• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

2 artikel bila pena kaku

Sejak Ahad, keyboard saya kaku.

Kematian memang sesuatu yang pasti datang kepada setiap orang.
Tapi cara kematian yang berbeza-beza.
Kematian BEGINI yang melenyapkan satu cabang keluarga kami sememangnya menyedihkan dan membuat hati sayu.

Boleh juga baca kisah kami DI SINI dan DI SINI.

Dalam waktu begini, ada 2 artikel yang saya tulis terdahulu diterbitkan di dua laman blog hebat.


Yang pertama, artikel saya mengenai '7 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu Mengenai JMB'
kawan-kawan boleh baca DI SINI.
Saya harap artikel ini dapat memberi pengetahuan asas mengenai JMB, terutama kepada semua pemilik unit apartment, kondominium, unit menara pejabat, unit retail dan rumah bertanah yang berhakmilik strata.



Artikel kedua pula bertajuk 'Nikmat Diskaun Pembelian Rumah – Sekali Terlepas, Selamanya Melepas;'
Boleh baca DI SINI
Artikel ini menyentuh mengenai diskaun setem duti.
Saya harap semua 'dara hartanah' atau property virgin iaitu mereka yang belum membeli rumah pertama akan membacanya.

Terima kasih kepada Mr Horlic Lim dari Horlic.com dan Tuan Aqif Azizan dari Majalah Niaga kerana menerbitkannya
Sekurang-kurangnya di kala pena saya terkaku, karya saya yang saya hasilkan terdahulu masih boleh memberi manfaat. Insya Allah.

Share:

prima facie duit itu ke mana

Ini bukti prima facie..

semalam sumbangan yang dikutip dari Program Lend a Helping Hand 2012 telah pun berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank ayah Nur Ain Sakinah.

Dua resit cash deposit machine tu dari wang kutipan yuran seminar
manakala resit masukkan cek tu adalah dari kutipan jualan ebook amal oleh Abangensem

walaupun mengambil sedikit masa, bukti prima facie sudah ada


Terima kasih sekali lagi kepada semua penyumbang, penaja dan speaker.
Share:

Perempuan Kelantan boleh lah beli rumah

Semalam saya menulis mengenai cadangan Tuan Shamsudin Kadir iaitu gunakan wang hantaran untuk membeli rumah.
Boleh baca DI SINI.

Ramai yang memberi reaksi dan komen. saya setuju semua komen kawan-kawan. semuanya ada benarnya.

Sebenarnya, praktikal ke cadangan ini?

bagi saya ia boleh dilaksanakan oleh wanita Kelantan atau pasangan pengantin yang majlis perkahwinannya dibiayai oleh ibubapa mereka.

Umum mengetahui, wang hantaran bagi gadis kelantan adalah juga sebenarnya mas kahwin mereka.
Wang itu akan 100% diberi kepada pengantin perempuan.
Maka, dari membeli barang-barng yang susut nilai atau barang mewah, lebih baik gunakan untuk membeli rumah yang bagus kadar sewanya.
Sewakan rumah tersebut dan nikmati aliran wang positifnya.
Dan pastikan ia dibeli atas nama perempuan tu ya. 
Kerana asas wang membeli rumah ini adalah wang mas kahwin.

Bagi pasangan yang ibubapanya membiayai majlis perkahwinan, mereka sangat beruntung.
Biasanya anak ahli perniagaan, anak kakitangan kerajaan atau ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang baik mampu melakukan tanggungjawab ini.
Mewah atau sederhana, pasangan pengantin ini sangat beruntung.

Maka, apa lagi.. wang hantaran boleh lah guna untuk beli rumah dan letak atas nama isteri ya!

Tapi bagaimana dengan ibu bapa yang tidak mampu membiayai majlis perkahwinan anak mereka?
Ramai ibu bapa yang kurang berkemampuan di luar sana menggunakan wang hantaran untuk perbelanjaan majlis perkahwinan.
Betul, ia tanggungjawab ibu bapa.. tapi jika ibu bapa memang tak mampu menghadirkan wang RM 5K sekurang-kurangnya untuk satu kenduri kahwin biasa-biasa.

Dalam kes ini, memang wang hantaran akan digunakan.

Sebenarnya adik beradik saya juga begitu. 
Ibu bapa saya memang tidak mempunyai wang tersebut.
Jadi, siapa mahu berkahwin perlu menyimpan wang sendiri dan terpaksalah menggunakan wang hantaran.
Majlis yang sederhana pun dah beribu-ribu juga perbelanjaannya.
Itu pun kami tak pakai katering, sebaliknya jiran-jiran membantu memasak.

Lainlah kalau nak buat kenduri doa selamat, jemput dalam 200 orang tetamu sahaja kan...
Tiada baju pengantin gah yang dibeli atau disewa, sebaliknya hanya pakai baju kurung yang cantik sedikit dari baju raya sahaja.
Tiada jurukamera berbayar, tiada sesi bergambar outdoor indoor yang posing sini sana, menung sini sana dengan si jurukamera professional
Tiada goodies untuk tetamu yang mewah, cuma mungkin telur rebus sahaja macam dulu-dulu.

Tapi , cuba bayangkan pula jika pihak lelaki memberi wang hantaran sebanyak RM 12k
kemudian pihak perempuan cuma adakan majlis doa selamat untuk 200 orang yang kosnya hanya dalam RM 2k
dengan niat, supaya pihak perempuan ada baki dalam 10k untuk gunakan sebagai deposit rumah.
agak-agak, keluarga pihak lelaki akan bercakap tak?
hmm...


Jom layan video ni kejap.


Share:

hantaran ke mahligai impian

Sabtu lepas, seorang rakan di Facebook telah berkongsi status Tuan Shamsudin Kadir.



Statusnya berbunyi:


Bismillah. Tip untuk bakal pengantin. Kepada tuan dan cik puan yang ingin memulakan kehidupan berumahtangga yang In Syaa Allah lebih terjamin dalam menguruskan ekonomi kukuh. Wang hantaran dengan 'down payment' sebuah rumah.
Sekiranya duit hantaran RM 7,000 gunakan duit itu bagi membayar wang muka untuk sebuah rumah yang boleh dibeli di bawah harga RM 100,000.
Mengantikan wang hantaran dengan wang muka untuk sebuah rumah adalah antara perbelanjaan kahwin yang majoriti pasangan tidak menyesal selepas berkahwin.
Untuk tidak menanggung hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin, mohon rujuk Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang
Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta
Wallahualam.
Rakan ini bertanya pendapat saya dan beberapa rakan yang lain.

Jadi, biar saya beri pandangan saya di sini setakat ilmu saya yang masih terhad.

Bagi saya, cadangan Tuan Shamsudin Kadir ini sangat bagus.
Daripada duit tu dibelanjakan untuk barang-barang lain seperti handbag, perabot rumah, honeymoon, barang kemas (mungkin ada yang rasa patut beli emas, tapi bagi saya, saya tetap tidak bersetuju) dan barang-barang lain yang susut nilai, lebih baik gunakan duit tu seperti cadangan Tuan Shamsudin ni.

Dengan wang hantaran, boleh lah buat deposit rumah. Sudah tentu ia satu pelaburan terbaik. Mereka boleh duduk di dalamnya atau menyewakannya untuk menjana pendapatan pasif.

cuma, memandangkan rumah ini dibeli selepas perkahwinan dan menggunakan wang hantaran perkahwinan, ia adalah harta sepencarian pasangan suami isteri ini.

Mungkin kemudiannya si suami membayar wang ansuran bulanannya dan meletakkan nama di atas s&p atas namanya seorang, ia tetap harta sepencarian.

Mungkin juga rumah itu kemudiannya dibeli menggunakan nama isteri, s&p nama isteri dan bayaran bulanan dibayar sepenuhnya oleh isteri, ia masih boleh dikira harta sepencarian.

Mungkin si isteri tidak bekerja dan hanya suaminya yang membayar rumah ini.
sumbangan isteri dari segi wang hanyalah melalui sumbangan wang hantaran ini, ia tetap harta sepencarian.

kerana ia dibeli selepas perkahwinan.




Cuma berapa besar bahagian si suami berapa besar bahagian si isteri, mahakamah yang akan tentukan berdasarkan berapa besar sumbangan suami dan isteri dalam pembelian  rumah tersebut.

Katakan rumah itu dibeli atas nama suami, dan selepas itu si isteri dan si suami ada bergaduh dan bercerai.

si suami mendakwa isterinya tidak melayaninya dengan baik dan ada keluar rumah tanpa persetujuannya.
maka si suami mahu menggunakan alasan isteri nusyuz untuk mengelakkan bekas isterinya menuntut dan menerima sebahagian hak dari rumah tersebut.

si suami mungkin akan gagal dalam usahanya itu.
sebab nusyuz bukan sewenang-wenang boleh di dakwa oleh suami
nusyuz mestilah dibuktikan dengan adanya pengisytiharan mahkamah bahawa isterinya telah nusyuz, sebelum kes tuntutan harta sepencarian ini berlaku.

Jadi, kenpada wanita, sangat bagus anda sumbangkan wang hantaran anda untuk membeli rumah selepas perkahwinan
lebih baik dari habiskan duit itu dengan perkara-perkara hangus atau untuk kegahan majlis perkahwinan

cuma ingatlah, harta itu boleh dituntut sebagai harta sepencarian.

Jadi, untuk keselamatan masa depan anda, beli lah satu buah rumah sebelum kahwin.
dan uruskanlah rumah itu sendiri dengan wang sendiri.
sekurang-kurangnya jika apa-apa berlaku pada rumahtangga anda, anda ada satu rumah yang 100% milik anda.

Update: Baca sambungannya DI SINI
Share:

Serigala mengganas lagi!

Serigala mengganas lagi.

Tahun ini serigala yang jahat dan besar ini ditemui di sebelah lombong berdekatan Serdang.
Ramai telah menjadi mangsanya.. ada lelaki ada wanita.. ada dewasa dan ada kanak-kanak

Serigala ini membaham ribuan manusia dan juga wang ringgit mereka
Tapi hairannya, apabila diselamatkan, semua mangsa gigitan serigala ini ditemui gembira dan tersenyum

Seperti mereka ini




Khabarnya pada hari ini hingga hari ahad jam 9 mlm, serigala akan mengganas tanpa henti selama 60 jam.
Wah...

Ia memang serigala yang jahat dan besar!











Hasil gigitan serigala:




Share:

Lima Ribu Lapan Ratus Plus Plus


Ahad lepas PropertyWaltz.com dan Property N Co telah berjaya menganjurkan program charity talk iaitu Lend a Helping Hand 2012.

alhamdulillah... program ini berjalan dengan lancar dan berjaya dilaksanakan.

Walaupun ada yang sedikit sesat, ada yang dah daftar tapi tidak dapat hadir, ada yang melopong, ada juga yang datang dari jauh sampai menginap di hotel, tapi program ini akhirnya berjaya juga dilaksanakan.

Terima kasih sekali lagi kepada semua peserta dan penaja, tak lupa kepada rakan penceramah.

Jumlah kutipan dari yuran peserta dan sumbangan rakan-rakan adalah sebanyak RM 3,750.
Manakala sumbangan dari jualan amal ebook AE di blog beliau pula adalah sebanyak RM 2,121.90

Ini menjadikan jumlah kutipan yang kami peroleh untuk program ini adalah RM 5,871.90

Woww... terima kasih sekali lagi kepada semua

layan gambar..

(gambar ini ada hak cipta saya, ada yang hak cipta Tuanbri dan ada yang hak cipta Tuan Farizul)





















Share:

kurang 12 jam lagi..


esok pagi akan berlangsungnya program Lend a Helping Hand 2012

di saat-saat terakhir, saya mendapat email yang tuan Saufi Karim tidak dapat bersama kami esok
Beliau ada hal keluarga yang tidak boleh dielak.

Nampaknya akan terkilan lah peminat SK.
Kami mohon maaf kepada semua peserta yang terlibat.

Tapi jangan kecewa kerana SK akan memberi satu penghargaan dan cenderahati terhebat untuk para peserta esok.
Apakah cenderahati itu?
haaa.. esok akan saya umumkan.

Walaupun begitu, kami akan tetap berusaha menyampaikan yang terbaik pada hari esok.
Semoga sama-sama kita mendapat manfaat.

Air mineral dan lcd projector yang ditaja

Tripod baru


Share:

80,000 homes in prime areas

80,000 buah rumah mampu milik sedia menerima pendaftaran?
Petikan akhbar The Star hari ini, 6 Disember 2012.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PETALING JAYA: The online registration for 80,000 affordable homes to be built in 50 cities and towns under the Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) will be officially launched in Penang on Saturday.
Qualified applicants will be able to take part in the balloting of the houses which will be built at the cost of about RM10bil over the next three years.

Click on graphic for larger view.
“People in Penang will be the first to register and benefit from the Government's affordable urban housing programme,” PR1MA Berhad'schief executive officer Datuk Mutalib Alias told a media briefing yesterday.
He said work on the 333ha PR1MA Seremban project was expected to begin early next year while parcels of urban land in Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Johor, Malacca, Sabah and Sarawak had been identified for the project.
“PR1MA will develop 50,000 homes while the additional 30,000 would be built through collaboration with established private developers.
“We will provide affordable units to meet the needs of urban dwellers,” he said.
Mutalib said individuals and married couples with a monthly collective household income of between RM2,500 and RM7,500 a month were eligible to register for PR1MA homes.
Landed and high-rise properties are priced between RM100,000 and RM400,000.
He said PR1MA adopted a flexible definition of eligible household income so family members who qualified could also register individually.
Applicants must be Malaysians aged above 21 and who do not own more than one home and are working or living in the area where the project is being developed.
Mutalib said applicants could list five areas of choice of locations, adding that they would be alerted of PR1MA projects coming up for balloting via e-mail or SMS.
“An open registration system will be used for PR1MA under which anyone eligible can apply. Balloting for the homes will be independently audited and done in a transparent manner.
He said the PR1MA Act 2012, to come into force on Jan 1, would ensure the fast-track implementation of PR1MA housing projects.
The Act would pave the way for the formation of the PR1MA Advisory Council chaired by the Prime Minister while the Approval Implementation Committee would ease red tape.
Based on a survey carried out in 2009, more than 850,000 people with income of between RM2,500 and RM7,500 a month had not bought their own homes while 1.6 mil of those in the income bracket were home owners.
About 60% of the demand for affordable homes was from Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Pahang and Sabah and Sarawak.
Share:

4 campur 17 = nervous dan teruja


Hari Ahad ni, 9 Disember adalah tarikh keramat.
Program Lend a Helping Hand 2012 akan dijalankan.

Terima kasih kepada 17 orang peserta yang bukan sahaja bermurah hati untuk menderma tapi benar-benar serius untuk belajar pelaburan hartanah dari mereka yang sudah berjaya melakukannya.

Selain itu, terdapat juga empat orang yang membayar empat seat namun mereka tidak dapat hadir.

Tidak lupa, Abangensem turut bermurah hati menyumbang wang jualan ebook beliau untuk tabung ini.
Ini merupakan kali kedua AE memberi sumbangan yang sama, pertama kali semasa Lend a Helping Hand 2011 yang lepas.

Sungguh bermurah hatinya mereka ini.. terima kasih banyak..

Insya Allah, kesungguhan belajar dan keikhlasan hati menambah nilai kepada orang lain akan membuahkan hasil yang sangat besar.

4 orang speaker dalam satu sesi perkongsian pelaburan hartanah untuk kebajikan... hoho!
Pasti Puan Nicole Ong, Tuan Saufi Karim dan Tuan Effendy Zulkefli dah bersedia ni.

Saya pula cuak. Risau juga ni sebab kali ni saya nak bereksperimen sedikit. Harapnya ia ok dan saya tak terkejar masa macam tahun lepas.

Penaja-penaja bagi penganjuran seminar ini adalah:

Tuanbri dari tuanbri.com menaja tempat seminar.
Dzirhans dari nurynsophea.blogspot.com menaja air mineral.
Mieta dari Hot Corelle Malaysia menaja gula-gula untuk peserta

Terima kasih tak terhingga juga kepada penaja ruang iklan yang sudi meletakkan banner Lend a Helping Hand 2012
- Sitiezahim dari catatandarideutschland.blogspot.com
- Aslam dari www.aslamber.com
- Matjoe dari www.matjoe.com

Seperti yang anda sedia maklum, penganjuran seminar ini adalah untuk mengumpul dana Adik Nur Ain Sakinah seperti yang telah saya kongsikan DI SINI.


Adik Nur Ain Sakinah menderita penyakit leukimia dan memerlukan wang sebanyak RM 40,000 untuk membuat pemindahan sum-sum tulang.
Abangnya telah bersedia mendermakan sum-sum tulang tersebut, tetapi masalah kewangan menghantui keluarga dari Pendang ini.

Semoga dengan usaha ini, dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang mereka tanggung.

Jumpa nanti 9 Disember ya!
Share:

Bijak Wang: senang hari ni atau senang esok?

Ramai yang keliru, pening, sentap dan ramai juga yang buat derk je status FB saya malam tadi.

Statusnya berbunyi

Kata nak jadi jutawan hartanah.
Kata tak mahu anak, isteri, suami hidup susah.
Tapi beli rumah pertama terus beli rumah mahal sampai dah tak layak buat pinjaman lagi... macamana?
Pernah dengar tak pesanan orang tua, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian?








Kenapa saya cakap macamni?

ok, kita ambil 2 situasi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi A: Encik W dan Puan W


Encik W dan Puan W baru berkahwin dan kedua-duanya pegawai di satu syarikat swasta.
Gaji mereka seorang lebih kurang RM 3,000.
Mereka membeli sebuah kereta terpakai berharga lebih kurang Rm 20,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 350.
Kereta ini digunakan oleh Puan W ke tempat kerja tetapi bayaran ansurannya dibayar oleh En W.
Manakala En W menggunakan motorsikal yang dibelinya tanpa hutang semasa awal-awal mendapat kerja dahulu.






Mereka memutuskan untuk tinggal di sebuah rumah flat tidak jauh dari tempat kerja dengan sewa sebanyak RM500. 
Kemudian, mereka berdua bersungguh belajar mengenai pengurusan kewangan peribadi dan selok belok pelaburan.
Mereka memilih untuk membuat pelaburan hartanah.

Dengan wang tunai yang sedikit, mereka berdua telah membeli 2 unit rumah dengan wang deposit hanya RM 3k, setiap satu.
Satu unit atas nama En W, satu unit atas nama Puan W.
Pemaju pula menawarkan skim DIBS, jadi tiada bayaran faedah dikenakan sementara menunggu rumah ini siap.



Tahun kedua, 

setelah berjimat cermat dan menyimpan wang, En W membeli satu lagi rumah subsale berharga RM 100,000 dengan wang deposit sebanyak Rm 10,000.
Rumah ini disewakan pada harga RM 650 sedangkan bayaran bulanan dan penyenggaraannya cuma lebih kurang RM 500.
En W mendapat lebihan RM 150 setiap bulan.

Jumlah pendapatan En W juga meningkat dengan tambahan RM 650 menjadikan jumlah pendapatannya RM 3650.



Tahun ketiga, setelah kedua-duanya berjimat lagi, Puan W pula membeli sebuah lagi rumah lelong dengan harga RM 80,000 walaupun harga pasarannya mencecah RM 120,000.
Kali ini bayaran deposit sebanyak RM 8,000 sahaja.
Setelah selesai semua urusan pindahmilik, Puan W cepat-cepat menjual rumah ini dengan harga RM 120,000. 
Puan W memperoleh keuntungan kasar sebanyak RM 40,000.
Setelah ditolak pembayaran peguam, RPGT dan penalty, Puan W masih memperoleh keuntungan bersih lebih kurang RM 30,000.
Wang ini mereka simpan. 

Mereka masih menggunakan kereta yang sama, motorsikal yang sama dan tinggal di rumah flat yang sama.



Tahun keempat, 

kondominium yang di dalam pembinaan pun siap. 
Nilai pasaran kondominium ni pun dah naik ke RM 300,000.

Oleh kerana bijaknya mereka memilih lokasi, kondominium  ini dapat disewakan dengan harga RM 1,500 dengan separuh perabot.

Sementara itu harga pasaran rumah kedua EN W sudah meningkat naik ke RM 130,000 dalam masa dua tahun.

Katalah gaji mereka pun dah meningkat ke RM 3500 seorang.
Kini pendapatan En W adalah RM 3500 + RM 650 (sewa rumah kedua) dan RM 1500 (sewa rumah pertama)
Pendapatan Puan W pula adalah RM 3500 + RM 1500 (sewa rumah pertama) dan keuntungan RM 20,000 dari rumah kedua.

Kemudian Puan W menggunakan wang RM 20,000 ini untuk membeli rumah ketiganya secara subsale (tapi sebenarnya pinjaman perumahan kedua) dengan harga RM 180,000 dan berjaya memperoleh pendapatan sewa sebanyak RM 1400 juga.
Bayaran bulanan rumah ini hanya RM 950 termasuk yuran penyenggaraan.
Jadi, Puan W memproleh lebihan wang RM 450.


Jumlah pendapatan mereka berdua sekarang adalah:

En W --> RM 3500 +  RM 1500 (sewa rumah pertama) + RM 650 (sewa rumah kedua) = RM 5650
Puan W --> RM 3500 +  RM 1500 (sewa rumah pertama) + 1400 (rumah kedua) = RM 6400

Jumlah pendapatan kasar mereka sekarang adalah RM 12,050.
Nilai pasaran hartanah yang mereka berdua perolehi adalah RM 910,000.

Saya pasti dalam masa dua tahun lagi, nilai pasaran ini akan meningkat ke 1 juta ringgit.

Mereka masih menggunakan kereta yang sama, motorsikal yang sama dan tinggal di rumah flat yang sama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi B: Encik J dan Puan J

Sama juga, Encik J dan Puan J baru berkahwin dan kedua-duanya pegawai di satu syarikat swasta.
Gaji mereka seorang lebih kurang RM 3,000.
Encik J membeli sebuah kereta baru berharga lebih kurang 60,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 650.
Puan J pula membeli sebuah kereta baru berharga RM 50,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 550.

Kemudian mereka berhasrat untuk membeli sebuah rumah.
Bagi mereka, rumah untuk tinggal mestilah selesa.

Lantas mereka membeli sebuah rumah teres berharga RM 450,000, secara pinjaman bersama.
Nasib baik juga pemaju menawarkan pembelian dengan deposit yang rendah iaitu kurang 10K sahaja.


Tahun kedua, mereka tak boleh beli rumah lain dah sebab komitmen mereka dah tinggi.

Tahun ketiga pun sama.
Tapi pada masa ni, rumah teres yang mereka beli dah siap.
Harga pasaran rumah teres tu dianggarkan sebanyak RM 550,000 dengan bayaran ansuran RM 2000.


Tahun keempat, 

gaji masing-masing naik ke RM 3500 seorang.
Nak membeli rumah lain pun dah tersangkut sebab mereka tak boleh menyimpan duit pun.
Mana taknya, ansuran kereta sahaja dah RM 1200, manakala bayaran ansuran rumah pula adalah RM 2,000.


Jadi jumlah pendapatan EN J = RM 3500
Pendapatan Puan J = RM 3500

Nilai aset semasa mereka berdua adalah RM 550,000.


Kawan-kawan, 

Amaun-amaun yang saya nyatakan di atas tidaklah tepat 100%
Saya cuma ingin memberi simulasi kepada 2 situasi berbeza.

Mana lebih untung?

- En W dan Puan W yang berjimat cermat, sanggup menyewa di rumah flat dahulu, menggunakan kereta murah dan motorsikal cabuk dan akhirnya berjaya mengumpul aset bernilai RM 910K pada tahun keempat.

atau

- Encik dan Puan J yang awal-awal lagi membeli kereta baru yang lebih mahal dan rtumah teres yang lebih besar yang akhirnya hanya itu sahajalah rumah yang mereka ada? 

Inilah yang orang tua kita kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...

Kawan-kawan tak perlu tiru 100% cerita En dan Puan W.
Tapi konsep melengahkan kesenangan hari ini untuk kesenangan akan datang itu yang perlu kawan-kawan fahami.

(hmm... dari status facebook, dah jadi idea untuk artikel blog. Kalau habis idea nak tulis blog lagi, saya rujuk SINI)
Share:

5 pemuda menempah wang besar

Ingat lagi tak pengumuman Pertandingan Video Kreatif 'PKNS Di Sisimu' yang saya pernah kongsikan di sini?

Ternganga mulut saya bila melihat setakat blog ini ditulis,  ini baru 5 orang yang menghantar penyertaan.
Ini bermakna peluang untuk menang masih sangat besar.
Hadiah tempat pertamanya wang RM 10,000 tu...
Hadiah keseluruhan pula bernilai RM 25,000. wowww

Aihhh.. takkan nak biarkan je kan....
ini tidak boleh jadi...

So, kawan-kawan, jangan buang masa.
Rakamkan satu video pendek kurang 2 minit dan sertai pertandingan ini.

Untung-untung menang RM 10,000, boleh la guna untuk deposit rumah anda seterusnya
;)

Kalau nak tengok video-video yang dah pun dihantar oleh peserta, boleh cari 'PKS Di sisimu' di youtube.

untuk makluman lanjut mengenai pertandingan video ini, boleh klik 'play' pada video di bawah.


Share:

Dinding kena pecah!

Lokasi kejadian: Domain 3 neocyber

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog