• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Pembentungan; Siapa Patut Bayar?

Saya menerima soalan ini di email beberapa hari lepas.
Email itu berbunyi:


Assalamualaikum,
saya memerlukan penjelasan perkara berikut:
sekiranya saya menyewakan rumah, yuran pembentungan siapa yang perlu jelaskan? saya sebagai tuan rumah atau penyewa?
tq

Untuk menjawab soalan ini, kita hanya perlu faham apa itu pembentungan?

Pembentungan ni adalah perhidmatan menguruskan sisa yang dikeluarkan oleh tandas dan sistem paip anda.
Yang halus ke.. yang kasar ke.. akan diurus dan dialirkan keluar secara sistematik oleh syarikat pebentungan.

Cuma kadarnya tetap setiap bulan. 
Pukul rata je sebulan RM 8.
Macam bil unifi anda lah. Guna banyak mana pun, bilnya tetap RM149.

Tak ada la macam bil air atau bil elektrik. Ikut banyak mana guna.
Kalau bil pembentungan ikut penggunaan, letih juga nak timbang berapa liter air yang keluar dari paip anda atau berapa kilogram yang kasar-kasar tu diflush keluar.

erkkk

OK sekarang persoalannya, siapa bayar?
Penyewa ke tuan rumah?

Nak jawab soalan tu, jawab soalan ni.
Siapa guna tandas?

Siapa guna.. dialah bayar!

Share:

KL Havoc lagi

“The Economic of A Property Downturn"

"Area Analysis Of A Recession Proof Property"

“GST Impact On Property & What You Need To Do”

“How To Turn your Tenants Into Cash-Flow Machines And Love You At The Same Time” 

“Hartanah Luar Bandar, Boleh Buat Duit Ke”

 “Menggunakan ‘Cashflow’ Dari Hartanah Bagi Mengatasi Kemurungan Ekonomi”

“SCAM – Undercon, Subsale & Lelong: Apa Anda Perlu Tahu”

*********************************

Amacam? gempak tak tajuk-tajuk di atas?



Haa.. itulah antara tajuk-tajuk yang akan bikin havoc di Kuala Lumpur pada 7 & 8 Mac nanti.
Havoc Hartanah KL di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, KL

Ada beberapa tajuk lagi yang turut gempak sama yang hanya akan dikongsikan pada 2 tarikh keramat ini nanti.
Speaker memang power-power.
Antaranya saya lah.. hehehehe






Ada 2 hari .
7 Mac untuk sesi Bahasa Inggeris
8 Mac untuk sesi Bahasa Melayu.

Kalau nak datang salah satu hari, boleh..
Kalau nak datang kedua-dua hari pun boleh.
Tapi tajuk dan speakernya berbeza. Bukan pengisian yang sama untuk kedua-dua hari.
Jadi saya sangat cadang kawan-kawan datang untuk kedua-dua hari.

Tiket murah gilerr...
Tak setanding dengan ilmu yang akan dikongsi.

Untuk maluman lanjut dan pembelian tiket, boleh KLIK DI SINI.

P/S: Nasib baik bulan 3. sempat la ai rawat muka yang sunburnt ni supaya sama putih macam Mrs Prudence Wong.
Sekarang muka terbakar macam....

Share:

Jerat maut kelayakan baru pinjaman

Saya nak sambung artikel terdahulu saya DI SINI mengenai kenaikan kelayakan pinjaman kerajaan.

Ramai kakitangan kerajaan yang mulutnya terlopong melihat kelayakan baru ini.
Air liur mula meleleh...
hati meronta-ronta
Ye lah.. dulu tak mampu beli harga rumah yang macam tu..
sekarang dah mampu beli.

Apa lagi.. gelojak jiwa membara!

Bagi yang bergaji asas RM 2,000, dulu cuma mampu jeling harga rumah berharga sehingga RM255K sahaja.
Apartment kos rendah, kos sederhana, atau teres subsale di kawasan yang agak jauh dari bandar.

Tapi sekarang bila kelayakan pinjaman sudah naik, mereka sudah boleh jeling rumah berharga sehingga RM320K.
Lebih banyak pilihan dan mungkin sudah boleh beli rumah teres dua tingkat subsale jika lokasi jauh sedikit dari pusat bandar.

Katakan  Malik, seorang kakitangan awam berjawatan pembantu tadbir gred N17 berumur 30 tahun ingin membeli sebuah rumah berharga RM320K dari pasaran subsale.
Beliau ingin membuat pinjaman penuh 100% untuk tempoh 30 tahun.
Beliau pilih insurans MRTA dari Etiqa.

Nak tahu anggaran bayaran balik, beliau beliau gunakan kalkulator pembayaran balik pinjaman yang disediakan di laman web BPP.

Key in maklumat yang diperlukan.


Hasilnya bayaran ansuran bulanan dijangka RM 1,597.55



Ini bermakna sekiranya Malik beli rumah yang berharga RM320K ni, bayaran ansurannya adalah sebanyak RM RM 1,597.55 sebulan.



Mari kita kira berapa Debt Service Rationya.

Gaji asas Malik tadi adalah RM2K sahaja. Tambah dengan elaun tetap lebih kurang RM595
Gaji gaji tetapnya adalah RM 2596

Andaikan Malik tak ada hutang lain kecuali pinjaman perumahan kerajaan ini, kadar DSRnya adalah:

DSR = (komitmen bulanan / pendapatan) x 100

DSR = (1,597.55/2595) x 100
         = 61.6%

Wowww.. Nisbah bayaran hutangnya sudah melebihi 61%.
ni baru pinjaman perumahan tu je.

Kalau dia ada pinjaman kereta, pinjaman peribadi atau kad kredit?

Bayangkan kalau dia ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM400, komitmennya jadi RM400 + RM1,597.55
= RM1997.55

DSR = (1,997.55/2595) x 100
         = 77%

wowowwww....

77% wang gajinya hanya untuk bayar hutang!




Mana duit untuk makan?
Mana duit untuk minyak kereta?
Mana duit untuk tol?
Mana duit untuk simpanan?
Mana duit untuk perbelanjaan keluarga?

Nampak tak bahayanya buat pinjaman kerajaan mengikut kelayakan maksima ini?

Pada akhirnya, kakitangan awam yang terikut-ikut trend ini akan makin tertekan kerana menanggung gaya hidup yang mereka sebenarnya tak layak.
Mereka layak buat pinjaman sebanyak itu,tapi mereka belum layak untuk tinggal di rumah semahal itu.

Hidup di bawah kemampuan.
Ini kata kuncinya, saya ulang sekali lagi.

Kecuali!

Kecuali mereka beli untuk disewakan. Bayar bulanan RM1,597.55 tapi rumah tu disewakan pada kadar sewa RM 2K sebulan.
Haa.. yang ni baru kena.

Mereka duduk menyewa atau duduk di kuarters sahaja dengan bayaran yang lebih kecil.

Share:

Kakitangan awam boleh shopping rumah dengan lebih bergaya

Kepada kakitangan kerajaan, kelayakan pinjaman kerajaan dah naik.
Ini sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita semasa pengumuma Bajet 2015 tempoh hari.

Baik, in adalah jadual kelayakan yang baru, berbanding kelayakan yang lama.

Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan sebelum ini (RM)
Kelayakan Pinjaman mulai 2015 (RM)
 1
8,500 ke atas
450,000.00
600,000.00
2
6,500 ke 8,499
450,000.00
562,000.00
3
5,500 ke 6,499
420,000.00
525,000.00
4
4,500 ke 5,499
400,000.00
500,000.00
5
3,500 ke 4,499
380,000.00
475,000.00
6
3,000 ke 3,499
320,000.00
400,000.00
7
2,500 ke 2,999
280,000.00
350,000.00
8
2,000 ke 2,499
255,000.00
320,000.00
9
1,500 ke 1,999
205,000.00
260,000.00
10
1,200 ke 1,499
168,000.00
210,000.00
11
1,000 ke 1,199
130,000.00
150,000.00
12
800 ke 999
105,000.00
120,000.00
13
799 dan ke bawah
80,000.00
120,000.00


Banyak naik kan...
Wah.. macam ni, kakitangan awam boleh shopping rumah dengan lebih bergaya lah berbanding sebelum ini.


Pro kenaikan ini adalah

- melayakkan kakitangan awam membeli rumah yang berharga lebih tinggi dari kelayakan terdahulu.
- memberi lebih banyak pilihan kepada kakitangan kerajaan dalam memilih rumah yang layak dibeli
- kadar kelayakan lebih sesuai dengan imej dangred kakitangan awam itu sendiri, terutama yang tinggal di Lembah Klang.

Saya beri contoh.
Kalau kelayakan lama, seorang Ketua Pengarah yang bergaji pokok lebih 6500 pun hanya layak buat pinjaman untuk rumah berharga RM450,000

Ketua Pengarah.. gred Jusa.. 
rumah harga RM450,000 ni standard rumah teres dua tingkat subsale je kalau di Lembah Klang ni.
Kan tak berapa kena pada imej dan kedudukannya.

Kena pula kalau Ketua Pengarah tu ada title Dato'

Jadi dengan kadar baru, sekurang-kurangnya beliau boleh beli rumah teres dua tingkat baru dari pemaju atau rumah superlink di kawasan seperti Semenyih, Pajam, Bangi lama, Seremban 2 atau Dengkil.

Cantik sikit lah. 




Keburukannya

- menyebabkan kakitangan kerajaan menggunakan sepenuhnya kelayakan pinjaman untuk membeli rumah yang lebih mahal berbanding gaji bulanannya. Bila nak bayar, semput. Terutama yang gaji bawah rm4000 tu.
- kakitangan awam yang tak ada mindset yang jelas akan tersontot dengan satu je hutang rumah sampai bila-bila. Sebab dah beli ikut kelayakan maksima dan kemudian tak layak nak beli rumah lagi untuk pelaburan atau untuk simpanan anak-anak pula.


Insya Allah saya akan ulas lebih dalam tulisan akan datang berkenaan hal ini.

Sambungannya KLIK DI SINI.
Share:

15 Artikel Beli Rumah Kababoom!

"Rohaniah, saya malas membaca banyak-banyak buku. Lecehlah!
Ada tak satu buku yang saya baca tu, cukup ilmu wajib tahu sebelum saya beli rumah pertama atau kedua saya.
Kiranya, baca buku ni, insya Allah boleh yakin beli rumah la lepas ni.
Ada tak? Ada tak? Ada tak?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahaaaa! Dah ada.. Dah ada. Dah ada..
Ia bukan buku. tapi ebook.



*****************************************************
EBOOK 15 ARTIKEL BELI RUMAH KABABOOM
*****************************************************

Stelah saya dan kawan-kawan memilih cover, akhirnya ebook ini kini sudah sedia untuk dimiliki semua yang akan dan mahu atau memang minat gilerr nak beli rumah.

Ye lah.. beli rumah ni bukan pelaburan yang murah. Nak bayar deposit je dah empat angka. Harga rumah tu mencecah sampai enam angka.
Nak beli bodoh bodoh main langgar tiang, kemudian tersalah langkah, tersandung kaki, jatuh terduduk menepuk dahi?

Jangan.. jangan...

Ramai yang saya lihat pembeli rumah begini. Terutama yang blur-blur ikut-ikut orang.
Dah beli rumah tu rupanya sewa rendah.
Dah beli rumah tu rupanya banyak defect dari developer.
Nak beli rumah, kena pusing dengan broker haram.
Jangan! Jangan beli tanpa ilmu.

Saya tak mahu kawan-kawan jadi macamtu. Jadi saya tulis ebook ini.
Saya himpunkan 15 tajuk penting yang saya percaya SEMUA pembeli rumah wajib tahu sebelum meletakkan wang booking rumah mereka.

Saya cakap pembeli rumah di sini.. tak kisahlah nak beli untuk duduk atau untuk pelaburan.



Insya Allah, 15 artikel ini antaranya
-  Lokasi Panas Berasap-asap
- Murah atau Mahal
- Layak Beli ke?
- Betul ke Beli Rumah Tanpa Modal?
- Tanya Kalkulator Anda
- SPA Pedoman Hidup
- Pilih Peguam Pandang-pandang

dan banyak lagi artikel yang anda wajib baca dan cerna.
Ebook ini setebal 97 muka surat semuanya. Bukan nipis-nipis punya cerita.

*****
Percuma Keahlian percuma Kelab Alien Hartawan
*****

Keahlian percuma Kelab Alien Hartawan yang bernilai RM 588
Ahli Kumpulan ini adalah ahli elite yang mana kita berkongsi info dan trend pasaran sesama ahli yang bukan calang-calang orangnya.
Anda juga akan dapat akses satu kumpulan FB tertutup yang mempunyai prioriti yang tinggi dari saya.

*****
BERAPA PERLU BAYAR?
*****

Harga ebook yang sangat kababoom ini adalah RM35.

Dengan hanya RM35, anda akan dapat menyelamatkan wang berpuluh atau beratus ribu ringgit yang kerugian apabila membuat keputusan yang salah semasa membeli rumah anda.


***
Apa Kata Pembaca

*****




***
CARA MEMBELI
***

Untuk membuat bayaran, klik di sini -->> http://bit.ly/mahukababoom

Terima kasih dan semoga terus berjaya.`


Share:

Panik. Kedai nak disita!

Bahaya juga sewa atas orang ni.

Kelmarin seseorang yang rapat dengan saya menelefon saya
Tiba-tiba owner kedai yang dia sewa nak dapatkan surat mahkamah untuk menyita kedai yang dia sewa.

Erkkk



Ok, ceritanya begini

Ni kira macam kes sublet la ni..
Dia menyewa dengan peniaga kedai baju di sebelahnya
Sebenarnya ini unit tepi. Saiz besar.
Peniaga kedai baju yang menyewa dengan pemilik kedai.
Kemudian dia pecah-pecahkan menjadi 3 unit kedai yang lebih kecil.
Dia guna unit yang lebih besar.
Dua lagi dia cari penyewa lain.

Jadi usahawan seorang ni pun menyewa dengan dia satu unit yang kecil ni.
Sewa RM 700
Ada tenancy agreement antara dia dan pekedai baju tu.
Bukan tenancy agreement dengan pemilik kedai.
Sebab macam kes sublet kan..

Satu unit lagi kosong pula pada masa ni.
sebelum ni ada penyewa.

Dah beberapa bulan menyewa.. tiba-tiba semalam pemilik kedai tu datang
Katanya pekedai baju yang merupakan penyewanya tak bayar sewa selama 5 bulan.
Jadi dia mahu dapatkan surat mahkamah untuk menyita terus kedai ini.

Usahawan ni panik la..
setiap bulan dia bayar sewa tanpa gagal kepada pekedai baju
Manalah dia tahu diorang tak bayar sewa pada pemilik.

Rupanya bukan itu sahaja, bil elektrik pun pekedai tu hanya bayar separuh sahaja.
Masih ada tunggakan
Sedangkan di pihak mereka, mereka jelaskan semua bayaran elektrik yang patut mereka bayar.

Naya juga ni.

Dia call saya, tanya macamana.

Saya tanya, ada bukti tak penyewaan dengan pekedai baju?
Jawapannnya ada perjanjian sewaan.
Ada bukti tak yang dia bayar sewa setiap bulan kepada pekedai baju?
Jawapannya ada. Ada resit online banking.

Ok, kalau begitu, cadangan saya agar berbincang dengan pemilik kedai.
Jangan sita unit kedai yang kita sewa.
Sita yang lagi dua unit tu je.
Sebab kita bona fide tenant sekarang ni.
Kita tak bersalah. Kita bayar sewa pada main tenant. Bukan tak bayar sewa

Tapi deal dengan dia, mulai bulan depan kita bayar sewa direct dengan pemilik.
Dan buat perjanjian sewaan baru dengan pemilik.
Lebih mudah.

Lagipun boleh je kalau pemilik nak sewa 2 unit yang lain tu sebab pintu besar kedai pun dibahagi tiga kan.
Jadi setiap unit ada laluan akses yang berbeza.
Cuma berkongsi tandas sahaja.

Alhamdulillah.. pemilik setuju.
Hanya dua unit lain sahaja yang akan dia mohon sita.


Moralnya, hati-hati jika anda menyewa atas sewa.
Takut subletter tu tak bayar sewa, anda pula yang jadi mangsa nanti.

Harapkan pagar, pagar makan pagi
Harapkan subletter, subletter makan sendiri.

** Maaf lama tak update blog. Saya mengembara solo ke Myanmar.
Jemput baca perkongsian pengembaraan ini di Laman FB Saya Backpacker ini
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog