• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

malapetaka 2016 dan 2017?


Heboh mengenai Robert Kiyosaki menjangka ekonomi jatuh pada tahun 2016.
Anda boleh baca artikel mengenainya DI SINI.

Tapi sebelum beliau mengeluarkan kenyataan itu, pakar hartanah tempatan, Milan Doshi sudah menjangka economic cycle akan berlaku pada tahun 2017.
saya pernah kongsikan maklumat ini kepada ahli Kelab Alien Hartawan sebelum ini.
Kenyataan Milan itu dibuat semasa Property Investment Convention 2012.


Lantas, apa yang perlu anda buat?
Panik?
Batalkan hajat beli rumah?
Tunggu 2016 atau 2017 baru nak beli rumah?

Saya tahu ramai bersemangat nak beli rumah atau menambah rumah di sini.
Tengah bersemangat membara, terus rasa lemah longlai kah?
Terus rasa mahu tutup buku dan buka balik tahun 2016 nanti ya?

kredit foto: cooldesign
http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=2848


Pandangan saya, jika sudah ada modal, sudah ada ilmu, sudah bersedia memulakan atau menambah pelaburan, masih boleh teruskan.

tapi cuba fokus pada hartanah yang:

1) subsale apartment kos sederhana dan ke bawah yang lebih mampu milik dengan rental yield at least 7.5% ke atas sahaja.

2) apartment atau kondo yang pasaran penyewanya adalah pelajar IPT. Ekonomi jatuh bagaimana pun, pelajar tetap perlu belajar dan perlukan tempat tinggal.

3) lelong middle cost ke bawah yang lebih mampu milik. Jika mahu keep (untuk disewakan) pastikan rental yield sekurang-kurangnya 8% ke atas sahaja dan harga lelong yang dimenangi sekurang-kurangnya 20% lebih murah dari harga pasaran.

4) jika hartanah komersial, fokus pada kawasan yang betul-betul sudah matang, rental yield 6% ke atas, occupancy rate lebih dari 80% dan sangat susah nak cari unit untuk dijual atau disewa di sana.

5)  Jika mahu beli lelong untuk flip atau untuk dijual semula, boleh beli jika harga yang dimenangi 40% di bawah harga pasaran. Perlu boleh dijual segera paling lewat tahun 2015.

kredit foto: Stuart Miles
http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=2664

Elakkan beli projek baru mewah/ sederhana mewah / rumah bertanah untuk flip atau keep jika

- anda tak yakin sewa boleh tampung bayaran bulanan; dan
- anda tak yakin anda ada holding power yang kuat untuk tanggung aliran wang negatif, dan
- anda bekerja swasta yang anda tak boleh 100% yakin anda tidak akan diberhentikan kerja, atau
- anda bekerja sendiri yang anda tidak boleh 100% yakin pernigaan anda tidak akan terjejas sedikit pun sekiranya ekonomi jatuh.

ini merupakan  pandangan peribadi saya sahaja.
untuk menerimanya atau tidak, adalah di bawah pertimbangan tuan / puan / cikpuan sendiri.

yang paling penting, buat mereka yang bekerja swasta dan berniaga sendiri, bersedia dengan simpanan 6 bulan gaji dari sekarang.
bukan untuk modal pelaburan.
tapi untuk survival sahaja. untuk hidup.
untuk modal pelaburan, simpan duit lain.

untuk sewakan rumah dengan bijak dan untung maksima, ikuti 5 langkah ini.

(bila tengok gambar RK dan MD di atas, saya terfikir.. orang ternama ni suka tangkap gambar tongkat dagu eh..)
Share:

Orangnya cun, pinggan juga mesti cun

Hari ini saya nak berkongsi mengenai pinggan mangkuk
Biasalah.. tak lama lagi raya kan..
Jadi ramai yang berhajat nak mempunyai pinggan mangkuk baru
terutama yang nak menjamu keluarga atau nak buat rumah terbuka

Pinggan Corelle memang dah terkenal merupakan pinggan yang berkualiti tinggi, tahan lasak dan rekaan yang sangat cantik.
Sungguhpun dia susah nak pecah dan tahan lama, tapi dia ringan.
tak macam pinggan seramik atau kaca biasa yang berat.

Boleh tengok cara pinggan corelle dibuat di kilang melalui video ini.




Hot Corelle Malaysia sedia membantu anda berjimat dengan pinggan corelle yang tahan lasak dan harga lebih murah.

Pinggan ini diimport terus dari USA.
Harganya pula jauh lebih murah dari harga di pasaraya terkemuka.
Anda boleh bandingkan sendiri.


Hot Corelle Malaysia diusahakan oleh dua orang adik saya,

Ada promosi Hari Raya.
Jika beli 2 set terus, boleh dapat harga diskaun.
Dah la memang dah murah.. dapat diskaun lagi.

kemudian, untuk pelanggan yang pernah membeli sebelum ini, mereka dapat harga istimewa.
Lebih murah dari harga yang dah lebih murah tu.
Dan dapat hadiah percuma ini untuk setiap pembelian iaitu Corningware French White Serving Platter




Promosi ini untuk stok yang dah sedia ada di Malaysia.
Ada dalam bilik master rumah saya.
Jadi, bila anda benarkan kami bantu bekalkan pinggan ini kepada anda, bermakna anda bantu beri ruang kosong di bilik master saya semula
;)

Antara corak yang ada




Ada juga dulang




Untuk cuci mata, boleh jenguk page Hot Corelle Malaysia DI SINI
atau hubungi 010-2207586 (mieta) atau whatsapp saya sendiri 0192648628

Semoga pinggan anda cun-cun di Hari Raya ini seperti anda juga

Share:

Besarnya inspirasi di Konvensyen Mini Penulisan 2013:

Sabtu lepas saya telah menghadiri Konvensyen Mini Penulisan.
Konvensyen ini adalah anjuran Sekolah Penulisan Nuun dan dianjur bersama oleh Akademi HERO dan kursuspenulisan.com
Bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur
bemula dari jam 8.30 pagi - 4.30 petang.

Saya merupakan salah seorang ahli kumpulan FB Sekolah Penulisan Nuun
yang dikelolakan oleh cikpuan Azzah Abdul Rahman
dan saya juga alumni kursuspenulisan.com kelolaan Tuan Zamri Mohamad.

Mereka berdua memang guru yang yang hebat dalam bidang penulisan.
Cikpuan Azzah dalam penulisan kreatif, Tuan Zamri dalam penulisan non-fiksyen.




Nasib baik saya daftar awal.
Khabarnya dalam 2 minggu sahaja, lebih kurang 100 tempat duduk ini telah dirembat.
wow woww...

Maka pada hari Sabtu, 20 Julai saya pun tiba di sana lebih kurang jam 8.38 pagi.
katanya pendaftaran jam 8.30 pagi
tapi tengok-tengok, tinggal 3 baris kerusi dari belakang je yang masih ada tempat duduk.
Dewan sudah hampir penuh dengan peserta seawal pagi lagi...
apa sudah jadi?


Untuk kawan-kawan pembaca blog saya, saya kongsikan beberapa perkongsian pada konvensyen tersebut.

'Penulisan Mesra Syariah: Harta Berkat, Karya Bertahan.'
oleh Tuan Rohidzir Rais.

Tuan Rohidzir menerangkan di dalam setiap karya penulisan, ada 3 elemen terlibat.
Iaitu penulis, penerbit dan pembaca.
Untuk menjadikan sesebuah karya itu patuh syariah, tidak boleh ada unsur yang tidak syariah di antara 3 elemen ini.

Penulis tidak boleh menulis karya yang mempunyai unsur ganas, seks, tahyul, bercanggah akidah, anti mazhab, unsur syiah dan menerapkan elemen hukum karma.

Strategi pemasaran, pembahagian royalti dan pengurusan hakcipta oleh penerbit kepada penulis mestilah tiada unsur penindasan dan mengelirukan.
Tuan Rohidzir berkongsi, ada penerbit mengatakan royalti penulis sebanyak 10%.
tapi tidak pula dimaklumkan dengan jelas bahawa 10% itu adalah selepas ditolak 60% kos penerbitan.

Demi melakukan buku pula, penerbit perlu memastikan bahawa buku itu betul-betul ditulis oleh 'penulisnya'.
Biasa berlaku di luar sana, penerbit meletakkan nama selebriti sebagai penulisnya.
Sedangkan penulis tu tak menulis pun buku tersebut.
Penulis sebenar mungkin tercatat sebagai nama kedua, mungkin langsung tiada nama di kulit buku.

Penipuan dan strategi pemasaran sebegini akhirnya mengelirukan pembaca.
Mereka benar-benar fikir selebriti pujaan mereka yang menulisnya..


'Mengekstrak al-Quran dan Hadith dalam Penulisan; Seni & Cara'.
Disampaikan oleh Tuan Abdul Latip Talib.

Memandangkan semua nota telah ada disediakan di handout, Pak Latip memilih untuk tidak menggunakan masa bercerita perkara yang sama.
Beliau sebaliknya membuka sesi soal jawab dengan peserta.

Antara soalan panas yang beliau terima adalah, "Kenapa Pak Latip pakai selipar?"
aduhh....
itu pun mau tanya ka? hahahaha..



'Karya #Trending: Apa yang kedai buku mahukan daripada penulis?'
oleh Tuan Wahyudi

Apa yang kedai buku mahukan?
Jawapannya mudah.
Kedai buku adalah orang yang berniaga.
Sewa kedai, pekerja, rak.. semuanya ada kos.
Jadi, kedai hanya mahu buku yang boleh dijual dengan baik.
Buku yang tidak hanya makan ruang di rak. tetapi boleh memberi keuntungan kepada pemilik kedai buku itu sendiri.

Tuan Wahyudi mempunyai pengalaman sebagai pemilik kedai buku di Muar dan pernah bekerja di beberapa syarikat penerbitan buku.
beliau mendapati jenis buku yang boleh dijual dengan baik berbeza-beza mengikut lokasi, populasi penduduk dan jenis kedai itu sendiri.
Buku yang laku di pameran berbeza dengan buku yang laku di kedai.
Buku yang laku di ruangan jualan buku di hypermarket pula berbeza sama sekali.
Buku kewangan mungkin popular di Lembah Klang tetapi buku yang laku di luar bandar, kebanyakannya buku untuk murid sekolah.

Jadi, untuk menulis dan menerbitkan buku, tidak boleh ada elemen syok sendiri di sini.


'Tulis Sekali, Makan Berkali-kali'
oleh Puan Sri Diah dari Karangkraf

Katanya, kos penerbitan sebuah buku mencecah sehingga RM 25,000.
Ini termasuk kos cetakan, kos agen jualan dan kos pekerja.
Karangkraf menawarkan royalti 10% dari harga jualan buku kepada penulis.
Tiada kos tersembunyi seperti yang Tuan Rohidzir kongsikan sebelum ini.

Karangkraf juga menawarkan diskaun 25% kepada penulis sekiranya penulis membeli sendiri bukunya.
Maka, penulis ini berpeluang memperoleh 35% hasil dari harga jualan buku tersebut.
25% diskaun + 10% royalti.
wowowww... lumayan...


Puan Norhayati dari Kota Buku menyampaikan tajuk 'Menerobos Magis Buku Kanak-kanak'.

Bagi yang belum pernah dengar mengenai Kota Buku, ia merupakan sebuah Perbadanan yang berfungsi sebagai Pusat Buku.
Kota Buku banyak membawa karya-karya tempatan ke luar negara, khususnya buku cerita kanak-kanak.
Buku-buku ini dibawa melalui pesta buku antarabangsa yang disertai.

Kata Puan Norhayati, pasaran buku kanak-kanak berunsur Islam sangat besar di China.
Mereka sangat kekurangan buku sebegini sedangkan jumlah kanak-kanak muslim di sana sangat ramai.
"Jangan bimbang isu bahasa", katanya.
"Tulis sahaja dalam bahasa yang anda tahu. Ia boleh diterjemah ke bahasa ibunda pasaran buku tersebut".

Puan Norhayati juga membuka tawaran bagi penulis yang mahu menyertai Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa China untuk menghubunginya.

saya sangat fokus atau berlakon serius kerana ada jurukamera sedang shoot?
kredit gambar: www.mypenulis.info


'Aura Komik Positif' oleh Tuan Nazry Salam

Komik memang sangat popular di kalangan remaja.
Saya juga dulu pembaca tegar komik Doraemon dan komik Alam Perwira.

Rupanya minat membaca komik telah membuatkan tuan Nazry tekad menjadi penulik komik positif.
Komik beliau bertajuk Misi 8A, Misi 10A dan Misi 10A Plus begitu hebat dijual.
Begitu ramai kanak-kanak bersemangat belajar selepas membaca komiknya.

Yang menarik juga, beliau tidak melukis komik berkenaan.
Beliau hanya menulis dialog dan ceritanya sahaja.
Lukisan komik diserahkan kepada adiknya sendiri dan beberapa lagi pelukis komik lain.

Wahh.. kerjasama yang sangat baik.


'Show, Don't Tell' oleh cikpuan Azzah Abdul Rahman

Bagi penulis karya fiksyen, cikpuan Azzah berkongsi perbezaan gaya penulisan dakwah dan tazkirah.
Ada beza di antaranya bergantung kepada siapa sasaran penulisan kita.
Untuk yang dah faham ilmu yang kita sampaikan, tulislah dengan gaya tazkirah.
Tapi kalau baru nak menarik pembaca memahaminya, tulislah dengan gaya dakwah.
Ia seperti beza ayat Makkiah dan Madiniah di dalam al-Quran

Untuk menceritakan perasaan watak pula, jangan terangkan perasaan itu.
Sebaliknya tuliskan aksi atau tindakan spontan yang manusia lakukan apabila merasai perasaan itu.


'Hidup Dengan Bakat' oleh Tuan Zamri Mohamad

Tuan Zamri berkongsi mengenai DNA penulisan.
Ada orang yang dalam dirinya memang ada DNA penulisan.
Antara tanda-tanda DNA itu adalah apabila seseorang itu
- rajin menyertai pertandingan menulis
- menulis blog secara sukarela
- pernah mempunyai dan menulis diari suatu masa dahulu
- suka menconteng dinding dengan pelbagai contengan berbentuk tulisan

hahaha... nampaknya saya ada beberapa petanda DNA tersebut!


'Letusan eBook di Malaysia' oleh Tuan Aqif Azizan

Tuan Aqif dari Write To Wealth berkongsi mengenai beberapa teknik terbaik untuk melakukan jualan ebook.
Antaranya adalah meletakkan no handphone di dalam iklan.
Ini akan meningkatkan kepercayaan pembeli terhadap kesahan ebook anda.

Beliau juga berkata, sebanyak 40% pembeli ebook memohon dipulangkan semula wangnya dan memulangkan ebook berkenaan kerana merasakan ebook itu terlalu padat atau terlalu panjang.
Sampai mereka tak larat nak baca.
pulak...


Sesi terakhir adalah sesi perkongsian Mudahnya Rezeki Penulis oleh Ustaz Fathuri Salehuddin.
Kemudian ia ditamatkan dengan Forum bertajuk Idea Gila-Gila Dunia Buku.
Ahli panel adalah Tuan Zamri Mohamad, cikpuan Azzah Abdul Rahman dan Tuan Izwan Wahab
Moderatornya pula Puan Muna 'Izzah Fadzil

Kesimpulannya, konvensyen ini merupakan satu usaha yang sangat hebat di dalam mengumpulkan penulis dan bakal penulis.
Ada yang terinspirasi, ada yang terasa nak join sekaki
Ada yang terbayang ribu-ribu royalti
Ada juga yang mula memasang mimpi.

Goodie bag yang diterima. Buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki tiada dalam gambar sebab diberi kepada mak.

Sedikit mengimbau..
jika anda mengikuti perkembangan saya sebelum ini
saya mula menulis dan menghantar karya ke Majalah Niaga selepas menghadiri seminar penulisan rencana oleh Tuan Zamri Mohamad.
Di situ jugalah pertama kali saya bertemu tuan Aqif Azizan
Beliau menawarkan kepada saya untuk menulis mengenai pelaburan hartanah di sana
pada masa itu, Majalah Niaga belum mempunyai penulis yang menghantar artikel sebegitu secara tetap lagi.

Maka kerana merekalah, artikel saya muncul di majalah online itu sekarang.
Betapa besar sumbangan mereka kan...
Terima kasih tak terhingga dari saya.


Insya Allah..
tahun depan Konvensyen ini akan diadakan lagi
Jadi, jom kita kasi lagi meriah acara ini.
Boleh mula jenguk-jenguk laman web Konvensyen ini www.mypenulis.info
Share:

5 Langkah Jana Wang Sewa Besar: Rujukan lengkap buat si blur

Menyewakan rumah sekali imbas nampak sangat menarik.

Ambil deposit kemudian kutip wang setiap bulan.
Perjanjian hanya guna air liur.
Simple, sempoi, segera.

Kemudian, apabila penyewa ingin berpindah keluar lagi sebulan atau dua bulan, mereka minta ditolak dari wang sewa.
Kalau deposit ada 2 bulan, maka 2 bulan terakhir tu tak payah bayar sewa dah.
Tuan rumah setuju sebab sebenarnya wang deposit penyewa tu pun dah habis dibelanjakan.
Jadi, tolak dengan wang sewaan lebih menyenangkan.

Simple, sempoi, segera.

Tiba hari terakhir penyewa berpindah keluar, mereka hanya tinggalkan kunci dengan jiran sebelah.
Bila tuan rumah ambil kunci dan masuk ke dalam... Alamak!
Rumah macam kapal titanic ditarik dari dalam laut.

Segala macam sampah bertaburan
Daun pintu pecah
Perabot ada yang rosak
Kipas angin dah tak berfungsi
Bil air dan elektrik pula tertunggak beberapa bulan.

Nak membaikinya memerlukan kos.
Tak membaikinya, bagaimana pula nak disewakan semula.

Wang deposit sudah tiada.
Habis bila ditolak dengan bayaran sewa sahaja.
Jadi, nak baiki dengan duit mana?

Gambar hiasan

Ahaaa! masa inilah tuan rumah tepuk kepala.
wang poket tuan rumah lah nampaknya menjadi mangsa.
Itu belum lagi dikira tempoh sebulan yang mungkin belum bersewa.

Mimpi indah dah jadi mimpi ngeri nampaknya!

Ada tuan rumah di sini yang dah mengalami situasi yang sama?
Atau telah lama mengamalkan tolak wang deposit dengan bayaran sewa tapi masih lagi bernasib baik?

Jangan begitu.. langit tak selalu cerah...



****
Ebook 5 LANGKAH JANA WANG SEWA BESAR

*****

Alhamdulillah...
untuk semua tuan rumah dan bakal tuan rumah
Saya telah menerbitkan ebook kedua saya, '5 Langkah Jana Wang Sewa Besar'

Ebook ini akan dapat membantu anda langkah demi langkah bagaimana menarik penyewa yang baik yang mencetak wang sewa ke akaun bank anda

Ebook ini ditulis dengan teliti supaya tuan rumah yang belum pernah menyewakan rumah pun dapat melakukannya dengan mudah.
Langkah demi langkah
tanpa perlu menggunakan khidmat agen.
tetapi masih penuh dengan gaya dan tidak dikelentong penyewa.

Ebook ini membantu anda
- bagaimana mengenalpasti kadar sewa semasa rumah anda
- bagaimana menentukan mana lebih berbaloi: sewa kosong atau sewa fully furnish?
- bagaimana mengiklankan rumah dan menarik penyewa dari syurga
- bagaimana mengelakkan kerugian dan sakit kepala dengan menghidu bakal penyewa dari neraka

dan yang paling penting
bagaimana menyediakan perjanjian sewaan yang lengkap sebagai senjata anda.

Sebelum ini, saya telah pun melakukan jualan di Facebook dan melalui email.
Ini antara maklumbalas yang saya terima.








*****
Percuma (Pakej bernilai RM 588)
*****

1) 3 Set perjanjian sewaan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Muat turun dan terus guna.

2) Jadual Kadar Caj Stamping untuk perjanjian sewaan.
Muat turun dan rujuk untuk tentukan berapa caj stamping yang anda mahu ambil dari penyewa

3) Keahlian percuma Kelab Alien Hartawan
Ahli Kumpulan ini adalah ahli elite yang akan menerima maklumat terawal dan sistem sokongan istimewa dalam perjalanan mereka menjadi tuan rumah jutawan.
Anda juga akan dapat akses satu kumpulan FB tertutup yang mempunyai prioriti yang tinggi dari saya.



*****
BERAPA PERLU BAYAR?
*****

Harga ebook yang cool ini adalah RM35 sahaja.

Untuk membuat bayaran, anda boleh bank in RM 35 ke akaun
CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services.
atau
Maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor Jahron
sila masukkan email saya rohaniahnoor@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran

Kemudian, maklumkan kepada saya pembayaran kepada saya melalui email  rohaniahnoor@gmail.com atau sms / whatsapp 0192648628.
Nyatakan email, no tel, tarikh dan masa bayaran dan bank mana bayaran dibuat.

Terima kasih dan semoga terus berjaya.
Share:

Patah tumbuh hilang berganti?

Sambungan kisah perhubungan 2 bulan yang saya kongsikan DI SINI.

Semasa prosedur penyewa berpindah keluar, saya selaku wakil pemilik unit diminta menyediakan surat kebenaran berpindah kepada pihak pengurusan.
Tanpa surat kebenaran tersebut, pihak pengurusan takkan benarkan penyewa unit kami membawa keluar barangnya.
Wahh.. bagus juga ada orang tolong pantau begini.

Jadi, saya pun sediakan surat tersebut.
Saya selitkan juga kehampaan hati saya.
Disebabkan kerja-kerja renovation, menjejaskan penyewaan unit saya pula.

Tiba-tiba saya dimaklumkan, boss pihak pengurusan nak bertemu sendiri dengan saya.
Maka saya mencari masa dan kemudian memandulah saya ke Melaka.
Kebetulan pula, pada hari itulah penyewa berpindah keluar.

Saya bertemu dengan Miss Lay Kwan, CEO syarikat yang menguruskan Dataran Pahlawan.
Beliau menyatakan bahawa kegembiraan semua pemilik termasuk syarikat Hatten sendiri adalah paling utama.
Melihat kepada apa yang berlaku pada unit saya, beliau merasakan syarikat ada tanggungjawab di situ.
Sebab, kerana renovation lah, penyewaan dan harga pasaran unit kami akan terkesan.

Pihak pengurusan ingin memasang eskalator di hujung barisan unit kami.
Tujuannya untuk meningkatkan trafik di kawasan tersebut di aras bawah dan tingkat atas.
Tapi, tiada siapa dapat pastikan adakah ia akan menyebabkan unit saya lebih tinggi visibility nya atau adakah lebih terlindung.
Selain itu, dah terang-terang penyewa kami berpindah keluar kerana renovation ini dan mengakibatkan kami menanggung kerugian sewaan.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak syarikat pengurusan menawarkan leaseback kepada kami.
sewakan unit ini kepada mereka dan mereka akan mencari penyewa lain.
kadar sewa sama macam penyewaan sedia ada ini  dan untuk tempoh 2 tahun memandangkan kontrak penyewaan ini sepatutnya 2 tahun.
tapi sewaan akan bemula pada Julai 2013 la.

ini bermakna kami hanya kerugian sewaan sebulan sahaja iaitu pada Jun 2013.
tersenyum lebar saya..



Miss Lay Kwan turut beritahu, selepas renovation kita tengok semula
adakah visibility unit saya lebih baik dan aliran trafik lebih baik atau sebaliknya.
Jika lebih baik, harga pasaran akan naik dan saya bolehlah terus menyewakannya sendiri macam biasa

Tapi jika visibility dan aliran trafik makin teruk, harga pasaran mungkin terjejas.
Pada masa itu kami akan berbincang semula sama ada
- mereka tawar unit lain yang lokasinya lebih baik
atau
- mereka beli unit saya pada harga yang munasabah.

Apa pun saya harapkan renovation besar-besaran yang gempak ini akan buat harga pasaran unit kami meningkat 2 kali ganda!

apa pun, terima kasih pada Miss Lay Kwan, Mr Stanley dan Jessica yang terlibat dalam hal ini.
zasss!!!!!
Share:

Perhubungan 2 bulan

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah
Kisah mengenai hubungan yang saya jangka satu kenangan manis
Rupanya bertukar menjadi satu pengalaman hubungan paling pendek yang saya pernah jalani

Rakan peserta seminar Sarjana Hartanah dah tahu kisah ini

Ia kisah antara saya dan penyewa retail lot saya
Saya beli subsale. Beli dengan rakan kongsi

Apabila disbursement pertama dah makin hampir, unit retail ini masih kosong
Penjual memberitahu saya untuk uruskan penyewaan baru.
Kalau ada orang tanya nak sewa pun, dia akan serahkan nombor handphone saya kepada mereka
Sebab katanya, tak lama lagi, memang dah jadi hak kami.

Ada 2 penyewa berminat nak sewa
satu tu nak buka kedai waffle
satu lagi nak buka kedai home deco

Yang kedai waffle tu chinese lady di melaka
Kedai home deco pula pasangan chinese convert dan isterinya melayu.
Ada satu cawangan di Bandar Teknologi Kajang. dekat dengan rumah saya.

Saya membayangkan lokasi unit ini kurang sesuai untuk kedai waffle.
Lagipun sebab kedai home deco tu dekat dengan rumah,jadi mungkin lebih mudah berurusan.
Dia setuju dengan kadar sewa yang saya tetapkan.
Bayar booking dulu satu bulan deposit, kemudian mereka diberi satu bulan tempoh renovation.

Di sini bezanya menyewakan hartanah kediaman dan hartanah komersial
Kalau rumah, penyewa terus masuk rumah dan bayaran sewa terus bermula
Tapi kalau unit komersial, penyewa akan diberi sebulan tempoh renovation selepas bayar booking
Dalam masa renovation tu, belum mula bayar sewa lagi.

Kedai bermula, sewa bermula.
Sewaan bermula bulan April 2013. Tempoh 2 tahun.



Kata orang, kelebihan memiliki unit komersial ni adalah biasanya penyewa akan menyewa lama.
Sebab orang berniaga kan... kalau perniagaan berjalan dengan baik, mereka sebolehnya tak mahu berpindah
sebab bila pindah, susah pelanggan nak cari mereka pula.
sedangkan di tempat baru, akan ambil masa nak tarik pelanggan baru.

Jadi, rasa macam tak ada masalah la ni..
stabil lah pendapatan rm2800 sebulan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun ni
Ada orang tawar nak beli unit ini dengan keuntungan lebih RM 100K tapi saya tolak.
nak simpan dulu dan nikmati pendapatan sewa.

Bulan 5, sewa dibayar lewat 5 hari dari sepatutnya.

Kemudian mereka mula mengadu, pihak pengurusan shopping mall minta 2 kali deposit dengan mereka
Satu deposit untuk kerja renovation RM3k
satu deposit utiliti RM 3k juga

Saya jawab, itu peraturan mall.
memang kena ikut la.

Masuk bulan kedua, mereka call lagi
Katanya ada pengubahsuaian besar-besaran di shopping mall.
Food court di hujung ground floor tu ditutup
Jalan akses di hujung barisan kedai pun ditutup
Katanya nak buat eskalator

Kesannya aliran trafik ke barisan unit ini dan sekitarnya merudum
Bila tak ada trafik, jualan pun makin teruk.



Hm... inilah yang saya pernah kongsikan DI SINI
keputusan dan polisi  pihak pengurusan memberi kesan pada unit retail anda.

Pihak pengurusan tawarkan mereka ruang promosi dengan percuma
Bermakna mereka boleh buka booth di ruang promosi tersebut.
Penyewa tak setuju.
Katanya barang kedai mereka susah nak dibawa ke sini sana.
Tapi saya tengok barang-barang dia bukan besar-besar pun..
vase, frame gambar dan hiasan rumah yang boleh diangkat.


Kata penyewa lagi, ruang promosi yang ditawarkan oleh pihak pengurusan tu tak strategik.
di kawasan belakang.
Tapi bila saya tanya pegawai dari pihak pengurusan, lain pula cerita..
hai....

Pegawai dari pengurusan kata,
"saya rasa penyewa awak ni sengaja tak mahu ke ruang promosi.
Nampak macam mereka memang nak pindah keluar"

Rupanya betul agakan pegawai tersebut.
Sewa bulan Jun tak dibayar.
sepatutnya setiap 7 hb tapi dah 17 hb masih belum bayar.
Puas saya sms dan call minta sewa, last-last mereka sms kata nak pindah keluar.
Tak mahu sewa dah.

katanya mereka akan keluar pada hujung Jun dan desposit yang dibayar boleh digunakan untuk sewa bulan Julai.

Haihh...
mana boleh macamtu.
kalau anda beli dan baca ebook saya, "5 Langkah Jana Wang Sewa Besar", anda akan tahu deposit adalah cagaran. Bukan untuk offset duit sewa.

Saya fikir, kalau dah tak nak bayar sewa bulan Jun, baiklah keluar dengan segera.
Sila kemas barang dengan segera.
Deposit memang hangus sebab menyewa kurang dari tempoh setahun dan sebab beri notis kurang 2 bulan.
Saya juga minta mereka kembalikan unit dengan bersih dan bercat putih.



Disebabkan beberapa prosedur, akhirnya mereka kosongkan unit pada 3 Julai.

Sewa bulan April, buat hal bulan Jun.
Maka tamatlah kisah hubungan 2 bulan ini.
Terkunci rapi.


Update: ikuti sambunganyya DI SINI
Share:

Tetamu tengah malam

Ahad lepas Serena Guest House telah menerima tetamu pertama
En Nazrul, seorang agent Prudential Takaful dari kemaman dan beberapa rakannya.
Beliau ada urusan kerja di KL dan pada pagi Isnin perlu menghadiri majlis di Mines.

Beliau sepatutnya check in pada hari Ahad lebih kurang selepas zohor
Tetapi disebabkan beliau ada beberapa urusan di KL, menyebabkan beliau hanya boleh check in pada jam 12.00 tengah malam

Wahh.. tetamu tengah malam!

Kemudian awal pagi esoknya jam 7.30 pagi, mereka dah check out.

Complimentary sarapan untuk tetamu

Alhamdulillah.. sebaik mereka memberitahu mereka telah check out, saya sms mereka mengucapkan terima kasih.
Kemudian en Nazrul membalas sms itu yang berbunyi:

Sama-sama. Terima kasih kembali kerana keselesaan homestay puan. Semoga dapat berurusan lagi di kemudian hari.
Alhamdulillah... terima kasih

wifi YES 4G untuk tetamu yang menginap
Serena Guest House adalah homestay sulung saya dan rakan kongsi.
Berlokasi di apartment Villa Tropika, Jalan Bistari off Jalan Bangi
Taman Tropika, Bandar Baru Bangi.
Sangat hampir dengan stesen komuter UKM dan hanya 5 minit dari UKM.

Harga promosi Serena Guest House RM 200 satu malam masih lagi dibuka.
Harga ini untuk tempahan Julai dan Ogos 2013.
Harga biasa adalah RM 250 satu malam.

Berminat, boleh hubungi
- 0192648628 (Anie)
- 0192936374 (chan)
-email tempahanserena@gmail.com

Oh ya, memandangkan hari ini hari pertama kita berpuasa, saya ingin mengambil kesempatan
mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua.

Terima kasih menyokong perkongsian saya selama ini.
Terima kasih juga atas doa kalian yang membuatkan saya terus maju lagi,... insya Allah..

Share:

Peraturan baru Bank Negara: pinjaman hartanah 35 tahun, pinjaman peribadi 10 tahun

Mulai 5 Julai 2013, Bank Negara telah menguatkuasakan peraturan baru

1) Pinjaman peribadi hanya boleh ditawarkan sehingga tempoh maksima 10 tahun
2) Pinjaman pembelian hartanah kediaman atau komersial boleh ditawarkan sehingga tempoh maksima 35 tahun sahaja
3) Tiada lagi 'pre-approved loan' atau pinjaman pra-kelayakan untuk apa-apa pembiayaan peribadi.

Arahan ini berkuatkuasa untuk semua permohonan pinjaman yang dihantar bermula 5 Julai 2013
Ia berkuatkuasa kepada semua bank, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Malaysia Building Society Bhd and AEON Credit Service (M) Bhd.

Ini bermakna, tiada yang terkecuali.

Alasannya untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat sebanyak 12% sejak 5 tahun lalu.


Berapa teruk Household debt rakyat malaysia sebenarnya?

Mari kita tengok carta ini


kalau dilihat dari sini, kadar hutang isirumah berbanding GDP memang agak tinggi iaitu 77% pada tahun 2011. 
namun kita boleh nampak yang ia tak berbeza sangat dari tahun 2009.
nampak kekal pada tahap 76% - 77%.

Yang mereka berhutang banyak-banyak ni, untuk apa?
Jom tengok carta di bawah

Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman pembelian rumah kediaman dan kereta sahaja.
Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Mungkin disebabkan data-data inilah, Bank Negara menetapkan peraturan baru ini.

tetapi saya terfikir beberapa perkara

1) Pinjaman perumahan di tangga tertinggi. 

Tapi saya pasti bukan semua pinjaman untuk rumah yang mereka duduk. Bagaimana pula dengan pinjaman perumahan untuk pelaburan?
Memang nampak data pinjaman tinggi, tapi adakah ada data kadar pendapatan sewa dari rumah tersebut pula untuk mengimbangi pinjaman yang dibuat?
Ada tak data ini mengambil kira berapa keuntungan yang diperolehi oleh isirumah apabila mereka menyelesaikan pinjaman perumahan mereka melalui jualan rumah tersebut?


2) Pinjaman peribadi memang satu penyakit jika ia digunakan untuk menambah biawak hidup. 

Tindakan menyekat tempoh ke 10 tahun sangat baik kerana mengurangkan kadar faedah dan menyebabkan bakal peminjam lebih berhati-hati.
Yelah.. ramai membuat pinjaman peribadi untuk berkahwin, membeli tanah yang tak produktif, membeli kamera DLSR walaupun bukan bekerja sebagai jurufoto dan lain -lain liabiti.

Tapi ini juga bermakna, kepada kakitangan kerajaan atau GLC yang mendapat kadar faedah yang rendah selama ini, mungkin sukar menggunakan pinjaman perumahan untuk pelaburan hartanah.
iaitu pelaburan untuk menambah aset mereka.
Sebab ramai juga yang gunakan pinjaman peribadi untuk beli rumah lelong bawah RM 80K secara tunai.

Dengan LTV 70% untuk rumah ketiga, cara mendapatkan pinjaman membeli rumah menggunakan pinjaman peribadi pula nampaknya terkesan.
Makin susah nak melabur dalam hartanah.


3) Bagaimana dengan pinjaman kereta?

Usaha mengawal hutang isirumah satu usaha yang baik.
Tapi lupakan Bank Negara pada pinjaman kedua paling popular iaitu pinjaman pembiayaan kereta.
25% rakyat Malaysia menjadi bankrap disebabkan pinjaman kereta.

Puncanya?
Tabiat suka membeli kereta yang lebih mahal dari kemampuan sebenar
dan harga kereta itu sendiri yang sangat mahal di Malaysia.

Kalau masih ingat lagi, saya pernah berkongsi DI SINI.
Orang Eropah ramai yang beli kereta 2nd hand dengan tunai.
Sebab kereta 2nd hand di sana boleh dibeli dengan satu hingga 3 bulan gaji fresh graduate mereka sahaja.
Di USA pun sama..

Sedangkan kita di Malaysia?
kereta Saga 2nd hand yang berkualiti lebih rendah tapi masih nampak baru pun boleh mencecah 6 - 10 kali gaji fresh graduate.
Kalau kereta 2nd hand pembuat lain yang ada ciri-ciri keselamatan yang lebih baik?
Dah tentulah lebih mahal.

Dengan usaha menurunkan harga kereta yang tak berapa bersungguh ini dan kurangnya kesedaran pengurusan kewangan peribadi yang baik di kalangan rakyat Malaysia, mungkinkah peraturan ini memberi kesan besar kepada hutang isirumah?

Bagaimana pula dengan pengusaha kereta sewa kecil-kecilan.
mereka membuat pinjaman kereta. Maka data pinjaman mereka direkodkan.
Tapi mereka menjana pendapatan dari kereta tersebut.
Adakah ini direkodkan semula untuk mengimbangi data pinjaman ini?


4) Penurunan jumlah pinjaman yang diluluskan
Sejak beberapa tahun ini, jumlah pinjaman yang diluluskan oleh Bank Negara makin menurun.
Ini kerana peraturan-peraturan bank negara akhir-akhir ini antaranya mengenai kelayakan berdasarkan gaji bersih dan LTV 70%

Sesuatu yang dibimbangi oleh sektor perbankan?
Adakah bank akan mencari peluang lain untuk berkembang selain menawarkan pinjaman sebegini?
Bank pun perlu hidup kan.. mereka perlu lebih kreatif untuk menjana pendapatan.



5) Senario baru kepada pelabur hartanah muda

Nampaknya, pelabur hartanah muda akan terkesan dari peraturan ini.
Jika dulu, mereka boleh buat pinjaman sehingga 40 tahun jika mereka baru berumur kurang 30 tahun.
Sebab rata-rata bank boleh beri pinjaman sehingga umur 70 tahun.
Dengan tempoh pinjaman lebih panjang, mereka dapat kurangkanbayaran bulanan
dan menikmati aliran wang positif dari sewaan yang lebih besar.

Selepas 5 tahun, mungkin mereka jual atau refinance rumah tersebut dan menikmati keuntungan.
Tindakan yang bijak buat anak muda yang baru nak membina kekayaan atau paling kurang nak mencari wang untuk berkahwin.

Tapi dengan peraturan baru ini, tempoh pinjaman mereka terhad kepada 35 tahun sahajalah.
Jadi, dalam jangka pendek, aliran wang positif dari sewaan sedikit menurun.
Dalam jangka panjang, kadar faedah dapat dijimatkan, terutama jika mereka nak simpan rumah tu sampai tua.

Tetapi bagi tycoon pelabur hartanah gergasi, peraturan ini tak ada kesan pada mereka.
Nak lari dari bayar RPGT pun boleh dan tak disiasat pun.. 
apatah lagi setakat kadar pinjaman pendek atau deposit yang banyak.
Tak ada masalah bagi mereka..


6) Malaysia paling banyak berhutang

Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal, harga barang makanan asas mahal, kos hidup mahal dan kesedaran pengurusan peribadi yang sangat sedikit, rakyat Malaysia adalah hero.
Hero dalam membuat hutang.
Boleh nampak jelas di bawah.




Saya setuju dengan kenyataan Persatuan Bank Malaysia DI SINI
sebenarnya yang lebih penting bukan data hutang isirumah atau bilangan pinjaman diluluskan naik atau menurun
tapi yang lebih penting adalah kemampuan membayar pinjaman, kemahiran dan ilmu pengurusan kewangan peribadi dan sikap bertanggungjawab membayar pinjaman.

Share:

Serena Guest House menyelesakan tidur anda

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..

Saya bantu musafir, pekerja dan keluarga mendapatkan penginapan yang selesa berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Alhamdulillah..
Homestay pertama saya dan rakan usaha telah pun sedia untuk disewa.

Homestay ini diberi nama Serena Guest House
Lokasi di Villa Tropika, Jalan Bistari, Off Jalan Tropika, Taman Tropika, Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi.


Ia merupakan apartment 3 bilik dan 2 bilik air yang luas.
1 bilik air berada di dalam bilik utama.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang ada urusan kerja di UKM atau di sekitar Bandar Baru Bangi.
Atau untuk keluarga yang mahu meraikan konvokesyen di UKM, Uniten atau Infratrsucture University.
Atau untuk keluarga yang ingin menghadiri majlis perkahwinan di kawasan berhampiran/

Kelengkapan yang disediakan di sini adalah:

Ruang tamu dan ruang makan:
- sofa, tv LCD flat screen 32 inci, 2 meja kopi, kipas, aircond dan 1 set meja makan.




Bilik utama
- katil dan tilam queen, almari baju, bedside table, sejadah, kipas dan aircond.




Bilik kedua
-  katil dan tilam queen, almari baju, bedside table, sejadah, kipas dan aircond.






Bilik ketiga
- katil dan tilam single, penyidai baju, bedside table, sejadah dan kipas.




Dapur
- kitchen cabinet, stove, gas untuk memasak, cerek elektrik, peti ais, kelengkapan asas memasak seperti periuk, kuali, senduk, pinggan, mug dan pencuci pinggan.



Selain itu, rumah ini juga dilengkapi dengan seterika baju dan iron board.
Semua tandas dilengkapi dengan water heater.



Dengan ini, ia memberi penginapnya keselesaan seperti di rumah sendiri.

Lokasi ini sangat hampir dengan stesen komuter UKM. Boleh berjalan kaki sahaja atau menaiki teksi.
Jadi, sangat mudahlah kalau nak gunakan komuter ke mana-mana.

Ia juga sangat hampir dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 5 minit memandu sahaja.
7 km ke Bandar Kajang
7 km ke pusat bandar Bandar Baru Bangi
6 km ke Institut Pendidikan Islam, Bangi dan ILIM Bangi
12 km ke UNITEN dan Infrastruktur Universiti

Selain itu, ia juga mudah diakses ke Lebuhraya Utara Selatan.
Jadi, nak ke KL cuma 30 km
20 km ke Putrajaya
25 km ke Nilai.

Rumah ini juga akan dilengkapi dengan internet dan wifi.
insya Allah,, lagi sehari dua internet akan dipasang.
Jadi tetamu dapatlah akses internet percuma sepanjang menginap di sini.
Boleh lah nak buka email atau Facebook kan..

Harga semalam adalah RM 250
Tapi sempena pembukaan, harga promosi RM 200 semalam sahaja.

Memandangkan ia penginapan 3 bilik dan luas, ia boleh dikongsi dengan 3 - 5 orang jika ikut cukup-cukup katil
Jadi boleh lah berkongsi kos.
Lebih jimat berbanding menyewa hotel bajet di Bandar Baru Bangi yang hanya muat 2 orang sebilik sahaja.

Jemput like FB page kami untuk promosi dari masa ke semasa.



Untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi
- 0192648628 (Anie)
- 0192936374 (chan)
-email tempahanserena@gmail.com
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog