• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Pesta Hartanah BDB Land: Property talk percuma.. mai mai...

Saya dengar kat belah utara ni tak banyak perkongsian ilmu hartanah kan...
Kalau kat KL banyak la..

Aha...
Esok kita menyambut hari Kemerdekaan.
31 Ogos 2016.

Dan hari ni  saya akan bergerak ke Jitra, Kedah.
Nak sambut merdeka di sana.

Merdeka kali ni istimewa betul.
Saya dan kawan-kawan saya Ahyat Ishak, Faizul Rizuan, Aziz Ahmad dan Vince Chia akan berkumpul di sana.
Ada Pesta Hartanah BDB Land hari ini dan esok.
Bertempat di Darulaman Park, Jitra.



Malam ni ada sambutan Ambang Merdeka. Kita sambut malam menjelang 31 Ogos beramai-ramai.
Dengarnya akan ada bunga api.
Kita tunggu dan tengok.

Esok pula dari pagi sampai petang, padat dengan perkongsian ilmu pelaburan hartanah.
Otai-otai besar seperti Faizul Rizuan dan Ahyat pun ada sama...
pergh..
 

Insya Allah topik yang akan dikongsikan adalah
- Strategi Power Pemilikan Hartanah
- Analisa Kawasan dan Kelebihan Melabur dalam Hartanah Bertingkat
- Elemen Feng Shui dalam Rumah
- Teknik Senang Lulus Pinjaman
- Langsai Hutang dalam 10 Tahun

dan topik yang saya akan kongsikan adalah Nikmat Diskaun Pembelian Rumah.


Jadi, jom.. malam ni dan esok kita berkumpul.
Yang mana orang Kedah duduk KL tu, jom balik Kedah hari ni.

Oh ya, lupa nak bagitau.
Event ni percuma.
Property talk ni PERCUMA ya.
Semuanya dibawakan khas oleh BDB Land.

Jadi,
Datang sahaja dan bawa buku nota, pen dan hati yang gembira untuk belajar.

Jumpa di Jitra.
Mai mai...
Share:

Aspire Residence - rumah harga cun di Cyberjaya

Nampaknya akhir-akhir ini makin bertambah pemaju membangunkan rumah dengan harga yang lebih mampu untuk dimiliki.

Ini satu perkembangan yang bagus.

Tapi ada satu pemaju yang dari dulu memang konsisten membantu rakyat dalam pemilikan rumah.
Siapa lagi kalau bukan SPNB.

Macam-macam skim dan projek perumahan yang mereka bina dengan harga yang jauh lebih murah dari projek biasa. Lokasi pun pelbagai.
Ada di Shah Alam, Sungai Buloh, Sentul dan beberapa lokasi lagi.


Terbaru, projek rumah mampu milik di Cyberjaya.
Aspire Residence.
Apartment 900 sqft, 3 bilik 2 bilik air dengan harga dalam RM300K++ sahaja

weii... harga property baru di Cyberjaya dah lebih RM700++ persqft
Tapi harga projek baru ni masih dalam range RM450k++ persqft
memang murah tu.

Bukan itu sahaja
Ada diskaun lagi
Rebet 10% ada
Diskaun bumi 7% ada
Rumah siap gril pintu masuk, kabinet dapur dengan hob dan hood, lampu dan kipas dan 1 aircond
Parking lot ada 2, sebelah menyebelah
Lepas tu.. nak lagi cun, developer bagi free maintenance fee selama setahun
Woww wooo

Tak payah bayar legal fee untuk perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman.
Itu percuma, ditanggung oleh pemaju

Dasattt

Nak buat ia lagi gempak, akan ada dua sesi property talk PERCUMA pada 27 Ogos ini. Sabtu.
Lokasi di Sales Office dan Gallery mereka di Cyberjaya
Akan ada perkongsian oleh Ahyat Ishak dan Aziz Ahmad.





Ahyat akan berkongsi mengenai Sniper Hartanah: teknik Mencari Hartanah Terhebat.
Manakala Aziz Ahmad akan berkongsi mengenai Teknik Langsai Hutang Dalam Masa 10 Tahun.



Sesi bermula dari jam 10 pagi - 5.30 petang

Jom jommm...
Sambil belajar sambil kita riki-riki property mampu milik SPNB ini
Aspire Residence.
Yeahhh
Share:

11 Langkah Mudah Beli Rumah

Semalam saya dan Normi bina satu FB page khas untuk jual beli dan sewa rumah.
Namanya FB Page Nak Beli Rumah.
 
Kiranya deal cun-cun kami akan kongsikan di situ
Tips kababoom beli rumah pun akan ada.

Jadi sebagai pembukaan, saya tulis artikel yang merupakan panduan asas dan paling penting untuk beli rumah.
Untuk pembaca blog saya, saya kongsikan artikel tu di sini.
Tapi jemput like FB Page Nak Beli Rumah ni ya.. Buat see first
;)




11 Langkah Mudah Beli Rumah

***************************************

Susah ke beli rumah?

Sebenarnya mudah je kalau kena jurus dan teknik nya.

Meh kami kongsikan langkah demi langkah macamana nak beli rumah.

1. Cek kelayakan pinjaman anda. Tanya banker atau agen rumah yang anda kenal

2. Cek berapa modal yang anda ada. Kalau beli rumah subsale, deposit kena ada 10% dari harga jual, kecuali owner setuju kurangkan deposit ke amaun yang lebih kecik dan rumah tu pun dijual lebih rendah dari harga pasaran.

Tapi tengok la.. kalau rumah dia senang jual, dia pilih buyer yang ada 10% deposit. Kalau rumah dia lambat jual, boleh lah bincang dan nego.

3. Tengok rumah yang kita berkenan di lokasi yang kita mahu pada bajet harga yang sesuai.

4. Kalau serius berkenan, baru cuba nego harga, nego deposit dan lain-lain terma.

5. Bayar booking 3.18% dari harga jual, sebagai tanda jadi.

6. Sediakan dokumen dan mohon pinjaman dari bank. Kami sebagai agent boleh bantu dan uruskan.

7. Bila loan dah lulus, lantik peguam untuk sediakan perjanjian jual beli (SPA) dan dokumen lain berkaitan.

8. Tandatangan surat tawaran pinjaman jual beli yang bank sediakan. Pastikan faham terma dalam surat tawaran tersebut.

9. Tandatangan SPA dan bayar baki deposit sebanyak 6.82% untuk cukupkan 10% deposit.

10. Tunggu peguam uruskan proses pertukaran hakmilik dan bayaran dari bank. Follow up selalu untuk tahu progress.

11. Bila bayaran penuh dah dikeluarkan oleh bank anda dan hakmiilk dah bertukar, penyerahan kunci atau vacant posession akan berlaku. Selamat menjadi tuan rumah!

Untuk membeli atau menjual rumah di Lembah Klang, boleh hubungi kami.Rohaniah Noor 0123547636 atau Normi NAS 0175848166
Share:

penyewa 'polis' kantoi.. tinggalkan rumah macam neraka

Beberapa bulan lepas saya berjaya menjual satu unit di Apartment Cendana di Bandar Sri Permaisuri

Owner rumah ni tinggal di Perlis. Jauh betul
Dia nak jual rumah dia tu sebab harga dah naik cun.
Lokasi hot, dia beli melalui lelongan.

Rumah tu ada penyewa.
Penyewa ni pulak katanya polis.Orang Sabah.
Tapi bercuti lama betul kat kampung. Lagi sebulan setengah baru balik KL.

Sedangkan owner nak jual cepat. Siap bagi harga 10% below bank value lagi.
Kesian pula saya pada owner, jadi saya cari buyer mana yang setuju untuk beli tanpa view rumah ni.

Lokasi hot. Siapa familiar dengan Bandar Sri Permaisuri akan tau betapa panasnya tempat ni.
Cuma tulah.. tak ada gambar sebab tenant tak ada di rumah.
Tak boleh view, pun sebab tak ada tenant di rumah.

Saya post maklumat di Facebook.
Ada seorang lelaki budiman telefon dan menyatakan minat.
Dia nak beli atas nama isteri dia.
Saya cek kelayakan loan, boleh lepas.

Jadi kami pun berjumpa di sebuah kafe.
Bincang-bincang.
Rupanya buyer ni biasa sangat dengan kawasan ni. Tempat bermain katanya.
Jadi, dia tahu sangat apartment ni dan potensinya.

Saya beritahu dia, owner bersetuju akan baiki jika ada kerosakan besar seperti leaking, pintu atau dinding pecah-pecah atau masalah wiring elektrik.
Rumah ni basic. Tak ada kabinet dapur, tak ada tiles.
Maknanya tak ada la kemungkinan masalah tiles pecah atau kabinet dapur kopak.
Jadi, kemungkinan masalah besar hanyalah leaking di bumbung, paip tersumbat, pintu pecah dan wiring elektrik rosak teruk.


Masalah ini lah yang biasanya pembeli akan cek sebelum beli.
Masalah kecik macam tombol pintu bilik rosak, sampah dan cat lusuh tu tak ada hal.

Buyer setuju.
Saya tulis syarat pembaikan di booking form dan dia sign.
Settle.

Lama juga buyer nak dapatkan loan, tapi owner yang juga budiman ni tak kisah.
Dia beri masa.
Hmm.. bagus dua-dua pembeli dan penjual ni.
Dua-dua boleh bincang.

Akhirnya setelah loan lulus, SPA pun ditandatangani.
Kemudian valuer call saya. Nak datang visit rumah untuk buat penilaian.

Masa tu jem.
Sebab tenant tak dapat dihubungi.
Owner kata, tenant ni ada bayar sewa bulan Jun tapi kantoi dia tak bayarkan caj management.

Rupanya sebelum ni management apartment tu hanya terima bayaran tunai.
Jadi owner transferkan duit ke tenant dan tenant bayar ke management.
Dah lebih setahun begitu, ok je.

Tapi kali ni kantoi pula.. dah 6 bulan owner transferkan duit tapi penyewa tak bayarkan ke management.
Geram la owner. Pau duit dia saja-saja.

Jadi owner minta dia kosongkan rumah pada hujung Jun.
Lagipun rumah pun dah dijual.

Mulai mesej itu diterima, tenant diam sahaja.
Call tak angkat, mesej tak dibalas.

Jadi bila valuer nak datang rumah, payah betul.
Tak tau macamana nak set appointment bila valuer boleh datang rumah.

Nak settlekan hal ni, owner turun KL pada pertengahan Julai.
Yelah.. pada masa tu sepatutnya tenant dah keluar
Sewa bulan Julai pun dah tak ada masuk.

Jadi saya pun turun sama dengan dia nak pergi pecah rumah sendiri.
Kami panggil tukang pintu, datang bukak mangga, kunci gril dan kunci dead lock pintu dengan hanya beberapa besi halus.
Power..
tak ada ketuk, tak ada cutter.
Main kuis-kuis je.,, sekali semua lock terbuka.

Power!!

Dan inilah hasilnya apa yang tersimpan di sebalik pintu dan gril berkunci tu.
Mak aiiii....






Kat bilik, atas katil bawah katil tepi katil penuh barang.
Macamana dia tidur?

Ada kipas angin, peti ais, dapur gas di tengah-tengah ruang tamu, home teater yang dah boleh masuk arkib.. aduhai.. macam-macam...








ada banyak barang peninggalan polis.
Ada topi, ada buku log, ada kasut, ada sarung pistol
haihh.. polis tinggalkan semua ni di rumah tinggalan?

ada banyak juga helmet yang talinya dah dipotong.
erkk.. lain macam...

wiring pun dah kena amend habis.
pelik, main tarik satu wayar dari main suis ke suis di dapur.
Ala-ala macam suis water heater.
Tapi tak ada pulak water heaternya..

adeh.. macamana penyewa bekerja elok sebagai polis boleh tinggalkan rumah sewa sampai macam neraka wel ni?

Setelah pening kepala kami tengok rumah ni, kami pun kunci balik pintu rumah dengan mangga baru dan kunci baru yang owner minta locksmith tu tolong pasangkan tadi.

Sebagai upah pecah rumah, owner bawak balik kipas angin duduk yang masih elok.
Hehehe.


selamat pulang ke perlis, en owner.

nanti saya cuci kan rumah ni dan tengok apa yang patut dibaiki sebelum diserahkan ke buyer.

Sambungan kisah akan menyusul..


Share:

Property talk percuma di Ridgefields Residence

Kajang tengah up

Oktober ni dijangkakan MRT Sungai Buloh - Kajang akan mula menjalani tempoh percubaan.
31 Disember pula dijangka ia akan mula dirasmikan.

Maknanya apa?

Maknanya lebih mudah lah orang Sungai Buloh, Cheras dan Kajang nak bergerak ke KL atau ke tempat kerja. Naik MRT... tak perlu jem

Maknanya property di bandar-bandar ini akan menjadi lebih diminati.

Maknanya Kajang akan jadi hot...
panass.. panas... Kajang tengah up.
Buktinya kita boleh tengok developer besar pun dah masuk Kajang dan Semenyih.




Haa.. ni ada projek baru di Kajang.
Developer besar ni

Tropicana Kajang Hills Sdn Bhd.

Projek baru pemaju ni namanya Ridgefield Residence.
Lokasi di tengah-tengah antara Kajang 2, Bandar Teknologi Kajang dan Seksyen 5 Bandar Baru Bangi.



Besar rumah ni.
Parkvilla tiga tingkat.
Luas tanah je 25 x 85
Harga bermula dari RM633K


semalam 6 hb dan hari ni 7hb ada hari terbuka Show House.
Ada property talk free lagi pada 7 hb ni.



Jam 2 petang Vince Chin akan kongsikan teknik dapatkan pinjaman rumah
Jam 3 petang pula Ahyat Ishak akan kongsikan potensi Park Villa di Kajang ni.

Jom jom dengar perkongsian ilmu free ni.

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog