• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

video panas mencari jodoh hartanah

Masih ingat saya diberi peluang berkongsi mengenai pelaburan hartanah di iProperty Bumiputra Expo tempoh hari?

Ramai kawan-kawan dan pembaca blog saya hadir.
Rmai juga yang tak berkesempatan untuk datang.



Haaa... Buat mereka yang tak dapat hadir
Atau yang nak buat ulangkaji
Atau yang rindukan suara saya yang lunak ini

Kawan saya, Ruby Hafsah ada rakam sesi saya itu.
Jadi, saya kongsikan di sini untuk tatapan semua.

Video panas bagaimana mencari jodoh hartanah anda.
Bukan jodoh perkahwinan ya... Hehehe

Maaf la part awal video ni, anda kena buat yoga leher kejap.
Hehehe.. Kualiti video amatur katakan..




Terima kasih banyak-banyak kepada Ruby yang merakam dan mengongsikan video ini.
Share:

slot ini ada ulang tayangnya

Hari ini alhamdulillah slot pelaburan hartanah dalam Kursus Pelaburan Islam telah berjalan dengan baik.
Kursus ini dianjurkan oleh Institut Latihan Islam Malaysia di Bandar Baru Bangi.
Ia memberi pendedahan mengenai konsep dan hukum pelaburan dalam Islam, teknik pelaburan hartanah, pelaburan saham dan unit amanah.


Sepatutnya kursus ini terbuka untuk 30 peserta sahaja.
Tapi mereka menerima borang permohonan melebihi 100 orang.
Jadi mereka terpaksa membuka sehingga 52 orang untuk sesi hari ini.

Memandangkan bilik seminar biasa sedang dalam penyenggaraan, kursus ini diadakan di auditorium.
Cantik, besar dan airconnya sangat sejuk.. burr...

Selepas slot saya, ada slot mengenai unit amanah pula.



Insya Allah, demi tidak menghampakan baki lagi lebih 50 orang yang memohon, ILIM akan anjurkan sesi kedua pada minggu hadapan.
4 Disember 2014.

Insya Allah saya dijemput lagi untuk slot yang sama.
waaa....
nampaknya slot ini ada ulang tayangnya.

Ini cenderahati yang saya terima dari pihak ILIM.
Terima kasih ILIM dan semua peserta yang hadir tadi.



Manakala bagi Seminar Kaya dengan Hartanah: Pasca 2014 pada hari Sabtu ini, saya dengar masih ada tempat terhad lagi.

Kalau berminat untuk hadir bolehlah:
1) SMS ke 013- 641 3891 @ 014-229 7656
2) Daftar secara online di www.rglacademy.com
3) Terus menghubungi pihak pengurusan kami di talian 03-8928 0089 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Share:

Dari 2 jam menjadi 4 jam

Esok insya Allah saya akan berkongsi mengenai pelaburan hartanah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.

Saya dijemput untuk satu slot 4 jam dalam Kursus Pelaburan Islam yang mereka anjurkan.

Alhamdulillah.. Sebenarnya ini kali kedua saya dijemput di dalam kursus ini oleh pihak ILIM.
Kali pertama pada bulan April 2013.

Kursus ini memberi pendedahan, maklumat dan teknik beberapa pelaburan utama seperti hartanah, saham dan unit amanah.

Pada masa itu, saya hanya diperuntukkan slot selama 2 jam sahaja.

Dari maklumbalas peserta kursus terdahulu, mereka mahukan pelaburan hartanah diberi slot yang lebih panjang.

Wah.. Ini maknanya kakitangan kerajaan sudah semakin berminat untuk mempelajari dan terlibat dalam pelaburan hartanah.
Ini satu pendekatan dan perkembangan yang bagus.

Oleh sebab itulah, kali ini penganjur memperuntukkan 4 jam pula.

Kursus kali ini sebenarnya telah bermula hari ini hingga Khamis 28 Nov.

Terima kasih kepada pihak ILIM kerana menjemput saya dan memberi kepercayaan kepada saya.

Kepada peserta kursus ini, kita jumpa esok ya!

Kepada kawan-kawan yang mahu belajar mengenai pelaburan hartanah tapi tak dapat hadir ke kursus esok, boleh adir ke Seminar Kaya dengan Hartanah: Pasca Bajet 2014 di Bandar Baru Bangi juga.

Saya akan berkongsi dari pagi hingga petang mengenai strategi pelaburan hartanah, dan kesannya selepas bajet 2014 ini..

Boleh saksikan video ini untuk maklumat lanjut.





Untuk mendaftar,: 
1) SMS ke 013- 641 3891 @ 014-229 7656 
2) Daftar secara online di www.rglacademy.com 
3) Terus menghubungi pihak pengurusan kami di talian 03-8928 0089 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Share:

photo shoot bersama Tilo Tama

Saya tak ada gambar yang nampak professional.
kebanyakan gambar saya adalah dalam posing peace, posing poyo, posing perasan comel  atau posing over.

Cuma ada gambar yang saya gunakan sebagai profile Google+ saya ini sahaja
dan satu lagi gambar muka jarak dekat yang kawan saya, Suhaima dan Saidah tangkap semasa saya sedang asyik dengar kak Fran menyanyi.

dua gambar ni lah yang saya beri pada organiser iProperty Bumi Expo dan Shahril Sidek untuk Convention Freedom.faham-
Saya sendiri bila nak buat banner untuk seminar yang saya anjurkan, saya akan menghadapi masalah mencari gambar saya yang sesuai.

Gambar yang sesuai untuk saya letak kat ebook saya pun tak ada.

Mengenangkan antara isunya beginilah, saya mula merancang untuk mengadakan photo shoot dengan jurugambar professional
saya mahu gambar-gambar yang nampak formal atau kasual tapi sesuai untuk digunakan untuk pelbagai aktiviti  dan produk yang memerlukan gambar saya.

Saya ada seorang kawan sama-sama kolej dan universiti dulu.
namanya kak ezwa tapi di alam siber dia gunakan nama Tilo Tama.

Beliau merupakan jurugambar professional selain bekerja sebagai programmer.

Sebenarnya saya dah berangan dan hubungi beliau sejak bulan 3 lagi.
Tapi masa tu badan naik sikit,
muka pun bulat sangat.
tak sanggup pulak nak mengabdikan muka time-time macamtu.

jadi saya berusaha dengan gigih menurunkan berat badan
turunlah sedikit.. tak banyak..
tapi sibuk memanjang, tak sempat nak set balik tarikh dengan jurugambar ni.

tapi bila pergi diving bulan september, badan naik semula..
aiseyman...

nasib baik bulan ni 3 minggu berturut-turut ada running 10 km dan half marathon
haaaa.. dapat la kurangkan sikit ketembaman pipi dan slimkan sikit perut.

jadi, selesailah sudah sesi foto shoot semalam.




jadi lepas ni, jemput lah saya lagi ya sebagai speaker jemputan atau undang untuk kerjasama buat training
sebab saya dah ada gambar cun nak kasi penganjur untuk promosi..
hehehe...








Terima kasih kepada kak Ezwa atau Tilo Tama atas gambar-gambar yang cun ini.
walaupun saya memang dah comel, tapi kalau tak ada skill fotografer yang terbaik macamni, takkan terkeluarlah kecomelan saya ini sepenuhnya

:)

Jika ada yang berminat mendapatkan servis kak Tilo Tama, boleh hubunginya di akaun Facebooknya
Share:

Mahu kaya dengan hartanah?

Bajet 2014 sangat panasss
kepada yang dah otai, ada yang terpaksa mengubah strategi
tetapi kepada yang blur dan baru nak memulakannya, agak terpinga-pinga dan ketinggalan keretapi

Ada yang di luar sana masih berangan mahu refinance rumah sedia ada untuk dapatkan wang tunai
Ada juga yang masih gembira beli rumah dengan harapan jual balik setahun atau 3 tahun lagi untuk dapatkan keuntungan 5 ke 6 angka.
Ada yang tak insaf lagi, dapat gaji pertama mahu beli kereta Myvi. Rumah boleh beli kemudian.

Haihh... ini semua dah tak boleh pakai..
Boleh buat tapi mungkin dah tak terbaloi.

Bank Negara sudah ubah banyak perkara.
Bajet 2014 sudah sekat beberapa strategi.

Mahu saya kongsikan lebih lagi mengenai Bajet 2014 dan kesannya kepada strategi pelaburan anda?

Mahu belajar pelaburan hartanah dalam situasi dan polisi 2014 yang mencabar ini?


***********************************************************
SEMINAR KAYA DENGAN HARTANAH: PASCA BAJET 2014

***********************************************************



Aha... 30 November ini saya akan turun ke Bandar Baru Bangi bagi menjayakan seminar ini.
Kerjasama dengan RGL Academy sebagai penganjur.

Seminar ini akan mengupas mengenai Bajet 2014 dan kesannya pada strategi pelaburan hartanah anda

Buat yang belum bermula, saya akan ceritakan bagaimana anda mahu bermula dalam pelaburan ini.
apa yang anda perlu lakukan.. langkah demi langkah.

Bagaimana mereka di luar tu dapat beli rumah dengan modal yang rendah?

Jika mahu menjual rumah, apa yang anda perlu lakukan?

Jika mahu menyewakan rumah, apa yang anda perlu lakukan?

Seminar ini juga sesuai buat mereka yang telah menghadiri seminar Wang dan Hartanah sebelum ini yang mahu belajar lebih lagi.

Seminar penuh satu hari.. pagi sampai petang.. belajar sampai lebam.


Yuran Terbaik!

Memandangkan ini kali pertama diadakan melalui kerjasama begini, harga yuran memang terbaik.
cuma RM 149 sahaja seorang.
Tapi kalau daftar bertiga, harga yuran cuma rm389.
hohoooo...

untuk mendaftar, hantar sms <hartanah> ke 013-6413891 atau 014-2297656

canggih diorang ni.. register main sms je... :)
Share:

siapa di muka surat 32?

Belek-belek Majalah Property Insights muka surat 32.

eh eh.. macam kenal je nama ni...
heheh...



Siapa yang lebih untung dengan adanya DIBS?
pembeli atau pemaju?

Artikel ini ditulis sebelum Bajet 2014.

Nak tahu kupasannya?

Kena lah dapatkan majalah ini dengan segera :)




Pertama kali dalam sejarah saya..

Bila nama saya tercatat sebagai penulis artikel di Majalah yang berwarna-warni begini...
perasaannya sukar digambarkan.

Kena pulak warna hijau jadi warna tema artikel ni.
macam tau-tau je warna kegemaran saya ni..

Terima kasih kepada editor dan publisher majalah Property Insight..
dan terima kasih kepada en Najib, penulis Property Insight yang banyak membantu saya.

Share:

Paloma Tropicana Metropark: Di antara Subang Jaya dan Shah Alam.

Ahad ini, 17 November akan diadakan preview satu lagi projek baru.
Serviced residence di bawah pembangunan Tropicana Metropark.



Tropicana Metropark merupakan satu pembangunan bercampur di atas tanah seluas 88 ekar.
Ia meliputi pembangunan shopping mall dan pejabat, kediaman dan hub kesihatan dan pusat perubatan.

Dibangunkan oleh Tropicana Corporation Berhad.
Tanah berstatus freehold.



Lokasinya ni sebenarnya di tengah-tengah antara Shah Alam dan Subang Jaya.
Mereka akan buat exit dari Federal Highway masuk ke kawasan ni nanti.
Jadi lokasi ini sangat mudah diakses oleh Federal Highway  dan juga ELITE highway.
hampir dengan stesen KTM Batu Tiga dan Subang Jaya.



Paloma menawarkan 5 jenis kediaman.
- studio 600 sqft
- unit 2 bilik tidur 900 sqft
- unit 3 bilik tidur 1250 sqft
- unit 3 bilik tidur 1300 sqft
- couryard villa 2200 sqft

Kesemuanya ada 587 unit kediaman di sini.


Sempena majlis preview ini, pihak pemaju telah menganjurkan dua sesi perkongsian mengenai oelaburan hartanah.
Satu sesi oleh Encik Ho Chin Soon pada hari sabtu 16 nov 2013
dan satu sesi oleh Encik Faizul Rizuan pada hari Ahad 17 November 2013
Masa dari jam 1 tengahari sampai 4.30 petang
Lokasi di Tropicana Metropark Sales Gallery di Subang Hei-Tech.

Boleh hubungi 03-5636 6888 untuk maklumat lanjut,



Share:

Cybersquare: berkumpulan lebih menguntungkan



Minggu lepas, saya ada war-warkan satu projek SOHO di Cyberjaya.
Projek ini dah pun sold out tapi disebabkan ada unit yang pembelinya gagal mendapatkan pinjaman, maka unit terhad ini dibuka semula untuk jualan.

Projek ini adalah Cybersquare SOHO.
lokasi di tengah-tengah pusat bandar cyberjaya, jadi memudahkan expatriates berjalan kaki sahaja ke tempat kerja.
Freehold.

Projek ini dibangunkan oleh Binastra Group.
Ia merupakan pembangunan bercampur yang mengandungi SOHO, unit retail dan  pejabat.
Ia juga merupakan pembangunan yang ada GBI certified green building.
pembangunan hijau.



SOHO terdiri dari Jenis A 775 sqft. dan Jenis B 450 sqft.
Jenis A mempunyai 1+ 1 bilik. SAtu bilik besar sebagai bilik tidur dan satu bilik yang sederhana, sesuai dijadikan pejabat atau bilik tidur kedua.
Jenis B pula adalah studio dengan konsep terbuka.

Setiap unit akan diberikan kabinet dapur, hob, hood dan satu unit air-cond.

Antara kemudahan yang ada adalah
- kolam renang 50 meter
- wading pool
- jacuzzi
- gymnasium menghadap kolam renang
- gelanggang bola keranjang
- gelanggang futsal
- sauna
- kawasan permainan kanak-kanak
- taman reflexology
- bilik mesyuarat
- dewan serbaguna berdinding kaca penuh di tingkat teratas.
- surau



Harga bermula dari RM 286K sebelum diskaun.

Saya telah mendapatkan satu deal yang cantik untuk mereka yang booking dalam kumpulan ini.
mereka akan menerima diskaun 10% dari harga jualan dan tambahan lagi rebet tunai 5%.
Ini menjadikan harga selepas diskaun bermula dari RM 257K sahaja.

Bagi bukan bumiputra, tawaran diskaun sebanyak 8%.

Tapi tawaran ini hanya untuk mereka yang buat tempahan melalui kumpulan ini sahaja.
Jika pembeli lain ingin membeli secara terus dengan pemaju, mereka hanya tawarkan diskaun sebanyak 7% sahaja dan tiada rebet tunai.



Untuk membuat tempahan, bayaran RM 5,000 diperlukan.

Ini bermakna, mereka perlu membayar booking RM 5K dan dapatkan pinjaman.
Jika berjaya mendapatkan pinjaman sebanyak 90%, maka wang RM5k akan dikembalikan sebaik bank pembeli membuat pembayaran progress 10% yang pertama.

Kemudian, jika mereka mengambil pakej pembiayaan tanpa DIBS, mereka akan menerima wang tunai sebanyak 5% dari harga jualan apabila mendapat kunci unit mereka nanti.
Kalau harga jualan tadi katakan RM 286K, maka mereka akan menerima wang tunai sebanyak RM 14,300.

Hebat kan... beli rumah dengan modal rendah.. kemudian dapat duit balik pulak..

Bayaran guaman untuk SPA dan perjanjian pinjaman percuma.
Duti setem juga percuma.

inilah sebab nya ada sesetengah orang memang berjodoh dengan hartanah yang dibeli melalui pasaran under construction.
sebab ia memerlukan modal dan wang pendahuluan yang rendah, lebih rendah dari subsale atau beli dari lelong.
Walaupun ada teknik no money down dalam pasaran subsale, tapi sekurang-kurang caj guaman dan setem duti tetap kena gunakan wang modal dari poket sendiri.

Maka Sabtu lepas, 9 November 2013 saya telah jemput rakan-rakan Kelab Alien Hartawan, rakan di Facebook page saya dan rakan yang melanggan mailing list saya untuk hadir ke preview projek ini.
Mereka boleh lihat terus site dan melawat show unit.


layan gambar-gambar show unit.






kitchen cabinet, hob dan hod yang akan diberikan sekali dalam pakej


sink dan toilet bowl ini memang spesifikasi yang akan diberikan


Ramai juga kawan-kawan yang hadir dan membuat tempahan pada hari sabtu itu, termasuklah saya sendiri.

pasti ada yang bertanya, bagaimana potensi hartanah di Cyberjaya?
saya banyak berkongsi di blog ini mengenai domain, domain 2, domain 3, domain 4, domain 5, garden plaza dan vega residensi.
harap anda boleh baca perkongsian saya yang terdahulu ini.

buat masa ini,kadar sewa unit studio yang partly furnish boleh pergi dari RM 1300 - 1400.
unit fully furnish pula dari RM 1600 - RM 2000 brgantung pada furnishing.

Jika ada yang masih berminat, boleh hubungi Mr Phillips melalui call, sms atau whatsapp di talian 0122244561.
ada beberapa unit sahaja yang tinggal.
Jadi jika serius berminat, boleh ambil tindakan segera.




Untuk melanggan mailing list saya dan menerima berita hangat seperti ini lebih awal, daftar di http://wangbesar.propertywaltz.com/
zasss!
Share:

galleria equine: bakal rumah anda?

Saya mendapat maklumat satu lagi projek baru di Equine Park.
Namanya Galleria Equine Park oleh pemaju Global Oriental Berhad.



Galleria menawarkan 504 unit kediaman dari 2 jenis keluasa,
Jenis A iaitu unit tepi menawarkan 2 bilik tidur dengan keluasan 760 sqft
Harga untuk jenis ini bermula dari RM 380,000 - RM 415,000 sebelum diskaun.

Jenis B pula adalah unit studio dengan keluasan 450 sqft.
Harga bermula dari RM 200,000 ke RM 258,000 sebelum diskaun.

Mereka menawarkan diskaun 10% kepada pembeli.
Ada lagi rebet tambahan 2% kepada mereka yang terus tandatangan s&p dan bayar deposit 10%.

Untuk menempah, pembeli perlu membayar RM 5,000.
Setiap unit akan dipakejkan sekali dengan air-cond, pemanas air, wardrobe, kabinet dapur dan lampu.


Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah:
- kolem renang
- kolam kanak-kanak
- BBQ area
- Gymnasium
- separuh gelanggang bola keranjang
- surau
- dewan serba guna
- kawasan permainan kanak-kanak

Tanah di sini leasehold namun lokasi ini memang panas sejak ada sekolah antarabangsa Alice Smith dan Aeon di sini.
Ia kemudian diikuti dengan pembukaan Giant.
Ditambah pula dengan pembangunan di Putrajaya / Cyberjaya dan limpahan permintaan di kawasan Puchong.
Putrajaya ada ERL.
Puchong akan ada LRT.
menyebabkan Equine tersepit di antara dua kawasan yang mempunyai permintaan yang bagus.


Unutk yang berminat nak menjenguk-jenguk projek ini, boleh hadir ke majlis preview pada hari Sabtu ini, 9 November jam 12.00 tengah hari.
Pengisiannya : sesi perkongsian mengenai pelaburan hartanah oleh Sifu Faizul Rizuan.
 
Untuk hadir ke majlis preview ini, mohon daftarkan nama DI SINI.

Share:

Gaza Run 2013: berlari dalam kecewa

Ahad, 3 November 2013 berlangsungnya larian Untukmu Gaza 10K
Larian ini dianjurkan oleh Aman Palestine.

Jarang saya berkongsi mengenai larian yang saya sertai di blog ini.
Tapi saya terpanggil untuk menulis kerana terlalu banyak rasanya yang perlu saya tulis mengenai penganjuran larian ini.

Saya yakin, tujuan larian ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap penindasan dan pembunuhan yang berlaku di Gaza.
ini bukan hanya isu agama.
tapi ia sebenarnya isu kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
ini yang kita mahu ramai orang faham dan sedar.
isu kemanusiaan, undang-undnag antarabangsa dan hak asasi manusia adalah isu sejagat.

Saya juga yakin tujuan larian ini adalah untuk mengumpul dana untuk sumbangan mangsa di Gaza.
wang kutipan yuran penyertaan larian akan disalurkan ke Gaza selepas ditolak kos operasi.

Jadi, larian untuk charity sepatutnya larian yang menggembirakan.
sepatutnya larian yang dapat menarik minat seramai yang boleh untuk memaksimakan dana.
Ia fun run.. bukan pertandingan larian peringkat Sukan SEA atau event marathon bertaraf antarabangsa.
ia sepatutnya fun run.

Tapi saya dapati banyak kelemahan dalam penganjuran ini.
Pelari hilang rasa fun tersebut.

antara point yang ingin saya highlight

1) Pendaftaran acara yang kejap dibuka, sekejap ditutup.

Pendaftaran larian dibuka secara online di laman Hooha.asia
saya masih ingat pada bulan 22 Ogos, hari yang saya mendaftar, saya kongsikannya di Facebook saya.
Pada masa tu, saya belum sempat daftarkan anak saudara saya sekali.
Beberapa hari kemudian, bila saya nak daftarkan untuk anak saudara saya, saya dapati link untuk Register dah ditutup.
Ini bermakna pendaftaran telah pun ditutup.

Namun pada bulan Oktober, blog runwitme menghebahkan yang pendaftarannya masih dibuka,
Aikkkk! Sebelum ni dah tutup kan..
Tapi dapatlah saya daftarkan untuk anak saudara saya.

Beberapa hari kemudian saya mendapat PM dari salah seorang sekretariat larian ini.
Beliau just PM semua orang yang ada dalam satu kumpulan FB larian, ajak kami daftar larian ini.
DAri PM itu saya mendapat tahu yang asalnya ada syarikat lain uruskan acara ini tapi kemudiannya AMan Palestine uruskan sendiri.
dan mereka masih keurangan pelari yang mendaftar.


2) Diskriminasi jarak larian berdasarkan umur

Jika dalam acara larian lain, lelaki atau wanita pada umur tertentu bebas memilih sama ada mereka mahu mendaftar bagi acara terbuka, veteran atau senior.

Contohnya: Live Great Run menawarkan kategori lelaki / wanita terbuka untuk 18 tahun ke atas.
kategori Lelaki Junior veteran untuk mereka yang berumur 40 tahun - 49 tahun
kategori lelaki senior veteran  - 50 tahun ke atas.
WAnita junior veteran bagi wanita berumur 35 - 44 tahun.
wanita senior veteran -> 45 tahun ke atas.

Semua kategori ini berlari untuk acara 12 km. Tiada beza jarak larian berdasarkan usia atau jantina.
wanita berumur 40 tahun bebas mendaftar acara 12 km dan boleh memilih sama ada mahu masuk kategori wanita terbuka atau wanita junior veteran.

Tapi dalam Gaza 10K run ini, pendaftaran kategori dan jarak larian adalah mengikut umur.

Men Open -> lelaki umur 18 - 39 tahun sahaja.
Men Veteran -> lelaki 40  - 49 tahun.
Women Open -> wanita umur 18 - 34 tahun sahaja
Mereka untuk 3 kategori ini perlu mendaftar untuk acara 10 km dan masuk dalam kategori yang telah ditentukan sahaja.

Men Senior Veteran -> 50 tahun ke atas
Women Veteran -> wanita 35 tahun ke atas
Men Junior -> lelaki 13 - 17 tahun
Women Junior -> perempuan 13 - 17 tahun.
Mereka untuk 4 kategori ini perlu mendaftar untuk acara 7km sahaja dan wajib masuk kategori yang telah ditentukan.


Persolan saya: kenapa diskriminasi?
adakah bila wanita telah mencapai umur 35 tahun, mereka tidak mampu berlari 10 km? kenapa dipaksa masuk acara 7km sahaja?
kenapa lelaki yang berumur 49 tahun masih boleh berlari untuk acara 10km?
adakah penganjur memandang  rendah pada kemampuan wanita berumur 35 tahun ke atas ini?

Acara larian lain, tidak membezakan atau mendiskriminasi jarak larian berdasarkan umur.
mungkin penganjur tak pernah sertai larian
mereka tak pernah nampak uncle berusia lebih 50 tahun pun mampu berlari half marathon atau full marathon.
mungkin mereka tak pernah lihat auntie berusia lebih 50 tahun masih macho berlari naik Gunung Kinabalu atau berjalan pantas untuk acara 10 km ke atas.


3) Penukaran jadual pelepasan.

Sejak dari awal, laman web Hooha.asia menyatakan larian bermula jam 6.30 pagi.
Tapi bila tiba hari untuk mengambil running kit, barulah ada peserta yang alert dapat tahu pelepasan bermula jam 7.30 pagi
tu pun tak semua peserta tahu.
saya bernasib baik kerana kawan saya jenis yang particular.
Beliau perasan waktu pelepasan adalah jam 7.30.
Timbul kekeliruan juga di antara kami bertiga bilamana maklumat awal dan maklumat di laman web, pelepasan adalah pada jam 6.30 pagi.

Rupanya bukan kami sahaja yang keliru.
Ada ramai yang tidak maklum tentang perubahan ini, mereka telah sampai sebelum jam 6 pagi lagi di Wangsa Walk, tempat acara larian ini dijalankan.

Runners memang biasa datang awal.
Kalau larian berlepas jam 6.30 pagi, jam 5.30 pagi mesti dah ramai yang tiba.
Saya je yang selalu kalut datang agak tergocoh-gocoh.
Biasanya yang muslim akan solat dahulu sebelum berlepas jika pelepasan selepas azan subuh.

ada organiser yang sediakan khemah untuk solat.
ada venue yang memang hampir dengan masjid.
kalau tak ada kedua-duanya, menjadi kebiasaan untuk runners solat je subuh di tempat parking sebelah kereta.
kalau pelepasan sebelum azan subuh, organiser biasanya sediakan khemah untuk solat di tempat tertentu sepanjang route larian untuk muslim solat
tapi kalau kedudukan khemah itu kurang sesuai, runners muslim akan solat sahaja di mana-mana di tepi jalan.

Tapi kali ini, penganjur tiba-tiba ubah masa pelepasan dari jam 6.30 pagi ke 7.30 pagi atas alasan supaya mereka yang jauh dari Wangsa Walk tak tertinggal solat subuh.
hmm.. saya rasa, kalau mereka sediakan khemah solat yang besar dan selesa berhampiran tempat pelepasan, tak ada isu orang tak dapat solat subuh.
Kami akan tiba di sana sebelum jam 6 pagi
azan sahaja, boleh solat.

Dan lagi satu, kalau nak ubah waktu pelepasan pun, mereka sepatutnya maklumkan secara menyeluruh.
mungkin mereka patut emailkan pengumuman kepada semua peserta seminggu lebih awal supaya peserta alert.
Sekadar maklumkan pada sesetengah orang yang ambil running kit melalui sekeping kertas sahaja adalah tidak mencukupi.
Sebab tak semua orang hadir ambil running kit.
Ramai je yang wakilkan kawan untuk tolong ambilkan.
termasuklah saya.

ada juga yang ambil sendiri tapi tak perasan perubahan masa tersebut.
Jadi saya rasa eloklah jika
- penganjur berpegang pada jadual pelepasan asal seperti yang dimaklumkan dalam laman web Hooha.asia berbulan sebelum itu; atau
- email kepada semua peserta berhubung perubahan jadual ini.


4) Mis-communication sesama petugas

Wujud paksaan wanita 35 tahun ke atas hanya boleh berlari acara 7km sahaja.
walaupun lelaki terbuka, wanita terbuka dan lelaki veteran boleh mendaftar acara 10 km
Di bibs kami tidak ada tercatat nama, kategori dan jarak larian.
Hanya tertulis larian 10k
jadi, ramai yang sangka memang akan berlari 10km lah


Seorang auntie bercerita pada saya semasa breakfast selepas larian.
Beliau ingat beliau daftar acara 10km. sebab jarang berlaku, wanita veteran kena masuk acara yang jaraknya lebih pendek dari wanita terbuka atau lelaki terbuka.
Bila tengok bibs, memang tertulis 10km.
Bibs dia kawannya tolong ambilkan.

Jadi beliau dan seorang kawannya pun hadir di tempat pelepasan jam 6 pagi.
kecewa kerana pelepasan ditunda ke jam 7.30 pagi.
Bila acara 10 km dilepaskan, beliau pun berlari sama.. tanpa menyedari yang beliau sebenarnya daftar untuk acara 7km.

Tengah-tengah berlari, sekali ada seorang petugas dengan motorsikal mengejarnya.
lelaki itu memarahinya, "kenapa lari awal?"
dia cakap lah.. dia masuk 10km.
l petugas tu enjawab, "no, you 7km. you disqualified! i will take note your bib number"

Auntie ni terus rasa down.
bila tiba tempat u-turn untuk 7km, dia pun bertanya pada seorang petugas yang bertugas menjaga di situ.
adakah dia ni 7km atau 10km?
petugas tu blur agaknya, jawab 10km kepada dia
tapi memandangkan dia dah hilang semangat dan rasa tak ada mood kena marah tadi, dia terus membuat uturn dan masuk ke route 7km sahaja.

Hm.. nampaknya fun run dah jadi tak berapa fun..


5) Jarak terbabas

Saya dan kawan-kawan dipaksa masuk acara 7km.
Tapi bila kami semak di GPS yang ada di app running kami, rupanya kami bukan berlari untuk 7km.
sebaliknya jarak yang sebenar adalah 9.44 km.
Wowww.. tersasar 2.44 km dari jarak sepatutnya.
Patutlah saya ambil masa sampai 1 jam 18 minit untuk sampai ke garisan penamat.

Kalau untuk acara 7km pun jarak sebenarnya 9.44 km, agaknya untuk acara 10km, berapa pula jarak sebenar?
12km? atau mencecah 13 km?

Pelari tak kisah berlari lebih..
tapi kalau tersasar terlalu banyak, ini menunjukkan yang penganjur langsung tak semak semula route tu
Kalau lah mereka lalu semula route tu dengan motorsikal atau kereta, dah tentu mereka akan perasan yang ia dah melebih banyak dari sepatutnya.


6) Medal

Yuran untuk acara 10 km dan 7km adalah rm50.
bukan sangat murah.
jadi, apalah salahnya kalau setiap pelari diberi medal.

Route larian sangat mencabar.
ada 3 bukit semuanya
dua bukit terakhir sangat tinggi.
sudahlah tu.. kami berlari lebih 2,44 km dari sepatutnya

Tapi medal yang diberi sangat sedikit.
sedangkan medal lah yang menambahkan fun kepada pelari yang menyumbang untuk dana kebajikan ni.

sedihnya, kami nampak ada banyak medal disimpan dalam beg plastik dan dibawa balik begitu sahaja.
Kan lebih baik edarkan semuanya kepada pelari.
kenapa dibazirkan begitu?
Maka kecewalah ramai pelari melihat medal disimpan sahaja di dalam beg plastik dan dibawa pulang oleh penganjur sebegitu sahaja..

saya dan anak saudara saya, farhan. beliau antara yang kecewa tak dapat medal dan cuba posing dengan medal yang saya dapat :)


7) Keselamatan pelari

Ada ramai polis dan pasukan rela bertugas menjaga sepanjang route larian.
Namun nampaknya keselamatan pelari tidak terjaga sepenuhnya.
Ada polis yang menyuruh pelari berhenti untuk memberi laluan kepada kereta.
di depan saya sendiri, seorang anggota rela membenarkan kereta keluar simpang walaupun pelari di hadapan saya dah nak lalu depan kereta tersebut.
nasib baik kereta tu tak terus ikut arahan, tapi memberi pelari tu lari dahulu.

polis pula dah mula kutip kon walaupun ada lagi pelari di belakang.
Yang paling saya geram, di satu kawasan tu, semua pelari berlari di sebelah kanan jalan.
kon ditengah-tengah.
ada anggota rela di awal simpang  tu tapi mereka diam sahaja, bermakna betul lah laluan kami di sebelah kanan.
Tiba-tiba rupanya ada water station di sebelah tepi kiri jalan, di hadapan sebuah sekolah.
Bermakna, pelari terpaksa melintas jalan untuk ke water station.

Astaghfirullah.. bahayanya.
nasib baik bilangan peserta tak ramai macam dalam sesetengah acara larian.
kalau tidak, tak tahulah apa akan berlaku..


8) Pengisian acara

Saya yakin tujuan acara larian adalah untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran.
jadi, saya berpendapat ia perlu menarik minat seramai yang boleh untuk mendaftar dan berlari dengan gembira
tak mengira agama mereka atau bangsa mereka

Tapi saya dapati pengisian acara ini terlalu keagamaan
ada ceramah yang menekankan isu Islam di dalamnya..
dan nasyid dan selawat dimainkan.

saya setuju kita pasang selawat dan nasyid.
tapi saya berpendapat, jika penganjur terlalu tonjolkan pengisian berkaitan agama islam, ia mungkin kurang menarik minat pelari bukan melayu
sedangkan berapa ramai sangat orang melayu kita yang suka berlari dan masuk acara larian sebegini

memang ada chineese dan african yang menyertai acara ini tapi bilangannya terlalu sedikit.

Jadi cadangan saya, elok kalau tonjolkan isu kemanusiaaan yang lebih sesuai untuk pelari pelbagai agama dan bangsa.


hmm.. melihat kepada kelemahan penganjuran ini, mungkin tahun hadapan saya berfikir-fikir semula sama ada untuk terus menyertai larian ini atau tidak.
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog