• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

ada peluang lagi beli rumah dengan RM 1K

Beli rumah dengan hanya RM 1K

Beberapa minggu dahulu, saya ada  kongsikan satu peluang beli hartanah di lokasi yang hangat yang memerlukan modal RM 1K sahaja.


Nama projek tu adalah Univ360.
Ia sebuah SOFO.
Lokasi di sebelah UPM, Serdang.

Masa tu ada ada lebih kurang 30 unit sahaja yang belum terjual.
Ada studio unit 490 sqft 
dan ada unit 3 bilik 

Terbaru saya semak dengan penjual pemaju, masih ada hampir 20 unit lagi
Tapi semuanya unit bumi



Ada 10% diskaun kepada bumi
booking RM 1K
bermakna, jika anda berjaya mendapatkan pinjaman sebanyak 90%, anda tak perlu bayar apa-apa dah.
Cukup duit booking RM1k tu sahaja.

Tapi kalau anda hanya layak mendapat pinjaman sebanyak 70%, terpaksa la sediakan tunai lagi 20% dari harga jualan.
Kalau pinjaman tak diluluskan pula, anda akan dapat wang booking ni selepas tolak sedikit kos pentadbiran.





Harga unit studio 490 sqft  yang lebih kurang bermula dari RM 312K sebelum diskaun.
Selepas diskaun dalam RM 280K++.

untuk yang 3 bilik pula, ada 3 saiz. 928 sqft, 1016 sqft dan 1050 sqft.

kalau 982 sqft, harga RM 541K sebelum diskaun.
Selepas diskaun cuma RM 486K.

untuk 1016 sqft, harga dalam RM 556K sebelum diskaun
untuk 1050 sqft, harga RM 578K sebelum diskaun.

Ada pakej FREE perjianjian jual beli
lot parking percuma 
dan percuma aircond.




Lokasi ini sangat hampir dengan cadangan stesen MRT Line kedua.
Projek dijangka siap pada Nov 2014, iaitu tahun ini.
Jadi, dah tak perlu tunggu lama lagi.
Cuma, sementara tunggu dapat kunci, akan ada bayaran progress untuk beberapa bulan sahaja.

Kalau nak flip cepat-cepat lepas dapat kunci, saya berpandangan kurang sesuai.
Sebab anda beli ketika ia dah hampir siap.
Harga pun dah lebih tinggi dari siapa yang beli 2 tahun lepas.

Tapi, jika beli sekarang dan tunggu tiang MRT dicacak, harga pasti akan naik banyak lagi.
Jadi, projek ni memang sesuai untuk pelaburan jangka sederhana ke jangka panjang.





Tiada hartanah yang perfect
Tapi jika anda memang merancang untuk beli rumah yang sangat hampir dengan IPTA dan walking distance dengan MRT, tapi tak ada modal RM 10K ke atas untuk beli subsale atau lelong, saya percaya projek ini jawapannya.

Jika berminat, mohon sms UNIV360 <nama> <email> ke 0123547536

Harap belum terlambat untuk ucapkan Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan.

Lokasi foto: Masjid Raya, Medan, Indonesia

Share:

apa yang anda tandatangan?

Semalam sempena hari terakhir Syaaban, Kaseh Akademi telah menganjurkan Bengkel Pelaburan Hartanah Extended.
Bertempat di dewan seminar,  pejabat Kaseh Akademi di Dataran Pandan Prima



Bengkel ini modulnya saya bina khas untuk mendedahkan ilmu-ilmu teknikal di sebalik proses, bil dan dokumen
selama ini, ketiadaan ilmu teknikal inilah yang selalu buat pelabur atau pembeli hartanah main tandatangan je...
walaupun blur blur kan..



Kali ni formula matematik lebih banyak dari bengkel terdahulu.
bersungguh-sungguh kalkulator ditekan.
Banyak juga ayat pusing-pusing lawyer yang kami terjemah..
Haibat!

dan nampaknya dalam bengkel kali ni, kantoi sangat saya tak pandai matematik
ada dua kali saya kira salah, peserta kira betul. hahaha...
err.. err graduan undang-undang katakan.. hehehe..



Banyak juga cabaran untuk Bengkel kali ini
Puan peguam yang saya war-warkan tak sihat..
alhamdulillah Cikpuan Syakira Ni'mah berbesar hati membantu saya menggantikan sesi bersama peguam
meskipun ketika saya menghubunginya tu, dah agak last minute.



Terima kasih kepada semua peserta yang hadir
Ada yang datang sejauh dari Singapura.. kawan alam mobile saya, Calvin
Ada juga dua peserta yang datang dari Setiu, terengganu
Dan dua orang datang dari Melaka..
Yang lain yang datang dari sekitar KL dan Selangor pun tak kurang hebat.

Terima kasih kepada kepada cikpuan Syakira
Terima kasih kepada tim Kaseh Akademi.








Pelaburan Hartanah Extended direka khas supaya pembeli dan pelabur hartanah faham apa sebenarnya yang mereka tandatangan








Share:

Cyberjaya oversupply atau ada harapan?

"Cyberjaya akan over supply? Bahaya ni.."

Dulu padang jarak padang tekukur je tu...
Tapi sekarang, woww..."

Ahaa.. inilah antara cakap-cakap positif, negatif, optimis dan realist mengenai pelaburan hartanah di Cyberjaya.

Sejak 2010 nampaknya Cyberjaya seperti anak kecil yang baru dapat kaki.
Terus begitu laju ia berlari.
Begitulah jika kita lihat pembangunan hartanah di Cyberjaya ini.

Cakap-cakap orang boleh pelbagai.
Tapi apa pula kata sifu Faizul Rizuan, pakar pelaburan hartanah yang sudah memiliki lebih 25 buah rumah ini?



Sabtu ini, 28 Jun 2014, beliau akan berkongsi pandangan mengenai pelaburan hartanah bertajuk
 "Cyberjaya - Will it be successful or is it doom to fail?".
Perkongsian ini akan diadakan di Clubhouse Garden Residence, Cyberjaya..



Oh.. alang-alang bercakap mengenai Garden Residence, Cyberjaya ni..
pemajunya Mah Sing sedang membuka jualan untuk rumah semi D dua tingkat dan tiga tingkat bernama Clover @Garden Residence.

Rumah landed mewah di Cyberjaya ini siap dengan kemudahan pengawal keselamatan dan berpagar.
Kalau masuk dalam kawasan ni, memang cun betul.
Landskap dan konsepnya amat menarik.
Tambahan pula ia freehold.




Ada diskaun 7% untuk bumiputra.
Rumah pun akan siap dalam tahun ni. Jadi kalau beli, tak perlu tunggu lama.



Lokasi sangat cun..tepi jalan besar Puchong - Putrajaya - Cyberjaya - Dengkil - KLIA.
Senang nak ke MEX Highway, Lebuhraya Damansara Puchong, SKVE dan Lebuhraya PLUS.

Harga jualan RM 2.2 juta ke atas
Namun begitu, khabarnya mungkin ada tawaran no money down untuk beli rumah ni jika anda hadir ke talk Faizul Sbtu ini.
Kalau tak berkelayakan untuk beli pun, boleh datang dengar perkongsian beliau.
Itu percuma sahaja.
:)

Share:

Bil letrik homestay empat ribu!

Bil elektrik homestay melambung!

Terkejut badak saya bila bil elektrik Serena Guest House melambung ke RM 4,076.75 pada bil yang dikeluarkan awal Mei
Mak aiiii!!!!

4 ribu tu!
Paling tinggi dalam sejarah saya, rumah sewa di Cyberjaya bil letrik dalam RM 600.
tu pun jenis tak reti tutup aircond.
dan rate komersial sebab service apartment dulu-dulu.
Tapi ni rate kediaman... apsal sampai 4 ribu?

Memang la ada dalam 20 malam orang menginap di homestay pada bulan April tu
tapi pernah ia disewa penuh sebulan sebelum ni, bil cuma RM 200++ sahaja.


Saya turun menyiasat, memang bacaan meter sama macam di bil.
Tapi kenapa dalam satu bulan, meter berpusing sangat laju?

Bila partner homestay saya call TNB, kata TNB ini bacaan sebenar.
Bukan anggaran bacaan.

Dari maklumat yang saya peroleh dari akak yang jaga rumah ni, penyewa keluar awal pagi dan pulang hampir maghrib.
Aircond ditutup. Bukan pasang setiap masa.
Saya juga turun menyiasat.
Tiada penggunaan alat elektrik yang pelik-pelik.



Lantas kami buat aduan ke TNB.
Dapat no log.
Mereka kata, mereka akan buat siasatan. Tak perlu bayar lagi bil ni.
Mereka syak meter rosak atau bermasalah.

Untuk bil yang keluar awal Jun pula, bil menurun ke RM 1,418.90
dah menurun, tapi masih tak logik.
Tak logik sebab
- amaun masih tinggi.
- untuk bulan Mei, ada orang tinggal penuh sebulan. Sedangkan bulan April, dalam 20 malam je. Macamana bil untuk penggunaan bulan Mei lebih rendah dari penggunaan bulan April?

Kami masih menunggu update dari TNB.

Tiba-tiba malam tadi dapat sms dari akak yang jaga rumah tu.
"Letrik kena potong!"

hah sudah.. nasib baik tak ada orang menginap di homestay malam tadi..

Hari ni saya cek di TNB eservices, bil  RM 4,076.75 masih ada di sana.
Yang tu la pending belum dibayar sampai kena potong.

Terus saya beritahu partner, partner call semula TNB di talian 15454, follow up no log aduan yang sama.

Selepas customer service TNB periksa, katanya ada penyelarasan bil.
Ada tolak RM 3421.50 dari bil tu tapi mereka tak update dalam bil.

Tapi mereka nampak ada lagi pelarasan -RM 600++ tapi belum pasti.
Katanya, dia akan minta TNB Bangi untuk double confirm.

Saya menunggu panggilan dari TNB Bangi, berapa amaun sebenarnya untuk 2 bil ni
Berapa saya patut bayar untuk buatkan bekalan elektrik disambung semula
Tapi tak adil betul potong bekalan elektrik kami sedangkan kes dalam siasatan
huhuhu

Share:

Bila Cik Peguam pun hadir..

Semalam Ahad 22 Jun 2014, Bengkel Wang dan Hartanah telah berjaya dijalankan.

Paling jauh, Mira datang dari JB, Samsul dari Ipoh dan En Wan dari Melaka.
yang lain, Hasifah, Dila, Syakira dan Kak Zana memang dari kawasan Lembah Klang.

Peserta memang sporting habis.
Diorang ni semuanya pandai matematik.
Cepat betul diorang mengira formula-formula yang saya beri.

Kiranya semalam saya yang paling lambat mengira lah!
Sebab kalkulator dalam kotak kat tepi
Saya budak law kan.. budak law mana pandai matematik
Matematik yang saya belajar masa Degree IT dulu dah lupa.. hehehe..

Saya paling terharu bila antara peserta tu adalah seorang peguam yang memang dah pejam mata, celik mata memang dok buat coveyancing setiap hari.
Cik Syakira ni memang bukan calang-calang peguam muda.
Jadi bila dia turun ke seminar saya, ibarat seperti Doktor buat lawatan ke Klinik Desa pulak.
heheheh...





antara feedback yang saya terima.. alhamdulillah..






Jangan lupa, Sabtu ni 28 Jun 2014 saya akan anjurkan Bengkel Pelaburan Hartanah Extended pula

Yang ini, kita akan menyelongkar dengan lebih terperinci lagi:
- Prosedur sebenar beli rumah
- Memahami kos pembelian rumah
- Sesi  dengan peguam : memahami SPA dan prosedur semasa pindah milik
- Memahami letter offer loan
- Menyelongkar permata hartanah pujaan
- Memahami perjanjian sewaan dan strategi menyewakan rumah

Saya akan jemput seorang peguam yang juga peguam rasmi saya selama ini, Puan Hazlin Aslina untuk berkongsi sesi dengan Peguam tu.

Yuran RM 228 atau RM 178 untuk ahli Kelab Alien Hartawan.

2 langkah untuk mendaftar:

1) mohon tuan / puan membuat pembayaran ke
- akaun CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services; atau
- akaun maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor

Masukkan alamat email propertywaltz@gmail.com untuk notifikasi sistem perbankan online.

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di

Sebarang pertanyaan boleh sms atau call +60 18-968 7803

Sementara tu, layan gambar-gambar semalam...















Share:

Personal Coaching Eksklusif untuk Punky

Saya buat personal coaching pelaburan hartanah.. itu tak pelik kan
tapi macamana kalau saya buat personal coaching hantar kucing ke klinik doktor haiwan?

Aha...
itulah yang saya lakukan semalam

Kawan saya, Atiq (bukan nama sebenar,katanya... sebab nama kat IC lain sikit) ada seekor kucing.
dia bela kucing tu dah lebih 10 tahun dahulu.
kucing kesayangan dia

Tapi kemudian lepas grad dan berkahwin (alamak.. kantoi pulak status perkahwinan dia. Tak boleh AE nak mengorat), dia tinggal di KL.
Kucing kekal di rumah ibunya di Negeri Sembilan

Hampir dua tahun lepas, kucing tu jatuh sakit.
Air liur sentiasa keluar, menitis-nitis.
Sampai mulutnya berbau.

Kucing tu dari comel, gebu dan gemuk dan jadi kurus dan hilang kehensemannya.
Memandangkan dia kotor dan busuk, maka dia tidak lagi dibenarkan masuk tidur dalam rumah.

Kucing tu hanya duduk di luar rumah sahajalah..
Tapi dia dapat makanan macam biasa...
makan kibble, makanan kucing ala-ala friskies tu.

Namanya Punky.

Bila dia bercerita mengenai kucingnya yang sakit, saya pun cadangkan dia untuk bawa ke vet.

Keadaan Punky

Beberapa bulan berlalu... ingatkan dia dah hantar.
Rupanya belum!
haihh..

Dia kata, dia tak berani hantar ke vet sebab dia dengar nanti vet akan cucuk dan senyapkan kucing dia..
alamak...
Atiq sangat naif..

Biasanya vet terpaksa cadang buat begitu jika kucing tu cedera teruk yang tak ada harapan nak pulih
atau ada penyakit yang sangat kronik.
Dari dia tersiksa, lebih baik senyapkan sahaja..
Itu hanya cadangan doktor, tapi doktor akan minta kebenaran pemilik haiwan dahulu.

Senjata terakhir saya memberi inspirasi kepada dia untuk hantar kucingnya adalah kisah seekor anjing dan tuannya seorang kanak-kanak dalam satu filem jepun.
dan juga kisah Minah, seekor kucing jalanan yang saya beri makan tapi kemudian saya tinggalkan bila saya pindah rumah
Nampaknya dua kisah sedih ni berjaya menginsafkan dia untuk buat tindakan pantas!

Memandangkan saya pun dah bercuti tanpa gaji, dia pun tak ada pengalaman bawa kucing ke Vet, maka saya tawarkan untuk temankan dia

Maka bermula lah sesi personal coaching bagaimana menghantar kucing ke vet.

Punky dalam sangkar


caranya tak susah. 5 Langkah mudah sahaja:

1) Ambil kucing itu di rumah ibunya.
2) Masukkan kucing ke dalam sangkar dan kemudian masukkan ke dalam kereta
3) Pandu kereta ke Vet yang berhampiran dan mempunyai rekod rawatan yang bagus atau yang tak ada komplen didengar bila bertanya pakcik Google.
4) Daftarkan kucing di kaunter pendaftaran Vet
5) Kucing dirawat.

Semalam kami ke Klinik Haiwan Senawang di bandar Senawang.
tak jauh dari Giant.

Doktor kata, Punky kena ulser mulut.
Tu sebab air liur asyik keluar.
ulser dah teruk dan lama..
sampai lidah dia sakit dan dia tak larat nak menjilat bulu dia.
Itu menyebabkan bulu dia kotor sangat
Dan dia perlu diberi makan ikan yang lembut atau wet food memandangkan keadaan mulut dia ni.
Kibbles tak sesuai.

Muka bersalah..

Doktor kata bulu Punky perlu dicukur sebab dah kotor sangat
nanti bulu dia akan tumbuh balik.

Memandangkan usia Punky ni dah agak tua, ada kemungkian ulser ni susah nak baik atau tak boleh baik semula.

Tapi kuasa Allah, kita tak tahu kan..
saya sendiri pernah merawat seekor kucing jalanan yang terkena sporo.
Orang kata sporo susah nak baik.
Lebih baik senyapkan je..

Tapi alhamdulillah..saya dan adik usaha juga dengan minyak gamat
Akhirnya lepas 4 bulan, luka di kaki kucing tu akibat jangkitan sporo pun sembuh

Jadi, saya doakan miracle pada kucing Atiq.

Semalam Punky tu tidur wad dulu.
Doktor boleh monitor keadaan dia untuk 3 hari ini..


Saya dan Atiq selepas berjaya dalam misi menghantar kucingnya ke vet


teringat skrip dalam sebuah filem jepun yang saya sebut di atas.
Ayah budak tu ada berpesan yang lebih kurang begini bunyinya
"boleh kalau kau nak bela anjing ni..
tapi igat..
kau mungkin ada beberapa dunia..
dunia persekolahan.. dunia dengan keluarga.. dunia dengan kawan-kawan ...
tapi bagi anjing ini.. hanya kau sahaja dunia dia..."

Semoga cepat sembuh, Punky!
Harap kawan-kawan yang membaca blog ini pun turut mendoakan kesihatan Punky ya...
Terima kasih..

(saya tidak buka pendaftaran personal coaching untuk orang lain hantar kucingnya ke vet ya... ini sesi eksklusif.. huhuhu)
Share:

Peluang baik! SOHO berhampiran MRT

SOHO berkepadatan rendah di Sri Hartamas.
Harga pun berpatutan berbanding hartanah yang dah sedia ada di lokasi itu.
Wow wowww.... cantik menarik tertarik!



Kiara Seleksi Sdn Bhd, ahli kumpulan MBM Group of Companies sedang membangunkan satu projek baru dinamakan The Signature.
Ia merupakan projek SOHO (Small Office Home Office)
berlokasi di Sri Hartamas.




Ada dua block; Blok A dan Blok B
Ada unit yang ada satu bilik, dan ada yang dua bilik.
Manakala dari segi keluasan setiap unit pula bermula dari 421sqf – 1014sqf.

Keistimewaan projek ini
- Hanya ada 336 unit sahaja. Jadi, ia low density atau berkepadatan rendah
- Freehold
- Akan datang: MRT di Desa Sri Hartamas
- Lokasi di tengah-tengah pusat komersial Desa Sri Hartamas.
- Senang diakses dari Lebuhraya Sprint
- ada 4 buah sekolah antarabangsa di sekitar dan 3 buah sekolah kebangsaan
- Harga jualan bermula dari RM 440,000. Harga yang berpatutan bagi unit di lokasi ini memandangkan unit subsale pun dijual pada harga RM 450,000




Kemudahan yang disediakan di The Signature antaranya:
- kolam renang
- bilik serba guna
- Gymnasium
- Dobi
- Bilik Persalinan


Bayaran penyenggaraan sebanyak RM 0.45 per sqft
Oleh kerana ia SOHO, maka ia boleh digunakan sebagai kediaman atau untuk pejabat / perniagaan.
Jadi, ada fleksibiti di sini.

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut,
atau berminat untuk makan percuma,
atau berminat mengetahui lebih lagi mengenai pelaburan hartanah,
atau semua di atas;
dijemput hadir ke majlis sembang hartanah khas bersama Sifu Faizul Rizuan dan Mr Ho Chin Soon di Starbucks Desa Sri Hartamas pada:
Tarikh: 21 Jun 2014 , Sabtu
Masa: 12.30pm - 4pm.

Faizul Rizuan

Ho Chin Soon

Dua orang sifu hebat ini akan berkongsi mengenai potensi pelaburan hartanah di lokasi berhampiran Laluan MRT dan juga potensi pelaburan di Mont Kiara.

Ia terhad untuk 30 orang pertama yang buat pengesahan kehadiran dengan menelefon Ai Ting di talian 019-6916329 atau Audrey 012-2082773.

Okeh, selamat membuat pelaburan hartanah!
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog