• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

untung ke bukit beruntung?

Salam dari Rome,

saya nak berkongsi satu soalan ini dari rakan Fb saya.
Apa pendapat rakan-rakan, terutama yang tinggal atau bekerja atau tahu lokasi yang dinyatakan di bawah.

Saya copy paste soalannya:

salam, ape pendapat kak ani berkenaan kawsan bkt beruntung? ada harapan x bukit tu nak beruntung? rumah dilelong pd harga tak munasabah. ada peluang pelaburan ke dlm 2 atau 3 tahun lagi disana

Nota: dulu saya bekerja di kilang Perodua di Sg Choh.
Jadi, agak familar dengan bukit beruntung tapi itu 10 tahun lepas.
Share:

Koln


siang tadi melawat Koln. Ia terkenal dengan keindahan senibina dan sejarah Cologne Cathedral yang bermula pada abad ke 4.
namun begitu, apa yang ada sekarang adalah struktur kedua yang dibina bermula dari tahun 1248 dan siap pada tahun 1265




kami juga pergi ke sebuah masjid di sana. 
Masjid ini di bawah jagaan persatuan muslim turki.
dulunya kecil tapi sekarang sedang diubahsuai menjadi besar.



ada pejabat untukdisewa di Koln.
Ada yang berminat nak buka cawangan pejabat di sana?



Share:

kami dah sampai amsterdam dan duisburg!

pagi ini menulis dari duisburg, germany.
Sambung dari kisah INI.

perjalanan di atas kapal terbang kami semalam dari KLIA ke amsterdam, Holland mengambil masa 13 jam.
memang itulah 13 jam saya yang paling tak produktif.
tidur, makan, tengok movie, tidur semula, makan, bangun ke tandas dan tengok pemandangan, tengok movie, makan, tidur
pusing itu sahaja rutinnya dari jam 9 pagi waktu malaysia hingga jam 10 malam

keluarga abang hantar ke klia. macam nak pergi umrah pula :)


sampai di amsterdam, kami jalan-jalan di dalam lapangan terbang sambil menuju ke gate B32 untuk ke Dussedolf pula
sambil berjalan, sambil survey harga barang di kedai
perfume CK One, Hugo Boss dan beberapa lagi cuma 49 euro untuk 2 item. hohohoo
saya juga dapati handycam dan kamera lebih murah berbanding di Malaysia
itu harga selepas convert ke RM
kalau penduduk sini yang menerima gaji dalam euro, lagi besar kuasa beli mereka

tulip segar yang dijual di airport Schiphol, Amsterdam

Cuma handphone, lebih kurang sama.
Saya tengok harga Samsung Galaxy S3, iPad, iPhone lebih kurang sama.

Ghalit tengok barang-barang, sampai kami terlewat sampai ke gate B32.
mana taknya, besar betul lapangan terbang tu.
Jauh betul berjalan, pun belum sampai je gate B32.
bila sampai kat gate B26, seorang staff dah panggil kami turun.
agaknya beliau mencari kami...

turun dari gate, naik bas menuju ke kapal terbang.
Macam kita naik Air Asia, kapal terbangnya tak bersambung dengan terminal.
Tapi kalau naik air asia, kita kena jalan kaki menuju ke kapal terbang
tapi ini, kami dibawa dengan bas.

Kapal terbang ini kecil sahaja.. Fokker 770
perjalanan dari Amsterdam ke Dussedolf, Germany mengambil masa 55 minit.

Sampai di Lapangan Terbang Dussedolf, famili adik saya dah menunggu.
oyeeyyy!!!

di airport Dussedorf

Dari Lapangan terbang, kami naik train tergantung.
haah, sebab relnya di atas, bukan di bawah.
Bayangkan monorel tapi relnya di atas.

Tukar satu train kemudian ambil bas pula sampai la ke depan rumah adik saya ni...

Jadi malam tadi kami tidur dengan baju sejuk dan sarung tangan
brrrrr....

Setakat satu malam di sini, saya dapati
- panggung wayangnya sunyi. katanya orang jerman kurang gemar menonton wayang di panggung
- jalannya sunyi di waktu malam. mereka kurang bersosial pada waktu malam. kurang keluar rumah. Kalau ada pun, terus ke bar sahaja.
- bangunannya petak-petak. Tak ada balkoni
- ramai orang muda membawa basikal di sini.
Kalau di Malaysia, yang berbasikal tu orang yang bersukan sahaja. pakai pun basikal ribu-ribu dan pakaian ala atlet.
Tapi di sini mereka pakai basikal biasa, aada yang ala-ala basikal tua lagi. Pakaian pun macam biasa sahaja.
- jalan tak banyak kereta. sunyi sahaja biarpun pada masa ini sudah jam 6.30 di sini.

Paling menakjubkan bila kapal terbang kami melalui banjaran Himalaya semalam.
Wowww.. terasa permukaan banjaran bersalji itu sangat dekat dengan kapal terbang


Share:

Rahsia terbongkar! mana dapat duit pergi Jerman?

Jam 9 pagi hari ini kapal terbang saya akan berangkat ke Amsterdam
Transit 2 jam di sana seterusnya ke Dussedolf, Germany.
Bersama saya adalah ibu saya dan adik saya yang bongsu.

Kami mahu melawat adik saya dan keluarganya di sana
suaminya sedang melanjutkan pengajian PhD atas tajaan majikan di sana

wahhh...
bagaimana kami bekas penoreh getah ini ada wang melancong ke Eropah?

Haa... saya telah berjanji di Facebook untuk menceritakan kisah di sebaliknya

Masih ingat kisah photo shoot pertama saya INI?



Kisah ini berlaku pada tahun 2010
Sebenarnya photo shoot itu berlaku kerana saya menjadi antara peserta sebuah rancangan realiti online.
Nama rancangan tersebut adalah Property Millionaire Challenge
Ia dianjurkan secara usahasama oleh The Star dan Freemen.

Pada masa itu, ada 14 orang dipilih menyertai rancangan ini selepas menjalani audition
Hohoho.. tak sangka saya ada nasib juga melepasi audition

Tapi awal-awal lagi 2 orang yang merupakan pasangan suami isteri menarik diri
Ye lah.. mereka tinggal di pulau pinang..
jadi susah nak beri komitmen

Tinggallah 12 orang menjalani seminar 3 hari yang turut dinamakan Property Millionaire Challenge
Seminar ini disampaikan oleh Michael Tan
Penceramah jemputan antaranya Juanita Chin, Gavin Tee, Ho Chin Soon dan Nancy Ng
Setiap hari selepas sesi, kami kena ditemuramah dan dirakam


Kemudian kami perlu hadir ke Sesi group mentoring No Money Down
dan juga satu sesi khas seminar Pelaburan Hartanah Komersial oleh Dr Peter Yee
Tak kurang hebat, satu sesi minum petang private bersama Michael Tan, Milan Doshi, Dr Peter Yee dan beberapa taiko ternama di Malaysia


Audition



(Jangan gelak bila nampak budak baju peach itu bercakap ya.. kekekeke)


Sepatutnya rancangan ini akan disiarkan di dalam sebuah laman TV online Star Property
Hadiah utamanya adalah wang tunai RM 10,000
akan ada undian dari penonton untuk memilih peserta mana yang dirasakan layak menang

Tapi tak tahu di mana silapnya, hingga ke hari ini rakaman dan projek ini terkubur begitu sahaja.

Namun begitu, semasa minum petang khas bersama taiko hebat-hebat ini, ada pengumuman hadiah khas
penganjur mengumumkan ada hadiah surprise selain hadiah utama itu
rupanya saya dan Ryan dipilih menang hadiah ini
Kami diberi satu surat mengatakan kami memenangi hadiah istimewa
dan penyampaian hadiah akan dibuat kemudian.

Tunggu punya tunggu, rancangan realiti dan jadi fantasi
rancangan terperap, hadiah pun tak nampak bayang
Saya dan Ryan berusaha juga menuntut apa yang dijanjikan

Alhamdulillah..
bulan puasa 2011, bekas staff Starproperty yang menguruskan rancangan ini telah menghubungi saya
Katanya hadiah dah dapat
dan beliau bantu bank in kan cek bernilai RM 5000.

Saya sudah berniat dan menyatakan di dalam rancangan tersebut
Jika saya menang, saya akan bawa ibu saya ke Germany melawat adik saya

Maka itulah saya gunakan wang ini untuk membeli 2 tiket kapal terbang ke Germany
satu untuk saya, satu untuk ibu saya
memang RM 5k ni tak cukup untuk 2 orang, jadi selebihnya saya dan mak tambah wang sendiri
tambah lebih kurang RM 700  seorang sahaja untuk tiket pergi balik.

Jadi, inilah kisahnya
azam dan hasrat kami ke Germany tercapai, insya Allah
Allah beri rezeki kepada saya sebegini... syukur...

Walaupun rancangan ini tidak diudarakan, saya sangat gembira mengenali 12 peserta rancangan ini
Kami masih berkawan hingga sekarang
Adrian, Shahrir, Regina, Victor, Jamie, Hafiz dan yang lain
mereka memang individu hebat yang saya kenali..
terima kasih atas kenangan perjalanan beberapa bulan di dalam rancangan ini
:)

Adik saya ini membantu orang mendapatkan barangan berkualiti yang diimport khas dari Germany
boleh dapatkan lebih info di PAGE INI
Share:

potensi tanah di alor setar

ada banyak peluang orang nak jual tanah pertanian tapi ada rumah sebiji seperti ini di Alor Setar
banyak juga tanah yang berada di tepi jalan utama.

Ada rakan yang mahir dengan potensi tanah di sini?


Gambar di atas adalah tanah yang baru dibeli oleh seorang rakan lama
beliau juga merupakan ahli Kelab Alien Hartawan yang saya baru tubuhkan

Siapa yang hadir ke seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah secara automatik menjadi ahli kelab ini
begitu juga kepada semua perserta seminar anjuran saya dan Property N Co terdahulu
Share:

Teknik panas: bagaimana untuk tidak membayar RPGT

Heboh orang memperkatakan dan mengongsi video ini

Mana tak hebohnya.. antara kandungannya adalah bagaimana untuk tidak membayar RPGT atas keuntungan jualan hartanah

untuk pengetahuan rakan-rakan, RPGT atau Real Property Gain Tax  ini bahasa melayu dipanggil Cukai Keuntungan Harta Tanah.
Ia cukai yang dikenakan atas setiap keuntungan jualan hartanah

Mulai 2013, kadar PRGT dinaikkan
kalau hartanah tu dijual dalam tempoh kurang 3 tahun dibeli, cukai dikenakan adalah 15%
kalau 3 - 5 tahun dibeli, cukai dikenakan adalah 10%
kalau lebih dari 5 tahun, barulah tiada cukai dikenakan.

Cukai ni memang wajib dibayar oleh penjual yang memperoleh keuntungan dari jualan hartanah
maknanya, jika harga jualan lebih tinggi dari harga belian
Peguam penjual dan peguam pembeli yang akan isytihar transaksi jual beli ini kepada LDHN

Tapi, jika bayar cukai itu wajib, bagaimana boleh ia boleh dielakkan untuk dibayar?

menurut video ini, apa yang mereka lakukan adalah

1) Sediakan 2 perjanjian.
Perjanjian pertama menunjukkan harga jualan hartanah yang kecil dan tidak menguntungkan. Hanya 10% dari harga jualan sebenar.
Perjanjian kedua menunjukkan harga jualan sebenar

2)Buat bayaran 10% harga itu di Malaysia. Maka apabila pengisytiharan dilakukan, tak perlulah bayar RPGT

3) Buat bayaran selebihnya di luar negara, iaitu di Singapura.

Wahh.. biasanya pembeli mark-up harga jualan di dalam perjanjian jual beli untuk dapatkan pinjaman 100%
ini terbalik pula.. mark-down harga jualan untuk lari dari RPGT?

Harus diingat, Seksyen 31 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah menyatakan bahawa seseorang itu didapati sengaja melarikan diri dari membayar cukai ini, dia  boleh
- dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
- didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya,
- dan hendaklah membayar suatu penalti khas sebanyak tiga kali ganda dari amaun cukai yang telah terkurang dikenakan itu akibat kesalahan itu atau yang tetap terkurang dikenakan jika kesalahan itu tidak diketahui.


Boleh saksikan kenyataan ini di minit 6:47 video di bawah

 
Share:

Laporan bergambar: Seminar Wang Besar

Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah batch pertama sesi Mac 2012 telah berlangsung dengan lancar
Alhamdulillah...
saya dapat bantu mereka memahami asas kewangan peribadi, bagaimana mengenalpasti kemampuan dan jodoh hartanah masing-masing dan bagaimana menggali hartanah yang hebat-hebat.

Walaupun pada awalnya banyak betul rintangan
bukan sahaja pada saya
tapi pada jurugambar kami juga, Safwan dari ProxyMedia Pro

Layan gambar-gambar

Haaa.. meh tengok sini kawan-kawan... kita belajar Kalkulus.


Tuan Harun, kena bangun... kita nak nyanyi lagu negaraku ni.

Kawan-kawan, ok tak?
Chan: entah.. aku dok ghalit main sms. hehehe

Kira.. kira... soalan ni senang je.. mesti boleh score punya lah!

Kami di PMC sentiasa menekankan betapa pentingnya anda semua menjaga jenama minyak hitam untuk Harley Davidson anda tu.. 

ok.. berbalik pada tajuk homestay...


Betul ke apa yang diorang bebelkan kat depan ni? Dah la meja tak ada.. huhuhu
Saya Hazlin Aslina Hamzah dari firma Hasnan Hamzah.


Kami para peguam tak panggil perjanjian jual beli tu S&P, Kami panggil SPA. baru ada gayaaa... 


Sesi bergambar pun ada.
Sayang betul, muka naik jerawat lah time ni.. huhuhu...



Yang paling buat saya terharu dan sangat berbesar hati adalah... jeng jeng jengg..
kemunculan Puan Wada Hanif, taiko rumah lelong terhebat seMalaya...
(dan taiko skrip drama rumah sewa juga.. hehehehe)

Puan Wada hadir bersama big boss nya... 
Terima kasih banyak-banyak Puan Wada kerana sudi menjenguk kami dan memberi sokongan moral.

Ambil berkat kak Wada.

Terima kasih kepada semua peserta dan crew batch pertama Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah.
Anda memang rock!


Dan mereka juga akan secara automatik menerima keahlian percuma Kelab Alien Hartawan!
oye!!!
Sebagai ahli kelab, mereka akan mendapat keistimewaan iaitu priority dari saya, maklumat panass terawal dan insya Allah pelbagai keistimewaan lain.
All the best!!

We had joy we had fun!



Sedikit pengumuman:
Tuan Didi, boleh hubungi saya tak? saya perlukan alamat email tuan dan no hp

Tak sabar nak bantu batch kedua pada 20 April ini pula ..

Share:

Apa isi kandungan seminar ni?


Esok seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah.
Sesi pertama ia diadakan
modulnya berbeza dengan modul yang pernah saya dan rakan-rakan Property N Co buat pada tahun 2011 dulu
Yang tu namanya Seminar From Zero to Hero

Lantas, oleh kerana ini seminar berbeza, modul berbeza
maka ramai yang bertanya kepada saya
tajuk apa yang akan saya sampaikan dalam seminar Wang Besar ini?

Tuan / puan,
dalam seminar satu hari ini, tajuk-tajuk yang akan dibentangkan, antaranya adalah


Sesi saya:
- asas perancangan kewangan, cashflow, mengenali kekayaan, hutang, konsep air paip, kebebasan kewangan dan mengenalpasti nilai bersih.
- Asas pelaburan hartanah, Bagaimana buat duit melalui hartanah, Mengenalpasti matlamat pelaburan
- Tanya kalkulator anda
- Lombong dan emas: bagaimana menggali hartanah hebat berkilau-kilau
- Strategi beli hartanah: apa jodoh hartanah anda?
- Kenal dan tangkap: mengenalpasti potensi pembelian hartanah dalam pembinaan, subsale dan lelong
- 11 Langkah membeli rumah subsale dan under construction
- Kaya melalui wang orang: bagaimana mendapatkan pinjaman
- LTV 70%: teknik pelabur tersepit
- 9 kesilapan pelaburan hartanah Rohaniah Noor

Sesi Sifu Pie
- bagaimana buat duit melalui pelaburan rumah homestay

Sesi Peguam
- prosedur undang-undang dalam pembelian rumah
- Kaveat dan kesannya
- kepentingan perjanjian tambahan dalam kes No Money Down
- Hak-hak pembeli dan penjual apabila salah seorang langgar perjanjian

Ini antara tajuk-tajuknya.
Tapi jika peserta ada kemusykilan lain nak bertanya, tanya sahaja.

Ini cover fail seminar esok.
Tak sempat nak buat design baru, saya edit design ebook Wang Besar saya sahaja.

Cover fail seminar esok

Sementara tu, rumah saya di Alam Idaman dah pasang gril
Tapi defect dari pemaju belum siap dibaiki
Harapnya akan dapat penyewa dengan cepat.




Saya seru penyewa yang baik dari kalangan wanita bujang atau yang baru nak berkahwin
yang menyewa pada harga RM 1200 ke atas untuk unit kosong.
Amin...
Share:

Pengumuman, peta dan gambar

Dua hari lepas, saya dah email kepada semua peserta yang mendaftar untuk hadir ke seminar sabtu ini
Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah

Tapi ada antara peserta yang beritahu mereka tak dapat email tu
walaupun alamat email dah betul dah
dan juga ada seorang atau dua orang yang membuat bayaran ke akaun Sifu Pie
yang saya tak dapat alamat email mereka

Oleh yang demikian, elok jika saya tulis di sini apa yang peserta perlu tahu dan bawa.

Seminar akan diadakan mengikut butiran berikut:

Tarikh: 16 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat:No 12-1 , Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, Kajang, Selangor.

Pendaftaran akan bermula pada jam 8.30 - 9.00 pagi.

Pakaian
-Pakaian Kasual

Apa yang perlu dibawa?
1) Pen dan buku nota
2) Jaket / shawl / baju panas, jika suhu bilik sejuk atau tidak menentu.
3) Kalkulator. Penggunaan kalkulator di telefon bimbit boleh cuma kurang digalakkan kerana kurang selesa untuk mengira angka yang besar.
4) Snek seperti coklat, untuk diambil jika terasa lapar sementara menunggu waktu rehat tengahari
5) Business Card atau brochures untuk networking.
6) Notebook , Tablet PC, Smart Phone (jika ada)
6) Hati yang ceria dan bersemangat untuk belajar :)


Makanan /Minuman
- Minuman pagi ringan disediakan iaitu pada jam 8.30 pagi sebelum sesi bermula.
- Mohon maaf, oleh kerana yuran seminar ini sangat berpatutan, jadi makanan tengahari dan minum petang tidak dapat disediakan. namun jangan bimbang, terdapat banyak kedai di sekitar tempat seminar.
- Air mineral ada disediakan.

Peta

- Untuk ke lokasi, tuan / puan boleh merujuk peta lokasi seperti di bawah.



saya sertakan juga gambar-gambar lokasi supaya tuan / puan familiar dan mudah mencari.

Jika pada hari seminar, tuan / puan memerlukan bantuan untuk sampai ke lokasi, mohon hubungi 01129443437 (en Noor) atau 0123459450 (fara).

Pejabat Sifu Shafie / Pie2020


Pejabat MAA- corner lot sebaris dengan Pejabat Sifu Pie

Restoran Haji Tapah - corner lot satu lagi

Taman Putra Kajang - sayap kiri

Taman Putra Kajang - sayap kanan

Bertentangan dengan pejabat Sifu Pie

Share:

Cek yang mengembang-kuncupkan hati



Minggu lepas saya telah menerima cek wang booking sewaan untuk hartanah komersial saya yang pertama

Kalau kawan-kawan masih ingat, saya pernah bercerita tentang projek ini DI SINI.
Sebuah retail lot di Dataran Pahlawan, Melaka.

Kami beli subsale dengan harga RM 388K tapi bank beri penilaian RM 430K.
Beli melalui joint venture dengan seorang geng lama pelabur hartanah dan seorang peserta seminar saya pada tahun 2011 dulu.


kredit foto: http://www.melaka3.com
Proses pindah milik dan disbursementnya ambil masa sangat lama.
Insya Allah bulan ini atau bulan hadapan baru betul-betul full disbursement 
tapi wang booking sewaan dah diterima.


Sewa bermula pada bulan hadapan.
Bulan ini mereka buat renovation dahulu.

Tapi apa pun, rasa kembang kuncup tengok cek booking sewa unit komersial yang pertama ni.
Syukur, gembira...

Hartanah komersial ni permainannya berbeza.
Apatah lagi retail lot.
Terima kasih kepada Mr Milan Doshi yang menjadi guru saya dan rakan JV dalam pelaburan retail lot ini.


Saya kongsikan beberapa perbezaan pelaburan rumah dan lot komersial yang ketara:

1) kalau rumah, rental yield 8% sebaik mendapat kunci adalah perkara biasa. 
Bagi unit  komersial, 6% adalah biasa. sangat sukar mendapatkan unit komersial yang boleh menawarkan rental yield hingga 7%. Ada tapi kena gali lebih lagi.

2) kalau rumah, beli je terus dapat positive cashflow beratus ringgit. 
kalau unit  komersial, tak hairan lah jika bila dapat kunci, kadar sewa hanya cukup-cukup untuk bayar ansuran bank. Malah ada banyak unit komersial yang bagus yang memberi aliran wang negatif pada pemiliknya sebaik dapat kunci.

3) kalau rumah, kenaikan sewa setahun mungkin RM 100 - RM200 atau 10% bergantung pada supply and demand. 
Kalau unit komersial, kenaikan boleh pergi dari RM500 - RM 3000 setahun bergantung pada pembangunan di kawasan tersebut.

4) kalau rumah, katakan purata satu rumah dapat aliran wang positif RM 400, kena ada 10 buah rumah baru dapat wang pasif RM 4K.
kalau beli unit komersial, satu atau dua  hartanah komersial pun dah boleh beri pendapatan pasif RM 4K ini selepas beberapa tahun dibeli.

5) Harga rumah lebih murah. Merujuk kepada harga per kaki persegi.
Harga unit komersial per kaki persegi lebih mahal dari rumah. Malah antara unit kedai pejabat, lot pejabat dan lot retail, lot retail paling mahal harga per kaki perseginya. Namun disebabkan saiz retail lot yang lebih kecil, menyebabkan harga jualannya nampak lebih rendah dari lot kedai pejabat.

6) Kenaikan harga rumah boleh dikatakan secara purata 5% - 10% setahun bergantung pada supply and demand. Bermakna, selepas 3 tahun, purata kenaikan boleh pergi 15% - 30% atau paling tinggi 40%.
Tapi bagi unit komersial, kenaikan harga boleh selepas 3 tahun boleh naik hingga 100% atau lebih, bergantung pada pembangunan kawasan di situ.

6) kalau rumah, penilaian menggali unit yang bagus adalah berbeza.
kalau unit komersial, penilaian menggali unit yang bagus juga sangat berbeza.
Jangan campur aduk. Perlu belajar ilmu lain untuk membuat pelaburan hartanah komersial.


Kesimpulannya: 

unit komersial memerlukan modal yang lebih tinggi, harga lebih mahal, risiko lebih tinggi tapi
jika pelaburannya dilakukan dengan ilmu dan bijak, akan memberi
- pulangan yang jauh lebih tinggi dari segi sewa dan kenaikan modal dan
- kaki yang lebih bergoyang sebab lebih relaks.
Share:

SPNB v PR1MA? Rumah mana lebih popular?

Akhir-akhir ini ada banyak pengumuman rumah mampu milik untuk rakyat di Lembah Klang.


SPNB

Dua minggu lepas, SPNB telah mengumumkan pelancaran Skim Rumah Pertama Rakyat.
Lokasinya sangat bagus, di Sungai Buloh dan di Shah Alam.

Permohonan ini terbuka untuk pemohon yang memenuhi syarat ini:
- warganegara Malaysia
- belum pernah beli rumah. Jadi, ini akan jadi rumah pertama Rohaniah Noor lah.
- Umur Rohaniah Noor tak lebih 35 tahun
- Pendapatan pemohon seorang mestilah tak lebih dari RM 5,000
- Pendapatan pemohon dan pasangan pula mestilah tak lebih RM 10,000
- telah disahkan dalam jawatan kerja sekarang sekurang-kurangnya 6 bulan

Setakat ini, belum ada pengumuman mengenai berapa harganya yang sebenarnya lagi.
Untuk memohon rumah ini, layari URL INI.




PR1MA

Manakala semalam pula, heboh di berita-berita media masa perdana.

Perdana Menteri mengumumkan 2078 unit rumah mampu milik di bawah PR1MA telah dilancarkan di Alam Damai, Cheras..
Harga bagi rumah ini juga belum diumumkan tetapi ia dikatakan akan 20% lebih rendah dari harga pasaran di sana.

Syarat permohonan untuk program ini adalah:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.

- Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
- Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
- Menepati syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.


Terdapat syarat tambahan untuk rumah PR1MA ini iaitu
- rumah PR1MA   tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

Untuk memohon rumah PR1MA ini, boleh klik URL INI.


Untuk memilih siapa yang layak menerima rumah ini, proses pengundian terbuka akan diadakan.


YANG MANA LEBIH POPULAR?

Dari segi lokasi, rumah SPNB atau rumah PR1MA kedua-duanya menawarkan lokasi yang bagus.
Cuma mana satu yang lebih dekat dengan tempat kerja anda?
atau lokasi mana yang anda lebih selesa?

Dari segi kelayakan, rumah SPNB hanya untuk mereka yang belum beli rumah.
Hanya untuk dara hartanah atau property virgin sahaja.
Tapi rumah PR1MA masih memberi peluang kepada mereka yang sudah ada satu unit rumah sebelum ini.

Julat gaji dalam rumah SPNB juga lebih besar berbanding julat gaji rumah PR1MA.
untuk rumah SPNB, kalau gaji suami isteri berjumlah RM 9,000 masih layak memohon tapi kalau untuk PR1MA, gaji RM 9,000 tu dah tak layak dah.


Saya beli tak? Nak follow ni...

Jangan follow saya sebab saya tak tak beli.
Bukan tak mahu tapi tak layak. Rumah dah lebih dari 2... hehehe...



Share:

Sabtu lebih popular

Saya bantu orang buat duit melalui pelaburan hartanah.
Sebab itu saya tulis blog, tulis ebook dan anjurkan sesi perkongsian ilmu.

Oleh kerana ada lebih ramai permintaan untuk saya adakan seminar sesi April pada hari Sabtu
maka dengan itu tarikh seminar sesi April adalah pada hari Sabtu 20 April 2013
bukan lagi Ahad 21 April 2013

Tempat masih lagi di Lembah Klang tapi saya  akan umumkan kemudian di mana.



Siapa patut hadir seminar ini:
- Orang yang baru nak mulakan pelaburan hartanah
- Orang yang nak beli rumah tapi kurang faham prosedurnya bagaimana
- Orang yang dah beli satu rumah tapi masih blur bagaimana proses sebenarnya dan bagaimana beli rumah boleh jadi jutawan
- Orang yang berasal dari keluarga miskin atau sederhana tapi berimpian nak jadi jutawan
- Orang yang nak tahu di mana kesilapan saya dan mahu ambil iktibar

Kalau dah mahir dan beli 3 rumah dan dah mahir dengan strategi, seminar ini bukan untuk tuan / puan / cikpuan.

Yuran seminar adalah RM 228 seorang atau RM 420 untuk dua orang.
Tapi jika tuan / puan buat bayaran sebelum atau pada 3 April 2013, yuran hanyalah RM 188 atau RM 350 untuk dua orang.

Untuk menghadiri seminar ini, mudah sahaja.
1. Buat bayaran yuran ke akan CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Services.
2. Isi borang di bawah untuk maklumkan pembayaran atau email saya propertywaltz@gmail.com
3. Datang pada hari seminar.




Jika saya yang dahulunya penoreh getah pun boleh buat, tuan / puan / cikpuan apatah lagi?



Seminar ini terhad untuk 30 23 orang sahaja.
Jadi, jangan lambat-lambat buat tindakan ya.

( Sabtu pun sabtu lah...
Sabtu lebih popular )
Share:

Duplex muplex. apa tu?

Apa itu unit Duplex?

Semalam saya menerima beberapa soalan begini.
Ini gara-gara satu unit panass yang saya kongsikan di mailing list saya lah.

Kalau anda tanya pakcik google, apa itu duplex, memang boleh pening dibuatnya.
Sebab istilah duplex ni merujuk pada percetakan, telekomunikasi, perubatan dan termasuklah hartanah.

Tapi jangan pening. Yang kita nak tahu sekarang adalah apa itu unit duplex merujuk kepada hartanah.

Apa pun definisi istilah ini, dalam bahasa mudahnya unit duplex di Malaysia adalah unit yang nampak macam 2 tingkat.
Tapi tingkat atas tu tak penuh. Lantainya hanya separuh.
Jadi, dari tingkat atas tu, anda nampak tingkat bawah tu macam ada ruang yang bersyiling tinggi.

Pening?
haaa.. mari tengok gambar -gambar ini.
Ini contoh unit duplex di Empire SOHO

Pemandangan dari tingkat bawah. kredit gambar http://jazzmint.net/blog/2010/09/empire-soho/

ini pemandangan dari tingkat atas.

Ini pula gambar bagi unit duplex Subang SOHO



Bagi Unit duplex di Domain, boleh tengok gambar-gambar di dalam iklan DI SINI.
tapi salah satunya adalah gambar ini

Kredit foto: Charis

Dua tingkat dua pintu atau satu pintu?

Ada duplex yang hanya ada satu pintu di tingkat bawah, macam projek-projek yang saya beri contoh di sini.
Tapi ada juga duplex yang tingkat atas dan tingkat bawah ada pintu yang berasingan.
Maknanya, kalau nak masuk ikut tingkat atas terus, memang boleh. Tak perlu lalu tingkat bawah dulu.
Contohnya duplex soho untuk projek De Centrum.


Apa pula beza Duplex dan SOHO?

Duplex ni merujuk pada jenis unit hartanah. 
Ada unit satu tingkat, ada unit duplex, ada 2 tingkat, 2 tingkat setengah, 3 tingkat dan seterusnya.
tiada kaitan dengan jenis guna tanah.
unit duplex boleh jadi SOHO macam Empire SOHO dan Subang SOHO
ia boleh jadi juga rumah macam di Domain @Neocyber
ia juga boleh jadi pejabat.

SOHO pula adalah jenis kegunaan unit hartanah
Ia dibina untuk tujuan small office home office.
ada soho yang satu tingkat, ada yang duplex.
SOHO satu tingkat ada ditawarkan di De Centrum dan D'Waterfront, Ampang.


Harap tidak pening-pening lagi.
:)


Share:

dah tutup tapi dah buka?

Selamat pagi kawan-kawan..

Sebenarnya saya nak beritahu
Pendaftaran untuk Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah pada 16 Mac ini telah pun ditutup
Seminar yang saya kongsi DI SINI.

Dah terlebih 30 orang.
saya takut kalau ramai sangat nanti tak selesa..
Jadi saya minta maaf kepada yang belum sempat buat pendaftaran

Tapi jangan bimbang, saya buka pula pendaftaran untuk sesi April
saya dah tetapkan tarikhnya
Iaitu pada hari Sabtu, 20 April 2013.


Haaa.. jadi yang mana tak boleh datang hari Ahad, boleh la datang sebab hari Sabtu
Yang isteri nak bersalin bulan ni pun, insya Allah dah boleh hadir bulan April
(tahniahh ya... nak dapat cahaya mata baru ... )

Harga masih sama..
harga early bird hingga 3 April adalah RM 188 seorang atau RM 350 untuk dua orang.
Selepas 3 April, harga adalah RM 228 seorang atau RM 420 untuk 2 orang.

Cara nak daftar pun macam biasa

Boleh buat pembayaran segera ke akaun CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Services.

Mohon maklumkan kepada saya jika kawan-kawan telah pun membuat bayaran tersebut melalui email saya rohaniahnoor@gmail.com atau no hp saya 0192648628.

Seminar sesi April ini juga terhad kepada 30 orang sahaja.
Jadi, mohon daftar segera ya...

Zassss!!

Share:

Padah menjadi rakan saya

Memang padah sungguh jadi rakan saya

Rakan sepejabat saya ni, baik orangnya
Perempuan dari Pantai Timur.
Datang ke sini untuk bekerja.

Nampak dia berjimat dalam perbelanjaan.
Setiap bulan hantar wang ke kampung.
Pergi kerja ada pemandu... pemandu bas.

Katanya dia nak sambung belajar. nak buat Ijazah pula.
Saya sokong. Saya pesan padanya, sambung lah belajar sementara muda.
Ambil bidang yang diminati.
Kalau harap pada jawatan sekarang, nak naik pangkat susah.

Padahnya bermula apabila saya mula berkongsi (atau membebel) tentang betapa perlunya dia membeli rumah
kata saya, beli rumah.. sementara belum berkahwin.
Kalau tak beli rumah pun, duit habis juga ke lain.

Puas hampir setahun kena bebel, akhirnya saya kongsi padanya satu projek apartment baru.
Villa Tropika.
Bayar RM 500 sahaja.
Selebihnya masuk dalam pinjaman.
Memang sesuai sangat untuk orang yang tak ada tunai banyak dan tak ada modal
tapi nak beli rumah

Saya pernah kongsikan kisah ini pada tahun 2010 DI SINI.
Kemudian bila dia dah dapat surat Vacant Posession  DI SINI



Villa Tropika
Gambar bender tu bukan photoshop tau. Memang bendera tu ada di situ, tak boleh elak

Saya coach dia secara tak rasmi, sebab tak ada pun saya buat program coaching pada masa tu kan..
Saya beri pandangan dan ambil tahu dari tengok rumah, booking, buat permohonan pinjaman, bayar progress payment sampai lah dapat kunci.

Yess yesss!
Khamis lepas dapat kunci.
Memang tersengeh-sengeh lah dia gembira.

Dengan hanya RM 500, beliau memiliki sebuah apartment yang kini asking price adalah RM 280K.
Kalau betul ini harga pasarannya, beliau sudah untung atas kertas sebanyak RM 120K.

woww.. wowww...

Saya turut hadir semasa beliau ambil kunci Khamis lepas.
Sebab nak juga saya tengok hasil apa yang telah saya cadangkan kepadanya.

Pemandangan dari tingkap ruang tamu
Rumah ni bagus, lokasi bagus.
Ruang makan, ruang tamu dan dapurnya agak luas.
Cuma bilik master sempit sedikit.
Sebab bila dia letak bilik air kat dalam, ia makan ruang.
Tapi untuk satu apartment berharga RM 160K, dah ok sangat dah ni.

Cuma saya kurang berpuas hati dengan cara MCT Homes atau B&G (anak syarikatnya) buat penyerahan kunci
Saya kira, semasa saya dapat kunci untuk rumah kos rendah saya dari Getaris pun jauh lebih baik.

Sepatutnya, wakil pihak pemaju bawa pembeli ke rumah.
Tunjukkan rumah, dan kira adakah cukup semua plug point, suis elektrik, paip air, tempat letak sabun. point lampu dan kipas dan point aircond jika ada.
Ada borang yang perlu diisi untuk pastikan ia cukup seperti di dalam S&P.

Tapi ini tidak berlaku masa kawan saya ambil kunci.
Borang untuk cek kelengkapan ni pun tak ada.
Yang ada hanya borang defect dan borang mohon kebenaran buat kerja-kerja renovation.

Saya sampai lambat sikit hari tu tapi ini lah yang kawan saya cerita
wakil pemaju pun tak ada kira berapa point-point tu semua.
Tunjuk rumah, bagi kunci dan bagi borang.
Tu je..
Apatah lagi nak guide pembeli periksa defect.

Aiyo...

Bila kami cuba buka air di tandas pun, air belum disambung.
Biasanya wakil pemaju akan pastikan air telah disambung. Dia akan periksa
Ini tidak.
Air hanya ada di sink dapur, tapi tak ada di kedua-dua bilik air dan yard.

Bila rakan saya ke pejabat pengurusan minta mereka sambung air, katanya dah sambung.
Aik...

Saya ada jeling-jeling dan ketuk-ketuk sikit.
Ada beberapa defect.
Nak kena periksa betul-betul ni..

Versi tanpa bendera :)
Apa pun, tahniah kepada rakan saya.
Seorang lagi tuan rumah wanita baru!
Memang padahlah jadi rakan saya dan mangsa coaching saya.
Zassss!!

(teringat VP saya yang siap ada sesi bergambar dulu tu... heeee...)
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog