• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Tak reti nak tulis nombor akaun?

Semalam saya belajar sesuatu yang baru.
Mungkin bagi setengah orang, mereka dah tahu.
Tapi ia pengalaman baru bagi saya.

Saya nak bank in cek.
Lalu saya ke Maybank di Cyberjaya.
Guna la mesin deposit cek macam biasa.



Kalut punya pasal, saya lupa tulis nombor akaun, nama akaun dan no hp di belakang cek.
Bila cek dah masuk mesin, resit dah keluar baru saya sedar.
Alamak...
Alamak.. Macamana ni?

Macamana maybank akan tahu cek ni nak di deposit ke akaun mana?
Lepas tu, apa akan jadi pada cek ni?
Kena tendang kah?
Atau bank pegang cek dan hubungi pemilik akaun yang mengeluarkan cek untuk pulangkan semula?
Atau pengeluar cek ni kena hubungi bank dan batalkan cek dulu?

Ala.. Adakah itu bermakna saya kena call pengeluar cek ni semula dan minta dia keluarkan cek baru?
Leceh juga tu..
Macamana kalau dia sibuk sangat, nak jumpa dia ambik cek baru susah?
Macamana kalau dia tak mau dah keluarkan cek baru?

Habislah saya kalau macamni...

Saya nampak orang ramai bertanya soalan ke pegawai bank yang ada di  kaunter ambil nombor giliran.
Aha.. Tanya dia dulu lah...

"Puan, saya baru deposit cek kat mesin, tapi terlupa nak tulis nombor akaun bank kat belakang."
Pegawai bank tu pandang saya.
"Habislah kau..."  katanya.
"Pergi ke kaunter 4, tunjuk resit deposit cek tu."

"Tak payah ambil giliran?", tanya saya, mahukan kepastian.
"Tak payah.."

Saya terus ke kaunter 4.
Cerita masalah yang sama...

Ohh.. Rupanya mereka boleh tolong tuliskan nombor akaun dan butiran yang lain tu bila mereka keluarkan semua cek dari mesin tu nanti.
Mereka hanya fotostat resit deposit cek saya tadi untuk rujukan.
Saya kemudiannya dikehendaki tulis nombor akaun bank, nama akaun dan no hp pada salinan resit yang mereka fotostat tu.

Lega...
Terima kasih staff Maybank Cyberjaya.
Maaflah tambah kerja pula, nak kena tolong tuliskan butiran tu semua.
Tapi saya sangat hargai bantuan puan-puan semua.

Terima kasih sekali lagi.

Share:

Gaji Kecil Rumah Banyak

Apa perasaannya kalau anda hadir ke kelas pelaburan saham, tiba-tiba muncul satu lembaga..
lembaga pendek..
rendang..
tiba-tiba lembaga itu bersuara..

ohhh.. rupanya dia bercerita mengenai pelaburan hartanah.

eh eh.. seminar saham ke seminar pelaburan hartanah?

hmm..  itulah yang berlaku pada hari Sabtu, 23 Ogos hari tu.
Saya telah dijemput untuk memberi sedikit perkongsian mengenai pelaburan hartanah dalam satu seminar Pelaburan Saham.
Seminar saham ni dianjurkan oleh So-Rich Consultancy.


Oleh kerana tak boleh over shadow, maka sesi saya pendek sahaja.
Cuma 30 minit.
Tak boleh lama-lama.. nanti peserta confuse.. ni seminar saham ke seminar property.
Perkongsian saya itu bertajuk 'Gaji Kecil, Rumah Banyak'.

Boleh tahan juga pesertanya.
Hebat-hebat menganalisa graf saham yang saya pun pening tengok tu.
Ada follower FB saya rupanya.
Ada juga student Dr Wan Shah Razali.
Hebat.


Kagum dengan anak-anak muda So-Rich Consultancy ni.
Begitu bersungguh memandaikan bangsa dalam pelaburan saham.
Banyak juga yang dapat saya belajar dari mereka semasa saya berbual dengan Zulhisham dan tuan Fauzi.

Dengarnya mereka nak anjurkan lagi seminar Pelaburan Saham dalam bulan September nanti.
Ha... boleh lah belajar dengan mereka jika mahu tahu bagaimana orang buat duit dari saham.

Kata tuan Fauzi, tak thril lah beli saham melalui ASB.
Biar kita pandai pilih sendiri saham mana yang berpotensi memberi pulangan yang baik.
Share:

Tilam bikin geram

"Sir, i want you to put in the tenancy agreement. If the furniture is not comfortable, the owner needs to change".

Ini dialog yang saya dengar semalam antara penyewa dan leader saya, Phillip, seorang perunding hartanah.
Penyewa seorang pelajar dari Timur Tengah, mahu menyewa D' Pulze fully furnish.

Bila Phillip tanya dengan lebih lanjut, apa isunya, rupanya ia mengenai tilam.
Mereka takut dapat tilam yang tak selesa.

"Sometimes, they put mattress of maybe just about RM 100. It is not comfortable."

Aha.. ini isunya..
tuan rumah nak berjimat, letak perabot yang low quality.

Memang saya biasa tengok, tuan rumah letak tilam nipis.
SAngat nipis sampai saya rasa kalau saya nak baring kat situ pun, confirm sakit belakang.
hm..



saya sebenarnya selalu mengalami masalah sakit belakang kalau tilam tak berapa baik.
Jadi, bab tilam saya agak prihatin.

Rumah sewa saya, kalau saya sewakan kepada expatriate atau student foreigner, saya akan belikan tilam spring yang harganya dalam RM 400 - 500.
Sebab sewa mereka pun mahal sedikit.

Kalau sasaran penyewa tu orang tempatan, tilam foam berkualiti baik berharga dalam RM 300 menjadi pilihan.
Saya percaya, permulaan hari yang hebat bermula dengan tidur yang selesa.
Kalau sakit belakang, akan ganggu mood pagi dan menyebabkan rasa letih.

Terpulang pada masing-masing, tapi kalau dah tahu nak sewakan pada penyewa yang standardnya boleh tahan, sesuaikan lah sikit dengan perabotnya.
Kalau budak lelaki pelajar tempatan, mungkin hantam sahaja...

Tapi saya tak nafikan, ada juga kes penyewa curi tilam atau tukar dengan tilam yang dah lembik bila berpindah.
Itu risiko tuan rumah dan pentingnya wang deposit sewa tidak di set-off dari bayaran sewa bulan-bulan terakhir.

Bagi newbie yang nak belajar ilmu pelaburan hartanah, jemput hadir ke KELAS SATU HARI INI.
Mungkin ini kelas terakhir yang saya anjurkan bagi tajuk ini.
Share:

Untunglah...

#untunglah orang gomen

Siapa yang dah daftar Kursus Pengurusan dan Pembangunan Hartanah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi 26 - 28 Ogos ni?
Untunglaaa...

Isi kandungan kursus ni memang mengancam habis.
- Konsep hartanah mengikut syarak
- Undang-undang hartanah mengikut syarak
- Pengurusan dan pembangunan hartanah; Teori , aplikasi dan undang-undang
- Zakat hartanah dan permasalahan berkaitan.

Penceramah semua hebat.
Dr Ahmad Zaki Mohd Salleh dari USIM
En Hamizul Abdul Hamid dari Lembaga Zakat Selangor.

Tapi slot ketiga tu unik, penceramahnya perempuan.
Comel pula tu..

 Agak-agak siapa ya?


Kalau tak salah saya, orang gomen yang memohon dan ditawarkan kursus ini, dapat hadir dengan percuma.

#untunglah orang gomen..
Yang tak kerja gomen, kalau nak belajar mengenai pelaburan hartanah, boleh KLIK DI SINI
Share:

Awek baru memang sempurna, rumah baru?

Asal awek baru, mesti cun.
Asal isteri baru, semua mesti OK.

Tapi macamana kalau rumah baru?
Rumah yang baru dapat kunci..
adakah mesti cun?
adakah mesti sempurna?

Ye ke?
Betul ke macamtu?

Haaaa... tak semestinya.
Pemaju ni bina rumah melalui kontraktor.
Kontraktor ni pula ada yang memang teliti hasil kerjanya.. ada yang tak berapa.
Kena pula, mereka bina banyak unit kan..

Ada juga rumah landed yang struktur tanahnya rupa-rupanya tak berapa sesuai.
Mulalah retak sini sana.

Ha... saya ada kupas isu ini dalam Majalah Prospek Hartanah isu Ogos 2014, iaitu isu terbaru.




Majalah ini merupakan majalah pelaburan hartanah berbahasa Melayu pertama di dunia.

Insya Allah, boleh dapatkan di MPH dan Popular Bookstore atau di sesetengah kedai majalah di kawasan Melayu.



Tapi kalau nak mudah, melanggan je lah..
Bayar sekali, mereka hantar ke rumah setiap bulan.

Untuk melanggan boleh terus hubungi Cik Liza di jomlanggan@prospekhartanah.com, atau hubungi 019 2512 819.
Nanti mereka e-melkan borang langganan.

Bagi saya, dah tentulah saya akan kata, wajib beli dan baca artikel ini
terutama jika anda atau keluarga anda, atau saudara mara anda ada beli rumah dari pemaju.

Dan jika anda berminat nak belajar macamana nak check defect rumah dari pemaju ni.. ahaaaa
nantikan pengumuman penting pada hari esok di FB dan blog saya...
jeng jeng jengggg
Share:

Ni baru ke second hand?

Dua hari lepas saya menerima satu soalan.
Di mana saya mendapatkan partition dan meja workstation untuk pejabat  sewa berjamaah saya?

Haa.... kalau ada yang pernah melawat pejabat Kaseh Akademi di Dataran Pandan Prima, Ampang pasti nampak workstation siap dengan partition 8 unit ini.




Sebenarnya workstation dan partition ni second hand. 
Bukan baru.
Tapi ia nampak masih cantik, macam baru.


Workstation ini sungguhpun secondhand, tetapi ia custom made mengikut keperluan kita.
Saya pergi ke kedai City Junk di Bandar Puteri, Puchong.
Bawa ukuran ruangan pejabat yang kita nak letak partition tu.

Kemudian kami berjumpa dengan tokeh kedai, Mr Alan.
Berdasarkan bilangan workstation dan saiz ruangan, dia cadangkan design dan saiz bersesuaian.
Supaya ruang dapat dimaksimakan tetapi masih selesa untuk akses keluar masuk.



Untuk kes kami, meja berukuran 3.5 inci.
Ada 8 workstation siap dengan partition.

Mereka cuci dulu stok partition yang ada supaya nampak baru.
Kemudian pasang terus di pejabat.

Tetapi untuk pemasangan di pejabat ini tempoh hari, mereka tak pasang dua cover switch port ni.
Alan janji nak datang pasang, tak datang juga.
Sampai la pihak kami beli sendiri je di kedai.

Kos kami hari itu untuk meja dan partition 8 unit ini sahaja adalah RM 2,300.


Sewa pejabat berjamaah masih ada lagi buat mereka yang memerlukan pejabat, alamat pejabat beserta kemudahan dengan kos yang minima.
Dengan sewa hanya RM 400, penyewa akan dapat satu workstation siap dengan partition, rak kabinet besi, kemudahan wifi, kemudahan fax, bilik mesyuarat, ruangan tetamu, surau dan dewa seminar.

Pejabat fully furnish...  

Kalau nak buka pejabat sendiri, sewa dah berapa... deposit dah berapa.. kos ubahsuai dan peralatan lagi...
Sesuai untuk freelance atau usahawan yang baru bermula atau perniagaan kecilan.

Pertanyaan dan jika berminat, call atau sms saya 0123547636.
Share:

Close deal bulan puasa

Bulan Jun saya berdaftar sebagai real estate negotiator
Tapi bulan Julai saya baru mulakan kerja-kerja sepatutnya.
Selepas saya hadir kelas dua hari yang saya cerita DI SINI.

Untuk bulan pertama ini, saya dah ada listing sendiri
2 buah apartment di Shah Alam dan Klang untuk dijual dan sebuah banglo link di Klang.
Walaupun saya mahu fokus di kawasan Cyberjaya, Kajang dan Bandar Baru Bangi, tetapi saya usahakan bantu kawan-kawan yang nak jual rumah di Shah Alam dan Klang ni.

Pengalaman jadi negotiator di bulan puasa memang sangat menarik.
Pengalaman baru katakan..
sampai beberapa kali berbuka puasa dalam kereta sahaja
ada juga tersalah isi borang offer to purchase
hahaha.. selalunya pengalaman membeli dari agent
kali ni pengalaman kita sebagai agent pula..

Alhamdulillah.. serviced apartment di Shah Alam dah ada pembeli.
Pembeli dah bagi cek 3% untuk booking
Borang Offer to Purchase pun dah ditandatangani oleh kedua-dua pihak
Tinggal buyer nak dapatkan pinjaman sahaja.



Yang bestnya bila beli subsale ni adalah, buyer boleh mohon pulangkan deposit kalau tak berjaya dapat pinjaman
Tapi dalam kes ini, saya harap buyer dapat pinjaman lah.
sebab mereka nak duduk sendiri
rumah pun cantik, baru setahun dapat kunci.
Harga pun cun.
Freehold pula.

Jadi, saya doakan permohonan pinjaman buyer berjaya.

Lagi satu apartment dan banglow link di Klang tu harga below market.
Masih available.

Kalau kawan-kawan ada nak jual rumah atau sewakan rumah di Lembah Klang, boleh hubungi saya untuk saya bantu.
sms atau call 0123547636
nanti saya beli smart phone satu untuk nombor ni.
then boleh lah whatsapp ke nombor ni ;)
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog