• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

debat rafizi - khairy dan cukai pendapatan kita

Isu cukai pendapatan boleh tahan hangat sekarang
ye lah, 30 april baru2 ni adalah tarikh akhir bayaran cukai pendapatan

kemudian lagi hangat bila debat antara saudara rafizi Ramli dan khairy jamaluddin ada menyentuh pasla cukai  pendapatan juga.

saudara rafizi mengatakan Finland boleh menawarkan pendidikan percuma kepada rakyatnya walaupun kadar cukai pendapatan mereka hanya 21% kepada golongan pertengahan



betul ke apa yang rafizi cakap

menurut laman web  http://www.worldwide-tax.com ini kadar cukai pendapatan di Finland

Tax (%)Tax Base (EUR)
01-16,100
6.5%16,101-23,900
17.5%23,901-39,100
21.5%39,101-70,300
29.75%70,301 And Over


boleh baca di sini http://www.worldwide-tax.com/finland/finland_tax.asp
bermakna, kadar cukai maksima di Findland adalah 29.75%
tetapi golongan pertengahan mereka dikenakan kadar 17.5% atau 21.5% .

Berapa pula sebenarnya kadar cukai pendapatan di Malaysia?

mari kita rujuk laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri


Tahun taksiran 2010 dan 2011

Banjaran Pendapatan Bercukai
Pengiraan (RM)
Kadar %
Cukai(RM)
0-2500
2,500 pertama
0
0
2,501-5,000
2,500 berikutnya
1
25
5,001-10,000
5,000 pertama
5,000 berikutnya

3
25
150
10,001-20,000
10,000 pertama
10,000 berikutnya

3
175
300
20,001-35,000
20,000 pertama
15,000 berikutnya

7
475
1,050
35,001-50,000
35,000 pertama
15,000 berikunya

12
1,525
1,800
50,001-70,000
50,000 pertama
20,000 berikutnya

19
3,325
3,800
70,001-100,000
70,000 pertama
30,000 berikutnya

24
7,125
7,200
Lebih 100,000
100,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya

26
14,325
..........



Jika dilihat secara kasar di dalam rajah ini, kadar maksima cukai pendapatan di Malaysia adalah 26%.
Tetapi golongan pertengahan dikenakan 12% - 24%.

Tapi itu hanya kasar sebab kadar cukai ini sebenarnya bertingkat.

sebagai contoh, katakan sesorang yang pendapatan bercukainya rm 65,000 setahun atau bersamaan dengan RM 5,416 sebulan, amaun tu tak terus didarabkan dengan 19%
sebaliknya LHDN set dulu kadar cukai rm3,325 untuk pendapatan RM 50,000 pertama
kemudian setiap amaun selepas rm50,000 barulah di darab dengan 19%
dalam kes ini, 15,000 x 19% = 2850
jadi jumlah cukai yang perlu dibayar adalah rm 3,325 + rm 2,850 = rm 6,175

kalau kita kira semula (6175/65000) x 100 = 9.5% sahaja dari pendapatan bercukai keseluruhan

tapi peratusan ini boleh berubah-ubah mengikut berapa amaun selepas amaun cukai peringkat pertama yang telah ditetapkan itu.

sebagai contoh, kalau pendapatan dia 69,000
jumlah cukai akan jadi
- 50k pertama = 3325
- 19k seterusnya = 3610
3325 + 3610 = 6935
(6935/ 69000) x 100 = 10.05%

kalau kita ambil kadar pendapatan bercukai pula 24% pula
katakan pendapatan bercukai tahunan adalah 88,000
ini bersamaan pendapatan bercukai sebanyak rm7333 sebulan
kadar cukai yang perlu dibayar adalah
- 70k pertama = 7125
- 18k seterusnya = 4320
jumlah cukai dikenakan = 7125 + 4320 = 11,445
kadar sebenar yang dia kena (11445/88000) x 100 = 13%

jadi, dari segi cukai pendapatan, nampaknya kadar di Malaysia masih sederhana

cuma jika kita lihat pada kos hidup rakyat malaysia yang tinggi, harga barang yang tinggi, dan cukai2 lain yang dikenakan seperti cukai perkhidmatan, cukai barangan, cukai hiburan, cukai jalan dsb, semput juga utk sesorang berpendapatan bercukai 65,000 setahun nak keluarkan bayaran cukai rm6,175

kalau dalam kes finland atau germany, cukai mereka lebih tinggi tapi dah tak perlu pening fikir nak bayar yuran universiti anak-anak
kita di sini masih ada kepeningan itu
saya sendiri bayar rm2333setiap semester utk diploma syariah yang saya belajar sekarang
itu pun alhamdulillah.. uitm adalah universiti termurah
kalau universiti tempatan lain, yurannya boleh pegi dua atau tiga kali ganda

tak salah saya yuran sarjana di UKM boleh pergi sampai rm18k untuk satu tahun pengajian
kakak saya buat ijazah di UTM space, yurannya juga melebihi rm4k setahun
katalah 4500 x 4 tahun pengajian ijazah = 18,000

kawan saya pula membayar 2400 - 2800 satu semester untuk pengajian di UKM
tahun pertama 2800 satu sem
tahun berikutnya 2400
so jumlah yuran dia kena bayar adalah rm20,000


lagipun kalau kita tengok pada ranking purata gaji yang dikeluarkan oleh BBC
Findland dan Germany jauh lebih tinggi gaji mereka
maka boleh lah kita terima yang kadar cukai mereka lebih tinggi sedikit dari kita

Malaysia? cuba lihat malaysia di tempat ke berapa.

Mauritius yang berada di bawah Malaysia dari segi gaji pun boleh beri pendidikan percuma pada rakyatnya
boleh baca di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Education_in_Mauritius

soalnya sekarang cuma, mahu buat atau tidak sahaja.

lagipun bagi pendapat saya, pendidikan adalah hak semua rakyat, miskin, golongan pertengahan atau golongan mewah
apa salahnya rakyat golongan pertengahan atau golongan mewah bayar lebih sedikit 2-5% cukai kalau semua rakyat malaysia boleh menikmati pendidikan percuma
kalau anda berasal dari golongan susah macam saya, atau anda lagi susah dari saya dulu
anda akan faham betapa rakyat miskin sangat perlukan pendidikan percuma

jangan kata pada saya, finland boleh lah buat sebab rakyat dia 5 juta
jangan juga kata mauritius rakyat nya cuma 1.9 juta
sedangkan malaysia ada 28juta rakyat

hey, bukan kah lagi ramai rakyat, bermakna lagi ramai rakyat yang membayar cukai?
bermakna lagi banyak lah pendapatan cukai yang boleh dikutip?

apa pun kena lah mengamalkan budaya kewangan peribadi yang baik
kena lah simpan sedikit duit dari gaji bulanan untuk membayar cukai

tak mahu isytihar cukai? tanggung sendiri lah akibatnya

ini video-video rakaman debat yang hebat ini
ada 2 soalan yang khairy jamaluddin tak jawab

1. Kenapa BILIS Kita Tekan Dan Senaraihitam Tetapi Jerung Kenyang Dan Terlepas?....
2. RM 237 Bilion Yang Diambil Dari Wang PETRONAS, Apa Yang Beliau & Bapa Mertua Beliau Buat?....




Apa pun syabas kepada kedua2 pendebat
saudara rafizi dan khairy yang berani tampil berdebat dan memberikan hujah
rakyat malaysia mahukan politik yang matang
dan fakta-fakta untuk analisa
bukan lagi politik kotor atau politik rasuah
dan bukan juga politik perkauman

 dan kita sebagai pelabur hartanah memang menerima kesan secara langsung dari dasar2 ekonomi yang dilaksanakan pemerintah
Share:

duit bawah meja

ramai orang mengaitkan projek kerajaan bila mendengar istilah hulur duit bawah meja.
mereka pasti kata, ala.. pegawai kerajaan la tu nak bagi projek, kena bagi komisen kat dia dulu

tapi pernah tak anda mengalami tawaran bayar duit bawah meja untuk dapatkan unit yang bagus dengan harga dan diskaun pre-launch untuk projek hartanah panasss?



saya ada dengar siapa yang ada beli unit kedai di projek rumah flat atau kos rendah biasa terlibat.
terpaksa sebab yang pegang unit tu dan yang berkuasa meluluskan yang mintak.

biasanya projek-projek yang sangat hot lah, mereka boleh demand duit ni dari pelabur yang bersaing

saya pernah ditawarkan dua kali.
kedua-duanya RM 10K
bermakna, selain duit booking, saya kena tambah lagi rm 10k untuk pastikan saya dapat unit tu dengan harga dan diskaun sebegitu.

di mana dan bila?
tak payah la saya share kot.. nanti ada risiko orang saman saya pulak..

pernah juga real estate negotiator minta dari saya rm5k kalau dia boleh bincang dgn owner untuk turunkan harga RM 10K.

hahahahaha..... yang ni bukan bawah meja tapi atas meja rasanya..
atas meja di belakang owner.. hahahaha

kalau anda, adakah anda akan terima tawaran sebegini?
property panas.. laku macam goreng pisang panass
pasti memang boleh buat duit
diskaun sampai 7% sekurang-kurangnya
di luar beratur orang nak beli

tiba-tiba anda ditawarkan unit dengan syarat tambah cash lagi rm10k untuk duit bawah meja begini?
adakah anda akan terima?

kredit gambar : http://www.wallstreetoasis.com/image/money-under-the-tablejpg?size=_original



Share:

Commercial Property Jewel memang terbaik!

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi buku oleh Renesial Leong
Buku ini bertajuk "Commercial Property Jewels"

Diterbitkan oleh Right Lifestyle Sdn Bhd pada tahun 2008, buku ini setebal 285 muka surat tidak termasuk 2 lampiran dan gambar-gambar yang dimasukkan di belakang.




Kalau buku-buku Renesial Leong lain memberi tips-tips pelaburan hartanah secara umum dan juga pelaburan hartanah kediaman, buku ini lain ceritanya
fokus hanya pada hartanah komersial
setahu saya memang tak banyak buku di pasaran yang fokus pada hartanah komersial sebegini

(mungkin sebab ramai otai-otai dan jutawan hartanah komersial tak berminat menulis buku.. )

Ada 12 bab di dalamnya

- Why wait when there's big money in property
- How to turn bricks and mortar into gold
- The What's, Where's, How's Do's and Don'ts
- Commercial or residential
- A Game Plan- where to start?
- The Aquisition process - seek to buy right
- Financing, or How Will I pay for these properties
- Short Term investment vs Long term investment
- How do you determine the value of commercial properties?
- Ways to add value to your commercial property
- Feng Shui for commercial property
- Your ticket to unlimited wealth

Selain itu, sepertimana biasa, Renesial Leong pasti akan masukkan winning tips yang banyak
untuk buku ni, ada 253 winning tips yang meringkaskan apa yang dia tulis.
maknanya kalau tak sempat habiskan baca buku dia, boleh baca winning tips sahaja dulu untuk info segera, padat dan berguna.


Yang unik juga, ada satu bab untuk pemilihan hartanah dari sudut pandang feng shui.
mungkin kita tak percaya pada feng-shui tapi mungkin pembeli seterusnya bila kita nak flip sangat percaya.
lagipun, feng shui ni sebenarnya pada pandangan saya ada logik akalnya.
banyak yang ada rasional common sense di sebaliknya
jadi memilih hrtanah berdasarkan feng shui memang membantu kita dari memilih hartanah yang mempunyai kriteria yang kurang tepat.

Selain itu, ada 16 kisah benar yang beliau kongsikan untuk kita ambil pengajaran dan dapatkan inspirasi.
Antara kisah yang menarik adalah kisah Randy yang menggunakan strategi enter, exit dan re-enter untuk sebuah kawasan komersial di Puchong.
Ya, pelaburan hartanah komersial memang melibatkan permainan yang berbeza.
ada banyak kawasan baru yang pembangunannya mengambil masa.
daripada menunggu kadar sewaan atau nilainya melonjak banyak, lebih baik jual dahulu, kemudian apabila nampak trend tu semakin naik, barulah beli semula dan menikmati keuntungan yang sangat baik pula berbanding pelaburan pertama.

Di dalam bab terakhir, Renesial Leong ada mengatakan
jika anda merupakan penjawat awam, seorang guru atau badan berunoform, anda mempunyai kerjaya yang sangat stabil pendapatannya.
Maka anda tidak perlu bombang tentang persaingan kenaikan gaji atau pangkat di dalam kerjaya anda
lantas memberi banyak ketenangan fikiran yang boleh digunakan untuk memikirkan dan memulakan pelaburan hartanah
anda ada lebih banyak masa berbanding mereka yang bekerja teruk di dalam sektor swasta
dan anda mempunyai lebih potensi untuk mendapatkan pinjaman yang lebih dengan kadar yang baik disebabkan kestabilan kerjaya anda.

di dalam lampiran pula, disertakan sampel perjanjian sewaan unit komersial dan juga income expense statement.

jadi, kawan-kawan, ada berminat nak melabur dalam hartanah komersial?
buku ini wajib anda miliki!







Share:

kontroversi booking pangsapuri melor

pengalaman pertama beli rumah mcm minta sedekah

isnin baru-baru ini saya menerima panggilan telefon dari Saiful, staff pemaju Pangsapuri Melor, Bandar Baru Bangi
Dia memanggil saya untuk membuat tempahan unit Blok B projek ini memandangkan saya telah pun berdaftar awal
Pada masa panggilan telefon diterima, saya dalam dewan agong tunku canselor
sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas menerima ijazah

Saya berjanji akan menelefon semula





Esoknya saya telefon Saiful semula
Dia kata, nama saya memang ada untuk tawaran unit untuk BLok B
Blok A dah habis dijual, cuma ada satu unit je.
Blok B ni pun dah banyak terjual

untuk membuat tempahan, saya kena datang bawa duit tempahan RM1500, macam biasalah kan...
tapi yang peliknya kena bawa siap2 dokumen lemgkap untuk mohon pinjaman dengan bank islam
mereka tak akan terima sebarang booking jika tak bawa dokumen lengkap ini

Apakah pelik sangat ni?

ok, biar saya kongsikan kebiasaan prosedur membeli rumah dari pemaju
1) pergi show house atau booth yang menbuat jualan
2) jika berminat, bayar duit booking seperti yang diminta oleh pemaju
3) pemaju akan bagitau bank-bank yang menjadi financier atau panel bank. Pembeli tidak wajib membuat pinjaman dari panel bank. boleh pilih nak memohon pinjaman dengan panel bank atau bank lain asalkan bank mahu menawarkan pinjaman kepada projek itu.
4) pembeli akan berurusan terus dengan pihak bank. Pembeli akan hantar dokumen pinjaman pada bank selepas bayaran tempahan dibuat. Boleh jadi hari yang sama atau pun boleh jadi 3, 4 hari atau semingu selepas itu, secepat mungkin selepas semua dokumen pinjaman disediakan.
5) pinjaman diluluskan. Pembeli bertemu pegawai bank sendiri untuk tandatangan surat tawaran pinjaman.
6) pembeli tandatangan perjanjian jual beli dengan peguam pemaju (atau kadang kala dengan pemaju je.. peguam tak ada pun..)

kemudian diikuti dengan prosedur seterusnya la..

Tapi pangsapuri Melor ni unik sikit.
Selama 6 tahun saya mula menerjunkan diri dalam bidang hartanah, inilah kali pertama saya jumpa developer yang
- hanya terima tempahan unit jika bawa dokumen permohonan pinjaman yang lengkap pada masa itu jugak
- paksa dan aturkan pembeli mohon pinjaman dengan bank mana. Dia kata ada 2 bank yang jadi financier projek ni. Hong Leong dan Bank Islam. Kuota Hong Leong dah penuh. so semua pembeli sekarang KENA mohon pinjaman melalui Bank Islam sahaja
- dokumen untuk bank dan borang permohonan pinjaman diisi di pejabat pemaju dan dikutip oleh pemaju. barulah diserahkan kepada bank. Jadi pemaju tak mahu terima booking dari pembeli kalau dokumen pinjaman tak ada atau tak lengkap sebab mereka tak mahu buat kerja dua kali.
- pegawai bank tak perlu berurusan dengan pembeli sebab semuanya pemaju yang buat. pegawai bank hanya terima dokumen yang dah lengkap sahaja dan proses

Dalam kes saya, saya memang sangat berminat untuk membeli unit ni memandangkan lokasinya yang dekat dengan rumah saya, masih dekat dengan UKM dan harganya yang menarik.
Tapi memandangkan LTV 70%, saya telah pun berpakat untuk membeli melalui usahasama dengan kakak saya.
saya nak beli atas nama dia

tapi pemaju yang pelik ni nak dokumen pinjaman yang lengkap masa tu jugak sedangkan kakak saya di Pahang
mana mungkin saya dapat semua dokumen dia dalam masa 1 atau 2 hari
kalau nak tunggu isnin depan, mahu terjual habis unit tu
sebab pemaju tak mahu terima booking langsung pun kan...
alasan saiful, ini prosedur mereka. pembeli kena ikut prosedur mereka

jadi, saya katakan kepadanya, apa kata saya bayar duit booking dan bawa dokumen saya dahulu
supaya saiful tidak disalahkan oleh bossnya dan saya dapat unit yang saya mahu
isnin depan, saya akan bawa dokumen kakak saya dan kemudian isi borang permohonan pinjaman atas nama kakak saya.
Deal?

Saiful setuju.

Tengahari, saya pun bergerak ke pejabat jualan, bawa dokumen saya dan buku cek
ada 2 orang staff, saiful dan seorang perempuan
saiful mengambil dokumen saya dan beliau menyuruh saya memilih unit dan mengisi borang pinjaman bank islam


sekali staff perempuan tu tengok dokumen saya
dia kata dokumen saya tak lengkap sebab tak ada surat pengesahan majikan

aiseyy... selama ni banyak bank saya mohon pinjaman
cukup dengan penyata gaji, penyata pendapatan tahunan dan penyata bank gaji saya untuk membuktikan pendapatan bulanan saya
tak biasa pula bank minta surat pengesahan majikan, kecuali saya nak beli melalui pinjaman kerajaan
saya argue juga hal ini
perempuan tu kata, ini keperluan dari bank islam
dia tak mahu terima dokumen saya tapi saya berkeras kata, kalau nak juga saya akan hantar kemudian
dia merungut, susah.
(inilah akibatnya kalau pemaju nak jadi banker.. nak buat kerja banker kutip dokumen dan uruskan pinjaman bank)

saya minta bercakap dengan pegawai bank terus
en fauzan namanya.
saya telefon dia, dia bagitau saya boleh hantar dokumen tu kemudian sama ada terus kepadanya atau ke pejabat pemaju.
settle satu isu.

kemudian saiful nak isi borang tempahan unit
saya dah katakan padanya saya nak letak 2 nama kat s&p
nama saya dan nama kakak
tapi oleh kerana saiful tahu saya akan buat pinjaman atas nama kakak saya, dia nak tulis la nama kakak saya kat borang tempahan tu
dia bertanyakan salinan kad pengenalan kakak saya

pada masa tu lah staff perempuan tu nampak saya datang bawa dokumen saya, bukan dokumen kakak saya
beliau mula nak marah
"mana boleh macamni.. kena lah bawa dokumen kakak awak"
"kami tak boleh terima"

saya tak puas hati, saya katakan
"saya dah ikut syarat pemaju
mereka nak dokumen, saya dah bawa dokumen
kemudian kalau pinjaman saya tak lulus atau saya nak tukar permohonan, itukan antara saya dengan bank, bukan dengan puan.
saya boleh bawa dokumen kakak saya tapi paling cepat isnin depan lah sebab weekend ni baru saya boleh balik ambil dokumen dari dia.
tapi untuk hari ini saya dah comply syarat pemaju. saya bawa dokumen saya dan buku cek untuk duit booking."


staff perempuan tu tak puas hati, dia call boss dia, seorang perempuan cina

perempuan cina tu memang mati hidup tak mahu terima
dia kata, mereka tak mahu buat kerja 2 kali
mereka nak pembeli bawa semua dokumen kengkap terus masa booking
mereka nak pembeli yang pinjaman dia pasti boleh lulus sahaja supaya senang
dengan sinis dia berkata, "kalau u nak beli rumah kami, u kena ikut rules kami"

kemudian boss tu minta bercakap dengan staff dia yang perempuan tu

letak saja phone, staff perempuan tu kata kat saya
"kami bagi tempoh sampai isnin depan je. kalau takde dokumen, kami tak kan terima booking puan".
tegas.
"ok, boleh.. isnin depan saya bawa dokumen."

"eh, kakak puan kat pahang kan? so boleh ke dia nak sign s&p dan dokumen nanti?" tanya dengan sinis.

ok, sabar saya dah sampai tahap maksimum
selagi suara saya tak naik, orang memang suka kenakan saya
(saya tahu saya nampak mcm budak bodoh)

saya pun dengan nada bengang terus cakap, "saya tahu projek awak popular. jadi awak nak berlagak. kakak saya ada beli rumah di cyberjaya, tak ada masalah pun. tak perlu developer nak perkecilkan mcmni.
its ok, projek ni nampak fishy, saya tak perlu beli rumah awak. saya menyesal saya tulis review pasal projek ni menyebabkan awak dapat byk sales."

lepas tu saya dengar perempuan tu dok bla bla bla lagi ntah apa ntah
saya angkat beg pergi ke pintu dan keluar.


pengalaman pertama nak booking rumah tapi rasa seperti minta sedekah pada orang.


Share:

Legally Blonde, class of 2012!

ogos 2002, konvokesyen Universiti Teknologi Petronas
pertama kali menerima ijazah pertama
Bachelor of Technology (Hons) Information Technology

hampir sepuluh tahun kemudian

14 mei 2012 nanti, konvokesyen Universiti Teknologi MARA
ijazah kedua dalam hidup saya
Bachelor of Legal Studies (Hons)

alhamdulillah..
segala blur, tak tahu nak jawab, keliru dah dirasai semasa seorang budak IT belajar undang-undnag
ala-ala macam Elle Woods dalam filem legally blonde lah!

walaupun belum layak menjadi peguam yang beramal, tapi separuh perjalanan saya dah selesai
so, kita hepi hepi dulu!!!
yeayyyyyy

kepada rakan study saya yang sama2 akan konvo nanti, mayah
WE DID IT!

kepada rakan study anim, mazni, che mak, huda
terima kasih tak terhingga pada kalian
jasa kalian akan saya bawa sampai mati
ilmu yang kalian kongsikan dan nota-nota exam penuh awan larat tu akan menjadi saksi di padang masyhar nanti betapa kalian telah membantu aku dan mayah dan sesama kita semua
insya allah, nnt aku dan mayah lak bawak banner dan bunga sambut korang keluar dewan konvo ye.. next sem je.. insya Allah...
(ok, tetiba sedih lak rasa ni....)

kepada kawan2 lain: rozia, noreane, nurria, yusinar, hidayah, melor, maz, abg alier, shahril, bro razeef, en hamzah, en muhammad tarap, zai, kak fai
dan ramai lagi kawan yang tidak dapat saya tuliskan satu persatu nama anda di sini
terima kasih banyak2 yang tak tehingga
terutama kepada noreane yang sangat tak kedekut berkongsi info dan jawapan. heheheh

CONGRATULATIONS CLASS OF 2012, WE DID IT!
Share:

persiapan hari pekerja

hari ini menulis dari MAEPS
terlibat dengan persiapan Perhimpunan Hari Pekerja 2012 sejak semalam
tiap-tiap tahun para pekerja diraikan dengan satu hari cuti umum iaitu Hari Pekerja
ia kemudian diikuti dengan Perhimpunan Hari Pekerja
ada kontinjen dari pelbagai majikan seperti syarikat-syarikat swasta dan badan kerajaan.



Paling seronok tengok kontinjen syarikat swasta.
mereka datang dalam pakaian yang seragam dan berwarna warni
siap dengan banner dan gaya sorakan tersendiri
semuanya untuk menarik perhatian dan memenangi hadiah kontinjen terbaik
ia ibarat satu majlis keraian yang hebat

Tahun ini motto hari pekerja adalah Pekerja Berinovasi Penggerak Transformasi


(memang betul kata Ho Chin Soon, PM kita memang suka katun transformers.. hehehe)

pekerja memang memainkan peranan besar pada ekonomi negara
tapi pada asasnya, pekerja hanya mahukan pendapatan yang baik untuk diri dan keluarga mereka
mereka bekerja untuk satu pendapatan yang ada kalanya berpadanan tapi ada kalanya juga tidak berpadanan
selain upah, pekerja juga berhak kepada kebajikan dan keselamatan

di Malaysia, kita  tak ada Parti Buruh seperti di UK yang fokus kepada menjaga kebajikan pekerja dan mendokong idealisme democtratic sosialism
bagi saya, sosialis ada satu perjuangan dan fahaman yang bagus
ia memperjuangkan hak golongan pertengahan, mementingkan kesamarataan dan boleh melindungi para pekerja dari gerombolan kapitalis yang tamak

Ramai graduan atau lepasan sekolahapabila tamat belajar akan menumpukan kepada usaha mencari pekerjaan
Makan gaji dipandang sebagai satu punca pendapatan yang utama, paling popular dan stabil
walaupun tak berapa stabil juga sebab jika ekonomi merudum, mereka inilah yang paling awal kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan

Sistem pendidikan kita dibina supaya melahirkan pekerja
Cuma lihat, berapa banyak diskusi dan usaha oleh pihak universiti untuk menlahirkan bidang penagjian yanag memenuhi keperluan industri
ini bermakna, mereka bersungguh-sungguh mahu pelajar mereka makan gaji sahaja

Amat sedikit univeristi atau kolej yang menumpukan usaha melahirkan bakal usahawan

Apa pun, untuk memulakan pelaburan hartanah, makan gaji bukan halangan
Malah pekerja berpangkat mempunyai peluang yang lebih mudah untuk mendapat pinjaman berbanding peniaga kecil-kecilan
asalkan mereka mempunyai rekod kredit yang bagus dan komitmen yang masih belum di takat kritikal
lagipun sebab biasanya peniaga kecilan ni ramai yang tidak menjaga rekod pendapatan atas kertas
dapat duit jualan harian, mereka rolling terus atau terus guna untuk makan
tak dimasukkan ke dalam bank dahulu

Pesanan Michael Tan, jika anda mempunyai perniagaan sendiri, seeloknya anda gajikan diri anda sendiri
supaya bank lebih mudah memberi pinjaman
ini pengalaman beliau

Apa pun, selamat hari pekerja kepada semua pekerja-pekerja
semoga anda akan menjadi jutawan satu masa lagi

salah satu kontinjen esok. erkkk!!


Share:

Serin Residency paling murah di Cyberjaya?

Dua hari lepas saya melawat pejabat jualan Serin Residency di Cyberjaya
Dah lama tahu pasal projek ni.. sejak awal 2011 lagi
tapi saya tak beli sebab dah beli projek lain


untuk yang belum biasa dengar pasal serin, biar saya buat sedikit pengenalan

Serin Residency adalah satu projek kondo oleg Villamas, satu pemaju yang mempuyai rekod yang baik
Antaranya Atmosfera Kondominium di Puchong JAya yang menjadi kondo idaman saya satu masa dahulu (huhuhu)
dan Villa Park di Serdang
projek terbaru mereka adalah Zefer Hill di Puchong juga tapi harga memang maut lah!

JIka kebanyakan projek baru di Cyberjaya menumpukan fokus jualan dan layout design kepada pelajar atau expatriate bujang atau dengan keluarga kecil,
Serin tampil berbeza
Konsepnya lebih sesuai untuk kediaman sendiri dan untuk famili
keluasannya 1000 sqft ke atas dengan sekurang-kurangnya 3 bilik
harga pun paling murah, lebih kurang rm300++ sqft ke atas, berbanding projek lain yang mencecah 400++ ke 500++ per sqft

Ada 4 blok kesemuanya
pelbagai jenis layout
Tapi Blok A dan Blok B tu tinggi
Blok C dan Blok D lebih rendah
kemudahannya pun lengkap, ada gelanggang futsal, kolam renang, surau, sauna, gelanggang badminton, BBQ station, gelanggang ola keranjang, bilik membaca, trak jogging, taska, jacuzzi, lap pool, wading pool, kedai serbaneka, cafetaria dan pelbagai lagi.
(oh... mengingatkan saya kehebatan Atmosfera Kondo...)

Lokasinya di belakang Neocyber
jadi, memang tak jauh dari LHDN, HP dan MMU.
Berhampiran Neocyber, bermakna restoran dan kedai tak menjadi masalah.

Jadi 2 hari lepas. apabila saya tiba-tiba bila lalu depan pejabat jualan tu, teringin pula rasa nak tahu apa status terkini jualannya
wahh... hanya tinggal tiga unit yang berkeluasan 2000 sqft sahaja yang tinggal
di Blok D
yang lain sold out
harganya RM 620K
wowww
tapi kalau dikira per sqft, ia sangat murah berbanding projek lain.

untuk unit sebesar ini, ada 4+1 bilik tidur
dan 4 bilik air

masih ada diskaun bumi 7%
dan optional diskaun 3%
optional sebab kita boleh pilih
nak 3% diskaun atau nak perabot
perabot tu adalah kitchen cabinet, 4 air cond dan beberapa item lagi yang dah terlupa pula saya

jadi jika anda bumi, anda boleh ambil kedua-dua diskaun ni dah tak perlu bayar apa2 dah
dengan syarat anda dapat pinjaman 90% la..
kalau pinjaman 70%, kena lah tambah lagi 20%

dijangka siap adalah pada tahun 2014

ini gambar terkini pembinaannya



Share:

TTDI Grove Square 2



Just to share info i get yesterday

TTDI has launched a new 3 storey shop offices at TTDI Grove, Kajang called as Grove Square II

Built-up 5,097 - 9,817 sqft
Lot size 22'x80'
in total, there are 29 units only

It is a freehold project just next to the main road
near to penjara Kajang and Giant heading towards Saujana Prima and Saujana Impian

price starts from rm1.8mill for intermediate unit and RM 3.8 mill for corner units

the developer offer 2% rebate
10% bumi discount
Free legal fee in SPA
Free stamp duty on Memorandum of Transfer

To book, you need to pay rm50k

Note: scanner cannot be used because the power cable missing
so, i can only take a snapshot of the flyer :)
Share:

1 hartanah, 4 punca cukai?

30 april, saya dah pun buat bayaran cukai pendapatan saya
buat bayaran melalui maybank2u
bayaran berjaya. saya siap dapat cetak resit lagi
tapi sistem efiling hang lama kemudian keluar mesej page cannot be found
refresh beberapa kali pun sama.

bila klik semakan pengesahan, sistem menunjukkan seolah-olah saya belum buat bayaran
............sigh...................

saya pun cuba menelefon khidmat pelanggan mereka
sejak 4 hari lepas saya cuba telefon, usahkan tak berangkat, memanjang dapat tone bunyi engage
......................sigh..................................

saya baca lagi maklumat di laman web efiling tu
ada tulis, apa-apa masalah, boleh emelkan ke e_filing@hasil.gov.my


saya pun hantar le emel. saya forwardkan emel dair maybank2u mengatakan pembayaran dah diterima.
saya lampirkan juga resit maybank2u yang saya simpan simpan sebagai fail pdf

dah 2 hari berlalu, tiada sebarang maklumbalas dari LHDN
semakan di sistem pun masih menunjukkan yang seolah-olah saya belum buat bayaran....
hmmmmmmmmm..............


sebagai tuan rumah, wajib untuk kita isytiharkan pendapatan sewa
pendapatan sewa tu hanya boleh tolak interest yang dibayar ke bank, bukan jumlah keseluruhan bayaran
dan boleh tolak sebarang cukai berkaitan dan juga pembaikan kerosakan sahaja
pasang pintu lebih cantik, tak boleh tolak
tapi bila pintu cantik tu rosak, kos membaikinya barulah boleh ditolak

sebenarnya jauh di dalam hati saya kurang bergembira dengan perkiraan ini
sebab?
kalau sewa 1600 dengan perabot
bayaran bulanan ke bank pun dah 1000
bermakna pendapatan kita hanya rm600
kemudian tolak bayaran yuran penyenggaraan rm200
so pendapatan kita sebenarnya hanya lah rm400
katakan interest dalam rm700, bergantung pada kadar interest pinjaman, tempoh pinjaman dan harga belian rumah
LHDN kata pendapatan kita adalah 1600- 700 - 200 = 700
sedangkan pendapatan kasar sebenar kita hanya 400

itu sebab siapa yang isytiharkan pendapatan sewa mereka untuk 2 atau lebih hartanah, akan terkejut juga melihat jumlah cukai yanag pelu dibayar
seolah-olah gaji kita besar sungguh la dah.

ok, memang bayaran prinsipal yang kita bayar tu untuk rumah yang akan jadi hak kita
jadi pemerintah berpendapat, perlulah kita tanggungnya dalam pendapatan bercukai kita
kalau macamtu, kenapa pula bila kita nak jual rumah tu kita kena bayar stamp duty? cukai lagi?
dua cukai atas nilai yang sama.

selain tu, pembeli pun kena bayar stamp duty
dan jika rumah tu kita beli kurang dari 5 tahun, kita kena pula bayar RPGT.
cukai lagi...

ini bermakna, sebagai tuan rumah, kita kena bayar 2 - 3 jenis cukai atas amaun dan rumah yang sama
bertindan-tindan

dan sebagai pembeli, mereka perlu membayar satu cukai atas rumah yang sama itu juga

so LHDN mengutip 4 jenis cukai atas satu-satu hartanah

banyak betul duit kita habis bayar cukai atas satu-satu hartanah
cukai itulah sebahagian besar duit yang pemerintah agihkan untuk berbelanja.

mungkin saya silap, tapi inilah yg saya nampak dari setiap hartanah yang saya miliki.

** itu sebab ranai orang tak mahu isythiar pendapatan sewa sebab takut tengok amaun cukai perlu dibayar. hehehehe...
sendiri tanggung la beb...
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog