• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Bajet 2014: Perspektif pelabur hartanah


Jumaat lepas Perdana Menteri Malaysian telah membentangkan Bajet 2014 di Parlimen.
Melihat dari perspektif pelabur hartanah, saya senaraikan antara yang berkaitan secara langsung.



1) Mengawal harga rumah dan tindakan spekulasi dengan cara

a) Semakan semula RPGT

Kadar Real Property Gain Tax (RPGT) atau Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dinaikkan seperti yang diura-urakan sebelum ini.

Kadar untuk tahun ini, jika hartanah dilupuskan dalam tempoh sehingga 2 tahun, kadarnya adalah 15% manakala jika ia dilupuskan dalam tempoh 2 – 5 tahun, kadarnya adalah 10%. Selepas 5 tahun, tiada RPGT dikenakan.

Namun mulai 1 Januari 2014 ini, kadarnya akan dinaikkan ke 30% bagi hartanah yang dilupuskan pada tempoh 3 tahun atau kurang, 20% pada tempoh 4 tahun dan 15% pada tempoh 5 tahun. Selepas 5 tahun, tiada RPGT dikenakan namun bagi pemilik hartanah yang terdiri dari syarikat, mereka akan tetap dikenakan cukai sebanyak 5%.

Bagi bukan warganegara Malaysia, RPGT yang dikenakan adalah 3-% bagi 5 tahun pertama manakala untuk 6 tahun atau lebih, kadar RPGT 5% dikenakan.


b) Bukan warganegara dibenarkan membeli hartanah bernilai RM 1 juta ke atas sahaja. Had syiling ini dinaikkan dari kadar semasa sebanyak RM 500,000 sahaja.


c) Memperkenalkan peraturan bahawa pemaju perumahan perlu mempamerkan harga jualan rumah secara terperinci termasuk semua insentif atau manfaat yang ditawarkan yang biasanya melibatkan yuran guaman percuma, duti setem percuma, rebet  tunai dan hadiah percuma.


d) Melarang pemaju menawarkan pakej pembiayaan DIBS kepada pembeli. DIBS adalah satu pakej di mana bayaran faedah semasa pembinaan rumah yang sepatutnya dibayar oleh peminjam, ditanggung oleh pemaju.



2) 223,000 rumah mampu milik akan dibangunkan oleh kerajaan dan sektor swasta.

Dari jumlah ini, 16,473 akan dibina oleh Jabatan perumahan Negara melalui projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan sebanyak RM578 juta.
600 unit akan dibina oleh JPN untuk Prpgram Perumahan Rakyat Disewa dan Program Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan RM 146 juta.
PR1MA pula akan membangunkan 80,000 unit lagi dengan peruntukan sebanyak RM 1 billion. Rumah PR1MA akan dijual pada harga 20% lebih rendah dari harga pasaran.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membangunkan 26,122 unit rumah yang mana 15,122 di bawah RUmah Mampu Milik, 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 di bawah skim Rumah Mesra Rakyat.

Rumah Mesra Rakyat di tahun 2014 ini akan menampilkan satu kategori rumah baru yang mana harga rumah yang dijual adalah di antara RM 45,000 – RM 65000 dan subsidi sebanyak RM 15,000 – RM 20,000 seunit.


3) MyHome

Program Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) akan diperkenalkan. Dalam program ini, kerajaan akan memberi subsidi sebanyak RM 30,000 kepada pemaju swasta yang membina rumah mampu milik di bawah program ini. Tiada unjuran berapa banyak unit yang akan dibina.


4) Dana MudahCara Perumahan

Kerajaan akan memperutukkan sebanyak RM 4 billion untuk Dana MudahCara Perumahan, yang mana RM 1 billion darinya akan diperuntukkan khas  untuk Unit Kerjasama Awam Swasta. Pemaju-pemaju projek PR1MA, Program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia dan projek perumahan kawasan baru layak memohon geran ini sebanyak 10% dari kos projek. Pemaju mestilah menepati syarat dan harga jualan yang telah kerajaan tetapkan.


5) Tabung Penyenggaraan 1 Malaysia

Sebanyak RM 100 juta akan diperuntukkan untuk program membaik pulih dan meningkatkan keselesaan dan keindahan rumah kos rendah milik kerajaan. INi termasuk kos penyenggaraan lif, mengecat semula, pembersihan longkang dan ruang buang sampah dan membaikpulih kawasan permainan kanak-kanak.


6) Penubuhan Majlis Perumahan Negara

Majlis ini akan merangka strategi dan pelan tindakan perumahan secara menyeluruh termasuk bidang perundangan berkaitan dan mekanisme pengawalan harga.
Majlis akan dianggoitai oleh wakil kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, Jabatan Perumahan Negara, PR1MA, SPNB dan sector swasta.






Komen saya:

A) Nampaknya kerajaan cuba mengawal harga dengan:
- Menaikkan kadar cukai RPGT
- Menghalang penawaran pakej DIBS

RPGT akan mengekang speculator atau sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah flippers membeli rumah pada hujung tahun 2013 dan tahun 2014.
Mereka akan dapati teknik ini kurang menarik lagi. Tapi adakah mereka akan berhenti membeli rumah?

Mungkin.

Mungkin mereka beralih ke flipping rumah lelong. Lebih cepat menjualnya.
30%, 20% atau 15% untung bagi kerajaan, 70%, 80% atau 85% untung mereka ambil.

Atau mereka beralih kepada teknik beli-sewa-jual.

RPGT tidak memberi kesan kepada pembeli hartanah yang mensasarkan keuntungan jangka sederhana iaitu 5 – 10 tahun dan pelabur hartaanah yang mensasarkan keuntungan jangka panjang.

Permintaan rumah di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan sesetengah lokasi lain memang sangat tinggi memandangkan penghijrahan warga luar bandar ke bandar.

Jadi, harga tetap akan meningkat disebabkan permintaan ini kerana penawaran rumah kos rendah atau rumah mampu milik masih tidak memenuhi atau melebihi permintaan ini lagi.

Bagi saya, RPGT hanya menyebabkan seseorang pembeli memegang hartanahnya lebih 5 tahun. Tetapi ia tidak memberi kesan jika seseorang membeli untuk duduk sendiri atau untuk disewakan.

Walaubagaimanapun, bilangan transaksi hartanah dijangka akan menurun pada tahun 2014.
Kadar ini telah pun menurun pada tahun 2012 dan mungkin untuk 2013 juga.

Kata Dr Peter Yee, sektor hartanah sudah mula memasuki musim luruh.. sebelum tibanya musim sejuk.


B) Saya setuju dengan penetapan harga minimum RM 1 juta yang boleh dibeli oleh warga asing ini. Kesannya: permintaan dan pasaran hartanah di Iskandar Malaysia dan Melaka yang menawarkan hartanah pada harga RM 500,000 - RM 1 juta sebegini kepada warga asing akan sedikit terjejas pada tahun 2014.

SAya menjangkakan pemaju akan membina dan menjual lebih banyak hartanah bernilai rm1 juta ke atas untuk gologan ini di lokasi ini. Sedangkan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sememangnya rumah bertanah dan sesetengah kondominium mewah telah pun bernilai RM 1 juta ke atas.

Kesan polisi ini dijangka  tidak terlalu ketara kerana langkah ini sudah agak terlewat. Sudah banyak unit hartanah tempatan dibeli oleh warga asing dan kesan kenaikan harga pasaran akibat aktiviti ini sudah sangat ketara.

Permintaan akan tetap ada kerana rumah berharga RM 1 juta hanyalah bernilai SD 400,000 bagi warga Singapura. Tetapi, sekurang-kurangnya langkah ini dapat mengurangkan juga permintaan dan pembelian dari bukan warga negara yang kurang berkemampuan.


C) Banyak faedah diberi kepada pemaju swasta, pemaju PR1MA, SPNB dan pemaju Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia. Mereka mendapat geran, subsidi dan peluang kerjasama dengan kerajaan untuk membangunkan rumah mampu milik.

Adakah rebet, subsidi dan usahasama terus ini akan memenuhi keperluan rumah mampu milik?

Sudah 2 tahun atau 2 kali bajet tahunan,  projek dengan nama yang sama di bawah SPNB dan PR1MA disebut-sebut di dalam pembentangan ini, tapi setakat ini, bilangan rumah yang mereka tawarkan masih belum  memberi kesan yang diharapkan.
Mungkin unit rumah ini belum siap semuanya? Atau kita perlu menunggu lagi 2 tahun supaya apartment yang mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan ini akan nampak hasilnya.

Bagi rumah PR1MA yang akan dijual dengan harga 20% lebih rendah dari harga pasaran, ia bukanlah sesuatu yang sangat boombastik kerana sekarang ni pun kalau ada ilmu dan teknik yang betul, pembeli boleh membeli rumah dari pasaran lelong dan subsale dengan harga 20% lebih murah dari harga pasaran ini.



D) saya gembira dengan peruntukan rm100 juta untuk membaikpulih dan menceriakan rumah kos rendah milik kerajaan. Dengan ini, diharap lif-lif yang uzur di rumah PPR atau flat kos rendah milik DBKL akan dapat dinaiktaraf atau diperbaiki supaya kemalangan melibatkan lif rosak di flat seumpama tidak lagi berlaku.

Malah, saya berpandangan, Malaysia perlukan akta atau garis panduan berapa tahun sekali setiap bangunan perlu dicat semula. Dengan ini barulah tiada bangunan berkulat dan kusam catnya yang memburukkan pemandangan di Malaysia.
Lihat sahaja betapa bagusnya di Singapura. Anda takkan jumpa bangunan yang catnya buruk sebegini.



E) Saya berharap Majlis Perumahan Negara akan dapat merangka akta baru yang
- mempercepatkan proses pindahmilik apabila pembelian rumah  subsale dilakukan. Situsi sekarang, bila kita membeli rumah, kita kena menunggu 6 bulan atau mungkin setahun, barulah kita mendapat pemilikan kosong.
- mencadang dan mewujudkan akta penyewaan rumah yang antaranya mengandungi tibunal tuan rumah atau apa sahaja nama seumpamanya. Akta ini khas untuk menangani isu-isu antara tuan rumah dan penyewa yang bermasalah supaya prosedur sedia ada melalui perintah mahkamah yang remeh dan berkos tinggi dapat ditambahbaik dan dipermudahkan.

Untuk membaca teks penuh Ucapan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014 tempoh hari, boleh KLIK DI SINI.
Share:

Sabtu dan Ahad yang terbaik!


Sabtu dan Ahad baru-baru ini telah berjalan dengan lancar Seminar Taiko Rumah Lelong dan Seminar Wang dan Hartanah.

Sabtu jam 8 pagi saya dah sampai di bilik seminar Master Yus di CBD Perdana 1, Cyberjaya.
oleh kerana peserta datang lewat sedikit, kami mula pada jam 9.15 pagi.

Dewan seminar Taiko Rumah Lelong memang hangat..
hangat dengan bayangan wang besar yang boleh dijana

hangat dengan aura mahu masuk lelongan kalau boleh esok jugak!

Tapi saya tahu ramai kecewa kerana saya tak diberi peluang bercakap banyak dalam Seminar Taiko ni.
Sekadar pembuka sesi pagi dan sesi petang sahaja.

Puan Siti Farazila dan Sifu Shafie memang memberikan yang terbaik untuk seminar tu.
Terima kasih..

Folder dan majalah Property Insights Percuma untuk setiap peserta


Siti Farazila, kaki rumah lelong dari kalangan wanita


Sifu Pie ajar nak flip rumah lelong

Tiru.. tiru..


Mana mau pilih..

melihat profail kedua trainer ini, nampak pada kita bahawa
- semua orang boleh buat duit dari rumah lelong. sama ada makan gaji atau bekerja sendiri
- semua orang boleh buat pelaburan hartanah. sama ada lelaki atau wanita.

Yup wanita! Seronok saya tengok bilangan peserta wanita agak ramai juga untuk kedua-dua Seminar ini.




Untuk mereka yang rindukan kelunakan suara saya, nasib baik untuk sesi Seminar Wang dan Hartanah, peserta berpeluang mendengarnya sampai lemau.

Mau taknya.. macam-macam yang saya bebelkan..
Kata En Muhd Faiz, "Fun, Powerful & Inspiring"
haaaa.. terima kasih..





Tapi nasib baik Puan Siti Farazila sudi mencelah berkongsi pasal teknik jana modal melalui Overdraft
ada la lega sedikit telinga peserta dari mendengar suara saya non-stop tu kan...

Masa untuk berangan


Terima kasih kepada semua peserta yang hadir untuk salah satu atau kedua-dua sesi perkongsian ini.
Anda semua memang sportinglah!
Semoga sabtu dan ahad itu adalah antara Sabtu dan Ahad terbaik anda.

Yang mana dapat pisau seramik free tu, dah test ke pisau tu?
Yang mana dapat botol air sport, silalah bersukan ya.. supaya botol air tu akan mencapai matlamat.
Yang dapat buku, semoga ilmu yang dikongsi di dalamnya akan dimanfaatkan.

Semua peserta smeinar secara automatik menjadi Ahli Kelab Alien Hartawan.
Zassss!

Share:

Rumah Transit di Bukit Jalil: Harapan mempelai?

Sabtu lepas saya tertarik membaca berita mengenai Rumah Transit di Bukit Jalil

Mulai awal 2014, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperkenalkan Program Rumah Transit.
Rumah ini dibuka kepada pasangan rumahtangga muda untuk menyewa pada kadar RM 250 selama tempoh maksima 2 tahun sahaja.



Buat permulaan, sebanyak 632 unit rumah ini akan diperuntukkan di Bukit Jalil.
Rumah berkeluasan 650 sqft di Blok L dan Blok M di Pojek Perumahan Rakyat Pinggiran Bukit Jalil.
Dikatakan projek PPR ini sebenarnya mempunyai 12 blok kesemuanya bermsanaan 3780 unit.

Syarat-syarat pemohon:
- warganegara Malaysia
- telah berkahwin dalam tempoh setahun
- umur 30 tahun ke bawah dan tidak mempunyai rumah sendiri
- mengemukakan bukti bekerja di KL dan pendapatan isirumah RM 3,000 ke bawah
- tiada rekod jenayah

Untuk memohon, pasangan yang layak perlu mendaftar dalam
a. bagi negeri selain KL, Sistem Pendaftaran Terbuka di Lembaga-lembaga Perumahan Negeri atau Bahagian Perumahan di Pejabat-Pejabat SUK.
b. di KL, memohon di laman web ePerumahan DBKL.

Kemudian, senarai ini akan dihantar ke ke Kementerian untuk tapisan seterusnya.
Tapisan yang ketat akan diadakan oleh satu jawatankuasa untuk memastikan hanya yang benar-benar layak sahaja yang ditawarkan rumah tarnsit ini.

Harapnya, jangan terlalu banyak redtape dan birokrasi dalam saringan pemohon, sampai akan ambil masa terlalu lama.
Nanti pemohon putus asa pula dan terpaksa menyewa di rumah lain.
Status permohonan mereka sama ada berjaya atau tidak perlu telus sebab pasangan ini tetap perlu mencari tempat tinggal lain sementara mereka memohon.

Tiada Sublet
Pasangan yang menginap di rumah transit ini tidak dibenarkan menyewakan semula rumah ini kepada pihak lain.
Mereka mestilah mendiami sendiri rumah ini.

Saya terfikir-fikir bagaimana agaknya penguatkuasaan sublet ini akan diadakan.
Sebab bukan apa.. 2 blok dijadikan rumah transit. sewa pun murah.
Dah pasti 10 blok lagi banyak disewa pada kadar pasaran yang lebih tinggi.
Jadi, mereka yang kreatif mungkin terfikir nak sewakan semula pada harga pasaran sewa di blok lain.

Mungkin pegawai DBKL perlu lakukan spotcheck dari masa ke semasa kan..
maknanya perlu ada senarai suami-isteri penginap sebenar.
dan bila spot check diadakan, kalau orang lain yang tinggal di situ, tindakan boleh diadakan.


Tempoh sewa maksima 6 bulan sahaja.

6 bulan sebelum kontrak sewaan tamat, notis akan dihantar kepada mereka dan mereka mestilah mengosongkan rumah berkenaan sebelum atau pada masa tempoh sewaan berakhir.

Nampaknya ia akan menjadi satu tekanan kepada pasangan yang menginap ini supaya cepat0cepat menyimpan wang dan membeli rumah sendiri.
saya setuju agar mereka ini tidak diletakkan di dalam zon selesa.
lagipun rumah ini boleh diberi kepada pasangan lain pula.

Kalau tak beli juga rumah, terpaksa lah menyewa rumah lain.
Cukup-cukuplah bantuan dan subsidi.

Saya harap, pelaksanaan Rumah Transit ini berjalan dengan baik sepertimana sepatutnya.
Jangan hanya atas kertas sahaja nampak cantik.
penguatkuasaannya juga perluah cantik.
pemilihan pasangan yang layak juga harus adil dan telus.


Share:

iProperty Bumiputra Expo: Biar gambar berbicara

Sabtu dan Ahad lepas telah berlangsung dengan jayanya iProperty Bumiputra Expo.

Memang best...
Best sebab ada banyak pameran
Best sebab perkongsian ilmu percuma oleh tuan Faizul Rizuan, Saufi Karim, Ahyat Ishak dan saya berjalan dengan baik.
Best juga bila melihat ada yang datang mendengar seminar ni dapat pula hadiah cabutan bertuah.
Memang bertuah!

Ada yang walk-in dan terus mendengar perkongsian kami
ada juga yang memang datang semata-mata nak mendengar suara merdu kami berceloteh.

Apa pun, terima kasih kepada iProperty dan semua yang hadir.
Terima kasih juga kepada tuan Faizul Rizuan kerana dia yang cadangkan nama saya kepada pihak iProperty.
Saya sangat gembira dapat berkongsi ilmu ini di medan ini.

Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa sesi ini berlangsung.


Sesi Tuan Saufi Karim
Kredit foto: Saufi Karim


Sesi Tuan Faizul Rizuan

Sesi Tuan Ahyat Ishak

Apa Jodoh Hartanah Anda?


Sesi saya
kredit foto: tuan Amirrul Ar-Rahman

kredit foto: tuan Ahyat Ishak
kredit foto: tuan Ahyat Ishak
Sesi Wang dan Hartanah ini hanya 45 minit sahaja.
Jadi saya hanya dapat kongsikan sedikt sahaja.
Jika mahu belajar lebih terperinci lagi, boleh hadir ke Seminar Wang dan Hartanah pada ahad 27 hb ini di Cyberjaya.
Klik DI SINI untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
Share:

kisah iProperty Bumiputra Expo: apa persamaan saya dan Yuna?

Tahun 2009, saya hadir dan kawan saya hadir ke ekspo hartanah iProperty Luxury Collection 2009.
Ada seminar percuma sempena ekspo tersebut.
Masa tu, penceramah yang dijemput sangat hebat.
Ada Milan Doshi, Dr Peter Yee dan Renesial Leong.

Saya siap bertanya soalan kepada Dr Peter Yee lagi.
Punyalah gembira bila dapat bertanya soalan dan dia menjawab kemusykilan saya.
Saya ada kongsikan kisah ini DI SINI.

Seingat saya, dua kali saya pernah hadir ke sesi seminar percuma ekspo iProperty ni.
Kedua-duanya ada Dr Peter Yee.
dan sesi kedua yang saya pergi ada Hoo Chin Soon juga, bercerita mengenai Center of Gravity.

Siapa sangka...
4 tahun kemudian..

esok 19hb dan Ahad 20 hb saya pula menjadi salah seorang speaker dalam sesi seminar percuma iProperty Bumiputra Expo ini.



iProperty Bumiputra Expo merupakan satu ekspo hartanah khas untuk bumiputra.
Diadakan di Paradigm Mall di Kelana Jaya.

Semasa ekspo ini, ada banyak pameran hartanah baru yang sedang panas di pasaran.
Akan ada Metia Residence, Savanna di Southville, Damansara Foresta, EVO SOHO, GreenZ One South dan lain-lain lagi.

Selain itu, ada sesi seminar percuma seperti tradisinya dan juga cabutan bertuah kepada mereka yang hadir.

Untuk sesi seminar ini, ada 4 orang lagi speaker iaitu tuan Faizul Rizuan, tuan Saufi Karim, tuan Ahyat Ishak dan saya sendiri.

Sesi seminar ini akan bermula pada jam 2.30 petang.
Dimulakan dengan tuan Saufi Karim dengan tajuknya 'Main Key Strategy to Invest in Landed Property'

Kemudian jam 3.15 petang oleh tuan Faizul Rizuan 
tajuknya 'Investing in High-Rise Residentials for Bumiputras – The DOs & DON’Ts'

Jam 4 petang ada cabutan bertuah.

Jam 5 petang barulah sesi saya.
Tajuk yang saya akan kongsikan adalah "Apa Jodoh Hartanah Anda?"

Save the best for last.
Jam 5.45 petang sesi Tuan Ahyat Ishak.
Beliau akan bawa 2 tajuk.
Kompetensi Seorang Pejuang Hartanah pada 19 October dan  Kesilapan Dahsyat Dalam Pemilihan Aset  pada 20 October.

Jam 6.30 petang akan ada cabutan bertuah semula.





Wowww. terbaik!

Teringat pula kata-kata Yuna semasa beliau menang Anugerah Juara Lagu ke 24  tempoh hari.
Masa tu beliau menang untuk lagu Dan Sebenarnya.

Kata Yuna yang lebih kurang begini.
"saya tak sangka.. tahun lepas saya menyaksikan Anugerah Juara Lagu di rumah dengan kawan-kawan sambil makan chips, tapi tahun ini saya memenanginya pula"

Dalam kes saya, walaupun saya tak popular dan tak sehebat macam Yuna
dan tak ada suara yang unik dan bakat muzik sehebat beliau
tapi saya tak sangka juga ada persamaan kisah antara saya dan Yuna.

saya dan Yuna sama-sama graduan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang UiTM
jika dia ke pentas Anugarah Juara lagu sebagai peserta, bukan lagi sebagai penonton di rumah
saya pulakembali ke pentas seminar percuma iProperty
bukan sebagai penonton tapi sebagai speaker.

(walaupun Yuna ambil masa setahun dan saya 4 tahun...  hehehe)

Semalam tiba-tiba terperasan nama saya dalam suratkhabar Sinar Harian bila artikel mengenai acara ini ditulis.
wahh...
jakun.. jakun..



Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran seminar percuma ini, boleh KLIK DI SINI.
Share:

Bangi pun ada SOHO. EVO SOHO

Saya baru pulang dari bercuti Hari Raya Aidladha semalam.
eh... Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua!

Di rumah mak, tak ada talian internet.
Ada 2 kali je abang saya bawa balik modem wifi celcom dia.
Tapi sekejap je ada..

Jadi, tak dapatlah saya update blog sepanjang bercuti raya baru-baru ini.

Kebetulan terlupa bayar bil DIGI, Jadi handphone pun kena bar.
tak dapatlah terima mesej di whatsapp.

Jadi, semalam, bila sampai je ke rumah saya, saya terus buka notebook dan periksa email.
Oh,, rupanya ada satu email dari sifu Faizul Rizuan.
Beliau memaklumkan saya yang beliau ada talk semasa majli prebiu EVO SOHO.



Butiran majlis tersebut adalah :

Tarikh  :  19 Oktober 2013
Masa : 10.30am
Lokasi : PKNS Andaman Sales gallery di Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia




Sebenarnya ramai juga yang bertanya saya mengenai EVO SOHO ini.
Jadi, di sini saya tulis sedikit mengenai projek ini.

EVO merupakan projek SOHO usahasama antara pemaju, Andaman Development Sdn Bhd dan pemilik tanah, PKNS.
Siapa tak kenal kedua-dua nama besar ini kan?

Sebelum ini, Andaman telah membangunkan Casa Subang di USJ 1.
Kemudian mereka bangunkan The Arc di cyberjaya dan beberapa projek baru di luar Lembah Klang.

Kali ini, Andaman bergerak ke Bandar Baru Bangi pula.

Lokasi EVO betul-betul di kawasan pusat bandar di Bandar Baru Bangi.
Kalau anda biasa dengan Kompleks PKNS Bangi, ia betul-betul di sebelah PKNS Bangi tu.
Di tengah-tengah antara PKNS Bangi dengan lot kedai pejabat yang ada PappaRich dan HSBC.
Tak jauh dengan Hospital An-Nur dan Pusat Rawatan Islam Az-Zahra.
Ada banyak bank di sini dan restoran serta butik pakaian juga.



Sebenarnya pembangunan EVO merupakan pembangunan bercampur.
Di bawahnya ada pusat membeli-belah 4 tingkat dan 86 unit kedai pejabat 4 tingkat.
Di 2 menaranya, barulah 616 unit SOHO ini dibina.
Tapi unit retail dan kedai pejabat ini dah pun  habis terjual.
tinggal SOHO sahaja yang masih ada.

Unit SOHO ini ada 4 jenis semuanya.
Unit tengah berkeluasan 454 sqft, terdiri dari Type A dan Type B.
Corner unit pula lebih besar dan merupakan unit duplex.
Type C berkeluasan 1217 sqft manakala Type D berkeluasan 1352 sqft.

Harga bermula dari  RM240,000 ke RM795,000.

Unit dijual siap dengan perabot penuh.


Manakala kemudahan yang ada adalah kolam renang, Jacuzzi, Poolside Deck,Wading Pool, Water Cascade, Bilik persalinan, Gymnasium, Kawasan permainan kanak-kanak, Bilik Serba Guna dan Restoran.

Bandar Baru Bangi merupakan lokasi yang panas kepada pelajar IPT kerana di sini ada UKM, KPTM Bangi, MFI dan GMI.
Ia juga tidak jauh dari Uniten dan Infrastructure University atau nama lamanya KLIUC.
Mungkinkah pelajar antarabangsa di UKM, Uniten dan KLIUC akan tinggal di sini?

Jika ya, dan jika golongan professional mula membanjiri pembangunan ini nanti, dijangka kadar sewa di sini adalah RM 1400 - RM 1800 bergantung pada saiz dan kelengkapan di dalamnya.



Untuk memiliki unit SOHO ini, anda hanya perlu bayar RM 2500 sahaja.
Jadi, ia merupakan pelaburan hartanah yang rendah modal.

Untuk masa yang terhad, dengarnya pembeli unit EVO SOHO ditawarkan tv LCD percuma.
Boleh hubung Leenda (012-6521272) & Fara (012-3058180) untuk maklumat lanjut mengenai tv lcd ini.

Berbalik kepada majlis prebiu EVO SOHO tadi, jika anda berminat untuk hadir ke sesi ini, sila daftar di : http://evosoho.com/
Share:

Peserta seminar dah jadi pengurus homestay

Kalau nak dikatakan kembang semangkuk, rasanya hati saya lebih kembang dari itu.
hmm.. hati kembang tak mengapa..
asal jangan perut kembang dengan lemak sudahlah..

Kembangnya hati saya apabila membaca perkongsian ini


Puan Raudzah adalah peserta Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah sesi Mac 2013.

Beliau tinggal di Alor Setar.
Sanggup datang turun ke Kajang untuk hadir seminar saya ini.
Kemudian, peserta seminar ini dan sesi April 2013 telah saya tawarkan untuk menyertai program group mentoring dan coaching saya.
Saya tawarkan 5 tempat dan beliau antara 4 orang peserta yang mengambil langkah menyertainya.
Dari Alor Setar, sekali lagi beliau turun ke sesi mentoring yang saya adakan di Kajang.
Kemudian, untuk sesi kedua dan ketiga beliau tidak dapat hadir.
namun begitu, panduan, tips dan Q&A sentiasa dijalankan di dalam whatsapp dan Facebook



Alhamdulillah... 
saya dimaklumkan suami beliau dah beli 3 buah rumah baru-baru ini.
dan beliau membantu suaminya menguruskan salah sebuah rumah itu yang telah dijadikan homestay

Homestay Sri Selaseh di Alor Setar.
kalau anda bercuti atau ada urusan di Alor Setar, boleh lah menginap di homestay ini.
Boleh hubungi 0125771751/0125836788




Untuk makluman, group mentoring dan coaching ini terhad kepada peserta seminar Wang dan Hartanah sahaja.
(nama baru untuk seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah)

sebab bagi saya, ilmu yang saya kongsi dalam seminar Wang dan Hartanah adalah ilmu asas yang setiap pelabur hartanah mesti ada.
kalau ilmu asas pun tak ada, kita akan buang banyak masa dalam mentoring 4 bulan ini nanti untuk cerita ilmu ini pula.
Maklumat lanjut untuk seminar Wang dan Hartanah, boleh klik DI SINI.
Share:

7 strategi, 7 speaker. 6 kehenseman dan 1 keanggunan. ehem ehem...

7 strategi pelaburan hartanah yang boleh anda manipulasi:

1) Beli dan sewakan
2) Beli dan jual
3) Beli, sewakan dan jual
4) Beli, jadikan homestay
5) Beli, jadikan homestay dan jual
6) Sewa dan sewakan semula
7) Sewa dan jadikan homestay

Tiada strategi yang betul atau salah.
Tiada strategi yang semua orang kena ikut.
Terpulang kepada setiap individu mahu manipulasikan strategi mana yang sesuai dengan dirinya dan boleh membantunya mencapai objektif pelaburannya.

***********************
Convention Freedom
***********************

Convention Freedom akan diadakan pada 9-10 november 2013 di Kuala Lumpur.

keunikan konvensyen ini:
1) julung-julung kali konvensyen pelabur hartanah berbahasa melayu dianjurkan di Malaysia.
2) Menampilkan 6 orang pelabur hartanah yang masing-masing berbeza strategi dan berlainan niche.
3) Selain hartanah, ia juga menggabungkan peluang perniagaan kereta sewa yang telah menjana pendapatan hingga 5 angka kepada 2 orang anak muda



Sekali lagi, tiada yang betul atau salah di dalam satu-satu strategi pelaburan hartanah dan perniagaan.
Yang penting, motifnya sama. Ke arah Freedom! Freedom dari segi kewangan.

Dan saya pula muncul sebagai satu-satunya speaker wanita.
Ini menunjukkan bahawa
1) wanita pun boleh buat pelaburan hartanah
2) kita masih kekurangan wanita yang buat pelaburan hartanah

Sambil pegang periuk
sambil dukung bayi
jangan lupa wanita perlu bijak dan mulakan pelaburan hartanah untuk masa depan diri dan anak.
1 anak, 1 rumah pelaburan.

Maklumat lanjut, boleh klik di sini http://bit.ly/convention-freedom
Share:

Kesudahan Seminar Dr Azizan Osman: Personal Coaching yang Hilang

Sambungan perkongsian pengalaman saya INI sebagai peserta Supreme Diamond Intensif Jutawan Industri.

Sebenarnya saya dah tutup kes ini.
Ia sudah jadi arkib.
Tapi memandangkan ramai yang masih kecoh di luar sana, maka saya tuliskan apa yang berlaku seterusnya dan kesudahannya.

Saya tidak buat fitnah atau cuba memburukkan sesiapa.
saya hanya berkongsi pengalaman.
Ia fair comment dan kejadian benar.

Beberapa hari sebelum Aidil Fitri, iaitu seminggu selepas ARTIKEL INI ditulis, saya dimaklumkan oleh rakan saya, Syahman bahawa beliau ada menerima sms memintanya memilih tarikh sesi group mentoring pada bulan September nanti.
3, 4 atau 5 September 2013.
Mungkin inilah 'sesuatu' yang dikatakan oleh Azizan Osman di Facebook tu.
Mungkin juga inilah sesi live group mentoring yang akan menggantikan sesi online personal coaching seperti yang dijelaskan oleh page FB Alumni mereka.

Saya tidak pula menerima sms yang sama.
Tak apa.. saya tunggu... mereka janji lepas raya kan..

Selepas raya..



Tunggu-tunggu tak ada pun sms macam yang syahman dapat
Hanya dapat sms yang ajak saya jadi sukarelawan untuk seminar Jutawan Industri 2013 sahaja.
Saya tak puas hati.


Akhirnya pada 29 Ogos 2013, saya tulis mengenai hal ini di facebook.
tunggu sms jemput group mentoring seperti yang dijanjikan tak ada pun.. Yang sampai hanyalah sms ajak jadi sukarelawan sahaja.

Seorang rakan di Facebook telah kongsikan apa yang saya tulis ini di FBnya dan tag En Jerry.
En Jerry menjawab, beliau akan periksa dahulu hal ini.

Tidak lama kemudian, saya telah menerima panggilan telefon dari pihak Richworks menawarkan saya memilih tarikh untuk hadir ke sesi group mentoring itu.
Saya pilih 4 September, Selasa.

Petang dalam jam 3 petang saya ada mesyuarat.
Pada masa yang saya, handphone habis bateri.
Jadi saya caj handphone dan tinggalkannya di meja sementara saya menghadiri mesyuarat.

Selepas mesyuarat tamat, saya dapati ada beberapa miss call di handphone saya.
jam 5.42 petang, saya dapat sms dari En Jerry.
Tapi esoknya baru saya balas.
Berikut adalah sms antara saya dan beliau.




Selepas sms kedua ini, saya terus sms beberapa rakan yang juga berpendapat yang sama.
Saya ajak mereka jumpa en Jerry sekali. Boleh la kami utarakan hal ini sekaligus.
Jadi, saya belum balas mesej en Jerry ni.

Malam itu saya lewat online FB. Saya ada hal di luar.
Sebaik sampai rumah pula, sepupu saya datang bertandang.
Tiba-tiba kawan saya telefon saya.
Dia suruh saya buka Facebook dan baca apa yang tertulis di Facebook Alumni Dr Azizan Osman.


Rupanya mereka muat naik notis ini dalam dua versi. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Ada 2 intipati di sini:
1) Mereka mendakwa wujud salah faham. Online personal coaching melalui skype tidak dijanjikan. saya yang salah faham. Maka saya telah membuat tuduhan tidak berasas sama sekali dan ini boleh menjurus kepada memfitnah en Azizan Osman.
2) Mereka kini sedang mengambil tindakan di bawah Bahagian Perundangan mereka kepada saya. Bermakna, mereka ada kemungkinan mahu ambil tindakan undang-undang atau dalam bahasa pasarnya, menyaman.

Terkejut saya membaca notis dalam dua bahasa ini.

Elok petang tadi en Jerry sms saya kata nak jumpa dan bincang dengan baik.
Malam ini ada masa pula buat notis dalam bahasa melayu dan terjemah ke bahasa inggeris. 
atau buat notis dalam bahasa inggeris dan terjemah ke bahasa melayu.

Maka berbakul-bakul la kutukan yang saya terima di page FB Alumni dan di FB public saya.
Ada yang karang bahasa kutukan sendiri, ada yang share je apa yang en azizan tulis dengan komen yang menarik untuk dibaca.
Saya kini dipanggil biawak oleh pengikut taksub yang kononnya belajar menjaga aura.
Saya juga dikatakan melayu menjatuhkan melayu 
dan juga menerima pelbagai kutukan lain.
"shame on you" kata salah seorang peniaga mesin air kepada saya.

hm.. sejak bila pula menuntut hak sebagai pembeli satu dosa besar dan menyebabkan manusia berubah menjadi biawak?
Kalau macamtu, jangan la marah-marah developer kalau projek perumahan yang anda beli tu terbengkalai.
Terutama kalau developer tu syarikat melayu.
Nanti jadi biawak.. nanti melayu jatuhkan melayu.

Kawan-kawan saya yang tak puas hati dengan situasi ini ada meletakkan komen di FB Alumni. 
mereka pertahankan tindakan saya menuntut apa yang dijanjikan.
dan ada juga yang menyuruh semua yang memgutuk saya tanpa usul periksa ni baca dulu blog saya.
Tapi semua komen yang tak menyokong en azizan telah dipadam dengan pantas.


Pagi esoknya 30 hb Ogos 2013, notis ini telah dipadam terus dari lamab FB Alumni.

Jam 9 pagi, saya menerima SMS dari en Jerry.



Saya beritahu en Jerry, memandangkan notis saman sebegini telah dimuatnaik, saya tidak lagi berminat untuk hadir ke sesi group mentoring pada 4 September.
Sebab memang sesi itu bukan yang dijanjikan pun masa akad jual beli diadakan.
Saya cuma mahu refund sahaja.

Beliau tetap mahu jumpa saya. katanya ada salah faham.
Saya kata, boleh tapi bukan hari ini sebab saya demam dan saya perlu ajak kawan teman saya.

(SMS ini saya tak dapat print screen sebab pada masa ini, tak ada kamera atau handphone lain yang boleh tangkap gambar sms tu)

Kemudian mereka memuatnaik permohonan maaf secara general terhadap isu ini.


Kawan-kawan saya tak berpuas hati. Masa letak notis saman, tulis dengan jelas nama saya.
Tapi bila minta maaf, tulis secara umum sahaja
ini antara responnya.





Saya juga dapat tahu, en Mazidul Akmal telah menulis mengenai isu ini di blognya. 
Boleh baca DI SINI, SINI dan SINI

.


Petang itu, saya menerima sejambak bunga dan buah dari Richworks dengan ucapan "Get Well Soon"




1 September 2013, saya tetapkan temujanji dengan En Jerry, kami akan bertemu pada 2 September jam 8.00 malam di Putrajaya.
Pertemuan akan diadakan di Mr Kabab & Biryani, Presint 15, Putrajaya

Memandangkan en Jerry dah bukan dalam Richworks, maka Puan Yasmin akan turut hadir.
beliau General Manager Richworks pada waktu itu.
orang lain yang sama-sama tak berpuas hati dalam hal ini, semuanya diam dan tak mahu muncul.
Jadi saya hadir bersama-sama 3 orang rakan saya yang tiada kaitan dalam hal ini.

Saya puasa hari tu, jadi kami terlewat sedikit sampai ke sana.

Perbincangan kami dirakam oleh kedua-dua pihak dengan kebenaran.


**************************
Hasil perbincangan:
**************************

1 - EN Jerry dah menonton rakaman video seminar IJI 2012. Janji personal coaching itu katanya adalah melalui program eksklusif RMC di mana setiap yang membayar supreme diamond layak menjadi ahli selama setahun. Jadi pihak Richworks memohon maaf kerana penerangan Azizan Osman semasa seminar IJI itu menyebabkan peserta salah faham. Tapi, saya sanggah istilah salah faham. Bagi saya, Azizan Osman yang salah memberi kenyataan dan peserta tidak salah faham pada kenyataannya itu.

2- pihak Richworks akan memulangkan semula semua wang yuran yang saya dah bayar kepada mereka. 
Ada 2 program yang saya sudah bayar: Intensif Jutawan Industri 2012 bernilai RM4999 dan Rainmaker Summit bersama Bill Walsh (yang kemudiannya saya minta pindahkan ke program Platinum) sebanyak RM 3,000. 
Tetapi saya minta mereka refund RM 2,000 sahaja untuk Intensif Jutawan Industri 2012 iaitu beza yuran supreme diamond dan diamond (yang saya bayar upgrade pada hari seminar itu) dan RM 3,000 untuk yuran Rainmaker Summit. 
Ini menjadikan jumlah wang yang saya mohon pulangkan sebanyak RM 5,000 sahaja.

3- Richworks bersetuju menaikkan notis memohon maaf kepada saya secara terbuka di FB Alumni mereka atas
- kelemahan penganjuran pakej Supreme Diamond ini; dan
- notis yang mereka letakkan di FB mereka pada 29 Ogos mengatakan saya membuat tuduhan dan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas saya.
Saya akan menyediakan draft notis mohon maaf ini untuk mengelakkan mereka menggunakan ayat atau perkataan yang kurang sesuai lagi. Draft akan dihantar pada hari Selasa 3 September.

4- Saya akan menulis perkembangan kes ini di blog saya selepas semua tindakan oleh Richworks dilaksanakan.

Richworks berjanji akan menyelesaikan perkara 2 dan 3 dalam minggu ini juga.


3 September 2013, Selasa
Saya telah menghantar draft notis memohon maaf dan nombor akaun bank untuk refund pada hari Selasa 3 September ke email puan yasmin. 


Rabu 4 September, Puan Yasmin memaklumkan kepada saya bahawa refund dan notis maaf sedang dalam proses.

Khamis, 5 September, wang refund RM 5,000 telah saya terima dalam akaun bank saya.



Sementara itu. draft notis memohon maaf diubah beberapa kali kerana Richworks mahu masukkan perenggan promosi seminar mereka.



Akhirnya pada 6 September 2013, Richworks telah memuatnaik notis 
- meminta maaf kepada saya atas kesilapan mereka di atas tertangguhnya program susulan RMC yang di dalamnya ada antaranya online personal coaching
- berterima kasih atas maklumbalas saya ini
- mengaku tersilap memuatnaik paparan notis dwi-bahasa terhadap saya di Facebook Alumni Dr Azizan Osman pada 29 Ogos dan memohon maaf.



Boleh baca notis ini di FB Alumni DI LINK INI.
atau di link FB public saya DI SINI.


Jadi, kes ini telah ditutup.
perkara telah selesai.
Jelas saya tidak salah faham.
personal coaching melalui online tu memang ada dijanjikan dalam seminar itu yang merupakan salah satu aktiviti susulan RMC yang mereka belum laksanakan dari tarikh seminar Intensif Jutawan Industri itu diadakan pada 23 - 25 November 2012 hinggalah ke tarikh artikel blog saya INI ditulis pada 1 Ogos 2013.

Richworks telah adakan satu sesi group mentoring untuk peserta supreme diamond IJI ini pada September lepas dan saya harap akan ada lah sesi-sesi sepatutnya lagi untuk peserta supreme diamond selama 12 bulan melalui program RMC seperti dijanjikan.

Saya sudah dapat wang refund.
Saya sudah tidak ada kaitan dengan apa-apa seminar kelolaan Richworks.

Memandangkan kes ini telah selesai, saya harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba sensasikan lagi kes ini atau menyampaikan cerita separuh jalan.
saya harap semua jelas dengan apa yang telah berlaku.

Pengajaran bersama.
Hati-hati sebelum membayar mana-mana pakej seminar
Jikalau penganjur janji anda boleh dapat 5 tembikai dan 2 paket beras untuk satu harga, pastikan anda betul-betul akan dapat 5 tembikai dan 2 paket beras itu.
Penganjur tak boleh sewenang-wenangnya tukar 2 paket beras ke 1 paket tepung tanpa persetujuan anda semula.
Sebab asas akad jual beli adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Jika salah satu pihak tak redha, ia bukan lagi jual beli yang sah.
Share:

Taiko Rumah Lelong serta Wang dan Hartanah.

Ramai yang tertanya-tanya, bila lagi saya nak buat seminar?

Sebenarnya saya baru je selesai buat Kelas Hands-on Check Defect pada Sabtu lepas.
Belum sempat nak tuliskan laporannya di sini.
Insya Allah saya akan cuba tuliskan juga ya.

Selain kelas tersebut, buat yang masih menunggu-nunggu..
insya Allah saya akan anjurkan dua seminar pada bulan ini.

Seminar pertama, Taiko Rumah Lelong dalam Masa 1 Hari.
Kalau ada yang masih ingat, tahun lepas saya dan kawan-kawan Property N Co telah anjurkan seminar ini.
Saya ada kongsikan DI SINI.

Jadi tahun ini seminar ini kembali lagi.
Seminar Taiko Rumah Lelong dalam Masa 1 Hari akan diadakan pada 26 Oktober, Sabtu jam 9 pagi.
Tempat di Cyberjaya.

Seminar ini sangat sesuai buat yang mahu memulakan langkah beli rumah dari pasaran lelong.
Insya Allah seminar ini akan disampaikan oleh Puan Siti Farazila, blogger, agent dan pelabur rumah lelong.
Selain itu, akan ada sesi khas bersama Shafie Bustan, Sifu Rumah Lelong yang tak asing lagi
dan juga sesi bersama peguam.

Siti Farazila

Shafie Bustan

Sesi ini akan berkongsi:
- potensi pelaburan hartanah lelong
- Bagaiamana lelongan diadakan
- Memahami POS dan Contract of Sale
- Mendapatkan pinjaman bagi rumah lelong
- Hartanah lelong untuk keep
- Hartanah lelong untuk flip

Kemudian pada esoknya pula, 27 Oktober 2013 (ahad), saya akan anjurkan Seminar Wang dan Hartanah.
Ini merupakan seminar wang besar yang telah saya rebranding dan susun semula modulnya.
Seminar ini sesuai untuk mereka yang mahu bermula dalam pelaburan hartanah.


Insya Allah di dalam seminar ini saya akan kongsikan :
- pengurusan wang dan kewangan peribadi
- Menggali hartanah panas
- Prosedur beli rumah
- mengenalpasti kelayakan pinjaman
- Teknik mendapatkan pinjaman
- kenalpasti jodoh hartanah
- serta bonus1: bagaimana menyelesaikan hutang PTPTN dalam masa 3 tahun.

Buat 8 orang yang dah buat bayaran untuk seminar wang besar tempoh hari tapi tak dapat datang, saya harap anda dapat hadirkan diri kali ini.
mohon maklumkan kepada saya kehadiran anda sama ada melalui komen di sini atau di FB saya atau sms kepada saya ya.
Kalau tak ada pengesahan kehadiran, saya anggap anda tak berminat hadir.

Yuran untuk kedua-dua seminar ini adalah:
RM 228 seorang untuk salah satu seminar
RM  428 seorang untuk kedua-dua dua seminar

Manakala untuk ahli Kelab Alien Hartawan iaitu mereka yang pernah hadir seminar saya terdahulu atau yang beli ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa besar, ada harga yuran istimewa untuk anda.
Yuran: RM 158 seorang untuk salah satu seminar
           RM  298 seorang untuk kedua-dua seminar

2 perkara yang perlu anda lakukan untuk hadir ke seminar ini.

1) Bank in wang yuran  ke
- CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services.
atau
- Maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor Jahron
masukkan email rohaniahnoor@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran

2) Isi borang di bawah



Sebenarnya saya tak banyak masa yang free. tu sebab buat 2 seminar terus dalam satu hujung minggu.
Jadi, boleh lah anda semua belajar sampai lebam.
Banyak yang saya dan kawan-kawan trainer nak kongsikan ni.

Kalau anda tak hadir seminar kali ini, tak pasti pula bila saya dapat anjurkan lagi memandangkan bulan 10 dan bulan 11 ni jadual hujung minggu saya agak padat.

Ok semua, jumpa di sana ya!
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog