• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Bagaimana penyewa survive dalam rumah tak ada air

Walaupun bulan puasa, tapi kerja macam biasa kan..

Beberapa hari lepas saya membantu membersihkan rumah di Cyberjaya.
Rumah ni penyewa dah keluar. Jadi kita bersihkan semula untuk disewakan semula

Penyewanya student lelaki dari Tajikistan. Duduk dengan kawannya.
Dia ni memang selalu buat owner stress.
sebabnya setiap bulan sewa memanjang lewat.

Bukan lewat sehari dua.. itu ok je.
Ini lewat seminggu dua. Sampai owner kena kejar.

Last sekali dia bayar sewa bulan tu kurang RM5. Alasannya cash deposit machine tak terima note rm5 dia.
Janji nak bank in kemudian tapi sampai masuk bulan seterusnya tak bank in pun.

Ok lagi.

Naik bulan depannya, tak bayar sewa sampaila dah lewat 10 hari.
Owner whatsap minta dia bayar sewa cepat. Penyewa kata dia tak dapat duit dari mak ayah dia kat negara asal dia.

Bagi tempoh lagi.
Lepas 15 hari, tak ada juga bayaran.
Owner pun call pihak management. Minta tutup air.

Tenant pun whatsapp. Mintak buka balik air ke rumah tu.
Owner kata, boleh.. tapi bayar lah sewa. at least half.
"Ok, Ok i pay the rent".

Janji manis... dah jadi janji kelat.
Tak ada sesen pun sewa masuk ke akan bank.

Pada hari ke 21, owner whatsapp minta mereka bayar sewa dengan segera atau kosongkan rumah pada hujung bulan.

Ingat, kita tak boleh tunggu sampai 2 bulan sewa tertunggak baru nak suruh penyewa kosongkan rumah.
Sebab deposit kita 2 bulan je.
Kalau dua bulan dah tak bayar, lepas tu ada keroskan kat rumah, bil air tertunggak melebihi deposit utiliti, dan rumah kosong sebulan lepas tu sementara nak cari penyewa baru.. tak ke naya.
Duit deposit tak cukup nak tanggung tu semua.
Kena keluar duit poket sendiri pulak.

Jadi, biasanya paling lewat hari ke 21 dah kena hantar notis untuk dia bayar sewa segera atau kosongkan rumah pada hujung tarikh sewaan.
Maknanya kita bagi notis akhir 7 hari sebelum dia kena keluar rumah.

Dalam kes tadi, owner hantar whatsapp, saya pula hantar notis bertulis.
Saya dah plan, kalau tak ada sesiapa di rumah tadi, saya nak tampal notis tu kat pintu masuk.
Saya dah stand by bawa seletep siap-siap. Senang kalau diperlukan.
Tapi bila sampai sana, ada orang dalam rumah.
Penyewa tak ada. Yang ada kawan-kawannya sahaja.
Jadi saya sampaikan notis bertulis kepada kawannya. Minta tolong sampaikan kepada penyewa.

Selepas tu, kawan penyewa yang duduk serumah yang hubungi owner.
Dia setuju kosongkan rumah pada tarikh yang ditetapkan.

Baik juga budak ni. Jumpa owner dan serah kunci baik-baik.

Itulah bila penyewa dah keluar, kami tengok balik rumah..
Hmm rumah berkecah habis, kena kemas semula.
Dinding di bilik comot. Kena cat balik.
Lampu di ruang tamu dah terbakar. Kena baiki.

Tapi penemuan yang paling best adalah, cleaner yang cuci rumah jumpa 4 - 5 botol air besar ala-ala botol 100 Plus tu dalam bilik.
Dalam botol tu ada yang separuh penuh, ada yang 3/4 penuh dengan air berwarna coklat gelap.
Ingatkan air apa..
rupanya.... air kencing. yuck!

Bila fikir balik, oh.. ye lah.. rumah kan dah kena tutup bekalan air.
Kami terfikir-fikir macamana mereka boleh duduk lagi dalam rumah yang tak ada air.
Rupanya mereka ada penyelesaian terbaik untuk masalah nak terkucil.

Surivor!

Maaf la tak ada gambar air tuut dalam botol. Tak sanggup nak tengok, apatah lagi snap.


Share:

Pasangan bahagia terpaksa buat joint loan. Lepas tu macamana?

Sabtu baru-baru ni saya bertemu dengan seorang owner di Cyberjaya. Beliau nak sewakan rumahnya yang baru dapat kunci.

Pasangan suami isteri yang bahagia. Anak seorang.

Seronok berjumpa mereka. Ini rumah kedua mereka. Rumah pertama adalah rumah yang mereka duduk.

Oleh kerana rumah pertama yang mereka beli tu untuk duduk, ia tak memberi mereka aliran wang masuk. Jadi, untuk rumah kedua, guna income seorang tak cukup melayakkan dapat pinjaman. Jadi, terpaksa buat joint loan.

Pada asasnya saya kurang galakkan guna joint loan sebab rugi kuota loan 90%. Nanti dua-dua suami dan isteri dan ada 2 rumah.

Bila nak beli rumah seterusnya, jadi 70% loan je.

Tapi kalau dah cuba mohon pelbagai bank dan tak lepas juga bila seorang,  buat je la dulu  joint loan.

Itu lebih baik dari langsung stuck tak dapat tambah aset.

Lepas ni baru kita fikir macamana nak releasekan satu nama. Gaji mungkin naik kan.. jadi boleh la refinance di masa depan.

Masa refinance tu pakai lah satu nama je.  Tutup baki hutang loan lama tu.

Jadi, satu nama akan release. Boleh pecut balik



Gambar: The Heron, Puchong nak jual. 1260 sqft. 3 + 1 bilik, 2 bilik air.
Nak jual 430K, Market value 450K.

Share:

Sifir Ganda Wang

Beli rumah bukan sebab kita hamba wang.
Tapi sebab kita nak wang jadi hamba kita.

Dengan modal serendah RM1,000 tak pasal-pasal boleh kaut untung RM100,000 bila jual balik atau refinance rumah tu.
Dah untung RM100,000 kena ingat, duit tu untuk keluarga dan isteri.
Paling bagus guna untuk beli hartanah seterusnya.

Tapi jangan lupa zakat 2.5%.
Dengan 2.5% tu insya Allah rezeki boleh berganda 250%.

Nampak tak sifirnya?

Gambar: Kondominum The Heron untuk dijual. Lokasi Puchong. 1260 sqft, 3+1 bilik, 2 bilik air. #semuaorangbolehbelirumah


Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1QeBRCx
Share:

Nak tukar nama kat geran tapi rumah ada pinjaman lagi. Boleh ke?

Pagi tadi semasa sedang berehat selepas balik berlari selama 45 minit, saya menerima satu soalan dari seorang follower.

Soalannya berbunyi:

"Salam cik,

Bapa saya nak tukar nama hartanah ni pada nama saya.....
pejabat tanah memerlukan geran ori untuk buat penukaran tersebut...disebabkan hutang perumahan belum langsai, geran ori masih ada pada kementerian kewangan....kami diberi tempoh sethaun untuk buat penukaran tersebut.....bagaimana caranya nak tukar nama tp pinjaman belum selesai?"


hmmm.. saya tertarik dengan soalan ni. Rasa macam tak pernah ulas di blog.


Jadi saya pun dengan machonya menjawab:

"Nanti saya jawab di blog utk bacaan bersama."


Mandi dahulu.. bancuh nestum.. klik-klik fesbuk kejap.. kemudian saya pun menjawab soalan ini.


Jawapan saya:

Kalau rumah atau tanah tu masih ada pinjaman, tak boleh tukar nama atau tambah nama ke geran/ title. Contoh ayah nak tukar nama rumah ke anak, tapi rumah ada pinjaman.
atau ibu cagarkan tanah ke bank untuk buat pinjaman tapi kemudian nak masukkan nama anak sekali dalam geran.

Tak boleh.

Sebab bila ada pinjaman, maknanya kita cagarkan hartanah tu untuk dapatkan pinjaman. Sebagai keselamatan, bank akan simpan geran asal.

Nak tukar nama atau tambah nama kat geran, pejabat tanah perlukan geran atau title asal ni. Mana boleh dapat sebab bank takkan bagi kebenaran.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan?

Penyelesaiannya: jelaskan habis pinjaman terlebih dahulu. Kalau ada cash, boleh bayar cash. Kalau terpaksa, buat personal loan kemudian bayar.

Dapatkan geran / title asal. Kemudian barulah boleh buat proses pernukaran nama, penambahan nama atau pembuangan nama selagi mana yang nama ada kat geran tu setuju dan turunkan tandatangan.

Cari kedua adalah buat SPA seolah-olah ayah nak jual ke anak dengan harga yang murah. Anak mohon pinjaman untuk beli rumah tersebut dari ayah, Jumlah pinjaman sekurang-kurangnya cukup untuk bayar baki hutang pinjaman ayah tadi. Terus nama kat geran pun jadi nama anak.

Boleh faham tak kawan-kawan?

Jadi, untuk jejaka kacak dan gadis jelita yang beli rumah sebelum kahwin, tak perlu risau lah ya.

Kalau bakal isteri atau suami mata duitan pujuk-pujuk nak rumah tu pindah nama dia, boleh la sambil makan laichikang tepi tasik, cakap kat dia.. "tak boleh tukar nama lah, sayang... Rumah ada pinjaman lagi."



Gambar : Villa Tropika corner lot unit besar untuk dijual. 1109 sqft, 3 bilik dah reno jadi 4 bilik, 2 bilik air. freehold. sangat dekat dengan komuter UKM dan kampus UKM, Bangi. Harga jual 370K nego.
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog