• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

rumah lambat siap?

Tahukah anda yang setiap projek pembangunan hartanah kediaman ada dateline nya?
Kalau beli apartment, rumah mesti siap dan dapat kunci dalam masa 3 tahun.
Kalau beli rumah bertanah, ia mesti siap dan dapat kunci dalam masa 2 tahun.

Tapi ada banyak kes rumah lambat siap.
CF lambat dapat.
menyebabkan pembeli lambat dapat kunci.

Macam dalam artikel terbaru saya di Majalah Niaga ini.

Artikel ini mengenai hak pembeli rumah dalam pembinaan.
Apa perlindungan yang ada dalam undang-undang di Malaysia sekiranya rumah yang mereka beli lambat disiapkan oleh pemaju?
Kemana mereka patut pergi?


Siapa dah baca angkat tangan!
Kepada yang belum baca lagi, boleh klik DI SINI.

oh ya... rumah lambat disiapkan berbeza dengan projek terbengkalai ya.. 
kalau terbengkalai ni sampai melibatkan pemulihan projek biasanya oleh pemaju baru setelah KPKT campur tangan.
tapi rumah lambat siap ni lain..
pemaju yang sama.. projek tak terbengkalai.. 
cuma kemajuan pembinaannya perlahan menyebabkan penyerahan kunci lewat dari tempoh sepatutnya sahaja..
Share:

jawatan kosong segera. gaji RM 900 - 1100


Rakan saya baru mengambil alih satu kiosk rojak buah di Balakong.
Tapi tak cukup pekerja.
Oleh yang demikian, jika ada kawan-kawan yang mempunyai ahli keluarga atau kawan yang sedang mencari kerja, mohon panjangkan tawaran jawatan kosong ini ya.

tak kisahlah lah sama ada sepenuh masa atau sementara cuti semester ini
yang penting boleh hadir latihan segera dan boleh mula bekerja pada 1 julai ini.

URGENT. 
jawatan kosong sebagai Food Kiosk Assistant di balakong.
gaji RM 900 - 1100. Tempat berhawa dingin.
Hubungi 0123547636

Share:

kisah retail lot: lubuk emas atau lubuk pusar?

Pelaburan dalam retail lot.

Terasa nak berkongsi mengenai potensi pelaburan retail lot.
adakah ia lubuk emas atau lubuk pusar air?

untuk itu, saya kongsikan antara kelebihan dan risiko / kekurangan dari pengalaman dan pembacaan saya sendiri

Kredit gambar: The Star

Kelebihan

1) harga jualan lebih murah

biasanya retail lot mempunyai keluasan yang kecil.
Walaupun harga persqft nya lebih mahal dari rumah atau kedai pejabat, tapi dek kerana keluasannya kecil, maka harga jualannya lebih mampu milik.
Harga mungkin sekitar RM 150K - RM 500K sahaja berbanding kedai pejabat yang boleh mencecah RM 1juta atau lebih.
Maka ia mampu dibeli oleh mereka yang mahu melabur dalam hartanah komersial tetapi mempunyai kelayakan pinjaman yang kecil atau modal yang kecil.
Tapi ada juga retail lot seperti di Sungei Wang yang harganya telah melonjak naik melebih RM 1 juta.

2) kenaikan harga tinggi
Sama seperti hartanah komersial yang lain, kenaikan harga retail lot lebih tinggi berbanding hartanah kediaman.
Sebagai contoh, retail lot di Sungei Wang.
pada tahun 2010, harganya RM 5500 persqft.
setahun kemudian pada tahun 2011, ia dijual pada harga rm 6500 per sqft.
jadi, untuk sebuah unit retail lot di sana yang berkeluasan 442 sqft, harga pasaran pada tahun 2010 adalah 2.4 juta telah naik ke 2.8 juta dalam masa setahun sahaja.

3) Kenaikan kadar sewa yang tinggi
Sekiranya shopping mall itu berjaya menarik ramai pelanggan, kadar sewa per sqft juga akan meningkat lebih tinggi dari hartanah kediaman.
Ini kerana trend orang ramai yang suka pergi membeli belah di shopping mall berbanding di kedai-kedai yang bertebaran di luar
ini menarik minat peniaga untuk membuka kedai di dalam shopping mall, seterusnya meningkatkan permintaan sewaan di situ



Risiko atau kelemahannya pula adalah:

1) Harga per sqft terlalu tinggi. Maka risiko lebih tinggi
Harga per sqft yang tinggi ini menyebabkan ia lebih mudah naik turun dan terkesan akibat polisi dan keadaan ekonomi semasa.
Jika dilihat, di Sungei Wang, ada penurunan harga per sqft yang dijual.
Dari 2012, harganya lebih kuranh RM 6300 per sqft telah turun ke lebih kurang RM 4200 per sqft sahaja di tahun 2013.
Mungkin disebabkan pilihanraya atau mungkin kerana pembeli lebih berhati-hati di dalam keadaan pasaran sekarang.

2) Margin pinjaman lebih rendah
Disebabkan risiko yang lebih tinggi, ada bank yang menawarkan margin pinjaman yang lebih rendah.
Ada yang tawarkan pinjaman 60% ke 70 % sahaja berbanding kedai pejabat yang boleh mendapat pinjaman 80%
Ada beberapa bank juga yang langsung tidak berminat menawarkan pinjaman kepada retail lot.
Tetapi tidak semua bank sebegitu.
Saya pernah dimaklumkan bahawa Standard Chatered boleh menawarkan pinjaman sehingga 80%


3) Polisi pihak pengurusan
Berbanding kedai pejabat, ia adalah hartanah bertanah.
Maka selain polisi kerajaan dan peraturan Majlis Bandaran, tiada pihak lain yang mengawal secara langsung hartanah anda.
Tetapi bagi retail lot, ia tertakluk kepada peraturan, polisi dan perancangan pihak pengurusan.
Ada retail lot yang suam-suam kuku akibat pengurusan shopping mall yang kurang kreatif menarik minat pelanggan.
Pengalaman saya, retail lot saya terjejas kerana tiba-tiba pihak pengurusan membuat pengubahsuaian major.
mereka telah menutup sementara jalan di hujung lot saya.
ini menyebabkan aliran trafik terhenti dan pelaggan tidak lagi ramai lalu lalang di situ.
akibatnya penyewa mengadu tiada trafik dan jualan mereka merudum dengan teruk.

Anda ada pengalaman melabur dalam retail lot?
Share:

pinjaman perumahan v pinjaman peribadi: mana lebih jimat?

Akhir-akhir ini pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan banyak yang menawarkan kadar pinjaman rendah
ada yang 3.99%
ada yang 4.5%
ada yang 5%

tempoh pinjaman pun boleh pergi hingga 20 atau 25 tahun.

bagi kakitangan awam, pinjaman perumahan kerajaan ditawarkan pada kadar 4%.

situasi ini menyebabkan kumpulan FB Property N Co menerima soalan ini dari tuan Fauzan.
Soalan yang membuka satu perbincangan ilmiah yang bagus di sana.



Soalan ini juga memberi ilham kepada saya untuk hasilkan satu penerangan berbentuk video.

Kita anggap pembeli hendak membeli sebuah rumah berharga RM 100,000

Jadi, saya buat perbandingan sekiranya beliau mendapat pinjaman perumahan dengan margin 90%
kadar pinjaman 4% selama 20 tahun

dan membandingkan dengan pinjaman peribadi RM100,000 atas kadar faedah dan tempoh yang sama.



Hm.. kalau lah peminjam mendapat margin 100% pinjaman perumahan bernilai RM 100,000 pun, hasilnya tetap sama.
Pinjaman perumahan yang berasaskan reducing balance lebih menjimatkan berbanding pinjaman peribadi berasaskan fixed rate.

Tujuan lain saya buat video ini adalah untuk tunjuk apa dan di mana tools yang kita boleh gunakan kalau nak tahu berapa anggaran bayaran balik pinjaman.
Jadi lepas ni, dah boleh kira sendiri.

kalau beli rumah harga Rm 300.000, dah tahu di mana nak pergi untuk tahu anggaran bayaran.
kalau buat pinjaman peribadi RM 80,000 pula misalnya, dah boleh tahu di mana nak pergi untuk tahu anggaran bayaran juga.

Share:

CIF superhero kami!

Sejak 2 minggu ini saya dan rakan kongsi sibuk dengan projek homestay pertama kami.
Haaa... nama pun projek pertama, jadi saya sangat berdebar
tak pasti sama ada lokasi ini berpotensi besar atau tidak
tak pasti juga sama ada saya berbakat menguruskan homestay atau tidak

selama ini hanya sewakan rumah macam biasa je kan..
kali ni buat sesuatu yang baru.

Berkongsi dengan rakan satu universiti yang juga rakan running saya
beliau juga merupakan peserta Seminar Wang Besar dan merupakan salah sorang ahli Kelab Alien Hartawan.




Kami mencuci rumah
Mengecat dinding untuk menambah seri
Membeli belah perabot dan kelengkapan elektrik
dan memasang kabinet dapur



Perabot ada yang terpakai dan ada yang baru

Antara perabot terpakai yang saya beli adalah katil
Set katil terpakai dari hotel
Katil hotel ni kan jenis divan yang kepala dia berasingan
Tapi kat kedai tu katil queen dan single ada. kepala untuk queen dah tak ada

Rasa tak cun la katil queen tak ada kepala, saya cuba kecek lagi kot-kot sebenarnya ada
Maka pekerja kedai pun tunjukkan 2 unit kepala katil yang memang dah lama sangat
Dah kotor dan berlapuk.
Katanya boleh cuci.

Saya cuba beli bawa balik dulu.
Dia janji dengan saya kalau tak boleh dicuci jadi cantik semula, boleh bawa semula ke kedai dan tukar dengan barang lain.
Ok, settt

Jadi malam tadi, saya pun cuba lah buat projek mencuci kepala katil divan ni.

Ini sebelum


Dengan menggunakan kain lembab dan pencuci CIF, ini hasilnya... tara!!



Ini satu lagi kepala... saya tangkap gambar ni masa dah start mencuci bahagian kiri


Ini bila dah siap cuci



Pencuci CIF superhero kami!




Share:

Group mentoring dan coaching gaya Rohaniah Noor

Ramai yang bertanya, bila saya nak buat seminar seterusnya?

Sebenarnya untuk bulan 5 dan bulan 6 ini saya memang ada tetapkan tarikh seminar
tapi oleh kerana marketing lemah, saya terpaksa batalkan.

Tapi dalam masa yang sama, saya dah mulakan sesi group mentoring dan coaching.
Saya buka untuk peserta Seminar Wang Besar sesi Mac dan April terdahulu.

Program ini berjalan selama 4 bulan.
Mereka akan dibantu dan diberi panduan
Saya buka untuk 5 tempat sahaja dan 4 orang menyertainya.
Saya tak mahu ramai-ramai sebab takut saya tak dapat fokus pula nanti.



Kami mulakan sesi pertama pada hujung Mei 2013.
Seorang peserta coaching merupakan seorang anak muda dari JB
Seorang lagi seorang guru datang dari Alor Setar
2 orang lagi orang Lembah Klang.

Saya buat sesi pertemuan sebulan sekali dalam kumpulan
Tujuannya supaya ada networking sesama alien ini
Pelaburan dalam jamaah kan lebih mudah dan pantas dilakukan.

Lagi satu yang bestnya dalam group mentoring dan coaching ni, setiap peserta akan membuat pencarian hartanah
dan kemudiannya berkongsi dalam satu kumpulan whatsapp.
kemudian masing-masing memberi pandangan dan idea
Jika ada persoalan, saya akan bantu mereka menjawab persoalan tersebut terus di whatsapp tersebut.

Ya, kumpulan whatsapp ini menerima prioriti yang paling tinggi untuk saya respon pada masa ini.

Setakat 2 minggu program ini bermula, dua orang peserta coaching dah pun buat booking rumah masing-masing.
Alhamdulillah..

Target saya, untuk 4 bulan ini, sekurang-kurangnya 8 buah rumah mesti dirembat
setiap peserta mesti membeli sekurang-kurangnya 2 buah rumah yang menepati objektif pelaburan keep atau flip mereka
Ada yang boleh beli hingga 3 sekaligus!
Cuma berani atau tidak.. Pantas atau tidak sahaja...

Doakan mereka berjaya ya!

Jika ada rakan agen di luar sana yang ada jumpa peluang rumah pelaburan yang bagus, boleh kongsikan kepada saya
Mana tau ia sesuai dengan peserta program yang memang sedang memburu ini
:)

Berminat menyertai program ini?
Syaratnya mestilah pernah menyertai seminar wang besar yang saya anjurkan atau seminar From Zero to Hero yang Property N Co anjurkan terdahulu

Sebab ilmu dalam seminar itu adalah perkara asas yang setiap orang perlu tahu.
jadi, mesti kena ada ilmu tu dahulu
supaya dalam sesi mentoring dan coaching ni, kita tak lengahkan masa bercerita perkara asas ini lagi.
Share:

futuristik. gempak. tinggal-kerja-bermain

Salah satu ciri hartanah yang mempunyai potensi pelaburan yang baik adalah, ia mestilah mempunyai elemen stay-work-play kurang dari 5 km.
Saya acapkali kongsikan kriteria wajib ada ini kepada peserta seminar saya.

Hari ini saya nak berkongsi satu projek pembangunan baru kepada anda semua
Projek pembangunan bercampur yang mempunyai ketiga-tiga stay-work-play dalam satu tempat.
Projek tersebut adalah Zeva @ Equine South.



Zeva bukan hanya kediaman tapi ada kedai dan mall di bawahnya.
Ia berkonsepkan pembangunan komersial dan futuristik.
Kena pula, lokasinya betul-betul bertentangan dengan Jusco Equine dan bersebelahan dengan Putra Walk.
Lokasi ini juga tidak jauh dari UPM dan Cyberjaya / Putrajaya.
Jadi, setakat ini, pelajar tempatan UPM, MMU, Limkokwing dan CUCMS memang ramai tinggal di sini.
Belum kira pekerja-pekerja di Cyberjaya dan Putrajaya lagi.


Di Equine juga ada sekolah antarabangsa. Alice Smith international school.
Mudah nak akses ke LDP, MEX, Elite dan SKVE.
Akan datang, ada satu lebuhraya melalui kawasan ini iaitu Serdang-Kinrara-Putrajaya Expressway (SKIP) .
Mungkin boleh kurangkan masalah kesesakan jalan di simpang 4 keluar ke LDP tu kan..

Ada beberapa jenis unit di Zeva. Ada yang studio, ada 2 bilik dan ada 3 bilik.
Unit-unit studio apartmen ini dijual dengan pakej fully furnish.
Jadi, bila rumah dah siap nanti, pembeli tak perlulah keluar duit tunai lagi untuk ubat renovation dan isi perabot.
Sebab dah masuk dalam harga rumah siap-siap. Jadi, dah masuk juga dalam jumlah pinjaman.
Cuma kalau unit fully furnishnya, harga lebih mahal sedikit berbanding jika mereka jual kosong.
Tapi kena keluar duit cash lagi pulak.
Jadi, ada kelebihan dan kekurangan sendiri lah kan..


Dari segi reputasi pemaju pula, Trinity Group mempunyai latar belakang yang baik.
Projek mereka sebelum ini adalah The Zest di Kinrara.
Dulu tahun 2009, sifu Faizul Rizuan beli pada harga 232K sahaja.
Sekarang harganya dah naik melebihi RM 500K.


Kemudahan yang disediakan di projek Zeva @ Equine South ini oleh tahan hebat.
Boleh dikatakan, jauh lebih hebat dari apartment sedia ada di sana.
Antara kemudahannya adalah:
- Gym terapung
- kolam renang bersaiz Olympic sepanjang 50 meter
-  sky-terrace dan lobi di tingkat teratas. Dipanggil Sky Club
- kemudahan sukan
- sauna
- cafe dan banyak kedai-kedai / mall di bawah
- taska
 - water feature dan lain-lain





Setahu saya, unit memang dah hampir sold out dah..
Laku macam goreng pisang panas sejak ia dilancarkan oleh pemaju pada pertengahan tahun 2012.
Tapi difahamkan masih ada beberapa unit terhad untuk bumiputra lagi.

Saya difahamkan juga, unit yang masih ada dijual ini adalah unit studio sahaja.
Pemaju menawarkan pakej istimewa.
Ada 9 % bumi rebet. Jadi harga selepas rebet ini bermula dari  RM 258,888 (Before 9% bumi rebate)
Unit fully furnish.
Percuma yuran guaman untuk S&P
Setiap unit juga akan mendapat 1 unit parking kereta percuma.



Oh ya, pada 9 dan 16 Jun ini, ada talk oleh sifu Faizul Rizuan di sini.
Majlis bermula jam 10 pagi hingga 6 petang tapi talk oleh Faizul akan diadakan pada jam 11 pagi dan 3 petang.
Jadi, kalau ada peminat beliau di luar sana, boleh lah datang sambil tengok-tengok show unit.
Setiap yang hadir ke majlis ini akan menerima satu buku WTF percuma.
Hohohooo!!

Untuk makluman lanjut, boleh lawat laman web Zeva DI SINI.

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog