• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Raya dalam sayu

Hari ini rasanya siapa yang bekerja pun dah tak ada mood bekerja
Semua mau raya

Raya kali ni rasa sayu.
Dalam seminggu, ada tiga nahas kapal terbang berlaku.

17 Julai 2014, MH17 dari Malaysia Airline System (MAS) dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak oleh peluru berpandu berhampiraran  Hrabove di Donetsk Oblast, satu kawasan di Timur Ukraine.
Nahas ini mengorbankan 298 nyawa, 193 darinya dari Belanda, 43 dari Malaysia, 27 dari Australia dan selebihnya dari pelbagai negara iaitu Belgium, Kanada, Jerman, Indonesia, United Kingdom dan lain - lain.

23 Julai, TransAsia Airways Flight GE222 pula mengalami nahas buruk.
Kapal terbang ini merupakan penerbangan domestik Taiwan dari Kaohsiung to Penghu.
Ia tersasar dari landasan dan  terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Magong.
Ketika itu, cuaca buruk disebabkan berlakunya Typhoon Matmo.

48 orang meninggal dunia yang mana 2 orang darinya adalah warganegara Perancis.
Selebihnya warganegara Taiwan.

Sehari kemudiannya iaitu 24 Julai, kapalterbang Air Algérie AH5017 yang membawa 116 orang pula hilang dari radar.
Penerbangan ini dalam perjalanan dari Burkina Faso ke Algeria.
Ia kemudiannya ditemui terhempas di Mali.

Dari 116 orang ini, 50 daripadanya adalah warganegara Perancis dan 24 orang dari Burkina Faso.
Selebihnya dari pelbagai negara lain seperti Jerman, Kanada dan beberapa negara lain.


Dalam masa yang sama, rakyat Palestine terus dibunuh setiap hari oleh tentera Zionist.
:(

Nampaknya Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang penuh berdarah.
Ramadhan yang sangat menguji ketabahan dan kekuatan manusia.

Namun begitu, hidup perlu diteruskan..
Aidilfitri tetap menjelang, meski ia tidak seceria tahun sebelumnya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya
Mohon maaf atas salah silap saya sama ada secara penulisan, perbuatan atau kata-kata yang diluahkan.




Share:

Permata sudah berpunya kah?

Pernah tak kawan-kawan terjumpa satu projek under construction yang best.
Semak harga, lokasi, konsepnya memang cun..
Tapi tengok pelancaran jualannya dah berlalu setahun ke dua tahun lepas.
alamak... dah start jual lama daaaa

Jadi, kita pun buat kesimpulan yang projek tu dah habis.
melepas...
rugi.. rugi.. telan air liur sahaja... sayangnya permata dah terpijak kan..

Eh tak semestinya begitu..

Mungkin permata tu masih belum berpunya.
Peluang masih ada.

Jangan cepat percaya khabar angin yang mengatakan projek tu dah sold out sampai kita terlepaskannya.
Lebih baik hubungi pihak jualan dan bertanya terus, masih ada unit belum terjual atau tidak.

Ada satu projek ni, tahun lepas saya dah war-warkan DI SINI



Urbana Residence di Ara Damansara.
Projek ni unik kerana kerusi tergantungnya.. tak ada pada projek lain ni..
Tapi bukanlah itu sahaja.
ada diskaun 10%, jadi pembeli yang berjaya mendapatkan pinjaman 90% boleh beli tanpa modal.



Rumah ni semi furnished.
Ada unit duplex, 2 bilik tidur dan 3 bilik tidur.

Harga bermula dari RM532,600.00-RM1,328,500.00
Tapi kalau kira harga per sqft, harganya kurang dari RM 600 per sqft, dikira harga projek undercon termurah di Ara Damansara
Kena pulak nanti akan ada LRT di kawasan tu, jadi boleh jangka kenaikan harga yang cantik selepas ia siap pada tahun 2016 nanti.

Unit ni pun masih ada kurang 20 unit lagi.
Jadi, kalau ada yang berminat mendapatkan rumah di lokasi yang panas dengan tanpa modal, boleh la grab sementara masih ada lagi ni.

Untuk makluman lanjut, boleh klik DI SINI
Share:

lepasan SPM gaji 5 angka

Umum tahu, kerja kapal ni gaji mahal.
Sekali pergi kerja, duit masuk berkepuk.
boleh cecah 5 angka
kemudian balik boleh berehat sambil menikmati pendapatan lumayan tu

haaa.. bila pendapatan lebat, boleh lah menyimpan lebih.
Boleh digunakan sebagai modal untuk pelaburan hartanah.
nak mohon pinjaman beli rumah pun lebih mudah.

Berkawan dengan kapten kapal, memang tengok pendapatan dia syok betul.
Baru-baru ni dia bisikkan kepada saya, "ada peluang baik kalau nak mula kerja kapal"

wahhh.. apakah peluangnya?

Ada peluang latihan 3 bulan untuk bekerja kapal.
Tamat latihan tu, pelatih akan mula naik kapal untuk on-the-job training selama 3 bulan pula.
Selepas tu boleh lah terus bekerja di syarikat perkapalan.


Kursus ini dijalankan di Institut Latihan Maritim di Kemaman.
Diuruskan oleh Maritime Skill Sdn Bhd.
Terbuka kepada semua lepasan SPM, berumur 18 - 25 tahun.
Lelaki sahaja.
Pelatih hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 1500, kemudian pinjaman akan diuruskan.

Tapi ada pula tawaran istimewa buat bumiputra yang ibubapanya berpendapatan isirumah kurang RM 3,000
Yayasan Pelajaran MARA bersetuju menaja mereka ini.
hanya bayar yuran pendaftaran sahaja, yang lain masuk bawah tajaan.




Jadi kalau ada adik, kawan atau anda sendiri berimpian nak bekerja kapal, ada satu sesi Seminar Kerjaya Perkapalan akan diadakan pada:

Tarikh:  19 Julai 2014, Sabtu
Masa : 10.00 pagi 
Tempat:  Dewan Seminar, 1-21 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur.
              Belakang Tesco Extra Ampang, sederet Bank Islam.

Masuk PERCUMA.
So, boleh datang je.. survey-survey dan tanya soalan.

Tapi mohon mendaftarkan kehadiran dengan menaip kapal <nama> <email> <no hp> ke  018-9687803

untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Kapten Solahudin di talian 019-9117449 atau saya 0123547636.

Share:

Real Estate Negotiators Registration Course

Isnin dan Selasa baru-baru ini saya telah menghadiri Kursus 2 hari
Namanya Real Estate Negotiators Registration Course
Kursus yang saya hadir ni, ia dijalankan di Good Institute, Subang Square, Subang Jaya.
yuran RM 600.


Kursus ni merupakan kursus wajib untuk menjadi Real Estate Negotiator (REN) yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH)

Antara modulnya adalah:

- Introduction to Real Estate
- Malaysia Estate Agency Standards
- Real Estate Negotiation Skills
- Secrets of a successful REN
- Laws relating to property
- The conveyance process
- Mortgage Fonancing and the role of negotiators
- Real Estate Marketing and the Internet

Kalau dulu, nak jadi REN ni, cukup kalau berdaftar dengan real estate agent yang ada E number atau no pendaftaran E tu sahja
Tapi sejak 2014, ada peraturan baru.
REN perlu berdaftar dengan Lembaga
dan sebelum layak mendaftar, REN perlu hadir ke kursus yang saya maklumkan di atas tu.

Selepas menghadiri kursus, REN akan diberi sijil kehadiran oleh Lembaga
kemudian firma masing-masing akan menghantar borang dan sijil untuk pendaftaran REN ke Lembaga.
Setiap Real estate agent (REA) dibenarkan menghantar borang untuk 30 orang REN sahaja.

Apabila proses pendaftaran berjaya dan selesai, setiap REN akan menerima kad tag yang mempunyai nama, gambar dan details REN tersebut, beserta no pendaftaran REN itu sendiri.

Nombor pendaftaran REN dan tag inilah yang akan membezakan REN yang berdaftar dengan Lembaga dan REN yang tidak mendaftar.

Setakat ini saya dah mendaftar di bawah Rina Properties
dan dah hadir kursus 2 hari ni.


Jadi kalau kawan-kawan ada rumah untuk dijual atau disewa, terutama jika di kawasan Cyberjaya, Putrajaya, Kajang, Bangi dan Semenyih, boleh lah saya bantu.
Insya Allah..
Boleh hubungi saya di talian 0123547637 / 0192648628 (yang ni boleh whatsapp)
Share:

Talk Percuma: Analisa pelaburan hartanah di Damansara.

Minggu lepas, Faizul Rizuan dah kongsikan analisa mengenai pelaburan hartanah di Bangi.
Mahu tahu bagaimana pula jika di Damansara?

Jika mahu dapatkan analisa oleh sifu ini, jemput hadir ke sesi perkongsian di Damansara Uptown pada hari Sabtu ini, 12 Julai 2014.

Selain beliau, Encik Ho Chin Soon akan turut berkongsi maklumat mengenai Greater KL.

Majlis bermula jam 2.30 petang.

Faizul Rizuan

Ho Chin Soon


Jadualnya seperti berikut:

2.30 pm - 3.30 pm  : Faizul Ridzuan Talk -Damansara Area Analysis & High Rise Guideline for 2014
3.30 pm - 4.30 pm  : Ho Chin Soon Talk - GREATER KL: Upcoming Locations and Hot Spots

Venue :  Level 11 (Roof Top), Uptown 7, Jalan SS 21/39, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Selain sesi perkongsian ini, akan ada juga jualan projek baru.



Namanya Uptown Residence.

Ia merupakan sebuah serviced apartment di atas tanah freehold.

Ada 380 unit semuanya. Agak berkepadatan rendah.
Harga bermula dari RM 584,800 – RM6,614,800.
Maintenance fee bulan adalah 32 sen  sekaki persegi

Nampaknya projek ni dah nak siap. Sebab jangkaan siapnya pada Disember 2014 ini.



Kemudahan yang disediakan, antaranya:

Dewan, Kawasan BBQ, Theatrette (tingkat mezanin),  Baths Spa, Sauna, Bilik Persendirian, Bilik Persalinan, Kolam Renang, Whirlpool Bath, Gimnasium (tingkat pertama), Gelanggang Badminton & Separuh Gelanggang Bola Keranjang, Squash Court, Gelanggang Tenis, Kolam kanak-kanak, Taman Permainan Kanak-kanak, Bilik Membaca/Tuisyen, Pejabat Pengurusan (tingkat bawah & mezanin) dan surau.

DI Uptown Residence ini, ada pusat komersial Starling.
Dengarnya Jaya Grocer, ACE Hardware, ESH Electrical, dan Rakuzen akan membuka kedainya di sini.
wahh. kalau begitu, mudahlah residen di sini nak membeli-belah.
Kat situ je. tak perlu pergi jauh.


Oklah, kalau berminat nak hadir ke perkongsian ilmu Sabtu ini dan jenguk-jenguk pusat jualan Damansara Residence, boleh hadir. Masuk percuma.
Hubungi 03-7710 9999 untuk maklumat lanjut.
Share:

sambungan bil elektrik empat ribu

Ramai tertanya-tanya apa sambungan kisah bil elektrik Serena Guest House yang melambung sampai RM 4K.
Saya ada kongsikan DI SINI.



Cerita tu dah ada kesudahannya.
TNB syak meter rosak sebab tiba-tiba dalam sebulan, dia berpusing sampai bacaan naik 2,000++.

Jadi TNB buat dua kali pelarasan.
Dalam bahasa mudahya, tolak dari bil lah.

Pelarasan pertama berjumlah RM 3421.50.
Kemudian untuk bil Jun berjumlah RM 1418.90, bil tu valid
Tapi bil akan datang, mereka akan tolak lagi RM 695.40.

Pusing tolak entah macamana, last sekali untuk dua bulan penggunaan April dan Mei, jumlah bil akan jadi lebih kurnag RM 700++ sahaja.

Tapi memandangkan bekalan dah dipotong, saya perlu bayar RM 346.93 dahulu untuk membolehkan bekalan elektrik disambung semula.

Bayaran telah dibuat dan kini Serena Guest House dah ada bekalan elektrik semula.

Moral of the story:
jangan malu-malu buat aduan ke TNB kalau amaun bil elektrik anda pelik sangat.
Buat aduan dengan menghubungi no telefon 15454
Dapatkan no log aduan.
Dan jangan lupa lepas tu follow up dengan nombor log yang sama.



Jika kawan-kawan ada urusan di Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya, atau sekitar selatan Kuala Lumpur, jemput menginap di Serena Guest House.
Homestay apartment di Bandar Baru Bangi, walking distance ke komuter UKM.
Sangat dekat dengan UKM, dalam 1 km++ sahaja.



ada 3 aircond, katil yang selesa.
Boleh memasak, bancuh air, basuh baju dan menikmati internet free.

Hubungi saya 0192648628 atau 0192936374 (chan) untuk pertanyaan dan tempahan
Share:

Bagus ke Bangi untuk pasaran pelajar?

Saya pernah beberapa kali kongsikan mengenai cerita Unipark Kondominium di blog saya beberapa tahun dahulu.
Boleh baca di
http://www.propertywaltz.com/2010/10/unipark-kawan.html
http://www.propertywaltz.com/2010/10/kitchen-cabinet-unipark.html
http://www.propertywaltz.com/2010/10/unipark-dah-ada-penyewa.html
http://www.propertywaltz.com/2011/04/unipark-condominiuim-is-now-full-house.html
http://www.propertywaltz.com/2011/08/duit-sewa-terakhir.html
http://www.propertywaltz.com/2011/08/musim-bertukar-penyewa.html

Kat mana Unipark Kondominium ni?
Ia sebenarnya terletak dalam kampus KLIUC, dan bersebelahan dengan Uniten.
Masa tu De Centrum belum ada lagi.

Dan pada masa itu, Unipark ini sahajalah kondominium yang ada di sana.
Ada dua blok, Blok A yang kawan saya beli
dan Blok B yang dapat vacant posession dalam setahun kemudian.

Selepas Unipark, pemaju yang sama membangunkan De Centrum.
Satu projek bercampur yang mengandungi shopping mall, unit kedai, SOHO dan serviced apartment.

Terkini.. jeng jeng jeng..
Buat yang tak sempat beli Unipark Blok A dan Blok B serta De Centrum, ada sambungan pembangunan Unipark telah dilancarkan.
Namanya Unipark @ De Centrum
Atau sebenarnya pembangunan Blok D Unipark.





Projek ni freehold.
Ada dua jenis:
- Type A: unit 4 bilik tidur dan 4 bilik air berkeluasan 1297 sqft
   ada 4 aircond.
- Type B: unit duplex 8 bilik tidur, 8 bilik air. berkeluasan 2,594 sf.
   ada 8 aircond.
   Ia dipakejkan dengan sistem dua kunci supaya tingkat atas dan tingkat bawah boleh dibuka berasingan.

Untuk Type A, setiap unit diberi 1 unit tempat letak kereta percuma
Manakala untuk Type B pula, ada 2 unit tempat letak kereta percuma.

Hanya ada 320 unit sahaja.



Kemudahan yang disediakan adalah kolam renang, gymnasium, ruang pelbagai kegunaan, taman, bilik mesyuarat & bilik persidangan, kawalan keselamatan dan pengawasan CCTV 24-jam.

Harga bermula dari RM 420psf.
Maknanya kalau Type A tu, harga dari  RM575, 000
Manakala Type B pula, harga dari RM1, 065,000.
Setiap unit datang dengan pakej semi-perabot.

Projek ni dijangka siap pada tahun 2018 nanti.

Pemaju projek ini adalah Protasco Berhad, syarikat kumpulan IKRAM.

Potensi projek ini ang saya nampak adalah lokasinya begitu hampir dengan KLIUC dan Uniten.
Setakat ini pelajar-pelajar ini tinggal di dalam kampus, di Unipark Blok A dan Blok B dan turut menyewa hingga ke Bangi dan Kajang.

Ia juga senang diakses dari SKVE, SILK Highway dan PLUS.
Di tengah-tengah antara Putrajaya, Kajang dan Bandar Baru Bangi.

Insya Allah nanti MRT akan ada di Jalan Reko Kajang
dan kalau ikut perancangan MRT Line 2, ada kemungkinan akan ada MRT di Uniten.

Bukan itu sahaja.
Ahad ini ada perkongsian yang sangat menarik di Galeri jualan projek ini.

Faizul Rizuan

Sifu Faizul Rizuan dan Sifu Adrian Wee akan berkongsi ilmu percuma.
Faizul akan berkongsi analisa kawasan Bangi / Kajang sebagai hotspot pelaburan.
Manakala Adrian Wee pula akan berkongsi tips bagaimana untuk buat renovasi secara murah untuk disewakan kepada pelajar.

Adrian Wee


Butiran majlis:

Tarikh : 6 Julai 2014 (Ahad)
Masa : 11am - 1pm
Tempat : De Centrum sales gallery, Corporate Block, Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-8738 3391



Share:

hadiah dari singapura

Seronok betul saya Sabtu lepas
Sebab di antara peserta Bengkel Pelaburan Hartanah Extended tu, ada seorang kawan yang saya selalu chat di whatsapp
Ada setahun dah kami kenal di alam mobile tapi tak pernah jumpa
Dia bekerja di Singapura.

Kami hampir-hampir nak beli property di projek yang sama tahun lepas
Sebab dia tanya saya projek tu dan saya buat research sikit
Memang projek yang baik.

Tapi disebabkan keadaan tertentu saya terpaksa batalkan booking saya

Yang lagi buat saya terharu adalah dapat hadiah hari lahir tu..
wahhh...




Saya suka hijau.
Hadiah yang sangat cantik dan istimewa.
Terima kasih, Calvin  ^_____^

Dapat hadiah sebelum memulakan Bengkel, memang bersemangatlah saya haritu.. hehehe

Untuk kawan-kawan lain, meskipun bulan hari lahir saya dah habis, tapi peluang beri hadiah kepada saya tetap terbuka setiap masa
Jangan malu-malu ya!
:P
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog