak-asak hinggakan beg goodies dicampak ke belakang untuk diberi kepada pelari di belakang.

2012, sampai je di garisan penamat, ada beberapa orang petugas menyerahkan air mineral dan sijil penyertaan. kemudian kami dipandu ke kaunter medal dan goodies. medal, goodies, finisher tshirt dan makanan dimasukkan siap-siap di dalam beg goodies. kami perlu ambil di kaunter mengikut saiz tshirt kami. Kali ini kauternya banyak. jadi tak ada pun yang perlu beratur.


9) Petugas

2011, begitu sedikit petugas berbanding 10,000 pelari yang ada. acara sebesar ini tetapi petugasnya ciput.

2012, petugas ramai, ramah dan manis-manis belaka. walaupun petugas lelaki tu bagi jawapan yanag menghampakan iaitu van milo tak ada kali ini, tapi keramahan dan kehensemannya buat hati saya sejuk. hehehehe...

kekurangan?
hm... hanya ada satu je yang bukan lah kekurangan sangat tapi kalau ditambahbaik, acara ini akan menjadi sempurna,
iaitu kurangnya penunjuk jarak larian
biasanya pelari jarak jauh sebegini akan tertanya-tanya.. dah berapa km kami berlari.. dan lagi berapa km.
Penunjuk arah ada tapi sedikit sangat. hanya untuk pusingan luar litar yanag kedua sahaja.
Jadi kalaulah diperbanyakkan penunjuk jarak ni, memang lebih terbaekk lah..



Kesimpulannya, Energizer kali ini sangat berbeza dari tahun sebelumnya. Ternyata Energizer sudah belajar dari kesilapan mereka.
Melantik Twenty First Century Sports sebagai pengurus acara memang satu keputusan terbaik.
biarkan yang pakar mengendalikannya sebab acara sukan tak sama dengan acara korporat yang lain.
teringat semasa saya mengambil medal dan goodie bag dari seorang petugas wanita yang cute-cute, seorang petugas yang juga hensem di sebelahnya berpesan, "tahun depan join lagi ya.."
laju je saya mengangguk dan senyum..
dalam hati saya, saya takkan serik dengan acara larian. tapi kalau begini cara penganjurannya, laagailah saya akan join lagi.


kredit gambar ENR 2011 http://www.tianchad.com/2011/04/worst-energizer-night-race-2011-ever-no.html
dan http://www.yogaretnam.com/events/energizer-night-race-2011-runners-nightmare/


Share:

shopping buku di UPM

saya ingin berkongsi cerita jumaat lepas.
sibuk sangat tak sempat menulis lagi hingga lah hari ini

saya dapat beli 2 buah buku PTS dengan diskaun terbaik!

ceritanya begini
peruzz tawarkan di Facebook, siapa yang nak beli buku2 terbitan PTS dengan harga istimewa
rupanya adik dia yang belajar di UPM ada buat jualan buku di UPM

saya memang berhasrat nak membeli dua buah buku iaitu
- Kuasai Dunia Dengan Berfikir 
- Tips Menjadi Penulis Bestseller

Buku Penulis Bestseller tu memang dah lama berhajat nak beli tapi belum sempat je lagi
tapi bila membaca ulasan tuan aqif azizan ni, membuatkan semangat nak membacanya membuak-buak.
ya, itulah besarnya pengaruh ulasan kan



Tapi kesibukan masa menyebabkan saya masih tidak sempat mencari buku ini di kedai
jadi, bila peruzz tawarkan pembelian buku dengan harga menarik ini, apa lagi
saya terus tempah dua buku ini lah

alhamdulillah.. jumaat lepas saya pergi ambil buku ni dari adik peruzz di UPM
wahh.. betul lah.. saya dapat diskaun RM 8 untuk dua buah buku ni.
best best

sempat berborak sebentar dengan tokey muda ini.
hebat beliau. muda lagi tapi dah berjinak-jinak menjadi usahawan
harapan saya, semoga dia berjaya di dalam bidang yang diusahakannya ini
dan jangan lupa keuntungan dari perniagaan, simpan dalam bentuk kenaikan modal iaitu melalui hartanah ya
boleh belajar dari abang dia yang memang dah sifu dah ni..
:)
Share:

ganti baju lama dalam almari?

zon selesa menyeronokkan kan..
melekakan..
menyelesakan...
kita rasa gembira berada di situ dan kalau boleh taknak tinggalkan zon itu sampai bila

tapi ibarat kata guru saya, Dr Peter Yee kepada saya,
kalau anda tak keluarkan baju-baju lama dalam almari yang penuh, macamana baju-baju baru nak masuk?

Dr Peter Yee ternyata mengikut prinsipnya dan berani keluar dari zon selesa
dari guru biasa beliau menyambung pelajaran ke peringkat PhD
kemudian meletak jawatan sebagai guru dan menjadi remiser
kemudian berhenti dan menjadi penceramah pelaburan hartanah dan penulis buku
kini beliau boleh berbangga dengan portfolio hartanah kediaman dan komersial yang dimilikinya
serta keuntungan beratus ribu dari hartanah yang dijualnya
Ternyata, beliau tidak takut untuk keluar  dari zon selesanya
dan hasilnya beliau mencapai tahap yang jauh lebih baik

sememangnya saya sangat mengagumi beliau

terkini, beliau berhasrat untuk mengadakan sesi terakhir seminar pelaburan hartanahnya pada tahun ini
sebab ada projek baru yang lebih besar
syabas dan semoga berjaya saya doakan kepada Dr.

refleks kepada diri saya
saya ingin menjadi seperti Dr
simboliknya, saya juga ingin mengeluarkan baju-baju lama yang sudah tidak dipakai dengan baju baru

beberapa perkara telah dilakukan untuk keluar dari zon selesa
antaranya adalah ini:




saya dan 2 org rakan larian telah membina keberanian dan keyakinan untuk mendatarkan diri di dalam kategori 15.5 km untuk energizer night run minggu depan
wohoooo
semalam dan pergi ambil running kit
dapat la percuma satu powergel
cantik! boleh dimakan di waktu dah rasa semput nanti.. hehehe...

bukan di situ sahaja, minggu lepas saya dah mendaftar Adidas King of the Road
kategori 16.8km

wahhh...
sekarang saya betul-betul perlukan kasut sukan baru untuk ganti kasut saya yang dah 3 tahun tu!


Share:

pecahkan rumah sendiri

semalam saya memecahkan tombol pintu bilik salah satu rumah sewa saya
puncanya? penyewa tu tak bayar sewa dan keluar tapi tak tinggalkan kunci
dia keluar waktu saya sedang bekerja


tombol yang berkualiti
20 kali ketuk dengan tukul besi baru boleh terbuka kuncinya
itu pun tombol tak terpatah atau tercabut pun

hasil pemecahan bilik, saya bertemu dengan ini
tersorok di belakang kertas yang ditampal di dinding
............sigh...............




Share:

menjana 1 juta dari perniagaan pertama

Hujung minggu lepas saya menghadiri seminar 2 hari bertajuk '1st Business 1st Million'
Selain saya, Sara pun hadir sama
Sepatutnya Haruki pun hadir.. tapi disebabkan hal keluarga, beliau tidak dapat hadir
hanya saya dan Sara je la..


Seminar ini dianjurkan oleh Freemen
Penceramahnya adalah Michael Tan

Sebenarnya saya daftar seminar ini semasa menghadiri Financial Mastery tempoh hari
Mike tawarkan seminarberharga RM 40 seorang untuk seminar perniagaan 2 hari
kami pun apa lagi.. sangat berminat la

sebab saya memang berhasrat untuk memulakan perniagaan secara serius di masa depan
paling-paling pun, membuka firma guaman sendiri memang dah hasrat saya
Jadi saya fikir, saya memang patut hadir seminar ini

Ya, saya memang mengetahui selok-belok pelaburan hartanah
tapi bila hal perniagaan, hatta  bagaimana untuk menjana wang dari blog, saya memang mentah dan sangat lemah


Di dalam seminar ini, perkara pertama yang Mike kongsikan kepada kami adalah
"Business is a game. We play to win the game."

Di sini kami diterapkan dengan  3 prinsip asas
1) I commit to my success
2) I play above the line
3) I never walk alone

kami juga diajar strategi untuk menjana pendapatan perniagaan sebanyak RM 1 juta
kemudian bagaimna untuk ke tahap seterusnya iaitu menjana keuntungan RM 1 juta

Seminar ini juga banyak mengubah persepsi kami terhadap perniagaan.
Tujuan perniagaan, penciptaan nilai, menghargai persaingan, melepaskan pekerja yang hebat..
itu semua perlu berbeza dari pemikiran biasa kita sebelum ini jika kita ingin mencapai pendapatan 1 juta seterusnya keuntungan 1 juta


Mike juga kongsikan cerita dan pengajaran dari jatuh bangunnya dia sebelum ini
Beliau secara terbuka menunjukkan gambar beliau ditumbuk dalam insiden tempoh hari
dan berkongsi dengan peserta di mana kesilapannya, bagaimana beliau cuba memperbaiki keadaan dan bagaimana beliau terus bangkit dan berdiri di atas pentas untuk berkongsi cerita ini
bagi saya, ini sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan dan saya kagum apa yang Mike lakukan ini

kita selalu cakap, orang cina memang pandai berniaga kan
mereka menguasai ekonomi di Malaysia melalui perniagaan
Jadi saya sangat berbangga untuk mempelajari teknik-teknik ini terus dari mereka
saya berpendapat, mengapa kita perlu hadkan guru dan kawan-kawan kita dari bangsa kita sahaja?

saya juga bangga dengan kumpulan saya
kami memang kumpulan yang hebat
kami berjaya menjana keuntungan sebanyak RM 1800 dalam masa 2 jam.
woww.. sesuatu yang tidak pernah kami jangka boleh lakukan selama ini
walaupun kami tidak menang, sebab yang menang tu berjaya mengumpul RM 2300 keuntungan, tapi kami tetap gembira dan bangga dengan pencapaian kami





kesimpulannya, saya sangat cadangkan seminar ini kepada ahli perniagaan yang belum mencapai pendapatan  1 juta atau keuntungan 1 juta
juga sangat dicadangkan kepada mereka yang bercita-cita untuk membuka perniagaan

faedah seminar ini anda tidak akan perolehi dengan membaca ulasan ini
anda perlu melaluinya sendiri

nota: walaupun pipi saya semakin bulat, tapi jaket cenderahati dari jerman itu membantu membuatkan saya nampak comel. terima kasih kepada orang jerman itu. heeeeeee...
Share:

1st business 1st million


1st Business 1st Million
7 and 8 April 2012

one exciting day has passed
today is the second
Share:

Symphony Park deposit refund

Are you one of those who already booked Symphony Park and has informed David Kan to cancel your booking?

If you have done so, please do not rely solely on David only.
He might be too busy to entertain your call
or he might be too busy to check whether your check has been out or not.

Please consider to call the Luxstar office too
their office phone number is 03-7983 0815, as informed here.
talk to Miss Choi

Because from my experience, my check has been ready since last few days but David keep informing me that i have to wait.
Get to become pissed of, i go to the management office itself
and walla! my check has been ready
even though it is after 4 months of the cancellation, but still ok

Luxstar insists to collect back your original receipt before they can release the check.
So, because i dont bring my original receipt at that time, i have to make a police report saying that the receipt has been missing.



Now the check has been cleared and i get my money back.
i check at the list, there are few of my friends who cancelled at the same time and their check also ready to be collected.
alhamdulillah...

i have shared photos on the site visit in February 2012 here
http://www.propertywaltz.com/2012/02/symphony-park-site-visit.html
the site has been abandoned
the show house has been abandoned
the land which has been cleared one time ago now full with weeds.

Dato' Tan Yiew Lai

however, i still hope this project will continue because it is indeed a most needed for lower income group or local students with lower budget in cyberjaya.
Whatever difficulties that Dato' Tan Yiew Lai and his team in Luxstar face now, i hope it can be settled and overcomed.
I also hope no political interfering on this thing
no unethical thing will occur
because affordable house in cyberjaya is what our prime minister has promised in bajet 2010.


so why you forget, Dato' Najib?
in case you forget your promise, please reread it here
http://utusan.com.my/utusan/specialcoverage/BAJET2010/bajet2010.pdf

Do you really think 'melayu mudah lupa'?
sorry it is not me.
Share:

Who Moved My Cheese?

buku yang wajib anda baca

Boleh saya katakan ini buku self-help terbaik yang pernah saya baca seumur hidup saya
hinggakan saya berkata kepada diri saya, kenapalah saya tidak membaca buku ini lebih awal

saya membacanya pada tahun 2010, hanya 2 tahun lepas

Who Moved My Cheese oleh Dr Spencer Johnson



Ia berkisar 4 karakter.
2 ekor tikus yang bernama Sniff dan Scurry
dan 2 orang kerdil sebesar saiz tikus yang bernama Hem dan Haw

Si Sniff cepat menghidu
Si Scurry cepat bergerak dan bertindak
Si Hem selalu di dalam penafian dan menolak untuk membuat perubahan kerana takutkan kemungkinan yang lebih buruk di hadapan
Si Haw belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan selepas suatu ketika apabila dia mula melihat peluang yang lebih baik di hadapan

karakter manakah diri anda sebenarnya?
Adakah anda lebih mirip kepada Sniff, Scurry, Hem atau Haw apabila anda berada di dalam situasi yang sama dengan mereka?

Karakter mana pula yang lebih baik untuk anda teladani?

Untuk mengetahuinya, beli dan bacalah kisah ini
kisah mereka mencari keju untuk dimakan di suatu tempat yang bernama Maze
Cara perceritaannya sangat menarik dan ada elemen suspens
kisahnya pun pendek sahaja tetapi meninggalkan kesan yang mendalam pada diri anda


Jika anda sudah membacanya, mari kongsikan buku ini kepada yang lain pula
jika anda belum membacanya, bacalah sekarang supaya anda lebih bersedia menerima perubahan, kesedihan, kehilangan ataupun keuntungan.

"Having cheese makes you happy"
Share:

mereka paling memahami pakcik google

anda ada blog?
anda ada website?
anda nak orang berduyun-duyung tanya pakcik google terus jumpa blog anda?
anda nak pakcik google tolong buat promosi untuk blog anda?

mungkin anda perlu pergi ke sini



dengan rm100 sahaja, manfaatnya besar

tapi kalau anda peminat saya dan berhasrat nak jumpa saya (chewah... sekali sekala berangan glemer)
saya memang dah daftar tapi terpaksa tunda untuk hadir sesi mei 2012

tapi jika anda tak peduli pun saya ada sekali ke tak, daftar segera sebab dengarnya kerusi dan meja untuk sabtu ni dah terhad
saya tak kecil hati, jangan bimbang.. :)

cikgu yang sangat memahami hati dan kegemaran pakcik google ini memang hebat-hebat orangnya
sebab mereka lah orang kuat Majalah Niaga

Nota: ini bukan entri berbayar
Share:

0 is the best, avoid 1, 2, 3

can i write something heavier today? hehehehe

2 main criteria for bank to evaluate when they want to approve your loan application

1) affordability

2) reliability

affordability is how afford you to service the loan. i shared about it here

reliability is about how confidence the bank feel that you are a paymaster.

reliability is evaluated based on Central Credit Reference Information System or CCRIS record.
CCRIS is a centralised credit record by all banks and / or financial institution under Bank Negara database.


it keeps 12 months loan repayment record for each loan you have.

it shows the name of bank, the amount of loan, the status of the loan and the most exciting thing is the indication number whether you have outstanding payment or not.

if you pay the loan before the due date, it will show 0

if you have 1 month outstanding, it will show 1

if you have 2 months outstanding, it will show 2

and it continues

so, what if on march 2011 you have 1 month outstanding, then in april also you dont pay anything:
it will show 1 for march and 2 for april because in april, it already 2 months outstanding

what if on may you settle may's repayment but leave the 2 outstanding unpaid?
it will show 2 on your may record. because you still have 2 outstanding

then what if on june, you got company bonus and pay all the 2 months outstanding PLUS june's repayment?
it will show 0 on your june's record.

do you get it?

ccris can be printed through ccris kiosk at bank negara office in KL
you need to bring your ic and your thumb along
so cannot pass to your friend to bring it la.. unless you able to pass your thumb :0

last time, a friend very excited to buy a house
her salary is eligible to buy a low-cost house
she was very happy because the flat is on a golden location and the rental rate is damn great

she only have 1 cheap car loan and she very sure she pay every month and no outstanding
however, i advised her to check her ccriss first since she never do so.

so she spent time and went to bank negara
what a shock to see that her ccriss is full with 1 1 1 1 1
:0

she called the bank to clarify what happened
then the bank told her that she pay regularly but keep on paying it after the dateline
her car loan repayment dateline is on 21st each month
ignorant to this date, she pay it once she get her salary on 25th on each month
this means that every month she pay late

i feel so sorry for her
but what to do...
if she submit the loan, they are possibility bank will reject her loan

so what she need to do is to pay the outstanding and make sure she pay before the dateline on the next coming month
and let the record clean for at least 6 months
then only she can buy another property

phewww.....

moral of the story
not only pay your loan without default
but please ensure you pay your loan before the dateline

if you want to get loan easier, be a paymaster like below :)



kredit gambar Bank Negara: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Bank_Negara_Malaysia.JPG
Share:

adegan-adegan taiko rumah lelong

Alhamdulillah... syukur semalam Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari telah berjaya dijalankan
tanda sebarang masalah, semuanya berjalan lancar

bilik seminar semalam memang hangat
macamana hangatnya Mega Auction CIMB!

a pictuer worth thousand words kan..
so mari layan gambar-gambar ini
bunga raya adalah nama bunga kebangsaan kita.


dewan sudah bersedia. saya selalunya orang paling awal sampai ada orang mahu lawan?

afrezal kata siti farazila nyanyi lagu ramlah ram, kau kunci cintaku di dalam rumah lelongmu

lelong lelong!

saya tak hafal lirik, kata hishamudin

"ko rasa aku leh lawan tak suara hisamudin tadi:", tanya fhati kepada mazli.

"boleh tahan juga lah persembahan hisamuddin ni", kata ain dalam hati

"rasa kumpulan kita ada harapan lah untuk menang", kata omar kepada rafiszah.  "saya yakin!" kata rafiszah pula.

lirik banyak silap ni, kata ketua juri.
Alamak, rugilah markah, kata hisamudin

saya tujukan lagu Mr Simple dari Super Junior kepada rakan-rakan kumpulan saya, kata asyraff

Nyanyi betul-betul tau asyraff, pesan wan

persembahan cool dari en rahzif

yeah yeah.. masa utk ku menunjukkan bakat!

markah juri belum campur undian sms


anda semua menunjukkan showmanship yang baik. tingkatkan prestasi, kata pengkritik tetap, haruki.
Fara melopong mendengar

juri dan pengkritik di kerusi juri

tekun..

hisamudin: untung ke rumah ni?
rafiszah: sure untung ni.. kita beli je bang..

hisamuddin: hm.. untung ke tak ye.. dilema...
dr hidayat: apa soalan lagi nak tanya peguam ni eh?


Maaf, kami hanya menjawab soalan berkaitan rumah lelong sahaja. jangan tanya pencuci muka atau salun kecantikan mana yang kami pergi yang menyebabkan kami kekal cantik dan wajah bersinar-sinar ini. kata puan rahayu dan disokong oleh puan nurul.



ramli: orang sebelah tu bincang apa?

en rahzif, puan fazillah dan puan raja noraisyah

yeayyy.. kami menang!!

dan sepertimana yang saya umumkan kelmarin
saya tujukan kursus ini kepada rakan blogger saya yang juga introducer domain neocyber saya
orangnya ialah arlina razak.

terima kasih datang :)
sangat gembira dapat berjumpa semalam


err.. teknik pencahayaan yang kurang baik menyebabkan saya nampak kurang tinggi pulak.

Founders of Property N Co, proud of you gals! 



hmm.. ni pulak akibat kesan khas yang made in china menyebabkan saya nampak lebar.

Semua peserta Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari.
anda memang best habis!


Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog