• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

2nd view yang pedih

Ada sesetengah owner masih boleh berbincang mengenai harga.
Ada sesetengah owner tidak.

Bila mereka katakan itu last price, itu memang last price.
Owner begini tak terdesak nak jual. Kalau dapat pembeli dengan harga yang mereka mahu, barulah mereka jual.
Kalau tak, korang merayu ke.. bagi cek deposit 3% dari harga korang nak ke.. owner akan buat derk sahaja.

Kadang-kadang rasa geram juga... kita dah beritahu prospek buyer. Owner nak harga ni juga. Tak boleh nego dah.

Tapi prospek buyer masih minta nak buat 2nd view, nak bawa keluarga.

Itulah yang berlaku baru-baru ni..

Ada sebuah apartment tu, owner nak jual below market price.

Prospek buyer dah datang tengok sekali dengan pasangannya. Masa tu mereka ada cakap nak nego harga. Saya beritahu, saya tak janji tapi saya tanya owner dulu.

Bila saya bincang dengan owner, dia tak nak kurangkan harga dah. Harga tu last price, dah 25K atau 9% di bawah harga pasaran.

Kemudian, buyer contact saya lagi. Saya beritahu harga tu last price. Owner tak nak nego dah.
Dia minta kurang juga dan beritahu yang ahli keluarga yang lain berminat nak view juga rumah ni.

Saya maklumkan sekali lagi.. harga ni fixed. Kalau ahli keluarga  tu tak setuju dengan harga ni, kita buang masa sahaja buat 2nd view.

Katanya ok, ahli keluarganya dah setuju dengan harga tu.

Optimis sangat la saya ni kononnya.. bawa mereka buat 2nd view.

Kepada ahli keluarga tu, saya terangkan lagi.. ini last price. Mereka angguk-angguk dan minta saya bantu cek kelayakan loan.

Selepas dua hari, bila banker pun dah call untuk semak kelayakan loan, prospek buyer beritahu.. yang mereka hanya akan beli jika dapat kurang harga lagi...
Aduhaiii....

Korang tak rasa ke masa, tol, minyak itu semua sangat berharga dan itu semua duit.

As expected, owner said NO.
"Harga tu pun dah below market value weh.. Kalau buyer tak nak, its ok... no problem.."

Hmm....
Gambar hiasan
Share:

Taman Pelangi Semenyih corner 2 tingkat below market

Minggu lepas ada satu rumah saya pergi tu corner lot di Taman Pelangi Semenyih 2.
Owner nak jual atau sewakan, mana yang terdahulu.


Tanah luas. Rumah siap ada CCTV dan autogate. Ada pulak table top, built in wardrobe, katil queen, 2 water heater dan 3 aircond. Ada kawasan berpagar dan security.
4 bilik 3 bilik air, freehold. Non-bumi unit.




Nak jual 610K, bank value boleh cecah RM750K
Kalau sewa, RM1200 boleh nego lagi.

Maknanya, kalau nak settle down dan hidup tenang di rumah bertanah corner lot, boleh lah beli. Kalau kat KL, rumah macamni mau 1 juta kot. Atau lebih.

Kena pula 19% below bank value. Perghh.... Kawan-kawan bayangkan boleh main dengan anak kat tanah yang luas. Corner lot kan. Bila dah bersara pulak, boleh letak meja dan bbq satu famili kat luar tu.
wowww.





Pasal keselamatan pun tak payah risau sebab ada security kat pintu masuk kejiranan. Saya yang agent ni nak masuk pun kena bagitau unit mana dan daftar pelawat. Payah lah perompak nak masuk kan...

Tapi kalau belum ada bajet, boleh lah menyewa dulu. Duduk dan nikmati ketenangan dan keselesaan rumah ni. Untung-untung setahun dua korang mampu beli je terus rumah ni..

Kalau berminat, kawan-kawan call je saya 0123547636





Share:

Cendol Songkok Tinggi di Seremban

Esok ke mana?

Esok hari Sabtu kan.. 19 November 2016 memang hari bersejarah.
Salah satu yang saya nak kongsikan di sini adalah... jeng jeng jeng..
ada sesi Cendol Songkok Tinggi bersama Ahyat Ishak dan Khairul Ezuwan.

Apa tu?
makan cendol dan borak kosong je ke?

ahaa.. sebenarnya ia satu sesi perkongsian hartanah PERCUMA untuk semua yang hadir.
Belajar pasal pelaburan hartanah dari dua orang speaker yang ohsem power ni.

Detail majlis ini:

Tarikh: 19 November 2016 (Sabtu)
Masa: 10 am - 3 pm
Tempat: Residensi SIGC, Seremban.


 Untuk jadual penuh majlis, boleh rujuk poster di bawah ya.



 Untuk maklumat lanjut, boleh call no telefon di dalam poster ini juga.

Yeahhh... jom ke Seremban kita!
Share:

Dilayan VIP. Bekas pelajar ini rasa perghhh dahsyat habis...!

Semalam memang lejen. 
 
Dua minggu lepas, admin Saya Backpacker dihubungi oleh  pihak UTP. Mereka nak buat aktiviti talk dan jualan buku travel di Library mereka. 
Mereka jemput kami untuk join dan beri talk mengenai backpacking.

Kami terima pelawaan ini.
Ia bermula semalam, 16 November 2016 - Jumaat 18 November 2016.
Saya diberikan slot talk semalam jam 10 pagi. Tajuk perkongsiannya Merancang Kewangan untuk Kembara.

Normi pula hari ni 17 Nov 2016 jam 10 pagi. Insya Allah beliau akan kongsikan mengenai solo kembara.

Sebenarnya ini kali pertama saya beri talk mengenai backpacking. Selalunya pasal hartanah kan.. 
Jadi neves juga.

Disebabkan banyak urusan kerja, dah jam 11 malam kelmarin baru saya start sediakan slide. 
Buat punya buat, rupanya dah jam 4 pagi.
Alamak.. jam 5 pagi dah kena gerak ke UTP sebab sasaran kami nak sampai di sana dalam jam 8 lebih..
yelah.. nak setup booth dan talk jam 10 pagi.

Normi drive dulu. Saya lelap kejap.
Tapi disebabkan saya dan Normi tak tidur langsung, kami terpaksa juga berhenti di Rawang jam 6 pagi untuk lelapkan mata.
Jam 7.15 pagi baru saya sambung drive.

Melalui Batu Gajah yang penuh dengan kenangan, saya rasa macam kembali ke zaman saya belajar di UTP dulu.
Bezanya, dulu saya bawak motor Yamaha 80 lama.
Sekarang saya bawak kereta kebal yang dah berusia 9 tahun.
 
Jam 9.30 pagi baru kami tiba di simpang masuk UTP.

Sampai je kat pintu masuk UTP, security guard minta kami berhenti kat tepi kejap. Kemudian ada kereta security escort kami ke Library UTP.

Perghh
Lain macam perasaan kena escort masuk as VIP. Tapi segan pun ada sebab saya bawak kereta kebal yang catnya dah compang-camping.

Lepas bagi talk kami bergambar beramai-ramai. Kemudian Alin, staff kat sana ajak pergi makan tengahari. Makanan khas disediakan untuk kami.
 


Dahsyat habissss.
Bangga pula bekas student dilayan oleh UTP sebegini rupa.

Untuk kawan-kawan yang nak dapatkan  buku travel yang saya terbitkan dan buku travel kawan-kawan, jemput datang ke Library UTP.
Ada buku Seoul dengan RM1400 Je?, Krabi, Kembara Afghanistan, Merentas Amerika, Advantura Pulang ke Malaya, 7 Benua, Menerjah Langit Eropah dan Travelog Perempuan Jalan Tun Razak.






Dan of kossss ada buku property juga.
Ada buku saya Beli Rumah Kababoom! dan Penyewa Hantu Tuan Rumah Buaya.
ada juga buku Wang Ada di Mana, Beli Rumah Kos Rendah, Makan Gaji Kaya Harta & Cemerlang Jiwa, Cinta Rumah Subsale dan Bijak Melabur Edisi Rmah Lelong.




Share:

Jom Cari Rumah Summit USJ. Talk Percuma sebelum lari 21km

Sabtu Ahad depan ada property talk percuma lagi weh...

Kalau sebelum ni saya dan kawan-kawan speaker naik ke utara di Seberang Prai, dan kemudian turun ke selatan di JB
Tapi kali ni kita rilek-rilek di Lembah Klang sahaja.
Untuk orang Kay El dan kawasan yang sewaktu dengannya kan..

Jom Cari Rumah, expo property yang dipakejkan sekali dengan ilmu percuma untuk bijak beli rumah kali ni datang ke Summit USJ.
Tarikhnya 11 - 13 November 2016
Masa 10 pagi - 10 malam tapi untuk talk, ia bermula dari jam 12 tengah hari - 5.30 petang.
Masuk PERCUMA kepada semua.

Kali ni ada ramai speaker yang tak ada di Seberang Prai dan JB, ada di Summit.
tu yang specialnya...
Jadi, kalau dah datang di Seberang Prai atau JB, kena la datang lagi di Summit sebab speakernya berbeza.

Tapi muka saya ada kat semua event.. hahaha.. harap jangan jemu ya.


Untuk jadual penuh event ni, boleh lihat pada jadual di bawah




Haaa... kalau tengok gambar di atas, ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak tau..
Ada persembahan badut, pertandingan mewarna dan juga ada gula kapas percuma tau.
Jadi untuk ibu bapa yang bawak anak, sementara mak ayahnya mendengar sesi perkongsian ilmu dan riki-riki property baru yang ada, anak-anak boleh bergumbira juga.

Insya Allah, kalau rujuk pada jadual ni, sesi saya hari Sabtu jam 1 tengah hari.
Lepas tu kita buat pelancaran buku terbaru saya, Penyewa Hantu Tuan Rumah Buaya.

 
Habis sesi saya, saya kena balik awal sikit.
Sebab malam tu ada larian 21km di Putrajaya.

Yeahh..

Jadi jumpa di sana yaaaa
Masuk Percuma.
Share:

Bajet 2017: Apa yang ada untuk kewangan dan pelaburan hartanah?

Semalam Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan Bajet 2017 di Parlimen.



Saya ingin senaraikan apa intipati pembentangan bajet tersebut yang berkaitan dengan kewangan dan pelaburan hartanah ya.

Mula-mula PM bentangkan fakta. Jumlah peruntukkan adalah 260.8 bilion ringgit, merupakan peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.


Kemudian kita lihat dari segi pendapatan rakyat.


PENDAPATAN RAKYAT

Bajet 2016 menyebut ada 3 kategorikan rakyat Malaysia berdasarkan pendapatan isirumah mereka.
T20, M40 dan B40.



Dari bawah, B40 ialah golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, dengan pendapatan isi rumah sekitar 3,900 ringgit ke bawah. Ia terdiri dari 40% rakyat Malaysia.

M40 pula adalah kelompok isi rumah yang berpendapatan sekitar 3,900 ringgit hingga 8,300 ringgit. Mereka juga adalah 40% dari rakyat Malaysia. Mereka termasuklah individu bujang, dan kebanyakkannya merupakan suami isteri bekerja, berpendidikan dan berkemahiran tinggi. Bahasa pasar dipanggil golongan pertengahan.

Akhir sekali T20 adalah 20% rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi. Tidak dinyatakan definisinya dalam Bajet 2017 tetapi ia sebenarnya merujuk kepada 20% rakyat Malaysia yang pendapatan isirumah lebih tinggi dari M40.

OK, Kita lihat bajet dari segi Pendapatan.

Untuk golongan B40, 275 juta ringgit diperuntukkan untuk:
1. Luaskan Program MySuria. Panel solar akan dipasang di lebih 1,600 rumah yang terpilih. Setiap peserta program akan menerima 250 ringgit sebulan. Peruntukan 45 juta ringgit.
2. Memperluas Program Mobilepreneur oleh GIATMARA, dengan peruntukan 30 juta ringgit, yang mensasarkan 3 ribu peserta bermotosikal;
3. program Agropreneur. Peruntukan 100 juta ringgit melahirkan 3 ribu usahawan tani muda
4. Program eUsahawan dan eRezeki di bawah MDEC, merangkumi 300 ribu peserta dengan peruntukan 100 juta ringgit.
5. Untuk 57 ribu nelayan, kerajaan akan teruskan pemberian elaun RM200 - RM300 ringgit sebulan
6. Bagi golongan B40 khususnya penerima BR1M, kerajaan galakkan mereka menjdi pemandu UBER. Jika mereka tidak mempunyai kenderaan, mereka boleh gunakan duit BR1M sebagai deposit membeli Proton IRIZ dan rebet sebanyak RM4,000 akan diberi.
Cuma yang hairannya, kenapa IRIZ?
Sedangkan Proton Saga baru , Bezza atau Axia lebih murah dan cantik, sesuai la untuk mereka berpendapatan rendah. Harga IRIZ agak tinggi dan di luar kelayakan golongan B40.


PERUMAHAN

MyBeautiful New Home untuk B40 yang ada tanah

1. Kerajaan perkenalkan program MyBeautiful New Home, khusus kepada golongan B40, dengan peruntukan 200 juta ringgit.
Jadi mula-mula 5 ribu unit rumah akan dibina dengan harga RM 40,000 - 50,000. RM20,000 kerajaan akan tanggung, bakinya lagi RM20,000 - RM30,000 owner kena bayar secara ansuran.
Tapi kalau nak memohon program ni, kena ada tanah sendiri, tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan Kerajaan Negeri.

PPR baru

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dengan bajet sebanyak 134 juta .
PM maklumkan, pada masa pembentangan ini dilakukan, ada 11,250 unit rumah PPR sedang dalam pembinaan. Rumah ini akan dijual dengan harga RM35,000 - RM 42,000. Jadi, boleh perhatikan dan grab cepat ya untuk yang layak.


PR1MA dan rumah mampu milik 

Kerajaan akan sediakan menyediakan tanah Kerajaan yang tidak diguna-pakai di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA. Tujuannya untuk bina lebih 30,000 unit rumah mampu milik berharga RM150,000 - RM300,000.

Kerajaan juga perkenalkan skim pinjaman khas untuk PR1MA. Jenis step-up katanya. Saya tak pasti step up ni macamana. Filem Step Up saya tahulah.
Katanya, pinjaman ni lebih mudah dan lebih tinggi marginnya hingga 90-100% pinjaman. Dikatakan rejection loan akan lebih rendah dari loan biasa.
Skim ni akan bermula pada 1 Januari 2017. Skim ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak Kerajaan, Bank Negara Malaysia, KWSP dan juga 4 bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

Rumah Sewa Anak Muda

Kerajaan akan bina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap. Tempoh maksima sewa 5 tahun dengan kadar sewa yang lebih murah dari harga sewa pasaran.

Rumah Mesra Rakyat

Syarikat Perumahan Negara Berhad diperuntukkan 200 juta ringgit untuk membina lebih 5000 unit Rumah Mesra Rakyat . Kerajaan akan subsidikan rumah ini sehingga 20 ribu ringgit seunit.

Baikpulih rumah flat

Kerajaan peruntukkan 300 juta ringgit untuk baik pulih kemudahan kawasan flat dan 113 Program Perumahan Rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar. Bagus ni.. Lawa sikit rumah-rumah flat ni. 

Rumah Generasi Kedua FELDA
 
Untuk pembinaan rumah Rumah Generasi Kedua, Kerajaan peruntukkan RM200 juta untuk FELDA, RM100 juta untuk FELCRA dan RM100 juta untuk RISDA


DUTI SETEM

Kadar duti setem sekarang adalah seperti berikut:



Nilai Belian Hartanah
Kadar Bayaran
RM100,000 pertama
1.0%
RM400,000 seterusnya
2%
Baki nilai seterusnya
3%


Kalau dulu, diskaun 50% duti setem untuk rumah pertama berharga RM500,000 ke bawah.
Contoh rumah harga RM450K, duti setem yang kena bayar:

RM100,00 pertama - 1% - RM1000
RM400,00 seterusnya - 2% - RM350,000 x 2% = RM7000
Jumlah = RM1000 + RM7000 = RM8000
Diskaun 50% jadi RM4000


Di bawah bajet 2017, kerajaan akan beri diskaun duti setem 100% untuk rumah berharga RM300,000 pertama.
Maknanya kalau harga rumah yang dibeli tu berharga RM300K ke bawah, tak payah bayar duti setem langsung.
Tapi kalau rumah tu berharga RM450,000 misalnya, RM300,000 yang pertama tak dikira duti setem. The next RM150K baru dikira duti setem berdasarkan kadar semasa iaitu 2%.

RM300,000 pertama - 0%
RM150,000 jatuh bawah 2% bila rujuk jadual di atas = RM150,000 x 2% = RM3000
Jumlah RM3000

Jelas, diskaun baru ini lebih menjimatkan pembeli rumah. Dalam kes rumah berharga RM450K ni, jimat RM1000
Tapi, diskaun 100% ini sah untuk tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018 sahaja.

Namun begitu, untuk rumah bernilai melebihi 1 juta, kadar duti setem akan dinaikkan ke 4%. Sebelum ini, ia hanya 3%
Tetapi selepas Bajet 2017, kadar duti setem akan jadi


Nilai Belian Hartanah
Kadar Bayaran
RM100,000 pertama
1.0%
RM400,000 seterusnya
2%
RM 500,00 seterusnya
3%
Baki nilai seterusnya
4%
 


KAKITANGAN AWAM

1. Kakitangan awam akan menerima bonus sebanyak RM500 seorang dan RM250 untuk pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat pada awal Januari 2017.
2. Pinjaman pempembelian komputer, dan smartphone maksima RM5,000 bagi setiap tiga tahun.
Sekarang ni,  pinjaman komputer tak termasuk smartphone.
3. Pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan ke RM10,00 ribu ringgit. Sekarang ni, had maksima hanya RM5,000
4. Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan. Kadar terendah bagi kakitangan berpendapatan paling rendah bermula dari RM200,000. Kelayakan maksima pula kini RM750,000.
5. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan diteruskan. 30 ribu unit lagi  akan disediakan dengan harga jualan RM90,000 - RM300,000. Sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.




CUKAI
 
1.Akan ada 21 kategori pelepasan cukai baru. Antaranya :
- untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.
- pelepasan untuk pembelian akhbar-akhbar arus perdana, smartphone dan tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium.Jumlah pelepasan maksima RM2,500 ringgit setiap tahun,
-  Pelepasan cukai baharu maksima RM1000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu untuk setiap 2 tahun sekali.
-  Pelepasan cukai maksima RM1000 kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berumur 6 tahun dan ke bawah, ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar.


2. Kerajaan akan tubuhkan Collection Intelligence Arrangement atau CIA. Ini melibatkan LHDN, Kastam dan SSM yang akan berkongsi data bagi menambah kecekapan mengutip cukai dan tax compliance. CIA akan berada di bawah Kementerian Kewangan. 


3. Skim baru pengurangan kadar cukai berperingkat untuk syarikat-syarikat yang berjaya meningkatkan pendapatan mereka.  


Peratus kenaikan pendapatan bercukai
Pengurangan kadar cukai
5-10%
1 mata peratusan
10-15%
2 mata
15-20%
3 mata
20%
4 mata

4. Pengurangan kadar cukai pendapatan bagi semua PKS daripada 19% turun ke 18% untuk pendapatan bercukai sehingga 500 ribu ringgit pertama. 5. Potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat induk, akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Itu sahaja dulu yang dapat saya kongsikan apa yang ada dalam Bajet 2017 berkaitan kewangan dan pelaburan hartanah.
Apa yang tak ada? Kita sambung kemudian...

Ada sebarang komen?
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog