• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

MyDeposit: Kerajaan bagi deposit beli rumah sampai RM30K

Semasa pembentangan bajet 2018 tempoh hari, Perdana Menteri kita ada umumkan satu skim bantuan kepada rakyat untuk beli rumah.
Namanya MyDeposit

MyDeposit ni sebenarnya satu skim di mana kerajaan akan beri





Syarat – syarat dan kelayakan yang telah ditetap kan KPKT : 

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia

2. Berumur 21 tahun ke atas ( tiada had umur maksima

3. Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah

4. Pendapatan isi rumah : - Pendapatan kasar antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan .
( Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil dari pada pekerjaan atau perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain - lain )
Pendapatan isi rumah maknanya pendapatan suami campur pendapatan isteri.
 
5. Pemohon yang layak mestilah tandatangan Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli dalam tempoh 30 hari.


Syarat rumah yang hendak dibeli pula mestilah:

1. Rumah dari pasaran  subsale (beli rumah dari individu) atau beli rumah dari pemaju yang dalam pembinaan.

2. Kalau rumah dari pemaju, ia mestilah projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan. Rasanya bukan projek PR1M, RUMAWIP atau Selangorku.

3. Harga rumah mestilah maksima RM500K ke bawah sahaja.


Haaa ni proses keseluruhan Skim MyDeposit ni





Perkara penting yang perlu kita tahu untuk skim ni adalah

1. Dari segi amaun deposit
Amaun yang akan diterima adalah 10% dari harga rumah yang nak dibeli atau maksima RM30K sahaja.
Maknanya kalau korang beli rumah harga RM280K, dapat lah duit deposit RM28K
Kalau beli rumah harga RM300K, dapat RM30K
Tapi kalau beli rumah harga RM450K, korang dapat RM30k sahaja.

 2. Berkejar-kejar cari rumah dan sign SPA
bila lepas mohon dan permohonan diluluskan, ia sebenarnya bersyarat.
Pembeli mestilah sign booking form dan perjanjian jual beli (SPA) dalam tempoh 30 hari.
Kalau tak, kelulusan MyDeposit ni terbatal.

Ahaa...  kalut juga kan
Sebab dapat je kelulusan, kena terus book rumah, cepat-cepat apply loan rumah dan cepat-cepat sign SPA.
Semuanya dalam 30 hari.
Pergh....
Mau tak bernafas ni nanti.

Unless korang memang dah tau rumah mana nak beli tu,  dah ada standby duit deposit kalau permohonan ni tak lulus dan bila permohonan ni lulus, tinggal book, hantar permohonan pinjaman dan sign SPA sahaja.

Yelah.. kita bukan tahu bila permohonan kita tu akan lulus.
Tu pun kalau lulus.
Kalau tak lulus?

Kalau book awal-awal, sekali lagi 5-6 bulan pun tak tentu lulus ke tak... macamana pula kan.
 Dah tentu deposit yang kita bayar untuk book tu akan terbatal sebab dah lambat sangat tak sign SPA lagi.

3) Monotorium 10 tahun
Maknanya tak boleh jual dalam masa 10 tahun dari tarikh perjanjian jual beli.
Jadi ia tak sesuai untuk mereka yang berangan nak beli dan cepat-cepat jual.
Ini untuk pembeli rumah yang nak duduk lama atau nak simpan rumah ni untuk sekurang-kurangnya 10 tahun ya.


Jadi, adakah MyDeposit ini akan boleh menjadi penyelamat dan harapan besar kepada pembeli rumah baru?

Saya nampak, tak berapa sangat.
Mungkin ia lebih sesuai untuk beli rumah dari pemaju. Sebab boleh lah survey-survey dulu projek baru tu sambil apply MyDeposit.
Nanti dah lulus permohonan MyDeposit baru call balik salesperson pemaju tu dan booking.

Tapi kalau nak beli rumah subsale, saya nampak kurang sesuai.
Sebab survey-survey dan apply MyDeposit, kalau lulus lagi 5 bulan, mungkin rumah tu dah terjual
Sebab tak ada owner sanggup reserve kan rumah tu untuk kita selagi kita tak bayar apa-apa duit booking dan sign booking form kan...
Jadi, kalau dah berkenan rumah subsale tu, kena beli je la tanpa berharap dengan MyDeposit.
Kena ada duit deposit 10% sendiri lah maknanya.

Boleh nampak tak?

Apa pun kalau nak memohon, boleh pergi ke laman web rasmi mereka
https://sprn.kpkt.gov.my/sprn/

Sepatutnya permohonan dah bukak hari ni tapi nampak tadi sistem dah jem
Mungkin ramai sangat orang akses
Jadi, jangan putus asa ya
try akses lagi sampai berjaya.

Yeahhh..

Nak ilmu hartanah datang ke rumah?
Dapatkan buku-buku hartanah panas ni. Tak ada jumpa kat kedai.



Share:

Buku-buku hot dihantar ke rumah anda

bakal jutawan hartanah...
jika ada rm50,000, mereka beli kedai
jika ada rm5,000 mereka beli rumah
jika cuma ada rm50, mereka beli buku.

#rohaniahnoorquote

Ahaa... sebenarnya saya nak beritahu, pelaburan yang paling penting , sangat berguna tetapi murah adalah pelaburan pada diri sendiri.
Laburkan duit yang sedikit untuk membeli buku-buku yang dapat memberi kita imu dan perkongsian pengalaman.

Haa... ni kat sini ada banyak buku-buku kot yang korang boleh order.

Yang ni buku-buku terbitan Kasi Terbit, syarikat penerbitan kami la ni.
Ada buku hartanah, ada buku travelog dan ada buku perubatan.


1. Beli Rumah Kababoom! - oleh Rohaniah Noor
yang ni dah tinggal 2 je. lepas tu sold out
2. Penyewa Hantu Tuan Rumah Buaya - oleh Rohaniah Noor
3. Krabi Pergi Naik Bas Balik Naik Tren - oleh Normi NAS
4. Seoul dengan RM1400 Je? oleh Normi NAS
6. Backpack Pusing Jerman oleh Normi NAS
7. Ummi Oncall Lagi oleh Dr Nurul Khairiyah
8. Backpack Bonceng Motor Medan - Parapat _ Berastagi oleh Normi NAS

Backpack Bonceng  Motor ni buku baru.
Insya Allah minggu depan kita buat pelancaran buku ni.
Sempena pra-pelancaran, harga pun special. Cuma RM18 sahaja.
Lepas ni harga balik ke harga asal, RM25.



Selain dari  tu kita ada juga buat jualan buku-buku hartanah yang kawan-kawan lain tulis.




1. Caveat Rumah Lelong - oleh Shafie Bustan
2. Pendekar Keyboard - oleh Khairul Ezuwan (KEY)
3. Nota Cukai oleh Rezduan Bakar
4. 99 #Tips Hartanah Mudah oleh Dr Azizul Azli
5. Q&A Rumah Pertama oleh Dr Azizul Azli
6. Mudahnya Beli Rumah oleh Dr Azizul Azli
7. Wang Ada di Mana oleh Dr Azizul Azli
8. Rahsia Beli Rumah Kos Rendah oleh Dr Azizul Azli
9. Makan Gaji oleh Dr Azizon Othman
10. Bersara Penuh Gaya oleh Dr Azizon Othman
11. BLT Property Investment (Banking, Law, Taxation) - oleh Chris Tan, Miichael Yeoh dan Richard Oon
12. Hobi Hartanah oleh Ir Razak
13. Cinta Rumah Subsale - oleh Shafie Bustan
14. Nota Hartanah oleh Meor Zaidee





 Untuk buku-buku travelog juga, kita ada buku-buku dari kawan penulis lain.

1. Kembara Afghanistan oleh Siti Noridah ET
2. Namaste India oleh Siti Noridah ET
3. Travelog Mr Traveller 2 oleh Meor Farid Asyradi
4. Travelog HJ  oleh Meor Farid Asyradi
5. Merentas Amerika oleh Badrul Hisham
6. Langtang Nepal oleh Mhilmi Osman
7. Camperva Trip dari Christchurch ke Queensland
8. Melbourne dan Sydney dalam 10 hari

Buku-buku ni semua boleh dibeli dengan menghantar whatsapp ke saya 0123547636 atau staff kami Dell 0122536918

Dapatkan dan baca sekarang ya


Share:

Orang Johor, Jom Cari Rumah

Esok saya akan gerak ke Johor Bahru.
Wahh.. saya suka ke sana.

Tapi saya ke JB bukan untuk jalan-jalan, tapi sebab ada event.
Jom Cari Rumah.

Dah beberapa kali Jom Cari Rumah diadakan di Johor Bahru.
Dalam event ni, ada ekspo hartanah.
Ada ramai developer yang bangunkan hartanah di JB akan turut mempamerkan projek mereka.
Syok juga bila dapat lawat dan window shopping di booth-booth mereka.
Yelah. dapat pengetahuan projek terkini selain pakej yang mereka tawarkan.
Mana tau kot ada peluang bagus, boleh grab kan...

Tapi yang paling best di Jom Cari Rumah nanti adalah ada free talk hartanah.
Yup yup.. free je.

Ada ramai speaker power-power datang dari KL
Ada yang datang dari Ipoh juga
Termasuk lah saya sendiri yang akan datang dari Kajang.
ehehehe... Kajang ke JB sebenarnya dekat sikit lah dari kawan speaker yang datang dari KL dan Ipoh kan..
tapi jauh la juga.



Speaker yang sanggup datang ke JB untuk free talk ini adalah
- Chris Tan
-  Khalil Adis
- Dr Daniele Gambero
- Sazali Samsudin
- Dr Azizul Azli
- Tunku Dato Adj Sr Dr Fauzi Malek
- Ryan Khoo
dan saya, Rohaniah Noor

Pergh.. tengok senarai nama speaker tu buat saya kecut juga.
Rasa rendah diri pun ada la.. 

Ini pula jadual acara majlis dua hari ni.
Insya Allah sesi talk saya pada hari Sabtu, jam 4 petang.



Bukan senang nak kumpulkan speaker ni semua di JB
Bagi free talk pulak tu.
Kalau bukan sebab event ni, kawan-kawan kena bayar yuran beratus ringgit untuk dengar perkongsian mereka tau...

Eh.. kalau perasan, kat jadual acara ada tulis Pertandingan Mewarna kan.
Haaa... jadi untuk kawan-kawan yang ada anak, boleh lah bawa sekali ke sana untuk pertandingan mewarna ya.

Dan untuk kawan-kawan yang belum dapatkan buku-buku yang kami tulis, boleh juga bawak duit sikit dan dapatkan buku kami ya.
Insya Allah akan ada jualan buku-buku kami di sana.

Baik, jumpa Sabtu nanti di JB ya...


Share:

Wanita ini buat siri video makeover rumah sewa. Ini episod pertama.

Saya ada satu rumah sewa yang saya nak sewakan semula.
Rumah tu sekarang ni biasalah... cat buruk.. sinki buruk.
kemudian rumah tu kosong.

Normi NAS kata, jom kita videokan proses make over rumah tu.
Boleh lah jadi perkongsian pengalaman kepada kawan-kawan lain.

Saya fikir, ok juga kan...
Kita buat satu siri rancangan online.
Sendiri shoot, sendiri edit, sendiri publish kat internet.
ehehehe....

Jadi, jemput kawan-kawan tengok episod pertama ni ya.
Klik je Play dan kalau suka,  kongsikan ke kawan-kawan lain.
Baru saya ada semangat nak buat episod 2 kalau dapat feedback bagus.

ehehehe....

 
Share:

Kalau boleh beli medium cost, jangan beli rumah low cost

"saya nak beli rumah murah je. Rumah kos rendah jadilah..."
Ini ayat yang saya biasa dengar di kalangan bakal pembeli rumah baru.

Sebabnya, mereka kata harga rumah tu murah. Jadi nak bermula dengan yang murah dahulu.

Kalau tanya pendapat saya, kalau boleh jangan.


Kalau gaji lebih dari RM3K seorang jika bujang, atau jika gaji suami campur gaji isteri dah lebih 5K, dah tak layak dah nak beli rumah low cost ni.

Jadi, paling murah pun rumah medium cost lah.

Bagi saya, dari beli rumah kos rendah lebih baik beli rumah medium kos.

Sebab?

1. tak ada restriction gaji. Korang gaji berapa pun tak kisah. Boleh beli. Rumah low cost jika di KL dan Selangor ni, hanya untuk yang income tak lebih rm3k kalau bujang atau kalau dah kahwin, total gaji suami isteri tak lebih 5k. Ada sesetengah rumah low cost di KL lagilah.. hanya yang dah berkahwin layak beli.

2.  nanti kalau nak jual balik pun payah. Sebab kena cari buyer yang gajinya pun layak beli juga.

3.  disebabkan market terhad, harga rumah low cost tak melambung tinggi sangat berbanding medium cost.

Tapi kalau kawan-kawan cuma bergaji bawah 3K dan layak beli rumah low cost, apa salahnya beli.
Sementara dah layak kan.
Boleh buat sewa atau duduk sendiri.

Kalau sewa, ada banyak lokasi rumah low cost yang sewanya boleh tahan hot.
Kalau duduk sendiri pun ok, sebab installment rendah.
Jadi, nanti kalau gaji dan naik, boleh la lepas beli rumah kedua untuk buat sewa.

Kalau ikut prosedur, mereka yang gaji lebih tinggi dari kelayakan, tak lepas nak beli rumah low cost dari pasaran subsale.
Tapi kalau beli dari lelongan, boleh.
Memang itu sahaja cara mereka yang tak layak ni untuk beli rumah low cost.

Tapi kan...
Rumah low cost biar lah mereka yang berpendapatan rendah je beli.
Jangan ambik hak mereka.
Kita yang ada rezeki gaji lebih sikit ni, belilah yang medium cost ke atas ya..

Harga rumah low cost dalam rm110k- 130k. Tapi kalau lokasi hot sangat, ada yang harga cecah RM180K.
Biasanya saiz 650 sqft ke bawah, tapi bukan lah SOHO atau studio unit kondo yang lawa tu. Itu 450sqft je tapi bukan rumah low cost.

Harga rumah medium cost pula ada yang berharga bawah RM200K, ada yang bawah RM250K.
Luas rumah bergantung. Tapi biasanya tak ada lah lebih 1100 sqft.

Yang penting, masa jumpa iklan rumah apartment untuk dijual, tanya agen dulu. Ini rumah low cost atau medium cost ya. Ada restriction buyer ke tak.



Nak lebih banyak tips dan panduan beli rumah low cost, boleh dapatkan buku Rahsia  Beli Rumah Kos Rendah, tulisan Meor Hafis atau nama penanya Melastik Bintang. Kalau dalam poster kat atas tu, buku no 10.
Harga buku tu rm30 sahaja.
Invest rm30 tapi boleh untung berpuluh ribu dengan ilmu dalam buku tu.

Nak dapatkan semua buku-buku tu, boleh whatsapp saya 0123547636 ya.

Ok?
Share:

Dah sign S&P, pinjaman belum lulus: Episod 2 lebih mendebarkan

Sambungan episod 1 semalam, KLIK DI SINI.


Pembeli dah bayar deposit 5%, sign s&p, markup s&p dan mahu sewa cepat rumah tu sementara tunggu proses tukar hakmilik selesai.
Pembeli dah pindah masuk.
Tandatangan s&p dalam hujung April.


Hujung Julai 


Peguam penjual tiba-tiba whatsapp saya beritahu yang pembeli belum dapat pinjaman.
Alamak.. dah lama dia sign s&p ni.
Kata peguam, buyer ni nampak bermasalah. Pinjaman belum lulus (atau mungkin takkan lulus).
Kata peguamnya, sangkut pada insurans.

Saya pun tak faham macamana tak lepas buat insurans, boleh kesan pada pinjaman.
Tapi kesimpulannya, pinjaman tak lulus lah.

Deposit pun baru bayar 5% kan...
Yang baki 5% nak keluar duit kwsp tu entah mana.. tak nampak bau duit kwsp pun.


26 Julai 2017

saya dimaklumkan oleh penjual yang sewa bulan Julai belum dibayar.

Maintenance fee dah beberapa bulan tak dibayar, walaupun persetujuan asalnya pembeli akan bayar maintenance fee bila dia dah start menyewa.
Pihak JMB dah nak tutup bekalan air.

Saya dan penjual pun berpakat, pergi ke rumah tu.
Tapi sebelum tu saya dah ajar penjual untuk whatsapp wakil pembeli yang jadi orang tengah, bagitau untuk suruh pembeli keluar dari rumah atau bayar sewa selewatnya pada 30 Julai.

Oh ya.. lupa saya nak cerita.
Sebenarnya masa nak beli rumah ni, pembeli tak datang view,.
Yang datang view hanyalah kawan pembeli yang dakwa dia sebagai agen pembeli.
Pembeli adalah kawannya.
Jadi dia minta referral fee dari saya.

Jadi semua urusan jualbeli dan komunikasi hendaklah melalui orang tengah ni.
Saya, penjual dan lawyer penjual tak ada no telefon pembeli yang sebenar.
Saya hanya ada no telefon orang tengah ni sahaja.

Ok, balik pada isu tadi.
Penjual dan whatsapp orang tengah tadi, bayar sewa segera atau keluar dari rumah sewa selewatnya 31 Julai.

Kemudian saya dan penjual lawat rumah ni pada 29 Julai.
Penjual tinggalkan notis bertulis dengan mesej yang sama. Bayar atau keluar pada 31 julai.

Masa tu tak ada sesiapa di rumah.
Kami ketuk-ketuk pun tak ada orang bukak.
Rumah macam sunyi.

Jadi, kami tinggalkan mesej itu sahaja di depan pintu dan di dalam peti pos rumah.


30 Julai 

saya ke sana sorang
masa tu dah lepas maghrib
sajer nak tengok penyewa dah ada di rumah ke belum
Kata penjual, orang tengah baca whatsapp tapi tak reply apa pun.
sewa pun tak ada terima.

Bila saya sampai, saya nampak ada beberapa kasut depan rumah yang tak ada masa saya dan penjual ke sana haritu
Kemudian lampu rumah menyala
Nampak juga dari bawah pintu, bayang kipas berpusing.
Sah, ada orang kat dalam ni.

Saya bagi salam
Tak ada orang jawab

Bagi lagi salam
Tak ada lagi orang jawab.

Dulu ustaz kata kaau datang rumah orang dan bagi salam sampai 3 kali tak ada jawapan, blah je.
 Arghh.. ustaz tu bukan tau ini kes lain..

Jadi beberapa kali saya bagi salam... tapi dalam rumah tetap senyap.
Saya ketuk pula gril pintu beberapa kali.
Diam juga.

Haih.. geram pula.
Terus saya report ke penjual hal ni dan balik rumah.
Saya siap bagi gambar kasut depan rumah lagi sebagai bukti.
Haaaa... jangan sengaja permainkan aku ya...





31 Julai

Penjual maklumkan kepada saya yang pembeli dah bayar sewa bulan Julai.
Kata penjual, pasal maintenance fee tertunggak tu dia dah pesan kat management tutup bekalan air dan elektrik


23 Ogos

Dateline untuk bayar baki 95% harga jualan rumah dah tiba
Bermaknya dengan tak adanya bayaran 95% tu, pembeli telah langgar perjanjian dan s&p terbatal.
Rupanya orang tengah tu yang duduk dalam rumah tu selama ini
Dan dia pun dah keluar dari rumah tu.

Deposit 5% yang pembeli dah bayar burn sebab pembeli yang langgar perjanjian.

Nasib baik condition rumah baik bila orang tengah ni keluar dari rumah tu.
Kalau tak, lagi naya.

Apa pun, saya kesian dengan penjual.
Dia tu baik, jual pada harga bawah harga pasaran, siap setuju deposit 5% je dan beri pembeli masuk awa dengan sewa yang murah
Tapi jadi macam ni pula.

Kemudian kami pun marketkan semula rumah ni pada harga yang sama.
kali ni strict. No more deposit 5% untuk jaga kepentingan penjual.
Deposit wajib 10% masa sign s&p walaupun nak markup s&p pun..

Setakat artikel ni ditulis, ada sorang buyer serius nak beli
Insya Allah kalau berjalan lancar dalam lusa atau dua tiga hari lagi dia akan bayar booking.
Harap deal ini berjalan lancar.

Share:

Dah sign s&P, pinjaman belum lulus

Sebagai real estate negotiator, kita selalu rasa lega  bila kedua-dua pihak penjual dan pembeli dah sign S&P
Yelah... kira on la dah urusniaga jualbeli tu.
Tinggal peguam uruskan urusan pemindahan hakmilik dan pembayaran baki harga dari bank ke penjual je.
Usaha kita marketkan rumah tu beberapa bulan lamanya, bawa beberapa orang view...
akhirnya berbaloi sebab dah berjaya carikan buyer.

Kami sebagai REN pun akhirnya dapat claim komisen kami selepas dua-dua pihak dah sign S&P dan peguam dah matikan setem S&P tu.
Lega...

Tapi tak semestinya proses berjalan baik.

Dalam kes yang satu ni, tak selancar sepatutnya.




Semasa buyer berkenan dengan rumah ni, buyer minta nego beberapa syarat

1) Deposit 5% sahaja dulu semasa sign s&p. Masa booking bayar 3.18%, kemudian masa sign s&p bayar baki lagi 1.82% lagi untuk cukupkan 5%

2) Baki lagi 5% deposit akan dibayar dengan duit kwsp. Buyer nak keluarkan duit kwsp jadi biasanya ambik masa beberapa bulan semasa dalam proses pertukaran hakmilik untuk duit kwsp keluar

3) Pembeli nak masuk awal dan start menyewa rumah tu selepas bayar duit booking. Kadar sewa  rm650 tak termasuk maintenance fee. Pembeli yakin pinjaman akan lulus sebab dia sendiri bekerja di bank. Tapi jika ada sebarang masalah, pembeli akan keluar dari rumah dan penyewaan terbatal.

4) Pembeli nak markup pinjaman ke harga pasaran supaya dapat buat pinjaman 100%. Harga jual sekarang 13% di bawah harga pasaran.

5) Pembeli minta tempoh 30 hari bekerja dari tarikh Offer to Purchase atau tarikh booking form untuk menandatangani perjanjian jual beli. Sebab katanya pembeli ada masalah kesihatan dan perlu buat operation.


Saya bincang dengan penjual dan penjual setuju dengan 5 syarat ini.
Saya juga rekeman penjual ada peguam sendiri kerana pembeli lantik peguam sendiri yang saya tak kenal. Lagipun ada 5 syarat di atas tadi kan. Buat deal ini agak komplikated.


Saya tekankan yang empat-empat terma pertama ni mesti ada dalam S&P.

Nak jadi cerita, dah nak tamat tempoh 30 hari bekerja, pembeli masih belum sign S&P.
Puncanya sebab pembeli belum dapat pinjaman.
Hadoi... sebelum ni dia 100% yakin pinjaman akan lulus.

Kalau ikut deal yang tertulis di offer to purchase, kalau tak sign S&P dalam tempoh 30 hari bekerja ni, duit deposit burn dan deal cancel.
Jadi saya beritahu penjual, dia berhak cancelkan deal ni.

Tapi pembeli dan lawyernya minta beri tempoh lagi seminggu. Mereka nak sign juga dan bayar baki 1.82% deposit tu.

Penjual setuju.

Jadi, kedua-duanya sign.

Penyewa pun start sewa.

Mula-mula sewa ok..
Naik bulan kedua, sewa lambat bayar.
Peguam penjual kata, dia dimaklumkan oleh peguam pembeli yang pembeli masih belum dapat loan.

Haih...
Macamana ni? Sewa tak berbayar.. pinjaman pun tak lulus... Tapi dah masuk rumah....

Hadoi... penjual cuak juga,


Saya sambung next post ya...

http://www.propertywaltz.com/2017/10/dah-sign-s-pinjaman-belum-lulus-episod.html






Share:

Iswara ini berkhidmat hingga ke pusingan tayar terakhir

Kelmarin kereta abang saya accident.

 Pekerjanya yang drive tapi bukan salah dia. Dia jalan terus sahaja. Kereta dari arah bertentangan yang belok ke kanan nak masuk simpang, langgar tepi kereta belah kanan kat tayar. Abang saya kata, main habdphone kot masa nak belok kanan tu.

Hmm kereta proton saga iswara ni ada banyak kenangan. Masa mula-mula abang saya balik ke jengka dan bukak bengkel kereta...inilah kereta pertama yang dia beli untuk memudahkan ulang alik ke tempat kerja dan urusan perniagaan

Dia beli 2nd hand dari suami sepupu kami.  Start dari bawah kan... Saya rasa 20 tahun lepas kot..

Tapi bila accident kali ni...kereta ni tak dapat diselamatkan dah..total lost... Saya yang dapat berita pun sedih dengar mengenangkan kereta ni banyak berjasa. Saya sendiri bermula dengan saga kereta kebal dan kereta tu masih ada da digunakan sampai sekarang.

Siapa yang bermula dengan saga dan masih ada sampai sekarang? Siapa geng?


Share:

Apartment untuk dijual cuma RM73K

Apartment untuk dijual cuma RM73K.
*****

Ini subsale, lokasi di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih.
Saiz 760 sqft, frehold.
Harga cuma RM73K.
3 bilik 2 bilik air.

Yang best, harga cuma RM73K tu lah.
Yang best lagi sebab freehold
Yang best lagi sebab kalau sewakan RM450 pun, boleh dapat positive cashflow RM100 sebulan.

Lokasi ni best sebab boleh jalan kaki je ke MARA Japan Industrial Institute dan dekat dengan Kolej Perofessional MARA.
Medium cost, jadi sesiapa boleh beli.







Yang kurang best sebab ia tingkat 4, paling atas.
Kalau tingkat rendah, harga tinggi lagi.


berminat boleh call saya atau whatsapp 0123547636.
Share:

Bunyi guli di rumah kosong

Tiga hari lepas, saya bawa prospek buyer view satu apartment untuk dijual.
Masa tu jam 1 tengahari.

Kami duduk berbincang atas sofa di ruang tamu.
Sambil kami berbincang, dengar bunyi guli ...kuat.. betul-betul macam dari dalam lampu kalimantang dekat atas kepala kami.

Buyer kata, rumah ni lama ke kosong?
Saya kata, saya dapat kunci untuk dijual sejak 3 bulan lepas. 

Maknanya untuk 3 bulan tu sure lah kosong.

Dia kata, ni ada apa-apa ni.. bunyi macam ni.

Saya dengan yakin jawab, eh.. ni bulan puasa. Agaknya orang atas main guli ni.
Buyer kata lagi, nipisnya lantai sampai bunyi guli dari tingkat atas dengar kuat macamni.
Saya masih yakin, saya jawab...haaa kalau ada hentakan atau geseran pada lantai, memang boleh dengar. Tapi kalau bercakap tak dengar.

Lama juga bunyi guli tu kedengaran.
Kuat. Memang macam dari dalam lampu kalimantang.

Sampai la akhirnya dia diam dan kami pun dah siap bincang.

Esokan harinya...saya cerita kat Normi pasal bunyi guli ni. Normi kata, kalau bunyi guli, tu bukan guli. Tu memang bunyi makhluk lain..

Erksss....
1 tengahari di bulan Ramadhan.

Share:

Air kenc 3 liter dalam lift

Semalam bawa dua orang prospect tenant view rumah di sebuah apartment hot.

Masa nak naik lift, ok je.. naik lift belah kiri.

Masa nak turun, pintu lift belah kanan terbuka.
Prospek tenant masuk dulu.
Nampak mereka terkejut dan terus berdiri tepi.

Perghhh.. rupanya kat lantai lift ada air kencing orang bergenang.
Bukan setitik dua.. tapi mau 3 liter kot...

Bau toksah cakap la.. terpaksa tutup hidung dengan hujung tudung.

Dah setiap kali pintu lift terbuka, saya cepat-cepat bagitau, hati-hati sambil tunjuk lantai lift.

Hmm tak tau lah nak kata..
Kalau kita cakap orang tak berapa berduit ni tak ada tamadun dan pengotor, nanti orang marah.

Tapi apsal situasi macamni dan keadaan lift kena conteng hanya ada di apartment low cost dan medium cost sahaja?

Mindset...

Share:

Tribunal Pengurusan Strata: hero yang menakutkan?

Sebelum ni kita tak bayar maintenance fee dua tahun pun tak apa kan...
Tunggu management tutup bekalan elektrik atau bila nak jual baru kita bayar.




Tapi sekarang, Joint Management Body atau Management Comittee iaitu badan pengurusan bangunan boleh buat aduan ke Tribunal Pengurusan Strata jika tuntutan tu kurang dari RM250k.

Kalau tribunal arahkan kita bayar, kita kena bayar semua amaun yang dituntut.

Kalau engkar dan tak nak bayar juga, silap haribulan kalau bersalah, kita boleh dijatuhkan hukuman denda tak lebih rm250k atau penjara tak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.

Pergh...

Pengurusan strata Malaysia dah semakin efisien.
Hati-hati.

Gambar hiasan: iResidence Resort, Bukit Mewah Kajang untuk dijual. Cuma RM230K
call saya 0123547636
Share:

Beli kat selatan pun boleh untung apa....

Bila sebut pasal pelaburan hartanah, ramai target kawasan KLCC atau kawasan pusat bandar KL yang dekat dengan LRT.
Betul lah.. tu memang hot.
Tapi harga rumah di sana pun dah melambung.

Untuk yang mahu membeli untuk tinggal sendiri atau untuk capital appreciation, elok juga kita beli rumah bertanah pada harga yang kita selesa nak bayar installmentnya.
Yelah.. lagi tinggi harga rumah, lagi tinggi la installment bank.

Di kawasan selatan Lembah Klang, harga lebih rendah berbanding di tengah-tengah pusat bandar KL.
Tapi kita boleh lihat sejak sepuluh tahun lepas, pembangunan dari tengah-tengah bergerak turun ke Selatan.
Maksudnya apa?

Maksudnya ada potensi besar harga rumah di bahagian selatan akan semakin naik dari masa ke semasa.
Maksudnya ada trend permintaan di sebelah sana.

Nak tahu lebih lanjut pasal potensi di selatan Lembah Klang?

Ahaa.. ni ada satu berita nak bagitau kawan-kawan.



Naik bas free
Kita ajar macamana nak beli rumah.. free
Kita cerita pasal kewangan peribadi.. free
Kita kongsi pasal potensi selatan Lembah Klang.. pun free...

Jom kawan-kawan...
Kasi penuh dua bas.

Bukan senang nak dalat tajaan pemaju besar seperti Enstek untuk sesi ilmu begini.

Saya walaupun demam kena prepare juga.
Nak kena makan ubat dan minum madu dengan lemon...kasi suara pulih cepat.


Maklumat terperinci event ni:

Tarikh: Sabtu 13 Mei 2017
Masa: 9.00 pagi - 6.00 ptg
Lokasi naik bas: Tabung Haji, Jalan Tun Razak, KL

Kawan-kawan... Jom... Percuma sahaja...

Untuk mendaftar, klik http://j.mp/THPENSTEK

Jumpa sabtu ni ya....
Share:

Aaira atau Singapore: Peluh menitis-nitis

Sabtu baru-baru ni saya dan Normi ke Johor Bahru.

Ok, sebenarnya kami nak menyertai larian Sundown di Singapore. Tapi ada beberapa hal penting berlaku pada malam sabtu dan pagi Sabtu menyebabkan kami bergerak agak lewat dari Kajang,

Jalan pula jem teruk. Selalunya 3 jam setengah dah boleh sampai Johor Bahru. Tapi kali ni tak.. Perjalanan ambik masa dua kali ganda. Aduhai... Cuti sekolah dah nak habis rupanya. Esoknya budak-budak JB dah kena start ke sekolah balik. Tu yang jem betul.

Kami sampai di JB dah jam 8.30 malam. Nak ambik kunci homestay dulu. Larian bermula jam 12 tengah malam. Jadi, paling lewat kena berada di lokasi sebelum jam 11 malam.
Tapi 8.30 malam baru sampai di JB, mana sempat nak ke Singapore, cross border dan gerak ke lokasi naik pengangkutan awam.. Huhuhu

Jadi, oleh kerana tak sempat, kami berehat sahaja di JB. Menikmati homestay yang sangat best ni.. Wowww homestay ni memang sangat best.





Namanya Aaira Homestay.
Sebenarnya ia terletak di Sky Breeze Serviced Apartment. Lokasi di Bukit Indah, dekat je dengan link kedua kalau nak ke Singapore.

Kalau ikut lokasinya
--> 400 metres ke AEON Jusco Bukit Indah
--> 1.5 km ke TESCO Bukit Indah
--> 1.2 km ke 2nd LINK to Singapore
--> 8.7 km ke LEGOLAND, 12 mins driving
--> 10.3 km keSanrio Hello Kiity Town & Puteri Harbour Nusajaya
--> 11.2 km ke Danga Bay
--> 9.6 km ke Plaza ANGSANA
--> 13.8 km ke Johor Bahru city centre
--> Akses mudah ke Link kedua ke Singapore
--> Akses mudah ke Lebuhraya PLUS untuk ke Kuala Lumpur


Masa saya masuk je perkarangan serviced apartment ni, saya dah terasa grand nya. Lobinya memang elegan. Ada beberapa sofa untuk tetamu. Masa tu kami tak tahu lokasi parking lot untuk homestay ni, jadi kami park di tempat parking visitor dulu.

Kemudian, owner homestay yang baik dan ramah ni bawa kami masuk ke homestay.


Melangkah masuk je, saya rasa wahhhh... Sangat selesa, cantik dan luas. Ruang tamunya ada sofa, coffee table dan tv flat screen yang besar dengan karpet yang empuk. Dapat la saya berehat menonton tv dan siaran astro yang ada. Wifi pun ada mulai 1 April ini.





 


Tepi tu pulak ada balkoni. Bukak je sliding door balkoni, angin masuk dengan nyaman. Tak la panas walaupun saya cuma pasang kipas dan tak on aircond yang disediakan.

Kat tepi di ruang makan, ada meja makan. Owner siap letak beberapa botol air mineral sebagai complimentary. Bukan itu sahaja, kami masuk ke dapur dan terpesona dengan kabinet dapurnya yang cantik. Berkonsepkan kayu, rekaan kabinet ni memang menarik, selain sangat berguna untuk kita membancuh maggie dan minuman segera yang tuan rumah sediakan sebagai complimentary. Ehehehe.


Kat dapur ni ada peti ais, cerek air, pembakar roti, pinggan mangkuk dan cawan untuk kegunaan tetamu. Cuma dapur gas sahaja tidak disediakan supaya tiada isu memasak bahan yang tidak halal.






Aaira Homestay ni ada 3 bilik dan bilik air. Bilik utama memang luas. Siap dengan katil queen, bedside table, almari baju dan almari solek dengan karpet untuk keselesaan tetamu. Bilik master ada bilik air sendiri seperti biasa.







Bilik kedua ada dua katil single dan almari. Ada iron dan iron board juga.
Bilik ketiga ada satu katil single.





Setiap bilik ada aircond dan kipas. Jadi, tak risau la saya kalau panas. Boleh tidur pakai aircond kan.. Baru nyenyak...

Tilam tambahan juga disediakan di setiap bilik. Yelah.. Mungkin tetamu lebih ramai dan perlukan tilam tambahan ni untuk tidur.
Di setiap bilik air pula, ada pemanas air, mandian dan syampu. Macam saya ni, tak tahan mandi air sejuk. Jadi saya memang sangat suka bila ada pemanas air. Barulah boleh mandi dengan tenang dan berlama-lamaan sikit.



Saya tidur dengan nyenyak malam itu.. Keletihan sebab memang semalamnya saya baru balik dari trip Phuket dan Krabi dengan memandu kereta sendiri.

Esoknya saya dan Normi keluar sarapan di Bandar Uda. Selepas sarapan, kami balik ke homestay. Tapi badan saya letih betul... Saya sampai terlelap selama 4 jam di depan tv di atas karpet. Punyalah selesa karpet tu.. Sampai boleh nyenyak tergolek dok begitu sahaja.

Bila dah tersedar, jam dah pukul 3 petang. Kami keluar untuk lepak dengan kawan saya, Kak Salina. Borak dan makan sampai malam. Ehehehe...

Balik homestay layan Astro kat tv flat screen besar tu sampai mengantuk.

Hari ketiga kami mulakan hari dengan maggie dan teh complimentary. Lepas tu, mula la rasa nak bakar kalori. Kami ke tingkat 8 di mana kemudahan serviced apartment semua kat situ. Infiniti swimming pool dia cantik... Ada juga wading pool untuk kanak-kanak. Ada gym untuk berlari dan bersenam. Tapi kami pilih sauna dulu.






Yeahh.. Pertama kali sebenarnya saya masuk sauna begini. Memang jakun la... Tekan-tekan pada alat setting sauna tu, kemudian lepak duduk menung-menung merasakan kepanasan. Peluh menitik-menitik dari kepala sampai ke kaki. Tapi setengah jam je tahan. Terus keluar.

Badan dah panas, gi berendam kat swimming pool pulak.

Haaa... Sebenarnya ada peraturan. Kena pakai pakaian mandi yang betul. Tak boleh pakai tshirt dan seluar sukan tu. Kami haritu lupa bawak baju renang muslimah, jadi curi-curi pakai baju tshirt dan seluar dry fit. Nasib baik pak guard tak ronda.. Ahahaha... Jangan tiru aksi ini ya..








Tapi kalau fikir balik, ok la kan.. Tak dapat berlari di Singapore tapi dapat berenang setengah jam di kondo cantik. Ahaksss...

Dah puas bakar kalori barulah kami naik ke homestay semula, bersiap dan makan... Ambik kalori balik. Lapar sehh...

Kawan-kawan, kalau ada nak menginap di Johor Bahru satu keluarga, atau nak ke Legoland, atau nak jalan-jalan di Singapore tapi mencari penginapan yang lebih ekonomi , boleh la menginap di Aaira Homestay ni. Kadar sewa satu malam cuma RM280 tapi kalau sewa untuk 2 malam ke atas, owner boleh beri kadar RM250 untuk satu malam.

RM280 dapat rumah seluas ni.. Boleh lepak satu keluarga 5 - 8 orang.. Memang sesuai sangat la tu.

Kalau berminat, boleh tempah terus dari ownernya, Puan Akmam. 012-6797081.

Kalau dia tanya dapat tahu dari mana, bagitaulah Rohaniah bagi. heeee....


Boleh juga cari mereka di FB.
https://www.facebook.com/aairahomestay/?fref=ts

Sebelum balik, saya pas kunci rumah ke owner Homestay.
Jadi haritu tak la kami ke Singapore. Berehat di Aaira Homestay di Sky Breeze serviced apartment

Share:

Massage free.. beli rumah boleh dapat kereta free

Kalau time letih-letih pulun kerja ni, syok juga kan kalau ada orang boleh urut-urut bahu.
Lega betul rasanya.

Nak lagi best kalau free.
Massage free
Makan free..
Sambil dengan muzik pulak.
Fuh.. heaven.

ahaaaa....
esok impian kita ni akan jadi kenyataan.

Semalam saya berbual dengan orang besar Setia Haruman.
Dia bagitau saya... esok kat CBD3, Setia Haruman ada buat sambutan Hari Wanita.
Ada live band, Sajer Buskers, makan free dan paling syok ada massage free..
pergh....

Semalam saya baru tahu ni.. tu yang kongsi kat sini.



Setia Haruman bagitau, sekarang diorang ada buat cabutan bertuah.
Siapa beli rumah, dapat ticket cabutan bertuah. Boleh menang kereta Honda Civic dan Proton Persona.
Woww.. beli rumah boleh dapat kereta free
Mana tau ada luck kan...

Kot tak ada super power luck, dapat hadiah TV flat screen atau iPhone pun cool apa kan...
Dasattt..



Apa-apa pun esok ya... bawak ahli keluarga ke Cyberjaya
Bandar tak ada traffic jem, ada CCTV merata tempat dan sangat lifestyle.
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog