• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Jejaka macho perlu tahu cat minyak ni apa

Hari kedua mengecat rumah. Belum siap lagi.

Cat yang saya share semalam tu cat untuk dinding batu. Orang kampung panggil cat air.

Tapi kalau nak cat pintu, frame.pintu, gril tingkap dan apa juga yang dibuat dari kayu dan besi, kena guna cat minyak.

Kalau cat air, pelarutnya airlah. Tapi cat minyak, pelarutnya adalah thinner. Jadi jangan lupa beli thinner sekali untuk cairkan cat jika perlu dan basuh peralatan dan tangan anda.

Tapi dulu-dulu saya selamba guna minyak gas untuk cuci tangan dan peralatan. Boleh juga.



Cat minyak pun ada pelbagai warna. Ia menghasilkan kemasan berkilau. Tapi yang kurang syok adalah ia berbau tengik ketika masih basah

Perlu ke tuan rumah tahu ni semua? Kan boleh upah je..

Jawapannya perlu sebab

1) buat sendiri lebih jimat

2) boleh maintain macho kalau orang yang anda upah tu cuba nak.kelentong atau tunjuk pandai dengan anda

3) jaga air muka. Mana tau kalau-kalau kahwin dengan tuan rumah perempuan comel yang tahu ilmu ni lebih awal.

Haaaaa...
Share:

Cat boleh lap, cat tak boleh lap?

Weekend ni saya ada projek besar.
Projek mengecat rumah idaman saya dan keluarga.
Ahaa...

Alang-alang nak mengecat, saya nak berkongsi sikit mengenai cat ni.

Gebanglah istilah gempak macamana pun.

Bagi kita tuan rumah ni, nak bagi senang faham, cat ada dua jenis je.
1) cat kapur
2) cat boleh lap-lap.

Cat kapur ni biasa jual dalam tong1 liter, 7 liter dan 16 liter.
Tengok gambar tong cat warna putih tu. Standard sama tak kisah la jenama jotun, nippon, skk, maxilite atau apa jugak. Harga RM30++ - 40++/untuk 7 liter.

Cat boleh lap-lap ni lebih tahan lasak. Tahan kena cuaca hujan dan panas.
Kalau kena conteng dengan pen, boleh lap je kasi bersih.
Jual dalam tong 1 liter dan 5 liter. Warna terlalu banyak pilihan. Nanti dia masuk mesin, campur warna untuk jadi macam yang kita order dan goncang-goncang.
Harga RM 80++ - 110++ untuk 5 liter.

Kalau nak sewa rumah kat expat, pakai cat boleh lap-lap lah. Nampak kualiti.
Kalau buat homestay, elok juga pakai cat boleh lap-lap pasal senang nak bersihkan kalau anak tetamu tepek tangan penuh dengan coklat.
Tapi kalau penyewa budak bujang uitm, duduk sampai 10 orang.. Cat kapur je la..
Dah tau dah masa depan dinding tu macamana nanti.
Kelabu asap!

Oh ya.. Hok tepi sekali kiri tu bukan kategori cat.
Tu sumber motivasi supaya tetap bersemangat mengecat sampai jam 4 pagi.
Kena pulak kalau lagu Sha Na Na oleh Amy Mastura yang ke udara.



Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1FkYqec
Share:

Mahal mana kereta yang mahal?

Sambungan perkongsian rahsia kereta semalam.

Bila saya kata 'dapat gaji je terus beli kereta yang mahal', makna perkataan mahal tu bukan kereta berharga RM70,000 ke atas.

Mahal atau murah ni subjektif.
Bergantung pada pendapatan kita.

Orang bergaji RM2,500 merasakan kereta berharga RM 70,000 itu mahal.
Tapi bagi pilot atau kapten kapal yang berpendapatan RM20,000 sebulan, mungkin kereta sebegitu macam celah gigi dia je.

Nak beli rumah lagi dan lagi?

Pakailah kereta yang ansuran bulanannya tak lebih 13% dari gaji.
Kalau lebih dari tu, kereta itu terlalu mahal buat anda dan di luar kemampuan anda.

Sebab kalau pinjaman dah banyak kat kereta je, margin yang tinggal untuk buat pinjaman rumah dah kecik.
Tu belum kira kad kredit, pinjaman rumah untuk duduk sendiri, pinjaman peribadi dan pinjaman ASB.

Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim masih pakai Myvi walaupun wang simpanan dalam banknya ada RM8juta.

"Tapi Rohaniah, bagaimana kalau 13% dari gaji saya cuma lebih kurang RM200? Kereta apa semurah tu?"

Ahaa.. Itu maknanya belum masa anda pakai Honda empat tayar meskipun second hand.
Terima kenyataan biarpun pahit, startlah enjin Honda dua tayar setiap pagi.

Jangan takut kalau awek tak berkenan dengan anda. Kalau dia tahu perancangan masa depan anda, sure dia sudi membonceng bersama selepas kahwin nanti sambil survey rumah panas.

#semuaoranglayakbelirumah


Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1dCxsIv
Share:

Nak beli rumah banyak?

Semalam semasa minum pagi selepas sesi Selamat Pagi Malaysia tamat,  saya ditanya, macamana nak beli rumah banyak-banyak?

Jawapan saya, pertamanya lihat kereta apa yang kita pakai. Adakah ia di luar kemampuan kita? Ni mentang dapat gaji je terus beli kereta yang mahal.

Tapi kereta adalah keperluan, tanya mereka lagi.

Ya.. Keperluan untuk bergerak dari lokasi A ke lokasi B. Adakah mesti dengan kereta yang ada sport rim? Kalau tak ada sport rim dan leather seat, boleh sampai tak?



Begitulah jawapan saya semalam yang katanya jika dipandang sekali imbas, mirip sangat muka Amy Mastura. Bukan saya cakap, penonton yang cakap kat saya.

Saya terpaksa redha.
Share:

May 28, 2015 at 05:43AM

Sambungan Tips Jimat Kos Peguam. Kalau dah buat muka sedih, tapi peguam tu tak dapat atau tak beri diskaun, jangan la terus ban peguam tu. Ingat. yang paling penting adalah peguam tu dapat buat kerjanya dengan baik. Dapat jaga kepentingan kita sebagai client dia. Bukan pada diskaun seratus dua. Kalau dia buat kerja cun, tak beri diskaun pun tak apa. Kalau dia buat kerja cun tapi beri diskaun, itu bagai bulan jatuh ke riba. Tapi kalau dia buat kerja cun, bujang, wajah dan budi bahasanya pun cun, itu namanya jalan ke sorga. #semuaorangbolehbelirumah #tipsbelirumah

Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1QaUHFl
Share:

Tips jimat kos peguam

Tips 1:

Kalau anda pembeli, jangan lupa buat muka sedih dan ayat manis minta diskaun.
Dapat diskaun RM100 atau RM200 pun duit juga.

Kalau anda penjual, guna lawyer yang sama dengan pembeli. Jadi tak dikenakan caj penyediaan SPA.

Gambar hiasan: Flora Damansara Blok F 850 sqft 3 bilik 2 bilik air. Corner lot. Nak jual RM210K, market value RM235K. Call / whatsapp 0123547636

#semuaorangbolehbelirumah #rumahuntukdijual #rumahbelowmarket #belowmarketvalue


Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1AsDHZp
Share:

Seri Binjai: Memudahkan bumiputra membeli rumah

Sejak akhir-akhir ni banyak kes jenayah berlaku di Malaysia.
Pecah rumah, penculikan, rompakan.
Ini menyebabkan keselamatan menjadi satu elemen penting dalam memilih rumah yang akan dibeli untuk diduduki.

Kalau kondominium, memang biasanya ada pengawal keselamatan dan CCTV.
Jadi aspek keselamatan memang dah ada.
Tapi kalau beli rumah landed atau rumah bertanah?
Masih banyak rumah bertanah yang tak ada ciri-ciri keselamatan begini.
Terutama rumah bertanah yang sedia ada.
Last-last penduduk buat inisiatif sendiri, kutip duit bulanan dan dapatkan servis pengawal keselamatan sendiri untuk berkawal dan menjaga di pintu masuk kawasan rumah mereka.

Oleh yang demikian, untuk projek rumah bertanah yang baru, pemaju bina perumahan yang siap ciri-ciri gated and guarded, iaitu berpagar dan ada pengawal keselamatan.



Hari ini, saya nak kongsikan projek rumah bertanah gated and guarded di Seri Binjai, Rahang, Negeri Sembilan. Ini projek IJM Land, dekat area Seremban nak ke Senawang.

IJM ni memang pemaju yang tak perlu diperkenalkan lagi. Top 10 pemaju di Malaysia. Jadi, tak perlu risau pasal projek terbengkalai dan kualiti binaan. Lagipun IJM takkan buat projek di tempat yang tidak berpotensi.



Antara yang bagus pasal lokasi Seri Binjai ni adalah:
- dekat dengan pengangkutan awam. Stesen KTM cuma 1 km dari lokasi.
- Senang nak ke KL atau ke Selatan sebab tol Senawang cuma 2.3km sahaja dari sini.
- dekat dengan bandar Seremban dan bandar Senawang.
- ada 3 hypermarket berhampiran lokasi iaitu Aeon Big, Giant dan Tesco Extra
- Hospital Tuanku Jaafar cuma 4.6km atau 6 minit perjalanan


Untuk mereka yang beli untuk duduk memang sesuai, terutama kakitangan kerajaan sebab  JPJ, Kastam, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Jabatan Kesihatan ada di sekitar lokasi ni sahaja.

Selain tu ada sekolah kebangsaan tak jauh dari situ iaitu
- Sekolah kebangsaan Rahang  cuma 4.2 km atau 8 minit perjalanan
- SMK Senawang cuma  4.3km atau 9 minit perjalanan
Masjid pun ada. Masjid bukit chedang cuma 5.4km dari lokasi iaitu lebih kurang 9 minit perjalanan.

Projek ni dibina atas tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitar, jadi tak perlu risau kalau-kalau banjir berlaku.




Dari segi rekabentuk rumah pula, memang rekabentuk moden, cantik dan luas. Kualiti bahan binaannya pun terjaga.

IJM sedang membuat kempen pemilikan Bumiputra untuk projek Seri Binjai ni. Mereka tawarkan deposit yang rendah dan mereka akan bantu pembeli membeli rumah ini dengan menyesuaikan pakej mengikut kemampuan pembeli.

Senang cerita, cakap dengan mereka situasi anda dan mereka akan bantu anda mendapatkan rumah ini.



Serentak dengan kempen ni, satu seminar percuma di mana saya akan berkongsi mengenai pelaburan hartanah akan diadakan.

Tarikh seminar adalah pada 14 Jun 2015.
Masa jam 11 pagi, terhad kepada 50 orang yang pertama mendaftarkan nama sahaja.
Tempat akan ditentukan kemudian.

Untuk mendaftar seminar percuma ni, mohon hubungi Liza di talian 019-2763177 atau Joanne di talian 013-3068850.

Share:

Apa Offer to Purchase form ni?

Baru pulang bertemu vendor untuk menandatangani Offer to Purchase form.

Apa tu? Offer to purchase form ni dalam bahasa mudahnya borang booking rumah.
Borang ni digunakan dalam urusan jual beli rumah subsale.
Pembeli tandatangan borang ni tanda menawarkan untuk beli rumah ni pada harga sekian sekian dengan deposit 3% dan terma yang tertera di borang tu.
Penjual atau vendor tandatangan sebagai tanda setuju untuk menjualkan rumah ni pada harga sekian sekian dengan deposit dan terma yang telah tertera.

Bila dua-dua pihak dah tandatangan, maknanya perjanjian dah tertera.
Penjual dah tak boleh jual pada orang lain.
Pembeli dah terikat untuk teruskan pembelian.
Siapa batalkan hasrat, duit deposit burn dan boleh dikenakan bayaran penalti.

#prosesjualbelirumah


Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1BlHS48
Share:

Bakal graduan bertanya bila boleh buat pinjaman rumah?

Entah kenapa sekarang ni mood rasa nak jawab Q&A.

Soalan diterima dari pembaca blog saya. Saya copy paste termasuk ejaan dan bahasa rojak.

"Assalam kak rohaniah..sy student uitm..n dah final semester...insya Allah bln 7 ni selesai study sy...sy nk btanyakan 1 soalan...lps study ni mungkin sy akan bekerja...berapa lama tempoh bekerja yg bank akan tengok kita dah boleh buat loan rumah..segelintir kenalan sya kata ia mgambil masa hingga 2 tahun utk bank tgk komitmen kewangan golongan mcm sy ni. Baru lah bank pcaya yg kita dah kerja lama n stabil..ada ke cara utk sy dapat loan lbh cepat drpd mnggu smpi 2 tahun?...memndangkan harga rumah pun semakin mahal..minta pencerahan kak..sy bru nk belajar psl property... "



Jawapan:

Untuk memohon pinjaman perumahan, anda perlukan 3 bulan slip gaji dan 3 bulan penyata bank yang menunjukkan gaji masuk ke dalam bank. Amaun dalam slip gaji dan amaun yang bank in ke bank hendaklah sama.

Ini bermakna, sekurang-kurangnya 3 bulan bekerja dah boleh memohon pinjaman. Tapi seeleoknya biarlah sudah 6 bulan bekerja. Ia lebih meyakinkan bank,


Nanti ada pula yang tanya, kalau kerja kontrak boleh ke?

Baik, perhatikan keyword di atas. Slip gaji dan penyata bank. Adakah dalam slip gaji ada tulis - kontrak dan tak tentu bila-bila boleh kena terminate?

Kalau ada tulis, memang gelap lah masa depan kalian.
Kalau tak ada, berlagak macho hantar dokumen macam kalian bekerja tetap dan berpencen.

Tapi satu perkara saya nak highlight,
Bank luluskan pinjaman berdasarkan kemampuan dan kebolehpercayaan.

Kemampuan tu bank kira berdasarkan nisbah komitmen berbanding gajinya.
Ia dipanggil DSR. Boleh baca lebih lanjut DI SINI.

Tapi dari segi kebolehpercayaan, bank akan tengok rekod laporan CCRIS kita.
Laporan ini dikeluarkan oleh Bank Negara, menghimpunkan semua hutang kita dengan pihak bank.
Berapa amaun pinjaman, jenis pinjaman dan rekod bayaran on-time atau tidak.

Jadi, untuk graduan yang baru bekerja, kemungkinan besar laporan CCRIS dia bersih. Belum ada hutang lagi dengan mana-mana bank.

Ada bank yang susah nak beri pinjaman kalau rekod bersih tapi baru-baru ni client saya dapat pinajamna 80% sahaja.

Jadi, saya cadang elok buat satu kad kredit, guna untuk isi minyak dan bayar habis setiap bulan.
Jangan terlebih syok guna kad kredit pulak sampai tak terbayar.
Share:

QA jual rumah ada strata owner oversea macamana?

Assalam.
Saya ada beberapa pertanyaan dari saya ni....
Saya ada apartment  yg ingin dijual, nak tahu

1. Berapa lama masa yg perlu dalam proses menjual sekiranya dah ada buyer?
2. Berapa % yg perlu dibayar pada agen hartanah?
3. Sekiranya penjual berada di luar negara dalam jangkamasa lama , boleh proceed tak jual beli?
4. Apartment saya belum tukar strata, bolehkah terus letak nama pembeli?

Harap sangat saudari rohaniah dapat membantu, terima kasih.

Jawapan:

1) sekiranya dah ada buyer dan kedua-dua pihak telah tandatangani perjanjian jual beli, proses pindah hakmilik dan pembayaran oleh pihak bank hingga ke pemilikan kosong dan penyerahan kunci biasanya mengambil masa paling cepat 3 bulan , biasanya 6 bulan bagi hartanah freehold. Bagi hartanah leasehold pula 6 ke 9 bulan.

2) Fee agen hartanah atau perunding hartanah berdaftar adalah maksima 3% dengan 6% GST dari 3% tadi.

3) Boleh jual jika penjual di luar negara. Penjual perlu menyediakan surat kuasa atau power of attorney kepada seorang wakil di Malaysia untuk menandatangani sebarang dokumen. Tanpa PoA, penjual perlu pulang ke Malaysia setiap kali tandatangan diperlukan.

4) kalau strata dah keluar tapi puan belum buat perfection, bergantung adalah pemaju rumah puan boleh transferkan nama ke pembeli atau tidak. Ini dipanggil direct transfer. Jika tak boleh direct transfer, pemaju perlu pindahkan nama ke puan dahulu, barulah puan pindahkan ke pembeli. Ini akan mengambil masa paling cepat 9 bulan tapi biasanya boleh mencecah setahun setengah untuk prosedur selesai sepenuhnya.

Boleh baca perkongsian saya sebelum ini mengenai kesan lambat buat perfection tapi nak jual rumah di sini.

http://www.propertywaltz.com/2015/03/tak-buat-completion-sekali-tak-boleh.html?m=1

Sambungannya di sini
http://www.propertywaltz.com/2015/03/tak-kira-nak-juga-beli-rumah-belum.html?m=1


Gambar hiasan: Astaria Kondo, Taman Kosas untuk dijual. 207k harga pasaran 230k. 3 bilik 2 bilik air. 1014 sqft. Boleh markup S&P.

Satu lagi: Seroja Apartment, Taman Putra Perdana, Puchong. 3 bilik 2 bilik air, 728 sqft. Nak jual RM 150K.
Share:

posing Havoc

Dr Azizul kata masa talk dia tadi, cik Rohaniah tu gen Y. Woww.. Itu satu penghormatan kepada kecomelan saya.
Kerana itu, saya berbesar hati ajak dia bergambar bersama meskipun akan jelas ketara berdiri tak sama tinggi duduk sama bergaya.

#havochartanah #rohaniahnoor #semuaorangkenabelirumah


Dr Azizul kata masa talk dia tadi, cik Rohaniah tu gen Y. Woww.. Itu satu penghormatan kepada kecomelan saya. Kerana itu, saya berbesar hati ajak dia bergambar bersama meskipun akan jelas ketara berdiri tak sama tinggi duduk sama bergaya. #havochartanah #rohaniahnoor #propertywaltz #semuaorangkenabelirumah
Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1bYWpMu
Share:

Antara penghavoc

Memang havoc habislah JB kali ni.

#havochartanah #rohaniahnoor #semuaorangkenabelirumah


Share:

Selamat Pagi Malaysia: debaran dilamar kali pertama

Semalam  14 Mei memang pengalaman yang sangat mahal buat saya.
Saya telah dijemput sebagai tetamu jemputan dalam Selamat Pagi Malaysia.
Berkongsi mengenai pelaburan hartanah dalam slot Celik Kewangan.

Kredit foto: NAS


Saya bersiaran dari jam 9.10 - 9.30 pagi.
Bukan sahaja sampai Selamat Pagi Malaysia habis, tapi sampai studio dah tutup lampu, saya masih dalam tu.
Ada staff RTM menegur dan bertanya soalan.
Harap soalan saya membantu dia. 
Tengok dia pun dari blur jadi berkerut lepas saya bagi cadangan, formula dan pilihan-pilihan yang dia boleh ambil.
hehehe

Ramai yang komplen, apsal tak beritahu awal?

Hahaha..

saya dapat panggilan telefon pada petang hari Selasa.
Maknanya lagi satu hari setengah sahaja lagi.
Bila pegawai RTM tu call je, dalam kepala saya mula panik. Satu perkara je yang saya risau.
Nak pakai baju apa?

Saya kan selalu cakap, hidup di bawah kemampuan.
Kena pulak budak Jengka ni dulu tau menoreh dan main bola getah je.
Mana lah ada bakat semulajadi nak bergaya.
Berbelanja pun beringat-ingat.

Jadi, membayangkan baju-baju yang saya ada tu, alamak... macam tak ada yang cun.
Nak masuk TV wehh,,, kali pertama pulak tu.

Terus saya capai whatsapp, beritahu berita ini kepada keluarga dan kawan terdekat
dan hantar satu mesej mayday mayday ke kawan-kawan law saya.
Terbayang Anim dan Huda yang sangat pandai bergaya, Mazni dengan gaya korporat yang menarik dan Mayah yang berimej muslimah ayu.

Atas khidmat konsultansi percuma melalui whatsapp, semua sebulat suara yang saya perlukan suit baru.
Suit pertama dalam hidup saya.
Wohh..
"Suit ini satu investment," kata mereka.

Maka pada hari Rabu saya pun ke Midvalley seorang diri. 
Semua kawan bizi, tak dapat menemani.

Bila saya jumpa suit yang nampak ok, saya akan test pakai dan snap gambar.
Hantar ke whatsapp.
Dapatkan pandangan kawan-kawan.

Stress juga.
eh.. bukan.. stress sangat!
Saya lebih stress fikir apa nak pakai dari fikirkan apa nak cakap.
hahahaha

Ok, 
Bila dah jumpa suit, cari kemeja pulak.
Anim siap minta saya beri gambar saya dengan beberapa warna tudung lagi.
Dia nak tahu saya sesuai pakai tudung warna apa, dan cari kameja yang sesuai dengan tudung tu.
Selain Anim, Cymah pun ada ingatkan saya warna kameja yang sesuai.
Tapi Anim lah yang memang setia online whatsapp dengan saya semalam. Dari jam 12.30 tengahari sampai jam 5.30 petang.
Sanggup layan kepeningan saya dan  beri khidmat nasihat melalui whatsapp.
Semalam dari kepala ke kasut, semua atas nasihat Anim dan dibantu kawan-kawan lain.

Sampai semalam Anim cakap, dia sebak tengok rakaman slot saya tu.
Ok, saya pulak sebak bila tulis ayat di atas.

...
...

Baik, semalam lepas beli baju saya ada appointment pulak.
Balik rumah dah malam. Dah letih.
Sedangkan seluar tu agak panjang bagi orang yang comel macam saya.

Tidur dulu..

Saya tidur jam 12.30 malam dan set 3 alarm untuk bangun 4.30 pagi.
Alarm di dua handphone dan alarm di notebook.
Saya sangat takut terbangun lewat dan kemudian terlepas masa.

Jam 5 pagi saya menjahit kaki seluar.  Supaya elok-elok dengan kepanjangan kaki saya.
Jam 5.40 pagi barulah saya ada keberanian maklumkan di FB peribadi saya yang saya akan mucul di Selamat Pagi Malaysia hari ini.
hehehe.. sebab dah sure dah bangun, baju dah ada, seluar dah jahit dan slide untuk ditayangkan pun dah difinalkan.
Itu pun saya masih takut lagi kalau saya memalukan diri sendiri nanti.
Dah la siaran langsung.
Aduh,
dan saya hanya maklumkan di FB peribadi. Tak berani umumkan di FB public saya yang like page tu.

Alhamdulillah..semalam basically semua berjalan dengan baik.
Pertama kali muka kena mekap dengan jurumekap artis RTM.
Saya gelak tengok saya dipakaikan lipstik warna pink.
hahaha

Tapi pengacaranya, Hashim Salleh dan Tazneem memang best.
Pandai bawa perbincangan tu jadi menarik dan seperti borak santai.
Mereka bertanya soalan dengan spontan dan saya menjawab dengan spontan.
Memang tak ada perbincangan apa yang akan ditanya nanti.
Lagipun saya masuk je ke dalam studio tu, pas thumb drive yang ada slide dan terus kena duduk di sofa dalam set.

SAya bersyukur semua berjalan dengan baik meskpun kurang tidur dan gementar tak terkata.

Kredit foto NAS

kredit foto: Azlina Kamarudin

Buat kawan-kawan yang tak dapat menonton semalam, jemput tonton di Youtube ni ya.
Jangan lupa klik like kat youtube tu kalau suka apa yang saya kongsikan.


Share:

Ekspo Prospek Hartanah

Ekspo Prospek Hartanah di Festival City Mall, Setapak.

Ada pameran hartanah dan talk percuma pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 12.00 tengah hari.

Insya Allah saya akan berkongsi topik mengenai penyewaan rumah pada hari Sabtu jam 12.00 -12.45 tengah hari. Lepas tu sesi speaker lain pula.

Kawan-kawan kat Lembah Klang yang nak belajar mengenai pelaburan hartanah, jemput datang ya.

#semuaorangkenabelirumah #propertytalkpercuma #prospekhartanah #rohaniahnoor #festivalcitymall #sewarumah #pelaburanhartanah #hartanah
Share:

Havoc Hartanah @Iskandar Malaysia: Nak pencen awal?

Panggilan untuk kawan-kawan di Johor.

- Iskandar Malaysia -perception versus reality
- Lebuhraya Wang
- Strategy membina portfolio hartanah RM1Juta
- Problem dapat pinjaman?
- How to pay less tax on property.

Bayangkan dalam 2 hari 11 speaker akan menyampaikan tajuk-tajuk di atas dan banyak lagi tajuk berkaitan pelaburan hartanah dan kewangan.
Padat. Non-stop.

Insya Allah saya sendiri akan membentangkan tajuk Jom Pencen Awal dengan Hartanah, khas buat kakitangan awam.



Havoc Hartanah @Iskandar Malaysia
16 dan 17 Mei ini,
bertempat di IMIC, Dangabay, Johor Bahru.

Speaker yang akan turun JB nanti adalah:
1. Azizul Azli Ahmad
2. En Mknk
3. Rohaniahnoor Di Sini
4. Dr Daniele Gambero
5. AbangAbu Abuayubul Ansari
6. Adrian Wee
7. Elizabeth Siew Wai Kit
8. Wan Infolelong
9. Khalil Adis
10. Dr Mohd Waqiyuddin
11. Richard Oon






 Harga tiket cuma RM90 untuk dua hari dan RM50 kalau nak hadir sehari sahaja.
Siap dengan 3 meal.

*****
PERCUMA 2 EBOOK BERNILAI RM45
*****
Istimewa.
Khas untuk pembaca blog dan follower saya, jika anda mendaftar dan membeli tiket berharga RM90 melalui saya, setiap pembelian tiket akan menerima 2 buah ebook percuma.
1) ebook 15 Artikel Beli Rumah Kababoom bernilai rm35
2) ebook Tips Travel Bajet Koh Lipe bernilai rm10

Untuk membeli tiket, whatsapp 0123547636.


Share:

Jengka Ceria Homestay: jana pendapatan pasif di rumah

Saya pernah berkongsi mengenai gaya hidup orang Jerman.
Mereka membina rumah dalam 2 atau 3 tingkat, satu tingkat ada satu atau dua pintu.
Maknanya dalam satu bangunan kediaman, ada 2 - 6 unit rumah di dalamnya.
Satu rumah mereka duduk,  Rumah lain mereka sewakan.
Dengan cara ini, mereka menikmati pendapatan pasif secara bulanan.

Kalau mahu baca dengan lebih lengkap, boleh klik artikel terahulu saya ini DI SINI.

Mengambil semangat dan keazaman yang sama, maka kakak saya, puan Noor Azlina sendiri telah membina 3 bilik penginapan homestay di rumahnya.
Semasa beliau mengubahsuai rumah, beliau masukkan dalam pelan dan bajet untuk ada 3 bilik ini siap dengan bilik air masing-masing.
Jadi, bolehlah ia menjana pendapatan sebagai homestay.

Jengka Ceria Homestay.
Lokasinya di Bandar Pusat Jengka, Pahang.
Tak jauh dari UITM Jengka.




Keunikan bilik homestay ini adalah ia lebih bajet berbanding homestay lain di sana.
Kerana homestay lain tu, sewa satu rumah terus. Jadi harga sewanya lebih mahal.
Yang ini berbentuk bilik, jadi kalau setakat seorang dua, lebih menjimatkan.

Sewa satu malam RM80 sahaja.
Tapi bilik besar. ada katil queen dan ada toto disediakan.
Maknanya kalau setakat 5 orang nak masuk tidur dalam bilik ni pun boleh lepas lagi.








Selain itu, setiap bilik dilengkapi dengan tv, aircond, cerek eletrik, water heater untuk mandi dan wifi percuma.

Tapi tetamu tak perlu risau sebab bilik penginapan ni, ada pintu berasingan dari rumah pemiliknya.
Pintu pagar pun asing. Bukan masuk ikut pagar yang sama.
Ahaa...
menarik kan..

Kalau berminat nak booking homestay di Bandar Pusat Jengka, Pahang, boleh call atau whatsapp 0123547636
Share:

Jalan terus

Setiap hari kita akan temui pelbagai halangan dan menempuhi pelbagai cerita. Ada orang yang menyukaimu tanpa sebab. Ada orang menyakiti hatimu tanpa sebab. Asal kita tahu apa yang kita lakukan itu sehabis baik terus dari hati, jalan terus sahaja. Jalan terus, jalan tunduk. #motivasi #elephant #elephanttrekking #krabi #aonang #jalanterus #jalantunduk #rohaniahnoor



Setiap hari kita akan temui pelbagai halangan dan menempuhi pelbagai cerita. Ada orang yang menyukaimu tanpa sebab. Ada orang menyakiti hatimu tanpa sebab. Asal kita tahu apa yang kita lakukan itu sehabis baik terus dari hati, jalan terus sahaja. Jalan terus, jalan tunduk. #motivasi #elephant #elephanttrekking #krabi #aonang #jalanterus #jalantunduk #rohaniahnoor #propertywaltz
Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1EiBeM7
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog