Gaya orang Jerman: Harga kereta murah wooo

Menyambung kisah pengembaraan saya ke Eropah DI SINI dan DI SINI.
Hari ini saya ingin kongsikan kisah kereta pula.

Malaysia 

Di Malaysia,  29,338 kes iaitu 25% daripada 116,379 kes rakyat Malaysia benkrap adalah kerana hutang kereta.
Ini statistik sejak 2005 hingga April 2012, dilaporkan di Dewan Rakyat.

Puncanya?
Harga kereta di Malaysia sangat mahal, sedangkan pengangkutan awam sangat mendukacitakan.
Sudahlah begitu, rakyat Malaysia tidak menganggap kereta sebagai alat membawa Point A ke Point B sahaja
Sebaliknya bagi mereka, kereta itu teman lelaki / teman wanita mereka.
Kereta itu simbol 'kejayaan' dan 'kekayaan' mereka.
Maka walaupun kereta berharga hampir 50K, lebih 50K atau lebih 100K pun bagi mereka ia patut dibeli.
Beli rumah kemudian tak mengapa.

Disebabkan inilah. lebih 70% rakyat Malaysia menghabiskan separuh dari pendapatan mereka untuk membayar hutang kereta.

Sudahnya, bila perbelanjaan tak mencukupi atau ada masalah dengan punca pendapatan, hutang tak berbayar.
Simpanan memang dah sedikit.
Itu yang ramai bankrap.

Untuk perbandingan, gaji fresh graduate di Malaysia adalah lebih kurang RM 1500 - RM 2200 sebulan, bermakna dalam 18,000 - 26,400 setahun.

Jika membeli MyVi pun sebulan dah bayar lebih kurang RM 500++ untuk 7 tahun pinjaman.
Kalau Myvi terpakai pun

Jerman

Bagaimana keadaannya pula di Jerman?

Di jerman, gaji fresh graduate lebih kurang €30,000 setahun bersamaan  €2500 sebulan.
Kalau tukar ke RM, wowww
RM 10,000++ sebulan.

Di Jerman, kereta buatan negara sendiri dan negara Eropah sangat popular.
Dari pemerhatian saya di sana, boleh dikatakan 95% adalah kereta Eropah.
WolksWagen, Renault, Citroen, Alfa Romeo antara kereta yang popular di sini.
Hanya satu dua buah kereta sahaja yang saya lihat berjenama Jepun dan Korea iaitu Toyota, Daihatsu dan Hyundai.


Cuba kita lihat berapa harga kereta di sana?

Saya ada ke kedai kereta terpakai di Duisburg, Jerman dan ini yang dapat saya kongsikan/

Toyota Yaris 1.0 ini dijual dengan harga €2,999 sahaja

 


Toyota Yaris 1.4 ini pula dijual dengan harga €3,449





Mercedes Benz C 200 ini hanya dijual dengan harga €3,450 sahaja



Peugeot ini masih nampak seperti baru. Masih sangat cantik. Cuma €5450 sahaja



Audi A3 1.6 ni pun cuma €2,950 sahaja. Besar dan nampak masih baru.




Kalau nak nampak sporty sikit,belilah yang ni. Mitsubishi Eclipse 2 pintu dengan bumbung yang boleh dibuka. 
Harga €9,950.




Tapi kalau fresh grad yang cuma nak kereta untuk bergerak dan bersiar-siar, boleh lah beli kereta ni. 
Peugeot 206 baru €1,750



Sebenarnya ada banyak lagi kereta terpakai pada harga kurang dari €2,000 tapi saya cuma ambil satu contoh  sahaja di sini.

Walaupun ini harga kereta terpakai, tapi harga kereta baru pun tak mahal sangat cuma saya tak dapat ke galeri kereta baru sahaja.

Mari kita banding semula harga kereta dengan purata gaji fresh graduate mereka.
Ini jelas menunjukkan bahawa orang Eropah boleh beli kereta dengan cash.

Kalau Peugeot dan kereta lain yang kurang dari €2000 tu, maknanya tak sampai sebulan gaji dah boleh beli kereta.
Kalau nak yang nampak baru sikit atau kereta baru, mungkin wang gaji 2 bulan atau simpan beberapa bulan sahaja.
Tak perlu buat hutang banyak-banyak sampai bayaran ansurannya separuh dari gaji untuk 7 atau 9 tahun

Ingat lagi tak perkongsian saya INI.
saya katakan, orang di sana tak mengejar wang sangat.
Mereka pandai menjana pendapatan pasif
Dan satu rumah cuma ada satu kereta. itu pun kereta terpakai atau kereta lama.
Sebab biasanya mereka gunakan kereta untuk bersiar-siar atau melancong sahaja.

Bila hutang kurang atau tak ada, barang-barang keperluan pula murah.. memang la hidup tak stress sangat.
Berniaga pun boleh tutup kedai pada hari Ahad dan cuti umum. Sabtu setengah hari.

Jika ini berlaku di Malaysia, mungkin kadar rakyat Malaysia yang bankrap kerana pinjaman kereta akan berkurangan.
Tak sampai 25%.

Kalau harga kereta murah, nanti lebih banyak kereta atas jalan?
Nanti lagi jem?

Yang saya nampak di Jerman tak begitu.
Kereta murah pun, satu rumah cuma satu kereta.
Kereta tak banyak pun. Orang tak berlumba beli kereta.

Kenapa?
Pertama, sebab pengetahuan kewangan peribadi mereka bagus.
Kedua? haa.. yang ni saya akan ceritakan dalam artikel berikutnya.

eh jap.. nak sambung sikit lagi.
Di Jerman, banyak kereta sedan dan kompak. 
Tapi di Rome, boleh dikatakan 90% adalah kereta kompak.

Zassss!
Share:

8 ulasan:

zz berkata...

murahnya kereta kat sana..cukup murah..pernah jugak baca satu artikel, toyoya estima baru di Jepun harganya dalam 55K saja..masuk Malaysia? beratus ribu..(sebab AP), di Malaysia mahei harganya..

sitiezahim berkata...

i dah share :D

pak wan berkata...

sedihnya... mmg stuju bab pengangkutan awam tu, Malaysia ni bukan tak boleh belajar, takmo belajar, banyak kepentingan... so sad.

Rohaniah Noor berkata...

zz, betul. mereka di sana tak terbeban dengan hutang untuk membeli kereta. ramai yang beli cash sahaja sebab ada banyak kereta 2nd hand masih nampak baru harga kurang 2000 euro.

sitiezahim, terima kasih mengongsi.

kak ojah, betul.. saja tak mahu belajar dan tak mahu aplikasikan di sini. mereka lebih banyak kali ke eropah kan,.. takkan mereka tak nampak

fareast berkata...

PRU13#Inikalilah!!

Najib Saad berkata...

good posting however.and jangan compare an apple to watermelon situation.

try compare apple to an apple.

petrol di europe tinggi di german €1.645/ litre (ref: http://www.fuel-prices-europe.info/ ) with up to 50% income tax, even they enjoy 1st class education & hospital, just after they give up to 50% thier salary to government.

- beza dgn middle east sy sy pnah stay, petrol sgt murah, income tax zero, tapi most of the public facilities hancuq as example.

so be rasional bila buat comparison, with a strong supprotive facts.

sitiezahim berkata...

en
.m.i.s.c.e.l.l.a.e.n.o.u.s. FYI saya duduk di germany, maaflah saya tak setuju dengan komen saudara. minyak petrol paling murah boleh dapat dalam €1.3+ seliter, sekarang di tempat saya dalam €1.5+ seliter. harga berubah ikut kompeni dan pasaran. tax rasanya tak sampai 50% tp bukan apply pada semua. kalau dah kawin n ada anak, tax jadi murah sampai kawan lab suami saya (orang german) gurau2, mereka kalau nak rendahkan tax, mereka kawin.. nak maju kena compare dgn yang maju, nanti anak2 saudara pon, saudara akan suruh yang lemah untuk contoh anak yang berjaya kan?

Rushdan berkata...

>> Kedua? haa.. yang ni saya akan ceritakan dalam artikel berikutnya.

Mana artikel berikutnya saya nak baca. TQ

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog